SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, May 27, 2013

UMNO Online - “BN Need To Be Brave, Change To Remain Relevant – PM” plus 2 more

UMNO Online - “BN Need To Be Brave, Change To Remain Relevant – PM” plus 2 more

Link to UMNO Online

BN Need To Be Brave, Change To Remain Relevant – PM

Posted: 26 May 2013 01:15 AM PDT

PEKAN, May 26 – Barisan Nasional (BN) must adapt to changes in terms of strategy if it wants to remain relevant in a more challenging political landscape after the 13th General Election said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, today.

Najib said since the political landscape of the country was changing rapidly through the process of urbanisation, education, quality of living, information technology, the formula used by BN all these years may not be relevant any more.

“We cannot expect the formula used now would be suitable in the future. We must be open minded and be pragmatic not dogmatic,” he said when speaking at the Pekan Umno Division’s thanksgiving ceremony at Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, here, today.

Also present were winners of the four state seats in Pekan, Khairuddin Mahmud (Pulau Manis), Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (Bebar), Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali (Peramu Jaya) and Datuk Abu Bakar Harun (Chini).

Najib who is also the BN chairman said the coalition’s ability to retain power after the 13th General Election showed that the party was unique in its own way.

“No political party in a democratic parliament can boast of having maintained a success record of having been in power continuously,” he said.

The Prime Minister said what was important was to be brave to bring about changes to revitalize the image of the party so that the people can continue to accept the party since the coming general elections are going to be more challenging.

Najib said BN must find out the reasons as to why the people did not support the coming in the 13th General Election.

“In an open democracy, it is impossible to gain 100 percent support but if we are determined, sincere and honest, we can regain the support of the people,” he said.

In the just concluded 13th General Election, Najib secured a bigger majority of votes in the Pekan parliamentary seat with 51,278 compared with the previous count of 35,613 votes, en route to beating PKR’s Fariz Musa who managed only 15,655 votes.

The BN also won all four state seats under the Pekan parliamentary constituency, namely Bebar, Chini, Pulau Manis and Peramu Jaya.

Najib also reminded all elected representatives to serve the people sincerely and not be blinded by power. – MediaUMNO

PRU13 Sudah Berakhir, Kini Masa Bekerja – Mustapa Mohamed

Posted: 26 May 2013 01:10 AM PDT

KOTA BAHARU, 26 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengajak semua pemimpin yang dipilih pada pilihan raya umum ke-13 lalu bekerja dan memberi tumpuan kepada rakyat kerana pilihan raya sudah berakhir.

Katanya jika pemimpin masih leka bercakap di pentas politik, program pembangunan dan kebajikan rakyat yang dirancang tidak akan terlaksana.

“Ini satu keadaan yang tidak sihat… rakyat sudah buat keputusan dan sekarang tumpu perhatian untuk membina minda masyarakat serta menyatupadukan semula masyarakat, ” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama Kakitangan Pejabat Pelajaran Negeri (JPN) di sini, hari ini.

Mustapa berkata ceramah politik yang berterusan boleh menimbulkan kesan buruk terhadap masyarakat di samping menggalakkan berlaku perpecahan dalam masyarakat khususnya sesama umat Islam di negara ini.

“Kalau setiap hari kita berpolitik maka ini akan membuang masa dan merugikan negara kita serta boleh memecah belahkan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata pemimpin perlu bersama JPN memikirkan cara untuk meningkatkan prestasi pelajar di Kelantan selain mengadakan program dakwah bagi memelihara akhlak pelajar.

“Banyak lagi perlu kita lakukan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar di negeri ini. Di samping kecemerlangan akademik, mereka juga perlu menjaga akhlak dan sahsiah diri,” katanya.

Mustapa berkata dari segi peratusan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam, majoritinya adalah pelajar dari Kelantan, tetapi pendekatan baharu perlu diwujudkan bagi meningkatkan kejayaan mereka.

Katanya guru Pendidikan Islam perlu bergiat aktif bukan sahaja di sekolah tetapi juga perlu terlibat dalam program di luar sekolah bagi melahirkan masyarakat yang bersatu.

“Di Kelantan kita ada lebih kurang 3,000 orang guru Pendidikan Islam yang boleh menjadi nadi bagi menggerakkan program-program dakwah bagi melahirkan masyarakat islam yang kuat kerana inilah sumber kekuatan kita, ” katanya. – MediaUMNO

BN Perlu Berani Untuk Terus Relevan, Kata Najib

Posted: 26 May 2013 01:01 AM PDT

PEKAN, 26 Mei – Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan daripada segi strategi, pendekatan, pembaharuan program dan lebih pragmatik untuk terus kekal relevan pada pilihan raya umum ke-14 nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata landskap politik negara yang terus berubah pantas menerusi proses urbanisasi, pendidikan, taraf hidup dan perkembangan teknologi maklumat, memperlihatkan formula yang diguna pakai BN selama ini mungkin sudah tidak relevan lagi.

“Kita tidak boleh anggap apa yang telah diguna pakai selama ini dianggap sesuai pada masa akan datang, kita mesti bersikap terbuka, pragmatik dan bukannya dogmatik,” katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Ishak Muhammad, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebar Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Adun Chini Datuk Abu Bakar Harun, Adun Peramu Jaya Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali dan Adun Pulau Manis Khairuddin Mahmud.

Beliau berkata kejayaan BN mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lepas memperlihatkan bahawa ia adalah sebuah parti yang cukup unik.

“Tiada parti politik dalam demokrasi parlimen terbuka boleh mengekalkan rekod kejayaannya sepertimana yang dicapai BN. BN berjaya mempertahankan rekod kecemerlangan secara tidak putus, sambung-menyambung,” katanya.

Najib berkata apa yang penting BN perlu berani membawa unsur-unsur perubahan yang segarkan imej parti supaya terus diterima rakyat kerana pilihan raya akan datang dilihat akan lebih mencabar.

“Kita kena berani berubah sebelum rakyat berubah, lakukan perubahan lebih sebab sekali pun kita berkuasa sekian lama, budi yang kita tabur bukanlah hak kita untuk kita terus memimpin (untuk dipilih),” kata beliau.

Najib berkata BN juga perlu mengenal pasti sebab musabab mereka yang tidak menyokong parti itu pada PRU13.

“Dalam demokrasi terbuka, mustahil bagi kita untuk dapatkan sokongan 100 peratus tetapi kalau ada kesungguhan, ikhlas, berdiri atas kebenaran, rakyat akan sokong kita akhirnya,” katanya.

Pada PRU13, 5 Mei lepas, Najib mempertahankan kerusi Parlimen Pekan dengan kemenangan lebih besar apabila mengalahkan calon PKR Mohd Fariz Musa dengan majoriti 35,613 undi.

BN juga memenangi keempat-empat kerusi DUN di Parlimen Pekan iaitu Bebar, Chini, Pulau Manis dan Peramu Jaya.

Najib turut mengingatkan semua pihak supaya merapatkan kembali barisan, mengambil yang jernih dan buang yang keruh selain meningkatkan kekuatan sedia ada dan menangani kelemahan bagi menghadapi cabaran PRU akan datang.

“Kepada semua wakil rakyat, berilah perkhidmatan terbaik kepada rakyat, matlamat kita bukan nak jadi wakil rakyat atau mahukan kuasa semata-mata tetapi keinginan untuk berkhidmat kepada rakyat, jangan sombong dan mungkir janji,” katanya. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT