SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, February 17, 2014

UMNO Online - “Traders Told Not To Take Advantage Of BR1M 3.0 Disbursement” plus 9 more

UMNO Online - “Traders Told Not To Take Advantage Of BR1M 3.0 Disbursement” plus 9 more

Link to UMNO Online

Traders Told Not To Take Advantage Of BR1M 3.0 Disbursement

Posted: 16 Feb 2014 05:16 AM PST

ALOR SETAR, Feb 16 – Traders have been reminded not to take advantage of the disbursement of the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) 3.0 at the parliamentary and state constituency levels starting Feb 22 and 23 by raising prices of goods.

Deputy Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah said the ministry would be monitoring the situation and take errant traders to task as such action could lead to rising cost of living.

He said the ministry also gave until the end of the month to traders to display price tags of controlled and non-controlled items and those who refused to do so would be issued summonses.

“As the weather has returned to normal, it could no longer be blamed for depleting supplies like during the Chinese New Year festive season,” he told reporters after launching the 1Business One Student (1BOS) programme initiated by the Malaysian Malay Entrepreneurs and Merchants’ Association (Perdasama) here today.

On 1BOS, Ahmad Bashah said the programme was aimed at giving opportunity to students of public and private institutions of higher learning aged 20 years and above to use facilities provided by Perdasama to start a business and earn money before they graduated.

Rakyat Harus Nilai, Anwar Dikata ‘World Class Leader’ Tapi Gagal Selesai Masalah Parti

Posted: 16 Feb 2014 05:11 AM PST

KAJANG, 16 Feb – Rakyat harus meragui keupayaan Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran keupayaannya dalam menangani masalah dalaman PKR.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamalauddin berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diadakan apabila Anwar gagal selesaikan masalah yang dihadapi parti itu.

“Rakyat boleh lihat masalah dalaman PKR. Pilihan raya ini diadakan apabila Anwar gagal tangani masalah dalaman mereka antara Azmin Ali dengan Tan Sri Khalid hingga terpaksa adakan pilihan raya.

“Rakyat harus ragui kehebatan Anwar. Azmin kata Anwar ‘ world class leader’ tapi tak dapat selesaikan masalah dalaman sampai tahap piliha raya kecil terpaksa dibuat, heret rakyat untuk selesaikan masalah dalaman parti. Apa pemimpin kelas dunia macam itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan mesra di peti undi Sungai Kantan, di sini, hari ini.

Dalam kunjungan tersebut beliau turut meluangkan masa melawat beberapa buah rumah di sekitar peti undi berkenaan.

Berhubung pengumuman Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil tersebut, beliau menjelaskan itu keputusan Zaid.

“Itu keputusan beliau. Nampak seolah-olah beliau sendiri cuba eksploitasi perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat Selangor yang tidak setuju dengan usaha Anwar untuk ambil alih sebagai MB.
"Kita dalam BN tak kisah siapa MB. Soal MB masalah dalaman PKR. Kalau kita buat keputusan bertanding ianya atas kekuatan kita sendiri dan Zaid menambah masalah dalaman mereka,” katanya.

Tambah Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN, maklum balas yang diterima daripada UMNO Hulu Langat cukup baik.

“Maklum balas yang diterima UMNO Hulu Langat menunjukkan mereka sudah bersedia, cuma pengesahan daripada pucuk pimpinan BN dan kita yakin keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Katanya, Pemuda UMNO akan terus mengadakan pelbagai progam turun padang bertemu rakyat dalam misi memastikan kemenangan BN dalam PRK Kajang kelak, katanya.

“Pemuda UMNO hari ini memilih kawasan Sungai Kantan dalam memulakan program ‘walkabout’ (tinjauan mesra) dan bertemu penduduk dari 25 buah rumah di Sungai Kantan serta mengumpul segala permasalahan yang diterima oleh mereka untuk diambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Turut hadir Anggota DUN Semenyih Datuk Johan Abdul Aziz.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac sebagai hari penamaan calon dan 23 Mac sebagai hari pengundian bagi PRK Kajang.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan pada 27 Jan lepas bagi memberi ruang kepada Anwar untuk bertanding.

Ditanya mengenai calon BN untuk PRK Kajang, Khairy berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan mengenainya dan akan menerima sesiapa sahaja calon yang dipilih kelak. - MediaUMNO

1.13 Juta Rakyat Tidak Pohon, Perbaharui Mykad, Kata Ahmad Zahid

Posted: 16 Feb 2014 05:00 AM PST

BAGAN DATOH, 16 Feb – Sebanyak 1.13 juta rakyat berusia 12 dan 18 tahun di negara ini gagal memohon kad pengenalan atau MyKad serta tidak memperbaharui dokumen identiti diri mereka itu sehingga kini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1.06 juta mereka yang berusia 18 tahun gagal memperbaharui MyKad manakala 64,122 orang berusia genap 12 tahun yang layak memohon MyKad kali pertama tidak berbuat demikian.

“Ini akan menyukarkan mereka terutama untuk menduduki peperiksaan yang memerlukan MyKad. Apabila berusia 18 tahun, kad pengenalan wajib diperbaharui,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Cetakan Teragih MyKad dan Serahan M12/My18 di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Bagan Datoh di sini hari ini.

Beliau berkata pembaharuan kad pengenalan pada usia 18 tahun wajib dilakukan berdasarkan Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan MyKad yang baharu lebih berkualiti serta mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik.

Individu yang gagal memperbaharui MyKad selepas mencecah umur genap 18 tahun boleh dikenakan penjara tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, katanya.

Mengenai isu kehilangan MyKad, Ahmad Zahid berkata penasihat undang-undang kementerian dan JPN akan mengemukakan cadangan pindaan Akta Fi kepada Peguam Negara untuk meningkatkan jumlah bayaran denda jika berlaku kehilangan dokumen itu.

Beliau berkata pada masa ini denda yang dikenakan adalah RM100 bagi kehilangan kali pertama, RM200 bagi kali kedua dan RM300 kehilangan seterusnya.

“Pada tahun lepas, kadar kehilangan MyKad adalah sebanyak 681,356 dan kehilangan lebih setengah juta kad pengenalan setahun ini amat membimbangkan serta boleh mengugat keselamatan negara,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga dan membawa MyKad pada setiap masa kerana ia sangat penting sebagai identiti pengenalan diri sebagai warganegara.

Mengenai Cetakan Teragih atau ‘cetakan ekspres”, beliau berkata menerusi perkhidmatan itu, MyKad boleh disiapkan dalam tempoh dua jam dan setakat ini perkhidmatan itu ditawarkan di JPN Ipoh, Manjung dan Pusat Transformasi Bandar Ipoh selain JPN Bagan Datoh.

Sehingga 2013, sebanyak 41 cawangan JPN telah mempunyai pencetakan MyKad di pejabat JPN negeri dan cawangan terpilih, katanya.

Peniaga Diingat Tidak Naikkan Harga Sempena Pemberian BR1M

Posted: 16 Feb 2014 04:57 AM PST

ALOR SETAR, 16 Feb – Para peniaga diingatkan supaya tidak menaikkan harga barang sempena pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang akan mula diagihkan 22 Feb ini bagi peringkat nasional dan 23 Feb bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata KPDNKK akan sentiasa memantau dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan menyaman peniaga yang sengaja menaikkan harga barang.

“Mereka (peniaga) sebenarnya tidak boleh mengambil kesempatan sama ada sempena pemberian BR1M, musim perayaan atau ada hari-hari biasa.

“Jika KPDNKK berjaya mengesan peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang ini, kita akan terus menyaman peniaga tanpa memberi amaran kerana perkara ini sudah lama berlanjutan sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kos sara hidup,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata KPDNKK memberi tempoh sehingga akhir bulan ini untuk peniaga mempamerkan tanda harga dengan jelas bagi semua barang kawalan dan bukan kawalan.

“Sekiranya peniaga ingkar untuk mempamerkan tanda harga pihak KPDNKK akan mengambil langkah menyaman peniaga yang degil.

“Kalau sebelum ini harga barang naik disebabkan faktor cuaca yang menyebabkan bekalan kurang tetapi dengan keadaan cuaca yang sudah kembali normal kita lihat harga barang sudah turun berbanding semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina dulu,” kata Ahmad Bashah.

Beliau sebelum itu merasmikan Program ’1 Business One Student’ (1BOS) peringkat Nasional anjuran Persatuan Peniaga dan Usahawan Melayu Malaysia (Perdasama) yang diadakan bagi menggalakkan mahasiswa bumiputera terlibat dalam bidang perniagaan.

“1BOS ini memberi peluang kepada mahasiswa berumur 20 tahun ke atas menggunakan kemudahan yang disediakan Perdasama untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan daripadanya.

“1BOS akan membantu mahasiswa bumiputera dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan kolej untuk mempunyai perniagaan sendiri sebelum mereka menamatkan pembelajaran,” katanya.

Program 1BOS ini dapat membantu memberi pendedahan awal kepada mahasiswa tentang dunia perniagaan sebenar bagi membantu mereka menimba pengalaman.

Sabar Tunggu Keputusan BN Tanding Atau Tidak PRK Kajang – Shafie

Posted: 16 Feb 2014 04:54 AM PST

KOTA BELUD, 16 Feb – Semua pihak harus bersabar menunggu keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada mahu meletakkan calon atau tidak pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor bulan depan.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata BN sentiasa bersiap siaga untuk bertanding di kawasan itu.

“Kita harus tunggu dan kita yakin pucuk pimpinan akan membuat keputusan (terbaik),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian BN sama ada bertanding atau tidak di kerusi DUN Kajang yang dikosongkan penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lepas bagi memberi ruang kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 23 Mac.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim semalam mengumumkan secara rasmi akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil itu.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menambahbaik peraturannya termasuk mengenakan hukuman berat terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah dan langkah itu juga untuk mengelak pembaziran.

Namun, katanya sebagai negara demokrasi, tiada halangan untuk mana-mana wakil rakyat meletak jawatan sekiranya atas alasan kukuh seperti masalah kesihatan.

Rakyat Perlu Analisis, Pastikan Maklumat Diterima Benar – Mukhriz

Posted: 16 Feb 2014 04:46 AM PST

SUNGAI PETANI, 16 Feb – Rakyat perlu menganalisis dan memastikan setiap berita atau maklumat yang diterima berkaitan apa sahaja yang berlaku di negeri ini adalah benar bagi mengelak sebarang salah faham.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata maklumat yang tepat dapat menangkis sebarang usaha dilakukan oleh anasir jahat bagi menimbulkan pertelingkahan dan perpecahan dalam masyarakat.

“Kita harus berhati-hati apabila menerima sesuatu berita sama ada ianya benar, berbentuk fitnah ataupun ada sesuatu yang tersirat…ini penting apabila pihak yang berkepentingan cuba memutar belit kenyataan untuk memenuhi agenda mereka yang tersendiri.

“Menjadikan amalan menganalisis sesuatu maklumat yang diterima adalah satu kemestian bagi mengelakkan kita menjadi mangsa kepada berita yang tidak berasaskan kebenaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Program Mesra Rakyat 2014 Peringkat Daerah Kuala Muda, di Pantai Merdeka dekat sini hari ini.

“Sikap mudah percaya terhadap segala berita yang disampaikan tanpa berusaha mendapatkan kesahihannya sangatlah dikesali, apatah lagi berpunca dari berita itu boleh menganggu ketenteraman awam serta mencetuskan huru hara,” kata Mukhriz.

Ketika ditemui pemberita selepas program itu, Menteri Besar berkata Kuala Muda yang memiliki keunikan tersendiri berpotensi dimajukan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Beliau berkata pembangunan pelancongan holistik akan dirancang bagi menarik lebih ramai pelancong ke daerah berkenaan yang terkenal dengan tapak warisan sejarah seperti Lembah Bujang dan mempunyai kawasan gunung serta pesisir pantai yang indah.

Ismail Sabri Bimbang Banyak Provokasi Melampau

Posted: 16 Feb 2014 04:44 AM PST

BUKIT MERTAJAM, 16 Feb – Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluahkan rasa bimbang dengan insiden provokasi melampau yang semakin banyak berlaku kebelakangan ini.

Katanya perbuatan sedemikian perlu dihentikan kerana hanya mengundang respons serupa daripada pihak yang lain.

“Biasanya perkara yang ekstrem akan dijawab dan dibalas dengan perkara ekstrem lain,” katanya kepada pemberita selepas penjenamaan semula bangunan Umno Permatang Pauh di sini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata selama ini rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup secara harmoni atas dasar toleransi dan saling menghormati.

“Tidak ada untungnya kepada sesiapa kalau negara ini tidak aman (hasil provokasi melampau itu),” katanya.

Mengulas perkara lain, beliau berkata Umno Permatang Pauh perlu mengambil peluang daripada ‘kesibukan’ Anggota Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang dengan menumpukan usaha membantu penduduk.

Secara tidak langsung katanya usaha ini akan menambah sokongan penduduk di kawasan itu terhadap Umno.

KKLW Peruntuk RM500 Juta Untuk Pembangunan Di Sabah

Posted: 16 Feb 2014 04:39 AM PST

KOTA BELUD, 16 Feb – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) meluluskan peruntukan kira-kira RM500 juta untuk beberapa program pembangunan di Sabah khususnya di daerah Kota Belud, tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sejumlah RM61 juta diperuntukkan bagi projek-projek pembangunan di Kota Belud termasuk menaik taraf jalan raya dan membaik pulih dewan manakala RM400 juta bagi projek bekalan elektrik di luar bandar.

“Kita mahu menyediakan bekalan elektrik di luar bandar dengan menyambung dari grid (loji) yang sedia ada ke kawasan-kawasan di luar bandar di seluruh Sabah dan kita akan melaksanakan usaha ini agar tidak membantutkan pembangunan infratruktur di luar bandar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembinaan Loji Rawatan Air Kota Belud bernilai RM36 juta siap 5 April tahun lepas. Turut hadir, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Mohd Shafie berkata sejumlah RM158 juta diperuntukkan bagi pelbagai projek pembangunan untuk meningkatkan kemudahan asas dan infrastruktur di Kota Belud termasuk menaik taraf jalan raya pada tahun lepas.

Dalam pada itu, beliau meminta penduduk kampung memberi kerjasama kepada pihak terbabit termasuk kontraktor bagi menyiapkan projek pembangunan mengikut jadual.

“Kalau ada kerjasama yang baik antara penduduk setempat, saya yakin projek pembangunan siap dan ia akan membantu masyarakat menikmati kemudahan itu seperti ada sistem jalan raya yang baik bagi membawa keluar tananam selain menjimatkan kos pengangkutan,” katanya.

Wee Bidas Tuduhan Kit Siang Berhubung Video ‘Onederful Malaysia’

Posted: 16 Feb 2014 04:36 AM PST

MUAR, 16 Feb – Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong membidas tindakan pemimpin DAP Lim Kit Siang yang menuduh beliau dan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menterjemahkan klip video anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang menyindir, antara lain pemimpin negara dan sistem pendidikan.

Beliau berkata ini menunjukkan Lim tidak menonton klip video bertajuk ‘Onederful Malaysia’ itu yang turut memuatkan sari kata Bahasa Malaysia bagi tontonan rakyat Malaysia.

“Perbuatan Teresa Kok itu tidak menggambarkan budaya orang Cina yang menyambut ketibaan Tahun Baharu dengan mengharapkan tahun ini membawa kepada sesuatu yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan-Persatuan Cina Daerah Muar di Sekolah Tinggi Chong Hwa di sini malam tadi. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Wee berkata dalam budaya masyarakat Cina sentiasa berdoa agar mendapat kesejahteraan, bukan melakukan perbuatan menyindir orang seperti yang dilakukan oleh Kok.

Mengenai mesyuarat agung luar biasa MCA pada 22 Feb ini, beliau berkata terpulang kepada 1,934 perwakilan untuk membuat keputusan sama ada parti itu akan ada wakil dalam kerajaan Barisan Nasional.

Peluang BN Menang Tetap Ada, Yang Penting Bertanding – Dr Mahathir

Posted: 15 Feb 2014 11:38 PM PST

PUTRAJAYA, 16 Feb – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melihat Barisan Nasional (BN) tetap berpeluang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam pilihan raya kecil bulan depan.

“Peluang mungkin 50-50 tapi itu tidak penting, yang penting kena bertanding,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Kejohanan Kanu Kebangsaan Putrajaya ke-12, di sini hari ini.

Katanya terpulang kepada BN untuk memilih calon yang layak.

Beliau ditanya sama ada BN perlu meletak calon yang berpengalaman dalam pilihan raya kecil itu memandangkan akan berdepan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, Datuk Mohd Zaid Ibrahim.

Mohd Zaid mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil itu di Kajang hari ini.

Anwar pula mengumumkan pencalonannya sehari selepas kerusi itu dikosongkan oleh Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan pada 23 Mac, dengan penamaan calon 11 Mac.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT