SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, February 25, 2014

UMNO Online - “Nasib Lebai Malang… Ayam Terlepas Tangan Bau Tahi” plus 9 more

UMNO Online - “Nasib Lebai Malang… Ayam Terlepas Tangan Bau Tahi” plus 9 more

Link to UMNO Online

Nasib Lebai Malang… Ayam Terlepas Tangan Bau Tahi

Posted: 24 Feb 2014 04:09 AM PST

KUALA LUMPUR 24 Feb – Malu tapi mahu…. mungkin ini ungkapan paling tepat buat Pas yang terus dilihat malu alah untuk bercakap soal jawatan Menteri Besar Selangor meskipun sedar peluang mereka makin tipis jika “Projek Kajang” yang direncanakan PKR berjaya.

Pas sebenarnya sedar mereka tidak mampu lagi untuk bersilat di depan penyokong mereka sekiranya mereka tidak menjadi pilihan utama untuk memegang jawatan tersebut memandangkan mereka menguasai 15 kerusi DUN di Selangor.

dap_karpal_anwar_pkr_guna_peralat_pas

Mengulas mengenai perkara itu Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar percaya Pas sebenarnya terperangkap dalam mainan politik mereka sendiri.

Jelas beliau lagi ahli Pas di peringkat akar umbi tidak mahu lagi melihat Pas sekadar menjadi perisa tambahan dalam pentadbiran negeri Selangor.

"Kita yakin dalam Projek Kajang ini masing-masing sama ada Pas, DAP dan PKR mempunyai agenda politik masing-masing. Cuma yang membezakan antara mereka siapa yang lebih cekap melaksanakan agenda tersebut. Dalam hal ini nampaknya Pas agak tercicir kerana sering dipergunakan dan hanya menjadi perisa tambahan sahaja.

"Percayalah di akhir pementasan drama Kajang ini Pas sekali lagi akan menjadi Lebai Malang…. ayam terlepas, tangan bau tahi," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Jamawi seterusnya menegaskan sikap  Pas iini sebenarnya tidak akan menguntungkan parti berkenaan sebaliknya akan memperkuatkan lagi dakwaan mereka sekadar 'pak turut'.

"Kita faham dan sedar situasi yang menimpa Pas ini cukup rumit…Walaupun ada kelebihan dari segi jumlah kerusi dan sebagainya, namun mereka telah diperangkap oleh rakan pakatan mereka yang jauh lebih cerdik dalam putar belit  politik”, ujarnya.

ni beberapa pemimpin Pas tetap konsisten dengan keputusannya menolak calon PKR di Dun Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan antaranya dilaporkan berkata, isu pertukaran menteri besar Selangor adalah tidak berbangkit dan Pas merasakan tiada keperluan berbuat demikian.

"Keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik Pas Pusat. Dalam erti kata lain, Pas tidak bersetuju menjadikan PRK Dun Kajang sebagai agenda menukar menteri besar Selangor”. -MediaUMNO

Antara Chew Mei Fun dan Teresa Kok

Posted: 24 Feb 2014 03:43 AM PST

Tidak salah jika kita katakan bahawa PRK Kajang adalah PRK paling kotor dan membazir dalam sejarah kerana ia diadakan khas untuk Anwar Ibrahim.

Seolah-olah seorang artis yang sudah hampir dilupakan, Anwar menjadikan PRK Kajang sebagai medan untuk mempromosi diri bagi memastikan hayat politiknya tidak terkubur begitu saja.  Apatah lagi dengan rayuan kes liwat yang tampak agak ‘sukar’ akibat kegagalan mengenepikan Dato’ Shafiee Abdullah dari barisan pendakwaan.

Walaupun Anwar ingin menjadikan PRK Kajang sebagai pentas untuk ‘memasarkan’ dirinya dan kesinambungan partinya, tetapi hakikat sebenarnya ialah PRK ini turut ada baiknya untuk rakyat kerana ia mampu membantu rakyat menilai buat kesekian kalinya, siapa itu Anwar dan apakah jenis parti yang diwakilinya.

Lebih dari itu, dengan pengumuman dari MCA untuk menyahut cabaran Anwar, maka PRK ini juga sekali gus dapat membantu rakyat menilai kembali komitmen MCA di dalam Barisan Nasional.

chew-mei-fun-mca-pendidikan-rakyat-cina-malaysia

Sekiranya rakyat ingin melihat PRK Kajang sebagai pertandingan moral pemimpin, maka calon MCA iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun, bukanlah lawan Anwar.   Chew Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA, berkeperibadian baik serta berprinsip.  Untuk itu, beliau turut dipuji oleh media pro-PR sebagai bersih dan berintegriti.

Pendek kata, Chew Mei Fun adalah pilihan terbaik dan tepat sehinggakan tiada siapa pun yang dapat berkata sesuatu yang buruk terhadap dirinya.  Ini menjadikan beliau dengan Anwar bagaikan langit dengan bumi.

Justeru, adalah tidak perlu rasanya untuk kita membandingkan antara kedua personaliti ini, tetapi melihat PRK ini sebagai kayu pengukur kematangan pengundi dalam memilih calon dan parti.

PRK Kajang adalah bukti bahawa parti PKR adalah parti yang tidak bertanggungjawab. Sebaliknya MCA pula adalah parti yang bersungguh-sungguh berusaha memulihkan kekuatan dan memperbaharui komitmen dengan BN.

Strategi PR dalam PRK Kajang adalah jelas iaitu untuk meraih undi berdasarkan sentimen perkauman dan agama.   Ini terbukti apabila Anwar masuk ke gereja untuk berkempen bagi ‘memberi harapan’ kepada Kristian mengenai isu kalimah ‘Allah’ dan kemudian berjanji akan mempertahankan kalimah ‘Allah’ di dalam ceramah lain di hadapan orang-orang Melayu.

Berbeza dengan MCA, di mana parti itu tidak menyentuh persoalan sensitif tetapi membawa bersamanya seruan perpaduan, semangat setiakawan dan keharmonian antara kaum.

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menafikan yang faktor ‘kaum’ tetap menghantui PRK ini.

Memandangkan pengundi dari kaum Cina menjadi sasaran utama kedua belah pihak, maka dirasakan adalah lebih wajar jika kita membandingkan Chew Mei Fun dengan pemimpin Cina dari PR juga.  Lawan yang paling sesuai, tentulah ‘heroin paling bijak’ dalam PR buat masa ini iaitu Teresa Kok.

teresa-kok-parti-dap-rasis-sindir-satira-5-ekor-babi-menang-pilihanraya-pru

Teresa Kok kini menjadi antara personaliti paling penting dalam DAP hanya kerana beliau merakamkan video ucapan Tahun Baru Cina dengan cara mengejek-ejek Perdana Menteri dan isteri.   Video tersebut dikecam hebat oleh rakyat Malaysia kerana dianggap tidak sensitif dan tidak matang dalam memikul tugasnya sebagai pemimpin.

Apa yang menarik ialah, sikap DAP dan keseluruhan Pakatan Rakyat yang tidak melihat sebarang kesalahan dari video Teresa Kok.  Malah, Teresa dibela bersungguh-sungguh sehinggakan pemimpin tertinggi DAP iaitu Lim Kit Siang sendiri dilihat tiada kerja lain selain menulis membela Teresa Kok sejak beberapa minggu lalu di dalam blog beliau.

Perlu diingatkan bahawa Teresa Kok juga telah dikaitkan dengan projek RM1billion dengan syarikat Goldsino dari China.  Oleh itu, integriti beliau dan juga parti DAP serta PR dan PKR Selangor semuanya menjadi tandatanya.

Berdasarkan hakikat ini, maka tidak salahlah sepertimana yang dikatakan tadi iaitu PRK Kajang bukan semestinya sebuah platform untuk Anwar mencari glamour.  Tetapi, apa yang lebih penting ialah ia merupakan platform untuk kita menilai pemikiran masyarakat Cina sama ada mereka benar-benar mementingkan integriti parti dan pemimpin sepertimana yang mereka laungkan dalam PRU-13 yang lalu.

Bagi membantu masyarakat Cina memahami pendirian mereka maka mereka mungkin boleh bertanya diri sendiri beberapa soalan ini:

Dengan sikap pemimpin PR terhadap Teresa Kok, apakah kita boleh mempercayai bahawa PR ingin menyatupadukan rakyat Malaysia?

Antara Teresa Kok dan Chew Mei Fun, siapakah yang lebih layak diberi kepercayaan untuk membawa keharmonian?

Antara DAP dan MCA, parti manakah yang layak bercakap tentang keamanan dan patriotisme?

Antara PKR dan MCA, parti manakah yang menggunakan ‘perkauman’ sebagai alat kempen dengan hujah berbeza-beza mengikut hadirin?

Jika masyarakat Cina sanggup memilih Anwar dan merasakan pemimpin seperti Teresa Kok sebagai lebih baik dari Chew Mei Fun, maka jelaslah bahawa mereka tidak lagi rasional dalam membuat keputusan dan sebaliknya lebih cenderung bertindak atas dasar emosi dan perkauman.

taipingmali.blogspot.com

As Malaysia Economy Continues To Grow, Foreign Policy Remains The Same, Says Najib

Posted: 24 Feb 2014 02:38 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 24 – As Malaysia’s economy continues to develop, the implications for the country’s foreign policy remain the same, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today.

As a trading nation, Malaysia depended on open sea lanes, general peace and robust institutions that promote international law and support international norms, he said.

“As we move further up the value chain and produce more intellectual and human capital, the goods we trade will change with the coming of regional economic integration, so will the method but the implications for our foreign policy remains the same,” he said when launching the Eighth Heads of Mission Conference.

Najib said Malaysia’s diplomacy was shaped by three main factors — dependency on trade, strategic location and demographic.

He said Malaysia continued to depend on trade, with trade amounting to 160 per cent versus gross domestic product (GDP).

“Despite a challenging external environment, our trade expanded by 4.6 per cent last year and is projected to grow at 5.2 per cent this year,” said Najib, who is also Finance Minister.

Furthermore, the prime minister said the country was located at the heart of a strategically significant region, surrounded by current and future major power.

He said buoyant economic growth and natural resources amplified investors’ interest to Asia which was fast becoming a new pole in a multipolar world.

“The most populous region on earth will soon be the most prosperous; already it is assuming a much greater share of global attention.

“However, the factors that shaped Malaysia’s diplomacy were in turn shaped by external trends.

“And here the grounds beneath our feet is shifting, as old assumptions are being overturned, and new ones emerging.

“These global and regional trends required the country’s diplomacy to fit the pressures and opportunities of a new century,” he added.

Some 150 participants comprising heads of missions, heads of departments, directors-general, deputy directors-general and under-secretaries are attending the conference themed “Transforming Malaysia’s Diplomacy Towards 2020 and Beyond”. The conference began on Saturday.

MCA Needs To Discuss Decision To Accept Cabinet Posts With PM

Posted: 24 Feb 2014 02:15 AM PST

SEREMBAN, Feb 24 – UMNO vice-president Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said the MCA needs to discuss with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak the decision of the party to accept government posts at all levels.

The Defence Minister, however, said there was no need for the MCA to be hasty in filling up the posts in the government.

“In this matter, there is no problem among us within the Barisan Nasional (BN). I leave it to the MCA to decide and discuss the matter with the Prime Minister.

“This is of course the decision and responsibility of the top leadership. But I know and had time to discuss with MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai much earlier,” he told reporters, here today.

He disclosed this when approached after launching the National Blue Ocean Strategy (NBOS) of the National Service Training Department (JLKN) at the Seri Perkasa National Service Training Programme, Mantin near here.

The MCA Extraordinary General Meeting (EGM) yesterday passed the resolution to accept government posts at all levels, which would pave the way for the party to return to the cabinet.

Hishammuddin said he was also relieved to ‘release’ the Transport Ministry portfolio which he has held for the past several months.

“At least, in the last few months that I led the ministry, we have instituted several methods that we need to look at such as the tragedy on the bus accident at Genting Highlands, the solution to the AES camera, the solution to ensure that the KL International Airport 2 (KLIA2) is completed and the new spirit of the Road Transport Department (JPJ).

“So, we have done a lot at the Transport Ministry and more needs to be looked into in terms of the air space and maritime policies,” he added.

Selamatkan Selangor Daripada Suasana Yang Tidak Menentu

Posted: 24 Feb 2014 01:29 AM PST

KAJANG, 24 Feb – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menyelamatkan negeri Selangor daripada ketidaktentuan yang mungkin berlaku jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kerusi DUN Kajang pada pilihan raya kecil (PRK) bulan depan.

Timbalan perdana menteri berkata berdasarkan maklumat daripada pelbagai pihak, ramai termasuk pemimpin pembangkang sendiri tidak bersetuju dengan keputusan Anwar, yang juga penasihat PKR, yang sengaja mengadakan PRK itu untuk menjadi menteri besar Selangor.

noh-omar-johan-aziz-muhyiddin-pengundi-kajang

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata jika Anwar dipilih, ketidaktentuan dalam kerajaan negeri akan berlaku, sekali gus memberi kesan besar terutama kepada rakyat Selangor sendiri.

“Kalau ini berlaku…kesannya (ialah) pada kepentingan rakyat yang tidak akan terbela, masalah pembangunan terjejas, masalah dengan pelaburan mungkin akan timbul, masalah air tak dapat diselesaikan dan masalah-masalah lain.

“Perbalahan dalam menentukan kerusi MB mungkin terjadi…Ini satu keadaan yang kita tak hendak berlaku di negeri paling maju seperti Selangor,” kata Muhyiddin ketika berucap pada Majlis Mesra Rakyat di Surah Al-Falah, Bukit Dukung, sempena lawatan separuh harinya ke Kajang.

Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan calon BN bagi PRK itu, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Muhyiddin menegaskan bahawa pengundi DUN Kajang perlu menolak Anwar sekali gus menghalang kerakusannya untuk berkuasa, bagi mengelak kekeliruan, masalah dan isu berbangkit yang menyusahkan rakyat.

“Bila kita buat keputusan tawarkan calon kita, ini secara langsungnya hendak selamatkan keadaan daripada timbul masalah yang mungkin akan berlaku selepas pilihan raya nanti.

“…Ini bagi saya satu tanggungjawab, dalam Islam disebut jihad dalam mencari kebaikan, nak mengelak kemungkaran, nak elak perselisihan yang tak baik. Ini kewajipan dan tanggungjawab kita,” katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan Noh sebagai Pengarah PRK DUN Kajang, dibantu Ketua UMNO Hulu Langat Datuk Johan Abdul Aziz

Pada sidang media selepas itu, Muhyiddin berkata sekalipun BN dilihat bukan pilihan dalam PRK berkenaan, namun seluruh jentera parti akan bekerja bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon yang diketengahkan.

Beliau berkata oleh kerana PRK kali ini yang pertama buat kepimpinan MCA yang baharu, ia menjadi medan ujian untuk menentukan penerimaan rakyat terhadap transformasi kepimpinan parti komponen BN itu.

Muhyiddin menegaskan bahawa sebagai kerajaan prihatin, kerajaan persekutuan akan sentiasa mencari jalan bagi membantu menangani setiap permasalahan rakyat.

“Walaupun kita bertanding di PRK ini sebagai pembangkang tetapi kerajaan BN sentiasa ada hati untuk bantu rakyat, dan perkara itu akan menjadi lebih mudah jika kita dipilih jadi wakil rakyat di sini,” tambahnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon pada 11 Mac manakala pengundian akan diadakan pada 23 Mac.

PRK DUN Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lepas bagi memberi laluan kepada Anwar.

Orang Kajang Perlu Pilih Pemimpin Yang Sentiasa Boleh Bersama

Posted: 24 Feb 2014 01:14 AM PST

PUTRAJAYA, 24 Feb – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menasihati pengundi di Kajang supaya memilih Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berasal dari Selangor pada pilihan raya kecil kawasan itu 23 Mac ini.

Beliau berkata pengundi perlu melihat secara realiti sama ada berkehendakkan wakil rakyat yang sentiasa ada bila hendak mengadu atau seseorang yang mempunyai banyak masalah sendiri untuk diselesaikan.

Katanya calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun yang berasal dari Selangor mampu melakukan tugas dengan baik berbanding calon pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang banyak jawatan iaitu Ketua Pembangkang, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan anggota Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

chew-mei-fun-mca-pendidikan-rakyat-cina-malaysia

“Kita yakin Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon Barisan Nasional  bagi kerusi tersebut boleh memberi tumpuan kerana beliau memang berasal dari Selangor.

Berbanding dengan calon pembangkang (Anwar) yang banyak sangat jawatan, nanti lari ke Permatang Pauh lepas itu ke Kajang pula, jadi macam mana dia nak jaga Kajang,” katanya selepas mesyuarat penyelarasan dengan Exco-Exco Luar Bandar di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata Chew yang merupakan naib presiden MCA juga mempunyai pengalaman luasa iaitu sebagai bekas anggota Parlimen Petaling Jaya Utara dan seorang yang mesra rakyat.

Mengenai cabaran pada pilihan raya kecil itu nanti, beliau berkata jentera komponen BN harus berfikiran positif dari segi gerak kerja dan jangan melakukan pembaziran.

“Apa yang penting jentera komponen BN perlu ada koordinasi serta perpaduan untuk memenangi pilihan raya ini,” katanya.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas bagi memberi laluan kepada  Anwar bertanding di kerusi itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac depan sebagai hari penamaan calon dan pengundian 23 Mac. Chew dijangka berdepan Anwar dan bekas presiden KITA Datuk Seri Zaid Ibrahim.

Kalau Tak Mampu Bantu Rakyat, Jangan Cuba Perlekeh BR1M – Mubarak

Posted: 24 Feb 2014 01:10 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Feb. – Kesungguhan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan dalam membantu rakyat berdepan dengan beban kehidupan harian bukanlah dibuat sekadar untuk melepaskan batuk ditangga sebaliknya ia adalah bukti keprihatinan sebagai pemimpin bertanggungjawab.

Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman menganggap bantuan dibuat sebagai bukti bagaimana kerajaan yang ada memahami dan menyelami permasalahan masyarakat dan kemudiannya mencari alternatif bagi mengurangkan beban mereka.

"Walaupun sekarang ini kerajaan memberi bantuan dalam bentuk yang berbeza misalnya BR1M yang menyalurkan duit secara langsung kepada rakyat namun dalam masa yang sama kerajaan masih meneruskan pelbagai program, latihan dan sokongan lain untuk membantu rakyat secara keseluruhan," katanya kepada UMNO-Online.

ceria-gembira-3-sahabat-terima-br1m-india-cina-melayu-balik-pulau

Beliau berkata demikian dalam membidas dakwaan segelintir pihak khususnya pembangkang yang kononnya kerajaan hanya menyalurkan bantuan kepada rakyat tanpa ada usaha mendidik yang diibaratkan hanya memberi ikan tanpa pancing dan mata kail untuk kelangsungan hidup kemudiannya.

"Pembangkang cenderung memanipulasi macam-macam program, langkah dan dasar kerajaan dalam usaha untuk memastikan rakyat mendapat kehidupan yang selesa malah selama ini pun suara mereka hanyalah untuk menyalahkan kerajaan tanpa ada usaha membantu rakyat.

"Walaupun hari ini kerajaan salurkan BR1M, beri bantuan persekolahan secara langsung, buat macam-macam kemudahan untuk rakyat termasuklah Klinik 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, kedai runcit, kedai makan dan sebagainya namun usaha dalam bentuk program dan latihan masih diteruskan."

Bidasnya, jika pembangkang mempunyai usaha yang lebih murni tentunya mereka tidak akan melakukan persepsi negatif terhadap kerajaan sebaliknya tampil dengan cara yang lebih baik.

"BN tidak seperti pembangkang yang hanya tahu tuding jari, cari salah orang lain tapi tak mahu bantu. BN bukan hanya salurkan bantuan terus tetapi juga beri latihan dan kemudahan kepada rakyat sedangkan pembangkang amat berbeza, buktinya lihat sahaja pusat GiatMara di Selangor yang sediakan latihan untuk rakyat pun diarah tutup."

Lebih dari itu katanya, kerajaan melalui kementerian-kementerian tertentu misalnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan lain-lain lagi menyediakan banyak latihan selain memberi sokongan modal kepada pengusaha-pengusaha yang mahu memulakan perniagaan atau memajukan perusahaan mereka.

"Kerajaan laksanakan program secara berterusan dan dibuat secara holistik membabitkan semua pihak sementara BR1M adalah antara rancangan yang dilaksana bagi membantu golongan yang mempunyai pendapatan kurang dari RM3,000. Inilah bukti bahawa kerajaan memahami kesulitan dan keresahan semua lapisan masyarakat.

"Kerajaan laksanakan program, buat dasar dan beri bantuan berdasarkan fokus tertentu kerana sedar bahawa masyarakat kita terdiri dari pelbagai lapisan, ada golongan tertentu yang perlu dibantu secara langsung, ada golongan lain yang perlukan modal dan ada pula yang mahukan latihan kepakaran maka ia dibuat secara menyeluruh, secara serentak dan berterusan atas usaha menambah golongan kelas menengah menjelang tahun 2020 nanti."

Dalam hal ini, beliau menyorot dakwaan pembangkang tahun lalu apabila BR1M disalurkan yang kebetulan akan berdepan pilihan raya umum maka mereka menuduh kerajaan memberinya sebagai gula-gula pilihan raya selain dianggap cara untuk memancing rakyat.

"Hari ini dah terbukti bahawa usaha kerajaan bukan hanya dibuat semasa pilihan raya tetapi ia dilaksanakan berterusan sebagaimana BR1M yang telah masuk tahun ketiga.

"Begitu juga dengan pelan untuk pelaksanaan GST yang dibuat sebagai fokus untuk mengenakan cukai kepada golongan yang berkemampuan atau yang banyak berbelanja, namun ia turut dimanipulasi pembangkang untuk agenda politik mereka sedangkan GST tidak melibatkan barang keperluan harian."

BR1M 3.00 2014 telah dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang memberi manfaat kepada 7.9 juta isi rumah dengan nilai peruntukan sejumlah RM4.5 bilion. BR1M diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira apa juga fahaman politik, agama mahupun latar belakang keturunan mereka termasuklah anggota parti pembangkang. – MediaUMNO

Kedah Mahu Maju Seperti Melaka – Mukhriz

Posted: 24 Feb 2014 12:33 AM PST

MELAKA, 24 Feb - Kedah berhasrat mengikut jejak langkah Melaka dalam mencapai status negeri maju, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata kerajaan negeri Kedah akan berusaha ke arah mencapai status berkenaan mengikut acuan tersendiri berdasarkan keunikan Kedah yang terkenal dengan jolokan negeri Jelapang Padi.

“Kedah mempunyai tanah yang luas dan penduduknya terlibat dalam pertanian. Jadi bila kita sebut negeri maju ini, ia sedikit berbeza dengan negeri Melaka yang terkenal dengan pelancongan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjung hormat terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron di Seri Negeri di sini Isnin.

Beliau dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Melaka bermula semalam. Beliau bagaimanapun berkata tempoh untuk menjadikan Kedah sebagai negeri maju masih belum ditetapkan, namun beberapa langkah telah diambil ke arah mencapai matlamat itu.

“Kita telah menubuhkan satu jabatan integriti bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan perkhidmatan kita kepada rakyat supaya tidak timbul langsung sebarang keraguan mengenai integriti kerajaan negeri,” kata Mukhriz.

Katanya kerajaan negeri Kedah juga giat menarik pelaburan dalam sektor industri dan automotif bagi meningkatkan ekonomi negeri dan rakyat.

Sementara itu Idris berkata Melaka berhasrat mencontohi pengurusan sektor pelancongan negeri Kedah khususnya di Pulau Langkawi.

“Kita ingin lihat bagaimana Kedah membangunkan sektor pelancongan seperti Langkawi di mana ia boleh mengurus jumlah kehadiran pelancong yang cukup ramai dalam masa singkat,” katanya.

Public Can File Complaints On Provocative, Seditious Social Media Content

Posted: 24 Feb 2014 12:30 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 24 – The public can file a complaint to the relevant authorities on any provocative messages or seditious content they received through the social media, according to Communications and Multimedia deputy minister Datuk Jailani Johari.

“If the public feel annoyed by some statement (or content) in the social media they can always lodge a complaint to the authorities. If the content is in Facebook they can write to Facebook or directly to the Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM).

“We at the ministry will engage with our regulator SKMM and it will act based on request and if someone feels they need assistance from SKMM, I think it will be able to assist,” he told reporters here today.

He said this after opening the International Conference on Broadcasting Training, when asked to comment on the deluge of negative contents being circulated in social websites.

Meanwhile, Jailani also advised the public against making or promoting unsubstantiated statements in the social websites for which they could be accountable.

On the two-day conference themed, ‘Defining Training for New Media and Social Media’, he hoped participants would find the best resolution or approach in tackling issues confronting the new or social media.

“Many media practitioners including from abroad are attending the conference and might share their knowledge and experience in handling social media issues,” he said.

The conference was organised jointly by the Tun Abdul Razak Broadcasting and Information Institute, Communications and Multimedia ministry, Asia-Pacific Institute for Broadcasting Development and Friedrich Ebert Foundation.

Selangor To Enforce Water Rationing Tomorrow

Posted: 24 Feb 2014 12:25 AM PST

SHAH ALAM, Feb 24 – The Selangor government is to enforce water rationing throughout the state tomorrow to help areas where there has been water supply disruption since Feb 7, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said today.

He said water would be rationed in stages so that all areas would receive supply every two days.

“We pledge that every consumer will receive water, but it will be rationed to ensure supply every two days. In a week, consumers will receive water for four days,” he told reporters after attending the monthly gathering of civil servants, here.

Khalid said the water rationing would go on until such time that the state government felt the need to discontinue it with the advent of the rainy season, most probably at the end of March.

He said the water rationing would help to conserve water in the dams over the next two months should the current dry season prolong.

The menteri besar said that if the rainy season came earlier, the water  rationing would be discontinued and the state government would report on the actual situation in the middle of March for further action.

He also said that Selangor would be divided into two zones for the purpose of the water rationing and the notice on the rationing would be issued this evening at the latest.

The state government would have discussions with the local authorities in the badly affected areas, such as around the water treatment plants in Batu 11, Cheras, and Bukit Tampoi to seek the best way to help the people there facing a water shortage, he said.

Khalid advised the people to use water sparingly, store enough water for their needs and cut down on activities which used much water during the current drought.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT