SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, February 28, 2014

UMNO Online - “Nilai Projek Pembinaan RM115 Bilion Dilaksanakan Sepanjang Tahun Ini – Fadillah” plus 9 more

UMNO Online - “Nilai Projek Pembinaan RM115 Bilion Dilaksanakan Sepanjang Tahun Ini – Fadillah” plus 9 more

Link to UMNO Online

Nilai Projek Pembinaan RM115 Bilion Dilaksanakan Sepanjang Tahun Ini – Fadillah

Posted: 27 Feb 2014 04:02 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Kementerian Kerja Raya menjangkakan nilai projek-projek pembinaan sebanyak RM115 bilion akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Menterinya Datuk Fadillah Yusof berkata permintaan terhadap pembinaan dijangka terus kekal mampan pada tahun berikutnya dengan wujudnya projek mega yang dikenalpasti seperti MRT Line 2, Tun Razak Exchange, River of Life Kuala Lumpur, Projek Rapid di Pengerang, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh dan Pembangunan Iskandar.

Katanya sektor pembinaan telah merekodkan projek bernilai RM124 bilion pada 2012 dan RM108 bilion pada 2013.

“Daripada jumlah itu, projek swasta mendominasi dengan sumbangan 85 peratus daripada jumlah projek pada 2012 dan 81 peratus daripada jumlah projek pada 2013,” katanya dalam ucapannya pada Majlis Dialog Industri Pembinaan di sini hari ini.

Katanya prestasi itu selari dengan pertumbuhan pesat industri pembinaan di rantau Asia, apabila Malaysia berada pada kedudukan pertama dalam kategori ‘Fastest Growing Construction Market in Asia’ dan tangga keempat dalam ‘Most Profitable Construction Market in Asia’.

Beliau berkata kadar pertumbuhan sektor pembinaan dijangka turut berkembang pada kadar 9.6 peratus pada tahun ini.

“Sektor pembinaan telah berkembang pada kadar 18.1 peratus pada 2012 dan kekal pada dua angka iaitu 10.9 peratus pada 2013.

“Walaupun ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding 2012, namun pertumbuhan bagi sektor pembinaan masih lagi kukuh berbanding sektor ekonomi  lain dan dijangka kekal bagi tahun 2014,” katanya.

Sementara itu, Fadillah berkata kementerian sedang memuktamadkan garis panduan dan peraturan bagi Akta Bayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (CIPAA) 2012.

Katanya langkah itu bagi mengatasi masalah aliran wang tunai dan kelewatan projek berikutan isu pertikaian ‘pembayaran’ dalam kalangan kontraktor, subkontraktor, perunding, pembekal dan klien.

“Sebaik sahaja kedua-dua perkara (garis dan panduan) selesai dimuktamadkan, akta itu akan dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Meninjau Semula Isu Air Selangor : Krisis Air Ini Bukan Salah Takdir

Posted: 27 Feb 2014 03:54 AM PST

Sejak semalam para penyokong Pakatan Rakyat cuba memberi pelbagai alasan untuk menutup masalah mereka di Selangor iaitu krisis air yang sangat serius. Krisis ini telah dijangka akan berlaku pada 2014 sejak 2006 lagi dan kerajaan Barisan Nasional telah mengadakan pelan penyelesaian menyeluruh mengelakkan krisis ini.

Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada 2008 mereka mengetahui bahawa industri air di Lembah Klang dalam proses penstrukturan semula.

Dua agenda penting dalam penyelesaian ini ialah bekalan air mentah dari Pahang dan penstrukturan semula industri air di Lembah Klang di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

khalid_mb_selangor_gagal_rakyat

Tan Sri Khalid tidak mahu melaksanakan segera kerana beliau mahu menggunakan isu ini untuk meraih keuntungan politik.

Kerajaan Selangor memutuskan tidak memberi Kebenaran Merancang Dan Membina untuk Loji Langat 2. Loji Langat 2 merupakan bahagian penting dalam memastikan kemapanan industri air di Selangor. Air mentah yang disalurkan dari Pahang akan di proses di loji ini. Tanpa loji ini, bekalan air mentah dari Pahang tidak berguna. Malangnya, Khalid tidak peduli semua itu.

Beliau menjalankan permainan Pakatan untuk melengahkan projek ini bagi meningkatkan kos pengurusan air dan memburukkan Barisan Nasional.

Khalid secara terbuka beberapa kali menolak kajian yang menyatakan bahawa Lembah Klang akan berhadapan krisis air pada 2014. Beliau mengatakan Loji ini bukan keperluan segera. Paling awal krisis air akan berlaku ialah pada 2019.

Jadi apa yang Pakatan dakwa sebagai bencana alam kemarau yang menyebabkan krisis air ini hanyalah satu tindakan menyalahkan takdir bagi menyembunyikan kesalahan mereka. Jangan salahkan Allah atas sikap dan perangai buruk kepimpinan Pakatan.

Agenda kedua ialah penstrukturan semula industri Air Selangor melalui penggabungan syarikat-syarikat yang terbabit dalam industri ini. Khalid melenga-lengahkan kerana mahu menggunakan perjanjian air yang lama antara Syabas dan kerajaan negeri dan persekutuan bagi mendapat keuntungan politik.

Khalid tahu bahawa melengahkan isu penggabungan ini akan membolehkan Syabas melaksanakan perjanjian kenaikan tarif air. Ini akan membolehkan beliau menyalahkan Syabas dan BN sebagai penindas rakyat yang mahu menaikkan tarif air, manakala beliau akan menjadi hero sebagai orang yang menghalang kenaikan tarif.

Namun kejahatan dan hati busuk Pakatan dan Khalid Ibrahim akhirnya dibalas Allah. Krisis air yang dijangka menjadi kenyataan, Khalid terpaksa mencatu air. Akibatnya, kerajaan Persekutuan terpaksa membelanja berjuta ringgit membuat pembenihan awan.

Menyedari kemarahan rakyat akan bertambah besar menjelang pertengahan bulan ini, Khalid bersetuju dengan pembinaan loji langat 2 dengan syarat kerajaan Persekutuan menyuntik RM 2 bilion dalam menampung kos penstrukturan semula "pemain industri air Selangor".

Kerajaan Persekutuan sedar masalah krisis air ini perlu diselesaikan kerana ia boleh menjejas ekonomi negara. Banyak industri akan terhenti jika krisis bekalan air berterusan dari semasa ke semasa tanpa penyelesaian yang tuntas.

Namun apa yang kita saksikan sejak semalam ini sikap busuk hati dan bodoh sombong penyokong Pakatan Rakyat masih berterusan menegakkan benang basah dan berbohong kepada umum bahawa ini kejayaan Pakatan dan Khalid menyingkirkan Syabas kroni Barisan Nasional.

Mereka menipu fakta bahawa penstrukturan ini dirangka dan dirancang oleh Barisan Nasional sendiri pada 2007. Mereka juga langsung tidak berasa bersalah atas sikap tidak bertanggungjawab Pakatan dan Khalid melengahkan pembinaan Loji Langat 2 sehingga menyebabkan krisis air sekarang dan kerajaan Persekutuan mengalami kerugian jutaan ringgit.

tahukah_anda_krisis_air_selangor

kronologi-ringkasan-masalah-krisis-air-kerajaan-selangor-pakatan-khalid-pkr

Lesen Perniagaan Di Selangor Meningkat 46 Hingga 280 Peratus

Posted: 27 Feb 2014 03:46 AM PST

KAJANG, 27 Feb – Kerajaan Selangor digesa menurunkan kadar lessen perniagaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang meningkat secara mendadak antara 46 hingga 280 peratus mulai Januari lepas.

Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pihaknya menerima 35 aduan tentang kenaikan lesen perniagaan MPKj meliputi 12 jenis perniagaan daripada peniaga dan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Selangor, khususnya di Kajang.

“Bagi pihak MCA, saya merayu kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya kerajaan Selangor membatalkan kadar lesen perniagaan baharu sebaliknya berpandukan kepada kadar 2013 bagi meringan beban rakyat,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan MCA bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang di Taman Berjaya, di sini hari ini.

kenaikan-gaji-ub-mb-selangor-khalid-peratus

Menurut Wee kadar lesen perniagaan bagi premis yang menjual kenderaan terpakai mengalami kenaikan sebanyak 282 peratus iaitu dari RM390 pada tahun lepas kepada RM 1,490 tahun ini.

Selain itu, kadar lesen perniagaan bagi kedai membaiki kenderaan meningkat 167 peratus, kedai jahit (160 peratus), kilang membuat makanan sejuk beku (70 peratus) kilang memproses mi (51 peratus) dan farmasi (46 peratus), katanya.

Beliau berkata kenaikan kadar bayaran lesen ini bukan sahaja membebankan para peniaga malah akan turut meningkatkan kos harga barang.

“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa tidak akan membebankan rakyat namun kenaikan ini jelas menunjukkan mereka cakap tidak serupa bikin,” katanya.

Selain itu, Wee juga kecewa PBT juga tidak memaklumkan kepada para peniaga dan pengusaha mengenai kenaikan lesen perniagaan itu sehinggalah mereka membuat pembaharuan lesen pada awal tahun ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Hulu Langat, Ding Hong Sing yang kecewa dengan kenaikan secara mendadak kadar lessen perniagaan itu berkata, langkah itu hanya membebankan pengusaha IKS khususnya di Selangor.

Ding yang merupakan pengusaha sebuah kilang pemprosesan makanan berkata pembayaran cukai pintu yang tinggi mencecah RM6,000 dan kenaikan kadar lessen perniagaan yang mendadak akan menjejaskan perniagaannya.

“Saya berharap MPKj akan menurunkan kadar lesen perniagaan berpandukan kadar pada tahun lepas agar ia tidak membebankan perniagaan IKS,” katanya.

Malaysia Received 25.7 Million Tourists Last Year

Posted: 27 Feb 2014 03:41 AM PST

KUALA LUMPUR , Feb 27 – Malaysia received 25.7 million tourists who spent RM65.44 billion last year.

Tourism and Culture Minister Datuk Seri Mohamed Nazri  Aziz the tourist spending was an improvement form the RM60.56 billion in 2012.

“It is an increase of RM4.89 billion or 8.1 percent,” he said at the opening ceremony of National Craft Day 2014, here today.

National Craft Day 2014 was launched by the Prime Minister’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor.

hadirin-pelancaran-tahun-melawat-visit-malaysia-2014-maskot-monyet-proboscis-dataran-merdeka

Shopping was one of the largest components of tourism, comprising 30.2 percent of total expenditure by tourists last year.

“This impressive achievement is consistent with the objective of the National Key Economic Areas (NKEAs) and Malaysian Tourism Transformation Plan to increase tourist spending.”

Nazri said the tourism sector became the sixth largest contributor to the gross national income last year at RM51.5 billion.

Factors that contributed to the increased number of tourists include the promotion of Malaysia as a duty free country and a shoppers paradise.

Singapore provided the largest number of tourists with 13.1 million followed by Indonesia (2.5 mln), China (1.7 mln) Brunei (1.2 mln) and Thailand (1.1 mln).

Malaysia hopes to draw 28 million tourists with RM76 billion spending  during Visit Malaysia Year 2014.

Saman RM2 Juta : Permainan Halus PKR Untuk Aibkan Presiden Pas?

Posted: 27 Feb 2014 03:37 AM PST

KUALA LUMPUR 27 Feb – Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari sedikit pun tidak terkejut berhubung saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon pilihan raya PKR,  Mohd. Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memperlihatkan hubungan sebenar antara kedua parti pembangkang berkenaan.

Menurut beliau jika hubungannya bersifat ikhlas dan kukuh tidak akan timbul perkara sedemikian dan sudah pasti ianya akan diselesaikan serta diambil tindakan awal secepat mungkin bagi menjaga hubungan yang sedia terjalin.

"Itu juga bukankah ianya menunjukkan ahli PKR tidak menghormati Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kalau nak jaga muka Ketua, takkanlah sanggup saman menyaman antara sesama sendiri. Bukan calang-calang orang…Presiden parti rakan sekutu pulak tu.

saman-cara-halus-anwar-pkr-malu-presiden-pas-hadi-awang

"Lagi satu… kata ada Majlis Presiden yang bermesyuarat antara kepimpinan mereka. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan di peringkat Majlis Presiden sahaja. Sebenarnya inilah potret sebenar hubungan mereka itu," katanya kepada UMNO-Online.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintah membayar ganti rugi RM2 juta kepada Ketua Angkatan Muda PKR Dungun, Mohd Shamsul Mat Amin yang menjadi calon PKR DUN Bukit Besi pada pilihan raya umum lalu berhubung kes saman fitnah.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan pada 5 Disember lalu.

Mengulas lebih lanjut Anuar seterusnya menambah isu tersebut akan menjadi modal serta bahan kepada kumpulan tertentu di dalam Pas sendiri untuk memalukan Presiden parti berkenaan.

"Hari ini ruangnya sudah terbuka luas untuk mereka yang tidak sebulu dengan Hadi untuk menyerang. Pendek kata isu saman merupakan 'bola tanggung' kepada musuh dalam selimut mereka sendiri.

"Dan tidak mustahil isu berkenaan akan digunakan sebaik mungkin untuk menurunkan Hadi daripada Presiden menerusi tangan-tangan ghaib. Kita tengok nanti apa kesudahannya. Apa pun PKR sudah tentu akan cuba memperbaiki kerosakan isu berkenaan khususnya menjelang PRK Kajang nanti," ujarnya. -MediaUMNO

dap_karpal_anwar_pkr_guna_peralat_pas

Walaupun Calon BN Dilabel “Underdog” Tapi Cukup Buat Anwar Macam “Cacing Kepanasan”

Posted: 27 Feb 2014 01:32 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti  cacing kepanasan apabila Barisan Nasional (BN) mengumumkan nama Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon menentang beliau di pilihanraya kecil DUN Kajang pada 23 Mac ini.

Ini kerana menurut beliau, umum mengetahui bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan seorang ahli politik yang teguh memegang pada prinsip berhubung akhlak dan moral seseorang pemimpin, di mana beliau sanggup meletakkan jawatannya sebagai timbalan menteri dan ketua Wanita MCA kerana tidak bersetuju dengan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang sedang berhadapan isu moral, dipilih sebagai Presiden MCA.

ruslan_kassim_penerangan_pribumi_perkasa_bekas_pkr_anwar

"Saya yakin Anwar seperti cacing kepanasan dan agak kelam kabut apabila BN mengumumkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon. Ini kerana Anwar tahu, Chew Mei Fun adalah seorang ahli politik yang yang tegas terhadap sebarang isu moral dan salah laku pemimpin.

"Sedangkan kita tahu, bahawa imej Anwar hari ini begitu berselirat dengan isu-isu salah laku sepertimana yang melibatkan kes-kes seksual yang berterusan semenjak beliau dipecat, sehinggalah ke hari  ini.

"Jadi bagi saya, pertembungan ini merupakan pertembungan antara buku dan ruas, di mana kali ini Anwar tidak boleh memandang remeh terhadap kredibiliti dan kewibawaan Chew Mei Fun di mata rakyat, khususnya masyarakat Cina di kawasan itu," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau juga yakin bahawa ada kemungkinan besar masyarakat Cina di kawasan DUN Kajang itu akan memberikan sokongan terhadap Datin Paduka Chew Mei Fun, memandangkan timbul rasa tidak puas hati di kalangan pengundi berhubung isu peletakan jawatan ADUN sebelum ini.

"Sudah tentu bagi saya, ada timbulnya rasa tidak puas hati terutamanya di kalangan pengundi Cina terhadap tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatanya sebagai ADUN untuk memberikan laluan kepada Anwar bertanding.

" Apatah lagi, perkara ini berlaku tidak sampai setahun pilihanraya umum berakhir dan dia juga belum sempat memberikan khidmat kepada rakyat di sekitar kawasan itu. Sedikit sebanyak pastinya, keyakinan rakyat akan hilang apabila melihatkan begitu mudah ADUN PKR meletakkan jawatan demi agenda dan politik kepartian mereka tanpa memikirkan perasaan pengundi.

"Perkara ini juga berkemungkinan menjadi faktor penguat bagi membuka ruang dan peluang untuk Chew Mei Fun meraih sokongan masyarakat Cina dan India di kawasan itu, dan diperkuatkan lagi dengan sokongan bangsa Melayu yang sememangnya menolak Anwar baik di kalangan penyokong dan ahli UMNO, mahupun Pas," tegasnya.

Justeru itu, beliau berharap agar berlakunya satu tsunami politik di DUN Kajang, di mana rakyat akan memilih calon wakil rakyat yang benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat dan mengenepikan calon wakil rakyat yang hanya mempergunakan rakyat demi kepentingan politik peribadinya semata-mata.

"Saya juga menyeru pengundi di DUN Kajang supaya tidak silap memilih kerana jika tersilap pengundi di situ juga akan menanggung kerugian. Memanglah jika Chew Mei Fun menang sekalipun, BN tidak akan memerintah Selangor, namun sekurang-kurangnya kehadiran beliau sebagai wakil BN di DUN Kajang dapat membela dan membantu rakyat di kawasan itu diperingkat negeri dan juga diperingkat pusat," akhirinya. -MediaUMNO

Isu Projek Langat 2 Sepatutnya Lama Selesai Jika Utamakan Kepentingan Rakyat

Posted: 27 Feb 2014 01:01 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyambut baik langkah kerajaan negeri Selangor yang akur untuk membenarkan projek pelaksanaan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) yang telah tertangguh selama hampir enam tahun yang lalu.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sepatutnya isu ini sudah lama selesai kalau ianya tidak dipolitikkan.

"Ternyata keputusan ini walaupun terlewat namun ia mengutamakan agenda kepentingan rakyat Selangor berbanding mengutamakan agenda politik kepartisan sendiri.

khalid_mb_selangor_gagal_rakyat

“Penyelesaian berhubung isu air di Selangor sejak 2008, bukan sahaja telah menjejaskan industri perkhidmatan bekalan air di negeri berkenaan, malah memberi kesan kepada negara berikutan projek-projek pembangunan baharu tidak dapat dimulakan disebabkan ketiadaan bekalan air.

“Bagi mereka yang pernah melalui kegawatan krisis air 1998 tentu tahu betapa sukarnya kehidupan bila berhadapan dengan krisis air, saban hari terpaksa menanti lori tangki air untuk ditadah manakala aktiviti ekonomi terbantut dan kilang-kilang pula terpaksa mengurangkan waktu operasinya," ujarnya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Justeru itu, ketepikan seketika politik kepartian, apa sahaja jawatan yang dipegang tatkala ini hakikatnya masing-masing memerlukan air bersih untuk meneruskan kehidupan dan menjalani aktiviti seharian.

“Segerakan pembinaan Langat 2 untuk kebaikan bersama bagi menghadapi waktu-waktu mendatang. Jangan nanti bila ditimpa bencana barulah kita mahu menyesal kerana ketika itu penyesalan tiada gunanya lagi.

“Projek Langat 2 yang tertangguh sejak 2008 akan diteruskan selepas Selangor bersetuju mengeluarkan kebenaran merancang (Development Order) berkuat kuasa hari ini," tambahnya.

Tambahnya, persetujuan tersebut sejajar dengan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor di Bangunan Perdana Putra, semalam.-MediaUMNO

Kit Siang Urged To Be More Professional In Solving People’s Problems

Posted: 27 Feb 2014 12:56 AM PST

JOHOR BAHARU, Feb 27 – Gelang Patah member of parliament Lim Kit Siang has been urged to be more professional in solving the problems of the people, without favouring race and religion so that they might get their due justice.

MCA Complaints and Public Service bureau head Jason Teoh Sew Hock claimed that Lim did not defend the fate of 48 fish and clam breeders at the Tanjung Kupang waters and in fact blamed the state government for causing the fish and clams to die.

lim_kit_siang_racist_dap_we_chinese_people

“Even though he has visited the area twice, up till now, he has not done anything except blame the state government for the reclamation and sand mining activities in the area,” he told reporters here today.

He also said on the second visit on Feb 24, the Gelang Patah MP only invited the Chinese press to go with him.

“He also claimed that the fishermen’s income had dropped from RM10,000 a month to RM3,000 since the reclamation works began.

“The fishermen in this area have never earned that much income because they are small fishermen and can only earn about RM80 to RM150 a day,” he said.

Fish and clam trader Abdullah Zaidi, who had been in the business for 11 years in Tanjung Kupang, concurred with his statement.

The death of fish resulting from the red tide phenomenon in Tanjung Kupang on Feb 12 had caused 48 fish and clam breeders in the area to suffer losses amounting to RM5.5 million.

Exco Pemuda UMNO Kuala Nerus Terbunuh Dalam Nahas

Posted: 27 Feb 2014 12:47 AM PST

KUANTAN, 27 Feb – Exco Pemuda UMNO bahagian Kuala Nerus, Syed Hafizuddin Datuk Syed Omar, 41, terbunuh dalam nahas apabila kereta yang dipandu rakannya terbabas di Km 240.5 Lebuhraya Pantai Timur, menghala ke arah Jabor, Terengganu tengah hari tadi.

Rakannya itu Kamal Rahaidi Abdul Halim, 41, dilaporkan parah.

surah-quran-fatiha-al-fatihah-ajal-kematian

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata kemalangan dipercayai berlaku ketika mereka yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

“Kenderaan itu dipercayai terbabas ke kiri jalan, kemudiannya berpusing beberapa kali sebelum merempuh tebing bukit.

“Akibat rempuhan kuat itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaan terbabit,” katanya.

Syed Hafizuddin yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu disahkan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Zainalabidin berkata mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat manakala Ahmad Rahaidi turut dirawat di situ.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa hujan lebat.

Kerajaan Tidak Bertolak Ansur Terhadap Peniaga Cari Keuntungan Melampau

Posted: 26 Feb 2014 10:13 PM PST

PUTRAJAYA, 27 Feb – Tan Sri Muhyiddin Yassin menengaskan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur mengambil tindakan terhadap perniaga yang mengingkari peraturan perniagaan untuk mencari keuntungan melampau.

Sehubungan itu, timbalan perdana menteri berkata kerajaan sentiasa memantau secara langsung tindakan peniaga yang menggunakan pelbagai kaedah bagi memanipulasi kos dan harga barang di pasaran. Ini termasuk aktiviti antipersaingan seperti amalan monopoli dan kartel yang menyumbang kepada kenaikan kos barangan dan membebankan rakyat.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga mewujudkan undang-undang seperti Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011 bagi memastikan persekitaran perniagaan adalah kondusif dan memanfaatkan semua pihak di pasaran.

"Kerajaan menggalakkan sektor perniagaan untuk berjaya dan meraih keuntungan yang berpatutan kerana ia turut membantu menjana hasil dan imej negara tetapi kerajaan tidak mengizinkan mana-mana pihak khususnya peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang atau perkhidmatan bagi mendapatkan keuntungan melampau.

muhyiddin-musa-aman-peniaga-naik-harga-pengguna-barang

"Peniaga perlu lebih bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan meraih keuntungan tetapi mereka tidak harus lupa tanggungjawab sosialnya untuk membantu pengguna dengan tidak mengenakan harga yang terlalu tinggi," katanya pada Majlis Pelancaran Gerakan Pematuhan Tanda Harga di Pasar Awam Presint 8, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek, Timbalan Menteri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat.

Gerakan Pematuhan Tanda Harga yang dilancarkan serentak di seluruh Negara merupakan inisiatf kerajaan melalui KPDNKK untuk memastikan para peniaga mematuhi undang-undang berkaitan penadaan harga.

Muhyiddin berkata kerajaan telah mengenal pasti isu kenaikan kos yang disebabkan amalan-amalan tidak bertanggungjawab oleh pelbagai pihak dan antaranya ialah pihak peniaga memandang remeh akan tanggungjawab mereka mempamer tanda harga dengan sempurna.

"Dalam lawatan-lawatan mengejut saya, saya sendiri mendapati ada peniaga dan peruncit yang tidak mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan, terutama dalam mempamerkan tanda harga bagi barangan dan jualan mereka.

"Bagi menimbulkan kesedaran tinggi dan memperkasa amalan terbaik perniagaan, selain menyampaikan mesej jelas akan keseriusan kerajaan melindungi kepentingan semua pihak, kerajaan melancarkan Gerakan Pematuhan Tanda Harga yang bermula bulan ini sehingga Julai,” katanya.

Muhyiddin berkata dalam tempoh enam bulan ini, peniaga di seluruh Negara perlu mempamer tanda harga. Sekiranya mereka tidak mematuhi selepas tempoh yang diberikan, tindakan akan diambil terhadap peniaga yang degil.

“Saya harap inisiatif ini akan memastikan nasib pengguna di negara ini lebih terbela," katanya.

Di bawah Perintah Kawalan Harga (Penadaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993, penalti boleh dikenakan ke atas kesalahan berkaitan penandaan harga yang melibatkan syarikat, iaitu didenda sehingga RM100,000 manakala bagi kesalahan melibatkan individu boleh didenda sehingga RM50,000 atau dua tahun penjara atau penjara atau kedua-duanya.

Gerakan Pematuhan Tanda Harga ini menyasarkan semua jenis perniagaan runcit iaitu pasar raya besar, pasar raya, pasar mini, kedai runcit, restoran, pasar awam, pasar malam, pasar tani, bengkel, medan selera, salun, dan lain-lain perniagaan runcit.

Kriteria bagi penandaan harga ialah tanda harga mesti diletakkan dengan jelas dan saiz tanda harga mesti bersesuaian dengan barang yang dijual selain senarai harga hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya dan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM).

Sekiranya terdapat peniaga yang tidak memenuhi undang-undang berkaitan penandaan harga, pengguna boleh menyalurkan aduan dengan menelefon talian bebas tol 1-800-886-800, emel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my  atau SMS ke 15888 dengan menaip “KPDNKK ADUAN <butiran aduan>  atau hadir ke mana-mana KPDNKK Negeri/Cawangan di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT