SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, February 21, 2014

UMNO Online - “DAP Umpama Penyamun Yang Menuduh Pihak Lain Penyamun – Shahidan” plus 9 more

UMNO Online - “DAP Umpama Penyamun Yang Menuduh Pihak Lain Penyamun – Shahidan” plus 9 more

Link to UMNO Online

DAP Umpama Penyamun Yang Menuduh Pihak Lain Penyamun – Shahidan

Posted: 20 Feb 2014 04:18 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas DAP yang berterusan menjadikan isu perkauman dan agama sebagai  modal politik mereka untuk menagih simpati dan pengaruh di kalangan rakyat di negara ini.

Menurut beliau, biarpun begitu DAP cuba menutup ideologi dan prinsip parti tersebut yang bersifat perkauman dengan menuduh pihak lain, khususnya UMNO sebagai sebuah parti perkauman dan rasis.

"DAP ini seumpama penyamun yang cuba menuduh orang lain sebagai penyamun untuk menyembunyikan identitinya sebagai penyamun. Mereka yang rasis dan cauvinis, tetapi mereka cuba alihkan kepada UMNO  dengan pelbagai dakwaan dan tohmahan mereka di dalam setiap ceramah yang mereka buat.

projek-hina-agama-bangsa-negara-melayu-islam-umno-bn-pembangkang-pakatan-dap-rasis-ekstremis

"Kalau dia menuduh UMNO parti rasis dan sebagainya, ini adalah semata-mata untuk menutupi sikap dan pendirian kepimpinan mereka yang sebenarnya rasisi dan cauvinis. Ia dipanggil sebagai teknik  reverse psikology untuk mendoktrin pemikiran rakyat agar persepsi bahawa UMNO sebuah parti rasis akan melekat di fikiran mereka.

"Mereka menuduh UMNO dengan harapan agar rakyat, khususnya bukan Melayu akan terpengaruh dan seterusnya menyokong perjuangan DAP yang dianggap sebagai satu perjuangan untuk semua bangsa," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sikap dan ideologi rasis yang diterapkan di dalam DAP  jelas dapat dilihat dengan beberapa insiden di mana ada terdapat kepimpinan DAP yang mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang.

"Kenyataan orang India balik India, menyifatkan pekerja kerajaan sebagai kucing kurap dan banyak lagi kenyataan yang menyinggung kaum-kaum tertentu, sudah cukup untuk menyerlahkan ideologi rasis dan cauvinis yang didokong oleh kepimpinan DAP.

"Malah, jika kita lihat susun atur pemilihan CEC DAP baru-baru ini juga tidak menggambarkan parti itu terbuka untuk semua kaum, apabila jawatankuasa pusat parti tersebut didominasi oleh satu kaum saja. Manakala kaum lain yang berada di dalam DAP seolah-olah  terpinggir bahkan ada yang tidak dijemput untuk menghadiri pemilihan parti tersebut," tegasnya.

Namun kata Shahidan lagi, agak malang apabila ada juga di kalangan bangsa Melayu yang menyokong perjuangan DAP yang pada hakikatnya bersifat rasis dan cauvinis yang ekstrim.

"Mereka tak mahu sokong UMNO kerana kata mereka kononnya UMNO sebuah parti rasis. Memang benar UMNO adalah parti yang berteraskan perkauman, sama seperti MCA dan MIC. Tetapi perlu diingat bahawa perjuangan UMNO dalam usaha untuk memakmurkan negara tidak meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.

"Seperti mana orang Melayu di dalam Pas yang kini bergabung dengan DAP, mereka bukanlah bersetuju sangat dengan sikap dan pendekatan kepimpinan DAP yang seringkali memainkan isu-isu perkauman dan agama yang sensitif, tetapi kerana terlalu dahagakan kuasa memerintah maka mereka terpaksa sokong juga," ujarnya. -MediaUMNO

Govt Reviewing 250 Goods Subjected To 10 Pct Tax Under SST, Says Ahmad Husni

Posted: 20 Feb 2014 04:11 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 20  - The government is reviewing 250 goods, which are currently subjected to 10 per cent sales and services tax (SST), to be shifted to the goods and services tax (GST).

Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said the final list would be out soon.

Of the 900-odd basket of goods, the 10 per cent SST is being imposed on 700 items currently, he told reporters after delivering a keynote address at a preparatory forum for the GST implementation.

Updating on the progress of the GST, Ahmad Husni said the framework was at the final stage and would be tabled in the Cabinet most probably in April.

The minister said the framework would include the final list of the goods that would be taxable under the new tax structure which was much lower.

Commenting on the possible upward revision of the six per cent GST rate in future, Ahmad Husni said there was no discussions yet to review the rate.

The six per cent GST to be imposed on April 1, 2015 is among the lowest in the world.

“However, if there is a necessity to review the rate, it will take a couple of years. Any increase in the GST rate will be against the government’s philosophy to protect the people’s welfare,” he added.

Tindakan Kerajaan Selangor Lengahkan Langat 2 Burukkan Krisis Air – Noh Omar

Posted: 20 Feb 2014 04:04 AM PST

KUALA SELANGOR, 20 Feb – Tindakan kerajaan negeri Selangor melengah-lengahkan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang tertangguh sejak 2010 sebenarnya memburukkan krisis air di negeri itu terutama pada musim kemarau seperti sekarang.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MPTNS), Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri seharusnya lebih realistik dan serius dalam menyelesaikan isu tersebut kerana masalah air di negeri itu sudah berlarutan sejak sekian lama.

pembinaan_loji_langat_2_selangor_air

Katanya, dakwaan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini yang mengaitkan krisis air di Selangor sebagai agenda Barisan Nasional (BN) menjatuhkan pakatan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang adalah sangat tidak berasas sedangkan masalah air adalah tanggungjawab mereka sendiri.

“PR jangan asyik politikkan isu air di Selangor atau menyalahkan orang lain setiap kali masalah air melanda kerana ia tidak akan selesai bahkan mereka sepatutnya fikir, krisis air ini melibatkan semua pengguna sama ada penyokong PR atau BN.

“Jika nak ambil alih pengurusan air negeri, segerakan kerana jangan disebabkan pengambil alihan masih tidak selesai, Langat 2 tak dapat dibina dan rakyat pula terus sengsara dengan krisis air yang tidak berkesudahan ini,” katanya di sini hari ini.

Noh mendakwa tindakan kerajaan negeri menyekat pembinaan projek kolam takungan air Pancang Bedena di Sabak Bernam yang sepatutnya siap tahun lepas untuk pertanian juga memberi tekanan hebat kepada petani.

“Campur tangan kerajaan negeri dalam projek kolam yang dibina kerajaan pusat itu menyebabkan ia tidak dapat disiapkan sedangkan ia mampu menampung kegunaan pesawah di daerah itu pada musim kemarau,” katanya.

10 Outlet KR1M Di Lembah Klang Akan Jual Sayur & Ikan Mulai Mac

Posted: 20 Feb 2014 03:26 AM PST

JOHOR BARU, 20 Feb -  Outlet Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Lembah Klang akan mula menjual sayur-sayuran dan juga ikan bermula 1 Mac ini.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, buat permulaan 10 buah outlet KR1M akan memulakan penjualan sayur dan ikan.

“Pada masa ini outlet KR1M hanya menjual barangan-barangan kering termasuk makanan dalam tin tetapi pihak kementerian mahu mereka menawarkan perkhidmatan yang lebih baik jadi kita perkenalkan sayur-sayuran dan juga ikan,” katanya.

Menurut beliau sebahagian besar barangan yang dijual di KR1M biasanya 30% hingga 50% jauh lebih murah dari kedai biasa atau pasar raya.

Pihak kementerian katanya kini sedang berbincang dengan Fama dan agensi-agensi lain yang berkaitan dalam usaha untuk memasarkan barangan segar seperti sayur dan lain-lain ke outlet KR1M.

“Jika dapati projek pertama ini berjaya, kita mungkin akan mengembangkannya kepada semua 126 outlet KR1M di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini.

Ahmad Bashah juga memaklumkan yang pihak kementerian bercadang untuk membuka 60 lagi outlet KR1M tahun ini.

Perancangan kerajaan katanya ialah untuk memastikan setiap kawasan parlimen sekurang-kurangnya mempunyai satu outlet KR1M.

“Objektif KR1M ialah untuk membantu mengurangkan bebanan rakyat ekoran kenaikan kos kehidupan khususnya di kawasan bandar,” ujarnya lagi.

Kajang By-Election Crucial For BN To Benchmark Support – Gerakan

Posted: 20 Feb 2014 02:16 AM PST

GEORGE TOWN, Feb 20 – Gerakan feels that the Kajang state by-election will be crucial for the Barisan Nasional (BN) to benchmark support from the people, especially the Chinese who make up the second largest group of voters there.

Penang Gerakan chairman Teng Chang Yeow said the BN should contest the by-election as it would be able to gauge the support for the BN and also the wisdom of the voters.

“The Kajang by-election will be another support benchmark for the BN and I don’t think BN will drop it (the by-election),” he told Bernama when contacted here today.

Penang MCA deputy chairman Tan Teik Cheng said the BN must contest in the by-election as the state seat was previously contested by the MCA.

“The BN must contest and I believe the BN and the MCA will have the strategy to win back the seat. It is understood that the MCA receives good response from the Kajang voters,” he said.

Tan said the resignation of Kajang assemblyman Lee Chin Cheh of the PKR to pave the way for PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to contest the seat showed personal interest at play and added that the Kajang voters should not be manipulated.

The Kajang state seat fell vacant following the resignation of Lee on Jan 27. It comprises 38,965 voters, of whom 48 per cent are Malay; 41 per cent, Chinese; 10 per cent, Indian and one per cent, others.

The Election Commission has set March 23 for polling and March 11 for nomination. Advanced polling is scheduled for March 19.

Meanwhile, Penang Umno Liaison Committee secretary Datuk Musa Sheikh Fadzir said the Kajang state by-election was a drain on funds at a time when the government was striving to cut costs.

In KUALA LUMPUR, People’s Progressive Party (PPP) president Datuk Seri M. Kayveas said the Kajang voters might sabotage Anwar for the manner the by-election has been forced on the people.

He said they would feel that they were being used for Anwar’s personal agenda.

“Kajang could be Anwar’s waterloo,” he told a media conference after the PPP Supreme Council meeting at the party’s headquarters.

Kayveas said the PPP had identified its party members in the constituency and would ensure that they gave their full support to the BN candidate.

On the resignation of P. Waythamoorthy, chairman of the Hindu Rights Action Force (Hindraf), as a deputy minister in the Prime Minister’s Department and senator, Kayveas said: “He resigned because he can’t perform.”

Kayveas also denied that he was responsible for a Facebook post entitled ’5 Reasons why Tamil Schools should be Closed Down’.

“I did not write the article,” he said.

Wisma Putra Closely Monitoring Situation In Egypt

Posted: 20 Feb 2014 02:13 AM PST

PUTRAJAYA, Feb 20 – Malaysia is deeply concerned over the incident of the two South Korean tourists who were killed in a suicide bomb attack at the resort town of Taba, South Sinai, Egypt.

Wisma Putra in a press statement said, Malaysia regretted the unnecessary loss of lives in the incident and urged all parties to refrain from violence.

“Due to the prevailing security situation and continuing political uncertainties in Egypt, Wisma Putra wishes to reiterate its earlier travel advisory and urges all Malaysians to defer or reschedule their non-essential travel to Egypt,” according to the statement.

Wisma Putra is currently coordinating closely with the Embassy of Malaysia in Cairo, Egypt to monitor the situation to ensure the safety and security of all Malaysians.

Penyaluran Terus Ke Akaun Bank Untuk Memudahkan Penerima BR1M – Shabery

Posted: 20 Feb 2014 02:09 AM PST

PUTRAJAYA, 20 Feb – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank mulai 22 Feb ini bertujuan memudahkan urusan pemindahan wang kepada penerima bantuan kerajaan itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan mengambil perhatian terhadap semua maklum balas oleh penerima BR1M dan pengalaman menguruskan penyampaian BR1M sebelum ini.

“Sebelum ini, penerima BR1M perlu menunggu lama dan beratur panjang untuk menerima wang BR1M sehingga menyebabkan keadaan tidak selesa, sehubungan itu, kabinet telah sebulat suara meluluskan pemberian BR1M 3.0 kali ini disalurkan terus kepada penerima menerusi akaun bank tanpa melalui pelbagai prosedur yang menyusahkan,” katanya.

rakyat-layak-terima-br1m-bantuan-kerajaan-wang-tunai

Beliau berkata demikian selepas merasmikan bangunan baharu IBM Global Delivery Centre (Malaysia) Sdn Bhd, di Cyberjaya dekat sini hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) Datuk Badlisham Ghazali dan Pengarah IBM Global Delivery Centre (Malaysia) Sdn Bhd, Craig Tucker.

Ahmad Shabery mengulas kenyataan beberapa pihak bahawa pemberian BR1M terus ke akaun penerima akan menghalang interaksi antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan rakyat kerana sebelum ini penyampaian BR1M diadakan dalam pelbagai majlis yang dianjurkan di seluruh negara.

Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober tahun lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM650, sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.

Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan bantuan itu yang dinikmati hampir 7.9 juta rakyat Malaysia.

Ahmad Shabery berkata terdapat pelbagai cara untuk pemimpin masyarakat dan pertubuhan yang menyokong kerajaan untuk berinteraksi dengan orang ramai selain daripada majlis penyampaian BR1M.

Katanya penyaluran wang bantuan itu secara terus kepada penerima adalah membuktikan keikhlasan kerajaan membantu rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup dan untuk memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa sistem urusan kerajaan dan urusan perbankan adalah cekap dan amanah.

Mengenai IBM Global Delivery Centre (Malaysia) Sdn Bhd (IBM Global), beliau berkata syarikat terkemuka itu telah memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia sejak ia melakukan pelaburan dengan menempatkan pejabatnya di Cyberjaya yang mengambil konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat.

Ahmad Shabery berkata beliau difahamkan ramai warga tempatan yang berkemahiran tinggi kini bekerja di IBM Global dengan memperoleh gaji yang lumayan iaitu bermula dari RM5,000 dan ke atas sebulan.

“Itu sebabnya, rakyat Malaysia perlu mempunyai kelayakan akademik dan kemahiran tinggi untuk memperolehi gaji yang tinggi, sesuai dengan kehendak pasaran sekarang,” katanya.

Beliau berkata Cyberjaya sedang berkembang maju apabila pada tahun lepas sahaja, jumlah pelaburan diterima termasuk dari syarikat-syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah RM2.9 bilion.

Taja Calon Bebas : Pembangkang Panik Takut Bayang-bayang Sendiri

Posted: 20 Feb 2014 01:24 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Tuduhan pakatan pembangkang kononnya Barisan Nasional (BN) menaja calon bebas untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang bolehlah diumpamakan sebagai anjing takut bayang-bayang.

Menurut Exco Pemuda UMNO Malaysia, Arman Adha Abu Hanafiah tuduhan tersebut hanya memperlihatkan pakatan pembangkang sudah panik dalam drama yang mereka cipta sendiri.

"Jadi, soal BN bertanding atau tidak, itu soal kepimpinan BN, tapi soal menaja calon Bebas untuk bertanding di Kajang, khususnya untuk menentang Anwar Ibrahim yang dikatakan akan mewakili PKR nanti adalah satu perkara yang mustahil.

arman-azha-abu-hanifah-exco-pemuda-umno-bn-malaysia

"Ini kerana BN mempunyai ramai calon anak tempatan, calon yang berwibawa untuk diketengahkan berbanding PKR yang nampaknya menggunakan calon 'nasi basi' untuk memenuhi impian dan nafsu pemimpin mereka sendiri," ujarnya yang juga Pengerusi Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO Malaysia.

Jelas beliau lagi tuduhan pakatan pembangkang ini hanyalah taktik untuk menutup kesalahan mereka yang `membuka gelanggang PRK Kajang' tanpa alasan yang kukuh, yang akhirnya akan membazirkan wang rakyat.

Justeru jelas beliau  kesilapan tersebut cuba diletakkan kepada BN sedangkan mereka sendiri nampaknya semakin gusar untuk menghadapi PRK ini, sehingga Anwar Ibrahim di'kerah' sepenuhnya untuk turun berkempen awal di Kajang.

"Dulu mereka menuduh BN menang Pilihan Raya Umum (PRU) dengan menggunakan khidmat 40,000 pengundi hantu yang didatangkan khas dari Bangladesh.

"Bila desakan demi desakan untuk mereka membuktikan dakwaan mereka, Anwar kata tidak pernah tuduh BN menggunakan warga Bangladesh tetapi kini dah dengar `suara-suara misteri' yang mengatakan BN akan menggunakan warga Myanmar pula untuk menang di Kajang", ujarnya.

Beliau seterusnya percaya tuduhan BN menaja caloin Bebas ini juga sebahagian daripada politik fitnah yang sememangnya menjadi amalan pakatan pembangkang untuk menagih undi.

"Ini kerana mereka hidup dengan politik fitnah sebagai asas perjuangan mereka berbanding perjuangan membela rakyat, berbanding BN yang konsisten sejak merdeka, memastikan kepentingan rakyat didahulukan berbanding kepentingan peribadi dan parti," tambahnya lagi. -MediaUMNO

ESSCom Census To Help Resolve Influx Of Immigrants, Says Sabah UMNO

Posted: 19 Feb 2014 10:58 PM PST

KOTA KINABALU, Feb 20 – Sabah UMNO today described the census conducted by the Eastern Sabah Security Command (ESSCom) in four Sandakan water villages as a measure to resolve the influx of immigrants once and for all.

Its deputy chairman, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak, said the census reflected the seriousness and transparency of the state government in resolving the issue.

As such, all quarters should support the move as it would benefit the state in the long term, he said in a statement.

Salleh was commenting on the outcome of the ESSCom census, in the villages of Forest, Muhibbah, Cahaya Baru and Mangkalinau, which showed that 58 per cent of households were non-citizens.

ESSCom director-general Datuk Mohammad Mentek had said that 4,928 of the households, comprising 24,931 people, were registered during the three-day census from Feb 15.

He had said that 70 per cent of the residents of Kampung Mangkalinau, making up 1,291 households, were non-citizens.

He had also said that no arrests were made during the census which he added was aimed at gathering information on the number of households, population and the demography of the citizens and non-citizens.

Sandakan is one of the three districts in the Eastern Sabah Security Zone (ESSZone), besides Semporna and Lahad Datu, selected for the pioneer census programme.

ESSZone covers 10 districts, the other seven being Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Kunak and Tawau.

It was established following the violent intrusion by armed Sulu terrorists in Kampung Tanduo, Lahad Datu, in February last year.

KR1M Diperluas Ke Semua IPT Untuk Kurang Kos Sara Hidup Pelajar

Posted: 19 Feb 2014 09:26 PM PST

JOHOR BAHARU, 20 Feb – Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), yang kini menawarkan sebanyak 397 produk, bakal diperluas ke institut pengajian tinggi (IPT) seluruh negara dalam usaha mengurangkan kos sara hidup pelajar.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata setakat ini tidak banyak produk atau kedai KR1M di IPT memandangkan keperluan pelajar dilihat agak berbeza dengan keperluan umum.

“Kami akan bincang dengan IPT untuk membuka lebih banyak KR1M di sana. Persatuan pelajar atau koperasi pelajar boleh memohon untuk menguruskan KR1M ini,” kata beliau selepas melawat kedai Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai di sini.

Antara IPT yang menjual produk KR1M ialah UTM cawangan Kuala Lumpur, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara (cawangan Melaka), Kolej Kemahiran Tinggi Mara and Universiti Sunway.

“Kami menawarkan produk yang 50 peratus lebih murah daripada pasaran. Dengan membuka atau menawarkan lebih banyak KR1M di IPT, pelajar boleh turut menikmati faedah dan dalam masa yang sama mengurangkan beban kos sara hidup,” kata Ahmad Bashah.

Setakat ini, terdapat sebanyak 126 kedai KR1M di seluruh negara dan kerajaan turut mensasarkan sebanyak 60 kedai KR1M dibuka tahun ini.

Ahmad Bashah juga berharap lebih banyak KR1M dibuka sekurang-kurangnya satu di setiap kawasan parlimen bagi memastikan semua rakyat menikmati usaha kerajaan mengurangkan kos sara hidup.

Menyentuh barangan segar yang bakal dijual di KR1M mulai 1 Mac ini, beliau berkata sebagai permulaan sebanyak 10 lokasi KR1M akan dipilih untuk menjual barangan itu.

Beliau berkata kerjasama ini diadakan bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan pihak berkaitan.

“Kita nak pastikan dulu bekalan barangan segar mencukupi sebelum memperluaskan ke kedai-kedai KR1M seluruh negara. Mungkin lepas ini mereka boleh menawarkan barangan segar lain seperti daging dan sebagainya,” kata beliau.

Menurut Fama barangan segar akan dibeli terus daripada petani termasuk ikan, sayur-sayuran, ayam dan buah-buahan.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT