SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, February 15, 2014

UMNO Online - “Pengundi Kajang Boleh Nilai Sendiri Rekod Buruk Anwar – Liow” plus 9 more

UMNO Online - “Pengundi Kajang Boleh Nilai Sendiri Rekod Buruk Anwar – Liow” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pengundi Kajang Boleh Nilai Sendiri Rekod Buruk Anwar – Liow

Posted: 14 Feb 2014 06:53 AM PST

KAJANG, 14 Feb – Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menimbulkan ketegangan berhubung pendidikan Cina ketika menjadi menteri pelajaran.

Liow berkata sejarah menunjukkan Anwar, antara lain, menempatkan beberapa guru besar dan guru biasa yang tidak memahami bahasa Cina, di sekolah Cina.

Beliau mendakwa Anwar juga bertanggungjawab mengeluarkan pekeliling melarang semua negeri daripada menyediakan tanah bagi pendidikan Cina ketika itu.

Liow berkata pengundi di Kajang, terutama pejuang pendidikan Cina, boleh mengimbau kembali sejarah pendidikan Cina ketika Anwar menjadi menteri pelajaran.

Sambil menjelaskan bahawa beliau hanya ingin menarik perhatian tentang sejarah itu, Liow mendakwa tindakan Anwar itu telah mencetuskan banyak ketegangan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan limau dan bunga mawar kepada orang ramai sempena sambutan “Chap Goh Mei” dan Hari Valentine di Pasar Sungai Chua Market di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie.

Liow berkata berdasarkan rekod lampau Anwar, pemimpin pembangkang itu tidak akan menunaikan janjinya dan akan terus memutarbelitkan dan memanipulasi setiap perkara demi mendapatkan undi untuk kepentingan dirinya.

“Ibu pejabat Dong Zong (Persekutuan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia) juga terletak di sini (Kajang). Mereka dan kami tahu dengan amat jelas bahawa perjuangan Anwar tidak boleh dipercayai.

“Malah, beliau (Anwar) juga datang ke ibu pejabat Dong Zong baru-baru ini dan menabur beberapa janji, oleh itu, sebagai pemimpin MCA, saya perlu mendedahkan sikap beliau,” katanya.

Sementara itu, MCA telah menyenaraipendekkan calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, yang akan diadakan pada 23 Mac berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandang kerusi itu, Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat, pada 27 Jan.

Floods Among The Worst To Strike Beaufort – Azizah

Posted: 14 Feb 2014 06:51 AM PST

BEAUFORT, Feb 24 – Deputy Minister of Women, Family and Community Development Datuk Azizah Mohd Dun described the floods that hit Beaufort last night as among the worst since 1981.

The Member of Parliament for Beaufort said the floods affected almost the entire district and caused much damage to agricultural areas and property as well as difficulty to residents.

Meanwhile, a survey in the area found most of Beaufort old town inundated by water while the old bridge in the old part of town, one of the main thoroughfares to other districts like Sipitang, could not be used as the roads leading to it were under water.

Jangan Samakan PRK Balingian Dengan PRK Kajang – Adenan Satem

Posted: 14 Feb 2014 06:50 AM PST

KUCHING, 14 Feb – Bakal Ketua Menteri Sarawak yang kelima Tan Sri Adenan Satem berkata pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)Balingian tidak boleh disamakan dengan PRK DUN Kajang.

Beliau berkata senario dua pilihan raya kecil itu adalah berbeza dan adalah tidak wajar menyatakan PRK Balingian akan membazirkan wang rakyat.

Katanya pilihan raya kecil Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara sengaja oleh penyandangnya Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Jan lepas, untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi itu.

“Pilihan raya kecil kerusi Balingian berbeza sekali kerana ia akan diadakan sebab Ketua Menteri (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) terpaksa meletakkan jawatan sekiranya beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri,” jelas beliau pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Setakat ini, belum dipastikan sama ada PRK Balingian akan diadakan berikutan belum ada keputusan sama ada Taib bakal dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri bagi mengganti Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Rabu lepas, Taib yang juga anggota DUN Balingian mengumumkan akan berundur sebagai Ketua Menteri berkuat kuasa 28 Feb ini

Comango Ancaman Hancurkan Islam Dan Negara – Majlis Fatwa

Posted: 14 Feb 2014 06:48 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam hari ini menegaskan tuntutan yang dibuat Gabungan Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Hak Asasi Manusia (Comango) bertentangan dengan syariat Islam dan bakal menghancurkan negara.

Prof-Dr-Abdul-Shukor-Husin-Pengerusi-Hal-Ehwal-Islam-Muzakarah-Majlis-Fatwa-Kebangsaan-Negara-Malaysia

Justeru, jawatankuasa fatwa berkenaan menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Comango yang dilihat satu gerakan yang cuba menghancurkan kedaulatan Islam di negara ini.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataan berkata jawatankuasa fatwa menentang tuntutan itu kerana selain bercanggah dengan syariat Islam, ia juga bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan negara serta norma-norma antarabangsa.

“(Tuntutan itu) akan mencetuskan huru-hara kepada masyarakat dan Negara serta mampu meruntuhkan pegangan dan cara hidup umat Islam di Malaysia”, katanya.

Comango sebelum ini menuntut beberapa perkara merangkumi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Selain menyentuh isu hak asasi manusia, pertubuhan itu turut menuntut hak kebebasan murtad bagi orang Islam, hak kesamarataan agama serta mempersoal kes penggunaan kalimah Allah dan ajaran Syiah.

Abdul Shukor turut mengingatkan umat Islam di negara ini untuk bersatu padu dalam menangani isu berkenaan tanpa memikirkan fahaman politik masing-masing demi mempertahankan kesucian agama Islam dan meminta umat Islam yang terlibat dalam pertubuhan itu untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Taib Mahmud A Great Leader, Succeeds In Uniting Sarawakians

Posted: 14 Feb 2014 06:43 AM PST

KUANTAN, Feb 14 – Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob today described Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud as a great leader who had contributed so much to the state.

Adnan said Abdul Taib, in his 33 years of leadership, had managed to unite the multi-ethnic and multi-religious people of Sarawak to live in peace and harmony without any political or religious incident.

“For me, he is a great leader who has contributed so much to Sarawak and has managed to unite the multi-ethnic people to work together to develop the state.

“I wish him well and that he will continue to succeed in whatever field he chooses to venture into after this…maybe he will be appointed to hold another important office because he is great,” Adnan said in response to Abdul Taib’s resignation.

Adnan was met after launching the rebranding of Kuantan Vistana Hotel here today, which was also attended by Pahang State Development Corporation chief executive officer Datuk Lias Mohd Noor and YTL Hotel executive director Datuk Mark Yeoh Seok Kah.

Last Wednesday, Abdul Taib, 78, announced his resignation as Sarawak Chief Minister effective Feb 28 and named Special Functions Minister at the Chief Minister's Office and Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) vice-president Tan Sri Adenan Satem as his successor.

Musa Visits Flood-Hit Areas, Promises Assistance

Posted: 14 Feb 2014 06:41 AM PST

SOOK, Feb 14 – The state government will do its level best to provide the necessary assistance to the flood victims in Sabah.

Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said the State Disaster Committee would hand out aid including food supply and other basic necessities to those affected by the severe flooding in Beaufort, Keningau (Sook) and Tenom.

Accompanied by Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Shahidan Kassim and State Secretary Tan Sri Sukarti Wakiman, Musa visited all three flood-hit areas where he also received briefings on the current flood situation.

“The government is concerned about the plight of the flood victims. As you can see, the federal minister (Shahidan) in charge of disaster-related matters is also here to assess the severity of the flood and address what needs to be done to alleviate the situation,” he told reporters, here, today.

He said the State Disaster Committee chaired by Sukarti and the relevant authorities were closely monitoring the situation and would update the public through the existing channels including social media.

“I also ask those affected to be calm and not panic. I know it’s a difficult and frustrating situation.

“Please also listen to the directives issued by the relevant authorities to move for your own safety. This will facilitate the evacuation process and also the channelling of assistance,” he said.

Musa said he had also asked the relevant authorities such as the police, Royal Malaysian Air Force and Sabah Air to assist in transporting food supply and other basic necessities to areas not accessible by road.

“Aside from the state departments and agencies, we also welcome assistance from NGOs and generous individuals. In times of crises, we can all contribute in some way,” he said.

Musa also cautioned children about playing in the flood waters and for parents to keep a close watch on them.

DAP Suarakan Tolak Golongan Ekstrem, Pengkhianat Negara Untuk Tutup Aib Sendiri

Posted: 14 Feb 2014 03:02 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Feb. – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menganggap pakatan pembangkang menyajikan satu lagi sandiwara apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan berkata golongan ekstrimis dan pengkhianat negara adalah mereka yang cuba menimbulkan kekacuan dengan mengapi-apikan isu sentimen agama dan perkauman.

Katanya, dakwaan pengkhianat negara sebenarnya adalah lebih sesuai jika diberikan kepada anggota dalam pakatan mereka sendiri yang lebih cenderung memburuk-burukkan negaranya sendiri.

blog-lim-kit-siang-dap-cina-rasis-13-mei-provokasi

"Apabila DAP menimbulkan isu sedemikian dalam ucapannya maka ia sebenarnya adalah cubaan untuk mengalihkan tumpuan dan perhatian masyarakat terhadap apa yang telah mereka sendiri lakukan dengan menyalahkan pihak lain," katanya kepada UMNO-Online.

Tegas beliau, ini dapat dilihat apabila kecaman rakyat yang berterusan kepada anggota Parlimen DAP, Teresa Kok masih berlarutan maka kepimpinan atasnya mengeluarkan ucapan seolah-olah mereka tidak memainkan sentimen perkauman, penghinaan dan pengkhianatan kepada negara mereka sendiri.

"Secara jujur saya akui bahawa saya sebagai anak negeri Sabah amat tersinggung dengan kenyataan Teresa dalam videonya yang memburuk-burukkan negeri Sabah dengan dianggap tidak selamat dan insiden Lahad Datu dijadikan bahan sindiran.

"Inilah pengkhianatan yang dibuat kepada negaranya sendiri yang sewajarnya dilihat oleh kepimpinan pembangkang untuk dinilai dan bukannya menidakkan apa yang dibuat dengan menuding jari kepada orang lain," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar melihat, pemimpin pembangkang bersikap hipokrit apabila melahirkan kenyataan menolak golongan ekstrem dalam politik sedangkan yang cenderung bersikap sedemikian adalah mereka sendiri.

"Siapa sebenarnya yang ekstrem, siapa sebenarnya yang bersifat perkauman, siapa yang anjurkan politik ganas selama ini jika tidak kepimpinan dari pakatan pembangkang sendiri."

Tegas beliau, klip video Teresa Kok yang dimuat naik di laman YouTube sempena Tahun Baru Cina lalu secara jelas menjadi bukti bagaimana kepimpinan pembangkang memperkecilkan bangsa Melayu selain memburuk-burukkan dasar kerajaan yang selama ini menjadi sebahagian pencetus kepada kejayaan Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Ketika isu ini hangat diperkatakan dengan berpuluh laporan polis dibuat maka kepimpinan tertinggi mereka cuba mengalihkan tumpuan ibaratnya bukan mereka yang mencetuskan perkauman dan politik ganas."

Bidas beliau, jika UMNO amalkan sikap perkauman dan bersikap tidak adil maka tidak mungkin Malaysia dikenali sebagai negara berbilang kaum dan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman sejahtera.

"Jika UMNO benar-benar parti yang rasis dan hanya mengutamakan satu-satu kaum sahaja jadi mana mungkin bangsa lain boleh berjaya termasuklah kaum Cina yang boleh menguasai ekonomi selain bangsa lain turut berjaya menjawat bidang profesional dan mendapat tempat dalam pelbagai sektor.

"Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi menolak politik kebencian yang hanya akan memudaratkan sebaliknya menerapkan perpaduan dan sifat bersatu-padu pada semua kaum tanpa ada mana-mana pihak yang didiskriminasikan."

Dalam hal ini beliau turut menyorot pelbagai demonstrasi jalanan yang berlangsung sejak Pilihan Raya Umum ke-12 misalnya Himpunan Bersih, sambutan ambang kemerdekaan, himpunan menjelang Tahun Baru dan macam-macam lagi adalah digerakkan oleh pakatan pembangkang yang menjadikan rakyat sebagai mangsa untuk bertindak ganas dan mengganggu ketenteraman. – MediaUMNO

Waythamoorthy Sepatutnya Berunding Dengan Saya Sebelum Letak Jawatan – Najib

Posted: 14 Feb 2014 03:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan beliau telah menerima surat peletakan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waythamoorthy pada Isnin lepas (10 Feb).

Bagaimanapun perdana menteri berkata Waythamoorthy tidak berjumpa dan berunding dengannya terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.

hindraf-mou-bn-waythamoorthy-najib-tengku-adnan

“Saya menghormati dan menerima keputusan beliau serta mengucapkan selamat berjaya dan mengharapkan yang terbaik untuk usaha beliau di masa hadapan.

“P.Waythamoorthy mungkin mempunyai pendekatan yang berbeza, namun beliau sepatutnya berjumpa dan berunding dengan saya terlebih dahulu sebelum mengumumkan peletakan jawatannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Najib berkata keputusan pengerusi Hindraf itu untuk meletakkan jawatan setelah memeterai perjanjian persefahaman dengan Barisan Nasional bagi memajukan lagi agenda masyarakat India, adalah mendukacitakan.

“Bagi menjayakan persefahaman ini, P. Waythamoorthy seharusnya menyesuaikan diri dalam sistem pentadbiran kerajaan dan menjalin kerjasama bagi mendapatkan konsensus untuk melaksanakan program kerajaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa selaras dengan pendekatan saya membentuk kerajaan yang mudah didekati dan sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, kita akan melaksanakan program pembangunan sosioekonomi kepada kaum India sebagaimana kita lakukan untuk kaum-kaum yang lain,” kata perdana menteri.

Dalam satu kenyataan Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) pada Isnin lepas, Setiausahanya P.Ramesh berkata Waythamoorty memutuskan untuk meletak jawatan kerana mendakwa kerajaan BN gagal mengotakan janji, biarpun menang Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas.

Waythamoorthy dilantik sebagai senator dan timbalan menteri selepas PRU13.

Mat Taib Dijadi Umpan Politik Anwar Tagih Undi Simpati – Sohaimi Shahadan

Posted: 14 Feb 2014 02:40 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan mengingatkan pengundi di DUN Kajang agar tidak terpengaruh dengan taktik politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang jelas mempunyai agenda politik peribadinya untuk bertanding di kawasan tersebut.

Menurut beliau, kenyataan terbaru Anwar yang ingin membawa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Taib dilihat sebagai satu lagi perancangan beliau untuk menarik undi rakyat di atas pagar, khususnya pengundi Melayu di kawasan itu.

"Bagi saya, kenyataan Anwar untuk membawa Tan Sri Mat Taib untuk kembali semula ke dalam pentadbiran negeri hanyalah semata-mata untuk memancing undi simpati serta untuk mencetuskan polemik baru dalam politik negeri Selangor.

mat-taib-pas-selangor-mat-sabu-diperalat-diperguna-anwar-pakatan

"Bagi saya, Anwar seolah-olah kehabisan idea untuk memilih pemimpin sehingga terpaksa menjemput Tan Sri Mat Taib semula ke dalam pentadbiran negeri Selangor. Sepatutnya Anwar memberikan peluang kepada pemimpin yang lebih muda, bukannya menjemput Tan Sri Mat Taib, di mana idea itu bagi saya hanyalah satu idea kitar semula," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, satu ketika dulu Anwar merupakan pemimpin yang paling lantang mengkritik dan menghentam Tan Sri Mat Taib tetapi hari ini, Anwar sanggup menjilat ludahnya semula apabila membuat kenyataan yang sedemikian.

"Dulu, Anwarlah orang nombor satu yang menghentam kepimpinan Tan Sri Mat Taib. Macam-macam yang beliau kecam dan kritik dan beliau tidak percaya kemampuan Tan Sri Mat Taib untuk mentadbir negeri Selangor.

"Tetapi hari ini, Anwar buat kenyataan mahu bawa Tan Sri Mat Taib semula ke dalam pentadbiran negeri Selangor. Maknanya apa yang beliau kritik dan kecam Tan Sri Mat Taib selama ini tidak betullah, kerana hari ini Anwar yakin pula dengan kemampuan Tan Sri Mat Taib sehingga mahu menjemput beliau kembali semula ke dalam pentadbiran negeri," tegasnya.

Justeru itu, beliau sekali lagi mengingatkan pengundi DUN Kajang agar tidak terpengaruh dengan kempen politik Anwar dan beliau seharusnya ditolak kerana lebih mementingkan agenda peribadinya berbanding agenda membela rakyat di negeri tersebut.

"Saya minta agar pengundi di DUN Kajang tidak terpedaya dengan kelicikan Anwar berpolitik. Cukuplah berkali-kali ditipu oleh Anwar. Sudah berapa banyak tembelang dan penipuan Anwar terbongkar.

"Dulu kata Anwar, sekiranya Pakatan kalah dalam PRU ke 13, beliau akan bersara dan menjadi pensyarah, namun sehingga ke hari ini beliau masih di pentas politik. Kemudian, apabila kalah di dalam PRU, beliau timbulkan soal pengundi hantu dari Bangladesh, isu ‘blackout’ dan sebagainya, seolah-olah beliau tidak mengiktiraf keputusan PRU.

"Akhirnya satu demi satu kebenaran timbul sekaligus memperlihatkan bahawa segala dakwaan Anwar itu merupakan satu pembohongan yang direka cipta untuk memburukkan imej negara di mata dunia. Nasihat saya pada pengundi di DUN Kajang, cukuplah sekali tertipu dan janganlah kita ditipu berkali-kali oleh orang yang sama," ujarnya. – MediaUMNO

Pemuda Umno Perlis Ikrar Bantu 13 Yang Dibuang Kerja

Posted: 14 Feb 2014 02:04 AM PST

KANGAR, 14 Feb – Pemuda Umno Perlis akan berusaha membantu 13 bekas pekerja kilang di Arau yang mendakwa diberhentikan tanpa alasan kukuh mendapat keadilan sewajarnya.

Setiausaha Kerja sayap itu Saiful Nizan Othman berkata selain membantu mereka membuat aduan kepada pihak berkaitan, Pemuda Umno Perlis juga akan berusaha mencari peluang pekerjaan lain untuk mereka.

Bagaimanapun sebelum langkah ini diambil, Pemuda Umno Perlis akan mengatur pertemuan mereka dengan bekas majikan minggu depan bagi meminta dipertimbangkan kembali bekerja di kilang itu, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengiringi kumpulan bekas pekerja itu membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja Perlis di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saiful Nizan berkata walaupun diberi pampasan, ada antara bekas pekerja terbabit tidak mahu hilang pekerjaan.

“Disebabkan itulah pegawai Jabatan Tenaga Kerja Perlis menasihatkan mereka memanjangkan aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahan di Alor Setar, Kedah,” katanya menambah Pemuda Umno Perlis akan membantu kumpulan bekas pekerja terbabit berbuat demikian.

Semalam, akhbar melaporkan kumpulan bekas pekerja terbabit mendakwa mereka dibuang kerja tanpa alasan kukuh pada 11 Feb lepas.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT