SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, May 5, 2013

UMNO Online - “Yakinilah… Berikanlah Mandat Kepada Barisan Nasional” plus 9 more

UMNO Online - “Yakinilah… Berikanlah Mandat Kepada Barisan Nasional” plus 9 more

Link to UMNO Online

Yakinilah… Berikanlah Mandat Kepada Barisan Nasional

Posted: 04 May 2013 08:06 AM PDT

Rakyat Malaysia dikasihi,

Hari ini negara tercinta Malaysia berada di persimpangan antara masa hadapan yang penuh peluang dan harapan serta masa hadapan yang sarat dengan ketidaktentuan dan pertelingkahan.

Di tangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan ,  serta 13 juta warga  Malaysia yang lain  terletak kuasa untuk membuat keputusan mengenai  siapakah yang terbaik untuk diberikan amanah serta tanggungjawab bagi meneraju negara bertuah ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang..

Empat tahun yang lalu merupakan tempoh yang mencabar untuk kita semua. Di dalam persekitaran ekonomi global yang amat mencabar kerajaan dan rakyat Malaysia telah berjaya hasil kerjasama semua  meletakkan ekonomi Malaysia di landasan yang betul untuk pertumbuhan berterusan, meningkatkan hasil negara yang digunakan untuk meringankan beban kehidupan rakyat,   merangsang penciptaan peluang pekerjaan yang mencukupi dan meningkatkan kemakmuran untuk semua.

Ia bukanlah perjalanan yang mudah bagi kami  parti yang diberikan amanah sebagai kerajaan oleh tuan-tuan dan puan-puan. Dalam sesetengah perkara kami perlu mengambil keputusan yang perit tetapi perlu.

Dalam keadaan ini  kami tidak bertindak sebagai ahli politik populis tetapi sebaliknya bertindak  setelah mengkaji secara teliti kesan jangka panjang keputusan yang bakal diambil bukan sahaja terhadap generasi hari ini tetapi juga generasi masa depan negara ini, kami tidak rela mewariskan sebuah negara yang gagal kepada anak-anak kita.

Setelah melalui proses mendengar, merundingi serta memperoleh input dari semua pihak kami telah merangka pelan yang kami yakin terbaik untuk  semua rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang malahan sehinggga tahun 2020. Sesungguhnya Tuan-tuan dan Puan-puan mampu merasai sendiri keberkesanan segala usaha yang telah saya dan rakan-rakan lakukan setakat ini.

Berikanlah kami Kerajaan Barisan Nasional  peluang untuk terus berkhidmat demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan  bagi meningkatkan lagi mutu kehidupan kita dan anak-anak kita serta demi masa depan yang lebih sejahtera serta makmur.    Berilah kepercayaan kepada Kerajaan BN bagi meneruskan  usaha bakti buat Malaysia dan seluruh rakyatnya.

PRU kali ini  perlulah ditentukan bersandarkan  menepati janji, mendukung harapan dan  kebolehpercayaan. Tidak sepatutnya wujud ruang untuk mereka yang menabur janji tidak kredibel dan akhirnya tidak mampu ditunaikan, gemar menyebar fitnah, memanipulasi fakta serta meraih sokongan berasaskan kebencian serta perpecahan.

Demi anak-anak Malaysia fikirkan semasak-masaknya, sebelum membuat keputusan kerana pilihan tuan-tuan dan puan-puan akan mempunyai kesan yang amat besar untuk masa hadapan kita.

Undi tuan-tuan dan puan-puan  sewajarnya menjadi– UNDI untuk Malaysia  yang maju dan progresif, UNDI untuk Malaysia  yang menuju   transformasi politik, ekonomi dan sosial yang menyeluruh , Malaysia di mana kita semua, dapat hidup dengan bangga dan bermaruah     di bawah payung  falsafah 1Malaysia.

 

Yang ikhlas,

Najib Razak

Pengerusi Barsian Nasional

Pengundi Parlimen Kuala Terengganu Sudah Matang Untuk Memilih Kerajaan – Zubir

Posted: 04 May 2013 07:27 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 4 Mei – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Zubir Embong atau lebih dikenali dengan Cikgu Zubir yakin BN akan mengambil semula kerusi Parlimen Kuala Terengganu berdasarkan momentum sokongan kepada BN yang semakin meningkat diperlihatkan pengundi di parlimen tersebut.
Tambahnya lagi, faktornya sebagai guru sekolah turut menjadi elemen meningkatnya sokongan rakyat terhadap calon BN di parlimen Kuala Terengganu.
"Selain daripada faktor saya sebagai seorang guru, saya juga yakin bahawa pengundi-pengundi di parlimen Kuala Terengganu sudah matang untuk menilai dan akan memilih parti mana yang layak memerintah mengikut rasional dan bukannya emosional.
"Saya juga lihat, isu-isu yang dimainkan oleh pembangkang tidak dapat mempengaruhi rakyat di Kuala Terengganu, bahkan lebih banyak memainkan isu-isu yang tidak sahih dan menjurus kepada fitnah semata-mata," ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.
Beliau yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO Kuala Terengganu meminta rakyat  menolak cara politik fitnah yang cuba dimomokkan oleh pembangkang terhadap pengundi dan jangan menanam sifat kebencian di kalangan rakyat.
"Banyak isu-isu seperti contohnya isu pasar payang yang cuba diputar belitkan oleh pembangkang, sehinggakan rakyat akhirnya mendapat maklumat yang salah dan seterusnya membuat keputusan yang salah.
"Bagi saya, kita perlulah mendidik anak-anak muda generasi muda yang bakal menerajui kepimpinan masa dengan dengan pemikiran yang lebih sihat, yang hebat dan dapat memajukan pembangunan di negeri ini." tegasnya.
Justeru itu beliau menyeru kepada semua pengundi khususnya di kawasan parlimen Kuala Terengganu membuat satu pertimbangan yang bijak bestari kerana pengundilah yang akan menentukan jatuh bangun negara.

Tidak Perlu Tukar Kerajaan Kerana Kita Sudah Ada Yang Terbaik – Eman Manan

Posted: 04 May 2013 07:17 AM PDT

BUKIT PAYUNG, 4 Mei – Pelakon terkenal, Eman Manan berkata rakyat perlu mengekalkan kerajaan yang sedia ada kerana sudah terbukti bahawa kerajaan Barisan Nasional hari ini mampu untuk mentadbir negara dengan baik berdasarkan keharmonian dan kemakmuran yang wujud di Malaysia hari ini.

Tambah beliau, BN telah berjaya membawa nama Malaysia ke persada dunia dengan sistem-sistem pentadbiran seperti pendidikan, sukan dan lain-lain yang dianggap antara yang terbaik di dunia.

"Apa perlunya kita menukar kerajaan yang sedia ada sekiranya kerajaan hari ini benar-benar mampu untuk menjadikan negara kita lebih baik dan maju pada masa akan datang. Saya tidak nampak ada keperluan untuk menukar kerajaan pada hari ini.

"Sedikit pengalaman, DUN Bukit Payung pada PRU ke 12 dimenangi oleh Pas tetapi sehingga ke hari ini, Bukit Payung tidak ada apa-apa. Jadi maksud saya, apa perlu kita tukar kerajaan hari ini. Bagi rakyat Malaysia, khususnya di Terengganu, apa perlu kita tukar kerajaan hari ini?,"ujarnya kepada UMNO Online.

Jelas beliau, hari ini Malaysia sudah mempunyai Perdana Menteri yang terbaik. Beliau merancang segala-galanya untuk rakyat dan ini sudah terbukti dengan program transformasi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

"Dan bagi saya tidak perlu Perdana Menteri lain. Saya  tidak memerlukan  Anwar untuk jadi Perdana Menteri. Apa perlu dia menjadi Perdana Menteri kerana beliau tidak pernah buktikan apa-apa. Ini bukan soal kepentingan politik.

" Ini adalah soal kepentingan bangsa, negara dan yang paling penting sekali agama.Ini bukan perkara main-main. Ini bukan soal mahu memperlihatkan emosi dan ketidakpuasan hati, " tegasnya.

Justeru itu beliau menyeru rakyat di negara ini, terutamanya di DUN Bukit Payung, khususnya di Terengganu dan amnya di Malaysia agar bangkit bersatu memperlihatkan kesetiaan kepada negara dan kerajaan yang ada pada hari ini.

"Jangan sekali-kali cuba untuk menukar kerajaan yang ada pada hari ini. Saya merayu kepada rakyat semua, khususnya bangsa Melayu agar berfikir betul-betul kerana satu undi kita akan menentukan ke arah mana negara kita akan di bawa nanti.

"Ini soal besar. Soal penting bagi agama, bangsa dan negara. Kita sudah ada kerajaan yang terbaik dan saya yakin kita tidak akan mampu untuk membentuk satu kerajaan yang lebih baik dari apa yang kita ada hari ini. Jangan sekali-kali menukar kerajaan kerana sudah terbukti, kita sudah mempunyai satu kerajaan yang terbaik hari ini," akhiri beliau. -MediaUMNO

Pas Perlu Dikalahkan Untuk Selamatkan Orang Islam Kerana Pakatannya Dengan DAP, PKR

Posted: 04 May 2013 07:07 AM PDT

BALING, 4 Mei  – Pas perlu dikalahkan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) demi masa depan agama Islam dan Melayu di negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini kerana Pas punca kepada berlakunya perpecahan perpaduan Melayu dan Islam di negara ini kerana kepimpinan Pas mengutamakan matlamat untuk berkuasa bersama rakan-rakan sekutunya (PKR dan DAP),” katanya.

Beliau berkata kepimpinan Pas sering berubah pendirian dan tidak tegas kerana termakan hasutan kepimpinan dari luar Pas terutama kepimpinan DAP dan PKR.

Berucap pada majlis perjumpaan Ramah Mesra Dengan Masyarakat Baling di Kuala Ketil di sini hari ini, Dr Mahathir berkata beliau sedih kerana Pas kini menjadi punca kepada perpecahan orang Melayu kerana itu pengundi di seluruh Negara terutama yang beragama Islam perlu menolak calon parti itu dan sekutunya demi masa depan dan maruah agama Islam.

Turut hadir pada majlis itu empat calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kawasan parlimen Baling iaitu calon kerusi parlimen Baling Datuk Abd Azeez Rahim, calon kerusi dewan undangan negeri (DUN) Bayu Datuk Azmi Che Husin, calon kerusi DUN Kuala Ketil Khairul Azhar Abdullah dan calon kerusi DUN Kupang Harun Abdul Aziz.

Lebih 15,000 hadir pada perjumpaan itu untuk mendengar amanat beliau menjelang hari pengundian PRU13 esok.

EC Invites 18 Foreign Observers, 1,200 Local Observers For Election

Posted: 04 May 2013 02:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 4 – Eighteen international observers from Asia, including representatives from the Asean Secretariat, who were invited by the Election Commission (EC) for the 13th general election, were brought around to see preparations at the polling centres around the city today.

EC deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar said the 18 observers comprise six representatives each from Indonesia and Thailand, and two each from Myanmar, Cambodia and the Asean Secretariat.

Previously, these countries had invited Malaysian EC officers to their country as observers during their election, he told reporters after a briefing for the election observers by the EC, here today.

Wan Ahmad said they will also mointor the voting process in several Federal  Territory parliamentary areas such as Gombak, Titiwangsa and Setiawangsa, as well as vote tallying in Putrajaya tomorrow.

Besides monitoring the voting process, the EC also hopes the observers and local personnel could exchange ideas on how to improve future general elections, he added.

“So far we find that these observers are amazed at how our 13th general election can be carried out in a day and results known as early as 7.30pm,” he said.

Wan Ahmad said 1,200 local observers consisting of 17 non-governmental organisations (NGOs) are also involved in the general election.

Tindakan Terdesak Pembangkang Wujudkan Provokasi

Posted: 04 May 2013 02:40 AM PDT

PUTRAJAYA, 4 Mei – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas tindakan tidak bertanggungjawab pihak pembangkang yang sanggp melakukan provokasi kepada masyarakat tempatan menjelangnya tarikh pengundian yang dianggap ala-ala 'Arab Spring'.

Katanya, tindakan provokasi tidak sewajarnya berlaku kerana kerajaan sentiasa memberi ruang kepada rakyat untuk memilih siapa sebagai pemimpin mereka.

"Kita tidak seperti negara luar dimana pemilihan tidak pernah berlaku dan ada penindasan. Semua ini tidak berlaku. Setiap lima tahun kita akan pulangkan balik kepada rakyat siapa yang mereka hendak dijadikan pemimpin dalam negara kita," katanya.

Jelasnya, beliau percaya bahawa tindakan provokasi dibuat ekoran terdesak dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

" Saya percaya mereka lakukan ini kerana mereka terdesak dan mereka yakin bahawa mereka akan kalah dan kita tahu bahawa mereka macam mana sekalipun tidak akan mengaku kalah kerana mereka menanamkan semangat demonstrasi kepada pengikut-pengikutnya.

"Mereka suka kepada tunjuk rasa sehingggakan mereka sudah jadi democrazy. Ini masalah yang mereka hadapi. Mereka akan membuat apa sahaja untuk memastikan bahawa ketenteraman tidak akan ada dalam negara ini walaupun BN akan mencapai kejayaan yang cemerlang pada hari esok," tegasnya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan pengundi-pengundi khususnya BN agar melaksakan tanggungjawab sebagai pengundi seawal mungkin esok.

"Saya berdoa kepada Allah SWT agar kawan-kawan sebelah sana yang tidak boleh menerima kekalahan, yang tidak boleh terima apa yang telah mereka kecapi selama ini supaya mereka kembali ke pangkal jalan.

"Kita percaya kepada anggota keselamatan dan pihak polis bahawa keselamatan rakyat terjamin," katanya yang juga calon BN di P.125 Putrajaya.

Dalam masa yang sama ,beliau turut mengucapkan salam takziah kepada pencabarnya di sini, Datuk Husam Musa berikutan kematian ibunya tengahari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Ramah Mesra bersama Kimma di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Metropilitan, hari ini. – MediaUMNO

Hanya BN Perjuang Islam, Pas Telah Jauh Terpesong – Norman KRU

Posted: 04 May 2013 02:35 AM PDT

PUTRAJAYA, 4 Mei – "Dulu saya fikirkan Pas perjuangkan Islam, UMNO juga perjuangkan Islam namun berbeza warna dan logo parti sahaja tetapi apabila wujudnya isu-isu sebagaimana isu kalimah Allah telah membuka mata saya bahawa satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam adalah BN," tegas pengiat industri seni tanah air, Norman Abdul Halim.
Ujarnya, beliau tidak menentang  Islam tetapi menentang dasar-dasar yang diketengahkan oleh Pas malah sejak sekian lama Pas telah berulang kali membuat 'u-turn'.
Tegas beliau, sekiranya Pas menjadi pentadbir negara maka tentunya industri filem dan muzik akan terperuk termasuklah industri kreatif secara keseluruhannya.
"Saya percaya dan yakin bahawa apa yang saya katakan itu benar. Saya bukannya bercakap tanpa fakta.
"Di Kelantan misalnya, apabila industri kita baru nak membangun semula selepas era kegemilangan filem tahun 60-an, ada kejatuhan pada tahun 1970-an dan 1980-an, apabila Finas ditubuhkan dan pelbagai dasar-dasar kerajaan yang baru dibuat dan banggunkan balik, Kelantan jatuh ke tangan Pas, dan di situlah kita lihat pawagam ditutup, tiada permit dikeluarkan untuk membuat persembahan malah wayang kulit, makyong dan lain-lain lagi diharamkan."
Katanya, seni budaya ini Ini adalah identiti dan jati diri negara dan janganlah hanya sedar nilainya hanya apabila apa yang ada di tangan sendiri telah hilang.
"Contohnya Finas iaitu entiti kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1980-an. Ada dana-dana yang disalurkan untuk pembangunan industri, banyak juga inisiatif-inisiatif yang diberikan dan yang dapat adalah semua yang terlibat, penerbit, pelakon dan semua kru filem yang mendapat pembelaan dari kerajaan.
"Tetapi apa yang berlaku sekiranya Pas, kalau tidak jadi Perdana Menteri sekalipun, misalnya jadi Menteri Kebudayaan atau menteri Dalam Negeri, di mana isu-isu LPF yang ada di bawah KDN akan digunakan mengikut idealogi mereka sendiri kononnya menggunakan Islam dan bahayanya ia digunakan untuk tujuan politik."
Ujarnya yang telah berkecimpung dalam industri seni sejak lebih 20 tahun lalu, tentunya Pas sekiranya mempunyai kuasa akan membuat dasar mengikut citarasa mereka sendiri sedangkan apa lyang dilaksanakan oleh BN adalah konsisten.
"Bukan saya nak bercakap pasal akidah tetapi yang pentingnya apakah sebenarnya perjuangan Pas ini kerana mereka tidak konsisten. Sudah banyak kali buat 'u-turn'.
"Saya pernah berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz dan bercakap berkaitan konsert. Jika di Brunai pun yang berjalan beberapa langkah saja sudah ada masjid tetapi masih lagi Michael Jackson buat konsert di negara itu, banyak lagi persembahan boleh dilakukan."
"Industri kreatif memberi kita keseimbangan contohnya melalui filem juga kita akan belajar tentang sejarah, melalui filem juga kita dapat inspisari dan banyak lagi usaha-usaha baik kepada kita."
Tambahnya lagi, industri kreatif tidak boleh dipolitikkan kerana ia dapat menyumbang kepada ekonomi negara dan dapat mempertahankan jati diri rakyat Malaysia. - MediaUMNO

Gambar Ratusan Kad Pengenalan Di Laman Sosial Ialah Kes Jenayah 2011 – Polis

Posted: 04 May 2013 02:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Polis hari ini meminta orang ramai agar tidak mempercayai satu lagi dakwaan wujudnya ‘pengundi hantu’ pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dengan tersebarnya gambar ratusan kad pengenalan dan kad bank  di laman-laman media sosial hari ini dan semalam.

“Kad-kad yang bertaburan seperti dipaparkan dalam gambar berkenaan sebenarnya mempunyai kaitan dengan satu kes jenayah di Kedah pada 2011,” kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada sidang media di sini hari ini.

“Perkara ni berlaku pada 2011, bukan hari ini, semalam atau tempoh terdekat. Tapi ada pula pihak yang sengaja mengeluarkan balik cerita itu, edarkan gambar itu, mungkin untuk mengelirukan masyarakat,” katanya.

Beliau meminta semua jangan terkeliru dan terpedaya dengan dakyah pihak yang sengaja timbulkan keraguan di pihak orang ramai di saat-saat akhir hari pengundian esok.

Mereka berniat biar orang yang tengok gambar ini akan menganggap “betul lah ni ada pengundi hantu”, katanya.

Khalid juga berkata tiada kemasukan ‘pengundi hantu’ warga asing dari Bangladesh dan Filipina ke negara ini melalui beberapa penerbangan seperti yang didakwa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata hasil semakan mendapati beberapa syarikat penerbangan seperti AirAsia menyediakan penerbangan tambahan atas permintaan orang ramai dan ia merupakan amalan yang biasa seperti pada musim-musim perayaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak yang mereka cerita tersebut agar menghentikan perbuatan demikian serta merta supaya tidak merunsingkan fikiran orang ramai.

“Rekaan cerita ini diharap tidak diambil serius oleh masyarakat kerana pihak polis setakat ini belum lagi menerima apa juga laporan polis berkenaan kemasukan orang asing untuk mengundi,” katanya.

Khalid berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memastikan hanya pengundi berdaftar sahaja layak mengundi.

“Ada cara untuk menyemak sama ada pengundi itu berdaftar atau tidak. Jadi di pusat-pusat mengundi esok, mereka dan kad pengenalan mereka akan disemak,” katanya.

Sementara itu, Khalid berkata maklumat yang tersebar secara cepat, meluas dan mudah akibat kecanggihan teknologi menjadi cabaran utama pasukan keselamatan itu pada PRU13 kali ini.

Semua Rakyat Pelbagai Kaum Diberi Perhatian Sewajarnya Oleh Kerajaan BN – Najib

Posted: 04 May 2013 02:09 AM PDT

PEKAN, 4 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata menerusi falsafah 1Malaysia semua rakyat pelbagai kaum di negara ini diberikan pembahagian secara adil dan saksama, inklusif dan diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan.

Beliau berkata dasar dan falsafah inilah yang menjurus kepada keadilan sosial dan sosioekonomi selama ini dalam menjamin keamanan dan kesejahteraan semua pihak.

“Menerusi dasar dan falsafah itulah yang kaya diberi peluang untuk terus maju manakala yang susah dibantu,” katanya pada majlis perasmian bangunan tambahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pekan di sini hari ini.

Mengenai pendidikan, Perdana Menteri berkata setiap individu dan komuniti diberi kebebasan untuk memilih jenis pendidikan tanpa halangan.

Katanya hanya Malaysia selain negara China dan Hong Kong yang membenarkan jenis pendidikan sekolah Cina.

Malah katanya SJKC turut diberi bantuan sewajarnya oleh kerajaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa majlis itu Tay Tick Long dalam ucapannya berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah menunjukkan komitmen berterusan dalam membantu meningkatkan keperluan pendidikan sekolah Cina.

“Bantuan yqng dihulurkan kerajaan ini juga turut dikongsi bersama-sama dengan semua kaum kerana di sekolah ini bukan sahaja terdapat pelajar berbangsa Cina, malah kaum Melayu dan India turut belajar di sini,” katanya.

SJKC Pekan mendapat peruntukan daripada kerajaan berjumlah RM2.9 juta bagi membina bangunan tambahan tiga tingkat pada 2008 dan ia mula digunakan pada 2010.

Pada majlis itu, Najib turut menjanjikan peruntukan tambahan RM300,000 bagi membina bangunan tambahan untuk prasekolah di sekolah itu.

Wujud Kesedaran Baru Bagi Pengundi DUN Rhu Rendang – Nik Dir

Posted: 04 May 2013 02:05 AM PDT

RHU RENDANG, 4 Mei – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku berkeyakinan bahawa pengundi di kawasan ini akan memilih calon BN bagi menggantikan calon Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang berdasarkan perkembangan respon positif rakyat terhadap BN hari ini.

Jelas beliau, pengundi-pengundi di Rhu Rendang kini sudah sedar bahawa selama Pas menguasai DUN tersebut, tidak ada sebarang pembangunan dan kemajuan yang dilakukan oleh wakil rakyat Pas di kawasan ini.

"Apabila saya bertemu rakyat, saya bertanya kepada mereka apakah mereka pernah bertemu dengan Haji Hadi selaku wakil rakyat di kawasan ini dan apa yang saya dapati, sebahagian besar pengundi di sini tidak pernah bertemu dengan beliau biarpun sudah lebih 20 tahun beliau menjadi wakil rakyat di kawasan ini.

"Justeru itu, saya lihat wujudnya kesedaran baru di kalangan pengundi di kawasan DUN ini bahawa sudah sampai masanya mereka memberikan laluan kepada BN untuk mentadbir dan membangunkan kawasan DUN Rhu Rendang ini," ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Biarpun beliau merupakan muka baru dalam senarai calon yang mewakil BN, namun bagi Nik Dir, ia bukanlah satu masalah besar.

"Benar, saya memang muka baru dalam senarai calon BN, tetapi di dalam politik, saya sudah terlibat dalam jangkamasa yang agak lama, iaitu lebih 38 tahun. Boleh dikatakan sepanjang saya bergiat di peringkat bahagian, hampir ke semua rakyat di kawasan ini telah saya temui di atas pelbagai urusan.

"Sebab itu saya berani katakan, sudah ada arus perubahan baru dalam pemikiran pengundi di Rhu Rendang di mana rata-rata pengundi yang saya temui kelihatannya sudah bersedia untuk memberikan sokongan kepada calon BN bagi DUN ini pada PRU kali ini," jelasnya.

Beliau berjanji kepada rakyat di kawasan DUN Rhu Rendang bahawa sekiranya beliau dipilih untuk menjadi wakil kepada pengundi di kawasan ini, maka beliau akan menumpukan setiap keringat dan tenaga untuk mencurahkan khidmat bagi memastikan segala manifesto kerajaan pusat dan negeri terlaksana.

"In Shaa Allah, segala apa bantuan yang kita berikan selama ini akan kita teruskan dan saya yakin, sekiranya BN menang di kawasan DUN Rhu Rendang ini, maka rakyat di kawasan ini akan mendapat lebih peluang dalam pelbagai aspek untuk dinikmati sejajar dengan perlaksanaan transfomasi kerajaan BN pada hari ini," tegasnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT