SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, February 27, 2014

UMNO Online - “Loji Langat 2 Dijangka Siap 2017 – Ongkili” plus 9 more

UMNO Online - “Loji Langat 2 Dijangka Siap 2017 – Ongkili” plus 9 more

Link to UMNO Online

Loji Langat 2 Dijangka Siap 2017 – Ongkili

Posted: 26 Feb 2014 06:25 AM PST

PUTRAJAY, 26 Feb -  Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihannya (LRAL2) dijangka siap pada 2017, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan LRAL2 pada Rabu dan semua kelulusan berkaitan pembangunan projek akan diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani di antara kerajaan negeri dan persekutuan.

“Kebenaran Merancang bagi enam projek pertama sudah diserahkan tadi dan kerja-kerja boleh bermula secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Persekutuan dan negeri Selangor untuk penstrukturan semula industri air Selangor di sini Rabu.

LRAL2 dijangka siap dibina dalam 39 bulan dan dalam tempoh itu projek mitigasi perlu dilaksanakan dengan kerajaan kegeri perlu mengadakan program-program tambahan.

Ongkili berkata Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM900 juta untuk projek mitigasi yang akan dilaksanakan sekarang. MoU itu ditandatangani oleh Ongkili yang mewakili Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Detik bersejarah yang berlangsung di Kompleks Perdana Putra di sini disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

LRAL2 merupakan satu langkah jangka panjang untuk menjamin bekalan air yang berterusan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Namun, projek itu tertangguh selepas rundingan penstrukturan semula air di Selangor menemui jalan buntu apabila pengambilalihan dengan konsep “willing buyer willing seller “(berminat membeli-berminat menjual) tidak dipersetujui oleh kebanyakan syarikat konsesi.

Melalui MoU itu, Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor melalui anak syarikatnya, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) akan mengambil alih empat syarikat konsesi air di Selangor dengan kos RM9.65 bilion.

Beliau berkata proses pengambilalihan empat syarikat konsesi, iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd. (Splash) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd, akan mengambil masa tiga bulan.

Selain itu, beliau berkata Kerajaan Persekutuan akan menyuntik dana tambahan RM2 bilion kepada Kerajaan Selangor untuk melunaskan pembayaran ekuiti sementara Pengurusan Aset Air Bhd akan mengambil alih pinjaman dan bon syarikat-syarikat konsesi berjumlah RM7.8 bilion.

Abdul Khalid memberi jaminan bahawa pengambilalihan itu tidak akan melibatkan pembuangan pekerja dan pengurusan di keempat-empat syarikat konsesi itu kerana ia hanya melibatkan penyusunan semula aset.

Sementara itu, beliau berkata sebagai penyelesaian jangka pendek untuk menangani kekurangan air, kerajaan negeri mengenal pasti satu tapak untuk membuat takungan air bagi menambah bekalan air mentah melebihi 600 juta liter sehari di kawasan Bestari Jaya, Kuala Selangor.

“Dengan ini, penduduk di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya akan mendapat bekalan air dan mereka tidak perlu khuatir ketiadaan air sebelum pembinaan LRAL2 siap,” katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan kerajaan negeri Selangor yang mengambil alih empat-empat syarikat konsesi air akan menurunkan kadar air tanpa hasil (NRW)kepada 27 peratus.

Chew Ada Peluang Cerah Menang Di Kajang – Tengku Adnan

Posted: 26 Feb 2014 06:14 AM PST

PUTRAJAYA, 26 Feb  - Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun mempunyai kemampuan dan berpeluang cerah untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Chew yang juga naib presiden MCA mempunyai pengalaman menjadi wakil rakyat kerana pernah menjadi anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal mulai 1999 hingga 2008.

“Chew merupakan calon terbaik BN dalam memastikan kemenangan BN dalam PRK Kajang kerana DUN Kajang merupakan kawasan yang pernah dimenangi BN beberapa kali menerusi calon MCA pada pilihan raya yang lepas sebelum pembangkang memerintah negeri Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada epemberita selepas melakukan cabutan undi untuk Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor peringkat Sekolah-Sekolah di Putrajaya 2014 di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata demikian ketika ditanya sama ada Chew berpeluang menang pada PRK Kajang dan mampu menarik pengundi atas pagar yang merupakan antara faktor penting dalam memastikan kemenangan BN kelak.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas wakil rakyatnya Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas untuk memberi laluan kepada Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata pembangkang secara sengaja menggunakan pihak berkuasa tempatan untuk menurunkan poster-poster berkaitan BN di sekitar Kajang.

“BN tidak melakukan perkara itu (menurunkan poster parti lawan) apabila memerintah sesebuah negeri..tak mengapa itu cara pembangkang, apa yang penting semua parti komponen BN harus bekerja keras dalam PRK DUN Kajang dalam memastikan kemenangan BN kelak,” katanya.

Tengku Adnan juga berkata persiapan jentera BN untuk PRK DUN Kajang berjalan lancar dan hari ini beliau menghadiri mesyuarat pengurusan BN yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mesyuarat itu membincangkan mengenai persiapan dan perancangan parti komponen BN menghadapi PRK DUN Kajang, katanya.

Mengenai kejohanan liga bola sepak itu, Tengku Adnan berkata ia akan dimulakan dengan kategori di bawah 18 tahun mulai 8 Mac hingga Jun depan dan bagi kategori 15 tahun dan 12 tahun pula akhir tahun ini untuk mencungkil bakat-bakat baharu di kalangan pelajar.

Sebanyak 10 sekolah menengah dan 11 sekolah rendah di Putrajaya menyertai kejohanan itu dengan hadiah RM10,000 untuk setiap kategori, katanya.

Second Penang Bridge Toll Rate Will Not Be Higher Than RM10 – JKSB

Posted: 26 Feb 2014 04:35 AM PST

BATU KAWAN, Feb 26  - The Second Penang Bridge toll rate will not be higher than RM10, says concessionaire Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB).

Its managing director Datuk Dr Ismail Mohamed Taib said JKSB had proposed a toll rate of RM7 to the Malaysian Highway Authority but the final decision would only be announced on March 1.

“The toll rate will be less than RM10 but above RM7. If the rate is too high it will not attract traffic,” he told reporters after a media familiarisation tour at the Batu Kawan toll booth on the bridge, here today.

Ismail said JKSB hoped to break even within 10 years with 100,000 vehicles expected to use the bridge daily amid the development of Batu Kawan especially the industrial area.

The RM4.5-billion bridge, connecting Batu Maung on the island to Batu Kawan on the mainland, is due to be opened by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak this Saturday and would be opened to the public at 12.01am Sunday.

Ismail said the tenders to construct two Rest and Service Areas (R&R) would be called in the next six months, which would cost a total of RM60 million and to be completed in three years.

Krisis Air Pengajaran Buat Kerajaan Selangor Henti Lagak Politik Angkuh

Posted: 26 Feb 2014 03:21 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Feb. – Kepimpinan pakatan pembangkang sewajarnya menyedari bahawa mereka tidak mempunyai kemampuan dan kepakaran dalam urus tadbir apatah lagi untuk melakukan perancangan masa hadapan sebuah negeri sebagaimana di Selangor yang ternyata berdepan krisis air, kata Presiden Pusat Kesedaran Politik Malaysia (CPAM), Datuk Huan Cheng Guan.

Ujar beliau, perancangan masa hadapan dan pelaksanaan yang lancar akan membawa keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat sebaliknya kegagalan untuk berbuat demikian akan menyumbang pelbagai masalah.

khalid_mb_selangor_gagal_rakyat

"Krisis air yang berlaku di Selangor adalah bukti bagaimana kegagalan dalam pengurusan pentadbiran tanpa memikirkan kepentingan masyarakat sedangkan soal air tidak bersangkut-paut dengan politik dan ia adalah keperluan sepanjang masa," kataya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berkaitan kegagalan Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melaksanakan projek-projek yang akan mengurangkan masalah air di negeri ini, walaupun telah diberitahu mengenai krisis dan kekurangan air yang bakal berlaku sejak 2008 lagi.

"Setiap pemimpin perlu ada fokus, tahu matlamat dan hala tuju dengan mempunyai perancangan jelas berkaitan negeri yang ditadbirnya apatah lagi Selangor adalah negeri yang maju maka tentunya menjadi tumpuan, penduduk makin bertambah dan keperluan juga perlu diusahakan.

"Soal krisis air sudah boleh dijangka dan jalan penyelesaian telah pun dimaklumkan kepada kerajaan negeri Selangor namun malangnya kerana sikap angkuh dan pentingkan diri sendiri akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung derita."

Ujar beliau, apabila catuan air dilaksanakan dengan melibatkan 217,694 pengguna maka tentunya ia akan menjejaskan kehidupan harian rakyat.

pembinaan_loji_langat_2_selangor_air

"Sepatutnya ada perancangan jangka panjang dan ada perancangan jangka pendek yang dibuat untuk rakyat misalnya, notis untuk catuan air yang dimaklumkan oleh Menteri Besar terlalu singkat sehinggakan rakyat tidak sempat untuk membuat persediaan berdepan catuan apatah lagi tempohnya sehingga dua hari.

"Ini menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri di kalangan kepimpinan kerajaan Negeri Selangor dan mereka masih berlagak seolah-olah tidak mempunyai tanggungjawab, seakan-akan mereka pula yang jadi pembangkang kerana bersikap tidak ambil kisah permasalahan rakyat," katanya.

Tegasnya, sememangnya sikap sambil lewa pemimpin pembangkang bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ia sudah banyak kali berlaku termasuklah isu berkaitan penyambungan kabel elektrik di Rawang dengan kegagalan penyelesaiannya akan menyebabkan kemungkinan berlaku masalah bekalan elektrik di beberapa negeri di Semenanjung termasuk ibu kota.

"Jika dilihat, dalam berdepan dengan krisis air ini pun kerajaan Pusat tidak lepas tangan sebaliknya memberi bantuan dengan menggunakan agensi dan pelbagai kementerian termasuklah Kementerian Pertahanan yang mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk hantar air kepada penduduk. Inilah bukti pemimpin yang bertanggungjawab, ketepikan idealogi politik demi rakyat," ujar beliau lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Kerajaan Negeri Selangor telah mendatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan hari ini berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang telah berlarutan sejak 2008. – MediaUMNO

beratur-bantuan-krisis-air-tentera-atm-balakong-selangor

tahukah_anda_krisis_air_selangor

DAP Tidak Mampu Untuk Sembunyikan Belang Perkauman – MMF

Posted: 26 Feb 2014 02:01 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Presiden Yayasan Media Malaysia (MMF), Dzulkarnain Mohd Taib membidas DAP yang cuba bersembunyi di sebalik slogan-slogan yang sedap didengar oleh rakyat bagi melindungi wajah sebenar parti tersebut yang dilihat totok berpegang kepada ideologi politik perkauman.

Menurut beliau, ini jelas jika diimbas kembali kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pimpinan DAP yang amat gemar menyentuh isu-isu perkauman dan agama, malah ianya semakin ketara sejak akhir-akhir ini.

"Ini adalah sesuatu yang amat merbahaya bagi masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama seperti di negara ini, apabila ada parti politik seperti DAP yang seringkali menjadikan isu sensitif seperti isu perkauman dan isu agama untuk  dijadikan modal ceramah politik mereka.

dap-berlagak-umpama-malaikat

"Mereka menjaja ke serata pelusuk negara mendakwa bahawa kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO hari ini tidak adil dan bersikap perkauman, tetapi dalam masa yang sama cuba mempotretkan parti mereka itu seolah-olah sebuah parti yang terbuka dan adil untuk semua kaum, sedangkan hakikatnya tidak begitu," jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sikap kepimpinan DAP yang seringkali menuduh UMNO sebagai sebuah parti perkauman dan lebih mementingkan bangsa Melayu itu merupakan taktik yang digunakan bagi menghasut rakyat sekaligus untuk menyembunyikan agenda dan kepincangan parti tersebut, kata beliau lagi.

"Hakikat sebenarnya DAP merupakan sebuah parti yang penuh dengan amalan kronisme, nepotisme dan yang terbaru berhubung gejala rasuah yang meluas di dalam parti, di mana ianya didedahkan  oleh kepimpinan dan ahli parti itu sendiri.

"Saya rasa gembira apabila hari ini kita lihat ramai di antara kepimpinan dan ahli DAP yang sudah berani menentang dan menyuarakan rasa  rasa tidak setuju mereka terhadap amalan nepotisme dan kronisme yang diamalkan oleh kepimpinan tertinggi DAP," jelasnya.

Biarpun begitu, seperti biasa kepimpinan DAP hari ini mengambil sikap membisu seribu bahasa dan tidak seorang pun daripada kepimpinan DAP yang tampil memberikan penjelasan terbuka berhubung tuduhan dan dakwaan yang datang dari kepimpinan dan ahli parti mereka sendiri.

"Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa apa yang didakwa dan diluahkan oleh kepimpinan dan ahli DAP di peringkat pusat itu ada asasnya. Jelas, kepimpinan DAP bukan saja berbohong dan menipu kepada seluruh rakyat di negara ini, bahkan ahli-ahli parti sendiri pun ditipu oleh kepimpinan mereka.

"Saya yakin, gelombang kesedaran berhubung kepincangan dan ketidak telusan kepimpinan DAP ini sudah mula merebak di kalangan ahli dan kepimpinan di peringkat akar umbi. Ini dapat kita lihat apabila sudah ada kepimpinan dan ahli di peringkat akar umbi DAP yang bertindak keluar parti ekoran tidak bersetuju dengan amalan-amalan politik kotor yang berlaku di dalam parti tersebut," akhirinya. -MediaUMNO

Majlis Tertinggi PBB Akan Bermesyuarat Tentukan Calon Balingian

Posted: 26 Feb 2014 01:54 AM PST

KUCHING, 26 Feb -  Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen terbesar dalam Barisan Nasional (BN) Sarawak, akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi untuk memutuskan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian yang akan dikosongkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud Jumaat ini.

najib-nst-pbb-parti-pesaka-bumiputera-bersatu-sarawak-taib-mahmud

Setiausaha Agung PBB Datuk Dr Stephen Rundi memberitahu Bernama pada Rabu bahawa parti itu telah mula membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil itu selepas Taib mengumumkan beliau akan meletak jawatan sebagai ketua menteri pada 28 Februari.

Taib yang mempertahankan kerusi Balingian sejak pilihan raya negeri 2001, berkata beliau menyerahkan kepada bakal Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem untuk mengumumkan calon BN.

“Kami telah menjangkanya (Taib berhasrat untuk mengosongkan kerusi Balingian) dan telah membuat persiapan yang perlu…dan kami yakin dapat mempertahankan kerusi itu,” kata Dr Rundi yang juga Setiausaha Agung BN Sarawak.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dijangka mengadakan persidangan media esok untuk mengumumkan mengenai pengosongan kerusi Balingian. -

Najib Sumbang RM10,000 Kepada Keluarga Mangsa Tragedi Lemas Buloh Kasap

Posted: 26 Feb 2014 01:15 AM PST

SEGAMAT, 26 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju menyumbang RM10,000 kepada keluarga lapan remaja lelaki yang terkorban dalam tragedi lemas di Sungai Buloh Kasap di sini Jumaat lalu.

Presiden UMNO itu juga bersetuju untuk membiayai upah haji (badal haji) ke atas semua mangsa terbabit yang akan dikendalikan Lembaga Tabung Haji pada musim haji antara Julai dan Ogos tahun ini.

Hasrat perdana menteri itu disampaikan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mewakili beliau menyerahkan sumbangan itu di Dewan Islam, Taman Mewah, Buloh Kasap di sini hari ini.

“Saya sudah minta restu dan izin daripada keluarga mangsa dan mereka terharu dengan sumbangan Perdana Menteri dan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan beliau ke atas mereka,” katanya selepas menyerahkan sumbangan kepada keluarga mangsa tragedi lemas itu.

8-Remaja-Kawan-Lemas-Sungai-Buloh-Kasap-Segamat-Muar-Johor

Turut hadir Pegawai Daerah Segamat, Abdul Rahim Nin dan Ketua UMNO Bahagian Segamat Zahari Sarip.

Abdul Azeez berkata sumbangan itu membuktikan Perdana Menteri dan UMNO amat prihatin terhadap mangsa-mangsa tragedi itu dan mengharapkan sumbangan itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban keluarga mangsa.

Beliau yang juga Pengerusi Tabung Haji berkata, UMNO akan menjelaskan kos upah haji yang dianggarkan kira-kira RM3,000 bagi setiap seorang mangsa kepada lembaga itu bersama senarai nama mereka.

Abdul Azeez mahu masyarakat Malaysia mengambil contoh semangat setia kawan yang ditunjukkan ketujuh-tujuh orang yang terkorban dalam tragedi itu yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi menyelamatkan nyawa seorang rakan mereka.

“Semangat empat orang rakan mereka yang bertindak menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan pertolongan juga patut dipuji,” katanya ketika berucap selepas membaca Yasin dan bertahlil bersama penduduk taman itu di dewan berkenaan.

Walaupun wang tidak sama nilainya dengan kehilangan anak mereka, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan beban mereka untuk menguruskan pengebumian dan kenduri arwah mangsa tragedi itu, katanya.

Taib Mahmud Kosongkan Kerusi Balingian Pada Jumaat

Posted: 26 Feb 2014 01:10 AM PST

muhyiddin-mesra-rapat-taib-mahmud-sarawak-umno-bn-pbb-komponen

MUKAH, 26 Feb -  Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian pada Jumaat (28 Februari) serentak dengan pelepasan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Beliau membuat pengumuman ini di Mukah, Sarawak, Rabu.

Taib dilaporkan akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang DiPertua Negeri Sarawak Ketujuh pada Sabtu, selepas menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah juga pada Jumaat.

Taib Mahmud To Vacate Balingan Seat Effective Friday

Posted: 25 Feb 2014 11:23 PM PST

muhyiddin-mesra-rapat-taib-mahmud-sarawak-umno-bn-pbb-komponen

MUKAH, 26 Feb – Outgoing Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud announced in Mukah, Sarawak, today that he would vacate his Balingian state seat on Friday.

Abdul Taib is reportedly to be sworn in as the new Sarawak Yang Dipertua Negeri on Saturday.

He is expected to receive his instrument of appointment from the Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, on Friday.

MB Selangor Tandatangan MoU Dengan Kerajaan Persekutuan

Posted: 25 Feb 2014 11:21 PM PST

menteri-tenaga-air-hijau-maximus-ongkili-najib-muhyiddin-khalid-ibrahim-mou-krisis-air-selangor

PUTRAJAYA, 26 Feb – Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang telah berlanjutan sejak 2008.

Kerajaan Persekutuan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili manakala kerajaan negeri diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Detik bersejarah yang berlangsung di Kompleks Perdana Putra di sini disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Melalui MoU itu, kerajaan negeri Selangor akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) berkuat kuasa hari ini dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh MoU ditandatangani.

Sebagai tambahan, Kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana tambahan untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

Pelaksanaan penstrukturan semula industri air di Selangor adalah satu keperluan bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan bekalan air di Selangor dengan mengambil kira perkhidmatan bekalan air yang lebih mapan dan efisien untuk Kuala Lumpur dan Putrajaya.

MoU itu juga membenarkan kerajaan negeri untuk mengemukakan tawaran kepada syarikat-syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABAAS).

Melalui MoU itu, Kerajaan Persekutuan turut bersetuju menjadi pemudah cara bagi kerajaan negeri Selangor melaksanakan penstrukturan semula industri air melalui Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA) dan mana-mana undang-undang yang terpakai.

Dalam sidang media selepas itu, Ongkili berkata Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan dianggotai wakil kerajaan negeri bagi pelaksanaan projek LRAL2.

“Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor berharap agar syarikat-syarikat konsesi air di Selangor akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air demi kesejahteraan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

Ongkili berkata MoU itu bukan disebabkan krisis air yang sedang melanda Selangor sebaliknya ia mengambil kira kepentingan rakyat.

"Walaupun Selangor bukan di bawah Barisan Nasional (BN) tetapi kita mengutamakan kepentingan rakyat… kita telah bekerja keras lebih tujuh bulan untuk mencapai kata sepakat," katanya.

Sementara itu, Khalid menyifatkan MoU yang dimeterai itu tepat pada masanya.

"Kita bersetuju untuk melaksanakan satu penyusunan semula industri air yang kita anggap tepat pada masanya, khususnya dalam keadaan sekarang industri air disusun semula membolehkan pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat perkhidmatan yang terbaik," katanya.

Rundingan penstrukuran semula industri perkhidmatan bekalan air yang berpanjangan sejak 2008 tanpa sebarang penyelesaian telah menjejaskan industry air di negeri itu selain memberi kesan kepada negara berikutan projek-projek pembangunan baharu tidak dapat dimulakan kerana kekurangan bekalan air.

Kemelut itu menyebabkan projek LRAL2 tertangguh, satu daripada komponen penting untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT