SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, May 9, 2013

UMNO Online - “SPR Bidas Pihak Enggan Terima Kekalahan Dalam PRU 13” plus 9 more

UMNO Online - “SPR Bidas Pihak Enggan Terima Kekalahan Dalam PRU 13” plus 9 more

Link to UMNO Online

SPR Bidas Pihak Enggan Terima Kekalahan Dalam PRU 13

Posted: 08 May 2013 06:01 AM PDT

PUTRAJAYA, 8 Mei –  Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membidas pihak-pihak yang enggan menerima kekalahan pada pilihan raya ke-13 (PRU13), yang sebaliknya menyalahkan pihak lain dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas.

Beliau berkata pihak ini sengaja mencari kesalahan orang lain kerana enggan mengaku kekalahan, dan bagi mereka, pihak paling mudah untuk dijadikan ‘scape goat’ atau kambing hitam ialah SPR, dengan menimbulkan pelbagai persepsi bagi menjejaskan integriti, kredebiliti dan kecekapan badan itu.

Beliau memberi contoh tuduhan mengenai bekalan eletrik yang terputus semasa pengiraan undi dijalankan yang disebar banyak di laman-laman sosial, yang menurutnya selepas disiasat, perkara itu tidak pernah berlaku.

“Mereka nak nampakkan SPR ini tidak ada integriti, tidak ‘credible’, suka menipu, sehinggakan boleh buat putus bekalan (elektrik), tukar keputusan dalam gelap. Saya rasa cerita yang dibawa ini satu penipuan, pembohongan, dusta yang sangat melampau, sangat keji.

“Kalau orang Islam yang buat ini dia memang tidak takut dosa besar nampaknya. Sebab bila kita semak semua pihak, soal putus bekalan ini tidak pernah berlaku,” katanya pada sidangan media di pejabatnya di sini pada Rabu.

Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak yang menyebar gambar kononnya pengiraan undi dibuat dalam gelap semasa berlaku putus bekalan elektrik, kerana menurutnya perkara itu tidak pernah berlaku, dan gambar itu mungkin dibuat menggunakan tipu helah kamera.

Abdul Aziz berkata persepsi merupakan mainan penting dalam politik, dan pihak yang kalah biasanya akan berusaha mencipta persepsi bahawa SPR ini satu badan yang tidak berwibawa, tidak berintegriti, sedangkan ia hanya bertanggungjawab menyediakan gelanggang, bukan menentukan siapa yang boleh menang atau kalah.

Beliau memberi contoh kenyataan seorang ahli politik yang secara terangan mendakwa kononnya SPR langsung tidak melaksanakan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, sedangkan menurutnya sebanyak 19 penambahbaikan diperkenalkan pada PRU13 berasaskan kepada cadangan jawatankuasa ini.

Katanya ia boleh dilihat dengan ketara seperti pengenalan dakwat kekal, tiada tempoh bantahan, calon tidak boleh berundur, undi awal, dan banyak lagi, namun persepsi SPR tidak membuat penambahbaikan tetap cuba dibangkitkan ahli politik itu semata-mata untuk menjejaskan integriti dan kredibilitinya.

Abdul Aziz berkata dakwat kekal diperkenalkan bagi mengelak pemilih mengundi lebih dari sekali, walaupun dalam sejarah negara ini tidak pernah dibuktikan ada orang yang mengundi lebih dari sekali, namun SPR tetap menerima cadangan penggunaan dakwat itu secara positif.

Bagaimanapun menurutnya ada pihak sebaliknya sengaja cuba menjejaskan integriti SPR, berusaha sedaya upaya dengan pelbagai cara untuk menghilangkan kesan dakwat itu, semata-mata untuk menimbulkan keraguan orang ramai.

Namun menurutnya SPR tetap akan menerima segala teguran, mengkaji segala laporan daripada pelbagai pihak berhubung penggunaan dakwat kekal itu dan akan berusaha menambah baik aspek penggunaan dakwat kekal itu pada pilihan raya akan datang.

Merujuk kepada tohmahan mengenai kewujudan pengundi hantu, Abdul Aziz berkata beliau merasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang terlalu bertindak mengikut emosi sehingga bukan sahaja menimbulkan kekecohan, malah beliau difahamkan ada juga pemilih yang dihalang dari menunaikan tanggungjawab mengundi, semata-mata kerana rupa parasnya tidak seperti rakyat tempatan.

Beliau berkata saringan utama paling penting dalam menentukan kesahihan pengundi adalah kad pengenalan, yang kemudiannya akan dibandingkan dengan daftar pemilih, dan hanya SPR dan polis sahaja yang berhak menahan seseorang untuk memeriksa kad pengenalannya.

“Saya diberitahu ada dua bas bawa orang asing nak ke kilang ditahan oleh kumpulan pemantau dari parti yang bertanding dengan kasar sekali, sudah tentu orang tu takut, lintang pukang lari, kerana emosi itulah jadinya,” katanya.

Pulihkan Fahaman Ekstremis Jadi Agenda Utama Ahli Parlimen Sri Gading

Posted: 08 May 2013 05:12 AM PDT

BATU PAHAT, 8 Mei – Ahli Parlimen Sri Gading yang baru, Datuk Aziz Kaprawi meletakkan perkara pertama yang mahu dilakukannya ialah memulihkan fahaman ekstremis dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan muda yang agak terpengaruh dengan sesetengah pihak.

Kerusi Parlimen Sri Gading kekal milik Barisan Nasional (BN) menerusi kemenangan  bekas Adun Parit Raja, Datuk Ab Aziz Kaprawi. Sebelum ini, kerusi berkenaan disandang Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamad Aziz.

"Saya mahu menghapuskan budaya tidak sihat ini, terutamanya anak muda yang mudah terpengaruh, ada sesetengahnya hanya mengikut sahaja tanpa memikirkan kesan buruk pada masa akan datang.

"Tahap kesedaran dalam kalangan sesetengah anak muda ini agak membimbangkan, dan ia perlu diselamatkan sebelum terlambat," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Tambah beliau lagi, hasratnya itu bagi membolehkan masyarakat di kawasan parlimen berkenaan terus hidup dalam kemakmuran dan keselesaan.

Pada masa sama, beliau bersyukur kerana rakyat telah memberikan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk menerajui Parlimen Sri Gading.

Katanya, beliau akan berusaha dengan lebih baik selain menjadikan wakil rakyat sebelum ini sebagai idolanya, dan akan meneruskan perjuangan yang telah dilakukannya.

"Pelbagai perancangan akan dibuat bagi memastikan kawasan itu akan terus mengecap pembangunan dari semasa ke semasa, dan kemudiannya menjadi antara kawasan yang termaju," katanya.

File Election Petition 21 Days After Result Is Gazetted – AG Chambers

Posted: 08 May 2013 04:57 AM PDT

PUTRAJAYA, May 8  - Parties disputing the result of 13th general election (GE13) can file a petition 21 days after the result is gazetted, according to the Attorney General’s Chambers today.

Deputy Solicitor-General II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah said the High Court must complete hearing of the petition six months after it was filed while appeal to the Federal Court must also be completed in the same period.

“As far as we are concerned, we will handle the election petition when it is filed,” said Tun Abdul Majid at a press conference in the lobby of the Attorney General’s Chambers here.

Commenting on other issues, he said there were reports about incidents in several places where voters could not vote when prevented by certain parties.

The Attorney General’s Chambers also received complaints about Election Commission (EC) officers on duty on polling day for allegedly committing  offences.

Tun Abdul Majid said the complaints are still under police investigation.

“Most of the police reports received were associated with indelible ink which some claimed can be easily washed-off.”

There was also a report that a political party observer was ordered to leave by an EC officer for 30 minutes after the voting period ended and before the counting of ballots.

Two people will be charged in Seremban magistrate’s court tomorrow for hurting a person in front of the operation room of a political party in Sikamat, Seremban.

BN Ajak Rakyat Berdoa Agar Azizan Segera Sembuh

Posted: 08 May 2013 04:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Mei  - Barisan Nasional (BN) hari ini mengajak rakyat Malaysia berdoa agar bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang segera sembuh.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian menyiarkan semula kenyataan daripada akaun Twitter rasmi BN itu di Twitter beliau.

Azizan, 69, yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dimasukkan ke hospital itu selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) sejak Isnin lepas.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah hari ini menziarahi Azizan yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Pulau Pinang.

Baginda diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta anakanda baginda Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff serta Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Badlishah.

Turut melawat Azizan ialah Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man.

Tempoh 21 Hari Untuk Fail Petisyen Selepas Keputusan PRU Diwartakan – Jabatan Peguam Negara

Posted: 08 May 2013 04:36 AM PDT

PUTRAJAYA, 8 Mei – Pihak yang mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13 boleh memfail petisyen dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan, menurut Jabatan Peguam Negara pada Rabu.

Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata Mahkamah Tinggi kemudian perlu menyelesaikan perbicaraan dalam tempoh enam bulan dari tarikh petisyen difailkan manakala rayuan di Mahkamah Persekutan juga harus diselesai dalam tempoh yang sama.

“Bagi pihak kami, kami akan menangani petisyen pilihan raya apabila ia difailkan,” katanya pada sidang media di lobi Jabatan Peguam Negara pada Rabu.

Mengulas isu lain, beliau berkata terdapat beberapa laporan berhubung kejadian pengundi tidak dapat mengundi di beberapa tempat kerana dihalang pihak tertentu.

Tun Abdul Majid berkata Jabatan Peguam Negara juga menerima aduan berkaitan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya yang didakwa melakukan kesalahan ketika bertugas pada hari pengundian.

Beliau berkata semua aduan itu masih dalam siasatan polis.

“Kebanyakan laporan polis yang diterima adalah berkaitan dengan dakwat kekal yang mudah tertanggal bila dibasuh,” katanya.

Tun Abdul Majid juga berkata terdapat laporan polis berhubung kes pemerhati sebuah parti politik diarah keluar oleh pegawai di tempat mengundi selama 30 minit selepas tamat tempoh mengundi dan sebelum pengiraan kertas undi.

Pada sidang media itu, beliau turut mengumumkan bahawa dua individu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban esok atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap mangsa di depan bilik gerakan sebuah parti politik di Sikamat, Seremban.

Tugas Saya Seterusnya Mengharmonikan Isu Perkauman – Najib

Posted: 08 May 2013 04:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Mei –  Selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tugas beliau seterusnya adalah untuk mengharmonikan isu perkauman.

Oleh yang demikian, beliau berkata kerajaan perlu mendekati lain-lainnya dalam penyatuan nasional dan kesederhanaan.

“Tugas saya seterusnya ialah mengharmonikan isu-isu perkauman. Kami perlu mendekati lain-lainnya dalam penyatuan nasional dan kesederhanaan,” katanya dalam posting di Twitter beliau pada Rabu.

Najib mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas apabila Barisan Nasional (BN) memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Dua hari lepas, Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara di sini.

Najib pada Isnin berkata kerajaan akan melaksanakan usaha ke arah penyatuan nasional untuk menyatukan rakyat yang dilihat berpecah pada pilihan raya umum ke-13.-

National Reconciliation : Call To Set Up National Unity Consultation Council

Posted: 08 May 2013 03:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 8  - A National Unity Consultative Council should be set up to deliberate on issues and problems pertaining to national unity and racial integration.

1Malaysia Foundation Trustee Tan Sri Lee Lam Thye said the Council should be made up of representatives of interested groups or individuals who could offer suggestions or ideas to help address the current development.

“It is also to address key issues on how to bring the nation together after a strongly heated and bitterly-contested general election,” he said in a statement here.

In the wake of disturbing development arising from the just-concluded general election, Lee also called on all political leaders and all strata of society to immediately stop the drfit towards racial polarisation.

“The time has come for us to identify more ethnic bridge builders and  emphasize on their crucial role, at this juncture, to break down the serious racial divide in the larger interest of improving ethnic relations in our country.

“Multiracial living and community are part of our history and heritage. They have become a key source of racial integration for years and have certainly played a part in making Malaysia a harmonious place to live, learn, work and play,” he said.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Monday said the government would embark on national reconciliation efforts to unite the people who seemed divided in the 13th General Election.

International Movement for a Just World (JUST) president Dr Chandra Muzaffar, who supported the formation of the council, said it was important not only for national unity, but more so for the restoration of racial relations.

“The council must represent all the political parties, individuals within or outside the political arena who can contribute ideas on solidarity and participate in sincere dialogues,” he said.

However, Chandra said the prime minister must give detailed explanation on the actual meaning of national reconciliation so that it would be truly understood by every strata of society.

Chairman of the Global Movement of Moderates Foundation Tan Sri Razali Ismail said all parties should support the idea thrown by the prime minister, as we could not allow the tension arising from the general election to worsen.

He stressed on the partiality of the government and its institutions, saying that the effort to reconcile the nation must be done with the acceptance of all races, and added that political parties should not take advantage from the effort.

Another vital ingredient for national reconciliation, according to Razali was that the press must be free.

“What is not right must be mentioned by the press. We cannot reconcile if the press is not free. The people must be made to have a say in the press. This is to regain the ability in making the people believe what has been distributed by the press,” he said.

He added that national reconciliation was also needed to build national consensus in addressing many internal or external issues.

Meanwhile, the Director of the Technology Policy and International Studies Centre, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) International Campus, Profesor Dr Azmi Hassan said the quickest action that the government could do towards national reconciliation was through the formation of the cabinet.

“The make up of the cabinet members is most important to demonstrate that the Barisan Nasional (BN) government is transparent and sincere in forming a Malaysian society and championing the cause of all races in the country,” said Azmi, who is also a Geostrategist Expert.

He said the cabinet that would be formed should still have a minister from the Chinese community although the MCA had stated its stand not to join the cabinet to honour the decision of the top party leadership earlier.

Explaining further, Azmi said one of the measures that could be taken by Najib in efforts to regain the support of the Chinese voters was to make way for a representative from the Chinese non-governmental organisation (NGO) to join the cabinet.

“The situation cannot be aggravated, that’s why we must invite a group that is trusted by the Chinese community such as the NGO in the fields of social, education and economy. That is the best way to reconcile the situation,” he said.

For historian Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, whatever measures that were being implemented by the government now and in the future towards national reconciliation, the most important question was the schooling system.

He said it was possible that now was the time for the national education system which emphasised on examination where the student must memorise to obtain high marks be replaced with a system that absorbed the spirit of patriotism among the students.

“We need to decide whether we want a national education system that would turn the young generation into citizens that give priority to the country or to become individuals who only think about self-interest,” he said.

DAP national deputy chairman Dr Tan Seng Giaw said the move to promote the spirit of unity after the election process was timely, but any racial sentiment must be checked first of all.

“Solidarity must be based on policies and statements that were not inclined towards a particular race, religion or region alone,” said Dr Tan, who is also the Kepong Member of Parliament.

BN Sentiasa Dukung Perlembagaan, Tolak Agenda Rasis dan Ekstrem

Posted: 08 May 2013 03:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Kepimpinan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) menolak golongan ekstrem termasuklah golongan cauvinis yang mempergunakan isu perkauman bagi mengelirukan rakyat terutamanya pengundi.

Penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Abdul Halim Sidek melihat keputusan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dilanda 'tsunami Cina' adalah hasil daripada wujudnya sentimen yang digunakan oleh pihak tertentu bagi memperoleh kuasa.

"Cauvinis adalah amat bahaya kerana ia menunjukkan pendirian dan semangat yang melampau dalam memperjuangkan kepentingan kaum walhal selama lebih 55 tahun pentadbiran BN, negara ini diterapkan dengan semangat perpaduan yang tinggi, kesatuan dan kebersamaan kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berteraskan masyarakat pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menganggap pengundi Cina ditipu pakatan pembangkang kononnya mampu mengubah kerajaan hingga terdorong mengundi parti terbabit khususnya DAP, namun usaha tersebut gagal dan kerajaan BN sehingga kini tidak tumbang serta masih kekal selepas selesai PRU.

"BN sebagai kerajaan yang bertanggungjawab sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa terutamanya dalam aspek perpaduan dan permuafakatan malah Perlembagaan yang kita dukung juga amat jelas dengan menetapkan kepentingan semua kaum tertulis di dalamnya.

"Perlembagaan kita didukung dengan falsafah-falsafah yang dapat mewujudkan keharmonian termasuklah prinsip Rukun Negara, sebelum ini Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi menyusun semula masyarakat dan menghapuskan jurang antara kaum dan terkini yang diperkenalkan oleh PM kita dalam pentadbiran negara ialah dasar transformasi."

Tegas beliau, melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan lain-lain lagi, pelbagai pembaharuan dilaksanakan yang mana ia membawa hasil positif kepada keseluruhan masyarakat termasuklah pelbagai bantuan perbelanjaan dan sokongan dari kerajaan.

"Program-program yang dilaksanakan oleh BN dibuat tanpa mengambil kira keturunan, bangsa dan perbezaan yang ada tetapi nampaknya ia tidak dihargai dan cuba ditumbangkan oleh orang yang pernah dibantu oleh BN sendiri selama ini.

"Pakatan pembangkang berjaya memainkan sentimen perkauman terhadap sokongan bangsa Cina sehinggakan undi mereka beralih arah dengan melabelkan provokasi sedangkan yang bersifat rasis bukan BN atau UMNO."

Beliau berkata, meskipun sebahagian besar masyarakat Cina menyokong pembangkang namun BN juga berjaya mendapat sokongan padu golongan bumiputera, orang Melayu, India dan masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak.

"BN adalah parti yang dianggotai oleh kompenan pelbagai kaum dan rekod pentadbirannya sejak merdeka dapat dilihat termasuklah kepada semua anggotanya, mempunyai ruang bersuara, membuat keputusan dan menjadi calon dalam pilihan raya termasuklah di kawasan majoriti Melayu sendiri."

Berdasarkan keputusan PRU, sokongan orang Melayu kepada BN semakin kukuh berbanding pilihan raya umum 2008 selepas jumlah kerusi UMNO berjaya ditingkatkan daripada sebanyak 77 kepada 88 sementara sokongan daripada bangsa lain termasuk Iban, Kadazan mahupun orang India turut bertambah yang menjadikan kerajaan masih kekal sebagai kerajaan BN. - MediaUMNO

Pengundi Cina Patut Serik Ditipu Dengan Harapan Palsu….

Posted: 08 May 2013 01:55 AM PDT

PRU ke-13 sudah berakhir dan mandat sekali lagi diberikan rakyat kepada BN untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Walaupun gagal merampas Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, setidak-tidaknya kemenangan BN di Kedah agak melegakan para penyokong BN di seluruh negara.

Namun dalam kelegaan itu, seorang rakan yang bukan berbangsa Melayu kelam kabut menghubungi saya, katanya ada cerita "menarik" untuk diceritakan. Kami bertemu dan "ngeteh tarik" bersama.

Katanya, Timbalan Pengerusi DAP Kedah/Perlis baru saja menghubungi rakannya dalam keadaan yang sangat marah dan kecewa. Katanya, pemimpin DAP itu begitu marah dan kecewa terhadap Anwar yang dikatakan telah menipu bangsa Cina di seluruh negara!

Menarik! Saya minta dia teruskan cerita tersebut…

Katanya, sebelum PRU ke-13, Anwar telah meyakinkan DAP dan rakyat berbangsa Cina di seluruh negara bahawa dia akan menjadi Perdana Menteri pada PRU kali ini. Kata-kata Anwar itu sangat meyakinkan mereka…

Dalam pada masa yang sama, Anwar turut menjelaskan bahawa undi-undi majoriti bangsa Melayu sudah ada di dalam tangannya. Katanya, hampir seluruh bangsa Melayu di negara ini sudah memihak pada PKR dan PAS. Anwar jamin Melayu akan beri undi pada Pakatan Haram.

Dalam ertikata lain, DAP uruskan kaum Cina, Anwar uruskan banga Melayu. Dan pada 6 Mei, kononnya bolehlah dia angkat sumpah menjadi PM…(mujurlah saya tak muntah masa tu!)

Rakan saya memberitahu bahawa jaringan masyarakat Cina telah bersepakat untuk berkempen secara besar-besaran dan "all out" habis pada PRU ke-13 ini.

Buktinya, kedai-kedai Cina di Kedah sebelum ini tidak pernah ditutup pada setiap kali PRU diadakan. Tapi berlainan pada PRU ke-13 ini, boleh dikatakan hampir seluruh kedai Cina tutup dan mereka beramai-ramai berkempen dan mengerah anak beranak mereka untuk mengundi Pakatan Haram.

Apabila tiba hari mengundi, boleh dikatakan hampir seluruh bangsa Cina memang memberika undi pada Pakatan Haram. Hanya segelintir saja yang tidak percaya pada Anwar sanggup untuk menongkah arus memberikan undi pada BN…

Malangnya, kaum Cina dan DAP tidak sedar bahawa Anwar sekali lagi telah menipu mereka. Anwar gagal memastikan bangsa Melayu memberikan undi pada Pakatan Haram.

Malah bangsa Melayu, khususnya golongan atas pagar, pada 5 Mei lalu tidak sabar-sabar keluar mengundi BN di seluruh negara! Lebih menyakitkan Anwar lagi, boleh dikatakan semua masalah dalaman UMNO selesai dan seluruh orang ahlinya setia memberikan undi pada BN..!

Kini fahamlah saya. Anwar berbohong pada DAP dengan memberi harapan palsu kepada kaum Cina di seluruh negara. Kaum Cina pula "terlalu bijak pandai" sehingga termakan pembohongan Anwar itu dan kini mereka marah pada Anwar kerana merasakan diri mereka tertipu.

Lebih teruk lagi, kaum Cina kini dikatakan turut marah pada DAP yang turut dituduh berbohong dan memberikan harapan palsu pada PRU ke-13. Dan ketika itulah senyuman saya bertukar menjadi ketawa besar yang bergema di ruang restoran tersebut.

Saya ulangi, ini bukan cerita tipu. Ini adalah kisah benar. Namun ia tidak dapat dibuktikan kerana rakan kepada rakan saya itu tidak merakam perbualan telefon yang melucukan dengan Timbalan Pengerusi DAP Kedah/Perlis itu.

Merah padam muka rakan saya itu. Dia berbangsa Cina. Walaupun memberikan undi pada BN pada PRU baru-baru ini, dia malu besar mengenangkan kebodohan kaumnya sendiri.

Katanya, sampai bilakah kaum Cina nak percaya pada Anwar? Melayu sudah sedar betapa pembohongnya Anwar. Tapi masyarakat Cina pula yang kononnya "bijak" telah ditipu secara "mega" oleh "chameleon" itu. Nasiblah! Siapa suruh percaya, kan? Padan muka..!

mykmu.net

Anwar Gagal Tepati Janji Mahu Bersara, Tetap Salahka​n SPR

Posted: 08 May 2013 01:48 AM PDT

Agak lucu dengan keletah dan permainan mulut yang dilakukan oleh bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

5 Mei lepas melihatkan kejayaan besar BN menang penuh bergaya apabila keputusan PRU ke-13 menunjukkan DAP cuma kekurangan dua kerusi daripada yang dimatlamatkan.

PAS pula singkat 19 kerusi daripada sasaran. Namun yang mencatatkan kegagalan terbesar ialah PKR yang kurang dua puluh kerusi.

Berbeza dengan matlamat awal Anwar di mana beliau mahukan PKR menang 50 kerusi, DAP 40, dan PAS 40.

Jumlah 130 kerusi ini dikatakan bakal menyebabkan BN longlai dengan hanya 90 kerusi Dewan Rakyat lantas mampu membuatkan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak dan UMNO menjadi pembangkang di Malaysia.

Tetapi, matlamat Anwar itu tidak menjadi kenyataan dan hanya kekal berada di awang-awangan sahaja.

Pastinya, Anwar sendiri tidak dapat menutup kekecewaannya di mana impian untuk menakluk Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak berhasil.

Bercerita mengenai kekalahan Anwar untuk menang besar dalam PRU13, penulis percaya ramai yang masih ingat kata-kata Anwar sebelum berhadapan dengan pilihan raya.

Kata beliau, mahu bersara sekiranya gagal dalam PRU13 dan mahu berkhidmat sebagai pensyarah atau cikgu di salah sebuah institusi terkemuka di Eropah.

Tetapi, peribadi Anwar tetap Anwar yang dulu, tidak mahu menerima kekalahan dan malu yang ditanggung akibat janji yang dibuat olehnya sendiri tidak dapat ditepati.

Tetapi, peribadi Anwar tetap Anwar yang dulu, tidak mahu menerima kekalahan dan malu yang ditanggung akibat janji yang dibuat olehnya sendiri tidak dapat ditepati.

Baru sahaja SPR mengumumkan BN menang, Anwar sudah mulai buat perangai 'meroyannya'. Nampaknya, Anwar tidak akan mengotakan janji dirinya sendiri yang mahu bersara.

Sekarang ini, Anwar semakin giat untuk melancarkan misinya menambahkan lagi rasa kebencian rakyat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam hati rakyat Malaysia dengan mengatakan SPR masih lagi tidak berlaku adil.

Beliau turut menyifatkan pilihan raya yang berlangsung di seluruh negara ini sebagai pilihan raya yang paling teruk dalam sejarah.

Selepas malu, Anwar menuding jari dan mendongak langit dengan menyalahkan SPR selepas Pakatan Rakyat tidak menang besar.

Walhal, rakyat sendiri bijak membuat keputusan untuk mengundi dalam menentukan pimpinan parti mana yang terbaik untuk terus mentadbir negara kita iaitu parti BN.

Ini kerana, sejak awal lagi, rakyat sendiri melihat betapa besarnya kepincangan dalam parti pembangkang yang sentiasa tidak bersatu hati dalam mencapai kata sepakat untuk mentadbir Malaysia.

Cuba kita renungkan, kalau Anwar sendiri tidak mampu memenuhi janji dirinya sendiri yang mahu bersara, inikan pula mampu untuk beliau penuhi janji-janji kepada rakyat.

Kepada Anwar, kalau tidak ada rasa bersedia lagi mahu bersara, cakap terus-terang sahaja. Tidak perlu untuk menuduh dan menuding jari kepada pihak lain atas kekalahan teruk yang PR terpaksa hadapi.

Anwar juga menuduh SPR bersubahat dalam penipuan pilihan raya dengan bersengkongkol dengan BN dan UMNO. Tuduhannya Anwar ini langsung tidak masuk akal.

Jadi, Anwar tanpa ada rasa malu telah menyeru semua penyokong Pakatan Rakyat untuk berhimpun di Stadium Kelana Jaya pada Rabu ini bagi menyatakan bantahan ke atas keputusan pilihan raya itu.

Nor Azlina Shaari

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT