SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, May 22, 2014

UMNO Online - “Kenyataan ADUN DAP ‘UMNO Celaka’ Biadab – UMNO Pulau Pinang” plus 9 more

UMNO Online - “Kenyataan ADUN DAP ‘UMNO Celaka’ Biadab – UMNO Pulau Pinang” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kenyataan ADUN DAP ‘UMNO Celaka’ Biadab – UMNO Pulau Pinang

Posted: 21 May 2014 05:15 AM PDT

GEORGE TOWN, 21 Mei – UMNO Pulau Pinang menzahirkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer daripada DAP yang menggelar pemimpin UMNO sebagai ‘celaka’ pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata kenyataan itu amat keterlaluan, biadab dan tidak sepatutnya diungkap oleh seorang wakil rakyat yang juga peguam kerana pertuturan sebegitu mencemar kedudukan beliau.

Adun-Seri-Delima-Penang-Pulau-Pinang-R.S.N-RSN-Rayer-Celaka-Cilaka-Parti-Dap-Rasis-UMNO-BN

“Walaupun Adun diberi perlindungan imuniti dalam DUN, ia tidak sepatutnya digunakan untuk melempar kata-kata kesat dan keterlaluan, lagi pun pertuturan sebegitu amat memalukan dan mencemar kedudukan beliau sebagai seorang penggubal dan pengamal undang-undang.

“Rayer juga perlu sedar bahawa setiap kata-kata kesat dan menghina yang diungkapkan beliau dengan tujuan untuk mengguris serta menyakitkan hati pemimpin dan ahli-ahli Umno akan mengundang tindak balas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, wakil rakyat Barisan Nasional (BN) DUN Pulau Pinang mengecam tindakan Rayer yang mengeluarkan perkataan kesat dengan menggelar pemimpin UMNO sebagai ‘celaka’ ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Zainal Abidin berkata Rayer juga tidak sepatutnya menggunakan kesempatan dan ruang berbahas di DUN untuk tujuan berkempen bagi pihak DAP yang terlibat dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan.

Beliau berkata Adun Seri Delima itu seharusnya menumpu kepada membahaskan isu-isu yang memberi kepentingan langsung kepada rakyat Pulau Pinang dan tidak berdrama atau mencari populariti politik semata-mata.

“UMNO Pulau Pinang berpandangan Rayer tidak ikhlas dan tidak jujur dalam menjaga hubungan antara rakyat Pulau Pinang khususnya dan rakyat Malaysia amnya, beliau nampaknya terperangkap dengan tabiat buruk menggunakan kesempatan yang ada untuk membangkitkan kemarahan dan tindak balas ahli-ahli UMNO,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid dalam sidang akhbar petang ini, berkata keceluparan Rayer itu sememangnya tidak patut dilakukan oleh seorang wakil rakyat memandangkan ia mampu membangkitkan kemarahan seluruh ahli UMNO.

“Sebab itu kami (10 Adun BN) minta ketetapan melalui DUN supaya Rayer menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kepada semua ahli UMNO tetapi memandangkan beliau tiada (tidak hadir sidang DUN) petang ini, perkara ini akan dibawa esok.

“Bukan tujuan kami untuk membuat huru-hara tetapi mahu menyatakan pendirian yang tidak boleh menerima kata-kata kesat yang menjatuhkan perjuangan UMNO,” katanya.

UMNO Pergiat Usaha Tarik Anak Muda Sertai Parti

Posted: 21 May 2014 05:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO tidak berasa tergugat dengan penyertaan sebilangan kecil anak muda Melayu ke dalam parti pembangkang khususnya DAP.

Sebaliknya, sayap itu akan terus melipatgandakan usaha bagi meyakinkan kumpulan anak muda Melayu bahawa Umno adalah sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan nasib anak bangsa, kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar.

khairy-ketua-exco-pemuda-umno-bn-mesyuarat-pwtc

Beliau berkata Pemuda UMNO kini giat mengadakan program bersama kumpulan profesional bagi menarik minat mereka untuk menyertai parti itu, sekaligus menepis dakwaan bahawa UMNO bersifat eksklusif.

“Program ini kita lakukan secara agresif di bawah Biro Professional Muda bagi memastikan kumpulan ini dapat diubah persepsi mereka kononnya UMNO tidak mengalu-alukan sumbangan mereka. Daripada maklum balas yang kita dapat, mereka sangat positif kepada UMNO.

“Di peringkat Pemuda sendiri, kita ada ramai anggota yang memiliki latar belakang profesional dan sudah tentu kita tidak ketandusan calon untuk diketengahkan dalam pilihan raya seterusnya,” katanya kepada Bernama sebagai mengulas penyertaan anak muda Melayu ke dalam parti pembangkang terutamanya DAP.

“Menyatakan bahawa golongan muda tidak mendapat tempat di dalam UMNO adalah salah dan ia merupakan propaganda daripada pembangkang yang mahu memburukkan UMNO. UMNO masih terus melaksanakan proses peremajaan,” katanya.

Jamawi berkata UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu juga membuka seluas-luasnya ruang dan peluang kepada anak muda untuk menyertai parti itu tanpa sekatan.

Katanya penampilan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut pada tahun lepas adalah antara contoh keterbukaan UMNO.

Jamawi turut menafikan dakwaan kononnya UMNO dan BN tidak mendapat tempat di kalangan pengundi muda.

Katanya tanggapan bahawa BN tidak mendapat sokongan pengundi muda tidak benar kerana pada pilihan raya umm ke-13, 54 peratus pengundi muda menyokong BN.

PRK Teluk Intan Bukan Pertandingan ‘Beauty & The Beast’

Posted: 21 May 2014 04:20 AM PDT

TELUK INTAN, 21 Mei – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir menyifatkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan bukanlah pertandingan di antara 'beauty and the beast' sebaliknya untuk memilih wakil rakyat yang boleh berbakti kepada masyarakat tempatan di kawasan yang diwakilinya.

muhyiddin-mah-siew-keong-liow-tiong-lai-zambry

"Memang tidak dinafikan wakil yang ditampilkan oleh pihak sebelah sana tu memang comel orangnya, tetapi rakyat harus memilih wakil mereka bukan atas faktor tersebut sebaliknya rakyat harus melihat siapa yang boleh berbakti, boleh memberi perkhidmatan yang terbaik berdasarkan rekod-rekod yang ada, dengan kelayakan-kelayakan yang ada untuk membolehkan orang ini berbakti dan membawa sesuatu perkhidmatan kepada kita.

"Oleh sebab itu, BN meletakkan Datuk Mah Siew Keong lagi walaupun ada yang mempertikaikan adakah tidak ada calon lain untuk dijadikan sandaran BN di Teluk Intan," ujarnya ketika majlis Pemimpin Bersama Masyarakat di Kampung Ayer Hitam di sini, hari ini.

Tambah beliau, bukan soal tidak ada pilihan lain tetapi BN meletakkan calon anak tempatan yang lebih tahu hati budi dan apa yang perlu dilakukan untuk masyarakat di kawasan Teluk Intan ini.

"Kita nak orang ini (Mah Siow Keong) terus beri perkhidmatan, dan kita seharusnya berbangga kerana serorang pemimpin yang telah diuji, perjalanan politiknya diuji dengan hebat, sesetengah orang tak mampu menghadapinya, 2008 kalah, 2013 kalah lagi tiba-tiba nama naik lagi, inilah ciri kepimpinan dan perjuangan yang kita perlukan untuk masyarakat dan rakyat.

"Maksudnya, Mah tidak pernah kecewa dalam hidupnya, dia nak berikan sesuatu kepada masyarakatnya, perkhidmatan terbaik kepada masyakatnya. Masyakat di sini lebih maklum siapa orangnya.

"Kita bukanlah nak memperkecil-kecilkan calon di sebelah sana, sebaliknya kita hanya mahu memperkenalkan calon kita. Biarlah mereka nak kata apa, saya dengar mereka dah pun mula mengarut. Biarkan mereka tetapi kita buat kerja untuk memperkenalkan sahaja calon kita ini kerana apa yang penting, kita cakap benda yang baik-baik sahaja, benda elok-elok sahaja tanpa mempersoalkan atau memperkecilkan orang lain," ujarnya yang juga Menteri Besar negeri Perak. -MediaUMNO

mah-siew-keong-calon-bn-orang-untuk-teluk-intan-perak

Sejak PRU Pertama, UMNO Sudah Iktiraf Wanita – Mas Ermieyati

Posted: 21 May 2014 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Pakatan pembangkang khususnya DAP tidak perlu mendabik dada kononnya mengiktiraf golongan wanita muda apabila mengetengahkan calonnya Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan sedangkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO telah lebih awal berbuat demikian, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mas Ermieyati Samsudin.

"DAP tak usahlah nak sembang kononnya membela kaum wanita sebab UMNO yang lebih awal iktiraf golongan terbabit dalam kepimpinan dan masih meneruskan perjuangan membela kaum terbabit," katanya.

Jelas beliau, kaum wanita sebagai calon dalam pilihan raya tidak pernah ditolak dalam BN malahan calon wanita pertama yang mula-mula bertanding dalam pilihan raya pertama tahun 1955 adalah wakil dari BN yang sebelumnya parti perikatan iaitu Halimahton Abdul Majid.

"Dalam pilihan raya 1959 pula, Ibu Zain dan Fatimah Hashim telah bertanding di kerusi Parlimen dan menang, hinggalah sekarang bilangan calon wanita bertambah malahan saya sendiri diberi peluang sebagai wakil rakyat hasil penglibatan saya dalam politik bersama-sama Pergerakan Puteri UMNO," katanya yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah.

Jelas beliau jika pakatan pembangkang dan DAP mengatakan mereka mengetengahkan golongan muda dan profesional maka sebenarnya laluan tersebut telah lebih awal dirintis oleh UMNO sebagaimana dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, seramai sembilan orang dipilih dari kalangan pemimpin pergerakan Puteri UMNO di seluruh negara.

"Perjuangan golongan wanita tidak pernah berhenti dan dalam UMNO Pergerakan Puteri bergerak selari dengan Pergerakan Wanita iaitu untuk mendapatkan kuota 30 peratus penglibatan wanita dalam kepimpinan."

Tambahnya, biarpun DAP menampilkan Dyana Sofya dalam PRK, tetapi calon terbabit tidak memberi impak atau tarikan kepada golongan wanita muda yang dkhuatiri akan beralih sokongan dari Puteri UMNO kepada Dap.

"Gerak kerja Pergerakan Puteri UMNO telah diatur, kita fokus kepada matlamat kita dan kita tidak lihat kemunculan Dyana Sofya akan memberi kesan kerana Puteri UMNO ada kekuatannya sendiri."

Dalam PRU lalu, calon pergerakan Puteri UMNO yang bertanding dalam kerusi Parlimen selain daripada Mas Ermieyati ialah Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang mewakili Papar manakala untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) ialah Asmaiza Ahmad (Chuping), Datin Norsabrina Mohd Nor (Kulim-Bandar Baharu), Salbiah Mohamed (Temenggor), Nolee Ashilin Mohd Radzi (Tualang Sekah), Nurhidayah Mohd Shahaimi (Luit) dan Norshida Ibrahim (Buloh Kasap).- MediaUMNO

mesyuarat-kaum-ibu-umno-kuala-lumpur-1954-wanita-perjuangan-malaysia

Bazaar Bayahista 2014 Beri Peluang Wanita Muda Terlibat Dalam Perniagaan

Posted: 21 May 2014 03:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Usahawan muda khususnya usahawan fesyen muslimah yang beroperasi dalam talian berpeluang untuk mempromosi dan memasarkan dengan lebih luas produk mereka melalui Program Bazaar Bayahista 2014 anjurkan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin memaklumkan bahawa program anjuran pergerakan tersebut julung kali diadakan sebagai galakan kepada usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan dan bersaing dengan usahawan sedia ada.

Mas-Ermieyati-Samsudin-Ketua-Puteri-UMNO-Pelancaran-Bazaar-Bayahista- Encorp-Strand-Mall

"Memandangkan perniagaan dalam talian kian mendapat tempat di hati para pengguna, Puteri UMNO merasakan ia mempunyai potensi pasaran yang sangat sangat bagus untuk diterokai oleh generasi muda," katanya dalam majlis Pra-Pelancaran Bazaar Bayahista di Encorp Strand Mall hari ini.

Dalam majlis tersebut, beliau memaklumkan program Bazaar Bayahista 2014 dijadualkan bakal berlangsung pada 7 dan 8 Jun depan dengan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Kita juga sedar golongan muda ini memerlukan sokongan dan bantuan dalam bentuk kemudahan dan kewangan. Oleh itu, kita juga akan berusaha membantu dengan melihat peluang-peluang perniagaan seperti dana daripada kementerian ataupun agensi kerajaan yang berkaitan dan acara ini akan berterusan sebagai program tahunan Biro Ekonomi dan Usahawan Puteri UMNO Malaysia yang akan dibuat dengan lebih kerap dalam setahun" ujarnya.

Program ini akan turut dimeriahkan dengan persembahan fesyen oleh 10 pereka fesyen muslimah yang sedang meningkat naik, pertunjukan fesyen karya pelajar tahun akhir jurusan tekstil dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), persembahan daripada artis jemputan, Najwa Latif, bengkel solekan dan pemakaian tudung, bual bicara perniagaan serta pameran produk oleh 70 usahawan dalam talian. - MediaUMNO

bazaar-bayahista-2014-puteri-umno

UMNO JB Batal Perhimpunan Aman Di Hadapan Hong Leong Bank Jumaat Ini

Posted: 21 May 2014 02:55 AM PDT

JOHOR BAHARU, 21 Mei – UMNO Bahagian Johor Baharu membatalkan cadangan mengadakan perhimpunan aman di hadapan Hong Leong Bank Berhad (HLBB) Taman Sri Tebrau di sini Jumaat ini bagi membantah tindakan pengurus cawangan bank itu didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap seorang kakitangannya.

Ketuanya Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata ini kerana isu itu dianggap sudah selesai berikutan pengurus itu telah dipindahkan ke cawangan lain.

“Kita anggap isu ini selesai di mana pemindahan pengurus tersebut ke cawangan lain dapat membolehkan siasatan bebas dilakukan oleh (HLBB) dan pihak polis terhadap perkara tersebut,” katanya.

UMNO Johor Baharu sebelum ini telah menggesa pihak HLBB menyiasat dakwaan itu secara adil, katanya dalam sidang akhbar di Pejabat UMNO Bahagian Johor Baharu di sini hari ini.

Pengurus bank tersebut didakwa melakukan perkara tersebut pada 8 April lalu apabila seorang kerani memohon belas ihsan dan kelonggaran berhubung arahan pindah ke cawangan lain dan kerani berusia 49 tahun itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Taman Pelangi di sini sehari selepas kejadian tersebut.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLBB Tan Kong Khoon Isnin lalu di Kuala Lumpur, pihak bank telah menjalankan siasatan dan mendapati dakwaan itu tidak berasas dan tiada arahan pemindahan dikeluarkan kepada kerani itu.

Beliau berkata HLBB telah memutuskan untuk memindahkan pengurus tersebut ke cawangan lain dengan harapan untuk menjurus ke arah keharmonian dan kesejahteraan.

“HLBB menegaskan bahawa ia mengamalkan dasar anti diskriminasi dan menghormati kesemua kakitangan tanpa mengira bangsa, agama dan jantina,” kata Tan.

Beliau turut berterima kasih kepada Shahrir yang juga anggota Parlimen Johor Baharu kerana membantu menyelesaikan perkara tersebut.

Sampai Bila Mahu Ditipu… Ahli PKR Hanya Perkakas Pemimpin Kekalkan Kuasa

Posted: 21 May 2014 02:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim, menyeru ahli-ahli PKR agar tidak terus tertipu dengan mainan politik kepimpinan peringkat atasan parti tersebut yang hanya menjadikan ahli sebagai alat dan perkakas untuk mengekalkan kuasa politik puak-puak tertentu.

Menurut beliau, apa yang berlaku di dalam pemilihan kepimpinan PKR baru-baru ini yang penuh dengan dakwaan penyelewengan, rasuah, membeli undi dan sebagainya sudah cukup untuk membuktikan bahawa tidak ada ketelusan dan kejujuran di kalangan kepimpinan pucuk tertinggi parti untuk menentukan siapa yang layak untuk memegang tampuk kekuasaan PKR.

ruslan-kassim-bekas-penerangan-pkr-anwar-perkasa

"Saya seru ahli PKR agar berhenti daripada terus menjadi alat dan perkakas bagi kepimpinan peringkat atasan yang jelas mempergunakan mereka untuk mengekalkan kekuasaan mereka di dalam parti.

"Di dalam pemilihan PKR baru-baru ini jelas wujud unsur-unsur penyelewengan undi yang tidak telus sehinggakan ada nama calon yang ingin bertanding tidak ada dalam senarai ahli. Bahkan di ranting atau bahagian Menteri Besar Selangor sendiripun berlakunya penyelewengan dan beliau dituduh oleh ahlinya sendiri melakukan rasuah.

"Apa yang berlaku di dalam pemilihan PKR ini cukup jelas untuk memperlihatkan segala kepincangan dan penyelewengan yang berlaku ataupun dilakukan oleh golongan tertentu di dalam PKR untuk memastikan mereka dan kroni-kroni mereka terus berkuasa dan memegang tampuk kepimpinan di dalam parti tersebut. Kita nak tengok sampai bila pemimpin PKR mahu menipu ahli-ahli mereka," jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau, jika sebelum ini, kepimpinan tertinggi PKR boleh menyembunyikan segala  kepincangan dan ketidaktelusan mereka di dalam mentadbir parti namun hari ini, segala-galanya terbongkar dan ahli-ahli mereka sendiri menjadi saksi di atas perkara itu.

"Saya mohon agar ahli-ahli PKR janganlah terlalu percaya kepada janji-janji manis pemimpin mereka yang sebenarnya bak kata pepatah gula-gula yang berisi racun. Rasanya manis tetapi memudaratkan diri sendiri.

"PKR bukan sebuah parti yang wujud di atas dasar perjuangan untuk membela nasib ahli, apatah lagi nasib rakyat di negara ini. PKR wujud atas dasar untuk membela Anwar Ibrahim dan hari ini kita boleh lihat perkara itu apabila Anwar bersama anak beranaknya dan juga kroninya saja yang menguasai pentadbiran parti, manakala suara akar umbi mereka ketepikan," tegasnya.

Justeru itu, beliau seterusnya meminta agar ahli-ahli dan juga penyokong PKR, khususnya kepada rakyat di seluruh negara untuk menilai sejauh mana kecekapan kepimpinan PKR untuk mentadbir.

"Kalau nak urus parti sendiri yang  sekecil itu pun sudah kelam kabut, jadi huru hara, bergaduh sana sini, bagaimana kita mahu beri kepercayaan kepada mereka untuk mentadbir negara? Bukan senang mahu tadbir sebuah negara yang mempunyai 24 juta penduduk dari pelbagai bilang bangsa dan agama.

"PKR sebenarnya tidak punya kemampuan untuk mengambil alih kerajaan yang sedia ada. Jika rakyat berikan mandat pada mereka pada masa akan datang, saya yakin negara akan jadi huru hara seperti mana huru haranya pemilihan kepimpinan PKR yang dapat kita lihat hari ini," jelasnya. -MediaUMNO

kepercayaan-pilih-pemimpin-negara-pemilihan-pkr-pengundi-hantu-penipuan-tipu-ketakadilan-masa-depan

Shahrir Gesa Dyana Sofya Fahami Perjuangan DAP Sebelum Tolak Hudud

Posted: 21 May 2014 02:20 AM PDT

JOHOR BAHARU, 21 Mei – Calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud digesa untuk memahami secara lebih mendalam perjuangan parti berkenaan yang mempertahankan dasar sekular.

Ketua UMNO Bahagian Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang membuat gesaan itu berkata, beliau terperanjat apabila Dyana Sofya menyatakan untuk menentang rang undang-undang hudud yang mahu dibentang Pas di Parlimen sekiranya memenangi pilihan raya kecil itu.

Calon berusia 27 tahun itu menyatakan beliau menentang hudud sejajar dengan ‘party line’ atau perjuangan DAP.

“Sekularisme adalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing daripada agama atau kepercayaan agama. Bagaimana DAP mempunyai ‘party line’ sebegitu sedangkan ia adalah parti yang sekular?,” kata Shahrir dalam sidang akhbar di Pejabat UMNO Bahagian Johor Baharu di sini hari ini.

shahrir-samad-umno-bn-johor-baharu-jb-setia-perjuangan-parti

Menurut beliau, DAP sebagai sebuah parti yang mempertahankan sekularisme, ia perlu membenarkan pemimpin dan wakilnya yang beragama Islam membuat pendirian sendiri berasaskan pendirian sebagai seorang Muslim.

Menghormati pendirian Dyana Sofya menyertai DAP, Shahrir yang merupakan veteran UMNO berkata, perkara tersebut bukan sesuatu yang pelik meskipun Dyana Sofya dibesarkan dalam keluarga yang menyokong perjuangan UMNO.

“Keadaan kini lebih terbuka di mana tidak perlu terperanjat jika satu keluarga ada pandangan atau politik yang berbeza sama seperti saya dengan adik beradik saya.

“Kakak saya terpengaruh dengan sosialisme ketika belajar di UK pada 60-an. Ketika belajar di Universiti Malaya saya terpengaruh dengan UMNO yang memperjuangkan Dasar Ekonomi Baru manakala adik saya (Khalid – anggota Parlimen Shah Alam) menyokong Pas selepas terpengaruh dengan Revolusi Islam ketika belajar di UK,” katanya memberikan contoh.

Shahrir turut melahirkan keyakinan terhadap calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong untuk mampu merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan daripada pembangkang.

“Mah masih mempunyai peluang untuk menang kerana walaupun kalah kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2013, beliau terus memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat di situ. Adakah DAP mampu memberikan perkhidmatan sepertinya?” soal beliau.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

dyana-sofya-calon-melayu-islam-ambil-pendirian-polisi-parti-dap-tolak-sokong-hudud-teluk-intan-perak

Kerajaan Negeri Diminta Jelaskan Isu Tamatkan Kontrak Mufti Negeri

Posted: 21 May 2014 01:14 AM PDT

GEORGE TOWN, 21 Mei – Kerajaan negeri Pulau Pinang diminta menjelaskan isu berhubung kontrak Mufti Negeri Datuk Seri Hassan Ahmad, 72, yang tidak disambung semula selepas tamat bulan hadapan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong Muhamad Farid Saad berkata penamatan kontrak itu tidak munasabah berikutan kredibiliti Hassan yang sering menjadi pakar rujuk bagi kebanyakan agensi agama Islam.

“Mufti seorang yang disegani dan beliau masih sihat untuk berulang alik dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan mampu untuk menjalankan tugas sebagai mufti,” katanya dalam sidang media hari ini.

Muhamad Farid sebelum itu telah membangkitkan isu berkenaan pada perbahasan ucapan terima kasih Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dalam persidangan Dewan Undangan negeri (DUN) di sini.

PKR Membership Required To Apply For Houses : Penang Govt To Investigate

Posted: 20 May 2014 11:57 PM PDT

GEORGE TOWN, May 21 – The Penang government today promised the State Assembly that it would investigate into an allegation that a coordinator in the Pulau Betong state constituency had set a condition requiring the public to become Parti Keadilan Rakyat (PKR) members to obtain forms for house purchase.

State Housing, Town and Country Planning Committee chairman Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) said the committee would probe the matter and advised those in need of the form to get it at his office.

The matter was raised by Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong), who intervened during a debate on the Yang Dipertua Negeri of Penang Tun Abdul Rahman Abbas’ speech by Datuk Mahmood Zakaria (BN-Sungai Acheh) during the state assembly sitting.

“Villagers have complained to me many times. They want the form, but were told to become PKR members first,” he said.

Jagdeep Singh also promised to ensure that only those eligible were given the houses, especially the low cost houses.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT