SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, May 23, 2013

UMNO Online - “Negara Dilanda “Arab Spring” Pun Mahu Contohi Malaysia Sebagai Negara Islam” plus 9 more

UMNO Online - “Negara Dilanda “Arab Spring” Pun Mahu Contohi Malaysia Sebagai Negara Islam” plus 9 more

Link to UMNO Online

Negara Dilanda “Arab Spring” Pun Mahu Contohi Malaysia Sebagai Negara Islam

Posted: 22 May 2013 06:13 AM PDT

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sering menjadikan negara timur tengah sebagai contoh sepanjang ceramah jelajah yang dilakukan, kerana dikatakan mempunyai rakyat yang berani untuk melalui gerakan 'arab spring'.

Malah nama mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir juga seakan tidak lepas dari bibirnya apabila sering dihina dan dicerca dengan pelbagai kata-kata nista bagi mewujudkan sentimen kebencian rakyat.

Namun di sebalik kejian dan cacian itu, umum mengetahui dan maklum mengenai jasa Tun Mahathir sepanjang 22 tahun mengurus tadbir negara. Malah beliau juga merupakan tokoh yang berjaya membuka mata dunia untuk memandang Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berjaya berkembang maju pesat menandingi negara-negara mundur yang lain.

Dengan usaha yang dijalankannya, sudah pasti tidak semua yang senang dengan cara beliau yang mengamalkan ketegasan dan disiplin yang tinggi. Namun, dengan sikapnya yang tegas dan berdisiplin itulah beliau berjaya mengangkat taraf hidup dan memberi kesenangan kepada penduduk sejagat di negara ini.

Tidak menumpukan perkembangan ekonomi dan kemajuan negara sahaja, Tun Mahathir turut bertanggungjawab membawa naik nama Islam negara ini dan sekali gus menjadikannya sebagai tokoh Islam yang disegani dunia.

Oleh kerana itu, sehingga kini ramai yang mengagumi jasa dan ketegasan beliau ketika memerintah negara.

Baru-baru ini, cara kepimpinan dan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditagih oleh pergerakan Islam terbesar di dunia Ikhwanul Muslimin untuk membantu menstabilkan Mesir, negara yang dikuasai oleh kumpulan tersebut.

Tun Mahathir diminta berucap dalam satu persidangan yang menghimpunkan berbagai golongan pembuat dasar di Mesir dan mendapat liputan luar biasa media dari seluruh negara Arab.

Ikhwanul Muslimin merupakan pergerakan Islam yang menjadi tenaga utama menumbangkan rejim Hosni Mubarak dan memenangi pilihanraya umum Mesir selepas itu.

Mereka menubuhkan satu parti politik yang dinamakan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang diketuai oleh Presiden Mesir kini Mohamed Mosri. Namun selepas dua tahun menerajui Mesir, keadaan di negeri yang mempunyai 80 juta penduduk itu masih juga gagal untuk distabilkan baik dari segi ekonomi mahupun politik.

Berikutan itu, Ikhwanul Muslimin telah menjemput tokoh-tokoh Islam utama dunia untuk memberikan pandangan mereka dan cadangan agar negara yang sedang bergolak itu kembali pulih seperti sedia kala.

Pada Ahad yang lepas, Tun Dr Mahathir yang cukup dikenali di dunia Islam sebagai peneraju pembangunan negara Islam yang sederhana dan maju selepas 22 tahun mentadbir Malaysia telah dijemput untuk berucap dalam satu majlis yang dihadiri oleh rata-ratanya pembuat dasar, ahli perniagaan dan politik Mesir.

Persidangan tersebut mendapat liputan luar biasa oleh media bukan sahaja dari Mesir bahkan dari seluruh dunia Arab. Dalam ucapannya Dr Mahathir mengajak kerajaan baharu Mesir mencontohi pengalaman Malaysia sebagai model dalam memacu kemajuan ekonomi di negara ini.

Secara jujurnya, beliau merupakan satu aset yang berharga buat negara kerana beliau mempunyai satu tahap pemikiran yang menjangkaui ke hadapan. Dengan mempunyai tokoh sebegini, rakyat seharusnya lebih bersyukur dan berterima kasih di atas apa yang berjaya dikecapi sekarang.

Sedangkan negara luar berebut untuk mendapatkan Tun Mahathir, tak mungkin kita di negara ini hanya mampu melihat dan membiarkan tokoh ilmuwan kita itu dibawa pergi. Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membawa Malaysia sehingga ke tahap ini.

Kesimpulan yang ingin disampaikan ialah, gerakan 'arab spring' yang sering menjadi kebanggaan Anwar bukanlah satu model yang terbaik untuk dicontohi oleh rakyat. Ia bukan sahaja menyebabkan ekonomi negara musnah namun turut menyebabkan rakyat menjadi mangsa dan menanggung akibat yang buruk.

Kedua, walaupun Anwar cuba memburukkan Tun Dr Mahathir sebagai negarawan, namun masyarakat dunia nyata begitu menghargai tokoh yang sering dihina dan dicerca ini. Fikir-fikirkanlah.

Dr Permata

Mahathir, Khatami Minta OIC Kaji Secara Mendalam Perpecahan Antara Puak Sunnah, Syiah

Posted: 22 May 2013 05:56 AM PDT

PUTRAJAYA, 22 Mei – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas presiden Iran Mohammad Khatami pada Rabu meminta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) membentuk sebuah pasukan petugas bagi mengkaji secara mendalam perpecahan yang berlaku antara puak Sunnah dan Syiah.

Dalam rayuan bersama yang bertujuan menamatkan keganasan dan pertumpahan darah antara kedua-dua puak itu, dua pemimpin terkemuka tersebut berkata pasukan petugas berkenaan mungkin dapat mengemukakan cadangan konkrit untuk diambil tindakan oleh para pemimpin ummah dan politik berhubung perkara itu.

Dr Mahathir berkata hasrat beliau adalah semata-mata untuk melihat keganasan dan pertumpahan yang berlaku antara puak itu, dihentikan.

“Saya tak ada agenda yang terlalu besar seperti untuk menyatukan umat Islam kerana saya berpendapat tugas itu boleh diserahkan kepada orang lain. Tapi, biar apapun perkara yang menjadi perselisihan antara mereka, janganlah sampai membunuh satu sama lain,” katanya kepada pemberita sebelum melancarkan Rayuan Bersama itu, yang dibuat untuk julung kalinya oleh dua negarawan terbabit di bangunan Yayasan Keamanan Global di sini.

Khatami diwakili penasihat khasnya Dr Ali Khosroo, manakala presiden International Movement for a Just World (JUST) Dr Chandra Muzaffar juga turut hadir pada sidang akhbar itu.

Rayuan Bersama itu, yang akan disiar secara dalam talian dalam lima bahasa – Melayu, Inggeris, Arab, Urdu dan Perancis, antara lain mengandungi rayuan kepada individu dan kumpulan masyarakat sivil yang prihatin dari seluruh dunia supaya bersama-sama menyertai usaha tersebut.

Dr Mahathir, yang komited untuk menamatkan sengketa antara dua puak itu, berkata umat Islam, tanpa mengira mazhab dan doktrin, perlu menunjukkan kepada dunia bahawa Islam adalah agama yang menganjurkan perdamaian.

“Bagaimanapun, ketika ini, kita tidak boleh mendakwa demikian apabila kita berperang sesama sendiri. Atas sebab inilah saya sependapat dengan Dr Khatami, seorang pengikut Syiah, membuat rayuan ini kepada saudara seagama kita, tidak kira daripada puak Sunnah atau Syiah, agar kita sekurang-kurangnya dapat hidup bersama secara aman dan bersama-sama menangani bahaya yang sedang kita hadapi,” katanya.

Ditanya tentang kemungkinan terdapat peranan pihak ketiga yang menyebabkan tercetusnya perbalahan antara dua puak berkenaan, Dr Mahathir berkata bukti wujudnya perkara itu memang ada.

“Sebab ia memenuhi tujuan mereka, mereka tidak perlu membunuh kita, kitalah yang berbunuh-bunuhan sesama sendiri, jadi mereka mendapat segala keuntungannya kerana kita menjalankan tugas itu untuk mereka. Kita jugalah yang rugi jika kita menjadikan keadaan ini lebih parah,” katanya.

Sementara itu, dalam mesejnya melalui video, Khatami berkata memang tidak dapat dinafikan bahawa permusuhan antara puak Sunnah dan Syiah telah mencemarkan imej dan maruah umat Islam di mata dunia.

“Ia jelas sekali melemahkan umat Islam. Ia menjadikan kita lebih terdedah kepada manipulasi dan rancangan jahat anasir luar yang berazam untuk menggugat perpaduan serta integriti ummah,” katanya.

Sambil mengalu-alukan usaha dua pemimpin dari negara pengikut Sunnah dan Syiah itu, Dr Chandra berkata inilah kali pertana dua pemimpin utama dunia Islam kontemporari itu, tampil secara bersama.

“Idea mengenai rayuan ini tercetus dalam satu perbualan pada Mei 2011 ketika saya bertemu Dr Khatami di Iran. Saya mengemukakan cadangan tentang rayuan ini kepada beliau dan Tun M juga memberi sokongan kuat terhadap idea ini. Ia (rayuan berkenaan) terhasil daripada keikhlasan dan komitmen dua tokoh hebat ini,” katanya.

Dr Chandra berkata satu seminar dan bengkel berhubung perkara itu akan diadakan tidak lama lagi, yang akan disertai puak Sunnah dan Syiah.

Keputusan PRU-13 : Tempoh 21 Hari Untuk Fail Petisyen

Posted: 22 May 2013 04:16 AM PDT

PETALING JAYA, 22 Mei – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah diwartakan pada Rabu.

Sehubungan itu, SPR menggesa mana-mana pihak yang mempunyai sebarang rungutan supaya tampil bagi mencabar keputusan tersebut.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, parti yang tidak berpuas hati boleh menfailkan petisyen di mahkamah tinggi.

“Mereka mempunyai tempoh selama 21 hari untuk berbuat demikian, bermula esok,” katanya pada kenyataan media, petang Rabu.

Dakwaan mengenai wujudnya penipuan dalam pilihan raya termasuk pengundi hantu dan masalah dengan daftar pemilih dan aduan mengenai dakwat kekal pada hari mengundi, 5 Mei lalu.

Terdahulu, parti pembangkang berkata mereka akan mencabar keputusan di 29 kerusi Parlimen yang didakwa akan menjejaskan kewajaran Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan.

BN mengekalkan kuasa untuk mentadbir negara selepas memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen.

Malaysia Kemuka Dokumen Mengenai Konvensyen Senjata Nuklear Contoh Ke PBB

Posted: 22 May 2013 03:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Malaysia telah mengemukakan dokumen mengenai Konvensyen Senjata Nuklear Contoh kepada Kumpulan Kerja Bebas (OEWG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha meneruskan rundingan perlucutan senjata nuklear multilateral untuk dipertimbangkan.

Wakil Tetap Malaysia ke PBB di Geneva Datuk Mazlan Muhammad berkata Malaysia dan Costa Rica telah secara bersama meminta Setiausaha Agung PBB mengedarkannya sebagai dokumen rasmi semasa Sesi ke-52 Perhimpunan Agung PBB.

Beliau berkata dokumen itu mengandungi elemen perundangan, teknikal dan politik bagi pembangunan dan pengekalan dunia bebas nuklear.

“Saya cadangkan cara paling praktikal meneruskan rundingan Perlucutan Nuklear Multilateral ialah dengan mempertimbang pewujudan konvensyen senjata nuklear.

“Sebarang jenis rundingan lain akan hanya mengikuti laluan berliku dan kadang kala menemui kebuntuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mazlan menyebut bahawa contoh atau model berkenaan mempunyai persamaan tertentu dengan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) termasuk susunan pembentukan pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) dan Pihak-pihak berkuasa Nasional.

Menurut Mazlan, kita sudah sekian lama menunggu untuk sebuah dunia yang bebas senjata nuklear sejak 1945 dan kemajuan yang dicapai dalam tempoh 43 tahun ini terlalu kecil, selepas kewujudan Triti Menyekat Perluasan Senjata, “Non-Proliferation Treaty” (NPT).

Hormati Perlembagaan Untuk Terus Pelihara Kesejahteraan Negara

Posted: 22 May 2013 03:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Masyarakat negara ini termasuklah pakatan pembangkang perlu akur dan mematuhi tuntutan Perlembagaan yang telah menjadi teras dan payung kesejahteraan negara ini sejak merdeka lagi, kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

"Semua pihak tidak perlu mempersoalkan lagi atau melanggar perlembagaan yang sudah termaktub kerana kesejahteraan dan ketenteraman negara dulu, kini dan selamanya adalah berpaksikan konsep demokrasi raja berperlembagaan ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujar beliau, semua lapisan masyarakat mesti sentiasa akur dan menganggap Raja-Raja Melayu sebagai payung negara dengan tumpuan taat setia yang tidak berbelah bagi.

"Kita menyokong penuh hasrat kerajaan yang tidak lagi memberi amaran kepada mereka yang melanggar tuntutan perundangan negara," tegasnya.

Dalam masa yang sama beliau melahirkan sokongan terhadap kenyataan pelbagai pihak termasuk Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang mengesa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat. -MediaUMNO

Beliau dilapor turut menasihatkan semua pihak untuk memahami Perlembagaan yang telah diterima pakai sejak merdeka lagi dan yang membuat negara berjaya dan aman sehingga ke hari ini,

Begitu juga dengan kenyataan Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang berikrar akan terus membuat pendedahan demi memastikan keamanan negara tidak tergugat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab demi ketaksuban memiliki kuasa. – MediaUMNO

Gerakan Propose BN Components Merge To Become One Party

Posted: 22 May 2013 02:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 22 – All Barisan Nasional (BN) component parties should merge to become only one party in order to win back the people’s support and avoid racial problems, said Gerakan acting president Datuk Chang Ko Youn.

He said this proposed transformation was apt to be undertaken by BN after its dismal performance in the recent 13th general election (GE13), so as to fulfil the aspirations of the people, especially the young generation.

“It will also be in line with the changing political scenario after GE13, which showed young people’s inclination to support a party and not the candidates chosen to contest in the elections.

“We feel that all (BN) component parties should go for the non-racial line, as the merging of these parties including those in Sabah and Sarawak will be able to give a new image to BN in order to win back public support and ensuring unity among party members.”

Chang said this after chairing the Gerakan Central Committee meeting, here, today.

In the GE13 on May 5, Gerakan only won only one parliamentary seat (Simpang Renggam in Johor) out of 11 it contested and three state seats (Pemanis in Johor and Tanjong Papat and Elopura in Sabah) out of 31 it vied for.

Chang said the party would discuss on accepting government posts at its next CC meeting scheduled for the third week of June.

He said the decision made on May 11 was too hasty as it was made only a few days after the GE13.

He felt that BN component parties, whether MCA or Gerakan, should accept the government posts offered although they lost badly in the GE13 so as to carry on with the BN government’s transformation.

“Unless you don’t agree with BN’s policy, you decline the post. But if you are still with BN, you must agree to accept the posts offered to ensure that BN and the prime minister (Datuk Seri Najib Tun Razak) could continue with their transformation agenda,” he said.

Asked on the Chinese community’s acceptance of Gerakan if it accepted the government posts offered, Chang said the decision to not accept any was made by the party’s Central Committee (CC), which could be changed, and not at the party’s annual general assembly.

“There must be change in line with the needs and wants of society and the non-acceptance (of government posts) should not be forever. So, the matter will be brought up again at the CC meeting for discussion,” he said.

Chang, meanwhile, slammed Pakatan Rakyat for holding public rallies here and there to protest against the GE13 results and also claiming that they (opposition pact) had won more popular votes than BN.

“They need to understand that Malaysia practises the Westminster system of electing a government, that is, based on the number of seats won and not the number of votes, while the GE13 results have also been generally accepted.

“If they want to change the general election system, they should follow the proper procedure by proposing the motion in Parliament and getting the support of the lawmakers, but not by holding demonstrations and inciting the public to hate the BN government,” he said.

Pembangkang Letakkan Selangor, P.Pinang Sebagai Kerajaan Haram

Posted: 22 May 2013 02:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengangkat sumpah sebagai menteri, namun dalam masa yang sama menafikan ketelusan sistem pengundian negara merupakan satu sikap 'double standard' yang terang lagi nyata, demikian menurut bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Malaysia (PKR), Ruslan Kassim.

Menurut beliau, jika kepimpinan Pakatan terus mempertikaikan ketelusan PRU ke 13 baru-baru ini, mereka yang mengangkat sumpah untuk jawatan Menteri dan lain-lain, sepatutnya meletakkan jawatan dan menumpukan sepenuh tenaga untuk terus membohongi rakyat.

"Kalau mereka anak jantan, lepas jawatan kerana mereka dipilih secara haram. Ini tidak, ambil jawatan tetapi dalam masa yang sama, kata sistem pilihanraya kita tidak adil. Jika tidak adil, masakan Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim berada di posisi mereka sebagai ketua negeri hari ini.

"Inilah sikap hipokrit kepimpinan Pakatan Pembangkang yang selektif. Bila menang mereka terima tetapi bila kalah, mereka tak dapat terima. Inilah sikap bias dan tidak adil yang mencerminkan sikap sebenar pemimpin pakatan," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, bahawa segala perhimpunan mempertikaikan ketelusan SPR yang dilakukan hari ini oleh kepimpinan Pakatan, hanyalah semata-mata untuk mewujudkan persepsi negatif di kalangan rakyat tentang sistem pilihanraya di negara ini.

"Kalau dulu, mereka hampir berjaya menanamkan persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional. Hari ini, mereka sedang berusaha pula untuk menanamkan persepsi negatif di dalam kepala rakyat tentang SPR.

"Sedangkan, hampir separuh dari tuntutan pakatan ketika himpunan bersih sebelum ini telah pun di persetujui dan diguna pakai oleh SPR. Tapi bila kemenangan tidak berpihak dari mereka, kepimpinan pakatan serta merta membuat provokasi dan fitnah mengatakan sistem PRU tidak telus dan sebagainya, yang didakwa merupakan punca kekalahan Pakatan Pembangkang," ujarnya.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa tidak ada cara lain lagi untuk menghentikan tindakan pemimpin pembangkang yang secara berterusan menghasut rakyat untuk mencetuskan huru hara, selain mengambil tindakan tegas kepada mereka berlandaskan undang-undang negara.

"Saya fikir, pihak berwajib tak usah bagi muka lagi pada mana-mana pemimpin Pakatan yang sehingga ke hari ini terus menghasut rakyat untuk memberontak terhadap kerajaan.

"Jelas hari ini, kepimpinan Pakatan seperti Anwar Ibrahim dan lain-lain lagi dengan sengaja melanggar undang-undang di negara ini. Tindakan tegas mesti diambil untuk memastikan keharmonian dan keamanan negara terus terkawal dan terpelihara," ujarnya. -MediaUMNO

Orang Ramai Dinasihatkan Tidak Berkunjung Tempat Berlaku Leptosirosis

Posted: 22 May 2013 02:17 AM PDT

NIBONG TEBAL, 22 Mei – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengunjungi kawasan yang pernah dikesan berlaku kes leptosirosis, demam akibat terkena kencing tikus, buat sementara waktu bagi mengelak terkena jangkitan virus berkenaan.

Menasihatkan demikian, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata virus kencing tikus sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

“Kawasan yang disahkan punca kepada penyebaran virus kencing tikus perlu ditutup sekurang-kurangnya enam bulan hingga ke setahun bagi memastikan tempat berkenaan benar-benar bebas daripada virus berkenaan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Pulau Pinang, di sini Rabu.

Akhbar pada Selasa melaporkan, Pusat Peranginan Lata Bayu, Asam Jawa, di Baling, Kedah, ditutup sementara kerana disyaki tercemar virus kencing tikus yang menyebabkan kematian seorang lelaki selepas berkelah di kawasan berkenaan, awal bulan ini.

Abu Hanifah Redzuan, 23, anggota kru produksi filem disahkan meninggal dunia Sabtu lepas di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, selepas dikatakan mengalami demam panas lebih seminggu lalu.

Selain Abu Hanifah, enam ahli keluarga mangsa yang turut mandi di air terjun itu, pada hari sama dilapor dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pemantauan doktor.

Hak Kebebasan Bersuara, Demokrasi Dalam DAP Hanya Cerita Bohong

Posted: 22 May 2013 02:09 AM PDT

PULAU PINANG, 22 Mei – Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin berkata, DAP sepatutnya berhenti daripada memperjuangkan hak kebebasan bersuara, demokrasi kerana mereka sama sekali tidak mengamalkan apa yang mereka perjuangkan.

Ini kerana ujarnya, DAP hanya menggunakan hak kebebasan bersuara sekiranya ia mendatangkan keuntungan untuk parti mereka dan jika sebaliknya, mereka pasti menggunakan mahkamah untuk menafikan hak tersebut.

Justeru tegas beliau kerana itulah Pengerusi DAP, Karpal Singh mengugut bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim agar menghentikan segala cerita dalaman parti itu kepada umum.

"Sebenarnya DAP takut. Parti DAP adalah parti penuh masalah dan mereka bimbang segala hal dalaman mereka diketahui umum malah ini bukan kali pertama mereka mengguna dan mengamalkan politik ugutan ini. Saya sendiri pernah kena dan kes berkenaan saya masih berlangsung di mahkamah.

"Jika parti mereka tidak ada masalah dan tidak ada apa yang mahu disorokkan, untuk apa mereka takut dengan apa yang didedahkan oleh Tunku Aziz. Kesimpulannya adalah, apa yang mereka katakan selama ini iaitu perjuangkan hak kebebasan bersuara adalah tipu semata-mata," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi,  DAP bukan sahaja mengamalkan politik ugutan ini kepada parti lawan mereka malah cara yang sama turut digunakan ke atas rakan sekutunya iaitu PKR dan Pas  agar mengikut telunjuk mereka.

"Lihatlah apa yang terjadi kepada  Dr. Hassan Ali apabila menyuarakan kebenaran. Hassan Ali akhirnya dipecat. Bukan Hassan Ali sahaja menerima nasib buruk begitu, sesiapa sahaja yang menentang pemimpin DAP pasti akan dipecat daripada parti.

"Sekiranya ugutan mereka tidak memberi kesan, tindakan undang-undang akan diambil bagi menyekat sesiapa sahaja yang tidak mengikut rentak acuan mereka. Ini sama seperti yang diamalkan parti komunis kerana hanya komunis yang tidak amalkan demokrasi," ujarnya lagi. – MediaUMNO

PDRM To Set Up Crime Prevention Departments At All Levels

Posted: 22 May 2013 12:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 22 – The Royal Malaysian Police (PDRM) will set up a Crime Prevention Department in Bukit Aman (Federal police hadquarters) and all state and district police contingent headquarters soon.

Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar said this was for better crime prevention in line with the demands of society other than comprehensively reducing the crime index.

In his first interview with the media in Bukit Aman today since succeeding Tan Sri Ismail Omar as IGP, Khalid said a director’s post would be created and police officers and personnel would be recruited to man the new department.

“We will table the proposal to the Home Ministry this month for the setting up of the departments,” he said.

Prior to this, PDRM, which has a strength of 120,000 officers and policemen, has eight departments, namely Criminal Investigation Department, Criminal Investigation Department (Narcotics), Criminal Investigation Department (Commercial), Management Department, Special Task Force (operations and counter-terrorism), Special Branch, Public Order and Internal Security Department and and Logistics Department.

Khalid, 55, replaced Ismail, 60, whose contract expired last Friday.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT