SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, May 25, 2013

UMNO Online - “Proposal To Turn BN Into A Single Party Rational, Needs Study – Muhyiddin” plus 2 more

UMNO Online - “Proposal To Turn BN Into A Single Party Rational, Needs Study – Muhyiddin” plus 2 more

Link to UMNO Online

Proposal To Turn BN Into A Single Party Rational, Needs Study – Muhyiddin

Posted: 24 May 2013 12:17 AM PDT

PHUKET, May 24 – Malaysia’s Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said the proposal to turn Barisan Nasional (BN) into a single party is rational and needs to be studied in detail to ensure continuous support from the people in future.

He said the major and significant proposal to ensure that the BN remained relevant must be considered immediately by every component party and given a response as soon as possible if the results of the recent general election were to be taken into account.

“After taking into consideration what had transpired in the last general election, BN leaders had posed the question whether the BN should be reviewed because the collaboration that existed currently was based on the merger of the 13 parties which had become components of the BN with each party having its own constitution and were merely merging based on the BN name.

“There were those who felt that now was probably the time for the merger to be formed in a more concrete manner, that is, the BN as a political party and nolonger a merger of various political parties,” he said when commenting on the proposal by the Gerakan party that called for the BN to be in the form of a single party as stated by its acting president Datuk Chang Ko Youn, two days ago.

Speaking to reporters during his visit here, Muhyiddin said there was basis in the suggestion but it called for every component party to undertake an in-depth study by obtaining feedback and views from the respective party members because it involved the structure of its formation and organisation.

He said although the suggestion might receive objections, it was important that all party members looked ahead and if they felt that it should be implemented, an implementation mechanism that could be accepted by all members of the BN component parties must be submitted immediately.

“This is more than a matter of self-evaluation, we must look at the existing BN structure to see whether the time has come for the formation of a party to be named the BN, and no longer in the form of a merger of BN component parties but the BN as a single political party,” he said.

In this regard, he suggested that a political laboratory be set up to come up with ideas on the new format for the BN as suggested where everyone, including non-members of the party who were concerned about the future of the nation and wished to make contributions could be roped in.

“Personally, I find it is rather massive but I also feel it is important because I don’t know whether we can sustain this situation for the next five years. But certainly, this question must be addressed immediately and if appropriate, how it can be implemented.

“This must be considered within the next few months and if it is deemed appropriate after the laboratory is formed, a convention could possibly be held where the BN leaders could sit together to discuss the future direction and survival of the party,” he said.

Asked whether he would take up the proposal on the formation of the laboratory to a higher level, Muhyiddin said: “At the BN level, I have also informed Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak that possibly one of the matters that we will study is the structure of the BN itself, not only in terms of the cosmetics but seriously how it should change to a new structure which is more progressive.”

He said the proposal took into consideration the changes in the thinking of the people, the voters and the young generation who partly did not want to see the formation of a race-based party. – MediaUMNO

Gambar ‘Black Out’ Hari Mengundi Fitnah Dan Lakonan – SPR

Posted: 24 May 2013 12:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

“Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

“Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul… mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.

“Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR,” katanya.

Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.

“Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.

“Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat ‘tweet’ mengatakan lampu padam oleh ‘cybertrooper’ yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

Beliau berkata namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU13.

“Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis… itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan.

“Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu,” katanya.

Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara.

“Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?,” katanya. – MediaUMNO

Cadangan Jadikan BN Parti Tunggal Adalah Rasional Dan Perlu Dikaji – Muhyiddin

Posted: 24 May 2013 12:12 AM PDT

PHUKET, 24 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan.

Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata cadangan besar dan penting bagi memastikan BN kekal relevan itu perlu difikirkan segera oleh setiap parti komponen dan dijawab dalam tempoh terdekat jika mengambil kira keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.

"Selepas mengambil kira apa yang berlaku dalam PRU lepas kalangan pimpinan BN melontarkan pandangan apakah wajar BN dilihat semula kerana kerjasama yang wujud sekarang ialah penggabungan 13 parti yang menjadi komponen BN dengan setiap parti mempunyai perlembagaan sendiri dan cuma bergabung atas nama BN.

"Ada yang berpendapat mungkinkah sudah sampai masa bahawa penggabungan itu dapat dibentuk dalam satu situasi yang lebih mantap iaitu BN sebagai sebuah parti politik, bukan lagi gabungan pelbagai parti politik," katanya mengulas cadangan parti Gerakan yang mahu BN bersifat parti tunggal seperti mana yang dinyatakan pemangku presidennya Datuk Chang Ko Youn dua hari lepas.

Bercakap kepada pemberita di sini, Muhyiddin berkata cadangan itu mempunyai asas tetapi menuntut setiap parti melakukan kajian mendalam dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan anggota parti masing-masing kerana ia melibatkan soal organisasi dan struktur penubuhannya.

Beliau berkata walaupun cadangan itu mungkin berdepan tentangan tetapi yang penting setiap anggota parti perlu melihat ke depan dan jika merasakan ia wajar dilakukan, satu mekanisme pelaksanaan yang boleh diterima semua anggota parti yang bergabung dalam BN perlu dikemukakan segera.

“Ini adalah lebih dari soal bermuhasabah, kita kena lihat sendiri struktur BN yang sedia ada bahawa apakah sudah sampai ketikanya sebuah parti yang dinamakan BN dibentuk, bukan lagi dalam bentuk gabungan parti-parti komponen BN tetapi BN sebagai sebuah parti politik,” katanya.

Sehubungan itu beliau mencadangkan sebuah makmal politik diadakan bagi mencerna idea tentang format baru BN seperti yang dicadangkan di mana semua pihak, termasuk kalangan bukan anggota parti yang mengambil berat mengenai masa depan negara dan ingin memberi sumbangan turut dilibatkan.

"Bagi saya itu sesuatu yang agak besar tetapi saya juga berpendapat ia penting kerana saya tidak tahu sama ada kita boleh kekalkan kedudukan sebegini untuk tempoh lima tahun mendatang tetapi yang pasti persoalan ini perlu dijawab dalam tempoh yang terdekat dan kalau ia wajar, bagaimana hal itu hendak dilaksanakan.

"Ini perlu difikirkan untuk tempoh beberapa bulan dan setahun ke hadapan, kalau sudah dianggap boleh selepas makmal itu dibuat mungkin boleh panggil satu konvensyen maka pemimpin BN boleh duduk bersama bagi membincangkan hala tuju dan survival parti di masa depan," katanya.

Ditanya apakah beliau akan membawa cadangan penubuhan makmal itu ke peringkat lebih tinggi, Muhyiddin berkata: "di peringkat BN saya pun telah beritahu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin satu daripada perkara yang kita akan teliti ialah struktur BN itu sendiri, bukan lagi sekadar kosmetik tetapi secara serius bagaimana ia harus berubah dari yang lama kepada struktur baharu yang lebih ke hadapan.

Beliau berkata cadangan itu mengambil kira perubahan pemikiran masyarakat, pengundi dan generasi muda yang sebahagiannya tidak mahu melihat parti yang dikatakan dibentuk berasaskan kaum.

Dalam perkembangan lain Timbalan Perdana Menteri berkata bedah siasat BN berhubung keputusan pilihan raya umum yang sedang dilakukan oleh sebuah badan yang dilantik khas boleh diketahui selewat-lewatnya Julai ini.

Muhyiddin berkata bagi memastikan analisis yang tepat, bebas dan telus pasukan itu dibentuk dari kalangan mereka daripada luar parti bagi memberi kebebasan sepenuhnya kepada mereka untuk mengemukakan pandangan asalkan berasas.

"Kita tidak mahu berselindung, kita hendak tahu apakah sebab kita menang atau kalah, apa faktor yang menyebabkan kemenangan dan kekalahan, dan lebih lanjut daripada itu adalah perakuan-perakuan yang kita akan buat untuk menentukan supaya BN terus relevan dan bagaimana kita menangani tempoh lima tahun sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya. – MediaUMNO

1 comment:

  1. To my mind, there is nothing wrong with our present structure of BN. The calamity that haunts the BN government is Anwar Ibrahim. It seems thst the authorities are tolerating too much. I suspect that there are those in the judiciary who symparhize with him. Otherwise, how come he is so brazen as to defy the law time and again? Anwar's antics is sickenning! I suspect that the police is hesitant to haul him up because the court would find him "not guilty". There is something wrong here but certainly not the BN.

    ReplyDelete

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT