SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, May 26, 2013

UMNO Online - “Rakyat Boleh Tentukan BN Jadi Parti Tunggal – Tengku Adnan” plus 9 more

UMNO Online - “Rakyat Boleh Tentukan BN Jadi Parti Tunggal – Tengku Adnan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Rakyat Boleh Tentukan BN Jadi Parti Tunggal – Tengku Adnan

Posted: 25 May 2013 09:13 AM PDT

PUTRAJAYA, 25 Mei – Rakyat dan anggota parti Barisan Nasional (BN) boleh menentukan sama ada sudah tiba masanya untuk menjadikan BN sebagai satu parti tunggal dengan nama baharu, sesuai dengan perubahan politik semasa.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata cadangan yang dikemukakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 itu, kini dibangkitkan semula, justeru ia perlu diberi perhatian serius agar BN terus relevan dan diterima rakyat, terutamanya golongan belia yang akan mencorakkan negara ini.

“Kita (BN) memang melihat kepada situasi adakah waktunya sudah tiba untuk BN menjadi satu parti tunggal. Begitu juga rakyat sedia atau tidak, kita belum tahu lagi. Tapi ramai yang mahukan ia perlu buat. Kita juga tengah melihat dan meneliti kaedah-kaedah untuk melaksanakan cadangan itu.

“Kita (BN) juga dapat maklum balas yang banyak daripada parti-parti komponen yang bersetuju supaya diadakan satu parti sahaja. Kita juga kena tukar nama BN misalnya Barisan Satu Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan persembahan Muay Thai yang dianjurkan bersempena Festival Belia Putrajaya 2013 di sini hari ini.

Cadangan untuk menjadikan BN sebuah parti tunggal disuarakan Pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn baru-baru ini agar BN bersifat sebagai satu parti tunggal selepas parti gabungan itu hanya memenangi 133 kerusi parlimen pada PRU13 berbanding 140 pada PRU12.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata sebelum ini pun beberapa parti komponen BN menyatakan persetujuan mereka ke arah penyatuan BN menjadi satu parti tunggal agar ia lebih berkesan dalam mendekati dan berkhidmat untuk rakyat.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata perkara itu juga perlu dibincangkan secara mendalam dan seterusnya mendapatkan maklum balas daripada masyarakat memandangkan BN mewakili kaum tertentu di negara ini.

“Setiap parti komponen perlu memikirkan perkara ini berikutan keputusan pilihan raya umum lalu yang menyaksikan berlakunya perubahan pola pengundian. Banyak perkara perlu difikirkan sebelum perkara ini dimuktamadkan.

“Ramai kini tolak Umno, MCA, MIC dan Gerakan, tetapi mereka masih suka pada BN. Mereka suka pada konsep ‘multi-racial’ BN yang kita amalkan. Justeru semua parti komponen kena putuskan mengenai perkara ini,” katanya.

Menurut Tengku Adnan, meskipun cadangan itu baik namun setiap parti komponen perlu melakukan kajian mendalam dengan mendapatkan maklum balas serta pandangan anggota parti kerana ia melibatkan soal organisasi dan struktur penubuhannya.

Katanya perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang.

Anwar Mungkiri Perjanjian Rahsia Untuk Terima Keputusan PRU13 – Jusuf Kalla

Posted: 25 May 2013 09:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) semalam melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei, yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.

Bagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.

WSJ juga melaporkan Anwar mengakui beliau telah membuat perjanjian bersama Najib, dengan Jusuf sebagai orang tengah, namun Anwar mendakwa Barisan Nasional (BN) telah membatalkannya melalui cara mereka menjalankan kempen.

Jusuf juga berkata beliau menghubungi Anwar sehari selepas hari pengundian pada 5 Mei untuk meminta pemimpin pembangkang itu menerima keputusan tersebut.

“Kami ada komitmen,” Jusuf dipetik sebagai berkata. “Pada Isnin, saya meminta Anwar menerima (keputusan) dan melihat kepada realiti. Tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak,”.

PRU13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang turut menyaksikan Anwar dan pakatan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei.

Tanpa mengkritik mana-mana parti, Jusuf berkata beliau berpendapat kedua-dua pihak menunjukkan komitmen mengelak daripada melakukan serangan peribadi semasa kempen.

Jusuf pernah bertindak sebagai orang tengah bagi perjanjian damai dalam pelbagai konflik di Kepulauan Indonesia yang bergolak semasa beliau menjadi naib presiden dari 2004 hingga 2009 dan berperanan dalam perjanjian damai di Thailand dan Sri Lanka.

Solidarity Is Key To Malaysia’s Success In Uniting Ummah – Jainab

Posted: 25 May 2013 04:11 AM PDT

KOTA KINABALU, May 25 – Malaysia is still capable of preserving unity of the ummah compared to the other nations which are now divided due to the lack of solidarity between the people, said State Minister for Community Development and Consumerism, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

In this regard, she expressed gratitude that in Malaysia, particularly in the state of Sabah, there was still peace despite having gone through numerous obstacles in preserving universal peace.

The culture of mutual respect which had been practised for a long time had helped to resolve whatever problems that had cropped up, she told reporters after opening the ‘Wacana Minda’ carnival at the Masjid Bandaraya Likas, here today.

She said the carnival could contribute significantly in uniting the ummah through various activities organised as a public attraction.

“This programme is the first step towards turning the mosque as a centre for the growth of Islam in Sabah,” she said.

Jainab said her ministry would emphasise on issues concerning the family and community especially those relating to the prices of goods and childcare for working parents.

At the function, Masjid Bandaraya gave a contribution of RM5,000 to the Lahad Datu Warriors’ Fund.

Proposal For Bn To Become A Single Party Must Be Carefully Studied – Ahmad Zahid

Posted: 25 May 2013 04:09 AM PDT

BAGAN DATOH, May 25 – Umno vice-president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the suggestion by Gerakan that Barisan Nasional (BN) turns into a single party must be studied very carefully before its implementation.

He said this was because the suggestion could have been made in a ‘desperate’ situation with the Chinese community regarding the Gerakan party as no longer relevant and merely wanted to depend on the BN.

“I don’t think that the Umno leadership will agree to the formation of a single party as suggested by the Gerakan party leader,” he told reporters here today.

He was commenting on the suggestion by Gerakan acting president, Datuk Chang Ko Youn, who wanted the BN to merge into a single party to regain the people’s support and to avoid racial problems.

Ahmad Zahid, who is also the Home Minister, said what was more important for the Gerakan party now was to strengthen the party and restructure its organisation.

Army Veterans Back Ahmad Zahid’s Firm Stance

Posted: 25 May 2013 04:06 AM PDT

MUAR, May 25 – The Armed Forces’ Veteran Affairs Department is fully behind the firm action of Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi towards parties which try to create unrest in the country.

Its director-general Maj Gen Datuk Zulkiflee Mazlan said firm action under the law must be taken to prevent national harmony from being affected.

He also expressed his concern towards the action of certain parties who allegedly dragged the younger generations, after they were disgruntled with the result of the 13th general election, to hold street demonstrations to topple the government.

“Youths are getting involved in activities which contravene the law by loudly questioning the outcome of the general election. If they are not satisfied with the outcome, they can protest using the right channels, not by demonstrating,” he said.

Zulkiflee was met by reporters at the annual general meeting of the Muar Ex-Servicemen’s Asssociation at Dewan Seri Pekembar, Pagoh here, today which was opened by State Agriculture and Agrobased Industries Committee chairman Ismail Mohamad.

Veteran Tentera Sokong Tindakan Tegas Zahid Hamidi

Posted: 25 May 2013 03:57 AM PDT

MUAR, 25 Mei – Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia menyokong penuh tindakan tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap pihak yang cuba menimbulkan huru-hara di negara ini.

Ketua Pengarahnya Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata tindakan tegas mengikut undang-undang perlu diambil untuk mengelakkan keharmonian Negara daripada terjejas.

Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap tindakan pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 dengan mengheret generasi muda mengadakan demontrasi jalanan bertujuan menjatuhkan kerajaan.

“Golongan muda ini melibatkan diri dalam aktiviti yang melanggar undang-undang dengan lantang mempertikai keputusan pilihan raya. Kalau tidak puas hati dengan keputusan itu, mereka boleh mengemukakan bantahan melalui saluran yang betul, bukan dengan berdemonstrasi,” katanya.

Zulkiflee ditemui pemberita pada mesyuarat agung tahunan Persatuan Bekas Tentera Daerah Muar di Dewan Seri Pekembar, Pagoh di sini hari ini yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor Ismail Mohamad.

Beliau turut meminta veteran ATM di seluruh negara supaya menasihati anak masing-masing supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang melanggar undang-undang.

“Kita mahu anak-anak muda menghormati keluhuran undang-undang supaya usaha membangun negara dan pencapaian matlamat negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 yang tidak berapa lama lagi akan dapat diteruskan,” katanya.

Beliau juga tidak mahu melihat segala pengorbanan pasukan keselamatan yang sanggup bergadai nyawa semasa berhadapan dengan pengganas komunis dahulu menjadi sia-sia lantaran untuk memuaskan hati pemimpin tertentu.

KDN Bekerjasama Dengan SKMM, Cyber Security Banteras Kandungan Langgar Undang-Undang

Posted: 25 May 2013 03:52 AM PDT

BAGAN DATOH, 25 Mei – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan ‘tentera siber’ tertentu.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar.

“Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti ‘Red Bean Army’ yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan.

Ahmad Zahid berkata dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat termasuk penubuhan ‘cyber troopers’ oleh parti politik dan pihak tertentu.

Bagaimanapun beliau berkata prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna.

“Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan ‘cyber trooper’ seperti ‘Red Bean Army’ tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media social berkenaan yang dikendalikan mereka,” katanya.

Beliau berkata 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan.

Apa yang menghairankan bahan-bahan yang dipaparkan kumpulan seperti Red Bean Army ini dipercayai oleh golongan profesional, teknokrat dan mereka yang berpendidikan tinggi, katanya.

BN Selangor Perlu Atur Strategi Dari Sekarang Untuk Hadapi PRU14

Posted: 25 May 2013 03:50 AM PDT

TANJONG KARANG, 25 Mei – Barisan Nasional (BN) Selangor perlu mengatur strategi mulai sekarang dalam usaha parti gabungan itu untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 termasuk menyusun semula kepimpinan di peringkat negeri, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata BN Selangor perlu mempunyai hanya seorang ketua untuk mengurus dan mentadbir politik di negeri itu termasuk mengeluarkan arahan kepada pimpinan lain.

“Kalau ada dua atau tiga kepala sukar untuk keluarkan arahan, jadi kena lantik seorang sahaja ketua untuk berikan arahan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutupan Program Integrasi Ilmu dan Budaya Pembangunan Masyarakat Nelayan anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Kampung Parit 3, Sungai Burung di sini hari ini.

Selain itu, katanya perpaduan dalam kalangan pimpinan BN negeri juga perlu dipertingkatkan dalam memastikan parti gabungan itu mendapat kepercayaan daripada penyokong dan penduduk Selangor.

“Kita perlu akui kelemahan dan masalah dalaman parti antara punca kekalahan BN di Selangor, jadi untuk hadapi PRU akan datang kita kena sedia mulai sekarang,” katanya.

Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang berkata beliau turut bersedia sekiranya pimpinan tertinggi parti BN mahu muka baharu menerajui BN Selangor dan berjanji akan memberikan sokongan penuh kepada siapa juga yang dipilih.

“Kalau saya dipertanggungjawabkan, saya akan meneruskannya…siapapun bukannya masalah. Pemimpin datang dan pergi yang penting ialah perjuangan parti perlu diteruskan.

“Saya tidak penting, saya boleh jadi imam dan boleh jadi makmum, apapun terpulang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN di Selangor,” katanya.

Mengenai ketua pembangkang di negeri itu, Noh berkata perkara itu juga diserahkan kepada Najib.

Pada PRU13 lepas, BN memenangi 12 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri dan lima daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor.

Hasrat Dan Harapan Rakyat Johor Dikumpul Untuk Direalisasikan – Mohamed Khaled

Posted: 25 May 2013 03:48 AM PDT

PASIR GUDANG, 25 Mei – Kerajaan negeri Johor akan mendapatkan input daripada rakyat bagi mengetahui hasrat dan harapan mereka terhadap kerajaan berhubung usaha membangunkan negeri ini untuk tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata satu mekanisme akan diperkenalkan bulan depan bagi mengumpul hasrat dan harapan rakyat untuk dikategorikan.

“Selepas itu kita akan pilih tujuh hingga lapan pernyataan yang mempunyai persamaan untuk kita realisasikan.

“Ini kerana saya terajui negeri ini bukan untuk menterjemah hasrat saya tetapi hasrat rakyat dan untuk itu saya perlu tahu apakah yang mereka kehendaki untuk berlaku di negeri ini dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pusat boling di Kompleks Pasir gudang di sini hari ini.

Katanya bagi memastikan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinannya, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) diminta mengemukakan perancangan dan sasaran portfolio masing-masing dalam tempoh tiga bulan.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri komited dalam memastikan pertumbuhan ekonomi di negeri ini terus berkembang pesat supaya nikmatnya dapat dikecapi setiap lapisan rakyat di negeri ini.

“Tanggungjawab menjana ekonomi bukan sahaja akan dipikul oleh kerajaan negeri, tetapi juga pihak berkuasa tempatan selain menjadi pemudah cara kepada usahawan-usahawan yang baru hendak menceburkan diri,” katanya.

Dengan cara memberikan pengecualian dan kelonggaran tertentu, ia akan membolehkan usahawan baharu mengembangkan perusahaan atau perniagaan mereka.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga mementingkan pembangunan secara holistik dengan tidak hanya mementingkan pembangunan infrastruktur tetapi juga memberi perhatian kepada kebahagiaan rakyat dan pembangunan kemanusiaan.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengisi kekosongan jawatan dalam ahli majlis kerajaan tempatan ekoran peletakan jawatan Ahli Majlis Tempatan MCA yang dilantik sebelum ini.

Walaupun sedikit sebanyak ia menjejaskan perkhidmatan yang selama ini diberikan ahli majlis daripada MCA, namun beliau yakin setiap pihak berkuasa tempatan dapat mencari jalan penyelesaian terbaik untuk masalah tersebut.

Pakatan Rakyat Perlu Main Peranan Sebagai Parti Pembangkang Bertanggungjawab

Posted: 25 May 2013 03:43 AM PDT

KOTA BELUD, 25 Mei – Bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menggesa Pakatan Rakyat memainkan peranan sebagai parti pembangkang yang bertanggungjawab dan menghormati keputusan rakyat yang memberikan majoriti mudah kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Sambil menyifatkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai gila kuasa kerana tidak dapat menerima kekalahan, beliau berkata Anwar tidak sepatutnya mempersoal keputusan PRU13 dan kesahihan kerajaan persekutuan hari ini.

“Menang tetap menang dan kita mengamalkan demokrasi. Dia (Anwar) tidak perlu menggunakan orang muda untuk mengejar kepentingan peribadinya menjadi perdana menteri, sebaliknya mendidik mereka dengan menekankan prinsip-prinsip pilihan raya demokrasi di mana yang kalah mesti dapat menerima yang menang.

“Kita perlu bergerak ke depan. Kita akan bertarung sekali lagi pada pilihan raya akan datang, saya berpendapat orang ramai sudah bosan dengan cara dia berpolitik. Sebenarnya BN tewas di Kadamaian (kerusi dewan undangan negeri (DUN) di Kota Belud), dan kami menghormati keputusan dan tidak akan menganiaya pengundi..sebaliknya, kami akan bekerja keras untuk menguasainya semula,” katanya pada majlis kesyukuran sempena kemenangan BN di Dewan Komuniti Kota Belud di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang juga anggota Parlimen Kota Belud.

Salleh, yang juga timbalan ketua perhubungan Umno Sabah dan Adun Usukan menegaskan bahawa kerajaan BN sekarang adalah ‘kerajaan majoriti dan bukan kerajaan minoriti”.

“Kita menerima demokrasi berasaskan kepada sistem parti. Kerajaan minority bermakna tiada parti yang menang lebih daripada separuh jumlah kerusi yang ditandingi. Pada pilihan raya baru-baru ini, sudah jelas BN menang lebih daripada itu,” katanya.

Berhubung cakap-cakap bahawa BN akan dibuka kepada keanggotaan langsung, beliau berkata kempen itu perlu dipertingkatkan dengan satu pendekatan baharu bagi memenangi hati pengundi muda dan bandar.

Sementara itu, Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan mandat kepada BN untuk mentadbir negara dan Sabah.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT