SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, May 19, 2013

UMNO Online - “BN Lost In Sarawak Urban Areas Not Due To Chinese Tsunami – Taib” plus 8 more

UMNO Online - “BN Lost In Sarawak Urban Areas Not Due To Chinese Tsunami – Taib” plus 8 more

Link to UMNO Online

BN Lost In Sarawak Urban Areas Not Due To Chinese Tsunami – Taib

Posted: 18 May 2013 08:50 AM PDT

MIRI, May 18 – Sarawak Barisan Nasional (BN) has rejected the main reason behind it losses in urban areas in the  recent 13th general election due dwindling support of Chinese communities toward BN.

Sarawak Chief Minister and state BN chairman Tan Sri Abdul Taib Mahmud disagreed with the term “Chinese Tsunami” to  describe the Chinese pattern of voting favouring the opposition because BN’s loss may be due to internal factors rather that  external factors.

“Based on the analysis of voters outside Kuching like Sarikei, Sibu and Miri we lost by a small  margin,” he said at the community dinner in conjunction with the eight anniversary of Miri City here tonight.

Referring to the Sarawak United People’s Party (SUPP) losses in six out of the seven parliamentary it contested in  the 13th general election, he said, there were encouraging signs that BN, particularly SUPP could regain the trust of the  voters especially outside Kuching City.

SUPP contested in seven parliamentary seats -Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Lanang, Sibu and Miri but managed to retain bumiputera-majority Serian only.

Meanwhile, on the eight annivesary of Miri City, he suggested that Miri City reknowned for it “Resort City” tag line enhances it tourism products by promoting the city as a food heaven and cultural melting pot for Sarawak.- MediaUmno

UPSI Student, Adam Adli Arrested By Police Today

Posted: 18 May 2013 08:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 18 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) student Adam Adli Abd Halim, who was earlier suspended from study for bringing down the flag that had the potrait of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, was today arrested by police.

Kuala Lumpur police chief, Deputy Commissioner Datuk Mohmad Salleh said Adam Adli, 23, was detained in the Bangsar area, here at about 3.15pm.

“The subject is being detained at the Jinjang Police Station lock-up regarding an investigation under Section 4(1) of the Sedition Act 1948,” he said in a short messaging service (SMS) to Bernama, here today.

In January last year, Adam Adli was suspended from studies for three semesters beginning early in semester two 2011/12 until the end of semester two 2012/13 for bringing down the flag that had Najib’s potrait.

Adam Adli, when suspended from studies, was in the fifth semester and was taking the teaching of English as a second language when he created controversy at the grounds of the Putra World Trade centre (PWTC) on Dec 17, 2011 by bringing down the flag during a demonstration.-MediaUmno

Kedah To Stop Logging Pending Review – Mukhriz

Posted: 18 May 2013 08:47 AM PDT

ALOR SETAR, May 18 – The Kedah government will temporarily cease logging activities in the state pending a study on their impact on the environment and the people’s livelihood, said Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

He said this followed complaints from villagers that logging activities in their areas had affected the supply and quality of water.

“Logging activities in the state will be temporarily ceased to enable us to conduct the EIA (Environmental Impact Assessment) in areas involved and they will resume upon EIA recommendations,” he told reporters after a thanksgiving reception at Seri Mentaloon, the menteri besar’s official residence, here today.

Mukhriz said he wanted to ensure that loggers abide by the conditions imposed on logging activities.

“If there is any valid complaint backed by concrete evidence that the conditions are not complied with, I will not hesitate to stop the logging activity immediately. I want all logging concessions given to be reviewed. We want to ensure that the people’s interest comes first.

“In future, as far as possible, I will not approve any more logging concession. I think we have enough logging activities in the state. We have to find other sources of income for Kedah.

“To me, a tree is worth more standing than felled. There are potentials and opportunities for tourism and other industries (to grow),” he added.

In another development, Mukhriz said he had met Insaniah University College (Kuin) top management, including its rector, Prof Dr Jamil Osman over the problems faced by the state-owned institution.

He said State Education, Transport and Works Committee chairman Datuk Tajul Urus Mat Zain would look into Kuin’s problems and provide a report to him(Mukhriz) on a new direction for Kuin.

“We will talk to other parties involved. Most importantly, we will safeguard the welfare of Kuin’s students and staff first before that of the management,” he said. -MediaUmno

Malaysia Can Become Great Through Balanced Education – Idris

Posted: 18 May 2013 08:46 AM PDT

BESUT, May 18 – Education and Higher Learning Minister II Datuk Seri Idris Jusoh is confident that Malaysia can become a great nation through a good and balanced education process.

He said balance between education and character for a developing country like Malaysia was necessary because it was already practised by peaceful and developed countries like Finland.

“For this, the Deputy Prime Minister, who is also Education Minister, needs the people’s support in various education agenda so that can be implemented as planned,” he told reporters at his residence in Kampung Tok Has, here, during a thanksgiving function held for residents and educators today.

He said they will be fair to all quarters in executing the national education agenda to ensure the government’s goals and vision are realised.

Therefore, Idris said he will assist Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyidin Yassin to make sure the country’s education was on the right track.

“Give me a month to familiarise myself with the ministry so that I can then do my job effectively with Tan Sri Muhyidin,” he said.

Therefore, in line with the efforts to develop the country’s education, he said educators at all levels need to have an interest in their profession.

He said educators need to feel that they are helping the government build a better generation for the future.

“Teaching is a noble profession and those who teach should be grateful to be chosen for this job,” said Idris. – MediaUmno

 

Keputusan Berhubung Perbuatan Mensabotaj UMNO Pada PRU13 Dijangka Diketahui Minggu Depan

Posted: 18 May 2013 02:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata apa jua keputusan atau bentuk hukuman berhubung perbuatan mensabotaj parti oleh anggota Umno pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dijangka diketahui minggu depan.

Katanya siasatan mengenai aduan itu masih dijalankan.

“Lembaga Disiplin menerima 11 aduan sabotaj dan kita telah arahkan pihak penyiasat membuat siasatan rapi supaya kita dapat membuat keputusan dengan adil dan tidak menganiaya mana-mana pihak,” katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas perbuatan sabotaj oleh anggota Umno pada PRU13.

Sebelum ini pada 18 April, Lembaga Disiplin Umno memaklumkan telah menerima beberapa aduan sabotaj dalam kalangan anggota parti menjelang pilihan raya.

Megat Najmuddin berkata perbuatan sabotaj yang dilaporkan itu berlaku di peringkat bahagian di beberapa negeri termasuk Perak, Pahang, Kelantan dan Kedah, dengan kesalahan seperti berkempen untuk pembangkang, menghasut anggota Umno lain dan enggan membuka bilik gerakan pilihan raya.

“Bagaimanapun ini tidak membabitkan kesalahan anggota bertanding sebagai calon bebas atau menjadi penyokong dan pencadang bagi calon selain Umno. Mereka ini telah kita pecat,” jelasnya.

Katanya, hukuman yang akan diputuskan bergantung kepada keseriusan perbuatan sabotaj yang dibuat.

Bagi PRU13, Umno telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dianggotai empat wakil Majlis Tertinggi Umno dan empat wakil Lembaga Disiplin parti bagi mempercepatkan proses membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang didapati bersalah mensabotaj atau melanggar disiplin parti.

Pada 22 April, Umno memecat 58 anggota serta-merta kerana bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU13.

Pada pilihan raya umum 2008, sebanyak 22 kes dari enam negeri dibawa ke Lembaga Disiplin Umno yang menyaksikan tiga anggota dipecat manakala enam digantung keanggotaan selama tiga tahun, dan seorang anggota diberi amaran keras kerana melanggar disiplin parti.-MediaUmno

Kerajaan Kedah Tidak Akan Benarkan Stadium Digunakan Untuk Perhimpunan Pembangkang

Posted: 18 May 2013 02:28 AM PDT

ALOR SETAR, 18 Mei – Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.

Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.

” Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.

” Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini hari ini.

Pesuruhjaya PAS Kedah yang baharu, Datuk Mahfuz Omar hari ini merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Katanya pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar ‘demokrasi’.

Mukhriz berkata jika perhimpunan itu dibenarkan dan dakwaan-dakwaan itu diulangi, beliau khuatir ia akan mengelirukan rakyat dan mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.

“Kita dah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz yang merupakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyambut pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk terus menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

” Satu keputusan yang amat tepat. Kerja-kerja di MITI perlukan kesinambungan berterusan. Kalau ketuanya sama banyak dasar yang beliau rangka sebelum ini dapat diteruskan dan dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya. – MediaUmno

 

40 Balai Bomba Dibina Di Pahang Menjelang 2015

Posted: 18 May 2013 02:22 AM PDT

KUANTAN, 18 Mei – Empat puluh lagi balai bomba akan dibina di seluruh Pahang menjelang 2015, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Beliau berkata balai-balai tersebut akan dibina secara berperingkat di kawasan luar bandar dan pekan kecil bagi memastikan tempoh respons terhadap setiap aduan yang diterima dapat dipendekkan.

“Pemilihan lokasi akan dimuktamadkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan lokasi yang dicadangkan ialah di Felda Chini, Pekan, Sungai Lembing, Kuantan, Benta dan Kuala Lipis.

“Bagi memastikan operasi di setiap balai bomba itu berjalan lancar, kita akan tempatkan pegawai terlatih untuk menyelia semua urusan dan pengendalian setiap aduan yang diterima,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Anggota Bomba Sedunia 2013 peringkat negeri Pahang di sini hari ini.

Abdul Wahab berkata latihan secara berterusan juga akan disediakan kepada anggota bomba sukarela yang ditempatkan di balai berkenaan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata jabatan itu menyelamatkan RM1.7 bilion harta benda sepanjang tahun lalu, meningkat 22 peratus berbanding 2011.

“Jumlah kerugian akibat kebakaran pula mencatat penurunan lapan peratus iaitu RM26.5 juta, berbanding RM31.4 juta pada 2011,” kata beliau.

Raja Muda Perlis Mahu Rakyat Celik Media

Posted: 18 May 2013 02:16 AM PDT

KANGAR, 18 Mei (Bernama) — Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu rakyat ‘celik media’ supaya mereka berupaya membuat penilaian terhadap sesuatu perkara atau isu yang dibangkitkan.

Menurut baginda, masyarakat perlu menguasai teknologi terkini yang memudahkan lagi penerimaan maklumat dan berita yang merentasi faktor geografi, ruang waktu, bahasa, budaya mahupun agama.

“Kewartawanan menuntut sifat amanah, berdisiplin dan beradab. Saya pasti tiada siapa boleh menafikan peranan wartawan dan media massa dalam pembangunan dan pemodenan sesebuah negara,” titah baginda semasa merasmikan seminar Kewartawanan Keamanan IMT-GT di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau  hari ini.

Seminar sehari itu diadakan sempena sambutan ulang tahun keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang ke-70, yang dianjurkan bersama UiTM Perlis dan Kelab Media Perlis (KEMPs) dengan disertai para wartawan Perlis, Thailand dan Indonesia di samping pelajar UiTM Perlis dan Shah Alam serta Universiti Utara Malaysia (UUM).

Baginda bertitah laporan berita yang semakin pantas adalah cabaran kepada pengamal media dalam mengukuhkan etika kewartawanan apatah lagi dalam keadaan lanskap politik terkini dan asas hubungan antarabangsa yang boleh dieksploitasi ke arah tidak sihat dan membimbangkan.

Raja Muda bertitah penulisan mampu mengubah pemikiran masyarakat malah kekuatan pada ketajaman penulisan boleh menjatuhkan, membangunkan atau memporak-perandakan sesebuah negara.

“Mutakhir ini, kuasa pena sudah bertukar menjadi gabungan kuasa jari jemari dan jalur lebar yang luar biasa pantasnya dan nilai berita turut diukur daripada kepantasannya,” titah baginda.

Menurut baginda, kalau dahulu berita dianggap masih baru jika ia dilaporkan dalam tempoh 24 jam, namun pada masa ini, jika berita dilaporan dalam tempoh dua atau tiga jam selepas peristiwa, ia sudah agak ketinggalan.

“Walaupun kepantasan menjadi kayu ukur penting namun nasihat saya, ia perlulah didasari oleh nilai kebenaran dan realisasi menyeluruh atau ketepatannya,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda mencadangkan inisiatif latihan dan pertemuan sama ada di peringkat domestik dan antarabangsa perlu dilaksanakan lebih kerap sama ada bagi tempoh jangka pendek dan jangka panjang untuk memperkasakan dunia kewartawanan.

Sementara itu pada forum yang dikendalikan Rektor UiTM Perlis, Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman sempena seminar itu, para wartawan daripada tiga negara turut mengemukakan pelbagai pandangan bagi mempromosikan kawasan pertumbuhan segi tiga Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) yang merupakan sebuah gagasan yang diwujudkan pada 1993.

Turut hadir pada seminar itu ialah Pengarah Tourism Malaysia di Medan, Indonesia, Nor Asikin Haron – MediaUmno

Jangan Buang Masa Buat Perhimpunan Haram – Shafie Apdal

Posted: 18 May 2013 02:12 AM PDT

SEMPORNA, 18 Mei – Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta Pakatan Rakyat supaya tidak membuang masa menganjurkan perhimpunan haram bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 kerana ia hanya merugikan rakyat.

Sebaliknya beliau berkata pihak tersebut perlu memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negeri yang mereka perintah dan menunaikan segala janji yang mereka buat semasa kempen pilihan raya.

“Saya dengar dalam ucapan (kempen) mereka, mereka kata tanpa Umno (BN), mereka juga boleh buat sekolah, buat jalan raya. Sekarang buatlah jalan, tunaikan kata-kata itu dan janji mereka kepada rakyat, jangan bergantung semata-mata kepada kerajaan pusat.

“Masa pilihan raya, mereka kata mereka boleh laksanakan (projek) jika mentadbir negeri itu dan ini. Jadi tadbirlah negeri dengan baik,  jangan buang masa dengan demonstrasi jalanan dan perhimpunan yang tidak memberi manfaat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini apabila mengulas mengenai beberapa siri perhimpunan haram yang dilakukan pihak terbabit selepas pilihan raya umum.

Shafie berkata negara perlu terus dibangunkan demi faedah rakyat dan dengan itu Pakatan Rakyat tidak perlu melakukan perkara sia-sia yang tidak mendatangkan faedah kepada negeri yang mereka tadbir.

Beliau berkata pihak pembangkang perlu menerima keputusan pilihan raya yang lepas dan tidak patut mempertikaikan sistem pemilihan yang dijalankan di negara ini.

Rakyat juga tidak perlu membuang masa menyertai perhimpunan seumpama itu, katanya. -mediaumno

 

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT