SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, May 16, 2013

UMNO Online - “Tengku Adnan Returns To Cabinet After Five – Year Hiatus” plus 9 more

UMNO Online - “Tengku Adnan Returns To Cabinet After Five – Year Hiatus” plus 9 more

Link to UMNO Online

Tengku Adnan Returns To Cabinet After Five – Year Hiatus

Posted: 15 May 2013 04:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 15  - Barisan Nasional (BN) secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 63, who was a minister five years ago, has returned to join the new cabinet of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak as federal territories minister.

Tengku Adnan, the member of parliament for Putrajaya, was a deputy minister in the Prime Minister’s Department in January 2001, and in November 2002, he was appointed minister in the Prime Minister’s Department until the 2004 General Election.

He was later re-appointed tourism minister in February 2006, until the 2008 General Election.

With a master’s degree in business management from the University of Southern California, USA and his background in business, Tengku Adnan who hails from Melaka was appointed director in several leading companies.

He is married to Datin Seri Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini and the couple has nine children, comprising four boys and five girls.

He became involved in politics at the age of 19, when he joined Umno and was made Setapak Umno Youth chief.

Tengku Adnan also held several important posts in Umno, including Umno Youth treasurer in 1988. He was elected as a member of the party’s Supreme Council in 1993, but failed to defend his post in 1996.

Perdana Menteri Umum Senarai Anggota Kabinet Transformasi

Posted: 15 May 2013 03:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Kabinet baharu Datuk Seri Najib Tun Razak yang diumumkan hari ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman, teknokrat dan wakil golongan muda yang diyakini mampu meneruskan agenda transformasi nasional.

“Saya yakin bahawa Kabinet ini mampu meneruskan momentum transformasi nasional di samping dapat meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” kata Perdana Menteri dalam satu taklimat kepada editor media sejurus sebelum mengumumkan senarai barisan Kabinet beliau.

“Saya yakin anggota Kabinet yang dilantik mempunyai kewibawaan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai anggota pentadbiran dan mempunyai tingkah laku yang disukai rakyat,” katanya.

Selain diperkukuhkan oleh dua wakil generasi muda, Najib turut membawa masuk Presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low, yang dilihat sebagai bukti keseriusan beliau untuk mempertingkatkan lagi integriti dalam kerajaan dalam usaha memerangi rasuah.

Pemilihan Presiden Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar menganggotai Kabinet Najib juga dilihat sebagai usaha serius perdana menteri untuk meneruskan pelaksanaan agenda transformasi ekonomi negara.

“Mereka yang merupakan teknokrat boleh menyumbang dari segi kepakaran khususnya yang ada pada mereka yang amat penting untuk menyumbang idea kreatif lagi bernas untuk pertimbangan kerajaan,” katanya ketika mengumumkan barisan kabinet di pejabatnya di Putrajaya.

Najib juga memperkenalkan kabinet yang mantap dengan mengurangkan bilangan kementerian kepada 24 dari 25, dan menyelaras beberapa aktiviti dan bidang tugas kementerian-kementerian.

Katanya antara kementerian yang diselaraskan ialah Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang digabungkan menjadi Kementerian Pelajaran yang akan diterajui dua orang menteri.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar diselaraskan menjadi Kementerian Wilayah Persekutuan, manakala portfolio kesejahteraan Bandar di bawah kementerian itu digabungkan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, katanya.

“Dengan ini fungsi kementerian tersebut mempunyai sinergi agar lebih efektif,” katanya.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan diselaraskan menjadi Kementerian Komunikasi dan Multimedia, manakala elemen kebudayaan dicantumkan dengan Kementerian Pelancongan.

“Dengan langkah tersebut, bilangan timbalan menteri dikurangkan kepada 27, kurang 11 berbanding 38 dahulu,” kata beliau.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata bilangan menteri hampir sama dengan Kabinet sebelum ini kerana Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah keluarga besar dan oleh demikian sukar untuk mengecilkan lagi saiz Kabinet kerana ia terpaksa menampung parti yang banyak.

Menyentuh ketiadaan wakil komponen BN, MCA dalam Kabinet beliau, Najib berkata Kementerian Pengangkutan yang dipangku seorang menteri (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) mungkin akan dipegang wakil parti tersebut sekiranya mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti itu memutuskan menarik balik keputusan tidak mahu menyertai Kabinet.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini mengumumkan kekal dengan keputusan parti untuk tidak menerima sebarang jawatan Kabinet sekiranya prestasi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih buruk daripada pilihan raya umum ke-12. MCA hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen daripada 37 kerusi pada PRU13 5 Mei lepas berbanding 15 kerusi pada 2008.

Najib menegaskan bagaimanapun anggota Kabinet beliau akan memberi khidmat kepada semua rakyat tanpa mengira kaum di mana yang patut, walaupun banyak  terdiri daripada Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

“Kita tidak boleh bersikap rasis, kita akan menjaga semua orang. Di kalangan bumiputera Sabah dan Sarawak ada yang beragama Kristian. Kita (BN) mesti bersikap moderat dan menjadi ‘centrist party (parti berpandangan moderat)’,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai langkah beliau membawa masuk Abdul Wahid dan Paul Low, Najib berkata beliau memerlukan sebuah pasukan yang kuat untuk mengurus transformasi ekonomi dan transformasi sosial.

Katanya pengalaman Abdul Wahid sebagai teknokrat di dalam bidang perbankan dipercayai dapat membantu kerajaan menjayakan lagi program transformasi, manakala Paul Low akan menumpukan kepada pengukuhan integriti menerusi Institut Integriti Nasional (IIN) dan menangani hal-hal berkaitan Biro Pengaduan Awam.

“Bagaimanapun Abdul Wahid akan mengambil tugas tiga minggu dari sekarang kerana beliau perlu menyelesaikan tugas beliau di Maybank terlebih dahulu.

“Paul Low sendiri tidak melihat diri beliau sebagai wakil Cina, tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia yang berminat dan berazam untuk berkhidmat,” katanya.

Najib berkata beliau berharap MCA akan dapat menyertai Kabinet beliau kelak kerana tanpa jawatan dalam kerajaan parti itu sukar untuk memulihkan kembali kedudukannya.

Senarai Menteri Kabinet Baharu Penggal 2013-2018

Posted: 15 May 2013 02:50 AM PDT

PUTRAJAYA, 15 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi mengumukan senarai kabinet beliau selepas Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum ke 13 pada 5 Mei lalu.

Berikut adalah senarai menteri bagi Kabinet baharu penggal 2013-2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak:

PERDANA MENTERI:

YAB DATO' SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:

YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:

YB DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
YB DATO' SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
YB SENATOR DATO' SRI IDRIS JALA (SENATOR)
YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
YB DATO' SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:

YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:

MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO' SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
MENTERI KEWANGAN II: YB DATO' SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:

YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:

MENTERI I: YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
MENTERI II: YB DATO' SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI PERTAHANAN:

MENTERI : YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB DATO' ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:

MENTERI : YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:

MENTERI : YB DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI KERJA RAYA:

MENTERI : YB DATO' FADILLLAH YUSOF (PBB)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

MENTERI : YB DATO' SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:

MENTERI : YB DATO' SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB DATO' HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:

MENTERI : YB DATO' HASAN BIN MALEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB DATO' PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:

MENTERI : YB DATO' SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB DATO' JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:

MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB DATO' ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

MENTERI : YB DATO' SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

MENTERI : YB DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB DATO' HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:

MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:

MENTERI : YB DATO' SERI SUBRAMANIAM (MIC)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:

MENTERI : YB DATO' SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:

MENTERI : YB DATO' SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB DATO' NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

MENTERI : YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB DATO' TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:

MENTERI : YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB DATO' JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:

MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)

TIMBALAN MENTERI:

 TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)

TIMBALAN MENTERI:

TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

10 Aku Janji Untuk MB Perlu Difahami, Ditaati Khalid Agar Tidak Tersasar

Posted: 15 May 2013 02:47 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 Mei – Sejarah yang tercatat ketika majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam menunjukkan keprihatinan Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap negeri Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang Yb Abdul Shukor Idrus berkata hakikat berkenaan memperlihatkan bagaimana kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid perlu menitikberatkan 10 akujanji yang disediakan sendiri oleh Tuanku.

Menurut beliau hakikat itu juga menujukkan bagaimana keseriusan Tuanku Sultan untuk menjaga kemakmuran di negeri tersebut.

"Kita berharap kerajaan negeri menitikberatkan apa yang telah disenaraikan oleh Tuanku Sultan dalam usaha memastikan kestabilan dan kemakmuran di Selangor terus terpelihara.

"Kita juga akan sama-sama memastikan apa yang dihasratkan oleh Tuanku Sultan dapat dilaksanakan dan sama-sama mentaati titah Tuanku Sultan Selangor untuk kepentingan bersama," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua melafazkan ikrar aku janji di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah semalam.

Ini merupakan pertama kali pemegang jawatan itu melafazkan ikrar aku janji.

Ikrar aku janji itu dilafazkan Abdul Khalid merangkumi 10 perkara yang perlu beliau penuhi dan patuhi dalam tempoh memegang jawatan itu.

Antara aku janji tersebut memastikan agama Islam tidak diganggu gugat, mempertahankan institusi raja, memastikan hak orang Melayu terpelihara dan menjaga hak sah kaum lain serta mendahulukan rakyat.

1.94 Juta Borang BE Diterima Setakat 2 Petang Sebelum Tempoh Berakhir 11.59 Malam Ini – LHDNM

Posted: 15 May 2013 02:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menerima 1.94 juta borang penyata cukai pendapatan bagi punca pendapatan bukan perniagaan (Borang BE) sehingga 2 petang ini iaitu hari terakhir penghantaran borang melalui kaedah e-Filing.

Pegawai Perhubungan Awam LHDNM Masrun Maslim berkata jumlah itu dijangka meningkat kepada kira-kira 2.25 juta borang menjelang 11.59 malam ini iaitu tempoh masa terakhir untuk orang ramai menghantar borang tersebut secara dalam talian.

Katanya peningkatan 10 peratus daripada sejumlah 1.76 juta borang BE yang diterima bagi tempoh yang sama tahun lepas menunjukkan orang ramai kini  memilih menghantar borang secara dalam talian kerana tidak perlu membuang masa pergi pejabat LHDNM.

Sambutan terhadap e-Filing amat menggalakkan kerana proses bagi pembayaran balik cukai terlebih bayar dapat dilakukan dengan cepat, katanya.

“Orang ramai kini mula sedar akan kepentingan menghantar borang tersebut lebih awal kerana tidak perlu mengejar masa selain individu yang terlebih bayar cukai pula boleh menuntut semula pembayaran tersebut daripada kami dengan cepat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ketika ditanya mengenai jangkaan berlaku sebarang kesesakan talian sepanjang malam nanti, Masrun berkata kapasiti talian LHDN untuk sistem e-Filing telah dipertingkat bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah teknikal dan member jaminan borang tersebut dapat diterima mengikut waktu yang sepatutnya.

“Kami ada menerima aduan orang ramai yang mengatakan talian untuk menghantar e-Filing agar perlahan namun mungkin ia berikutan talian internet mereka yang mempunyai masalah kerana kesediaan talian LHDNM telah ditambah baik untuk menerima penghantaran e-Filing yang banyak dalam satu-satu masa,” katanya.

Masrun berkata LHDNM mensasarkan sebanyak 2.8 juta orang akan menggunakan kemudahan sistem e-Filing bagi menghantar pelbagai borang cukai taksiran tahun ini kerana sebanyak 2.7 juta pengguna menggunakan sistem itu tahun lepas.

Pembangkang Tidak Perlu Malu Belajar Jadi Pembangkang Yang Bijak

Posted: 15 May 2013 02:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) telah mengembalikan mandat pentadbiran kerajaan Persekutuan kepada Barisan Nasional (BN) namun malangnya pakatan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terus-terusan membuat penafian dan menganggap terdapat penipuan dalam pelaksanaannya.

Penganalisis politik tempatan, Dr Noor Sulastri Yurni Ahmad, pakatan pembangkang memperbesar-besarkan keputusan dengan mengaitkan undi popular sedangkan sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep demokrasi berparlimen maka keputusan adalah dibuat mengikut kiraan undi.

"Dengan perlakuan yang dibuat oelh pakatan pembangkang iaitu menganjurkan pelbagai demonstrasi maka ia dilihat ibarat cuba menolak proses demokrasi yang berlangsung dengan andaian menyamakan negara ini sama seperti Amerika Syarikat dan Korea Selatan," katanya kepada UMNO-Online.

Ujar beliau, pakatan pembangkang seakan berada dalam 'sindrom penafian' dengan menganggap kemenangan BN dalam PRU13 adalah hasil daripada penipuan dan pelbagai penyelewengan termasuk oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Pakatan pembangkang cuba menunjukkan pada rakyat kononnya berlaku ketidaktelusan semasa PRU13 berlangsung supaya rakyat berasa marah dan menolak kerajaan yang ada pada hari ini," katanya.

Namun bagaimanapun, katanya ketelusan BN telah dibuktikan dan SPR turut memberi penjelasan dan meminta mana-mana pihak yang mempunyai bukti agar bawa kemuka pengadilan.

"Negara-negara luar yang menjadi pemerhati turut mengiktiraf kemenangan BN dan menggap bahawa perjalanan PRU13 adalah sempurna termasuklah Amerika Syarikat sendiri."

Terbaru, dilaporkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membuat panggilan telefon secara mengejut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyatakan, beliau memahami dan menerima proses serta keputusan PRU13 Malaysia pada Ahad lalu.

"Gerakan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang dengan penolakan yang cuba dimunculkan melalui demonstrasi bukanlah satu perkara baru kerana ia telah menjadi satu kebiasaan kepada pakatan pembangkang dalam melahirkan rasa ketidakpuasan atau mempunyai pertentangan dengan kerajaan.

"Persoalannya apakah hala tuju gerakan ini sedangkan pakatan pembangkang bukanlah dinafikan keseluruhannya kerana mereka turut mempunyai kerusi di Parlimen yang boleh dijadikan satu ruang utama untuk memberikan idea atau menyanggah apa usaha kerajaan."

Tegasnya yang juga pensyarah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya Anwar selaku ketua pembangkang sewajarnya sedar betapa pentingnya kedudukan pakatan pembangkang tanpa perlu mempergunakan rakyat dalam mainan politik mereka.

"Mereka membuat bantahan dan demonstrasi tetapi dalam masa yang sama mereka menerima kemenangan di negeri-negeri tertentu atas nama demokrasi maka sepatutnya mereka melakukan satu rangka kerja yang lebih mantap bagi menyaingi rekod pentadbiran yang dipegang oleh BN selama ini.

"Pembangkang yang bijak akan dapat memberi imbangan kepada sesebuah kerajaan sedangkan tingkah pakatan pembangkang di sini pula lebih cenderung kepada demonstrasi yang sengaja dibuat untuk meraih populariti ibarat tidak ada tanggungjawab pada rakyat hanya kerana mahu jadi pemimpin negara," tegasnya lagi . - MediaUMNO

Rakyat Kini Cuba Dijadikan Mangsa Tutup Malu Gagal Ke Putrajaya

Posted: 15 May 2013 01:35 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 Mei – Perbuatan serta tindak tanduk pembangkang yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan raya Umum (PRU)  lalu sebenarnya untuk menutup kegagalan mereka menawan Putrajaya.

Perkara itu ditegaskan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang melihat tindak tanduk mereka itu sebenarnya menyusahkan rakyat dan sewajarnya pembangkang mengambil langkah untuk sama-sama membina rakyat ke arah yang lebih baik dan bukannya melemparkan fitnah dan sebagainya.

"Kita lihat di kalangan mereka pun bercanggah pendapat…Kalangan pimpinan Pas pun tidak menyokong sepenuhnya tindakan tersebut dan kita lihat jika wujudnya kecelaruan itu, perhimpunan mereka merugikan rakyat…..rakyat dah pergi pilihan raya dan telah buat keputusan.

"Sekarang ini adalah masa untuk membina rakyat dan menunaikan janji. Pada pandangan saya tindakan tersebut hanya kepura-puraan yang besar yang perlu dihentikan serta merta. tak puas hati buat petisyen. Ikut undang-undang la… Cuma yang rosaknya ajak rakyat untuk menyertai perhimpunan tersebut…Tidak ada arah tuju. Menghabiskan masa rakyat dan mengelirukan mereka. Kena ingat dosa tetap dosa…dosa fitnah cukup besar," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Sementara itu Ahli Parlimen Setiu Che Mohd Zulkifli Jusoh pula berpendapat tohmahan pembangkang mengenai PRU lalu hanyalah sebahagian daripada misi mereka untuk menunjukkan pilihan raya di negara ini  tidak telus.

"Sepertimana yang telah diperkatakan oleh banyak pihak….kenapa boleh terima kemenangan dan bersikap sebaliknya apabila mengalami kekalahan..macam ada satu sindrom tidak puas hati. Itu yang saya nampak dalam soal ini.

"Keadaan itu boleh merosakkan negara dan juga rakyat. Sampai bila mereka harus bersikap demikian. Budaya sebegini seharusnya dihentikan…jika tidak dihentikan dikhuatiri boleh merosakkan pembangunan sebuah negara dan seluruh rakyat akan menerima tempiasnya," katanya. -MediaUMNO

Lapan Adun Angkat Sumpah Exco Perlis

Posted: 15 May 2013 01:11 AM PDT

KANGAR, 15 Mei –  Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perlis termasuk tiga muka baharu mengangkat sumpah jawatan anggota Majlis Msyuarat Kerajaan Negeri Perlis pada Rabu.

Istiadat mengangkat sumpah berkenaan dilakukan di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau dan turut disaksikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mereka yang dilantik sebagai anggota Exco itu ialah Adun kawasan Santan, Sabry Ahmad, Ahmad Bakri Ali (Kayang), Abdul Jamil Saad (Sena), Datuk Mat Rawi Kassim, (Beseri) dan Jafperi Othman (Guar Sanji).

Tiga muka baharu yang dilantik sebagai anggota Exco ialah Adun Mata Ayer Khairi Hasan, Mat bin Hassan (Kuala Perlis) dan Rela binti Ahmad (Bintong).

Bagaimanapun, Menteri Besar Perlis, Azlan Man belum mengumumkan portfolio yang bakal diterajui setiap anggota Exco kerajaan negeri.

Pengumuman portfolio itu dijangka dilakukan dalam tempoh terdekat.

Satu Portfolio Exco Kedah ‘Disimpan’ Untuk Wakil MCA – Mukhriz

Posted: 15 May 2013 12:56 AM PDT

ALOR SETAR, 15 Mei – Satu kekosongan jawatan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah “disimpan” untuk wakil daripada MCA manakala satu lagi kekosongan akan ditentukan kemudian jika perlu, kata Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata kekosongan jawatan Exco untuk MCA itu akan diisi jika kepimpinan pusat parti komponen Barisan Nasional (BN) itu membenarkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka dilantik sebagai Exco.

Katanya pihaknya telah menghantar surat kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bagi mengemukakan cadangan dan pandangan mengenai pelantikan Exco daripada wakil MCA.

“Harapan saya pihak MCA buat keputusan cepat, saya tak mahu perkara ini berlarutan panjang. Saya tak nyatakan secara khusus mengenai tempoh (untuk MCA beri jawapan), tapi harap keputusan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan Exco Kedah 2013 di Istana Anak Bukit, di sini Rabu.

Hari ini lapan Exco mengangkat sumpah memegang jawatan berbanding 10 Exco dalam kerajaan negeri sebelum ini.

Katanya Kedah boleh mengguna pakai kaedah pelantikan Adun Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong sebagai Exco Kerajaan Negeri Johor (yang dilantik Sultan Johor) sekiranya MCA tidak mengemukakan persetujuan untuk pelantikan wakil mereka sebagai Exco.

“Saya boleh persembah cadangan kepada Tunku Bendahara (Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan) untuk persetujui cadangan ini, Kedah boleh gunakan kaedah itu. Tapi kita hormati keputusan rakan-rakan daripada MCA, sebab tu tak nak paksa wajib ada wakil daripada Cina,” kata Mukhriz.

Beliau berkata portfolio yang disimpan untuk wakil daripada MCA itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), BN Kedah memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri, dengan Umno menang 19 kerusi manakala MCA dua kerusi iaitu Gurun dan Kulim.

Sementara itu, Mukhriz berkata lantikan Exco kali ini dibuat terus untuk satu penggal iaitu selama empat atau hingga lima tahun dan tidak akan lagi ada pelantikan setiap tahun seperti sebelum ini.

“Perkara itu telah mendapat perkenan daripada Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Bagaimanapun sebagai Menteri Besar, saya masih kuasa untuk membuat sebarang rombakan sekiranya perlu pada bila-bila masa,” katanya.

Mengenai lantikan dua Exco wanita, beliau berkata ia dibuat secara meritokrasi dan melihat keperluan-keperluan yang ada pada seseorang individu untuk memegang portfolio yang telah ditetapkan.

“Saya terkejut sebelum ini hanya ada seorang wanita di kalangan Exco, ia tidak terlintas bahawa dua itu ramai. Saya ingat minimum sepatutnya. Lantikan ini adalah berdasarkan merit,” katanya.

Beliau berkata lantikan itu dibuat setelah mengambil kira pengalaman seseorang itu daripada segi profesional atau sebaliknya dan yang lebih penting dapat membantu beliau dalam pentadbiran negeri.

“Saya harus akui bukan saja nak isi kuota dua orang, tapi lihat daripada segi meritokrasi,” katanya.

Mengenai projek-projek kerajaan negeri yang masih belum selesai, beliau berkata perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat Exco hari ini dan akan cuba menyelesaikan projek yang tertangguh secepat mungkin.

“Saya terima banyak laporan mengenai projek tertangguh dan akan berbincang mengenai perkara ini dalam mesyuarat Exco nanti,” katanya.

Mengenai portfolio untuk setiap Exco, beliau berkata ia tidak banyak berubah daripada sebelum ini cuma terdapat penambahan daripada segi sektor teknologi tinggi.

“Menjadi harapan saya untuk melihat Kedah maju dalam teknologi tinggi seiring dengan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri supaya ekonomi berteraskan pendapatan tinggi,” katanya.

IGP Warns Of Firm Action Against Those Instigating The People

Posted: 15 May 2013 12:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 15  - The police will take firm action against those instigating the people to take to the streets to topple a legitimate government.

Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar said the action of organisers whose provocation was aimed at instigating the people was against the law of the nation and could cause unrest.

“It is indeed, dangerous, using provocation to urge the people to take to the streets…in our law, no one can change the government through non-democratic means. It must be done in a democratic way,” he said.

He said this after making a courtesy call on Armed Forces chief Gen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin at the defence ministry, in conjunction with his retirement on Friday here today.

Ismail said, he and his deputy, Tan Sri Khalid Abu Bakar, had thought of the best way to tackle the situation, including taking suitable action against the organisers who tried to create chaos.

“The police will take preventive measures…any move to topple the legitimate government is against the law,” he warned.

Yesterday, a news portal issued a statement that a non-governmental organisation was allegedly urging the people to gather and protest against the general election which they claimed was not transparent.

Meanwhile, Ismail expressed full confidence in Khalid as his successor, whom he said was capable of boosting the dignity and image of the police.

“I am confident of Khalid. He is prepared, I have given him many opportunities to make preparations since two years ago. I am confident he can maintain the peace and ensure public security,” he added.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT