SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, February 24, 2014

UMNO Online - “Puteri UMNO Dekati Pengundi Muda Dalam PRK Kajang” plus 7 more

UMNO Online - “Puteri UMNO Dekati Pengundi Muda Dalam PRK Kajang” plus 7 more

Link to UMNO Online

Puteri UMNO Dekati Pengundi Muda Dalam PRK Kajang

Posted: 23 Feb 2014 04:48 AM PST

MELAKA, 23 Feb — Pergerakan Puteri Umno akan mendekati pengundi muda bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang pada 23 Mac ini.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata Puteri Umno akan memberi tumpuan untuk memenangi hati lebih 7,000 pengundi muda wanita dalam usaha membantu dan menyokong Chew yang dijangka berdepan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Puteri Umno telah memperinci tugasan 200 anggota pergerakan itu bagi menjejaki setiap pengundi muda DUN Kajang.

“Kita akan pastikan tenaga kerja bagi semua pusat daerah mengundi mencukupi dan jika BN Selangor memerlukan lebih tenaga kerja, kita sedia menghantar jentera dari setiap negeri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Angkasawan Negara, Mejar Dr Faiz Khalid anjuran Biro Sahabat Puteri Umno Melaka, di sini hari ini.

Mengulas tentang pemilihan Chew sebagai calon BN, beliau berkata ia merupakan kebanggaan buat pergerakan Puteri kerana kepercayaan pucuk pimpinan BN kepada calon di kalangan wanita.

Mas Ermieyati berkata beliau percaya dengan kebolehan dan personaliti yang ada pada Chew, BN boleh memenangi PRK tersebut.

Terdahulu pada majlis itu, beliau menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Puteri Umno dan Yayasan Angkasawan Malaysia untuk berkongsi idea serta pengalaman berkaitan sains dan ilmu aeronautik di kalangan wanita bagi melahirkan angkasawati pertama negara.

“Kita dicabar untuk menyediakan calon-calon angkasawati, kita akan ke setiap
negeri untuk melihat calon-calon daripada ahli kita yang sesuai dan mempunyai ciri-ciri yang kita perlukan untuk menjadi angkasawati,” katanya.

Kenyataan Zuraida Hina Kaum Wanita Dan Diri Sendiri – Chew

Posted: 23 Feb 2014 04:46 AM PST

KUALA LUMPUR, 23 Feb — Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini membidas kenyataan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin yang menyifatkan beliau sebagai calon ‘kambing hitam’ BN dalam pilihan raya kecil itu.

Chew berkata Zuraida tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang bukan sahaja menghina kaum wanita tetapi diri sendiri kerana Zuraida juga daripada kaum hawa.

“Parti (MCA) berusaha yang terbaik untuk memilih calon yang sesuai dan bagi saya ini adalah satu pengiktirafan kepada wanita.

“Zuraida memandang rendah kepada kaum wanita. Dia tidak sepatutnya dengan mudah mengeluarkan kenyataan menghina kaum sendiri,” katanya kepada pemberita selepas majlis ulang tahun ke-65 dan mesyuarat agung luar biasa MCA di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Zuraida baru-baru ini yang berkata BN menghantar Chew sebagai calon parti itu supaya Chew boleh dipersalahkan sekiranya BN kalah dalam PRK pada 23 Mac ini.

Chew berkata biarpun pelbagai tohmahan dilemparkan, beliau tetap bersemangat dan akan bekerja kuat untuk memenangi PRK itu.

Beliau sekali lagi memohon agar pengundi di Kajang memberi sokongan kepadanya bagi membolehkan BN mengukuhkan peranannya di Selangor.

Chew dijangka dicabar Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas presiden KITA Datuk Seri Zaid Ibrahim.

Liow Gesa Anggota MCA Bersatu Padu Untuk Ubah Parti

Posted: 23 Feb 2014 12:02 AM PST

KUALA LUMPUR, 23 Feb — Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini meminta semua anggota parti supaya bersatu padu dan menggabungkan kekuatan mereka untuk merubah parti menjadi lebih baik.

Ketika membuat gesaan itu pada sambutan ulang tahun ke-65 parti itu di Wisma MCA di sini, Liow berkata MCA yang tewas teruk dalam dua pilihan raya umum lepas, tidak harus membuang masa atau menunggu keadaan yang sesuai untuk berbuat demikian.

Sebaliknya, beliau berkata perpaduan adalah amat penting bagi membolehkan parti itu terus utuh dan tidak mengecewakan anggotanya serta masyarakat Cina.

Liow_Tiong_Lai_MCA_Resolusi_Mesyuarat_2014

“Kita tidak boleh terus bertelagah sesama sendiri. Apa yang kita perlu buat ialah gabungkan semua tenaga positif kita, berusaha dengan semangat bersatu padu dan menarik keluar MCA daripada kemelut ini,”katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa anggota MCA supaya mengekalkan disiplin parti dan sebarang perbezaan pendapat perlulah diselesaikan menerusi prosedur dalaman parti dan bukannya memilih untuk menjejaskan imej MCA.

Berdepan dengan cabaran selepas pilihan raya umum ke-13, Liow berkata MCA bersedia mengakui kesilapan dan mengkaji kelemahannya serta menangani sebab musabab ia ditolak pengundi.

“Muhasabah MCA ini sudah pastinya bukanlah amalan untuk menuding jari atau menjadi alasan untuk berputus asa. Malah, ia adalah satu titik permulaan bagi MCA untuk kembali cergas dan bergerak ke hadapan bagi menyahut cabaran-cabaran baharu.

“Kita hanya boleh berubah jika kita berani berdepan dengan cabaran,” kata beliau.

Dalam perkembangan lain, Liow yang memenangi jawatan presiden dalam pemilihan parti Disember lepas, berkata anggota-anggota Jawatankuasa Pusat
telah menghadiri satu kem sumbang saran bulan lepas bagi membincangkan Rangka Tindakan Transformasi MCA.

Beliau berkata pertemuan itu antara lain menghendaki pemimpin parti supaya terus mendengar pendapat akar umbi bagi melaksanakan tugas dengan lebih baik dan membenarkan semua pihak terlibat dalam Rangka Tindakan Transformasi itu, yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

MCA Endorses EGM’s Motion To Accept Government Post

Posted: 22 Feb 2014 11:59 PM PST

KUALA LUMPUR, Feb 23 — The MCA extraordinary general meeting (EGM) today passed a resolution to accept government posts at all levels, paving the way for the party to return to the Cabinet.

The announcement came as no surprise, with almost all the 1,982 central delegates present at Wisma MCA this morning, voting for it by a show of hands.

Of the total attendees, only five had objected to the motion, while another four refused to vote.

MCA Speaker Datuk Yip Phooi Hong who presided over the meeting had earlier offered options for the delegates to either vote via a show of hands or secret ballot.

In the 2011 annual general assembly, the party had approved a resolution to not accept any government post should it fail to perform well in the 13th General Election.

That resolution was reaffirmed in the 2012 AGM and later during an EGM in October 20, last year.

MCA had performed at its worst in the May 5, 2013 General Election, after
winning only seven parliamentary and 11 state seats out of the 37 parliamentary and 90 state seats contested.

Since taking over MCA’s leadership on Dec 21, last year, Liow had repeatedly
said that the party’s absence from the government for the past nine months had hampered its efforts to serve the people effectively, especially on issues
related to Chinese education and New Village.

Speaking to reporters after the EGM, Liow said the decision clearly indicated that the MCA delegates want to be represented in the Cabinet to voice out their problems.

“We are not in a hurry to join the Cabinet because we just got the mandate (to re-join Cabinet). Now we have to focus on the (Kajang state seat) by-election, Chinese Community issues and economic issue,” he said.

Despite having refused to accept any appointment then, Prime Minister Datuk
Seri Najib Tun Razak when forming his Cabinet on May 15, 2013 had reserved the Transport Minister’s portfolio for MCA, with Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein as its acting minister.

BN Kekal Kemenangan Kerusi Parlimen Machang

Posted: 22 Feb 2014 10:08 PM PST

KOTA BAHARU, 23 Feb — Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dari Barisan Nasional (BN) kekal sebagai anggota Parlimen Machang selepas Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen pilihan raya PKR bagi membatalkan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lepas.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menolak petisyen itu yang difailkan calon PKR Wan Zawawi Wan Ismail dan memerintahkannya membayar kos perundangan RM10,000 kepada Ahmad Jazlan selaku responden pertama.

Beliau turut memerintahkannya membayar kos perundangan sebanyak RM30,000 kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Machang selaku responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku responden ketiga.

ahmad-jazlan-yaakub-umno-bn-machang-kelantan

Hakim Zamani berkata Ahmad Jazlan telah dipilih secara sewajarnya sebagai anggota Parlimen Machang pada PRU13 itu mengikut Seksyen 36(1)(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ahmad Jazlan diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad mewakili responden kedua dan ketiga.

BN mengemukakan bantahan awal itu mengikut Seksyen 35(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya pada Disember dan Januari lepas dengan alasan antaranya petisyen berkenaan telah melebihi had masa enam bulan untuk dibicarakan iaitu selepas PRU13, dan fakta dalam petisyen itu tidak mencukupi untuk menyokong relief yang diminta pempetisyen untuk membatalkan kemenangan Ahmad Jazlan.

Pada PRU13, Ahmad Jazlan yang juga Ketua Umno Bahagian Machang, menewaskan Wan Zawawi dengan majoriti 805 undi.

Pada 16 Julai tahun lepas, mahkamah sama menolak petisyen Wan Zawawi, namun Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya untuk mengetepikan perintah itu.

Mahkamah Persekutuan berpendapat Hakim Mahkamah Pilihan Raya tidak sepatutnya membatalkan petisyen itu atas alasan pempetisyen gagal mematuhi peraturan mengikut Kaedah 9 dan Kaedah 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Chew Mei Fun Jadi Pengukur Penerimaan Rakyat Terhadap MCA

Posted: 22 Feb 2014 09:58 PM PST

PAGOH, 23 Feb — Pemilihan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menjadi pengukur kepada penerimaan rakyat terhadap kepimpinan baharu parti itu.

Berikutan itu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peluang bertanding itu tidak harus dipersia-siakan meskipun ada pihak mencadangkan BN supaya tidak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang 23 Mac ini.

“Kalau tidak ada kesempatan ini diambil, maka lebih sukar untuk mengukur sejauh mana penerimaan masyarakat Cina ataupun rakyat terhadap kepimpinan baharu (MCA).

“Apapun keputusan itu nanti, akan dijadikan satu gambaran di mana mereka (MCA) berada, dan langkah-langkah pemulihan yang boleh diambil dan asas-asas perjuangan yang hendak diperjuangkan untuk masyarakat Cina mungkin dapat disampaikan pada pilihan raya seperti ini,” katanya.

timbalan-pengerusi-bn-muhyiddin-umum-calon-prk-kajang-chew-mei-fun-pwtc

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di kawasan Parlimen Pagoh di sini, hari ini

Timbalan Perdana Menteri berkata kepimpinan baharu MCA juga diberi kesempatan untuk membuktikan kepada pengundi di situ dan masyarakat Tionghua bahawa mereka bersedia membantu kaum itu.

“Saya fikir ada baiknya kita beri peluang (kepada MCA) walaupun ada cadangan untuk kawasan itu diberikan pada wakil parti komponen (BN) yang lain,” katanya.

Menurutnya Chew merupakan calon yang sesuai bagi kerusi DUN Kajang kerana beliau berpengalaman menyandang jawatan kerajaan dan seorang yang berprinsip dari segi perjuangannya dan mempunyai perwatakan baik.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata BN tidak mahu memberi laluan mudah kepada pembangkang dengan tidak bertanding, meskipun dilihat sebagai “bukan pilihan” pada pilihan raya kecil itu.

Di KUALA LUMPUR, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti komponen BN itu bersedia menghadapi cabaran PRK Kajang yang dijangka sengit.

Justeru itu, katanya parti itu tidak akan berundur walaupun ada pihak yang menggesanya berbuat demikian.

“Berdasarkan keputusan 505 Pilihan Raya Umum (2013), kami berada dalam kedudukan lemah, namun kami akan mempamerkan sikap yang baharu dalam menghadapi pilihan raya kecil ini.

“MCA amat yakin untuk menghadapi pilihan raya ini dan kami tidak akan berputus asa,” katanya semasa berucap pada sambutan ulang tahun ke 65 parti itu di Wisma MCA.

Liow berkata parti itu meletakkan calon yang berwibawa “dan dengan jujurnya memberitahu para pengundi Kajang supaya menilai keikhlasan kami dan meminta mereka supaya memberi peluang kepada kami.

“MCA akan tampil dan mendedahkan rupa sebenar parti ini (PKR), dan memberitahu para pengundi bahawa pilihan raya kecil ini berpunca daripada usaha peribadi untuk merebut kuasa,” katanya.

Beliau berkata pilihan raya kecil itu diadakan bukan untuk kepentingan para pengundi Kajang sebaliknya kerana pemimpin PKR yang mementingkan diri

Kerusi DUN Kajang dikosongkan penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan.

Beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi selepas menewaskan lima calon lain pada PRU13.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian dan penamaan calon pada 11 Mac ini.

Chew dijangka berdepan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas prsiden KITA Datuk Seri Zaid Ibrahim.

17,000 Penerima Yang Layak Tolak BR1M Tahun Ini – Ahmad Husni

Posted: 22 Feb 2014 09:52 PM PST

IPOH, 23 Feb — Sebanyak 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun lepas mengambil inisiatif memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak lagi memerlukan bantuan itu tahun ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata langkah itu menunjukkan tahap kematangan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini.

rakyat-layak-terima-br1m-bantuan-kerajaan-wang-tunai

“BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.

“Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian BR1M 2014 bagi Parlimen Tambun di sini hari ini.

Beliau berkata ada juga di kalangan mereka yang memaklumkan kepada kerajaan bahawa bantuan itu tidak lagi diperlukan kerana pendapatan mereka melepasi had kelayakan.

Ahmad Husni berkata nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M.

Sementara itu, beliau berkata 100,000 penerima BR1M yang sepatutnya menerima bantuan itu melalui akaun bank semalam, masih belum menerima bantuan itu berikutan masalah teknikal.

“Hari Isnin (esok) akan diselesaikan. Saya masih lagi dalam proses menerima
maklumat lokasi bank mana (yang menghadapi masalah itu). Bank itu menghadapi masalah teknikal kerana terlalu ramai penerima BR1M itu akaunnya di bank tersebut,” katanya.

Mengulas mengenai ada penerima yang tidak layak tetapi masih menerima bantuan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penerima terbabit untuk memaklumkan kepada kerajaan.

“Tulis surat dan beri nama orang itu. Kita akan semak dan ambil tindakan,”
katanya.

Ahmad Husni turut menasihatkan orang ramai supaya mengisi borang permohonan BR1M dengan jujur dan ikhlas bagi memastikan hanya mereka yang layak menerima bantuan itu.

Sebanyak 5.4 juta penerima BR1M 2014 yang mempunyai akaun bank menerima terus bantuan berkenaan melalui akaun mereka semalam manakala kira-kira dua juta penerima yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari, bermula hari ini.

Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.

Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak
lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.

Pemberian BR1M Mengikut Syariat Islam – Kata Najib

Posted: 22 Feb 2014 09:30 PM PST

KUANTAN, 23 Feb — Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan adalah selaras dengan syariat Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil memetik sepotong hadis, Najib berkata Islam menggalakkan umatnya membantu meringankan bebanan yang ditanggung orang lain termasuk melunaskan beban hutang.

“Seorang sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada baginda, Ya Rasulullah siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai Allah.

najib-ucapan-br1m-rakyat-malaysia-mof-kerajaan-bajet-subsidi

Jawab Rasulullah manusia yang paling dicintai ialah manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menggembirakan manusia lain dengan melunas hutang orang tak mampu bayar, beri makan kepada orang kelaparan dan berjalan untuk membantu orang yang susah, itu lebih baik daripada beriktikaf selama sebulan di masjid.

“Saya tahu ada orang yang bayar hutang apabila mendapat bantuan BR1M ini, kita tolong orang lunas hutang, besar pahala yang kita dapat,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian BR1M Parlimen Pekan di Dewan Seri Perdana Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) di sini hari.

Di majlis itu, Perdana Menteri menyampaikan bantuan kepada 1,000 penerima daripada empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Peramu Jaya, Bebar dan Pulau Manis.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Najib berkata, beliau tidak kisah dengan sikap pembangkang yang sentiasa mengutuk kerajaan walaupun langkah yang dilakukan kerajaan itu memberi manfaat kepada rakyat.

“Kita pegang pada hadis, Insya-Allah apa yang kita lakukan akan diredai Allah,” katanya.

Najib berkata, kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa diletakkan sebagai keutamaan tertinggi dalam pertimbangan kerajaan.

Dalam masa yang sama, katanya, kerajaan perlu memperkukuhkan ekonomi negara untuk mengelak daripada berhadapan situasi terpaksa meminjam untuk perbelanjaan negara.

“Ia tidak banyak beza dengan mengurus rumah tangga, jika kita terpaksa pinjam daripada pihak lain sama ada insitusi kewangan, koperasi atau paling parah pinjam daripada ah long kerana tak cukup pendapatan, maka kita akan berhadapan dengan situasi yang parah,” katanya.

Menurutnya, ekonomi negara pada masa kini berada di tahap yang baik dengan pertumbuhannya berada di paras sederhana tinggi, lebih baik berbanding kebanyakan negara.

Namun, katanya, masih ramai yang tertanya-tanya dengan langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak dan menghapuskan subsidi gula dalam keadaan sedemikian.

“Ramai yang tertanya-tanya kenapa pula perlu naik harga minyak dan hapus subsidi gula seolah-olah membebankan rakyat dalam keadaan ekonomi pada masa kini,” kata Najib.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa jumlah pembayar cukai di negara ini tidak ramai sedangkan perbelanjaan kerajaan bertambah setiap tahun.

“Setiap tahun kita perlu tambah penjawat awam, rekrut ribuan jadi guru, jururawat, polis dan tentera dan kalau kita tambah penjawat awam, perbelanjaan juga meningkat, sedangkan hasil tidak bertambah,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu melakukan rasionalisasi subsidi dan subsidi bersasar untuk memastikan hanya golongan yang berpendapatan rendah sahaja menerima manfaatnya iaitu menerusi BR1M sekali gus mengawal perbelanjaan serta memperkukuh ekonomi negara.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT