SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, May 24, 2013

UMNO Online - “Govt Does Not Curb Freedom Of Expression, Awang Tengah” plus 9 more

UMNO Online - “Govt Does Not Curb Freedom Of Expression, Awang Tengah” plus 9 more

Link to UMNO Online

Govt Does Not Curb Freedom Of Expression, Awang Tengah

Posted: 23 May 2013 06:10 AM PDT

KUCHING, May 23 – The Sarawak government does not curb the freedom of any quarters to express themselves so long as it is done through a proper channel, Resource Planning and Environment Minister II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan said today.

He said staging demonstration was not the best way to resolve issues.

“We provide various avenues for them to submit their views on issues. They should use them properly, not by staging demonstrations,” he told reporters after closing the state-level 1Malaysia Oratory Contest here.

He was asked to comment on the action by a group of people who staged a demonstration here yesterday to protest the construction of a hydroelectric dam in the state.

The action by the group of people could not be used as a basis to review the government’s plan, he added.

133,000 MyKad Hilang Dalam Tempoh Tiga Bulan – Zahid

Posted: 23 May 2013 06:04 AM PDT

PUTRAJAYA, 23 Mei – Kehilangan 133,000 MyKad dalam tempoh tiga bulan iaitu dari Januari hingga Mac tahun ini menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menyifatkan jumlah itu agak tinggi, Ahmad Zahid berkata kehilangan MyKad, walaupun tidak disengajakan, menyebabkan ia boleh diguna untuk tujuan jenayah.

“Apa yang membimbangkan kami ialah jika kehilangan itu mempunyai kaitan dengan sindiket. Kami khuatir MyKad ini diguna untuk pelbagai tujuan terutama  jenayah,” katanya selepas melawat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini hari ini.

Beliau berkata sekiranya siasatan mendapati ada sindiket terlibat dalam menghilangkan MyKad dan menggunakannya untuk tujuan jenayah dan sebagainya, JPN perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan pemantauan bagi menyelesaikan masalah itu.

“Saya yakin JPN mampu menyelesaikan masalah itu agar tidak berterusan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata bayaran denda mungkin akan ditingkatkan terhadap individu yang menghilangkan MyKad selepas ini.

“Saya minta Ketua Pengarah JPN mencadangkan (bayaran denda) kepada KDN dan saya akan bawa ke kabinet untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan daripada kabinet,” katanya.

Pada masa ini denda kehilangan MyKad bagi kali pertama ialah RM100, RM200 kali ke-2 dan RM300 bagi kehilangan kali ke-3.

Dewan Rakyat Bersidang Mulai 24 Jun

Posted: 23 May 2013 05:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mei –  Mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-13 akan berlangsung selama 16 hari bermula 24 Jun, selepas pilihan raya umum ke-13 diadakan pada 5 Mei lepas.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan mesyuarat itu pada 25 Jun di bangunan Parlimen pada 10 pagi.

Dalam kenyataan di sini Khamis, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau telah menerima Proklamasi Memanggil Parlimen Untuk Bermesyuarat yang ditandatangani Yang di-Pertuan Agong daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, proklamasi itu memaklumkan bahawa berdasarkan Perkara 55 (4)Perlembagaan Persekutuan, Tuanku Abdul Halim telah berkenan menetapkan tarikh 24 Jun 2013 sebagai mesyuarat pertama penggal pertama parlimen Malaysia yang ke-13 di bangunan Parlimen selepas pembubaran Parlimen pada 3 April lepas.

“Dengan pengisytiharan ini, selaras dengan Peraturan 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri selaku Ketua Majlis telah memutuskan Takwim Parlimen bagi mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-13 ialah Dewan Rakyat selama 16 hari (mulai 24 Jun hingga 18 Julai 2013) dan Dewan Negara selama sembilan hari (mulai 25 Jun dan 22 Julai hingga 1 Ogos 2013),” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah telah menyusul dengan mengeluarkan Notis Panggilan Mesyuarat kepada semua anggota Dewan Rakyat.

Beliau berkata berdasarkan Peraturan 1 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan rakyat, Majlis Mesyuarat selepas pilihan raya akan melaksanakan urusan-urusan utama pada hari pertama majlis mesyuarat itu.

Katanya, urusan utama itu termasuk memilih Yang di-Pertua Dewan Rakyat; Yang di-Pertua mengangkat sumpah; anggota mesyuarat mengangkat sumpah dan memilih timbalan-timbalan Yang di-Pertua.

New Registration For KL Vehicles Ony Expiry Of WYY Series Starts From W1A

Posted: 23 May 2013 05:55 AM PDT

PUTRAJAYA, May 23 – The big question of new registration for Kuala Lumpur vehicles once the WFY series ends has been answered.

The new series will start with W followed by numbers from 1 to 9999 and ending with A.

Disclosing this here today, Acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said vehicle registration in the city was currently running at WYK 6xxx and that the WYY series (ending at WYY9999) was expected to run out in July.

"In connection with this, it has been decided that new registration of vehicles for the Federal Territory of Kuala Lumpur after the WYY series will begin with W 1 A and end at W 9999 A. The next in the series will be from W 1 B till W 9999 B, followed by W 1 C and so on,” he told a press conference after attending a briefing on the Transport Ministry here today.

After the series ends at W 9999 Y, it will continue with WA 1-9999 A , then WY 1-9999 Y, followed by WAA 1-9999 A till WAY 1-9999 Y.

The new series will end at WYY 1-9999 Y.

Meanwhile, Hishammuddin, who is also Defence Minister,  pledged to improve urban public transportation as outlined under the National Key Result Areas (NKRAs).

“With cooperation from the relevant ministries, I am confident a transformation can be brought about to meet the people’s needs on urban transportation,” he said.

He added that the Transport Ministry and all agencies under it would put the people first by striving to attain the right balance on all transportation related matters, be the mode be land, air or sea.

He also said due attention would be given to the Automated Enforcement System (AES).

"There are issues that require immediate focus, there are some which require a cabinet decision while there are some that need a third party decision. The issues are numerous; it is not just about the Automatic Enforcement System (AES). I am looking at all the issues.

"Give me a bit of time because this is my first day here (Transport Ministry). We will decide when we are comfortable.

"Issues like the AES cannot be decided overnight … I am the Transport Minister for the country and not just for the AES alone,” he said.

He said this when asked to comment on the status of the implementation of the AES following the Attorney-General’s Chambers last December calling for a halt on court cases on summonses issued under the system pending review of some technicalities.

Exco Kesal Rektor Kuin Letak Jawatan Mengejut

Posted: 23 May 2013 04:37 AM PDT

BALING, 23 Mei –  Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah Datuk Tajul Urus Md Zin pada Khamis meluahkan rasa kesal atas tindakan Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Datuk Dr Jamil Osman yang meletak jawatan secara mengejut.

Katanya sekalipun kerajaan negeri kini diteraju Barisan Nasional (BN), Jamil sepatutnya lebih profesional dan mengetepikan perbezaan politik demi menangani masalah yang dihadapi Kuin.

“Pagi tadi saya berkesempatan melawat ke Kampus Mergong, Alor Setar dan bertemu dengan kesatuan pelajar. Ada dua rungutan utama iaitu berhubung kelayakan pensyarah dan juga kemudahan asrama serta surau yang perlu ditambah baik, manakala sebelah petang saya berkunjung ke kampus di Kuala Ketil di sini.

“Ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dengan rektor, tetapi saya dimaklumkan tadi bahawa rektor sudah menghantar surat peletakan jawatan pada 20 haribulan lalu. Saya juga agak kecewa, sepatutnya rektor juga ada bersama hari ini,” katanya ketika ditemui media selepas melawat kampus Kuin di Kuala Ketil.

Menurut Tajul Urus, beliau dimaklumkan oleh pihak pentadbiran Kuin peletakan jawatan Jamil berkuat kuasa pada hari beliau menghantar surat iaitu Isnin lepas.

Tajul Urus dipertanggungjawabkan Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk melihat masalah yang dihadapi Kuin serta mengemukakan penyelesaian yang menjamin kebajikan pelajar dan warga kerja Kuin.

Antara masalah berkenaan ialah dakwaan warga kerja Kuin bahawa pihak pengurusan menyeleweng kerana gagal melakukan caruman kepada pihak ketiga walaupun pemotongan gaji dicatat pada slip gaji mereka.

Kerajaan negeri dan Kuin juga terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala Ketil. Kampus induk itu juga tidak mempunyai kemudahan asrama yang menyukarkan kehidupan pelajar yang terpaksa berpindah-randah.

BN Kedah mewarisi masalah itu yang timbul ketika Kedah diteraju PAS sejak 2008 hingga pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu.

Mengulas pelantikan rektor baharu, Tajul Urus berkata seorang pentadbir akan ditempatkan di situ sementara menunggu pelantikan baharu oleh Lembaga Pengarah Kuin.

Mengenai hasil lawatannya hari ini, beliau berkata ada beberapa perkara yang dibangkitkan termasuk mengenai kursus yang ditawarkan dan bilangan pelajar.

“Kita akan minta laporan menyeluruh daripada Kuin dan akan berjumpa dan berbincang dengan Menteri Besar untuk buat cadangan dan keputusan. Apa yang penting, kita mahu Kuin sama seperti kolej-kolej swasta terkemuka yang lain,” katanya.

Beliau tidak menolak akan berlaku rombakan terhadap program yang ditawarkan Kuin jika tindakan itu memberi manfaat kepada Kuin.

Kuin kini mempunyai 6,000 pelajar dengan 1,500 daripadanya belajar di kampus Kuala Ketil yang mula dibuka awal tahun ini, manakala selebihnya masih berada di kampus lama di Mergong.

BN Kedah Galas Amanah Besar Balas Sokongan Perbaiki Kerosakan Yang Ditinggal

Posted: 23 May 2013 04:36 AM PDT

KUALA LUMPUR 23 Mei – Pertukaran pentadbiran daripada ditadbir oleh pembangkang kepada kepimpinan Barisan Nasional pasti banyak membawa banyak perubahan kepada rakyat negeri Kedah sejajar dengan slogan Rakyat Didahulukan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kedah, Datuk Suraya Yaccob berkata kepimpinan yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan memperbaiki segala permasalahan yang berlaku sebelum ini.

"Ketika Kedah di bawah pemerintahan pembangkang, pelbagai masalah yang berlaku sehingga menyusahkan rakyat, sebab itu pada pilihan raya baru-baru ini, rakyat memilih BN, kerana hanya BN sahaja yang mampu membela nasib rakyat Kedah.

"Kepercayaan yang diberi rakyat itu harus diterjemahkan dengan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat sebelum ini, kita harus pandang ke hadapan untuk memastikan rakyat dapat menikmati pembangunan seperti apa yang dinikmati oleh rakyat negeri lain yang diperintah BN.

"Ini bukan masa untuk mencari kesilapan mana-mana pihak, apa yang penting iaalah untuk memperbetul serta memperbaiki apam yang perlu demi kepntingan rakyat Kedah," katanya.

Beliau berkata diminta demikian berhubung perancangan yang dilakukan oleh kepimpinan baru kerajaan negeri Kedah selepas BN berjaya merampas negeri itu yang sebelum ini diperintah oleh pembangkang.

Suraya berkata, rakyat Kedah harus melupakan segala masalah serta persengketaan yangb berlaku sebelum ini terutama ketika musim pilihan raya, seleuruh rakyat perlu focus untuk bersama kepimpinan baru untuk emmajukan Kedah.

"Tanggungjawab yang dipikul oleh semua kepimpinan negeri yang dilantik adalah besar, bagi saya amanah yang diberikan ini adalah satu tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan dapat dinikmati oleh semua.

Menurutnya, tempoh untuk mencapai negara maju pada Tahun 2020 semakin hampir, semua rakyat harus bekerjasama dalam satu pasukan dan mengenepikan segala masalah yang boleh merencatkan usaha berkenaan kerana tanpa sokongan daripada rakyat, segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan tidak akan berjaya. -MediaUMNO

Politik Kebencian Sudah Jadi Makanan Pembangkang

Posted: 23 May 2013 04:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Tindakan pakatan pembangkang yang tidak sudah-sudah membuat pelbagai tuduhan dengan memburukkan pentadbiran kerajaan, kepimpinan Barisan Nasional (BN) serta dasar-dasarnya bukanlah perkara baru malah ia telah berlarutan sejak bertahun-tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria melihat agenda pakatan pembangkang adalah memburukkan apa saja yang dilakukan oleh BN apatah lagi agenda mereka untuk menerajui kerajaan Persekutuan tidak tercapai.

"Kerajaan telah laksanakan macam-macam perkara dan program termasuklah meminda dasar-dasar sedia ada bagi menunjukkan keterbukaan sebagaimana yang rakyat mahukan berlandaskan kepada konsep demokrasi yang turut dilaung-laungkan oleh pakatan pembangkang namun malangnya walaupun program dan dasar yang dilaksanakan berjaya dan mendapat sambutan baik dari rakyat tetapi pembangkang tetap bersikap negatif," katanya kepada UMNO-Online.

Ujar beliau, sememangnya seakan menjadi kebiasaan kepada pembangkang untuk melabelkan apa saja yang dilaksanakan oleh BN sebagai sesuatu yang buruk dengan pelbagai manipulasi dan provokasi bagi untuk mengelirukan rakyat.

"Pakatan pembangkang telah menerapkan politik kebencian pada rakyat yang dipelopori oleh ketua pembangkang mereka iaitu Anwar Ibrahim dan dengan kegagalan mereka mendapat mandat kerajaan maka ia semakin menjadi-jadi sehingga ibarat 'gila talak' untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.

"Pakatan pembangkang mahu menimbulkan kekacauan dan menolak keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu namun yang peliknya mereka hanya mengganggu keputusan di Pusat sedangkan di peringkat negeri tidak pula dikacau," katanya.

Jelas beliau, sekiranya pakatan pembangkang dapat menerima keputusan PRU dalam pemilihan di peringkat negeri maka tentunya akan dapat menerima keputusan bahawa BN terus menerajui kerajaan di peringkat Pusat.

"Kita menggunakan sistem yang sama, dilaksanakan oleh badan yang sama iaitu SPR, proses dan penjumlahan sepanjang berkempen, pengundian dan sehingga tamat semua keputusan diperoleh juga sama namun apabila BN terus menerajui mandat kerajaan negeri kenapa pula dipertikaikan?

"Pakatan pembangkang tentunya faham berkaitan sistem dan perjalanan pilihan raya negara kita apatah lagi ia telah digunapakai sejak merdeka maka tidak ada sebarang perubahan iaitu masih berpegang kepada demokrasi berparlimen jadi bagaimana pula tiba-tiba undi popular diambil kira?"

Tegasnya, pakatan pembangkang sengaja menimbulkan kekeliruan bagi mengaburi rakyat dan memburuk-burukkan BN sebagai kerajaan.

"Kita lihat semasa PRU, pembangkang dulu bersungguh-sungguh mahukan penggunaan dakwat kekal namun apabila ia dilaksanakan maka mereka jugalah yang bersungguh-sungguh menempelak dan menyalahkan proses yang dilaksanakan.

Tambah beliau lagi, inilah natijahnya apabila nilai kebencian diserapkan dalam politik yang akan membawa kemusnahan dalam masyarakat sekiranya ia terus menular.

"Sekiranya pakatan pembangkang gagal mengikut undang-undang yang telah digariskan dalam Perlembagaan, maka mereka boleh keluar dari negara ini dan berhijrah ke mana-mana negara yang sesuai dengan acuan dan pemikiran politik mereka sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini namun jika sebaliknya silalah hormat Perlembagaan Malaysia."

Beliau berjaya mengekalkan kemenangan di DUN Sungai Acheh pada PRU ke-13 dalam pertandingan tiga penjuru apabila ditentang calon PKR, Badrul Hisham Shaharin dan calon Pas, Mohd Yusni Mat Piah. – MediaUMNO

Pas Jangan Cakap Lain Buat Lain – Nizar

Posted: 23 May 2013 04:24 AM PDT

PARIT, 23 Mei – "Cukup-cukuplah berpolemik, beretorik… Rakyat telah bersuara dan membuat pilihan. Kini tiba masa untuk buat kerja. Laksanakan amanah yang diberi. Tidak perlu heret rakyat ke jalanan".

Exco Kerajaan Negeri Perak, Nizar Zakaria berkata demikian ketika diminta mengulas sikap pemimpin Pas yang dilihat tidak senada dengan kenyataan mereka yang kononnya menerima sistem demokrasi tetapi dalam masa yang sama turut serta menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, selaku sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam Pas harus menerima hakikat takdir Allah.

"Telah ditentukan walaupun pembangkang popular namun kelebihan adalah kepada Barisan Nasional (BN) dan BN telah dipilih untuk sekali lagi menerajui tampuk pimpinan negara. Sekiranya mereka percaya kepada ketentuan Allah sudah pasti mereka akan terima hakikat kalah dan menang.

"Sebagaimana mereka menerima tiga buah negeri dan BN turut menerima kekalahan tersebut maka terimalah keputusan PRU secara keseluruhannya. Untuk apa mereka mengheret rakyat ke jalanan dan mengajar rakyat 'menderhaka' kepada pemimpin.

"Daripada mereka membuang masa melakukan perhimpunan haram yang hanya mencetuskan huru hara adalah lebih baik mereka memulakan tugas di kawasan masing-masing. Rangka dan bentuk apa yang sepatutnya dilakukan untuk terus membela nasib rakyat," ujarnya lagi.

Nizar yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja menjelaskan, rakyat dan penyokong pembangkang juga perlu berfikir secara rasional dan bermuhasabah diri. Jangan terlalu taksub sehingga menyusahkan diri sendiri.

"Bagi saya mereka yang turut mengikut perhimpunan haram seperti perhimpunan 505 itu adalah pekak dan tuli. Mereka terlalu taksub sehingga tidak mahu membuka minda menilai perkara sebenar. Apa yang mereka tahu adalah segala kehendak mereka dituruti walaupun keputusan telah dibuat dalam PRU secara demokrasi.

"Ini suara majoriti rakyat maka kena ikut. Sebarang bantahan sila ikut saluran yang betul. Kita ada undang-undang. Jangan sampai keamanan negara kita dicabuli hanya kerana kehendak peribadi mereka tidak diikuti," tambahnya lagi.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap pemimpin Pas yang diam membisu melihat pengikut mereka terlibat di dalam perhimpunan haram serta melakukan kekacauan awam. Ianya ternyata tersasar daripada ajaran Islam dan secara langsung memberikan gambaran buruk agama suci ini di mata bukan Islam.

"Jadilah pemimpin yang bermaruah dan mempunyai pendirian yang tetap sekiranya benar mereka berjuang demi menegakkan agama Islam. Jangan hanya garang kepada UMNO tetapi menikus apabila berhadapan dengan DAP dan PKR," jelas beliau. – MediaUMNO

Rakyat Disaran Tolak Tohmahan, Persepsi Palsu Berterusan Pembangkang

Posted: 23 May 2013 04:21 AM PDT

KUALA LUMPUR 23 Mei – Rakyat disaran menolak segala tohmahan dan persepsi palsu berterusan yang ditimbulkan oleh parti pembangkang dalam usaha mereka memburukkan kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) setelah  diberi mandat untuk terus menerajui kepimpinan negara pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

Exco Pemuda UMNO, Mohd Faizal Ramly berkata persepsi palsu yang ditimbulkan oleh pembangkang sehingga ke hari ini tidak akan memberi apa-apa manfaat untuk negara dan rakyat keseluruhannya.

Menurut beliau budaya melontarkan persepsi boleh mengundang implikasi kerana ianya bakal menimbulkan suasana keluh kesah serta kegelisahan di kalangan rakyat terhadap kemampuan kerajaan dalam urus tadbir negara.

"Walaupun benda itu tidak pasti atau pun tidak ada atau pun macam-macam lagi tetapi sekiranya hari-hari dimainkan, lama-lama kelamaan ianya seolah-olah menjadi perkara yang betul dan itu adalah matlamat mereka.

"Banyak lagi benda yang kerajaan nak buat…Takkan hari-hari nak lawan persepsi. Sebagai rakyat saya percaya jika menggunakan kuasa yang ada, budaya persepsi berterusan itu akan dapat dihentikan sepenuhnya," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menjelaskan perkara berkenaan perlu dihentikan dan rakyat perlu bijak menilai dengan mendalam sesuatu perkara yang timbul agar suasana yang dinikmati hari ini terus kekal.

"Jika ini berterusan bagaimana kita mahu mencapai negara maju…bagaimana kerajaan mahu membela kepentingan dan kebajikan rakyat. Jadi kepada seluruh rakyat kita sama-samalah tolak budaya ini.

"Dan saya cukup yakin serta percaya masih ramai lagi rakyat yang tidak suka kepada perkara sedemikian. Persepsi palsu demi mencapai kepentingan politik semata-mata," katanya. -MediaUMNO

BN Kaji Untuk Fail Petisyen Terhadap Keputusan PRU 13

Posted: 23 May 2013 04:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Barisan Nasional (BN) sedang mengkaji untuk memfail petisyen atau bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lepas.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata panel peguam parti sedang meneliti perkara terbabit.

“Kita sedang lihat kesemua kawasan yang kita menang dan kalah tipis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan rasmi PRU13.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berikutan pewartaan itu calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan.

Petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT