SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, February 16, 2014

UMNO Online - “Kerajaan Kelantan Diminta Bantu Pesawah Hadapi Musim Kemarau” plus 9 more

UMNO Online - “Kerajaan Kelantan Diminta Bantu Pesawah Hadapi Musim Kemarau” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kerajaan Kelantan Diminta Bantu Pesawah Hadapi Musim Kemarau

Posted: 15 Feb 2014 06:21 AM PST

JELI, 15 Feb – Kerajaan negeri Kelantan diminta supaya bersama-sama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membantu pesawah yang dilihat bakal terjejas teruk akibat musim kemarau sekarang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kemarau yng berlaku sejak tiga bulan lepas akan menjejaskan musim penanaman padi berikutan bekalan air yang tidak mencukupi.

“Kita harap suatu tindakan diambil untuk menyelamatkan suatu hasil yang besar yang terancam akibat daripada kekurangan air,” katanya yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada pemberita semasa menziarah Rezamawati Che Mat Bidin, 37, yang cedera parah sementara anak lelakinya yang berusia tiga tahun meninggal akibat diserang gajah di Ayer Lanas di sini hari ini.

Kementerian itu menjangkakan kira-kira 8,000 pesawah di Kelantan akan mengalami kerugian RM90 juta jika masalah penyaluran air ke kawasan sawah mereka tidak diselesaikan segera.

Mengulas mengenai serangan gajah liar itu, Mustapa berkata Jabatan Perhilitan perlu menangani masalah berkenaan.

“Ini merupakan kejadian pertama akibat dipijak gajah di kawasan ini dan kita akan bincangkan tindakan selanjutnya untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang,” katanya.

Beliau berkata Tabung Bencana Negara akan menyumbangkan sebanyak RM20,000 kepada keluarga berkenaan.

Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi ketika Rezamawati, suaminya serta anak mereka sedang menoreh.

Labuan Bakal Miliki Bandar Baharu, Atasi Kesesakan Trafik – Tg Adnan

Posted: 15 Feb 2014 06:19 AM PST

LABUAN, 15 Feb – Penubuhan sebuah bandar baharu yang menempatkan pusat perniagaan antara rancangan jangka panjang Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menyelesaikan masalah kesesakan trafik di pulau ini.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata projek itu yang melibatkan kerja-kerja penambakan akan diteliti secara terperinci.

Kawasannya telah dikenal pasti dan projek dijangka dapat merangsang ekonomi Labuan dalam jangka panjang, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan berbincang dengan Perbadanan Labuan bagi memindahkan sesetengah industri ke kawasan baharu itu.

Kampung Ganggarak antara kawasan yang dikaji bagi pembinaan projek komersial, katanya.

Menurut Tengku Adnan kementeriannya juga sedang meneliti untuk mempertingkat industri berdaya saing di Labuan dengan fasiliti yang lebih baik, selain memanfaatkan sepenuhnya tanah yang ada untuk dibangunkan sebagai kawasan baharu ekonomi.

10,000 Rumah Mampu Milik Di Labuan Dalam Tempoh Lima Tahun

Posted: 15 Feb 2014 06:17 AM PST

LABUAN, 15 Feb – Kementerian Wilayah Persekutuan yakin dapat menyediakan 10,000 unit rumah mampu milik di Labuan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata projek itu yang dilaksana menerusi kerjasama swasta merupakan sebahagian rancangan kementerian memastikan golongan berpendapatan sederhana dan rendah memiliki rumah.

Pembinaan rumah mampu milik ini adalah sebahagian daripada peranan sector swasta seperti syarikat Maxcorp ini dalam membantu kerajaan menyediakan kediaman untuk mereka yang memerlukan, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Jual Beli Tanah antara pemaju, Maxcorp Development Sdn Bhd dan Perbadanan Labuan bagi pembinaan rumah mampu milik di Kampung Ganggarak.

Tengku Adnan berkata sebanyak 1,560 unit rumah berharga RM156,000 akan dibina di atas tanah seluas 16.8 hektar di Kampung Ganggarak, manakala 500 lagi dengan harga antara RM42,000 dan RM50,000 akan dibina dalam masa terdekat di Kampung Batu Arang.

Projek dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.

Mengulas perkara lain, Tengku Adnan berkata kementerian itu sedang meneliti pelan awal untuk memendekkan tempoh perjalanan feri dari Labuan-Menumbok-Labuan.

“Kita sedang mempertimbang untuk memendekkan tempoh perjalanan dari Pulau Daat ke Menumbok dan jika ini jadi kenyataan, sudah pasti dapat melonjakkan ekonomi dan kawasan sekitar pulau itu,” katanya.

Mustapa Wants Kelantan Government To Help Padi Farmers

Posted: 15 Feb 2014 06:15 AM PST

JELI, Feb 15 – The Kelantan government has been urged to work together with the Agriculture and Agro-Based Industry Ministry to help padi farmers hit by the drought.

Kelantan Umno liaison chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed said the drought over the past three months will adversely affect rice cultivation due to inadequate water supply.

“We hope that action is taken to save the rice crop threatened due to shortage of water,” he told reporters after visiting the family of Rezamawati Che Mat Bidin, who was attacked by an elephant, in Ayer Lanas, today.

The Agriculture Ministry expects about 8,000 padi farmers in Kelantan will suffer a losses totalling RM90 million if water does not reach areas affected by the drought.

During the visit, Mustapa announced that the National Disaster Fund will give RM20,000 to the family of Rezamawati who was hurt in the elephant attack.

Rezamawati’s son, Wan Aidid Nasrullah Wan Mahmud,3, was killed in the tragic incident.

Two Million BR1M Recipients Will Get Vouchers From Feb 23

Posted: 15 Feb 2014 04:00 AM PST

KUALA LUMPUR, Feb 15 – Two million recipients of 1Malaysia People’s Aid (BR1M 2014) who do not have bank accounts will get vouchers in phases starting Feb 23.

Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said distribution of the vouchers would be done by leaders in the parliamentary constituencies.

“The distribution of vouchers to recipients without bank accounts will take time as it involves a large amount. However, the government wants to complete it within 20 days.

“People whoare in dire need of help don’t have to wait long to enjoy government aid in order to ease their cost of living,” he told a press conference here today.

Some 5.4 million BR1M recipients who have bank accounts will receive aid via their bank accounts on Feb 22.

Ahmad Husni said the aid will be credited into their accounts simultaneously nationwide as soon as BR1M was launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at SM Aminuddin Baki here.

“Paying BR1M using bank accounts is more efficient and ensure that the people don’t have to wait long to enjoy the aid given.”

BR1M 2014 will benefit some 4.63 million households and 2.4 million single individuals. The government has allocated RM4.6 billion which is expected to benefit 7.9 million recipients.

Ahmad Husni said BR1M 2014 is expected to lighten the people’s burden, especially those living in urban areas so that more people enjoy the aid.

Under BR1M, aid to households earning below RM3,000 will be increased from RM500 to RM650, while aid to single individuals above 21 years who earn below RM2,000 monthly will be increased from RM250 to RM300.

For the first time, BR1M 3.0 will be extended to households with monthly income of betwen RM3,000 to RM4,000 who will receive RM450.

Asked whether thepayment of BR1M is connected to the Kajang by-election, Ahmad Husni said it has nothing to with the by-election.

“The distribution of BR1M which has been implemented since 2012 has long been planned for February.”

BR1M 2014 also provides 1Malaysia People’s Takaful Insurance Group (i-BR1M) worth RM50 to household recipients with minimum protection of RM1,000 (natural death) and maximum of RM30,000 in the event of death due to accident or permanent disability.

Skuad Pemuda UMNO Pekan Turun Padang Pantau Harga Barang Keperluan

Posted: 15 Feb 2014 03:58 AM PST

PEKAN, 15 Feb – Skuad Pengguna Pemuda UMNO Pahang akan menggerakkan kira-kira 400 anggotanya bagi memantau harga barangan keperluan serta melaporkan salah laku peniaga kepada pihak bertanggungjawab.

Ketua Pemuda UMNO Pahang Shahruddin Ahmad berkata, pihaknya mempunyai anggota mencukupi bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut sekali gus dapat membantu rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barangan keperluan.

“Skuad Pengguna Pemuda UMNO Pahang mempunyai 30 anggota bagi setiap bahagian dan kesemua mereka akan dikerah turun ke kawasan masing-masing.

“Inisiatif ini membuktikan keprihatinan Pemuda UMNO terhadap isu-isu semasa lebih-lebih lagi bagi perkara bersangkut paut dengan kesejahteraan rakyat seperti kenaikan harga barang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pasar Besar Pekan dan Pusat Transfomasi Luar Bandar (RTC) di Kuala Pahang bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini.

Turut hadir, Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Pahang Ahmad Fitri Ali, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang Khairul Amin Osman dan anak Perdana Menteri Mohd. Nazifuddin Mohd Najib.

Shahruddin berkata tugas yang bakal digalas itu bersifat sukarela demi memastikan rakyat tidak menjadi mangsa kepada segelintir peniaga yang cuba mengaut lebih keuntungan.

“Meskipun skuad pengguna tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan kepada peniaga, mereka boleh memanjangkan kesalahan yang dilakukan kepada pihak berwajib dan setiap laporan pengguna diambil perhatian serius oleh penguatkuasa,” katanya.

Dalam pada itu Shahrudin berkata sepanjang tinjauan pagi tadi, pihaknya tidak mengesan sebarang kenaikan harga barang seperti sering diuar-uarkan dalam portal propembangkang, sebaliknya harga yang ditawarkan adalah terkawal dan selari dengan piawaian yang ditetapkan penguatkuasa.

“Saya sempat berbual dengan beberapa peniaga dan menurut mereka, bekalan barangan keperluan adalah mencukupi,” katanya.

Dua Juta Terima BR1M Secara Beperingkat Dalam Tempoh 20 Hari – Ahmad Husni

Posted: 15 Feb 2014 03:56 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Kira-kira dua juta penerima bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari, bermula 23 Feb ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata agihan kepada penerima yang tidak mempunyai akaun itu akan dilakukan para pemimpin di kawasan parlimen masing-masing.

“Walaupun agihan kepada penerima tanpa akaun bank akan ambil masa kerana ia melibatkan jumlah yang besar, tetapi kerajaan ingin melaksanakan pemberian baucar dalam tempoh tidak melebihi 20 hari.

“Ini adalah kerana rakyat amat memerlukan bantuan ini sekarang dan tidak perlu menunggu lama untuk menikmati bantuan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup,” katanya dalam sidang akhbar mengenai BR1M di sini hari ini.

Sementara seramai 5.4 juta penerima BR1M yang mempunyai akaun bank pula akan menerima terus bantuan berkenaan dalam akaun mereka pada 22 Feb ini.

Ahmad Husni berkata bayaran itu akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima secara serentak di seluruh negara sebaik sahaja program BR1M dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Sekolah Menengah Aminuddin Baki di sini.

“Pendekatan membuat pembayaran BR1M menggunakan akaun bank merupakan langkah yang lebih efisien serta memastikan rakyat tidak perlu menunggu lama untuk menikmati bantuan tersebut seperti sebelum ini,” jelas beliau.

Ahmad Husni juga berharap penerima akan menggunakan wang bantuan secara berhemah dan berbelanja mengikut keperluan masing-masing.

Beliau berkata secara keseluruhan, program BR1M 2014 dijangka memanfaatkan hampir 4.63 juta isi rumah dan 2.4 juta individu bujang.

“Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014, kerajaan akan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion yang dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 7.9 juta penerima,” katanya.

Tambah Ahmad Husni, penambahan nilai BR1M 2014 ini diharapkan dapat meringankan beban hidup rakyat khususnya kepada golongan yang tinggal di Bandar bagi memastikan lebih ramai rakyat menikmati bantuan ini.

Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Katanya di bawah BR1M 2014, kerajaan turut memperkenalkan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M dengan nilai perlindungan minimum RM1,000 (kematian biasa) dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.

Kepada soalan kononnya pengagihan bantuan BR1M ada kaitan dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang di Selangor pada 23 Mac ini, Ahmad Husni berkata: “BR1M dilaksanakan sejak tahun 2012 dan telah lama dirancang untuk diedarkan pada bulan Februari, dan isu PRK Kajang pula baru wujud. Jadi, pemberian BR1M tidak ada kaitan dengan Kajang”.

Rakyat Perlu Ambil Tahu Hak Dan Kemudahan Disediakan Kerajaan – Nancy

Posted: 15 Feb 2014 03:54 AM PST

SIMUNJAN (Sarawak), 15 Feb – Rakyat perlu bersikap proaktif dan ambil tahu tentang hak mereka dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan yang boleh dimanfaatkan mereka sekiranya berdepan masalah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata ini penting bagi membolehkan orang ramai mendapat akses keadilan sewajarnya sekiranya berdepan dengan masalah terutama yang membabitkan perundangan dan kewangan.

“Kerajaan sentiasa mempergiatkan program dan publisiti mengenai kemudahan yang ada untuk meningkatkan kesedaran rakyat.

“Bagaimanapun tanpa inisiatif dan sikap proaktif untuk mengambil tahu kemudahan yang disediakan kerajaan, mereka yang didatangi masalah mungkin akan berhadapan dengan masalah lain yang lebih rumit, jika tidak ditangani dari awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam sempena Hari Keluarga anjuran Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Simunjan di Dewan Mesra Simunjan malam tadi.

Kira 500 anggota 41 PPWS cawangan Simunjan termasuk Pengerusi PPWS Daerah Simunjan Ramlah Labah hadir pada majlis itu. Turut hadir Temenggong Bahagian Samarahan Anthony Nyipa, Pemanca Kawasan Simunjan Bong Tien Chin dan Penghulu Simunjan Proper, Raili Alias.

Nancy menjelaskan empat agensi di bawah portfolio beliau menawarkan perkhidmatan menyelesaikan masalah perundangan dan kewangan iaitu Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dan Amanah Raya Berhad (ARB).

“JBG berperanan memberikan khidmat guaman bagi kes-kes kekeluargaan sivil dan syariah, serta jenayah sivil…contoh kes sivil seperti pampasan pekerja, penanaman padi, harta pusaka kecil, tuntutan kemalangan jalan raya, pinjaman wang, sewa beli, sewaan, surat kuasa mentadbir, permohonan anak angkat dan tuntutan pengguna,” katanya.

Katanya MdI pula membantu golongan bankrap mendapatkan kembali hak mereka serta bebas daripada belenggu bankrap manakala ARB menguruskan harta pusaka, amanah dan wasiat dengan cara yang betul.

“Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang dilancarkan pada 2012 membantu individu tidak berkemampuan yang didakwa di mahkamah, diberi bantuan guaman secara percuma dan mempunyai pembelaan sesuai dengan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan,” katanya.

Nancy berkata disebabkan tidak tahu kemudahan yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan, menyebabkan mereka yang telah ditipu dan dianiayai tidak tampil untuk mendapatkan keadilan dan menegakkan hak mereka.

Biro Kebajikan UMNO/BN Bantu Mangsa Banjir Di Sabah

Posted: 15 Feb 2014 01:28 AM PST

TENOM, 15 Feb – Biro Kebajikan Umno/Barisan Nasional (BN) yang mengambil alih tugas Kelab Putera 1Malaysia dalam menjalankan misi bantuan kemanusiaan dan bencana alam di dalam negara, hari ini menyampaikan bantuan barang keperluan kepada mangsa banjir di Sabah.

Pengerusinya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata biro itu yang mempunyai pasukan terdiri daripada anggota Umno dan BN akan turun padang menyampaikan bantuan kepada mangsa di lokasi kejadian.

“Oleh itu, misi pertama yang telah diarahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku pengerusi BN kepada biro ialah memberikan bantuan kepada mangsa banjir di seluruh negeri Sabah,” katanya kepada pemberita semasa melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Dewan Sri Antanom, di sini, hari ini.

Beliau yang diiringi anggota Parlimen Tenom Datuk Raimee Unggi dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Jamawi Jaafar turut melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Bunut Lama dan Kampung Binai di sini sebelum ke Keningau dan Pensiangan. Kira-kira 3,000 mangsa ditempatkan di 24 pusat pemindahan di Tenom selepas dilanda banjir sejak Khamis lepas.

Abdul Azeez yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia berkata Kelab Putera kini hanya melaksanakan misi bantuan kemanusiaan di luar negara.

Beliau berkata pasukannya bekerjasama dengan anggota Parlimen dan pemimpin setempat khususnya pegawai daerah bagi menyelaras bantuan agar tidak bertindih dan mengikut saluran yang betul berdasarkan statistik dan laporan pemindahan serta penduduk terjejas.

“Selaku anggota Majlis Tertinggi Umno saya akan menghantar laporan terus dari lokasi kepada perdana menteri dan saya telah whatsapps kepada PM yang memantau pergerakan biro kebajikan ini,” kata Abdul Azeez dan menurutnya esok beliau akan melawat daerah Beaufort dan Kimanis yang turut terjejas teruk oleh banjir.

Beliau turut menasihatkan mangsa banjir membuat laporan polis bagi memudahkan penyaluran bantuan daripada kerajaan negeri dan pusat selepas banjir.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang turut meninjau kawasan banjir berkata banjir gelombang ketiga di Sabah telah meragut nyawa tiga orang termasuk seorang budak lelaki lapan tahun di Kampung Lubak, Beaufort petang semalam.

“Dengan itu, saya menasihatkan penduduk agar mengikut arahan polis serta berwaspada,” katanya sambil menambah polis bekerjasama antaranya dengan anggota RELA, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu mangsa banjir.

Pemuda Umno Buat Persediaan Awal Hadapi PRK Kajang – Khairy

Posted: 15 Feb 2014 12:57 AM PST

SEREMBAN, 15 Feb – Pemuda Umno membuat persediaan awal bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor termasuk melakukan tinjauan mesra di kawasan itu.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata beliau juga akan mendapatkan taklimat daripada Pemuda Umno Bahagian Ulu Langat mengenai keadaan di sana, esok.

khairy-ketua-pemuda-mesyuarat-exco-januari-2014-pwtc

“Saya akan melihat persiapan awal yang boleh dilakukan. Selain itu, saya juga akan buat tinjauan mesra untuk berjumpa penduduk Kajang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing 2014 anjuran Pemuda Umno Negeri Sembilan di Taman Tasik di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan pada 23 Mac, dan penamaan calon 11 Mac.

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Jan.

Mengenai tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dinamakan sebagai calon pembangkang bagi pilihan raya kecil itu, yang berkempen awal, Menteri Belia dan Sukan itu berkata Anwar mungkin ghairah sangat dan tidak sabar hendak menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan berkata pergerakan akan membuat pelbagai program untuk mendekati masyarakat.

“Saya dah minta supaya jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno negeri merancang untuk menganjurkan program setiap bulan dan kita akan pergi ke semua bahagian lain.

“Selepas pertandingan memancing ini kita juga merancang untuk membuat program keagamaan. Setakat ini saya berpuas hati kerana Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sembilan bergerak aktif menganjurkan program bersama masyarakat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT