SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, May 20, 2013

UMNO Online - “GE13 Outcome Protest Gatherings New Craze For Sore Losers – Ahmad Shabery” plus 6 more

UMNO Online - “GE13 Outcome Protest Gatherings New Craze For Sore Losers – Ahmad Shabery” plus 6 more

Link to UMNO Online

GE13 Outcome Protest Gatherings New Craze For Sore Losers – Ahmad Shabery

Posted: 19 May 2013 06:20 AM PDT

 KUALA LUMPUR, May 19 – The protest gatherings against the 13th general election results did not reflect the characteristic of democracy as these were protests against the decision made by the majority of Malaysians, said Communication and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Describing these protest gatherings as crazy and the work of the frustrated for their failed objectives, he said they should be stopped.

“It’s a new craze for those who cannot accept defeat. To me, it is dangerous as this is not democracy.

“Democracy is accepting the decision made by the majority of the people,” he said after visiting an art exhibition titled “Celebrating Democracy” at RA Fine Arts Gallery, here, today.

He was commenting on the protest gatherings organised by the opposition in various locations including Batu Kawan (Penang), Ipoh, Kuantan and Johor Baharu since the first one held in Kelana Jaya, Selangor on May 8 against the GE13 outcome, where the majority of voters again gave Barisan Nasional (BN) the mandate.

Ahmad Shabery said if the opposition really disagreed with the GE13 results, they should use the legal channel like filing a petition with the court.

He said they should also show solid proof to support their allegations (against the Election Commission and BN).

“They claimed that 45,000 Bangladeshis were brought in as phantom voters. I too have been waiting to see the proof. At least show me 10 or 20 of these phantom voters. I want to see them,” he said.

Ahmad Shabery said the people should think for themselves whether these protest gatherings were appropriate or not.

Earlier, in his speech, he said the government always encouraged and was willing to support the growth of fine art in this country in order to take it to greater heights.

The works of 20 artists are being featured at the exhibition until June 8.-MediaUmno

Affordable Houses For Rural Folk Planned – Mukhriz

Posted: 19 May 2013 06:02 AM PDT

PENDANG, May 19 – The Kedah government planned to build affordable houses for people in the rural areas, including through the planned village scheme, said Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir.

He said the move was in line with the pledge made by the Kedah Barisan Nasional (BN) to solve the housing problem of rural folk who had yet to own a house.

Mukhriz said the state government would identify land in certain areas to build 100 to 200 affordable homes and create planned villages (kampung tersusun) like the existing one in Changlun.

“If possible, we want to build houses under the planned village scheme in each district. One planned village in each district – this will enable rural residents to own such affordable houses.

“We have not discussed the matter in full. But I think we will do a pilot project to see whether this formula will be a success and well accepted,” he said after a thanksgiving feast at the Penang Umno division office, here, today.

Mukhriz said for those who had land but did not have a house, the state government would find a suitable approach or formula to solve the problem.

On problematic housing projects carried out by the previous PAS-led state government, he said the current state government would study the matter and review these projects before making any decision.

“We have to consider the locations, quality and costs. I don’t want to be hasty in making a decision. We have to see first whether these projects can be saved or not

“As for funding, we can work it out but it there is no demand for houses in these projects due to geographical factors, we cannot do it as it would a financial waste,” he said.

On another development, Mukhriz said the state government would ask Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to give special attention to Kedah after the people had given BN the mandate to rule the state again.

He said Kedah had lagged behind in development and hence required the best formula to attract foreign investors and to create more employment opportunities.

With the assistance of the federal government, Kedah would be able to develop in tandem with the country’s overall modernisation.-MediaUmno

 

Raja Perlis Mahu Agenda Perpaduan Diperkukuhkan

Posted: 19 May 2013 05:55 AM PDT

KANGAR, 19 Mei – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu rakyat meneruskan agenda memperkukuhkan semula ikatan perpaduan  yang tercalar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Baginda bimbang melihat senario ketaksuban pemimpin politik tertentu terhadap parti sehingga sanggup mengabaikan kepentingan memelihara keharmonian  kaum.

“Bersatu padulah antara kaum … Melayu sama Melayu pun bergaduh,” titah baginda pada majlis Jamuan Teh Kasih Rakyat Menjunjung Daulat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-70 di Bukit Ketri dekat sini hari ini.

Menurut baginda, PRU13 sudah berlalu dan tercatat dalam sejarah, sedangkan kerajaan yang terbentuk hasil proses demokrasi perlu disokong dan agenda memperkukuhkan perpaduan harus dipertahan.

Tuanku Syed Sirajuddin juga berharap rakyat menyokong kerajaan yang dipilih bagi meneruskan misi dan visi negara dan negeri termasuk Wawasan 2020 dan Perlis Maju 2015.

“Tanpa sokongan 100 peratus kepada kerajaan, ia menyukarkan pencapaian wawasan negara dan negeri,” titah baginda.

Pada majlis itu, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid menyampaikan bantuan berjumlah lebih RM1 juta kepada 33 penerima termasuk  bakal usahawan, golongan miskin dan anak-anak yatim.

Sementara itu, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Bakri Ibni, 59, dikurniakan Pingat Cemerlang Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dan menerima sumbangan wang tunai RM2,000 serta sijil yang disampaikan Raja Perlis.

Tokoh bola sepak itu dipilih kerana jasa besar beliau terhadap pembangunan bola sepak negara dan negeri Perlis.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar Perlis, Azlan Man.-MediaUmno

Kedah Rancang Bina Rumah Mampu Milik Untuk Penduduk Luar Bandar – Mukhriz

Posted: 19 May 2013 05:46 AM PDT

PENDANG, 19 Mei – Kerajaan negeri Kedah merancang membina rumah mampu milik untuk rakyat di kawasan luar bandar, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Mukhriz berkata perancangan itu dibuat selaras dengan aku janji BarisanNasional (BN) Kedah bagi menyelesaikan masalah perumahan masyarakat luar bandaryang tidak mempunyai rumah sendiri.

Beliau berkata pihaknya akan mengenal pasti tanah di kawasan tertentu untukmembina kira-kira 100 hingga 200 rumah mampu milik dan mengadakan kampungtersusun seperti di Changlun.

“Kalau boleh kita akan bina rumah seperti kampung terancang di setiap daerah. Setiap daerah kita buat satu kampung tersusun, ia mudah bagi penduduk luar bandar yang tak ada rumah untuk beli rumah di kawasan itu.

“Kita tak bincang lagi secara menyeluruh, tapi saya ingat kita akan buat projek perintis dan akan tengok adakah formula tersebut berjaya dan diterima baik,” katanya kepada pemberita pada majlis kenduri kesyukuran di Pejabat Umno Bahagian Pendang hari ini.

Mukhriz berkata bagi mereka yang mempunyai tanah dan tidak memiliki rumah, pihaknya akan mencari pendekatan dan formula terbaik bagi menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Mengulas projek perumahan bermasalah yang dijalankan kerajaan negeri pimpinan PAS sebelum ini, beliau berkata pihaknya akan melakukan kajian secara menyeluruh dan menyemak semula projek itu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kita nak lihat lokasi, kualiti dan harga yang perlu kita ambil kira. Saya tak mau gelojoh untuk buat keputusan, kita juga ambil kira sama ada projek tersebut boleh diselamatkan atau tidak.

“Soal dana tak cukup kita boleh usahakan, dan jika projek perumahan tersebut tidak dapat permintaan atas faktor geografi, kita tak akan buat sebab takut bazirkan duit,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata kerajaan negeri meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi tumpuan khas kepada Kedah selepas rakyat memberi mandat kepada BN untuk memerintah semula negeri ini.

Beliau berkata Kedah agak terpinggir daripada arus pembangunan dan memerlukan perhatian untuk mencari formula terbaik bagi membawa masuk pelabur asing serta membuka peluang pekerjaan.

Katanya, kerajaan negeri mahu Kedah maju seiring pemodenan negara dan yakin dengan bantuan kerajaan Persekutuan, hasrat itu akan tercapai.-MediaUmno

Anggota UMNO Diseru Eratkan Kembali Perpaduan Selepas PRU13

Posted: 19 May 2013 05:42 AM PDT

PONTIAN, 19 Mei – Semua anggota Umno diseru mengeratkan semula perpaduan untuk memastikan kekuatan parti kembali utuh selepas menghadapi cabaran getir pada pilihan raya umum ke-13.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata dalam keadaan parti yang agak parah diserang pembangkang pada pilihan raya umum lepas, anggota parti tidak boleh lagi terlalu ghairah dan berbalah tentang soal kuasa yang akhirnya hanya akan melemahkan Umno.

“Kalau kita asyik berbalah, kita akan mati ‘dibunuh’ secara politik, biarlah kita berlawan secara sihat kerana yang penting kita perlu fikirkan tentang perpaduan bukan sahaja di kalangan anggota parti tetapi juga rakyat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai mesyuarat pemilihan Umno peringkat cawangan yang akan bermula tidak lama lagi. Ahmad ditemui selepas majlis penyerahan kunci rumah baharu nelayan di Kampung Seri Tanjung di sini.

Ahmad berkata semua anggota Umno yang terlibat perlu mengamalkan sikap berkompromi dan perbincangan untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham yang boleh menjejaskan parti.

Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan dan Anggota Parlimen Pontian berhasrat menjadikan Pontian sebagai model kawasan pertumbuhan ekonomi baharu di negara ini dengan melaksanakan pelbagai projek yang boleh meningkatkan lagi sumber ekonomi penduduk setempat.

“Kita merancang untuk mengadakan pelbagai projek seperti river cruise Sungai Benut selain mewujudkan medan ikan bakar dan pusat jualan ikan segar yang membolehkan nelayan menjual terus hasil tangkapan bukan sahaja untuk penduduk sekitar tetapi juga rakyat Singapura yang kerap berkunjung ke sini.

“Jika berjaya kita akan kongsi pengalaman ini di peringkat tertinggi untuk membantu meningkatkan ekonomi di lebih banyak kawasan di negara ini,” katanya.-MediaUmno

Mustapa Bidas Cadangan Karpal Singh Mahu Mansuhkan Dewan Negara

Posted: 19 May 2013 05:38 AM PDT

TUMPAT, 19 Mei – Cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Dewan Negara dimansuh, disifatkan sebagai karut dan tidak masuk akal.

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dakwaan Karpal kononnya kewujudan Dewan Negara tidak memberi makna dan membazir hanyalah tuduhan dangkal.

“Saya selaku bekas Senator amat tidak bersetuju dengan pandangan Karpal, dan saya bersetuju dengan pandangan bahawa ini adalah permulaan DAP yang lepas ini mahu hapuskan bermacam-macam lagi.

“Buktinya, beberapa tokoh korporat seperti Datuk Seri Idris Jala pernah berada dalam Dewan Negara dan kini sudah menjadi menteri, yang sudah tentu pandangan mereka itu telah berjaya membangunkan negara,” katanya kepada pemberita selepas bertemu jentera pilihan raya Umno Tumpat di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta menggulas cadangan Karpal Singh kononnya Dewan Negara tidak perlu, dan perbelanjaannya tidak perlu ditanggung oleh rakyat.-MediaUmno

Gunakan Saluran Yang Betul Jika Tidak Berpuas Hati Berhubung Sesuatu Isu – Lee Lam Thye

Posted: 19 May 2013 12:01 AM PDT

KUANTAN, 19 Mei – Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan sesuatu isu perlu menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan perkara tersebut dan tidak mengheret isu tersebut ke jalanan atau mengadakan perhimpunan haram yang akhirnya menggugat ketenteraman awam.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata orang ramai mempunyai saluran yang sah seperti meminta bantuan wakil rakyat untuk membawa sebarang isu berkenaan ke peringkat Parlimen.

“Mereka boleh menyuarakan pandangan menerusi wakil rakyat dan membawanya ke Parlimen kerana hanya pembuat dasar yang boleh melakukan sebarang perubahan tersebut.

“Bukannya dengan menyertai atau terlibat dengan perhimpunan atau sebarang aktiviti yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keharmonian perpaduan kaum dalam masyarakat kita hari ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lee diminta mengulas mengenai trend sesetengah pihak dalam negara ini yang mengheret rakyat mengadakan perhimpunan secara haram atau jalanan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu termasuk isu politik.

Mengulas lanjut, Lee berkata setiap rakyat di negara ini mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan jika mereka ingin menyertainya perlulah mengikut lunas undang-undang.

“Sebagai contoh, mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, setiap penganjur perhimpunan perlu mendapat kebenaran pihak polis 10 hari daripada tarikh perhimpunan diadakan, jadi ikutlah peraturan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu mengenai pencegahan jenayah dalam negara, Lee meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengadakan peruntukan khas bagi meningkatkan keperluan logistik seperti lampu jalan atau kamera litar tertutup (CCTV) untuk ditempatkan di kawasan berisiko berlakunya jenayah.

“Ia adalah perlu bagi mengurangkan kejadian jenayah ragut terutamanya terhadap golongan wanita yang sering berlaku di kawasan lorong-lorong gelap akibat kurang atau tiadanya lampu jalan dan pengawasan CCTV,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi MCPF Pahang, Datuk Johny Ch’ng. – MediaUmno

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT