SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, February 23, 2014

UMNO Online - “BN Tiada Sebarang Pakatan Dengan Calon Bebas Dalam PRK Kajang – Tengku Adnan” plus 8 more

UMNO Online - “BN Tiada Sebarang Pakatan Dengan Calon Bebas Dalam PRK Kajang – Tengku Adnan” plus 8 more

Link to UMNO Online

BN Tiada Sebarang Pakatan Dengan Calon Bebas Dalam PRK Kajang – Tengku Adnan

Posted: 22 Feb 2014 06:48 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Feb — Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang pakatan dengan mana-mana calon yang bertanding atas tiket bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac ini.

Tengku-Adnan-Tengku-Mansor-Kempen-BN-PRU13-Putrajaya

Sebaliknya, Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno dan rakan-rakan parti komponen BN akan membantu calon BN iaitu naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun untuk memenangi kerusi tersebut.

BN adalah pembangkang di Selangor dan kempen-kempen yang dijalankan adalah sebagaimana tindakan sebuah parti pembangkang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kenduri 1 Wilayah Persekutuan peringkat Parlimen Lembah Pantai, di sini hari ini.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata walaupun BN adalah bukan pilihan tetapi akan berusaha untuk merampas kerusi tersebut daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kerusi DUN Kajang kosong selepas wakil rakyatnya Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas untuk memberi laluan kepada Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Mereka Yang Ditolak Permohonan BR1M Boleh Kemuka Rayuan – Ahmad Maslan

Posted: 22 Feb 2014 06:45 AM PST

KUANTAN, 22 Feb — Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonannya boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk dipertimbangkan semula.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata mereka boleh berbuat demikian dengan mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang LHDN di www.hasil.gov.my atau terus ke pejabat LHDN berhampiran.

ahmad-maslan-umno-bn-menteri-jpm-penerangan-kempen

“Mereka yang ditolak permohonan boleh merayu dengan kaedah yang ditetapkan, contohnya tahun lepas seorang bapa kita tolak permohonannya untuk mendapatkan BR1M kerana rekod kita mendapati beliau baru sahaja membeli sebuah kereta Proton Perdana model baharu.

“Namun beliau kemudian membuat rayuan dan memaklumkan kereta itu milik anaknya dan kita telah meluluskan permohonannya untuk mendapatkan bantuan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Seri Perdana, Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Goh di sini hari ini.

Menurutnya kerajaan sentiasa berusaha menambah baik pemberian BR1M untuk mengurangkan bebanan rakyat dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup pada masa kini, sekali gus menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mereka.

Untuk BR1M 3.0 yang mula diagihkan hari ini, kerajaan memperuntukkan RM4.6 bilion yang memberi manfaat kepada 7.9 juta penerima dan antara penambahbaikan yang dilakukan ialah memperluas pemberian kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000.

Selain itu kerajaan turut memperkenalkan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M dengan nilai perlindungan minimum RM1,000 (kematian biasa) dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.

Nazri Supports Chew As BN’s Kajang By-Election Candidate

Posted: 22 Feb 2014 02:03 AM PST

PADANG RENGAS, Feb 22 — Tourism and Culture Minister Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz fully supports the decision of MCA in nominating its vice-president Datin Paduka Chew Mei Fun to be the Barisan Nasional’s (BN) candidate for the Kajang by-election.

He also complimented the courage of the party’s top leadership, Datuk Seri Liow Tiong Lai (president) and Datuk Dr Wee Ka Siong (deputy president) in making the decision as it was incumbent upon a political party to be involved in elections.

“The question of winning or losing is secondary, the most important thing is the question of democracy as we must give the people a choice. If we do not contest, the people would be disappointed as they cannot vote for the party they support,” he told reporters after opening the Kampung Chuar Bridge here
today.

Mohamed Nazri said he hoped voters would give their full support to Chew as
she is a credible and hardworking leader.

“I will also go to the ground to campaign with MCA. I have informed Datuk Seri Liow that I will there during the by-election,” he said.

On MCA’s Extraordinary General Meeting tomorrow, Mohamed Nazri supported the effort of the party’s leadership to hold the meeting which would decide on MCA’s participation in the Cabinet.

“If the EGM is postponed, it will affect MCA which used to represent the Chinese community in the Cabinet and therefore should not be delayed,” he said.

He did not agree with the existing stand of MCA in not participating in the Cabinet as the principle of this country was that no communities or races should be marginalised as leaders of the government.

Meanwhile, commenting on former Deputy Minister in the Prime Minister’s
Department P Waythamoorthy’s call to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to resign, Mohamed Nazri said: “He wants to resign, that is his problem, why ask the PM to resign.”

He also said Waythamoorthy had actually failed in his job and that without him, the Indian community would continue to be cared for by BN.

“Even if we had the budget, it would not be channeled through him. How can a
budget of RM700 million be put under one account for him to spend, he is too naive.

“We have spent for the Indian community through many sources, for example
the Tekun project which comes under the Agriculture and Agro-based Industry Ministry,” he added.

Waythamoorthy had cited non-availability of the budget as his reason for quitting.

Desak PM Letak Jawatan, Nazri Tempelak Waytha Moorthy

Posted: 22 Feb 2014 01:56 AM PST

PADANG RENGAS, 22 Feb — Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menempelak Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waytha Moorthy yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan konon kerana gagal menunaikan janji membantu kaum India.

“Dia nak letak jawatan dia punya pasallah, sibuk nak suruh PM (Perdana Menteri) letak jawatan pasal apa,” katanya kepada pemberita di sini ketika diminta mengulas kenyataan Waytha Moorthy baru-baru ini.

Waytha Moorthy yang meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 10 Feb lepas, dilapor mendakwa berbuat demikian kerana kecewa kerajaan tidak menunaikan janji yang dibuat dengan Hindraf sebelum pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lepas.

Dalam satu sidang media, pemimpin Hindraf itu juga dilapor mendesak Najib mengambil langkah serupa kerana katanya Perdana Menteri gagal menunaikan janji untuk membantu kaum India.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata Waytha Moorthy jelas tidak faham mengenai sistem pentadbiran negara.

“Kalau kita ada bajet tak semestinya menerusi dia, dia tidak faham tentang pentadbiran kerajaan, mana boleh bagi bajet RM700 juta letak dalam satu akaun lepas itu dia yang belanjakan, nampak dia punya naif.

“Kita belanja untuk masyarakat India bukan menerusi satu sumber, kita ada banyak kementerian sebagai contoh Tekun, sudah tentu tekun saluran wangnya menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,” katanya lagi.

Mengulas isu berbeza, Mohamed Nazri menyifatkan pemilihan Naib Presiden MCA. Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang sebagai pilihan tepat.

Ini kerana katanya Chew seorang yang berwibawa dan rajin bekerja.

“Saya akan turun berkempen bersama-sama MCA dan akan berada di sana setiap hari,” katanya.

Pilihan raya kecil itu yang dijadualkan 23 Mac dengan penamaan calon pada 11 Mac dijangka menyaksikan pertembungan antara Chew, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan (Kita) Datuk Mohd Zaid Ibrahim.

Mengenai mesyuarat agung luar biasa MCA esok, Mohamed Nazri berkata beliau berharap parti komponen BN itu akan membuat keputusan bijak berhubung kedudukan mereka dalam kerajaan.

Jangan Percaya Penyebaran Maklumat Palsu Tentang PRK Kajang – SPR

Posted: 22 Feb 2014 01:52 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Feb — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai penyebaran maklumat serta gambar tertentu oleh pihak tidak bertanggungjawab tentang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang termasuk kehadiran beberapa bas persiaran ke kawasan itu.

Kenyataan SPR di sini hari ini menyebut laporan dan gambar itu disebar dengan tujuan menimbulkan persepsi bahawa akan berlaku manipulasi dalam PRK Kajang termasuk menggunakan warganegara asing sebagai pengundi.

“Laporan itu juga dikaitkan dengan kelewatan tarikh PRK Kajang. Bagi SPR laporan itu sengaja ditulis sebagai strategi untuk memburukkan SPR,” menurut kenyataan itu.

pengerusi-spr-abdul-aziz-mohd-yusof-keputusan-sah-pru13-sahaja

Pada 19 Feb lalu, sebuah portal media menerbitkan artikel bertajuk ‘Perkembangan Pelik di Kajang, SPR Patut Minimakan Ruang Manipulasi’ yang antara lain mendakwa Solidariti Anak Muda Malaysia telah mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga Myanmar di hadapan stesen Keretapi Tanah Melayu di Kajang.

SPR menyifatkan laporan itu sebagai tidak berasas sambil memberi jaminan perjalanan semua pilihan raya dibuat secara telus berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ada.

Kenyataan itu menyebut berdasarkan laporan itu, penulis artikel tidak faham
dan sengaja memutarbelitkan gambar serta fakta untuk mengelirukan orang ramai bahawa SPR tidak telus.

“Sekiranya beliau tidak faham atau tidak jelas berhubung penjalanan pilihan raya, beliau boleh berjumpa dengan SPR dan bukannya mengelirukan orang ramai dengan pelbagai tuduhan,” menurut kenyataan itu.

Selain itu SPR menegaskan tiada petugasnya yang termasuk dalam kategori pengundi awal dalam pilihan raya itu, sebaliknya pengundi awal bagi PRK Kajang hanya melibatkan 1,197 anggota polis.

Menurut kenyataan itu lagi pelantikan petugas PRK Kajang dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang dilantik SPR dan bukannya oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor atau Ibu Pejabat SPR.

“SPR tidak boleh campur tangan dan menetapkan siapa yang akan dipilih untuk bertugas. Perkara itu terpulanglah kepada budi bicara Pegawai Pengurus Pilihan Raya berdasarkan syarat dan panduan yang ditetapkan oleh SPR,” menurut kenyataan itu.

Menjelas lanjut tentang isu petugas PRK Kajang, SPR memaklumkan sebanyak 65 peratus daripadanya diambil dari luar Kajang dan mereka juga bukan pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai langkah untuk mengurangkan jumlah pengundi pos.

“Baki 35 peratus lagi adalah petugas-petugas yang terdiri daripada pengundi-pengundi di Kajang. Bagi petugas-petugas PRK yang juga pengundi di DUN Kajang, mereka diberi pilihan sama ada untuk mengundi secara biasa atau memohon untuk mengundi melalui pos.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas.

SPR menetapkan 11 Mac untuk penamaan calon dan pengundian pada 23 Mac bagi pilihan raya kecil itu.

Barisan Nasional menamakan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon manakala PKR meletakkan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

fitnah-pembangkang-bangla-pati-pengundi-hantu-bas-komuter-prk-kajang

Kerajaan Disaran Tempatkan Doktor Di Klinik 1Malaysia Di Sabah

Posted: 22 Feb 2014 12:56 AM PST

TAWAU, 22 Feb — Kerajaan disaran menempatkan doktor secara kekal di semua Klinik 1Malaysia di Sabah bagi meningkatkan keyakinan masyarakat.

Ini kerana kata Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Pang Yuk Ming, beliau menerima laporan ramai pesakit sanggup ke hospital kerana tidak yakin dengan kualiti perkhidmatan Klinik 1Malaysia.

“Mereka tidak yakin ke Klinik 1Malaysia kerana tidak ada doktor di situ dan lebih rela ke hospital besar walaupun terpaksa menunggu lama,” katanya semasa merasmikan Klinik 1Malaysia di Taman Sejati, Semarak, di sini hari ini.

Pang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Merotai turut yakin dengan langkah itu penubuhan Klinik 1Malaysia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi yang turut hadir berkata Klinik Kesihatan Sungai Tamang di Pulau Sebatik akan ditutup bermula minggu depan kerana keadaannya yang sudah tidak selamat.

“Klinik itu sudah uzur dan kawasan klinik yang berada di tepi pantai juga berbahaya kerana ada kejadian tanah runtuh di belakang klinik,” katanya.

Menurut Dr Christina, pihaknya sedang mengenal pasti lokasi untuk pembinaan
klinik baharu.

“Sementara menunggu pembinaan klinik baharu, Jabatan Kesihatan Sabah akan mengadakan klinik bergerak ke kawasan itu yang akan bermula minggu depan. Klinik ini akan diadakan seminggu sekali namun kalau bebannya tinggi kekerapan akan ditambah bagi kemudahan kira-kira 5,000 penduduk di situ,” katanya.

Mengenai pembinaan hospital kedua Tawau di Jalan Chong Tien Vun, Dr Christina berkata pelaksanaannya mengikut jadual.

“Hospital itu dijangka beroperasi mengikut jadual menjelang tahun depan,” katanya.

Lapor Kepada KPDNKK Jika Ada Kenaikan Harga Susulan BR1M – Ahmad Bashah

Posted: 22 Feb 2014 12:50 AM PST

Ahmad-Bashah-Timbalan-Menteri-KPDNKK

JITRA, 22 Feb — Pengguna diminta melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jika mendapati berlaku kenaikan harga barangan susulan agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bermula hari ini.

Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata jika sebelum ini kenaikan harga barangan seperti ikan disebabkan faktor cuaca, kini keadaan sudah pulih dan tiada sebab peniaga menaikkan harga.

“Jika tiada laporan dibuat, tindakan tidak boleh diambil. Lapor kepada KPDNKK jika mendapati harga barang dinaikkan selepas terima BR1M,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Gerakan Pengguna Siswa di sini hari ini.

Menurut Ahmad Bashah, pemerhatian KPDNKK mendapati harga kebanyakan barangan sudah kembali stabil.

BR1M 3.0 yang bernilai RM650 bagi isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM3,000 dan RM300 untuk individu bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan, mula diagih hari ini.

Jentera Puteri UMNO Siap Sedia Bantu Chew Tawan DUN Kajang

Posted: 21 Feb 2014 11:52 PM PST

KUALA LUMPUR, 22 Feb — Jentera Pergerakan Puteri Umno di peringkat akar umbi bersiap sedia untuk membantu Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata beliau menerima respons positif daripada jentera Puteri berhubung langkah menamakan Chew sebagai calon, dan berjanji memberi kerjasama sebaik mungkin kepadanya.

misi-bantuan-kemanusiaan-mangsa-taufan-haiyan-puteri-umno-malaysia

“Jentera (pilihan raya Puteri Umno) tidak mempunyai masalah untuk membantu Chew. Saya yakin dengan kebolehan, pengalaman, personaliti dan prestasi Chew sebelum ini, beliau akan dapat meyakinkan pengundi di Kajang dan memperoleh kemenangan untuk Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau mengulas tentang perkara itu pada sidang media berhubung misi Puteri Umno untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa taufan Haiyan yang melanda Filipina pada 8 Nov 2013, di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Chew sebagai calon BN bagi PRK DUN Kajang yang akan turut ditandingi calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mas Ermieyati berkata Puteri telah mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi pengundi di kawasan Kajang dan akan berusaha membantu mengatasinya.

Mengenai misi itu, beliau berkata 40 sukarelawan dan pasukan perubatan akan dihantar ke Cebu, Filipina pada 24 Feb dan 5 Mac ini untuk menghulurkan bantuan berbentuk makanan, minuman, keperluan asas dan wang kepada mangsa bencana berkenaan.

BRIM Diteruskan Selagi Pertumbuhan Ekonomi Kukuh – Najib

Posted: 21 Feb 2014 11:00 PM PST

KUALA LUMPUR, 22 Feb — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat selagi kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh dapat dikekalkan.

Perdana Menteri berkata pertumbuhan ekonomi negara yang baik menjurus kepada kemampuan kerajaan melaksanakan program pembangunan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat.

Beliau berkata adalah menjadi keutamaan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara terutama berkaitan pertumbuhan ekonomi.

najib-lancar-br1m-3.0-2014-majlis-ucapan

“Pada masa sekarang, BN dapat menguruskan negara dengan baik ketika negara lain berdepan masalah, melalui dasar-dasar yang mengukuh dan memacu pertumbuhan ekonomi yang sihat walaupun keadaan ekonomi dunia masih tidak menentu.

“Tetapi di Malaysia, kita telah dapat menentukan ekonomi kita serta memacu pertumbuhan ekonomi begitu baik dan bila hasil negara bertambah, kita agihkan kekayaan itu kepada rakyat,” katanya ketika berucap melancarkan BR1M 2014 Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini.

Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014, Najib berkata kerajaan memperuntuk RM4.6 bilion untuk memberi manfaat kepada 7.9 juta penerima.

Beliau berharap penambahan nilai BR1M kali ini dapat meringankan beban hidup rakyat khususnya golongan yang tinggal di bandar selain memastikan lebih ramai rakyat menikmati bantuan ini.

Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.

Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.

i-BR1M menyediakan nilai perlindungan minimum RM1,000 bagi kematian biasa dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, ia perlu melakukan konsolidasi fiskal untuk mengekalkan momentum ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya ini perlu dilakukan secara berperingkat bagi meringankan beban rakyat di samping menyakinkan pasaran dunia bahawa kerajaan sentiasa berusaha mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

Perdana Menteri juga berkata penambahbaikan dalam pemberian BR1M dilakukan sejajar dengan pelaksanaan subsidi bersasar dalam usaha meringankan beban hidup rakyat.

“Oleh itu, kerajaan akan mengubah dasar pemberian subsidi iaitu daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar bagi memastikan pelaksanaan subsidi yang adil,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan menunaikan janjinya yang terkandung dalam manifesto BN pada pilihan raya umum lepas, yang antara lain menyatakan mengenai pertambahan secara berperingkat jumlah pemberian BR1M.

Perdana Menteri menjelaskan pelaksanaan subsidi pukal dilihat sebagai pembaziran dan ketirisan kerana ia turut dinikmati golongan yang tidak sepatutnya seperti pelancong dan pekerja asing.

“Contohnya, subsidi petrol RON95 seliter ialah 63 sen oleh kerajaan. Bayangkan beza pengguna kereta berkapasiti rendah dan tinggi yang menikmati subsidi petrol yang sama. Mana adilnya? Tidak adil.

“Jadi, kerajaan memutuskan untuk ubah dasar daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar secara berperingkat dan pindahkan penjimatan ini kepada rakyat melalui BR1M. BR1M ialah contoh subsidi bersasar,” jelas Najib.

Perdana Menteri berkata BR1M 2014 merupakan manifestasi kepada pengurusan ekonomi yang baik oleh kerajaan, yang menjurus kepada pengukuhan ekonomi yang sihat.

“Bayaran BR1M sudah mula dikreditkan terus ke dalam akaun penerima sejak semalam. Yang tidak mempunyai akaun bank pula, mereka akan menerima baucar secara berperingkat.

“Ini kerana rakyat amat memerlukan bantuan ini sekarang dan tidak perlu menunggu lama untuk menikmati bantuan kerajaan dalam usaha membantu meringankan kos sara hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Najib menegaskan kerajaan BN sentiasa berusaha menunaikan perkara yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU13)termasuk menambah nilai insentif BR1M sehingga RM1,200 dalam tempoh lima tahun.

“Ramai salah faham dan tidak baca sepenuhnya. Kita kata dalam tempoh lima tahun. Kerajaan BN mempunyai tanggungjawab terhadap rakyat. Manifesto PRU13 adalah janji kerajaan kepada rakyat. Kita tambah secara berperingkat. Makna tahun depan, tambah lagi.

“Komitmen kerajaan RM1,200 dalam tempoh lima tahun adalah Janji Ditepati,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT