SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, May 3, 2013

UMNO Online - “Government Refutes Opposition Claim Of Flyign In Voters” plus 9 more

UMNO Online - “Government Refutes Opposition Claim Of Flyign In Voters” plus 9 more

Link to UMNO Online

Government Refutes Opposition Claim Of Flyign In Voters

Posted: 02 May 2013 04:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 2 – The Prime Minister’s Office has denied any involvement in the opposition’s claim that Malaysians, as well as, foreigners are being flown in to the peninsula to vote in Sunday’s polls.

In a brief statement, a government spokesperson said: ” The Prime Minister’s office denies any involvement in these flights.”

"The Election Commission has gone to extraordinary lengths to ensure that the electoral system is stronger than ever, and the elections are free and fair."

Saiful Bukhari Bersumpah Laknat Depan Kaabah Bukti Kebenaran

Posted: 02 May 2013 04:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Mohd Saiful Bukhari Azlan mengulangi sumpah laknatnya bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kali ini di hadapan Kaabah di Tanah Suci Mekah.

Dalam sidang akhbarnya di sini hari ini, bekas pembantu peribadi Anwar itu menayangkan video mengenai sumpah laknatnya di depan Baitullah (rumah Allah) yang dibuatnya pada April tahun lepas ketika menunaikan umrah.

“Setelah setahun saya membuat sumpah laknat di depan Baitullah, Alhamdulillah tiada apa yang berlaku (kepada saya) dan membuktikan kebenaran bahawa saya telah diliwat.

“Ini adalah benteng terakhir saya untuk teruskan perjuangan saya kepada kebenaran,” katanya pada sidang akhbar itu dengan ditemani peguamnya Zamri Idrus.

Mohd Saiful Bukhari pertama kali membuat sumpah laknat, iaitu mengangkat sumpah mengikut syariat Islam, bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh Anwar lebih empat tahun lepas, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada 15 Ogos, 2008.

Mohd Saiful Bukhari berkata sumpah keduanya itu dibuat bagi membuktikan kepada umat Islam di seluruh dunia bahawa dakwaannya itu benar, dan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak untuk melakukan konspirasi politik menjatuhkan Anwar.

Beliau berkata tindakannya membuat sumpah laknat pada 2008 itu atas saranan dua tokoh agama iaitu bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah beliau juga pernah bertanya beberapa tokoh agama mengenai tindakan bersumpah laknatnya di hadapan Kaabah, dan dimaklumkan beliau akan menimpa musibah yang besar jika berdusta.

Pada 9 Jan 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 kerana tiada bukti kukuh yang menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari.

Kes itu kini dibawa ke Mahkamah Rayuan, yang menetapkan Julai ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mohd Saiful Bukhari turut melahirkan rasa kesalnya terhadap Anwar yang sehingga kini enggan membuat sumpah laknat untuk membuktikan bahawa pemimpin pembangkang itu tidak pernah melakukan perbuatan jijik tersebut.

“Sehinggakan prosiding membela diri di mahkamah juga beliau enggan memberikan keterangan secara bersumpah,” katanya.

Mengenai tindakan bapanya Azlan Mohd Lazim semalam yang menarik balik kenyataannya awal Mac lepas yang mendakwa anaknya diperguna pihak tertentu untuk mendakwa Anwar, Mohd Saiful Bukhari mengakui bapanya pernah dipengaruhi oleh pemimpin PKR untuk membuat pengakuan bertentangan dengan sumpahnya pada Mac lepas.

Kalau ‘Wak Man Bata’ Masuk UMNO Takkan Saya Sertai Pembangkang – Ramli

Posted: 02 May 2013 02:37 AM PDT

PASIR SALAK 2 Mei  – Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib menafikan desas-desus kononnya beliau menyertai parti
pembangkang yang disifatkannya sebagai perbuatan nakal dan perkara pelik.

Menurut beliau sokongannya terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah luntur dan percayalah dirinya tetap setia bersama parti
yang telah banyak berjasa kepada rakyat di negara ini dan sama sekali tidak tergamak berbuat demikian.

"Takkanlah tokoh UMNO masuk parti lawan. Saya tidak akan melakukan perkara yang pelik dalam kehidupan saya dan percayalah perkara ini tidak pernah berlaku.

"Semua itu bagi saya adalah perbuatan nakal dan malulah saya jika berbuat demikian kerana Wak Man Bata di sini pun menyertai UMNO," katanya ketika berucap pada Ceramah Pilihan Raya Dan Majlis Perlantikan AJK UMNO Cawangan Desa Cempaka, di sini.

Beliau yang juga bekas Speaker Dewan Rakyat seterusnya berkeyakina BN akan mencapai kemenangan pada pilihan raya kali ini samada negeri
Perak dan menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan.

"Saya yakin dan insyallah BN akan menang… banyak mana menang saya tidak boleh ramalkanlah. Tetapi usaha-usaha positif perlu digerakkan
dengan lebih hebat sehingga hari pembuangan undi," katanya.

Beliau yang turut berkempen di Pasir Salak  seterusnya menambah ini adalah masa beliau untuk menghargai serta meraikan mereka yang sebelum
ini membantu kemenangannya pada pilihan raya yang lalu.

"Kita berkempenlah…. Sebelum ini orang mengangkat kita dan hari ini kita bantulah balik mengangkat orang. Itulah petanda kesinambungan
yang ada dalam parti hari ini. Jentera parti perlu bekerja kuat dan insyallah BN akan mencapai kemenangan kelak," ujarnya.

Sementara itu Calon BN Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman menyifatkan kepimpinan negara yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha keras untuk membantu rakyat.

"Yang jadi masalahnya sebelum ini, pembangkang dilihat cuba ganggu dengan macam-macam. Banyak yang Datuk Najib nak buat untuk rakyat… Tetapi mereka  hanya berpolitik semata-mata. Kalau pembangkang yang betul-betul, kemukakanlan pandangan…kemukakanlah cadangan. Jadilah pembangkang yang baik.

"Sebab itu kemenangan besar BN pada 5 Mei ini cukup penting supaya apa yang ingin dilaksanakan oleh Perdana Menteri  dapat direalisasikan sebaik mungkin…. Inilah pentingnya pengundi di sini memberikan kepercayaan kepada BN bukan sahaja di Parlimen malah di Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya. -MediaUMNO

Isu Dakwat Kekal Sebahagian Skrip Pembangkang Untuk Burukkan SPR

Posted: 02 May 2013 02:07 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Mei – Tindakan parti pembangkang mempertikaikan penggunaan calitan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 sememangnya sudah dijangka.

Dalam keadaan pembangkang yang semakin panik ketika ini, mereka akan membuat apa saja dakwaan termasuk apa jua perkara yang membabitkan proses pengundian.

Bagi Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Syahrin Jamaluddin apa yang digembar-gemburkan hari ini bukanlah perkara pelik kerana mereka selama ini seolah-olah cuba menujukkan kelemahan dalam proses pengundian di negara ini.

Justeru katanya tidak mustahil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus menjadi mangsa kritikan mereka dan itu merupakan antara skrip menjelangnya hari pengundian pilihan raya umum ke-13 Ahad nanti.

"Hari ini mereka timbulkan soal calitan dakwat kekal….Hari ini juga ditimbulkan soal pindah pengundi yang diangkut dengan kapal terbang. Dan saya percaya selepas ini akan ada lagi elemen pengundian lain yang akan dijadikan kontroversi sekaligus memudahkan usaha kempen mereka.

"Bagi saya isu calitan dakwat ini tidak timbul…Bukankah ada senarai daftar pemih dan sebagainya lagi yang telah dikemaskini oleh pihak SPR. Itu hanya sebahagian daripada usaha mereka untuk menunjukkan bahawa SPR tidak telus dan sebagainya," katanya kepada UMNO-Onine.

Kata beliau lagi apa yang dilakukan hanyalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat kononnya pilihan raya di negara ini tidak telus dan sebagainya.

"Terdapat dua kemungkinan di sini…Pertamanya mereka sudah tentu mengharapkan pengundi tidak akan mengundi BN dan keduanya jika BN mencapai kemenangan kelak, ianya akan memudahkan mereka untuk menimbulkan isu lain selepas proses pilihan raya berakhir nanti," ujarnya. -MediaUMNO

Pembangkang Semakin ‘Desperado’ Sebar Fitnah – Muhyiddin

Posted: 02 May 2013 01:50 AM PDT

KUANTAN, 2 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pakatan Rakyat kini semakin ‘desperado’ dan dalam keadaan terdesak ini mereka menyebarkan pelbagai fitnah mengarut, memburukkan-burukkan Barisan Nasional, menjelang hari pengundian Ahad ini.

Timbalan perdana menteri berkata penyebaran menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), blog dan media sosial yang dikuasai mereka, semakin berleluasa untuk cuba mewujudkan suasana cemas dalam kalangan pengundi.

“Saya juga terima beberapa SMS, yang disebar penyokong pakatan pembangkang, katanya (antara lain) kita (BN) akan angkut 70,000 pengundi nak dihantar ke Johor kerana Johor dia (PR) kata Johor (BN) nak  kalah, jadi kena bawa orang luar termasuk orang Bangladesh,” katanya selepas menghadiri program Himpuna, Rakyat 1Malaysia di Taman Tas, di sini hari ini.

Beliau mengulas penyebaran SMS, laporan media sosial dan blog propembangkang, yang membuat pelbagai dakwaan memburuk-burukkan BN pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Muhyiddin berkata berdasarkan maklumat yang diterimanya, akan lebih banyak lagi fitnah terancang dilakukan PR, termasuk cuba menimbulkan suasana tidak tenteram pada hari pengundian.

Ditanya tentang tindakan pihak berkuasa terhadap pelbagai dakwaan yang dibuat pimpinan PR termasuk kononnya BN akan membawa pengundi luar semasa hari pengundian nanti, Muhyiddin berkata: “Ini semua penipuan untuk mempengaruhi pengundi dan penyokong mereka, kononnya PR sudah hampir menang, inilah (dakwa mereka) penipuan yang akan dibuat Barisan Nasional,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata senario yang sedang berlaku ini menyebabkan pasukan keselamatan dan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa melakukan banyak kerja untuk memperbetul dan menangani pelbagai dakwaan berniat jahat itu.

Muhyiddin berkata apa yang penting kini ialah rakyat bijak menilai setiap kali disalurkan maklumat yang diterima menerusi SMS atau mengikuti laporan blog atau media sosial propembangkang.

“Mereka (pembangkang) ini sebenarnya pada saat-saat (menjelang pengundian) mereka  menjadi gelabah, kenyataan pemimpin mereka bercanggah, secara terbuka berlaku pentelingkahan antara DAP dan Pas, (manakala) (Datuk Seri) Anwar Ibahim  pula tidak buat komen apa-apa pun (perselisihan antara DAP-Pas), ada juga pemimpin Pas yang minta kaji kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat.

“Keadaan teruk sedang mereka hadapi, saya yakin rakyat semakin faham, jadi kebimbangan itu menjadikan mereka desperado, terdesak, buat pelbagai (cara) untuk nak cari (timbulkan) masalah,” kata Muhyiddin.

Mengulas kedudukan BN ketika ini, Muhyiddin berkata beliau yakin masih mampu menang termasuk di negeri-negeri yang dikuasai PR pada 2008.

Beliau berkata BN mempunyai asas-asas tertentu dan bukannya semberono, apabila melahirkan keyakinan menang pada pilihan raya umum kali ini, termasuk di negeri-negeri yang dikuasai PR.

Mengenai sokongan pengundi Cina, Muhyiddin berkata ia boleh dilihat dalam pelbagai peringkat: “Bagi kawasan luar bandar, lebih baik, tempoh tiga hari ni, dan kita yakin akan ada perubahan lagi,”.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, calon BN bagi kerusi parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Sungai Lembing Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, calon BN DUN Lepar Mohd Shohaimi Jusoh, dan calon BN DUN Pancing Datuk Mohd Zaili Besar.

Taktik Kotor, Penipuan Melampau, BN Parlimen Titiwangsa Buat Laporan Polis

Posted: 02 May 2013 01:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Pakatan pembangkang dilihat semakin terdesak apabila terus-terusan menggunakan taktik kotor bagi meraih undi pada hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, 5 Mei nanti.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani tidak terlepas daripada menjadi mangsa fitnah pihak pembangkang.

Baru-baru ini pihak BN  Titiwangsa telah membuat laporan polis apabila nama Datuk Johari digunakan dalam kempen Pas yang kononnya dirinya akan berdebat dengan wakil Pas.

"Mereka ambil gambar saya dan masukkan dalam 'billboard'. Mereka mengatakan Pas akan buat debat dengan Datuk Johari. Saya pun tak tahu tentang perdebatan ini.

"Bila orang ramai tengok, mereka datang dan bila saya tidak hadir, mereka mengatakan saya takut sedangkan saya tidak tahu berkenaan perkara ini. Oleh itu satu laporan polis telah dibuat dibalai polis Dang Wangi baru-baru ini”, katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Semula Masjid Alam Shah hari ini.

Tegas beliau lagi pembangkang menggunakan strategi-strategi tersebut untuk merosakkan imej  BN.

“Selain itu mereka melakukan pelbagai provokasi-provokasi yang bertujuan memburukkan BN di mata masyarakat. Contohnya, mereka ambil poster mereka dan tampal di atas poster kita. Lepas tu mereka tunggu dengan kamera dengan harapan BN akan potong dan buang poster mereka.

"Bila dapat gambar mereka akan tuduh kita yang potong bendera atau poster mereka. Ini semua provokasi yang membuktikan bahawa Pas sebenarnya sudah amat terdesak untuk meraih undi masyarakat di Parlimen ini," ujarnya.

Tambah beliau , inikah yang dikatakan bahawa Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam sedangkan perbuatan mereka jelas menyimpang daripada ajaran dan hukum agama Islam.

"Siapa yang mengatakan Pas memperjuangkan Islam, ianya adalah tidak benar kerana sekiranya benar Pas memperjuangkan Islam ianya haruslah sejajar dengan perbuatan. Namun ini tidak berlaku di dalam perjuangan Pas. Sebaliknya UMNO yang dikecam tidak memperjuangkan Islam adalah parti yang telah terbukti sentiasa menjaga kesucian dan memertabatkan agama Islam.

"Contohnya kita buat masjid, kita tidaklah menwar-warkan yang ni BN buat sebab kita tahu ada masyarakat di luar sana tidak menyokong BN. Apa yang kerajaan buat ini adalah untuk agama. Jadi siapa sahaja yang menyokong BN atau tidak malah siapa sahaja yang beragama Islam kita benarkan untuk mereka masuk ke dalam rumah Allah ini.

"Jadi, kalau Pas mengatakan mereka perjuang Islam, tanya semula kepada mereka, di Kelantan berapa banyak masjid yang telah mereka bina selepas lima penggal mereka memerintah. Di Selangor, setelah sepenggal memerintah mana masjid yang telah mereka buat. Kalau setakat cakap perjuang Islam, semua orang boleh cakap… Kerajaan di bawah pimpinan BN sahajalah yang telah terbukti sentiasa memilihara kesucian agama Islam," jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau turut melahirkan keyakinan bahawa BN mampu untuk merampas kembali kerusi Parlimen Titiwangsa daripada tangan Pas.

"Peluang BN di Titiwangsa saya yakin bahawa sekiranya diizinkan Allah, BN boleh merampas kembali kerusi Parlimen ini daripada tangan Pas. Ini kerana semenjak saya turun padang beberapa tahun ini, saya dapat melihat persepsi masyarakat di 22 penempatan dalam Parlimen ini terhadap kepimpinan BN adalah baik dan meningkat.

"Oleh itu, jika ikut majoriti kekalahan BN di parlimen ini pada PRU lalu sebanyak 1,972, saya cukup yakin kalau pada PRU-13 ini masyarakat akan membuat keputusan yang bijak memilih pemimpin yang betul untuk memimpin mereka dalam kawasan ini," terangnya lagi. – MediaUMNO

EC Gives Assurance On Indelible Ink

Posted: 02 May 2013 01:04 AM PDT

PUTRAJAYA, May 2 – The Election Commission (EC) has given an assurance that the indelible ink smudged on the finger of a person before voting in the coming general election would not disappear for between five and seven days.

Its secretary, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, said the ink had been tested and approved for use by the health ministry, chemistry department and National Fatwa Council.

On the earlier case involving a voter who lodged a police report and showed a picture of the indelible ink having disappeared from his finger, he said it was due to the EC staff not following guidelines as stated in the ink bottle.

According to the guideline, Kamaruddin said the bottle needed to be shaken for about 30 seconds before use.

“If the guidelines on the bottle were adhered to, the ink smudge would not have disappeared even if vinegar, detergent or oil, among others, were used to remove it,” he told a press conference at the EC Media Centre here today.

Kamaruddin also demonstrated to the media, how a voter would use the indelible ink, and the tasks to be followed by the EC staff.

Jentera BN Perlu Terus Tingkatkan Usahsa Menjelang Hari Mengundi – Ahmad Maslan

Posted: 02 May 2013 12:42 AM PDT

MUAR, 2 Mei – Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Maslan menggesa jentera parti menggiatkan kerja pada hari-hari terakhir kempen dalam memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum Ahad ini.

Ahmad yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pontian, berkata jentera parti tidak boleh bersikap sambil lewa walaupun maklum balas yang diterima menunjukkan BN mampu menang dengan majoriti dua pertiga.

“Berdasarkan laporan 7,531 pusat daerah mengundi (PDM) di seluruh negara, kita yakin boleh menang Selangor, Kedah dan Kelantan, mungkin juga Pulau Pinang. Jadi jentera parti walaupun gembira, tidak boleh terlalu leka sebaliknya perlu melipatgandakan usaha untuk mencapai kemenangan yang diharapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pesara dari Parlimen Muar di sini, hari ini.

Ahmad menegaskan tsunami politik telah berakhir terutama dengan pendekatan transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas.

Menyentuh perkembangan di Johor, beliau berkata pembangkang tersilap percaturan kerana cuba merampas negeri ini yang telah sebati dengan UMNO dan BN.

Beliau yakin Johor akan mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008 dengan merampas semula kerusi Parlimen dan DUN yang terlepas ke tangan pembangkang.

Iskandar Malaysia To Create Over 500,000 Jobs In Next 5-8 Years

Posted: 02 May 2013 12:39 AM PDT

SINGAPORE, May 2 – Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said the development projects in Iskandar Malaysia are expected to generate more than half a million jobs in the next five to eight years.

He said the investments in various sectors would not only make Iskandar Malaysia as an economic growth centre but also an employment growth centre in industrial as well as other sectors.

“Iskandar Malaysia is seen as able to become a centre that provides employment choices to the rakyat based on their qualification, expertise and skills.

“At present there are various types of investments in the region not only in industrial and manufacturing sectors but also in services sector which is more varied including urban wellness and resort projects in Iskandar Malaysia.

“The project is a joint-venture between Khazanah (Khazanah Nasional Bhd) and Temasek (Temasek Pte Ltd) that represents a sub-sector in the services sector which requires high- and medium-skilled workers,” he said.

He said this to reporters at the Jurong East Bus Terminal after boarding a bus in a get-together with Malaysian workers who are working in Singapore.

Without the accompaniment of his bodyguard or his protocol officer, Abdul Ghani, who was dressed in casual attire, spent close to one hour on the bus which departed from Bukit Indah at 6.30 am to feel the experience by the people in Johor who commute to that country to work.

He explained that Iskandar Malaysia also offered jobs in higher education and so far 12 universities have established their campuses in the region, out  of which half are campuses of foreign universities.

Abdul Ghani said Iskandar Malaysia also offered jobs in tourism sector and creative industry with the presence of Legoland and Puteri Habour theme parks and Pinewood Studio.

In addition, Iskandar Malaysia has its own specialty namely its pleasant environment with various facilities that provide comfortable living hence increasing the people’s quality of life.

“Besides job opportunities we have better quality of life. Hence Iskandar Malaysia is not only a place that give employment choices but also a place to live,” he said.

From the visit, Abdul Ghani said a lot of feedback from the younger generation who are working there was because of higher pay due to the foreign exchange.

“In terms of pay, there is not much different between Johor and Singapore but when convert into ringgit from Singapore dollar it’s double. That’s why they choose to work in Singapore, some even willing to commute as it’s worthwhile,” he said.

Ibu Pejabat UMNO Kesan SMS Palsu Guna Nama Pemimpin UMNO Kelirukan Ahli, Pengundi

Posted: 02 May 2013 12:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Ibu Pejabat UMNO Malaysia telah mengesan pengedaran sistem pesanan ringkas (SMS) palsu yang bukan dikeluarkan oleh ibu pejabat parti untuk memberi arahan-arahan tertentu bertujuan untuk mengelirukan ahli-ahli UMNO, pengundi serta rakyat Malaysia.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab dan tidak beretika ini merupakan kerja-kerja jahat yang dibuat dan dirancang oleh pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan suasana tidak selesa dan boleh menyebabkan rasa marah rakyat kepada BN.

"Ibu pejabat UMNO memandang berat pengedaran sms palsu yang dilakukan oleh pihak-pihak tidak bermoral ini.  Ini adalah sms palsu, yang menggunakan nama pemimpin-pemimpin UMNO.

“Perbuatan memintas nombor telefon dan mengklonkan nama pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO sungguh tidak bertanggungjawab dan berniat jahat," ujarnya dalam sidang media di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, Ibu Pejabat UMNO menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat perbuatan memintas nombor-nombor telefon pemimpin parti untuk menghantar arahan-arahan tidak betul menerusi sms palsu ini.

Selain sms palsu, Ibu Pejabat UMNO  juga mengesan tindakan terdesak dan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang cuba merosakkan keharmonian kaum dengan memainkan sentimen kaum dan agama secara sempit dan membahayakan.

"Tindakan provokasi melampau ini dibuat dengan tujuan untuk menyemarakkan kemarahan rakyat.

“Dengan menggunakan kaedah yang sama, mereka mengklon lambang BN, memainkan sentimen agama dan kaum yang melampau, mengedarkan risalah, membuat banner dan banting, memuat naik poster-poster di Facebook dan twitter," tambahnya lagi.

 Ibu pejabat UMNO tidak pernah mengedarkan risalah, poster, banting yang boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dan menganggu gugat keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Poster, gerak kerja pilihanraya menjurus ke arah mempromosi manifesto BN, Rakyat Didahulukan, Menepati Janji Membawa Harapan.

"Tinggal berbaki tiga hari untuk membuang undi, Ibu Pejabat UMNO cukup yakin, rakyat dapat membuat pilihan yang bijak, memberi peluang kepada kepimpinan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak meneruskan dasar-dasar kerajaan BN yang dirancang dengan penuh berhemah, prihatin membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu," ujarnya lagi. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT