SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, May 14, 2013

UMNO Online - “Jangan Putar Belit Fakta Undi Popular Dakwa Menang Pilihanraya” plus 9 more

UMNO Online - “Jangan Putar Belit Fakta Undi Popular Dakwa Menang Pilihanraya” plus 9 more

Link to UMNO Online

Jangan Putar Belit Fakta Undi Popular Dakwa Menang Pilihanraya

Posted: 13 May 2013 04:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan meminta agar kepimpinan Pakatan Pembangkang berhenti menghasut rakyat dengan mendakwa  mereka telah memenangi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU) hanya berdasarkan undi popular yang diperolehi Pakatan Pembangkang melebihi undi popular yang diperolehi oleh Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Pakatan telah menang berdasarkan angka undi popular itu seolah-olah  menggambarkan bahawa  keseluruhan rakyat  di negara ini telah menolak BN.

"Anwar cuba menimbulkan persepsi di kalangan rakyat bahawa Pakatan telah menang dengan memutar belitkan fakta  undi popular, serta cuba memperlihatkan kepada umum bahawa rakyat di seluruh negara telah menolak BN," tegasnya dihadapan pemberita dalam sidang akhbar di Putra World Trade Center (PWTC) di sini hari ini.

Tegasnya, kenyataan Ketua Pembangkang itu adalah merupakan satu pembohongan yang nyata dan  BN  perlu menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat di negara ini bagi menangkis segala pembohongan dan fitnah yang dilontarkan oleh Pakatan kepada BN.

"Hanya negeri Selangor saja menjadi penyumbang terbesar jumlah undi popular yang diperolehi oleh Pakatan Pembangkang iaitu lebih dari 400 ribu undi, yang juga merupakan perbezaan jumlah keseluruhan undi seluruh negara antara BN dan Pakatan.

"Sedangkan BN telah memperolehi undi popular di sembilan buah negeri dan pakatan pembangkang memperolehi undi popular hanya di lima buah negeri saja iaitu Perak, Kelantan, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan termasuk Selangor. Di situ saja sudah jelas bahawa dakwaan rakyat menolak BN tidak benar," jelasnya.

Justeru itu, beliau meminta rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakyah dan fitnah pembangkang yang mendakwa mereka telah memenangi PRU ke 13 ini hanya dengan berdasarkan kelebihan undi popular yang mereka perolehi.

"Saya ingin jelaskan bahawa undi popular mereka hanyalah 50 peratus manakala undi popular BN pula ialah 47 peratus manakala bakinya sebanyak tiga peratus itu adalah undi bebas dan undi rosak.

"Jadi jangan hanya kerana undi popular mereka lebih tiga peratus, mereka kata Pakatan layak untuk menjadi kerajaan. Ini tidak betul kerana kaedah yang kita gunakan ialah dengan siapa yang mempunyai lebih kerusi layak untuk mentadbir negara dan bukannya berdasarkan undi popular," tegasnya.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihanraya memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang didapati memfitnah suruhanjaya tersebut berhubung dakwaan wujudnya penipuan ketika berlansungnya Pilihanraya Umum ke 13 baru-baru ini.

Menurut beliau, SPR sewajarnya bertindak untuk menyaman pihak yang terbabit yang menyebarkan fitnah tersebut bagi membersihkan nama baik suruhanjaya tersebut.

"Saya mengesyorkan kepada SPR supaya menyaman mana-mana pihak, baik NGO, individu mahupun parti-parti politik yang didapati memfitnah dan mencemarkan nama baik SPR. Mereka tuduh berlakunya blackout, melarikan peti undi dan sebagainya yang terbukti hanya fitnah semata-mata.

"Bukan susah untuk menyaman mereka kerana bukti-bukti tohmahan dan fitnah mereka itu  bercetak di akhbar-akhbar mereka dan juga rakaman ucapan  pemimpin-pemimpin mereka  di dalam ceramah-ceramah dan rapat umum yang mereka adakan terutamanya selepas PRU baru-baru ini," ujarnya. -MediaUMNO

GE13 Campaign Materials Have To Be Removed By Sunday – EC

Posted: 13 May 2013 03:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 13  - Political parties and candidates who contested the 13th general election (GE13) have to remove all campaign materials  by Sunday.

Election Commission (EC) chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said if the campaign materials were not removed, the RM5,000 deposit for parliamentary candidates and RM3,000 for state legislative candidates, will not be returned.

“I hope the political parties or candidates take responsibility by removing campaign materials no later than 14 days after polling day,” he said when contacted today.

Umno executive secretary Datuk Ab Rauf Yusoh said Umno and Barisan Nasional (BN) component parties are busy removing the campaign materials.

“The removal of campaign materials is progressing well. Umno divisions nationwide have been asked to complete the job by Sunday.”

PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar said opposition parties are removing campaign materials and believe it will be completed by Sunday.

Kuala Lumpur Mayor Datuk Seri Ahmad Phesal Talib said Kuala Lumpur City Hall  (DBKL) will remove the campaign materials after the 14 days period expires.

He said DBKL has sent a notice to all parties involved to remove the campaign materials or risk losing their deposits.

Meanwhile, Weekenders chairman Hisham Mahir welcomes donation of campaign materials that can be used as mattress and pillow for the homeless.

“We hope to distribute the pillows and mattresses to the homeless in a charity programme at Masjid Jamek, Kuala Lumpur on June 6,” he said.

Interested parties can contact him at 011-19731645 or the Facebook page http://bit.ly/banner4homeless.

Bukan Mudah Baiki Labu Yang Hampir Lunyai Di Kedah…

Posted: 13 May 2013 03:31 AM PDT

Rata-ratanya para penyokong BN di negeri Kedah sedang dalam keadaan gembira dan masih lagi meraikan kemenangan merampas negeri itu kembali dari "jajahan" PAS. Masih ramai yang seronok bercerita mengenainya…

Bukan mudah sebenarnya untuk merampas kembali Kedah dari tangan PAS. Tetapi dengan kesungguhan usaha, komitmen yang tinggi, pengorbanan dan mengenang keadaan negeri yang hampir hancur "dikerjakan" PAS, maka atas nama parti, Kedah berjaya ditawan semula.

Saya masih ingat lagi pada tarikh 5 Mei, tepat pada jam 5.00 petang, masing-masing terkebil-kebil di papan "scoreboard" di Tingkat 8, Bangunan Tunku, Alor Setar. Menanti kiraan undi satu persatu dari setiap peti undi di semua DUN dan Parlimen. Memang mendebarkan..

Ketika itu, saya dan rakan-rakan seperjuangan hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah SWT. Seluruh jentera, penyokong dan pemimpin BN sudah bermati-matian berusaha, hanya kuasa Allah SWT saja yang menentukan.

Ditakdirkan Allah, BN kembali merampas Kedah. Alhamdulillah. Kemenangan itu diiringi dengan laungan "Allahu Akhbar" dari mulut saya dan rakan-rakan. Kalimah itu bukan dikhaskan untuk PAS saja, kan?

Kini, saya lihat Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Mukhriz Mahathir adalah manusia paling sebok dan seluruh mata rakyat sedang bertumpu padanya. Dari riak wajah ketika bersalaman dengannya baru-baru ini, saya melihat satu beban yang sangat besar jatuh di atas bahunya…

Memang beliau gembira dan tersenyum, tapi siapa tahu apa yang tersirat dihatinya. Mukhriz menggalas harapan seluruh rakyat Kedah, termasuk para penyokong PAS, yang mahu melihat perubahan besar yang positif di negeri Jelapang Padi itu.

Saya kira Mukhriz sedar tentang negeri Kedah yang hampir punah dijahanamkan puak-puak PAS Kedah selama tempoh 5 tahun. Meskipun cuba diselamatkan dan di "cover" Azizan, puak-puak itu tidak peduli. Azizan sendiri hampir ditumbangkan mereka!

Banyak sangat perkara yang perlu diperbaiki Mukhriz. Selain KUIN yang berhutang sebanyak RM330 juta pada bank, masih ada lagi berbaki hutang yang ditinggalkan PAS Kedah yang berjumlah berbilion ringgit.

Masalah di Kulim Hi-Tech Industrial Park (KHTP), pembaikpulihan alam sekitar akibat kerakusan "rompakan balak", cubaan resapan fahaman Syi'ah yang makin kuat, pusat-pusat hiburan yang banyak tumbuh di era PAS dan masalah air perlu ditangani beliau.

Selain itu, Mukhriz perlu meningkatkan taraf ekonomi bumiputera di Kedah dan keadaan sosio-ekonomi yang lembap perlu dirancakkan kembali. Sektor pelancongan yang terbiar dan pembasmian rakyat termiskin juga perlu diambil perhatian.

Anak lelaki mantan Perdana Menteri itu juga perlu memikirkan formula untuk mengembalikan zaman kegemilangan skuad "Hijau Kuning" memandangkan orang Kedah memang sukakan bolasepak. Itu sudah pasti.

Bagi golongan muda pula, litar lumba yang diakujanjikan perlu dibina dan peluang pekerjaan perlu dibuka seluas-luasnya di negeri tersebut. Jangan lupa pula fikirkan cara untuk tingkatkan tangga gaji di Kedah yang terlalu rendah diantara RM250-RM750 sebulan yang masih diamalkan…

Itu baru sedikit dan belum lagi dimasukkan secara terperinci senarai akujanji BN pada PRU ke-13 yang lalu. PAS Kedah memang masih "berkabung", tetapi ada juga yang sudah mula mengingatkan tentang akujanji tersebut.

Pada saya, saya yakin 100% bahawa Mukhriz mampu melaksanakan segala perubahan dan harapan rakyat Kedah itu. Beliau bukan calang-calang pemimpin. Namun berikanlah masa padanya untuk menyempurnakan amanah yang ditanggungnya sekarang sebagai Menteri Besar.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Bukan senang untuk membaik pulih sebuah negeri yang bagaikan labu ditebuk tikus, berlubang di sana sini. Tapi percayalah, BN Kedah mampu menggalas amanah rakyat tersebut. InsyaAllah…

mykmu.net

Konon Tolak PRU 13 Tapi Semua Pemimpin Pakatan Angkat Sumpah

Posted: 13 May 2013 03:25 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Mei – Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Razali Ibrahim melihat apa yang dilakukan oleh parti pembangkang hari ini hanyalah untuk membangkitkan emosi serta cuba mengubat kekecewaan penyokong mereka yang ternyata terpedaya dengan pelbagai slogan sebelum ini kononnya mampu merampas pentadbiran Putrajaya dari BN.

Justeru beliau tidak terkejut jika pemimpin pembangkang ini akan turut serta pada majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen yang akan diadakan dalam tempoh masa terdekat ini.

"Apa yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-13 ini, mereka hanya bertujuan untuk menutup kekecewaan. Kita pun dah tahu banyak kali benda yang disebutkan mereka itu tidak masuk akal dan kita nak layan pun buang masa kita sahaja.

"Penyokong tegas mereka akan terus menyokong  namun dari segi majoriti rakyat saya percaya majoriti faham apa yang sedang berlaku. Sebab itu saya tidak terkejut apabila kita angkat sumpah nanti mereka pun akan ada. Takkan dipersoalkan sebab ini sistem yang kita guna," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Tegas beliau semua pihak perlu bergerak ke depan dan redha dengan keputusan yang telah dilaksanakan oleh rakyat.

"Jadi kita tidak perlu buang masa dengan apa yang dibangkitkan kerana ini yang mereka mahu. Lagi lama perkara ini berpanjangan lagi lama hayat mereka. Pada saya kita harus bergerak ke depan kerana pada saya kita kena terima hakikat pilihan raya kali ini dilangsungkan dengan baik. Pada saya pilihan raya kali ini cukup telus dan cukup baik malahan kita patut beri tahniah kepada SPR dan pegawai serta penguatkuasa.

"Kedua dalam keadaan pilihan raya dilangsungkan dengan mengikut peraturan negara, BN  menang di Parlimen dan merampas balik Kedah. Hakikat ini tidak boleh kita tolak. Mereka nak dakwa mereka menang dan kita pula yang kalah adalah sesuatu yang tak boleh diterima akal.

"Ketiganya kita kena pergi ke depan. Sistem negara kita adalah sistem di mana Raja Berpelembagaan. Kita ada Parlimen dan kita ada pilihan raya dan pengundi telah diberikan hak serta tanggungjawab dan siapa yang dipilih kena buat kerja untuk terus bangunkan negara menyatupadukan rakyat untuk terus bina semangat nasionalisme di kalangan rakyat untuk maju dengan lebih baik," ujatnya.

Beliau seterusnya menambah dalam situasi hari ini ianya menuntut kepada konsep redha.

"Saya rasa orang yang berilmu dan ada pemikiran mereka akan nampak bahawa apa yang berlaku di depan mata kita ini adalah yang ditetapkan dan saya percaya selepas kita berusaha dan bertawakkal, sekarang ini dalam tempoh untuk kita redha.

"Konsep redha ini yang tidak ada dikalangan sesetengah pemimpin pembangkang. Mereka lupa sebagai orang Islam umpamanya sebagai contoh kita kena tahu keputusan ini ada sebab dan kita kena redha.

"Apa yang Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sebut itu pada saya mudahnya konsep redha. Mereka tidak boleh terima hakikat dan tidak ada konsep redha. kita kena redha. Kita dah usaha, mereka pun usaha dan mereka tawakkal kita pun tawakkal . Dia doa kita pun doa akhirnya keluar keputusan ini kita kena terimalah. Itu maknanya. Maksud itu redha dengan apa yang berlaku. Kata sayang negara…jadi jagalah negara," katanya. -MediaUMNO

Perak Exco Members Appointed To Come From All State Zones

Posted: 13 May 2013 02:45 AM PDT

LUMUT, May 13  - The appointment of Perak assemblymen to the state executive council (exco) will be based on geographical distribution to cover all the state’s zones – north, south, east and west.

“We are now doing the final screening to ensure the candidates proposed are all qualified (to do the job), with the areas of representation taken into account.

“Perak is a big state, so we want the exco members each not only to represent a particular district but also the neighbouring districts for better administrative management.”

Zambry said this after opening the 26th annual general meeting of the Government Retirees Association of Malaysia, Perak chapter, here, today.

He said the selection for the exco line-up would also be based on the candidates’ background including their experience and education.

“Previously, we had six exco members with three only left now. With a combination of old and new faces, the line-up will be revamped and there will be vacancies and new posts created,” he said.

Zambry said he would be having an audience with the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah soon for the ruler’s consent on the exco appointment.

In the 13th general election, Perak Barisan Nasional (BN) won with a simple majority to form the state government, after securing 31 of the 59 state seats while the opposition pact won 28 seats.

Umno won 30 of the state seats it contested while MCA contributed only one seat, Chenderiang, to the state BN’s victory.

SPR Yang Sama Tapi Di P.Pinang, Kelantan Dan Selangor Keputusan Dihalalkan

Posted: 13 May 2013 02:17 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Mei – Sudah menjadi tabiat kepada pembangkang yang tidak pernah berpuas hati dan akan cuba mencari apa sahaja kesalahan terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 apabila mendapati perkara itu tidak memihak kepada mereka.

Pelbagai alasan serta pembohongan dibuat oleh pembangkang untuk menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap apa yang berlaku dengan membuat pelbagai fitnah sehingga sanggup mengadakan perhimpunan haram serta demonstrasi.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad berkata pembangkang tidak pernah setuju atau menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang tidak menyebelahi mereka, tetapi jika sebaliknya, mereka akan berdiam diri dan mengiyakan perkara itu.

"Pembangkang seharusnya akur dengan keputusan dan pilihan yang telah dibuat oleh rakyat, mengapa perlu mempertikainya sedangkan pilihan raya baru-baru ini turut mendapat pujian daripada pelbagai pihak dari luar negara kerana telah berjalan dengan baik, hanya pembangkang sahaja yang tidak menerimanya.

"Yang peliknya, mereka tidak pula mempertikaikan kejayaan mempertahankan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan tetapi menyalahkan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) apabila tidak berjaya menawan Putrajaya, kerana itulah idaman mereka yang sebenarnya," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Normah berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pembangkang yang tidak menerima keputusan pilihan raya ke 13 dengan membuat tuduhan dan fitnah bukan sahaja kepada SPR, malah Barisan Nasional turut menjadi mangsa ketidak puasan hati mereka berikutan kegagalan pembangkang untuk memerintah.

Menurutnya, tindakan pembangkang mengheret rakyat untuk bersama-sama dengan mengadakan perhimpunan haram dan demonstrasi sebagai tanda bantahan adalah untuk menutup kelemahan mereka atas kegagalan pada pilihan raya lalu.

"Sebelum pilihan raya lalu, mereka berkeyakinan tinggi akan menawan Putrjaya, namun keputusan pilihan raya telah menyebabkan apa yang diimpikan itu tidak menjadi kenyataan, untuk menutup malu terhadap apa yang berlaku mereka menyalah pihak lain atas kegagalan itu, itulah tabiat pembangkang yang tidak pernah berpuas hati.

" Sepatutnya jika benar pilihan raya ini tidak betul, sepatutnya mereka tidak seharusnya menerima keputusan negeri yang dimenangi serta menubuhkan kerajaaan," katanya. -MediaUMNO

No Chinese Voice In Government, No Problem, Says Academician

Posted: 13 May 2013 02:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 13 – The absence of Chinese representatives in the Cabinet should it happen will not pose major problems to the government or Chinese community, an academician said today.

Dr Ser Wue Hiong, senior lecturer at the Foreign Languages Department, Universiti Kebangsaan Malaysia, said any concerns if such scenario takes place would only be for a short term priod and could be overcome.

Following the just concluded 13th general election (GE13) which saw MCA and Gerakan almost wiped out, both parties had announced that they would not take up any cabinet posts “out of respect to the voters decision”.

The decision prompted debates from all quarters.

While some feared that the community could be neglected if they had no voice in the cabinet, many including Ser think otherwise.

Ser told Bernama that the fact that Chinese voted most MCA and Gerakan candidates out in the general election proved that the issue of Chinese representation in the Cabinet, was also not a concern to them.

He said politics in this new era should also break away from tradition and more importantly, elected politicians should be representing all races and not a particular race or political party he or she represented.

He added that a politician who only championed for one race would also not bode well for  the multiracial fabric of this country.

“I think this is the reality of today’s Malaysia. We need to move away from tradition,” he said.

Ser, who specialises in Malaysian Chinese studies, opined that the only sector that may be impacted was Chinese education, but he was quick to argue that the problem could just be temporary.

He was also confident that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak as a prime minister for all and with his 1Malaysia approach, would not sideline development of the Chinese community including on education post-GE13.

“I believe that he will make adjustments and look into new approaches to address the needs and interests of Chinese education.

“One of the ways I can see is that he will appoint a Chinese educationist to sit in his government to take care of Chinese education,” he added.

Prior to this, the portfolio for Chinese education was held by a deputy  minister from the community.

Lapan NGO Kedah Desak Polis Ambil Tindakan Tegas Terhadap Anwar, Kit Siang

Posted: 13 May 2013 01:27 AM PDT

ALOR SETAR, 13 Mei  - Lapan badan bukan kerajaan (NGO) Kedah hari ini membuat laporan polis membantah perhimpunan memainkan isu perkauman di Selangor, Perak dan Pulau Pinang anjuran pemimpin pakatan rakyat dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera demi keselamatan negara.

Badan Generasi Prihatin, Persatuan Hizbah Malaysia, Perkida Daerah Kota Setar, Persatuan Silat Garuda, Persatuan Penjaja Kecil Kedah, Belia 4B, Badan Bertindak Selamatkan Kedah dan Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Kedah membuat laporan itu di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar pada 10.30 pagi ini.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Yang Dipertua Persatuan Silat Garuda Malaysia Mansor Ahmad berkata pemimpin pakatan rakyat perlu akur dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana ia merupakan pilihan rakyat.

Beliau juga mengingatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang supaya tidak memainkan isu perkauman gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13 yang tidak memihak kepada mereka dan menganjurkan perhimpunan Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya, Petaking Jaya, Selangor, Ipoh, Perak dan Padang Kota, Pulau Pinang baru-baru ini.

“Saya sangat kecewa walaupun PRU dah habis, mereka timbulkan pula isu perkauman kerana tidak puas hati dengan keputusan PRU lalu. Isu ini boleh menyebabkan perbalahan antara kaum,” katanya.

“Saya dan badan-badan NGO yang lain tidak akan berdiam diri dengan cubaan mereka untuk menghuru-harakan keamanan negara. Kami akan berada di belakang kerajaan untuk bersama-sama mengatasi isu ini supaya keselamatan rakyat Kedah dan Malaysia terjamin,” katanya.

Beliau juga meminta rakyat Kedah dan ahli-ahli Silat Garuda di seluruh negara untuk menjadi ‘mata dan telinga’ bagi membantu polis membanteras isu perkauman ini dalam menjaga keamanan negara.

Timbalan Pengerusi Hisbah Malaysia Dr Sobri Sudin pula berkata laporan yang dibuat ini bukan atas dasar politik tapi atas dasar keselamatan negara kerana risau dengan kejadian-kejadian yang boleh berlaku akibat perhimpunan dan isu perkauman ini.

“Pihak polis dan Jabatan Peguam Negara perlu buat kerja dengan cepat apabila mendapat laporan berkenaan isu ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Takkan bila dah jadi sesuatu baru nak ambil tindakan.

Musa Calls For Everyone To Accept The People’s Decision In May 5 General Election

Posted: 13 May 2013 01:14 AM PDT

KOTA KINABALU, May 13 – Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman has called for everyone, including opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to accept the people’s decision in the just-concluded general election and move forward for the good of the country.

In making the call, Musa, who is state Barisan Nasional (BN) chairman, urged the opposition to stop making allegations of fraud on the part of the BN — merely designed to instigate the people.

“Barisan Nasional lost a few seats here in Sabah but you don’t hear us crying foul. Instead we said we will do a post mortem and study our weaknesses.

“Today Anwar takes his rallies to the stadium. Tomorrow when he’s still not satisfied, he will take it to the streets to continue stirring up the people to create chaos. Is this the type of Malaysia we want?” he said in a statement, here today.

Musa was commenting on Anwar’s protest against the 13th general election, which, according to the opposition leader, was tainted with allegations of fraud.

He said world leaders have accepted and even congratulated Prime Minster Datuk Seri Najib Tun Razak on BN’s victory.

“So please be a gentleman and accept the people’s mandate and allow all Malaysians to move on with their lives. Don’t allow this one man’s crusade to cloud your judgement,” he said.

Pembangkang Pencetus Pelbagai Angkara Dan Manipulasi PRU 13

Posted: 13 May 2013 01:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pakatan pembangkang yang merupakan pencetus kepada pelbagai huru-hara dalam pilihan raya baru-baru ini.

Katanya, pembangkang sengaja membangkitkan berkaitan ketidakadilan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedangkan merekalah yang membuat pelbagai angkara untuk memperlihatkan perjalanan pilihan raya tidak tenteram.

"Oleh kerana pelbagai perkara yang tidak sepatutnya dilakukan, pembangkang membuat tuduhan kepada BN sedangkan apa yang berlaku adalah angkara dari pembangkang sendiri.

"Kita mengikut undang-undang, kita tak laksanakan perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang."

Katanya, sekiranya pembangkang membantah keputusan SPR mereka seharusnya menolak keseluruhannya tanpa menerima keputusan di negeri yang dimenangi mereka.

“Jika mereka tidak terima keputusan SPR, mengapa mereka terima keputusan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan? Adakah SPR di negeri itu berbeza dengan SPR di negeri lain?,” katanya.

"”Pada hari mengundi, mereka bersorak seperti orang hilang akal hingga menakut-nakutkan pengundi dalam kawasan kurang dari 50 meter tempat pengundi. Mereka tuduh kita kita yang buat, tetapi sebenarnya itu kerja mereka, bukan kerja BN,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup bersama Ahli Parlimen BN, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Jelasnya, sehingga kini pembangkang masih lagi menaburkan pelbagai tuduhan dan bawa cerita-cerita yang tak masuk dek akal.

"Mereka kelirukan rakyat dan sekarang ini mereka sedang memainkan emosi anak muda. Kita sedar bahawa dalam himpunan, mereka bawa anak-anak muda yang masih belasan tahun walhal mengapa permainkan emosi anak-anak yang masih belasan tahun ini.

"Kita ini negara berbilang kaum, berbilang bangsa dan berbilang agama, kita percaya kepada kesatuan dalam kepalbagaian sedangkan mereka mahu mencetuskan huru-hara dalam negara ini supaya mereka boleh tunjukkan kepada dunia luar yang barangkali mereka dapat keuntungan dari negara luar terbabit."

Dalam perjumpaan bersama Ahli Parlimen BN, Tan Sri Shahrir Samad yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru turut memberikan taklimat ringkas berkaitan tugas dan tanggungjawab ahli-ahli Parlimen. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT