SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, May 24, 2014

UMNO Online - “Apakah Pas Pengamal Politik Tiga Suku??” plus 9 more

UMNO Online - “Apakah Pas Pengamal Politik Tiga Suku??” plus 9 more

Link to UMNO Online

Apakah Pas Pengamal Politik Tiga Suku??

Posted: 23 May 2014 03:49 AM PDT

Nak hudud cari UMNO, nak kerusi cari DAP? Nak Islam cari UMNO, nak politik cari DAP!

Adakah PAS menjadi pengamal POLSAS – politik suku agama suku?

Saya melihat PRK Bkt Gelugor & PRK Teluk Intan sebagai bukti amalan POLSAS ini.

Dalam keadaan PAS sibuk mendesak Ahli Parlimen UMNO menyokong usul hudud PAS Kelantan; tetapi diwaktu yang sama mereka menyokong dan mengundi calon-calon DAP bagi PRK Parlimen Bkt Gelugor dan Teluk Intan yang terang-terang menentang hudud PAS!

Malahan PAS cukup kuat mengutuk dan mengecam mana-mana wanita Melayu Islam yang tidak bertudung, tetapi mereka menyokong dan mengundi calon DAP PRK Teluk Intan yang bukan sahaja tidak bertudung malah menentang hudud PAS!

dyana-sofya-calon-teluk-intan-ramkarpal-bukit-gelugor-dap-pakatan-tolak-hudud-hukum-islam

Sebab itu saya rasa iblis sendiri pun akan menangis melihat politiking hipokrit dan melampau PAS ini! Sebab jahat-jahat iblis pun dia berterus terang dengan pendirian dia depan Allah menolak Nabi Adam a.s, sedangkan PAS mempertopengkan agama Allah untuk kepentingan politik kepartian mereka!

Baru-baru ini saya berkesempatan berjumpa seorang pemimpin kanan PAS yang juga seorang yang dikenali sebagai Ustaz. Malahan kekadang dia dikenali dan dipanggil sebagai ulamak walaupun bagi saya beliau hanya seorang penggemar nasi lemak.

Saya bertanya kepada Ustaz ini satu soalan;

"Enta desak Ahli Parlimen UMNO sokong hudud PAS, tetapi enta sokong calon DAP bagi Parlimen Bkt Gelugor dan Teluk Intan yang terang-terang menolak dan menentang hudud PAS! Bukankah ini paradoks politik dan sifat hipokrit yang sangat serius".

Jawab Ustaz ini, "hudud soal agama sheikh, PRK soal politik. Enta kena bezakan antara perlaksanaan hudud dan pilihanraya".

Saya menjawab dengan bertanya balik, "bukankah itu bermakna enta memisahkan antara agama dan politik. Hudud agama, pilihanraya politik. Ini bermakna amalan politik suku agama suku? Bukankah atas tuduhan politik suku agama suku inilah PAS mengkafirkan UMNO?".

Pada pandangan saya, inilah sikap politik hipokrit PAS yang Allah dedahkan melalui PRK Bkt Gelugor dan PRK Teluk Intan.

Pada pandangan saya, inilah sikap politik hipokrit PAS yang Allah dedahkan melalui PRK Bkt Gelugor dan PRK Teluk Intan.
Kalau benar perjuangan PAS berdasarkan Al-Quran & Sunnah sebagaimana yang selalu dimomokkan kepada orang Melayu, sudah tentu mereka akan menentang calon DAP bagi PRK Bkt Gelugor dan Teluk Intan.

Tetapi yang pelik calon ahli PAS sendiri bagi PRK Bkt Gelugor Haji Mohamed Nabi Bux yang jelas perjuangan dia mahu membantu PAS melaksanakan hudud, bukan sahaja tidak disokong dan dibantu oleh PAS, malahan beliau dimaki dan dicaci nista.

Sampai ke peringkat PAS tidak mahu mengaku beliau sebagai ahli walaupun ada sijil keahlian yang ditandatangani sendiri oleh Almarhum Ust Fadil Nor, mantan Presiden PAS!

Sebaliknya PAS bermati-matian membantu dan menyokong Ramkarpal Singh yang terang-terang menyatakan jika dia menang menjadi Ahli Parlimen, dia tetap dengan pendirian mendiang bapanya sendiri Karpal Singh akan menentang RUU hudud PAS jika dibentangkan didalam Parlimen nanti!!!

Malah Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang turut hadir menyambut Ramkarpal Singh dalam perarakan pada hari penamaan calon!

Didalam PRK Teluk Intan, secara jelas lagi sarih calon DAP yang tidak bertudung ini menegaskan bahawa jika dia menjadi Ahli Parlimen, dia sama sekali tidak akan menyokong usul RUU Hudud PAS Kelantan, malah akan menentangnya.

mat-sabu-hadi-awang-tangguh-hudud-pas-bentang-ruu-persendirian-gimik-politik-jual-agama-beli-undi-tiket-syurga

Sekali lagi PAS mengambil sikap menyokong dan membantu calon DAP ini untuk memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan. Malah pimpinan PAS turut sama berarak meraikan calon tidak bertudung penentang hudud ini pada hari penamaan calon!

Dan bila ditanya kepada kepimpinan PAS kenapa sokong calon DAP yang terang-terang menentang hudud, pasti mereka akan menjawab membantu DAP adalah strategi politik tahalluf siasi, melaksanakan hudud adalah kewajipan syariah.

Bantu DAP siasah, buat hudud syariah!

Bukankah itu namanya politik suku agama suku?

Adakah PAS sudah lupa Amanat Hadi yang dibuat di Kg Banggol Pradong, Kuala Terenganu pada tahun 1981? Adakah PAS lupa bahawa, "PAS menentang UMNO kerana mengamalkan politik suku agama suku".

Atau adakah PAS sudah sampai ke peringkat politik tiga suku?

Kepada ahli-ahli PAS yang saya percaya cukup ikhlas mahukan Islam, sedar dan insaflah kalian semua daripada kesesatan politik yang sedang dibawa oleh kepimpinan kalian, terutama daripada kalangan parasit yang sudah meresap menguasai PAS yang berpendirian mempertuhankan kerusi dan demokrasi!

Bangkitlah melakukan jihad mengembalikan PAS kepada perjuangan menegakkan sebuah Daulah Islamiyyah dan melaksanakan syariat Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, semoga kita semua diberi kekuatan dan sifat istiqomah dalam perjuangan in insya-Allah, ameen!

Aamantu billah summastaqeem – intan surullah hayan surkum, wayusabbit aqdaamakuum!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Noordin (zul4kulim.blogspot.com)

Kerajaan Kaji Semula Penggunaan Cermin Gelap – Hishammuddin

Posted: 23 May 2014 03:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mei  - Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju untuk mengkaji semula aspek penggunaan cermin gelap, termasuk peraturan sedia ada, pengkuatkuasaan, keselamatan dan kepenggunaan, kata pemangku menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau, yang juga Menteri Pertahanan berkata bahawa MOT sedia maklum mengenai pandangan dan maklum balas rakyat yang beranggapan peraturan dan undang-undang berhubung penggunaan cermin gelap ketinggalan zaman.

“Susulan daripada pandangan dan maklum balas ini, saya ingin memaklumkan kementerian sedia mengkaji dan meminda semula peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan.

"Saya telah mengarahkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Long See Wool untuk menganjurkan bengkel khas bagi tujuan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa kini, Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70 peratus, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang daripada 50 peratus.

Mereka yang melanggar peraturan ini boleh didenda RM500 atau penjara tidak melebihi dua minggu bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan seterusnya boleh didenda RM1,000 atau penjara maksimum sebulan.

Menerangkan lebih lanjut mengenai bengkel khas itu, Hishammuddin berkata, ia telah dijadualkan pada 2 dan 3 Jun ini, bertempat di Hotel Holiday Inn Glenmarie Shah Alam, dan akan dibahagikan kepada lima sesi.

“Antara pengisian bengkel ini ialah melihat kembali standard ketelusan cahaya cermin gelap kenderaan berdasarkan peraturan antarabangsa sedia ada seperti ‘United Nation Vehicle Regulation R43 (Safety Glassing)’.

Bengkel ini juga akan memperhalusi usaha memastikan pengguna dapat diupayakan dari segi maklumat dan kefahaman mengenai penggunaan cermin gelap,” kata Hishammuddin.

Bengkel pertama dipengerusikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membincangkan peraturan sedia ada, bengkel kedua oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) bagi mengkaji amalan penggunaan cermin gelap oleh negara-negara luar, manakala bengkel ketiga oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengkaji peraturan cerman gelap dari perspektif keselamatan dan jenayah.

Bengkel keempat pula akan dipengerusikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi membincangkan penguatkuasaan dan kawal selia penjualan cermin gelap di premis aksesori kenderaan dan yang terakhir oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi membincangkan pengimportan kereta bercermin gelap dengan permit import (AP).

Tak Mahu Mohon Maaf, Pemimpin DAP Berjiwa Kerdil – Sharkar

Posted: 23 May 2014 03:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menyelar tindakan ADUN Seri Delima dari DAP, RSN Rayer yang  tidak mahu memohon maaf di atas keterlanjurannya mengungkap perkataan menghina dengan mengatakan UMNO Celaka di dalam sidang Dun Pulau Pinang memperlihatkan Reyes seorang pemimpin yang berjiwa kerdil.

Jelas beliau lagi, tindakan Rayer yang mempertahankan kenyataannya itu serta tidak mahu meminta maaf di atas ketelanjuran kata-katanya itu juga memperlihatkan beliau seorang pemimpin yang berjiwa kecil dan kerdil.

Adun-Seri-Delima-Penang-Pulau-Pinang-R.S.N-RSN-Rayer-Celaka-Cilaka-Parti-Dap-Rasis-UMNO-BN

"Kalau Rayer seorang pemimpin yang berjiwa besar, beliau tidak kisah untuk memohon maaf di atas keterlanjuran kata-katanya itu yang menyinggung perasaan keseluruhan ahli UMNO di negara ini. Biasalah kadang-kadang dalam percakapan, adakalanya kita terlepas mulut.

"Saya berharap agar Reyes jangan lagi mencabar UMNO seperti itu. Apakah beliau mahu seluruh ahli UMNO yang berjumlah 3.5 juta ini marah kepada beliau. Saya harap selepas ini, Reyes ataupun mana-mana pemimpin DAP yang lainnya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan pihak lain," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, biarpun seseorang Adun itu mempunyai imuniti di dalam Dewan Dun, namun ini tidak bermakna mereka boleh bercakap apa saja termasuk menghina dan mencerca pihak lain dengan kata-kata yang kesat.

"Kita merasa kesal dengan kenyataan yang keluar dari mulut Adun Seri Delima itu. Sepatutnya perkataan kesat seperti itu tidak perlu diungkapkan oleh seorang pemimpin.

"Beliau sepatutnya tahu peraturan dewan. Janganlah mengambil kesempatan dengan kelebihan imuniti yang diberikan itu untuk mencerca, menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pihak lain," tegasnya. -MediaUMNO

Hanya Orang Kurang Cerdik Gagal Fahami 40 Tahun Hubungan Baik Malaysia – China

Posted: 23 May 2014 03:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Tindakan segelintir pihak yang gagal memahami hubungan akrab antara Malaysia dan China dengan menimbulkan pelbagai manipulasi dan persepsi negatif adalah bukti bahawa mereka tidak bijak dan hidup umpama katak bawah tempurung, kata Setiausaha Agung Veteran UMNO Datuk Mustapha Yaakub.

Katanya, kehadiran dua ekor panda gergasi China yang dipinjamkan kepada Malaysia melalui Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi, Rabu lalu sewajarnya dilihat secara positif.

setiausaha-agung-veteran-umno-mustapha-yaakub

"Mana-mana pihak khususnya pakatan pembangkang perlu melihat secara terbuka dengan memahami keseluruhan kesinambungan perjalanan hubungan yang terjalin antara Malaysia dan China serta menyelami maksud simbolik kehadiran panda terbabit," katanya kepada UMNO-Online.

Tegasnya, Malaysia adalah sebuah negara yang amat kecil jika dibandingkan dengan China dan jika diukur dari aspek populasinya pun, Malaysia hanya 29 juta sedangkan China mempunyai lebih 1.35 bilion.

"Orang yang gagal berfikir secara waras akan memandang rendah nilai hubungan antara Malaysia dan China sedangkan realitinya hari ini negara terbabit adalah antara kuasa besar dunia, memiliki pelbagai aset, sistem pertahanan dan ketenteraan yang sangat-sangat dikagumi dan pembangunan perdagangan serta ekonomi yang amat tinggi.

"Sebagai sebuah negara kecil sepatutnya kita rasa bangga dengan kehadiran pasangan panda ke Malaysia kerana bagi kerajaan China, panda ini adalah simbolik kepada ikatan istimewa dengan negaranya," katanya.

Dalam melakarkan hubungan akrab Malaysia dan Beijing panda tersebut amat signifikan sebagai meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang dimulai oleh Tun Abdul Razak dalam kunjungan kepada pemimpin tertinggi China, Mao Tse-Tung pada tahun 1974.

sejarah-lawatan-hubungan-malaysia-pm-tun-abdul-razak-umno-bn-china-mao-tse-tung-china-parti-cpc-komunis

"Pakatan pembangkang mempertikaikan jumlah perbelanjaan untuk pemeliharaan dan penjagaan pasangan panda terbabit yang berjumlah RM25 juta sedangkan nilai perdagangan untuk eksport kita ke China sahaja berjumlah USD100 bilion setahun.

"Kita perlu bijak membuat kira-kira, jangan hanya berfikir ikut sedap diri sendiri atau untuk agenda politik tetapi kita perlu menyelami manfaat yang bakal kita peroleh. Dari sudut ekonomi misalnya, tentunya apabila ekonomi kita bergerak mapan maka dan mempunyai jaminan untuk jangka masa panjang maka secara automatik kemajuan negara dapat dicapai," katanya.

Bidas beliau lagi, mana-mana pihak janganlah berfikiran sempit sebaliknya perlu matang terutamanya apabila Malaysia bakal mencapai status negara maju yang perlu diisi dengan rakyatnya celik minda dan tidak buta menilai satu-satu ikatan.

Dilaporkan, bagi kerajaan China pemberian panda adalah tanda penghargaan dan hubungan istimewa sebagaimana pada tahun 1957 seekor panda telah diberikan kepada Rusia yang telah mengiktiraf Republik Rakyat China sebagai negara berdaulat selain pada 1972 pula Amerika Syarikat menerima pasangan panda hasil lawatan rasmi Presidennya ke Beijing iaitu tanda permulaan hubungan diplomatik kedua-dua negara. - MediaUMNO

Be Careful When Giving Views On Hudud, Says Mufti

Posted: 23 May 2014 03:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 23 – Muslims are advised to be careful when giving their views on hudud for fear that it could affect their religious faith.

Kelantan Mufti Datuk Mohamad Shukri Mohamad said a Muslim could not reject hudud or implementation of the law because hudud is God’s law.

Mufti-Negeri-Kelantan-Mohamad-Shukri-Mohamad

“If a Muslim says he/she does not reject hudud, but is against implementation of the law, that is also not allowed. Instead, say that hudud will be implemented, but prior discussions will be held with all quarters until the law can be implemented with the consent of all quarters.

“In the context of our country, which is multi-racial, hudud is said not in tandem with the constitution, but it still has to be implemented when all parties agree to it,” he said when contacted by Bernama here today.

Mohamad Shukri said hudud is compulsory for Muslims, like performing the prayer, haj pilgrimage and fasting.

Yet, for some reasons, there are Muslims who ignored them, he added.

Isu Hudud Masalah Pas Dan DAP – Muhyiddin

Posted: 23 May 2014 02:37 AM PDT

TELUK INTAN, 23 Mei – Isu hudud sebenarnya menjadi masalah antara Pas dan DAP yang mempunyai pandangan dan pendirian berbeza, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kegagalan pakatan itu untuk menjelaskan isu pelaksanaan hukum hudud sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan membuktikan Pas dan DAP tidak tahu pendirian yang perlu diambil untuk menangani isu berkenaan.

hudud-pas-pakatan-pembangkang-hadi-anwar-kit-siang

“Yang menjadi masalah adalah dalam kalangan mereka kerana ada pertembungan pandangan dan perbezaan yang agak ketara,” katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Dewan Kampung Orang Asli Erong di sini hari ini.

Beliau ditanya media berhubung tindakan pakatan pembangkang yang dilihat seolah-olah melarang calon dan pemimpin parti pakatan itu membincangkan dan berhujah mengenai hudud kepada pengundi.

Ditanya adakah sokongan orang Melayu kepada Barisan Nasional (BN) tergugat ekoran DAP meletakkan calon Melayu Dyana Sofya Mohd Daud pada pilihan raya kecil itu, timbalan pengerusi BN berkata parti komponen itu tidak tergugat dengan tindakan itu kerana bersedia menghadapi apa sahaja cabaran.

“Kita (BN) sentiasa (bersedia) berdepan dengan sesiapa dalam pilihan raya. Dalam pilihan raya, pengundi membuat pilihan teliti tentang siapa parti yang mereka hendak pilih dan calon yang sesuai…kita tidak tergugat kerana dalam PRK kita tidak memandang mudah cabaran yang kita hadapi,” katanya.

Diminta mengulas perbuatan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer daripada DAP mengulangi kenyataan mengutuk UMNO selepas insiden dalam persidangan DUN Pulau Pinang, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO kesal dengan sikap tidak sopan wakil rakyat DAP itu.

” Walaupun dia boleh berkata apa sahaja tetapi kita ada adab tertib, disiplin dan pastinya tindakan itu sesuatu yang memalukan partinya dan beliau sendiri.

” Tidak wajar dia mengungkapnya berkali-kali walaupun dia benci dengan UMNO dan tidak suka parti kita,” katanya.

Beliau berkata sejarah telah membuktikan UMNO mempunyai lebih banyak jasa berbanding parti pembangkang.

“Kalau ada perkara yang tidak puas hati sepatutnya ada cara yang beradab dan sopan, tapi parti ini (DAP) melambangkan parti yang tidak sopan dan tidak menghormati parti lain…ini sikap buruk parti pembangkang,” katanya.

Diminta mengulas tindakan sekumpulan Pemuda UMNO yang bertindak menyerbu masuk DUN Pulau Pinang berikutan tidak berpuas hati dengan kenyataan Rayer, Muhyiddin berkata:

“Mereka harus faham itu reaksi yang agak semula jadi apabila tercabar dan tidak akan berdiam diri. Sikap Pemuda (UMNO) yang sentiasa bersemangat mempertahan maruah parti,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa ada peraturan dan undang-udang yang perlu dipatuhi dan UMNO merupakan sebuah parti yang mendukung Perlembagaan negara.

hadi-pas-pakatan-sokong-hudud-dap-pkr-tolak-tak-pernah-guan-eng-anwar-bukti

tertinggi-dap-karpal-lim-kit-siang-guan-eng-tolak-hudud-hadi-silap-salah-sokong-pakatan

Pemuda Gerak Inisiatif Bantu Bina Rumah Untuk Golongan Tidak Berkemampuan

Posted: 23 May 2014 02:27 AM PDT

TELUK INTAN, 23 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dengan kerjasama Yayasan Bina Upaya Darul Ridwan turun padang dalam program komuniti kemasyarakatan dalam usaha membantu golongan yang kurang kemampuan untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Ketua Pemudanya, Hairull Anuar Mohd Noor berkata Pemuda UMNO turun bersama sukarelawan Yayasan Bina Upaya di kawasan DUN Changkat Jong dengan melawat hampir sepuluh buah rumah dengan memberikan bantuan sara hidup.

"Kita juga akan membina rumah baru untuk abang Abu Talib Bali di Kampung Sabak, yang tinggal seorang diri dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap, beliau mempunyai tanah di sini namun rumahnya dalam keadaan yang sudah uzur, jadi kita melihat keperluan untuk membantu membina rumah baru untuknya, berkeluasan 20 x 17 dengan sebuah bilik bernilai RM25 ribu.

pemuda-umno-bn-perak-bantu-bina-rumah-tak-mampu-teluk-intan

"Jadi bolehlah abang Talib tinggal dengan lebih selesa berbanding rumahnya yang sudah amat daif ini. Kita akan bergotong-royong untuk merobohkan sebahagian dari rumah beliau untuk kita membina rumah baru nanti.

"Rumah baru ini dijangka akan dibuat dalam masa seminggu dua lagi dan rumah ini dijangka siap dalam masa tiga minggu atau sebulan dari tarikh bermulanya pembinaan rumah baru nanti," ujarnya yang juga Ketua Pegawai Operasi Yayasan Bina Upaya.

Ujarnya, program ini merupakan inisitif yang dibuat oleh Yayasan Bina Upaya di bawah naungan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk membantu Kerajaan Negeri Perak dalam program membasmi kemiskinan.

"Program-program ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa, kita akan masuk ke seluruh pelusuk DUN dalam negeri Perak, bukan sahaja di Changkat Jong ini, akan masuk ke seluruh kampung untuk mencari mereka yang kurang kemampuan untuk kita bantu agar matlamat kerajaan untuk membasmi kemiskinan ini tercapai.

"Kita dah merancang untuk turun ke setiap DUN, dan secara kebetulan kita turun ke DUN Changkat Jong, jadi ia tidak ada kena menggena dengan kempen PRK Teluk Intan yang sedang diadakan sekarang memandangkan usaha ini usaha berterusan yang dibuat sejak tahun 2010 lagi," tambahnya lagi.

Selain bantuan membina rumah baru, Yayasan Bina Upaya turut menawarkan peluang Pinjaman Micro Kredit bernilai RM500-RM15,000 dan diberikan tanpa faedah kepada Abu Talib untuk beliau berniaga secara kecil-kecilan bagi menampung kehidupannya. -MediaUMNO

Harga Tiket Lawat Panda Tidak Lebih RM20 – Palanivel

Posted: 23 May 2014 01:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mei  - Harga tiket untuk melawat pasangan Panda mungkin tidak lebih daripada RM20 bagi dewasa dan separuh harga bagi kanak-kanak, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.

Palanivel berkata Zoo Negara belum memutuskan harga sebenar tiket itu apabila orang ramai berpeluang melihat Panda jantan Fu Wa dan Panda betina Feng Yi bulan depan.

Kerajaan China meminjamkan pasangan panda itu kepada Malaysia selama 10 tahun dan haiwan tersebut selamat tiba di Kompleks MASKargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada Rabu.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Herba Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini, Palanivel berkata industri herba tempatan mampu menjana pulangan lumayan berdasarkan permintaan terhadap produk herba meningkat kepada US$93.15 bilion pada tahun 2015.

Pameran itu bertujuan menggalakkan kerjasama penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan dalam kalangan usahawan, pengeluar produk dan penyelidik herba tempatan selain memperkasakan keyakinan orang ramai terhadap potensi dan khasiat herba sebagai rawatan alternatif.

Lebih 40 usahawan industri herba tempatan menyertai pameran berkenaan yang diadakan bermula hari ini sehingga Ahad.

Jangan Terpedaya Dakwaan Pembangkang – Muhyiddin

Posted: 23 May 2014 01:23 AM PDT

TELUK INTAN, 23 Mei – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan dakwaan pembangkang bahawa pencapaian cemerlang negara tidak memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.

Beliau berkata kejayaan negara di peringkat antarabangsa serta pencapaian ekonomi adalah kemajuan yang dicapai atas usaha bersama rakyat dan ia semestinya  memberi manfaat kepada rakyat.

“Apabila kita sebut begitu pembangkang kata apa maknanya?. Orang di kampong akan hidup macam di kampung juga,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Dewan Kampung Orang Asli Erong di sini, hari ini.

muhyiddin-pengundi-orang-asli-tok-batin-dewan-erong-kempen-bn-teluk-intan

Muhyiddin menjelaskan setiap kejayaan yang dicapai oleh Negara terutamanya dari segi ekonomi memberi manfaat secara langsung dan tidak langung kepada rakyat.

Misalnya, katanya, pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.2 peratus didakwa pembangkang tidak memberi perubahan kepada kehidupan rakyat.

“Bayangkan jika Gabenor Bank Negara kata tolak lima peratus (pertumbuhan ekonomi) apa maknanya? Maknanya tidak ada pertumbuhan.

“Apa maknanya kalau tidak ada pertumbuhan?. Tiada peluang pekerjaan, lading kena berhentikan pekerja, tiada permintaan produk kita dan pelaburan asing, pelancong  tidak datang, maka akibatnya rakyat akan menanggung beban,” katanya.

Beliau berkata pencapaiaan ekonomi dan kemajuan yang dicapai oleh negara memberi kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat.

Mengenai pembangunan masyarakat Orang Asli di Erong, Muhyiddin menasihatkan kaum itu untuk meningkatkan diri dan mementingkan aspek pendidikan anak-anak.

Beliau berkata perkara itu menjadi tumpuan utama kerajaan sejak sekian lama dan telah terbukti ramai Orang Asli yang berjaya dan menjadi golongan profesional.

Kampung Orang Asli itu, yang terletak kira-kira 60km dari sini, didiami hampir 400 penduduk suku kaum Semai.

Kampung tersebut, yang mengambil masa dua jam perjalanan melalui jalan ladang, merupakan antara kampung Orang Asli yang paling maju di Perak mengikut kajian Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Kampung itu turut berjaya melahirkan seorang pensyarah universiti iaitu  Prof Madya Dr Juli Edo, dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya, yang mendapat ijazah doktor falsafah dari Australian National University.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Tok Batin Sudin a/l Sinta.

kritikan-najib-malaysia-naik-laporan-daya-saing-ekonomi-senarai-dunia-urus-bagus-khairy

Tidak Hairan Ahli PKR Terus Ditipu Anwar Sebab Anwar Pernah Tipu Satu Dunia

Posted: 23 May 2014 12:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Kekecohan, penipuan dan segala macam ketidakpuasan hati ahli PKR terhadap perjalanan Pemilihan PKR terus menjadi tontonan umum.

Malah sejak mula lagi pemilihan PKR ini penuh dengan sandiwara apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mencalonkan diri untuk merebut jawatan Presiden PKR yang disandang isterinya, Datin Seri Wan Azizah di mana pada saat akhir Anwar mengumumkan menarik diri dari bertanding jawatan tersebut.

Ada yang mendakwa kononnya Anwar mahu bertanding menentang isterinya adalah hanya untuk menghalang Azmin Ali daripada turut bertanding jawatan tersebut. Sebab itu di saat-saat akhir, barulah Anwar mengumumkan penarikan dirinya.

Bukan itu, sahaja, banyak putar belit yang dibuat bagi memastikan pentadbiran parti PKR terus mengikut telunjuknya dan diterajui oleh mereka yang hanya direstui Anwar.

Bagi Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, sikap Anwar ini sebenarnya tidak ada apa yang hendak dihairankan kerana sekiranya Anwar boleh menipu satu dunia maka tidak mustahil untuk Anwar menipu ahli-ahli PKR.

anwar_16_sept_september_bohong_tipu_ahli_parlimen_alih_lompat_kerajaan

"Ahli-ahli bawahan PKR masih hijau dengan politik maka tidak hairan mereka boleh diperkotak-katikkan. Anwar memang dikenali sebagai individu lidah bercabang dan pembelit. Maka tidak hairanlah ramai yang tertipu dan termakan cakapnya.

"Contohnya, isu 16 September… satu dunia dipermainkan Anwar. Kononnya pembangkang akan mengambil alih Putrajaya bila seramai 30 ahli Parlimen BN akan melompat parti. Ini bukti penipuan jelas anwar.

"Terbaru isu kehilangan MH370… Kononnya dia mampu menyelesaikan misteri kehilangan MH370 hanya dalam sesaat sekiranya diberi kuasa. Dia bercakap macam semua orang tidak berotak.

"Jadi apa yang hairanya kalau ahli PKR yang memang taksub kepada Anwar buta-buta kena tipu," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, apa yang menghairankan sebenarnya bukanlah penipuan Anwar tetapi sokongan yang terus diberikan oleh ahli PKR kepada Anwar.

Jelasnya walaupun sudah banyak bukti yang menunjukkan Anwar bukanlah seorang individu yang layak dipercayai namun masih ada lagi yang terus 'merelakan' untuk ditipu.

"Sekarang pula Anwar berlagak seperti dia pula Presiden parti PKR dan mengeluarkan kenyataan mahu mengambil tindakan dan memecat ahli. Siapa dia? Presiden parti adalah Wan Azizah dan Anwar tidak mempunyai kuasa…

"Walaupun kita tahu Wan Azizah adalah bayangan dan 'puppet' Anwar tetapi secara rasminya Anwar bukan presiden PKR. Sekali lagi ahli-ahli PKR ditipu. Fikirlah mengapa UMNO buang Anwar," ujarnya lagi. – MediaUMNO

anwar-berlakon-patah-tangan-diserang-ahli-ibu-pejabat-pkr-bantah-demo-pemilihan-tipu-bohong-batal-semula-aduan

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT