SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, February 13, 2014

UMNO Online - “Lebihan Akaun Semasa Malaysia Naik Kepada RM16.2 Bilion Pada Suku Ke-4 2013” plus 9 more

UMNO Online - “Lebihan Akaun Semasa Malaysia Naik Kepada RM16.2 Bilion Pada Suku Ke-4 2013” plus 9 more

Link to UMNO Online

Lebihan Akaun Semasa Malaysia Naik Kepada RM16.2 Bilion Pada Suku Ke-4 2013

Posted: 12 Feb 2014 04:37 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Lebihan akaun semasa Malaysia meningkat kepada RM16.2 bilion bagi suku keempat 2013, daripada RM9.8 bilion pada suku sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.

Peningkatan ini disumbang daripada lebihan tinggi akaun barangan yang berjumlah RM33.6 bilion, dan defisit rendah akaun perkhidmatan pada RM3.7 bilion.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata bagi keseluruhan 2013, akaun semasa negara mencatatkan lebihan RM37.3 bilion, turun daripada RM57.3 bilion pada 2012.

Pelaburan langsung bersih dalam suku keempat mencatatkan aliran masuk RM4 bilion, meningkat daripada RM2 bilion dalam suku sebelumnya.

Aliran keluar pelaburan portfolio bersih berjumlah RM700 juta, turun daripada RM9.7 bilion pada suku ketiga.

Kerjaya Adenan Penuh Warna Warni

Posted: 12 Feb 2014 04:34 AM PST

KUCHING:, 12 Feb – Bakal Ketua Menteri Sarawak yang kelima, Tan Sri Adenan Satem, memiliki kerjaya yang penuh warna warni.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai wartawan dengan Sarawak Tribune, yang sudah dibubarkan, dan menjadi guru sekolah sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang perundangan di University of Adelaide di Australia.

Selepas tamat pengajiannya, Adenan berkhidmat sebagai majistret di Kuching selama tiga tahun bermula pada 1970 sebelum mengambil alih jawatan penasihat undang-undang bagi hal ehwal petroleum di Kementerian Perusahaan Utama dari 1972 hingga 1974.

ketua-menteri-negeri-sarawak-baru-adenan-satem

Kerjaya politik beliau bermula apabila dipilih bertanding kerusi Dewan UndanganNegeri Muara Tuang pada pilihan raya kecil 1979, yang menyaksikannya menewaskanRazali Sabang (PAJAR) dengan majoriti 2,797 undi.

Beliau mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya negeri ketiga Sarawak pada September 1979 dengan menewaskan calon PAJAR Bujang Ali Nor dengan majoriti 3,422 undi.

Dalam pilihan raya negeri keempat pada Disember 1983, Adenan mempertahankan kerusi Muara Tuang buat penggal kedua apabila mengalahkan Abang Ibrahim Abang Othman (Bebas) dengan majoriti 3,696 undi, dan sekali lagi memenanginya dalam pilihan raya negeri pada April 1987.

Dalam pilihan raya negeri keenam pada September 1991, beliau mengulangikejayaannya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 8,272 undi dan sekali lagimemenanginya tanpa bertanding dalam pilihan raya negeri ketujuh pada September1996.

Dalam pilihan raya negeri kelapan pada September 2001, Adenan mempertahankan Muara Tuang bagi penggal keenam apabila menewaskan Suhaili Hamid (Bebas) dengan majoriti 9,708 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-11 pada Mac 2004, Adenan memenangi kerusi Batang Sadong apabila mengalahkan calon PAS Adam Ahid dengan majoriti 9,731 undi.

Dalam pilihan raya negeri kesembilan pada Mei 2006, Adenan berpindah dari Muara Tuang untuk bertanding di kerusi Tanjung Datu dan berjaya menewaskan calon PKR Sobey Daud dengan majoriti 4,136 undi.

Dalam pilihan raya negeri ke-10 pada April 2011, Adenan mempertahankan kerusi Tanjung Datu dengan menewaskan Gilbert Asson ak Kulong (Bebas) apabila memperoleh majoriti 3,216 undi.

Kerjaya beliau dalam kementerian juga meluas dengan dilantik sebagai MenteriMuda Kementerian Pembangunan Tanah Sarawak pada 11 Julai 1985, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak (12 Mac 1987), Menteri Pembangunan Sosial Sarawak (10 Sept 1992), Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sarawak (1 Jan 1998), anggota Kabinet Negeri Sarawak (28 Sept, 2001), Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Persekutuan (30 Mac, 2004), Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Sarawak (2April 2010 – 6 Jun 2011) dan Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak (30 Sept 2011hingga sekarang). Adenan, yang berketurunan Melayu Melanau, merupakan ADUN Tanjung Datu dan pernah menjadi Anggota Parlimen Batang Sadong.

Berasal dari Kuching, Adenan kini anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) selain menjadi Ketua Penerangan parti itu.

Dilahirkan pada 27 Jan 1944, beliau mendirikan rumahtangga dengan Puan Sri Jamilah Anu.

Mereka mempunyai dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Call For Early Abolition Of Sungai Rasau, Batu Tiga Toll

Posted: 12 Feb 2014 04:18 AM PST

SHAH ALAM, Feb 12  - The Shah Alam UMNO Division today urged the government to cease collection of toll earlier than scheduled at the Sungai Rasau and Batu Tiga points on the Federal Highway as a means of reducing the cost of living.

Its chief, Azhari Shaari, said road users had to fork out RM4.20 for a return trip between Klang and Kuala Lumpur, and they found themselves in massive traffic congestion during the peak hours as well.

The UMNO division sent a memorandum calling for abolition of the toll to the relevant minister in 2011 but there had been no response so far, he told a news conference here.

The toll for cars at Batu Tiga, located between Subang Jaya and Shah Alam, is RM1.10 while that at Sungai Rasau, located between Shah Alam and Klang, is RM1.

“Although the people have been promised that toll will not be raised this year, there is no guarantee it will not be raised next year. If the toll collection continues at these two points, the people will surely be burdened by the toll payments,” he said.

Azhari said that since there was no room for development or widening of the Federal Highway any more, the collection of toll was seen as having no added value for the road users.

“Even though the people are not forced to use toll roads, the Federal Highway is one of the major routes to the federal capital,” he said.

Pengundi Kajang Harus Utamakan Nasib Sendiri Dalam Memilih Wakil Rakyat – Dr Mahathir

Posted: 12 Feb 2014 04:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang harus mengutamakan nasib diri dengan memilih wakil yang benar-benar boleh berkhidmat untuk mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri berkata siapa pun calon yang diletakkan oleh parti-parti politik yang bertanding tidak penting, berbanding khidmat yang mereka tawarkan untuk rakyat.

dr-m-tun-mahathir-bekas-pm-presiden-umno-malaysia

“Saya berpendapat Pakatan Rakyat tak mungkin beri khidmat yang baik untuk rakyat. Rakyat harus mengutamakan nasib sendiri. Kalau salah pilih sebab marah atau percaya tuduhan-tuduhan palsu terhadap BN (Barisan Nasional) dan kita pilih calon lawan, rugi,” katanya selepas merasmikan Seminar dan Forum Buku Perdana di sini hari ini.

Pilihan Raya Kecil DUN Kajang akan diadakan 23 Mac ini berikutan peletakan jawatan secara mengejut anggota DUN dari PKR, Lee Chin Cheh pada 27 Jan. PKR kemudian menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi itu.

Ditanya mengenai keinginan Pas untuk meletakkan wakil mereka sebagai menteri besar Selangor, Dr Mahathir berkata Pas berhak memegang jawatan itu.

Dr Mahathir menegaskan bahawa pakatan pembangkang bukan seperti BN apabila ada satu parti yang dominan seperti UMNO dan pemimpinnya dipilih menjadi perdana menteri.

“Di Selangor, PKR bukan parti yang besar, tak patut bolot jawatan itu (menteri besar) selamanya.

“Anwar harap jadi calon sebagai perdana menteri pun, dia tiada hak meletak syarat itu kepada Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Terdahulu dalam ucap tamanya pada majlis itu, Dr Mahathir menggalakkan rakyat Malaysia untuk menulis setiap pengalaman dan ilmu yang mereka peroleh supaya dapat dijadikan rujukan pada masa akan datang.

Katanya menulis tidak semestinya di atas kertas, malah rakyat boleh memanfaatkan pelbagai peranti dan talian Internet untuk tujuan itu.

“Sekarang kita berdepan dengan ledakan ilmu dan banyak ilmu boleh diperoleh daripada Internet. Tak ada sebab kenapa kita tak nak menulis,” katanya.

Dr Mahathir turut menekankan kepentingan menguasai bahasa lain untuk memahami ilmu dan tidak bergantung kepada Bahasa Melayu semata-mata.

“Kalau kita selesa dengan bahasa kita sahaja, jumlah ilmu yang ada pada kita akan merosot,” katanya.

Al-Qaradawi Utus Penghargaan Kepada PM Atas Sumbangan Kepada Masyarakat Islam

Posted: 12 Feb 2014 04:10 AM PST

PUTRAJAYA, 12 Feb 12  - Ilmuan Islam terkemuka Prof Dr Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi mengutuskan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pelbagai sumbangan dan tindakan penting beliau untuk masyarakat Islam di seluruh dunia.

Ini termasuk lawatan Najib ke Gaza, pertemuannya dengan penduduk Palestin, pendirian beliau dalam isu Syria dan Mesir serta usaha perdana menteri untuk membantu umat Islam di Filipina dan Thailand.

Penghargaan presiden Kesatuan Ilmuan Islam Antarabangsa (IUMS) itu disampaikan kepada Najib oleh wakil khasnya Dr Ahmad Amer Ali, yang juga anggota jawatankuasa IUMS, pada pertemuan mereka di pejabat perdana menteri di sini hari ini.

najib-terima-penghargaan-iktiraf-malaysia-model-negara-islam-moden-ulama-antarabangsa-yusuf-qaradawi-ahmad-amer-ali-perdana-putra-putrajaya

Dr Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada pukul 2.45 petang dengan diiringi bekas Timbalan Presiden Pas Dr Nasharuddin Mat Isa bagi menyerahkan surat al-Qaradawi kepada Najib.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Dr Ahmad berkata al-Qaradawi memuji kunjungan Najib ke Gaza untuk menunjukkan sokongan beliau kepada rakyat Palestin dan menyuarakan keyakinannya bahawa perdana menteri mampu memainkan peranan penting dalam menyatupadukan umat Islam di Asia Tenggara.

Dr Ahmad berkata al-Qaradawi juga memuji pendekatan Wasatiyah yang menjadi amalan Malaysia dan penubuhan Institut Wasatiyah Malaysia.

Katanya ulama Mesir itu masih ingat layanan baik yang beliau terima ketika berkunjung ke Malaysia untuk menerima anugerah “Tokoh Maal Hijrah 2009″.

Dr Ahmad berkata al-Qaradawi berharap dapat berkunjung ke negara ini sekali lagi dalam tempoh terdekat, mungkin bulan depan.

Sementara itu, Nasharuddin berkata beliau difahamkan Dr Ahmad, yang merupakan sahabatnya, menyampaikan sendiri surat yang diutus al-Qaradawi kepada perdana menteri dalam pertemuan itu.

Kata Nasharuddin beliau difahamkan antara kandungan surat yang dibawa Dr Ahmad itu ialah keyakinan al-Qaradawi terhadap kemampuan perdana menteri dan parti pemerintah dalam mewujudkan penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia serta di seluruh dunia Islam.

“Saya difahamkan, secara spesifik, al-Qaradawi juga memuji lawatan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia baru-baru ini yang menyaksikan banyak kerjasama dan persefahaman dalam pelbagai isu dicapai.

“Al-Qaradawi ada menyebut bahawa Malaysia dan Turki sebenarnya adalah model negara Islam yang sederhana, yang sepatutnya menjadi contoh kepada dunia Islam keseluruhannya,” kata beliau.

Nasharuddin berkata beliau berpendapat kenyataan al-Qaradawi berhubung penyatuan dan perpaduan ummah di negara ini serta di peringkat antarabangsa, adalah saranan yang bernas dan perlu mendapat respons semua pihak.

Taib Steps Down On Feb 28, Adenan To Take Over As Sarawak CM

Posted: 12 Feb 2014 01:22 AM PST

KUCHING, Feb 12  - Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud today announced that he will be stepping down as chief minister effective Feb 28 and would be suceeded by Special Functions Minister at the Chief Minister’s Office and Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Supreme Council member Tan Sri Adenan Satem.

He said he handed over his resignation letter to Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng today.

“When I informed him (Tun Salahuddin) of my intention (to resign as the Chief Minister), he had no objection,” he told a press conference after having an audience with the Sarawak Head of State at the Astana Negeri here.

Taib said Adenan’s name was recommended to Salahuddin, which the latter agreed to.

He added that the swearing in ceremony for the new Sarawak Chief Minister was also scheduled for Feb 28.

“Adenan represents a kind of agreement between the three candidates (mentioned to succeed Taib as the Chief Minister,” Taib said. The other two candidates were PBB deputy president Datuk Amar Abang Johari Tun Openg and Senior Vice President Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Taib said the selection of Adenan, who is also the assemblyman for Tanjung Datu, as his successor was also to make sure that the State Barisan Nasional (BN) would continue to keep the team spirit that had been thriving among them over the last few years.

Adenan is also PBB Information Chief and former MP for Batang Sadong.

Taib also expressed his confidence that with the established policies that had been developed together and the team of leaders who would be working with to Adenan, Sarawak would keep up the momentum of fast development in the future.

Taib, who had held the Chief Minister’s position since 1981, said he would also be giving up his Balingian State seat following his resignation.

“Any by-election after I leave should be left to the new Chief Minister (Adenan) to decide and probably it will be his first duty to consult all the other relevant Barisan Nasional partners as to who will fill it. I have no people in mind to replace me and to be fair, I leave it to the (new) Chief Minister,” he said.

Empat NGO Syor Kerajaan Perbanyakkan Sekolah Vernakular Bangsa Lain

Posted: 12 Feb 2014 01:10 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Empat badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengesyorkan kerajaan menubuhkan lebih banyak sekolah vernakular bangsa dan kumpulan etnik lain di negara ini, selain Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), yang ada sekarang.

kementerian-pendidikan-malaysia-bangunan-putrajaya

Langkah itu, menurut Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Hak Asasi Pengguna Pahang (HAPP) dan Pertubuhan Kemakmuran Masyarakat India Pahang, bertujuan mengukuhkan lagi gagasan 1Malaysia serta memupuk lebih keharmonian antara kaum.

Pengerusi KWMM Dzulkarnain Taib berkata langkah itu juga menjadikan matlamat konsep 1Malaysia lebih inklusif serta tidak dilihat meminggirkan mana-mana suku kaum atau kumpulan etnik di Malaysia.

“Sekolah vernakular wajar diperluaskan merangkumi bangsa Melayu, suku kaum Orang Asli, Pribumi Sabah dan Sarawak serta kumpulan etnik minoriti yang lain seperti Siam, Malayalam, Telegu, Urdu, Hindi, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew, Portugis dan pelbagai lagi termasuk sekolah agama dan Arab persendirian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Maamor Osman, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dan Presiden HAPP Ram Ponnusamy.

Dr Maamor berkata sekolah vernakular juga memberi peluang kepada pebagai bangsa dan kumpulan etnik mempelajari adat dan budaya masing-masing.

“Kalau sekolah vernakular untuk bangsa Melayu misalnya, ia akan membantu bangsa Melayu mempelajari adat dan adab Melayu, mempelajari tulisan Jawi yang semakin hilang ditelan zaman atau mempelajari gurindam, syair, sajak yang menjadi kebanggaan orang Melayu pada zaman dahulu,” katanya.

Ram Ponnusamy pula berkata meskipun beliau berbangsa Tamil, namun langkah itu amat bertepatan dalam usaha mengharmonikan lagi pelbagai kaum yang terdapat di negara ini.

“Malaysia mempunyai pelbagai kaum dengan pelbagai bahasa, mungkin boleh dipertimbangkan satu pendekatan baharu untuk memberi peluang lebih banyak bangsa dan suku kaum mempelajari budaya mereka di sekolah vernakular khas seperti SJKC dan SJKT,” katanya.

Keempat-empat NGO itu turut berpendapat penubuhan lebih banyak sekolah vernakular merangkumi pelbagai kaum juga akan membantu mewujudkan sebuah Negara berbilang kaum yang harmoni, bersatu padu dan berkeyakinan.

Taib Mahmud Letak Jawatan 28 Feb Ini, Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak

Posted: 12 Feb 2014 01:01 AM PST

KUCHING, 12  Feb – Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuat kuasa 28 Feb dan akan digantikan oleh Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-Tugas Khas) Tan Sri Adenan Satem.

ketua-menteri-negeri-sarawak-baru-adenan-satem

Beliau berkata surat peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hari ini.

“Apabila saya memaklumkan kepada beliau (Tun Abang Muhammad Salahuddin) mengenai niat saya  (untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri), beliau tiada bantahan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadap Yang Dipertua Negeri Sarawak itu di Astana Negeri di sini.

Beliau berkata nama Adenan yang juga anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dicadangkan kepada Tun Abang Muhammad Salahuddin dan beliau bersetuju dan majlis angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu akan diadakan pada 28 Feb.

“Adenan mewakili satu bentuk perjanjian antara tiga calon (yang disebut-sebut mengantikan Taib sebagai Ketua Menteri),” katanya.

Dua lagi calon ialah Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Naib Presiden Kanan PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Taib berkata pemilihan Adenan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, sebagai penggantinya juga untuk memastikan Barisan Nasional negeri akan terus mengekalkan semangat berpasukan yang semakin utuh dalam kalangan mereka sejak beberapa tahun lepas.

Beliau yakin dengan dasar-dasar sedia ada yang telah dibangunkan bersama-sama dan pasukan pemimpin yang akan bekerja dengan Adenan, Sarawak akan mampu meneruskan momentum pembangunan pesat pada masa depan.

Taib, yang telah memegang jawatan Ketua Menteri sejak 1981 berkata beliau juga akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian yang diwakilinya susulan peletakan jawatannya itu.

“Sebarang pilihan raya kecil selepas saya mengundurkan diri diserahkan untuk diputuskan oleh Ketua Menteri yang baharu (Adenan) dan mungkin ia akan menjadi tugas pertama beliau untuk merundingi semua rakan (parti-parti komponen) Barisan Nasional (mengenai) siapa yang akan mengisinya (kekosongan itu).

“Saya tidak ada siapa yang mahu dicalonkan sebagai pengganti saya dan untuk bersikap adil, saya serahkannya kepada Ketua Menteri (yang baharu),” katanya.

 

“Projek Kajang” Bukti Pembangkang Sendiri Tidak Percaya Fitnah Mereka Terhadap SPR

Posted: 12 Feb 2014 12:05 AM PST

KUALA LUMPUR 12 Feb – Sama ada sedar atau tidak tindakan ADUN PKR meletak jawatan bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan di Kajang merupakan satu pengiktirafan pembangkang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sebelum ini dikecam cukup hebat dengan pelbagai tuduhan.

Ini juga merupakan satu bukti bahawa tuduhan pembangkang selama ini terhadap SPR ternyata satu sandiwara semata-mata bagi menutup malu mereka yang terus kempunan untuk menguasai Pusat Pentadbiran Putrajaya.

fitnah-tipu-palsu-sebar-blackout-pembangkang

Bagi Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya adalah sesuatu yang mustahil untuk pembangkang begitu berani membenarkan ADUN mereka meletak jawatan sekiranya mereka percaya SPR tidak berlaku adil dan penuh dengan pembohongan seperti yang mereka dakwa selama ini.

Jelas beliau lagi ini merupakan satu lagi bukti pembohongan pembangkang yang seringkali melemparkan pelbagai fitnah kepada SPR.

"Bukankah sebelum ini kita melihat SPR yang mengendalikan PRU-13 bukan sahaja dikecam malah ditohmah dengan pelbagai tohmahan seperti dakwaan 40,000 pengundi bangladesh, blackout sehinggalah kepada Himpunan Blackout 505, Himpunan Bersih 3.0 dan macam-macam lagi.

"Begitu juga majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen…Ada yang kata nak boikot dan kita lihat sehinggakan ada segelintir penyokong pembangkang yang berbaring di depan pintu masuk Parlimen pada hari angkat sumpah berkenaan.

"Jadi dengan adanya projek Kajang ini, nampaknya SPR bukan sahaja tidak perlu bersusah payah untuk menyucikan segala tohmahan sebelum ini, malah agensi iti turut mendapat pengiktirafan yang cukup besar daripada pembangkang, khususnya Datuk Seri Anwar yang telah diwar-warkan sebagai calon di sana," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau  seterusnya menambah pembangkang sebenarnya bermain wayang dalam usaha menutup keaiban yang terpalit ke muka hari ini.

"Bukankah SPR yang sama menguruskan pilihan raya umum sebelum ini dan PRK Kajang nanti. Jadi bukankah wayang namanya itu. Dulu bukan main hebat kecam dan sebagainya. Alih-alih hari ini berani pula pembangkang melakukan  'projek Kajang',ujarnya. -MediaUMNO

PSM Not Contesting In Kajang Poll

Posted: 11 Feb 2014 10:24 PM PST

KUALA LUMPUR, Feb 12 – Parti Sosialis Malaysia (PSM) today decided not to contest in the by-election for the Kajang state seat in March, describing the reason for the by-election as unreasonable.

PSM chairman Dr Nasir Hashim said the reason for holding the by-election was not good for the democratic system and was a waste of public funds.

“PSM does not intend to contest in an election that we do not approve of and one that is not necessary because the incumbent Assemblyman had resigned without valid reason,” he said at a media conference at his office, here.

Nasir said the decision was also made after getting the views of the PSM members and considering the recommendations from the leaders of the opposition pact.

He said the PSM, as a partner in the opposition pact, had no intention of dividing the votes in the Kajang by-election, as was seen in the Kota Damansara  and Semenyih state seats during the 13th general election.

It was earlier reported that the PSM would field a candidate in the by-election for the Kajang state seat to ‘teach the Parti Keadilan Rakyat (PKR) a lesson’.

The Election Commission has fixed March 11 as nomination day while polling for the Kajang state seat will be on March 23.

The by-election was being held following the resignation of the State Assemblyman from PKR, Lee Chin Cheh on Jan 27.

PKR subsequently named Opposition Leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim as its candidate for the seat.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT