SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, May 2, 2013

UMNO Online - “Dr Yusof Qardawi Pun Tak Akan Terlepas Dituduh Penipu…” plus 9 more

UMNO Online - “Dr Yusof Qardawi Pun Tak Akan Terlepas Dituduh Penipu…” plus 9 more

Link to UMNO Online

Dr Yusof Qardawi Pun Tak Akan Terlepas Dituduh Penipu…

Posted: 01 May 2013 05:39 AM PDT

Pembangkang jalankan kempen “Tolak politik lucah”. BN bukan saja tolak politik lucah, malah BN kempen supaya tolak kelakuan lucah yang diamalkan oleh pemimpin pembangkang.

Sudah terdapat tanda-tanda dan kecenderungan baru di kalangan pemimpin pembangkang di mana mereka sudah mesra perbuatan zina yang keji dan Hadi Awang sendiri menyebutnya sebagai isu remeh.

Pembangkang kempen “tolak politik fitnah” dan bawa politik hujah. BN bukan saja tolak politik fitnah, malah BN menyeru supaya rakyat tolak pemimpin politik yang berhujah menggunakan kaedah pembohongan, fitnah dan dusta “ala-Anwar” yang digunakan sebagai senjata oleh pembangkang untuk mempengaruhi rakyat.

Pembangkang kononnya kempen “tolak politik ganas dan samseng” dan bawa politik sopan dan hemah.

BN bukan saja menentang keras politik ganas dan samseng, malah BN mengecam dan menyeru pembangkang supaya hentikan segala politik kotor, ganas, provokasi dan samseng yang semakin subur menjadi budaya politik pakatan.

Pendekatan kempen politik pakatan memang kronik dan penuh tipu daya yang mengelirukan. Segala politik kotor yang dijayakannya cepat-cepat “tuduh dan pre-empt” semua politik kotor ini dilakukan oleh UMNO.

Penggunaan dakwat kekal adalah hasil kejayaan desakan yang dibuat oleh pembangkang melalui Kempen Bersih. Bila permintaan dan desakan mereka dipenuhi oleh pihak SPR, sekarang mereka timbulkan pula keraguan dakwat kekal boleh dimanipulasi oleh SPR untuk menipu dalam Proses pengundian.

Tujuan pakatan bukan untuk melihat pilihanraya bersih dari penipuan kerana sebelum ini pun kejayaan mereka memenangi 5 negeri adalah hasil dari sistem yang diraguinya ini juga.

Hakikatnya, “kaedah menimbulkan keraguan” rakyat terhadap SPR adalah sebahagian dari modus operandi dan teknik pembangkang untuk menimbulkan keraguan rakyat terhadap SPR.

Hakikatnya, “kaedah menimbulkan keraguan” rakyat terhadap SPR adalah sebahagian dari modus operandi dan teknik pembangkang untuk menimbulkan keraguan rakyat terhadap SPR.

Seandainya mereka kalah, mereka berharap rakyat akan merasakan pembangkang kalah disebabkan penipuan SPR dan bukan disebabkan majoriti rakyat menolak mereka.

Cuba nilaikan. Bila dalam isu menghadapi PRU, mereka cari jalan timbulkan keraguan terhadap agensi pengendali PRU, iaitu SPR.

Bila pemimpin mereka bergelut dengan isu yang akhirnya akan diadili di mahkamah, mereka cepat-cepat cari jalan timbulkan keraguan rakyat terhadap institusi polis dan badan kehakiman kerana inilah institusi yang terlibat untuk meleraikan persoalan seseorang itu samada bersalah atau tidak.

Bila pemimpin mereka terkantoi dengan pendedahan video seks pulak, mereka cepat-cepat timbulkan keraguan kepada keaslian pembikinan video itu sendiri.

Tujuannya, agar rakyat menolak bahan video sebagai bukti dan mereka mahu rakyat berfikir video boleh dimanipulasi.

Hasilnya, apa yang mereka mahu ialah rakyat bersimpati dengan individu yang berbuat zina, dan sebaliknya memandang keji mereka yang mendedahkan perbuatan zina. Ini adalah hasil kejayaan gerakerja menimbulkan keraguan rakyat yang dijalankan oleh pembangkang.

Paling dahsyat menerima musibah dari kaedah menimbulkan keraguan ini adalah UMNO. Semua kerja keji dan kotor yang terjadi dalam negara, semuanya akan dibakulsampahkan kepada UMNO. Ini cara mereka menimbulkan keraguan rakyat terhadap UMNO.

Seorang yang dianggap begitu berkredibiliti sewaktu berada di pihak pembangkang pun secara tiba-tiba akan terus diragui kredibilitinya sebaik saja mereka membuat keputusan meninggalkan pembangkang.

Tunku Aziz, Ust Nasahrudin Mat Isa, Chandra Mudzafar, Dr Hassan Ali, Zul Nordin, Dr Sidek Baba, Dr Yusry Abim dan ramai lagi adalah di antara mangsa serangan pembunuhan karakter pihak pembangkang. Semua serangan dan label yang dicop kepada mereka adalah kaedah dan proses yang diaplikasi untuk mewujudkan keraguan terhadap peribadi dan kredibiliti mereka.

Malah Dr Yusof Qardawi sendiri pun akan diturunkan geraf kredibilitinya jika seandainya suatu hari nanti beliau menyatakan sokongan secara terbuka kepada DS Najib.

Jika Yusof Qardawi sendiri keluar menafikan ada membuat surat menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri, pihak pembangkang sendiri tidak akan percaya. Mereka lebih percayakan surat Qardawi yang dipalsukannya dari penafian yang dibuat oleh batang tubuh Qardawi sendiri.

Tengoklah nasib Dr Asri. Sekejap diakui dan sekejap dipertikaikan kredibilitinya, bergantung kepada apa yang disebut oleh Dr Asri.

Jika kenyataannya memberi kelebihan kepada pakatan, maka mereka anggap Dr Asri ada kredibiliti. Tapi bila kenyataannya dilihat merugikan pakatan, maka sekelip mata Dr Asri sudah jadi tidak berkredibiliti.

Itulah kaedah rasmi dan satu-satunya jalan yang ada pada pembangkang untuk terus bertahan dan membendung sokongan yang ada supaya tidak ditinggalkan oleh rakyat.

Sebenarnya, Teknik menimbulkan keraguan kepada pihak lawan ini telah bermula sebaik sahaja Anwar dipecat dari kerajaan, dan hingga hari ini itulah kaedah yang digunakan dalam usaha mereka untuk meraih pengaruh dan sokongan.

Setakat ini mana yang bodoh dan taksub serta gagal mengunakannakal sebaiknya memang berjaya mereka pengaruhi. Tapi, mana-mana yang masih guna akal dan pertimbangan yang waras, pembangkang tak akan boleh makan mereka mentah-mentah.

Kamarulzaman Kamdias

Rakyat Perlu Tolak Golongan ‘Ultra Kiasu’ – Dr Ridhuan Tee

Posted: 01 May 2013 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Rakyat perlu menolak golongan ‘ultra kiasu’ dan memilih calon yang boleh mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.

Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata ultra kiasu yang merujuk kepada keadaan ‘takut kalah’ sesuai dikaitkan dengan DAP, ekoran pendirian mereka yang menolak cadangan penubuhan negara Islam secara terang-terangan.

“DAP awal-awal dah cakap yang mereka tak mahu pada Islam…jadi saya umpamakan mereka ini sebagai golongan ultra kiasu atau dengan kata lainnya ‘asyik nak menang. Contohnya, mereka tidak mahu menerima perkara yang sudah termaktub di dalam perlembagaan seperti Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.

“Selain itu mereka (DAP) terang-terangan menolak dan tidak bersetuju sekiranya PAS ingin menubuhkan negara Islam, meskipun kita sedia maklum PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas sesi ulasan buku hasil karyanya yang bertajuk “Melayu Menjadi Minoriti Dalam Majoriti’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Rabu.

Turut hadir dan membuat ulasan mengenai buku tersebut bekas pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang.

Mohd Ridhuan berkata tindakan DAP yang tidak bersetuju dengan PAS untuk menubuhkan negara Islam serta mengamalkan undang-undang Islam membuktikan mereka musuh Islam yang nyata.

Katanya, tindakan DAP yang sering kali mempertikaikan sesuatu perkara dan menimbulkan isu-isu tertentu yang hakikatnya sudah termaktub di dalam perlembagaan menggambarkan sifat mereka yang cuba menjadi golongan majoriti di negara ini.

Justeru, Mohd Ridhuan berkata rakyat khususnya bangsa Melayu dan beragama Islam perlu bersatu padu, mempercayai antara satu sama lain dan mengenal pasti siapa ‘kawan dan siapa lawan’ agar tidak silap membuat percaturan pada PRU13 nanti.

“Kita perlu mempercayai sesama kita (Melayu dan Islam) sebelum kita mempercayai orang lain. Sekiranya calon yang bertanding sudah terang-terangan memberitahu pendirian mereka (menentang Islam), apakah kita mahu terus mengundi mereka,” katanya.

Beliau berkata jumlah majoriti bangsa Melayu yang ada pada hari ini tidak mustahil akan bertukar menjadi minoriti sekiranya mereka sendiri tidak mempertahankan apa yang mereka ada sekarang.

“Bagi mengekalkan jumlah majoriti itu, bangsa Melayu perlu sepakat dan tidak bergaduh sesama sendiri bagi mengelakkan individu lain mengambil kesempatan terhadap mereka,” katanya.

DAP Doesn’t Trust PAS, DAP “Hitching A Ride” On Pas For Malay Support, Says Muhyiddin

Posted: 01 May 2013 04:59 AM PDT

JELI, May 1 – DAP does not trust PAS, its ally in Pakatan Rakyat, but the party is merely “hitching a ride” on the Islamist party to garner support from the Malays, Tan Sri Muhyiddin Yassin said today.

The deputy prime minister said DAP leaders openly asking the non-Malays to reject PAS in Sunday’s election further exposed what has been “brewing” n the ranks of DAP and PAS.

“The two so-called allies in Pakatan Rakyat are not really aligned and on the same track to pursue their common goals.

“This is a peculiar alliance. If they’re truly united in a genuine coalition, they will ask voters to support anyone whom they have nominated, be they from DAP or PAS.

“Calling on non-Malays to reject PAS has exposed the secret that some party leaders in Pakatan Rakyat are not really comfortable with the three-party collaboration.

“Some leaders and members in DAP and PAS have been wrestling with their conscience about this “unholy alliance” until lately when they have to come in the open to speak up, to ask non-Malays not to support PAS,” he told reporters after attending the 1Malaysia People’s Gathering at Sekolah Kebangsaan Gemang, Ayer Lanas, field, here.

Johor DAP deputy chairman Norman Fernandez had recently urged non-Malays to reject PAS in this election as the Islamist party refused to budge from its hardline stand to implement hudud law (Islamic Penal Code) if Pakatan Rakyat was mandated to helm the federal government.

Making such a call meant that they were mo longer working in unison, Muhyiddin said, adding that some PAS leaders had said they need to convene a special assembly to discuss PAS’ future direction in Pakatan Rakyat.

“There’s already suspicion among their leaders and members, is it justified for PAS to continue to remain in Pakatan Rakyat?, this is dangerous for democracy in Malaysia.

“If the people make a wrong choice and pick the party whose components are in loggerheads on many issues, some may pull out from the opposition pact, the Pakatan Rakyat government will be an unstable government.” he said, urging the people to be careful when making their choice.

“The best is to opt for BN,” said Muhyiddin, who is BN deputy chairman.

The deputy prime minister said the Pakatan Rakyat came about in 2008 when their real intentions were not known and the people supported them, but now after five years, they were not aligned with each other.

“They’re now like a crack waiting to break up.

“They may think their strategy worked in the 2008 general election when the people did not know their “inner feelings” and the people voted for them and they retained Kelantan and captured Kedah, (Penang and Selangor), that’s why they were keen to continue the cooperation.

“But after five years, only now they can see the differences in ideology and the issues pursued are different like the Islamic State.

“This showed they are not united, now they are making known their stand that they are not united, only the top leaders are showing they are united but many of the grassroots leaders have rejected this fragile three-party coalition

“If the people give their mandate to Pakatan Rakyat to govern this nation, surely there will be a lot of problems that can destabilise the country,” he said.

Asked on talk that foreign funds have been brought in to finance Opposition’s campaigning, Muhyiddin said the appropriate authorities would monitor the matter.

He reminded political parties contesting in this election to refrain from indulging in unlawful activities.

Muhyiddin also said more Kelantanese were now supporting BN after the launch of the red wave campaign to change the PAS-led Kelantan state government.

“The Umno and BN leadership supports the wish of the Kelantan people who want Kelantan Umno and State BN chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed to be the menteri besar if BN wrests the state from PAS,” he added.

Pakatan Pembangkang Pakatan Bom Jangka, DAP Sudah Mula Letupkan

Posted: 01 May 2013 04:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Tindakan pemimpin DAP yang secara terang-terangan meminta rakyat untuk tidak memberikan sokongan kepada rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu Pas bukan sesuatu yang menghairankan kerana ia sememangnya sudah dijangka berlaku.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ir Idris Haron menganggap apabila DAP, Pas dan PKR membentuk satu pakatan maka ia umpama menghidupkan satu bom jangka yang akan meletup bila-bila masa.

"Pakatan pembangkang saling tidak akan berlaku jujur kerana antara ketiga-tiga parti terbabit saling memperkudakan antara satu sama lain untuk mencapai idealogi dan tujuan politik antara mereka," katanya kepada UMNO-Online.

Baru-baru ini, sebuah akhbar bahasa Inggeris telah melaporkan bahawa Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez mengeluarkan kenyataan menggesa rakyat Johor agar tidak mengundi Pas kerana yakin parti itu tidak ikhlas dalam perjuangan bersama pakatan selain mendesak agar DAP keluar dari pakatan selagi Pas masih menjadi sekutu mereka.

"Sejak dahulu lagi sememangnya banyak perbezaan antara kedua-dua parti ini apabil Pas yang lebih bersikap ekstrimis dalam Islam membentuk ikatan bersama DAP yang bersifat cauvinis sementara PKR pula lebih mengambil peluang terhadap kedua-dua sekutunya.

"Bom jangka yang diwujudkan dalam pakatan ini mula berfungsi apabila idealogi yang sememangnya bertentangan antara DAP dan Pas diangkat dalam pilihan raya ini," katanya.

Pada PRU 2008, pakatan pembangkang membentuk pakatan dan hasilnya PKR mendominasi jumlah kerusi apabila bertanding di 97 kerusi dan menang 31 daripadanya dan DAP bertanding di 47 kerusi dan menang 28 sementara Pas yang bertanding 66 kerusi hanya mampu memenangi 23 sahaja.

"Parti-parti pembangkang cuba meniru apa yang dilaksanakan dalam BN apabila membentuk satu pakatan dalam pilihan raya tetapi malangnya ia tidak dapat mencapai satu matlamat nyata sebagaimana BN lantaran idealogi dan hala tuju antara ketiga-tiga parti terbabit amat berbeza.

"Realitinya, BN melaksanakan kesepakatan bukan untuk kedudukan dan kuasa semata-mata tetapi apa yang paling penting adalah kedudukan rakyat dan negara ini sebagaimana gagasan yang dimanifestasikan oleh Datuk Seri Mohd Najib, 1Malaysia Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan." – MediaUMNO

Calon BN Masjid Tanah Sertai Konvoi Dekati Pengundi

Posted: 01 May 2013 04:39 AM PDT

ALOR GAJAH, 1 Mei – Ketua Puteri UMNO Melaka yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin mendekati pengundi dengan menyertai konvoi yang disertai lebih 50 kereta serta motosikal di kawasan parlimen berkenaan hari ini.

Beliau berkata konvoi ke seluruh ceruk parlimen itu bagi memperkukuhkan barisan jentera kempen BN menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13), sekaligus menterjemahkan semangat gelombang biru yang kini semakin menjadi pilihan setiap lapisan masyarakat di sini.

“Acara konvoi ini merupakan inisiatif peringkat parlimen bagi memperkenalkan semua calon di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjung Bidara, Lendu, Taboh Naning, Ayer Limau dan Kuala Linggi kepada seluruh pengundi.

“Konvoi ini berpecah kepada lima kumpulan menuju ke lima DUN berkenaan, seterusnya mendekati masyarakat setempat sambil mengedarkan risalah berkaitan calon serta menagihkan buku Aku Janji BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini," katanya di Bilik Gerakan BN Parlimen Masjid Tanah, di sini hari ini.

Program anjuran Pergerakan Puteri UMNO bahagian Masjid Tanah itu adalah satu daripada strategi proaktif menjelang hari pengundian yang dilaksanakan bersama jentera parti.

Seramai 200 anggota Puteri UMNO cawangan Masjid Tanah menyertai konvoi itu yang diketuai Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO bahagian Masjid Tanah, Marlina Rasul bagi pengundi khususnya golongan muda.

Mas Ermieyati, 37, antara muka baharu calon BN berkata dengan empat hari lagi sebelum hari pengundian pada Ahad ini sehingga hari ini, beliau sudah berjumpa 65 peratus pengundi di sini dan penerimaan mereka terhadap beliau amat positif.

300 Penduduk Dakwa Dipermainkan Kerajaan Selangor Dalam Isu Tawaran Tanah

Posted: 01 May 2013 04:31 AM PDT

SABAK BERNAM, 1 Mei  - Seramai 300 penduduk Kampung Sungai Tengar Utara di sini mendakwa mereka telah dipermainkan oleh kerajaan Selangor berhubung isu tawaran hak pemilikan tanah rizab yang dibuat pada Mei 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Ahmad Ibrahim, 65, berkata penduduk kecewa dengan tindakan kerajaan Selangor yang menolak permohonan itu selepas tiga tahun menanti status mengenainya.

“Kesemua kami sebelum ini telah membuat bayaran sebanyak RM380 termasuk RM30 duit borang permohonan yang dibayar kepada wakil Pusat Khidmat Masyarakat di kampung ini selepas ditawarkan untuk memiliki tanah rizab.

“Sejak itu pelbagai isu timbul dan kami menjumpai borang permohonan yang telah diisi itu dibuang ke dalam longkang pada Jun 2010, namun kami tetap bersabar. Bagaimanapun tiba-tiba kami mendapat surat permohonan dibatalkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad berkata kumpulan penduduk kampung itu membuat bayaran dan mengisi borang berkenaan untuk memohon kepada kerajaan negeri bagi mendapatkan tanah kira-kira 0.1 hektar setiap seorang, sebagai tapak rumah.

Lebih mengejutkan katanya, pada 22 April lepas kesemua penduduk terbabit menerima surat daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang  memberitahu permohonan berkenaan ditolak bersama sekeping cek bernilai RM500.

“Apa tujuan mereka berikan cek dengan nilai itu, bayaran yang kami buat hanya RM380, jadi RM120 itu untuk apa. Kami kecewa kerana kami mahukan tanah bukan wang. Saya kecewa apabila kerajaan Selangor menganggap hal ini selesai apabila telah pulangkan duit permohonan bersama duit lebihan itu,” katanya.

Beliau juga hairan mengapa PKPS yang menggeluarkan surat dan bayaran itu.

Alsa Alias, 47, yang telah menetap di kampung itu sejak enam tahun lepas, berkata kesemua pemohon berasa mereka telah diperbodohkan oleh kerajaan negeri dan mereka kecewa apabila harapan untuk mendapatkan tanah diganti dengan wang RM120.

“Jangan memperlekehkan kami, janji mahu tolong rakyat dapat tanah tetapi tiba-tiba diam tolak permohonan dan cuba tutup mulut kami dengan wang. Ini seperti satu penghinaan kepada kami semua yang sangat-sangat mengharap tanah itu untuk membina kediaman,” katanya.

Get Facts Rights On Govt Financial Management, Ahmad Husni Tells Opposition

Posted: 01 May 2013 04:23 AM PDT

IPOH, May 1  - The opposition should get their facts right before raising the question on government financial management particularly on debt-to-gross domestic product (GDP) ratio, says Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

He also said the country has a fiscal prudence policy where the debt-to-GDP  ratio must be kept below the 55 per cent threshold.

“We have the ability to repay the loans because we make projections in our budget forecast on payments that must be made,” Ahmad Husni told reporters at a community service programme here today.

He pointed out that there was an increasing trend of debt-to-GDP ratio which saw the United States debt-to-GDP ratio rise to 106.5 per cent in 2012, the United Kingdom (90.3 per cent), Japan (237.9 per cent).

Singapore grew to 111.0 per cent in 2012 (105.2 per cent in 2011), Germany rose to 82.0 per cent in 2012 (80.5 per cent) and Malaysia also increrased to 53.7 per cent last year (51.8 per cent).

“These countries also have higher debt-to-GDP ratio. If, let’s say, the financial management is not right here, can you say other financial management methods are also not right?”, asked Ahmad Husni, who is also Barisan Nasional candidate for the Tambun parliamentary seat.

On the opposition’s promise to abolish toll, he said the government has to pay compensation amounting to RM6 billion, annually, to the highway  oncessionaire companies and it would cost more than RM100 billion if the government were to take over the highways.

“We always have to think whether the opposition’s manifesto is realistic or not, that is the issue,” Ahmad Husni said, adding that they have studied the opposition’s manifesto and advised the rakyat not to be deceived by it.

The study showed that their manifesto is not doable because the country’s fiscal deficit would increase to 11.5 per cent and increase the debt-to-GDP ratio to 62.1 per cent, he said.

“When the country’s financial position deteriorates, credit-rating agencies might downgrade our rating and this will have a systemic effect that causes economic shrinkage.

“That’s why we need prudent financing so that we can sustain the financial and economic growth of this country,” Ahmad Husni added.

Najib Is World’s 11th Most Popular Political Leader, First In Malaysia On Social Media

Posted: 01 May 2013 04:18 AM PDT

KUALA TERENGGANU, May 1 – Datuk Seri Najib Tun Razak has been listed as the world’s 11th most popular political leader and Malaysia’s most popular based on the findings of an internet monitoring site, Sosialbakers.

Commenting on the report before attending the gathering of Rela members at the Islamic Civilisation Centre here today, the prime minister said 11 had always been his favourite number.

Meanwhile, Youth and Sports Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said the report showed that Najib was popular among youths who increasingly engaged in social media.

“This reflects the prime minister is not only popular in Malaysia, but also around the world,” he told Bernama.

According to Sosialbakers (www.sosialbakers.com), Najib’s Twitter (@NajibRazak) recorded the highest number of followers at 1.5 million with the number of followers registered last month at 100,312.

In Malaysia, Najib was trailed by Home Minister Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein’s Twitter in the second place with 477,893 followers followed by PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim, third, with 278,535 followers and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin, fourth, with 264,734 followers.

As for Facebook, Najib recorded the second highest “likes” after former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saiful Bukhari Terus Konsisten Dapat Keadilan Dalam Kes Liwat

Posted: 01 May 2013 04:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Mei –  Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Rabu sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan terus konsisten dalam usaha mendapatkan keadilan bagi dirinya dalam kes diliwat bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

” (Saya) akan terus doa, sabar dan istiqamah,” katanya dalam tweetnya yang terbaharu dalam akaun twitternya hari ini berikutan perkembangan terbaharu melibatkan kes berkenaan.

Hari ini bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim pada satu sidang media mengumumkan menarik balik kenyataannya awal Mac lalu yang mendakwa anaknya diperguna oleh pihak tertentu untuk mendakwa Anwar.

“Saya sudah insaf dan terlanjur serta mahu kembali ke jalan kebenaran. Tidak terlambat untuk memohon maaf kepada mereka,” katanya di sini, Rabu.

Azlan berkata beliau kini kembali berpegang kepada keyakinan bahawa anaknya diliwat seperti apa yang didakwanya di mahkamah, dan bukan konspirasi politik untuk menjatuhkan ketua umum Parti Keadilan Rakyat itu.

Mohd Saiful dalam tweetnya juga berkata: “Jika bapa jujur dan ikhlas, syukur Alhamdullilah. Yang hak pasti berdiri, janji Allah pasti.”

Bekas pembantu Anwar dalam tweet keduanya meminta bekas majikannya itu menghentikan apa yang beliau sifatkan sebagai “permainan jijik kamu.” “Wang tidak dapat menghapuskan kebenaran,” katanya.

Mohd Saiful juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan beliau.

Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari.

Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Rakyat Terengganu Diminta Pastikan Tidak Kembali Ke Zaman Kegelapan – Najib

Posted: 01 May 2013 03:58 AM PDT

SETIU, 1 Mei –  Rakyat Terengganu harus membuat pilihan tepat dalam pilihan raya umum (PRU) Ahad ini bagi memastikan negeri ini tidak kembali ke zaman “kegelapan” semasa di bawah pentadbiran Pas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Meminjam slogan calon Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh, “masihkah kau ingat,” Perdana Menteri mengingatkan rakyat Terengganu bagaimana Pas semasa mentadbir negeri ini telah menutup tadika, gagal menguruskan sampah sarap serta tidak menunaikan janji untuk melaksanakan hukum hudud.

“Jika rakyat terus beri kepercayaan kepada BN, Insya-Allah, Dasar Transformasi Nasional akan diteruskan, dan landskap negeri Terengganu ini akan berubah hebat dalam beberapa tahun akan datang,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 penduduk Setiu yang hadir pada majlis penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012 di Kampung Bukit Wan di sini, Rabu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dan calon Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

Najib yang juga Pengerusi BN berharap rakyat Terengganu akan terus memberi kepercayaan dan mandat kepada kerajaan negeri bagi memastikan negeri ini kekal milik BN.

Beliau juga turut mengingatkan rakyat Terengganu supaya memberi mandat yang kuat kepada BN untuk membolehkannya membentuk kerajaan di peringkat nasional.

Najib berkata kesatuan parti dalam pakatan pembangkang hanya sekadar demi politik semata-mata tanpa perjuangan dan ideologi yang selari.

‘Ini semua politik…kawan dengan (Lim) Kit Siang pun politik…(Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) pun dah mengaku bukan dia setuju dengan DAP, PKR. Tapi kalau tidak setuju kenapa nak bergabung?

“Bila nak bergabung tapi hati tak setuju, itu maknanya retak menanti belah…jadi bagaimana kita hendak letak kepercayaan (pada pembangkang), ” katanya.

Najib turut menyelar janji Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak yang disifatkan hanya ‘drama’, dengan mengambil kira perkembangan terkini di Indonesia mengenai keputusan kerajaan republik itu untuk menaikkan harga minyak.

“Dia ingat senang nak turunkan harga minyak, elektrik, air dan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)? Kalau senang kenapa negara lain tak buat?

“Indonesia yang merupakan negara pengeluar minyak yang lebih besar dari kita pun nak naikkan harga minyak kerana terpaksa menanggung subsidi yang berat dan membebankan,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga memutuskan untuk menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bukannya menurunkan harga minyak bagi memastikan tidak berlaku ketirisan dalam agihan bantuan dan hanya mereka yang layak mendapat manfaatnya.

Dalam pada itu, Najib mahu rakyat menilai antara reformasi pakatan rakyat yang memecah-belah rakyat dan agenda transformasi BN yang mengajak rakyat melakukan yang lebih baik untuk negara.

Najib berkata sebagai kerajaan, BN sudah mempunyai visi jelas untuk masa depan rakyat berpandukan agenda transformasi nasional dengan transformasi luar bandar menjadi antara agenda utama.

Terdahulu, Najib berkata beliau yakin sokongan padu yang ditunjukkan masyarakat luar bandar terhadap Barisan Nasional (BN) sekarang berdasar kepada keyakinan mereka bahawa hanya kerajaan BN yang mampu mengubah kehidupan komuniti di kawasan itu.

Beliau juga percaya sokongan itu diberi kerana masyarakat luar bandar sudah kecewa dengan sandiwara dan penipuan pakatan PKR-DAP-Pas selama ini.

“Ke mana saja saya pergi, boleh dilihat terutamanya di kampung dan desa, masyarakatnya penyokong tegar BN.

“Bila saya tanya diri sendiri (asas sokongan bertambah), saya simpulkan bahawa mereka (masyarakat luar bandar) dapat menilai bahawa selama ini yang mengubah keadaan hidup mereka di luar bandar adalah kerajaan BN,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT