SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, May 6, 2013

UMNO Online - “Lapan Puluh Peratus Keluar Mengundi Bagi PRU 13, Tertinggi Dalam Sejarah” plus 3 more

UMNO Online - “Lapan Puluh Peratus Keluar Mengundi Bagi PRU 13, Tertinggi Dalam Sejarah” plus 3 more

Link to UMNO Online

Lapan Puluh Peratus Keluar Mengundi Bagi PRU 13, Tertinggi Dalam Sejarah

Posted: 05 May 2013 02:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Mei  - Sebanyak 80 peratus daripada 12,992,661 pengundi berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hari ini, peratusan tertinggi pernah dicatatkan dalam PRU di negara ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesemua pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.

Sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh Negara melibatkan 25,337 saluran tempat mengundi, dengan 80 peratus daripadanya membabitkan bangunan sekolah, dewan serba guna dan balai raya.

Dua pusat mengundi bagi dewan undangan negeri (DUN) Tungku, di daerah Tanjung Labian dan Tambisan, dan satu lagi di kawasan DUN Lahad Datu, di daerah Sakar, Sabah, ditutup pada pukul 3 petang.

Pengiraan undi dijangka bermula pada pukul 5.30 petang diikuti dengan proses penjumlahan undi selepas itu.

Keputusan pertama dijangka diketahui pada kira-kira pukul 7.30 malam.

BN Will Return To Power In This Election, Says Rais

Posted: 05 May 2013 02:19 AM PDT

KUALA KLAWANG, May 5  - Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim today expressed confidence the Barisan Nasional (BN) will return to power in this general election.

Rais said he was basing his confidence on the progress and achievements brought by the coalition government to improve the people’s quality of life after more than five decades helming the nation.

“This reflects BN’s services and contributions made to the people and country. It’s not because of criticisms faced by BN.

“Parents, students and villagers understand BN’s services and contributions,” he told reporters after voting at Kampung Gagu community hall, here. His wife, Datin Seri Masnah Rais, also voted at the same polling centre.

“In the heat of the general election campaign, it’s normal for BN to face pressures and criticisms from DAP, PAS and PKR,  nevertheless such attacks will not influence voters.

“I’m confident the Jelebu parliamentary seat will remain with BN in this election,” said Rais, who is not defending the seat in this election.

Rais said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak as Umno president and BN chairman would be with the people tonight to observe BN’s return to power as a memorable event.

“Let’s pray there will be no untoward incidents in the country and let us prove that we are capable of managing a smooth polling process in a democratic system like in this 13th General Election.

“A smooth election process has been our tradition all this while,” he said.

Wishing BN all the best to be returned to power, Rais advised voters to exercise their electoral rights wisely and come out to vote early as the erratic weather in the evening might affect the mood to vote.

Jelebu Umno division vice-chief Zainudin Ismail is BN’s hopeful for the seat. He faces PAS’ Raj Munni Sabu in a straight fight.

Jangan Berkumpul di Luar Pusat Mengundi Selepas Pukul 5 Petang – Polis Selangor

Posted: 05 May 2013 02:12 AM PDT

SHAH ALAM, 5 Mei –  Polis Selangor memberi amaran kepada orang ramai agar tidak berhimpun di luar pusat pengundian selepas tempoh mengundi tamat pada pukul 5 petang ini.

Ketua Jabatan Pengurusan Polis Selangor ACP Hasanuddin Hassan berkata perkara itu bagi memudahkan urusan penghantaran peti undi ke tempat penjumlahan undi yang telah ditetapkan.

“Kita tidak mahu mereka berkumpul sehingga akhirnya boleh mencetuskan suasana yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita, di sini.

Hasanuddin berkata mereka yang enggan mematuhi arahan itu boleh ditahan di bawah Seksyen 141 Kanun Keseksaan kerana melakukan perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Mengulas perjalanan pengundian di negeri itu, Hasanuddin berkata setakat tengah hari ini polis tidak menerima laporan berkaitan kekecohan atau kewujudan pengundi hantu.

“Sebaliknya kita telah menerima lapan laporan melibatkan dakwat kekal yang hilang selepas dicuci setakat pukul 12.30 tengah hari tadi,” katanya menambah tiga laporan masing-masing di Hulu Selangor dan Gombak, manakala dua lagi di Serdang.

Laporan itu akan diserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tindakan lanjut, katanya.

Tiada Sebab Pertikai Proses Pilihan Raya – Najib

Posted: 05 May 2013 02:02 AM PDT

PEKAN, 5 Mei –  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan kaedah penggunaan dakwat kekal yang diperkenalkan buat kali pertama oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum ke-13, tiada sebab untuk proses PRU13 dipertikaikan.

Perdana Menteri berkata setakat ini beliau melihat kaedah baharu itu tidak menimbulkan sebarang kesulitan sekaligus yakin proses pengundian hari ini akan berjalan dengan lancar.

“Saya lihat PRU kali ini dengan kaedah baharu ini berjalan dengan begitu lancar, tidak timbul sebarang kesulitan termasuk penggunaan dakwat kekal.

“Jadi tiada sebab mengapa PRU ini nak dipertikaikan oleh sesiapa pun.

“Saya puas hati dengan prosesnya dan saya puas hati dengan kredibiliti PRU kali ini tambahan kita ada pemerhati dari dalam dan luar negara dengan perjalanan (pengundian) yang begitu telus,” katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Najib juga yakin BN akan mendapat mandat yang besar kali ini dan seluruh rakyat Malaysia akan menerima keputusan yang dibuat hari ini.

“Saya percaya rakyat akan buat keputusan bijak, yang penting adalah tahap keyakinan masa depan negara kita dan kalau mereka (rakyat) buat penilaian, saya yakin berdasarkan pada kemampuan kita selama empat tahun ini, dasar transformasi nasional benar-benar dapat dilaksanakan dengan jayanya,” kata beliau.

Menurutnya sekiranya BN diberikan mandat lima tahun lagi untuk memerintah, beliau yakin keadaan ekonomi dan sosial negara akan bertambah baik dalam menuju Wawasan 2020 yang akan tiba tujuh tahun lagi.

“Jika kita dapat mandat untuk lima tahun akan datang, Insya-Allah keadaan negara akan bertambah lebih baik dan menjurus kepada usaha mencapai wawasan negara,” kata Najib.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT