SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, May 10, 2013

UMNO Online - “Adnan Angkat Sumpah Menteri Besar Pahang Untuk Penggal Ke-4” plus 9 more

UMNO Online - “Adnan Angkat Sumpah Menteri Besar Pahang Untuk Penggal Ke-4” plus 9 more

Link to UMNO Online

Adnan Angkat Sumpah Menteri Besar Pahang Untuk Penggal Ke-4

Posted: 09 May 2013 03:04 AM PDT

KUANTAN, 9 Mei – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan pada 5 petang ini.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang buat kali keempat di hadapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Adnan, 63, yang juga Pengerusi Badan perhubungan Umno negeri, dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas berjaya mengekalkan kemenangan BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

BN memenangi 30 daripada 42 kerusi DUN yang dipertandingkan di Pahang berbanding 37 pada 2008.

Adnan mula menyandang jawatan Menteri Besar Pahang pada 25 Mei 1999 menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob (kini Tun), yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ketika itu.

Adnan, yang mempertahan kerusi DUN Pelangai, mula bertanding di kawasan itu pada 1986 dan dilantik sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 2004, dan penggal ketiga pada 2008.

Beliau dianugerah gelaran ‘Datuk Seri Diraja’ oleh Sultan Ahmad Shah pada 2010 dan merupakan penerima pertama dalam sejarah Pahang.

Bukan Mengejutkan, Pembangkang Cuba Timbulkan Pelbagai Persepsi Selepas PRU-13

Posted: 09 May 2013 03:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Tindak-tanduk parti pembangkang yang dilihat cuba mengheret emosi penyokong mereka berkenaan keputusan pilihan raya umum ke-13 bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Maslin Sham Razman berkata pelbagai persepsi akan ditimbulkan parti pembangkang terbabit khususnya menimbulkan pelbagai keraguan terhadap proses perjalanan pilihan raya Ahad lalu.

Justeru beliau tidak menolak pelbagai persepsi akan terus dimomokkan oleh pimpinan parti pembangkang dalam usaha memastikan keputusan pilihan raya umum lalu berterusan menjadi pertikaian.

"Mereka akan cuba timbulkan pelbagai ragam dan akan cuba wujudkan pelbagai persepsi dengan harapan rakyat akan mempercayai apa yang mereka ketengah dan dendangkan itu untuk kepentingan mereka semata-mata.

"Kepada seluruh rakyat di negara ini, nilai dan hayatilah dengan mendalam bagaimana proses pilihan raya dijalankan. Jika bolehlah diadakan manipulasi dan sebagainya, takkan Selangor dan Kelantan serta Pulau Pinang terus mereka pertahankan selain kegagalan Barisan Nasional (BN) mencapai majoriti dua pertiga di peringkat Parlimen," katanya.

Beliau yang memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan pada pilihan raya umum lalu seterusnya berharap segala ketidakpuasan hati mana-mana pihak dilakukan secara berhemah iaitu menerusi saluran perundangan yang sah.

Dalam pada itu beliau bersyukur dan mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pengundi yang telah mengundi beliau pada Ahad lalu.

"Alhamdulillah saya bersyukur atas kemenangan tersebut dan insyaallah akan menggunakan kepercayaan tersebut untuk bersama-sama rakyat di Bukit Chandan. Saya sedia berkhidmat untuk mereka," ujarnya. - MediaUMNO

Penganjuran Perhimpunan Haram Tidak Kena Dengan Semangat Demokrasi – Rais

Posted: 09 May 2013 02:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Tindakan pembangkang menganjurkan perhimpunan haram di Stadium Kelana Jaya semalam tidak kena pada semangat demokrasi yang diputuskan rakyat menerusi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.

Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata keputusan PRU13 itu, dengan Barisan Nasional (BN) memenangi 133 kerusi Parlimen yang membolehkannya membentuk kerajaan manakala pakatan pembangkang memenangi 89 kerusi, adalah sah di sisi undang-undang.

“Oleh itu, kenapa diadakan perhimpunan besar-besaran seperti itu (semalam) seolah-olah (pembangkang) tidak menerima keputusan yang sahih di sisi undang-undang,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Rais, yang merupakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sebelum pilihan raya umum, berkata pembangkang sepatutnya menggunakan lunas undang-undang dan membuat laporan polis untuk memenuhi tuntutan ketidakpuasan hati mereka terhadap keputusan PRU13 daripada mengadakan perhimpunan haram itu.

“Negara kita, negara terhormat dan ada undang-undang. Perlu diingat kalau ada tuduhan apa-apa, gunakan lunas undang-undang. Buat laporan polis dan kemukakan di muka pengadilan.

“Inilah cara terhormat dan paling baik bagi pakatan (pembangkang). Sekiranya (perhimpunan haram) diteruskan di stadium-stadium, maka ia tidak akan berakhir,” katanya.

Mengenai wujudnya ‘tsunami Cina’ dalam keputusan PRU13, Rais berkata BN perlu mencari kelemahan dan memperbaikinya demi memenuhi tuntutan masyarakat majmuk di negara ini.

“Kata-kata berhubung dengan gelombang besar bahawa orang Tionghua sudah mendapat satu kekuatan memang benar, tetapi orang Melayu bagaimana? Kalau orang Melayu dan Islam bersekutu (bergabung), saya tidak fikir orang Tionghua akan dapat menentukan masa depan negara.

“Oleh demikian (BN) harus mencari kelemahan dan perbaiki kelemahan itu. Tentukan supaya tuntutan-tuntutan yang dibuat orang Tionghua jangan begitu lekas diisi dan perlu beri tekanan pada tuntutan yang memihak pada masyarakat majmuk, dan pada masa sama politik Melayu harus dilihat dari sudut sebenar,” katanya.

Rais berkata Umno juga perlu mengemukakan formula baharu pada Perhimpunan Agung Umno hujung tahun ini bagi mengukuhkan kedudukan orang Melayu dan politik Melayu itu sendiri.

“Perhimpunan Agung Umno kali ini harus memikirkan format baru. Cara pemikiran baharu harus dilaksanakan. Tidak lagi dengan seloka dan gelak ketawa. Mesti tunjukkan kelainan iaitu formula baharu bagi Umno dan rakan sekutunya dalam BN,” katanya.

Mufti Melaka Gesa Umat Islam Bersatu

Posted: 09 May 2013 02:21 AM PDT

MELAKA, 9 Mei – Mufti Melaka Datuk Rashid Redha Md Saleh menggesa umat Islam khususnya di Melaka agar kembali bersatu setelah berakhirnya pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Ahad lepas.

“Harapan saya selepas pilihan raya ini, yang berpecah itu kembalilah bertaut,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja Ketua Menteri Datuk Idris Haron di Kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di sini, hari ini.

Beliau berkata usaha perlu dilakukan untuk mengembalikan perpaduan di kalangan orang Melayu dan umat Islam dalam memastikan kesejahteraan umat dan pengukuhan agama Islam.

“Saya harap kita menggunakan institusi-institusi agama ini seperti masjid dan surau untuk menyatupadukan umat Islam,” katanya.

Mohamad Hasan Dilantik Semula MB N.Sembilan

Posted: 09 May 2013 02:19 AM PDT

SEREMBAN, 9 Mei – Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik semula sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan untuk penggal ketiga.

Mohamad yang berjaya mempertahan kerusi dewan undangan Negeri (DUN) Rantau pada pilihan raya umum (PRU13) Ahad lalu akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Sabtu ini.

“Syukur Alhamdulillah kerana tengah hari tadi saya telah pun dititahkan untuk menghadap Tuanku Muhriz bagi menyerahkan watikah pelantikan saya yang diberikan perdana menteri.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang juga pengerusi BN kerana memberi kepercayaan kepada saya sekali lagi untuk mentadbir Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau turut menjunjung kasih atas perkenan Tuanku Muhriz dengan pelantikannya sebagai menteri besar.

Mohamad yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dilantik semula sebagai menteri besar selepas BN berjaya mengekalkan penguasaan di Negeri Sembilan apabila menang 22 daripada 36 kerusi DUN.

Mohamad, 57, mula dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004, menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan dilantik untuk penggal kedua selepas PRU 2008.

Dalam pada itu beliau berkata senarai barisan anggota Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan diputuskan kemudian.

“Kita tidak akan tergesa-gesa kerana buat masa ini biarlah saya mengangkat sumpah dahulu, kemudian semua ADUN juga akan mengangkat sumpah selepas itu barulah kita putuskan senarai exco,” katanya.

Opposition Fails To Penetrate Umno Stronghold In Johor

Posted: 09 May 2013 01:53 AM PDT

JOHOR BAHARU, May 9 – The Umno stronghold in Johor remains strong despite attempts by the Pakatan Rakyat to threaten this, with more than 90 per cent of parliamentary and state seat candidates achieving a comfortable win.

The Umno-led Barisan Nasional (BN) managed to obtain a two-third majority of state seats although the opposition presented stiff competition in Johor led by DAP adviser Lim Kit Siang.

Formed 67 years ago in 1946 at the Istana Besar Johor, the Johor Umno is still the party of choice among Malay voters.

The Johor Umno, under its chairman Datuk Abdul Ghani Othman, contested 34 of 56 state seats and 17 of 26 parliamentary seats.

Umno candidates captured 32 state seats and only lost in Sungai Abong and Maharani, which are both in Muar.

Both Umno candidates, Dr Mohd Haris Salleh (Sungai Abong) and Zulkhairi Ahmad (Maharani) lost to PAS candidate Dr Sheikh Ibrahim Salleh and Dr Mohammad Taslim.

The Sungai Abong and Maharani state seats which were defended by PAS for a second term have a high number of Chinese voters with 45.22 per cent and 41.98 per cent each.

“Both BN candidates were affected by the change from urban Chinese voters and split among Malay votes,” said a local political analyst.

The Chinese Tsunami, coined by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, which struck and contributed to the loss of Umno and BN leaders in the 13th general election was seen as barely affecting Johor but sacrificed Abdul Ghani, who had developed and united the people of Johor with his approach dubbed the ‘Cara Johor’ (Johor Way).

Only Abdul Ghani and an Umno candidate in Batu Pahat were defeated in their quest to grab parliamentary seats from the 17 contested.

Having led Johor as Menteri Besar for 18 years, he was defeated by Lim in a highly anticipated fight this election as it was the first time a DAP candidate faced an Umno candidate in the general election.

Lim, who led DAP’s attack on BN’s stronghold in Johor, received 54,284 votes compared to Ghani’s 39,522 votes.

Chinese voters who make up the majority in Gelang Patah with 52.41 per cent, followed by Malays with 34.28 per cent, clearly did not consider Abdul Ghani’s deeds and sacrifices in Johor when they cast their vote for Lim.

Umno candidate for the Batu Pahat parliamentary seat, former Deputy Education Minister Dr Mohd Puad Zarkashi also lost to the shift in Chinese votes to Parti Keadilan Rakyat (PKR) candidate Datuk Idris Juzi.

Although Batu Pahat is home to 52.67 Malay voters, the 45.60 per cent Chinese voters was a determining factor in the win should there be disunity among Malay voters.

Besides Umno, the MCA fielded 16 candidates for state seats and seven parliamentary seats, MIC fielded candidates for a parliamentary seat and four state seats, while Gerakan put forward candidates for one parliamentary and two state seats.

Of the 16 state seats, MCA only won two, namely in Paloh and Pulai Sebatang, as well as four parliamentary seats out of seven contested.

MCA candidates won in Labis (Datuk Chua Tee Yong), Ayer Hitam (Datuk Wee Ka Siong), Tebrau (Khoo Soo Seang) and Tanjong Piai (Datuk Wee Jeck Seng).

MIC fielded its Deputy President Datuk Seri S.Subramaniam for the Segamat parliamentary seat and four others for the state seats, Gambir, Kahang, Puteri Wangsa and Tenggaroh, and won all the seats contested.

Gerakan’s candidate won its only parliamentary seat, Simpang Renggam, and one of two state seats it contested, Permanis, while it lost Bukit Batu to a PKR candidate.

Overall, the opposition won 18 state seats and five parliamentary seats which is a good achievement in a state they declared as an Umno and BN stronghold.

The 18 state seats won by the opposition in Johor were Jementah, Bekok, Tangkak, Bentayan, Sungai Abong, Maharani, Yong Peng, Parit Yaani, Penggaram, Mengkibol, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Stulang, Pengkalan Rinting, Skudai, Bukit Batu, Senai and Pekan Nenas.

DAP candidates won 14 of the 18 state seats, PAS in Sungai Abong, Maharani and Parit Yaani while PKR won their only seat in Bukit Batu.

The parliamentary seats won by the DAP were Gelang Patah, Kluang, Kulai and Bakri.

Nik Aziz Would Rather See Muslims Split For Political Sake – Veteran Umno

Posted: 09 May 2013 01:50 AM PDT

SHAH ALAM, May 9 – PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, who continues to reject Malay solidarity through the unification of Umno and PAS, shows that he would rather see the Malays split because of politics, said Umno Veterans Club secretary Datuk Mustapha Yaakub.

He said if the PAS leadership insisted on upholding the stand of the former Kelantan Menteri Besar and continued to reject Umno’s friendship offer, Malay unity and Muslim solidarity in the country would be weakened and would eventually collapse one day.

“(Umno) Veteran hopes the PAS leadership will realise the danger that awaits the Muslim Malays in the country and despite the absence of Nik Adbul Aziz, efforts must be made towards unity before it’s too late,” he told.

Nik Abdul Aziz was reported last Tuesday to have rejected the unification unless Umno abandoned the national policy and accepted the Islamic policy.

Ex-Servicemen Want Opposition To Use Proper Channel To Show Dissatisfaction

Posted: 09 May 2013 01:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 9 – The opposition must accept the reality that they lost the 13th general election (GE13) and use proper channel to show dissatisfaction.

Malaysian Ex-Servicemen’s Association president Admiral (Rtd) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor said the opposition should not hold protest against the results of GE13.

“In our opinion, GE13 is the best and went on smoothly and in harmony,” he said after chairing a meeting on the Veterans Confederation of Asean Countries (Veconac) Executive Board meeting here today.

The Veconac Executive Board meeting here on Saturday will be attended by 50 representatives from Asean ex-servicemen’s associations.

Among the issues to be discussed are the pension system and housing for ex-servicemen.

Idris Diberi Taklimat Mengenai Pembangunan Agama Islam Di Melaka

Posted: 09 May 2013 01:42 AM PDT

MELAKA, 9 Mei – Datuk Idris Haron memilih kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di sini sebagai lokasi lawatan kerja pertama beliau selepas dilantik sebagai Ketua Menteri.

Beliau diberi taklimat selama dua jam berhubung pembangunan agama Islam di negeri ini oleh para pegawai MAIM, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Bercakap kepada media kemudiannya, Idris yang juga Pengerusi MAIM mengumumkan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Udang Datuk Yaakub Md Amin kekal menjawat jawatan Timbalan Pengerusi MAIM.

Beliau juga berkata MAIM bercadang memperluaskan ruang solat masjid negeri iaitu Masjid Al-Azim bagi memberi lebih ruang kepada jemaah yang datang dari dalam dan luar negeri ini untuk beribadah dengan selesa.

Idris berkata satu kawasan dataran terbuka akan dibina seperti yang terdapat di Masjid Nabawi di Madinah yang menempatkan ruang solat dan tempat istirahat pengunjung.

“Kita lihat di Masjid Nabawi, Masjidil Haram, ada dataran-dataran di mana kalau boleh dijadikan tempat bersantai keluarga, rekreasi. Jadi bila tiba waktu solat, mereka boleh terus solat di sana kerana fasiliti tersedia,” katanya.

Polis Siasat Penganjur, Pemimpin PR Di Perhimpunan Stadium Kelana Jaya

Posted: 09 May 2013 01:39 AM PDT

SHAH ALAM, 9 Mei – Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis akan memanggil penganjur perhimpunan membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 di Stadium Kelana Jaya, dekat sini malam tadi bagi membantu siasatan.

Beliau berkata selain itu polis juga akan mendapatkan keterangan daripada para pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap pada perhimpunan itu.

Katanya 28 daripada 33 pemimpin pakatan yang berucap pada perhimpunan itu didapati memberi ucapan berbau hasutan, yang menyalahi Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata penganjur perhimpunan itu gagal mematuhi Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman iaitu memberi notis kepada pihak polis mengenai penganjuran perhimpunan itu, 10 hari sebelum acara itu diadakan.

“12.20 tengah hari semalam kita terima notis, kita minta tunda supaya berlaku adil kepada penduduk sekitar,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya pihak penganjur tetap meneruskan perhimpunan itu dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan kegusaran masyarakat sekeliling serta pengguna lebuh raya kerana sikap tidak bertanggungjawab peserta perhimpunan yang meletakkan kenderaan sesuka hati dan berlapis-lapis sehingga mengganggu aliran lalu lintas.

Tun Hisan berkata stadium Kelana Jaya itu hanya mampu menampung 25,000 orang dan mempunyai kira-kira 700 lot parkir dan menurutnya jika pihak penganjur mengikut peraturan, pihak polis boleh mencadangkan tempat yang lebih sesuai bagi penganjuran perhimpunan itu.

“Cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika berlaku kecemasan dalam keadaan lalu lintas yang sesak. Ini menunjukkan mereka ini hanya mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan kesan perbuatan mereka ke atas masyarakat setempat,” katanya.

Ketika ditanya mengapa penganjur boleh memaklumkan kepada orang-ramai lebih awal menerusi laman sosial mengenai penganjuran perhimpunan itu tetapi memilih tengah hari semalam untuk memberi notis kepada polis, Tun Hisan berkata mereka ini sebenarnya adalah golongan bijak dan terpelajar tetapi sengaja hendak mencabar undang-undang.

Katanya polis ada menerima beberapa laporan polis mengenai insiden semalam termasuk daripada seorang wanita yang mendakwa keretanya dibaling dengan botol.

Katanya belum ada sebarang tangkapan dibuat kerana pihak polis masih belum selesai membuat siasatan untuk dihantar kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya.

Tun Hisan berkata perhimpunan semalam akan turut disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana melibatkan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan ini merupakan satu kes yang berat kerana mereka yang disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun.

“Kita memandang berat kerana mereka secara terang-terangan melanggar undang-undang, tidak hormat kepada masyarakat setempat”.

Beliau juga berkata penganjur dan peserta tidak boleh mempertahankan tindakan mereka sebagai hak asasi tanpa mempedulikan dengan hak asasi penduduk setempat dan juga anggota polis.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT