SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, May 13, 2014

UMNO Online - “Jangan Pesong Fakta Cukai Barangan & Perkhidmatan – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Jangan Pesong Fakta Cukai Barangan & Perkhidmatan – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Jangan Pesong Fakta Cukai Barangan & Perkhidmatan – Najib

Posted: 12 May 2014 08:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan fakta mengenai cukai barang dan perkhidmatan (CBP) walhal pada hakikatnya cukai baru itu akan meningkatkan pendapatan negara dan tidak membebankan rakyat.

Najib berkata rakyat tidak perlu bimbang dengan pelaksanaan sistem cukai baru itu kerana kebanyakan barangan keperluan dan perkhidmatan asas harian tidak akan dikenakan CBP.

“Sebagai contoh, barangan seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, ikan masin, tambang bas, keretapi, LRT, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan tidak dikenakan cukai itu,” katanya dalam ucapan bersempena majlis pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi hari ini.

Cukai tersebut, bakal dilaksanakan pada kadar enam peratus pada 1 April 2015, akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan dan bertujuan untuk memperteguhkan ketahanan ekonomi negara bagi jangka masa panjang.

Beliau berkata cukai tersebut merupakan satu sistem pencukaian yang lebih sistematik dan berasaskan jumlah pembelian barangan seharian.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, memberi jaminan bahawa beliau akan sentiasa mendengar maklum balas dari rakyat tentang keputusan melaksanakan CBP ini.

“Saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan untuk menyebarluaskan fakta yang benar mengenai CBP melalui penganjuran seminar dengan memanggil pelbagai pihak, terutama daripada negara-negara yang telah berjaya dalam cukai ini, supaya rakyat dapat kefahaman yang sebenar dan sahih,” katanya.

Beliau berkata Malaysia masih berada di landasan pembangunan yang tepat meskipun selama empat tahun kebelakangan ini berhadapan dengan cabaran ekonomi domestik dan ketidaktentuan ekonomi global.

Kerajaan juga memberi fokus kepada kebajikan dan kesejahteraan usahawan wanita negara ini melalui usaha melatih dan membangunkan mereka di bawah bidang kuasa Bidang Keberhasilan Utama Negara.

“Peluang ini disediakan untuk mereka menceburi bidang-bidang seperti pertanian, perkhidmatan, perikanan, perkilangan, keluarga dan perniagaan.

“Dalam konteks ini usahawan wanita merujuk kepada mereka yang memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM3,500 sebulan bagi tempoh tiga bulan secara berturut-turut. Sehingga kini, sebanyak 5,300 usahawan wanita terlatih telah dilahirkan,” katanya.

GTP Achievements More Commendable Despite Challenges – Muhyiddin

Posted: 12 May 2014 08:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 12 – Tan Sri Muhyiddin Yassin said the achievements of the Government Transformation Programme (GTP) for 2013 are more than commendable despite the presence of challenges.

The deputy prime minister said the contributions and improvements made in the seven National Key Result Areas (NKRA) boded well for the government’s transformation to become a high-income and developed nation by 2020.

He said it was difficult to single out any NKRA for special praise, but as the Minister of Education he had a special interest in the achievements of the Education NKRA.

“I am pleased to announce the seamless integration of the Education NKRA into the overall framework of the Malaysian Education Blueprint (MEB) 2013-2025, which is being led by the Ministry of Education’s Performance and Delivery Unit (Padu).

“Efforts in this area focused on improving the foundational elements and, in time, the impact of these initiatives will manifest itself through the system,” he said in his message in the 2013 GTP Annual Report launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tonight.

Muhyiddin said the NKRA’s efforts at transforming the country’s education system, particularly in the areas of reforming the teachers and principal charters, had translated directly into student outcomes, which are reflected in the education in the number of Band 6 and Band 7 schools in the country.

He said the NKRA’s efforts at auditing and validating its own achievements was the kind of scrutiny that would ensure that the country was on the right track in terms of securing the goals of the GTP, which is also an example of the much-anticipated action of the GTP as a whole.

On the other NKRA, Muhyiddin, who is also the chairman of the GTP’s Delivery Task Force (DTF), said the reporting process for 2013 had been implemented in accordance with the highest standards of transparency.

The Crime Reduction NKRA took quick and decisive action in response to the student spate of gun violence, which took the sting out of the problem as quickly as it had begun, he said.

The deputy prime minister said the Fighting Corruption NKRA continued to make steady progress in the fight against corruption by collaborating with the Auditor Generals’ Office to transform the latter’s reporting processes, and was rewarded by an improvement in the benchmark corruption perceptions index.

“The government’s assistance programme, 1Malaysia People’s Aid, continues to help low-income Malaysians defray the rising cost of living, while the textbook voucher and Back-to-School programme for school children directly complement the Education NKRA initiative to ensure that every child has a place in the schooling system.

The fact remains that the impact of the GTP is indisputable, whether it is the delivery of basic infrastructure to the hundreds of thousands of Malaysians living in the rural areas, or ensuring the availability of affordable housing for low-to-middle income urbanites, the GTP is making a difference in the lives of the rakyat (people)," he said.

Muhyiddin said Malaysia’s GTP effort was to make the country a safer place, creating a more educated and skilled workforce and ensuring that the city centre was more accessible.

In short, the government had and would continue to simply make Malaysia a better place for everyone regardless of race, religion or economic background, he said.

In this regard, he urged support from non-governmental organisations, the corporate sector and all relevant parties to provide feedback and suggestions that would help the government realise the goals of the GTP.

“In fact, the implementation of the GTP has not always been easy or undemanding, and there is not much I can say to ease that burden, but I would like to remind that the service they are performing is invaluable,” he said.

GTP 2.0 Surpasses Overall Target – Najib

Posted: 12 May 2014 08:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 12 – The Government Transformation Programme (GTP) 2.0 has achieved 104 per cent success out of the overall target in 2013 with a significant outcome in the economic empowerment of the individuals and community.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said a high standard had been placed on the GTP 2.0 initiative which had challenged the NKRA (National Key Result Area) implementing team compared to the GTP 1.0 outcome.

“In short, only by placing targets that are outside the normal ones can we continue to create success and maintain the momentum of transformation,” he said.

The Prime Minister said this when launching the GTP and Economic Transformation Programme (ETP) Annual Report 2013 at the Auditorium Perdana, Angkasapuri, here tonight.

Najib said the fact of this success could be seen from the various significant benefits enjoyed by the people, including through the granting of the additional BR1M 2.0 involving an allocation of RM2.91 billion which had benifited more than 4.8 million low-income households.

Under the NKRA to tackle the people’s cost of living, almost two million bachelors aged 21 years old would benefit when the government widened the scope for granting the BR1M to this group involving an allocation of RM500 million, he said.

Phase two of GTP 2.0 also saw 1.2 million students of public and private institutions of higher learning as well as 5.2 million primary and secondary school students being assisted through the giving of the 1Malaysia Book Voucher worth RM250 and RM100 each.

“To reduce the burden of the individuals and entrepreneurs, the government had increased another 40 units of Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) to 125 shops which would benefit the majority of the people,” he said.

Meanwhile, the creation of 254 1Malaysia Clinics had raised access to basic medical treatment for the community, and at a cost of RM1 per patient, it had succeeded in tackling more than 10 million health cases since its launch in 2010.

Najib said that during this phase, the government had emphasised on housing where RM2.1 billion had been allocated this year to build 133,000 affordable homes implemented by government agencies such as PR1MA, the National Housing Department and Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Ahmad Razif Dilantik Menteri Besar Terengganu Baharu Ganti Ahmad Said

Posted: 12 May 2014 08:14 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 12 Mei – Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.

Razif, 49, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini pada 9.18 malam.

Ahmad-Razif-Abd-Rahman-Seberang-Takir-Angkat-Sumpah-Istana-MB-Terengganu-Ganti-Ahmad-Said

Razif, lulusan Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia, pernah menyandang jawatan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia.

Beliau juga menjadi Ketua Penerangan UMNO Terengganu pada penggal lepas.

Ketika ditemui pemberita, Razif berkata beliau bersyukur kerana majlis peralihan kuasa kerajaan negeri berjalan dengan lancar.

Beliau turut memberi jaminan akan meneruskan perancangan yang dibuat Ahmad.

"Segala perancangan program untuk kebaikan rakyat, kita akan teruskan. Saya berterima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Said yang banyak mengajar saya.

"Banyak pengalaman bersama beliau yang boleh saya guna untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab saya," katanya.

Razif yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus pernah menjadi Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Kuala Nerus dari 2008 hingga 2013.

Beliau menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir selepas memenangi pilihan raya umum ke-12 pada 2008 dan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 2013.

Razif, yang mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Halina Zakaria, dikurniakan empat cahaya mata.

Sementara itum, Ahmad pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas.

Antara Menteri Besar Terengganu sejak 1959 ialah :

Mohd Daud Abdul Samad dari PAS (1959-1960),
Tan Sri Ibrahim Fikri Mohamad dari UMNO (1960-1970),
Datuk Mahmood Sulaiman dari UMNO (1970-1971),
Datuk Nik Hassan Wan Abdul Rahman dari UMNO (1971-1974),
Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dari UMNO (1974-1999),
Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS (1999-2004),
Datuk Seri Idris Jusoh dari UMNO (2004-2008) dan
Datuk Seri Ahmad Said dari UMNO (2008-2014).

Keamanan, Kebajikan, Keampunan Dalam Sambutan Hari Wesak Menepati Semangat 1Malaysia – Najib

Posted: 12 May 2014 04:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Semangat cintakan keamanan, kebajikan dan keampunan yang menjadi amalan penganut agama Buddha di Malaysia ketika menyambut Hari Wesak benar-benar menepati semangat 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Hari Wesak, yang merupakan cuti umum bagi memperingati kelahiran, ajaran dan kematian Gautama Buddha, adalah antara perayaan paling bermakna bagi rakyat Malaysia beragama Buddha.

najib-hari-wesak-buddha-penganut-rakyat-malaysia-agama

“Bersempena sambutan yang amat bermakna ini, rakyat Malaysia beragama Buddha akan menghayati erti kegembiraan, keamanan dan pengampunan, sambil memohon rahmat untuk diri sendiri dan orang yang mereka sayangi. Di negara kita yang harmoni, pelbagai budaya dan pelbagai etnik ini, sambutan ini akan bermula sejak sebelum subuh lgi di kuil-kuil di seluruh negara.

“Rakyat Malaysia beragama Buddha akan berhimpun di kuil untuk melepaskan merpati dan bersembahyang. Hari Wesak juga merupakan waktu untuk menghulurkan derma kepada sami dan memberi makan mereka yang kurang bernasib baik,” kata Najib dalam perutusan sempena Hari Wesak, yang akan disambut esok.

Rakyat Malaysia telah sama-sama melalui detik manis dan detik tidak menggembirakan, tapi melalui perpaduan dan rekonsiliasi, mereka berjaya berdiri megah dan terus berusaha untuk membina sebuah negara yang lebih baik, katanya.

Ahmad Said Sah Letak Jawatan MB Terengganu

Posted: 12 May 2014 03:52 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 12 Mei – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan bahawa surat perletakan jawatan tersebut telah diterima oleh Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini.

Menurutnya, Menteri Besar baru akan mengangkat sumpah malam ini selepas mendapat perkenan daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Kita tunggu (watikah pelantikan menteri besar baharu) daripada Tuanku Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) dengan pengesahan daripada pihak
Istana,” katanya.

Katanya pertukaran itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada UMNO di Terengganu kerana pemimpin negeri akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti.- MediaUMNO

Pemilihan PKR Makin Parah…Terbukti Juara ‘Demokrasi Tunggang-Langgang’

Posted: 12 May 2014 03:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin melihat pergolakan serta huru-hara yang makin parah melanda pemilihan kepimpinan PKR bukanlah sesuatu yang pelik.

Menurut beliau, dengan pelbagai kontroversi PKR yang timbul sehinggalah kepada adengan yang tidak masuk akal sebenarnya melambangkan budaya parti itu sendiri yang kononnya melaung-laungkan sebagai juara kepada demokrasi.

"Apakah ini yang dikatakan juara demokrasi? Dengan pelbagai adengan yang kita dengar seperti dakwaan pengundi hantu, blackout, politik wang, soal ketelusan dan sebagainya lagi melambangkan juara demokrasi.

"Sebenarnya apabila doktrin politik yang berasaskan kepada pluralisme dan liberalisme maka inilah jadinya. Inilah risikonya dan apakah ini yang kita mahu untuk menjadi pemerintah kepada sebuah negara yang berbilang kaum.

Bekas-Timbalan-Ketua-Menteri-Pulau-Pinang-Penang-Pkr-Mohd-Fairus-Khairuddin

"Menguruskan sebuah parti yang terdiri daripada pelbagai kaum pun tidak berjaya bagaimana mahu menerajui Malaysia hari ini yang kita tahu rakyatnya pelbagai bangsa. Inilah petunjuk jelas kepada kegagalan mereka," katanya.

Tegas beliau lagi episod yang berulang-ulang ini bukanlah mengejutkan malah tidak menggambarkan peradaban demokrasi yang sebetulnya.

"Demokrasi seumpama ini tidak akan kemana sebaliknya kita boleh nampak dan lihat di depan mata hari ini. Itulah wajah sebenar mereka yang masih ramai tidak tahu yang hanya ditutup dengan retorik demokrasi.

"Jika sebelum ini menjadi juara membuat pelbagai tohmahan kepada kerajaan khususnya kepada SPR, hari ini parti mereka nampaknya yang menjadi juara kepada apa yang mereka lontarkan sebelum ini," katanya.

Proses pemilihan PKR di seluruh negara kecoh dengan beberapa cabang diisytiharkan sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula selain turut dilaporkan berlaku insiden yang tidak sepatutnya di pusat pengundian.

Mengambil beberapa contoh di Kuala Selangor yang merupakan kawasan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa dibatalkan apabila timbul dakwaan proses pemilihan yang tidak telus selain wujudnya unsur-unsur penipuan.

Di Kota Raja, situasi sama turut berlaku apabila pemilihannya terpaksa dibatalkan meskipun proses pengundian hampir berakhir pada kira-kira pukul 5 petang berikutan sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melempar ke lantai dewan pusat pengundian di Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Di Klang pula, pemilihan PKR Cabang Klang turut dibatalkan apabila tiga calon jawatan ketua cabang berkenaan masing-masing P. Krishnasamy, Zudin Asrmad dan Arahyah Ibrahim sepakat memboikot kerana mendakwa tidak telus.

Sementara di Kuala Langat, kekecohan turut berlaku pabila sekumpulan lelaki dipercayai ahli parti menyerbu masuk serta melakukan provokasi ke atas pusat pengundian di Dewan Wawasan Batu 9, Teluk Panglima Garang selain memecahkan peti undi dipercayai tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan. – MediaUMNO

pemilihan-pkr-2014-blackout-batal-calon-pengundi-hantu-salah-tipu-kira-undi-curiga-mana-tak-demokrasi

kepercayaan-pilih-pemimpin-negara-pemilihan-pkr-pengundi-hantu-penipuan-tipu-ketakadilan-masa-depan

Hudud Jadi Sandiwara, Diulang Tayang Pas Sebagai Perangkap Politik – Salleh

Posted: 12 May 2014 03:15 AM PDT

KOTA KINABALU, 12 Mei – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyifatkan tindakan Parti Islam Semalaysia (Pas) membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Hudud pada persidangan Parlimen Jun ini sebagai satu lagi helah politik Pas.

Beliau berkeyakinan bahawa punca sebenar Pas membatalkan hasrat mereka itu adalah disebabkan tekanan yang diterima daripada Dap, sekutu Pas dalam pakatan pembangkang yang sama sekali tidak akan berkompromi dalam isu perlaksanaan hukum tersebut.

yb-dr-salleh-said-keruak-umno-bn-sabah

"Mereka sengaja memberikan alasan, menunggu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.

"Sebelum ini, saya sudah membuat kenyataan yang  membayangkan bahawa sandiwara Pas membangkitkan semula isu hudud ini tidak akan berakhir dengan ‘happy-ending’ sebagaimana filem-filem bollywood. Ini kerana sejak awal lagi, pendirian Dap begitu jelas iaitu tidak akan menyokong hudud," tegas beliau kepada UMNO-Online hari ini.

Tambah beliau, ianya bukan lagi satu rahsia di mana isu hudud ini merupakan sekadar mainan politik Pas sejak dulu untuk meraih undi dan apabila isu ini mulai sepi, ia akan dibangkitkan semula.

"Apabila kontroversi timbul melanda parti tersebut maka isu hudud akan muncul semula untuk mengalihkan perhatian. Demikianlah hudud dalam diari Pas. Demi survival politik kepartian.

"Sebab itu, saya minta UMNO berhati-hati agar tidak terperangkap dengan permainan politik Pas ini. Ini kerana apa yang kita bimbangi ialah Pas pada akhirnya akan mempersalahkan UMNO dan Kerajaan Pusat, jika Jawatankuasa Teknikal gagal mencari kata sepakat, sehingga menyebabkan pelaksanaan undang-undang tidak menjadi kenyataan," ujarnya.

Kata Salleh lagi, dengan mengambil kira tentangan Dap terhadap hudud, beliau yakin Pas akan mencari helah untuk tidak bersetuju terhadap apa pun rumusan Jawatankuasa Teknikal.

“Pas akan berusaha menggagalkan kejayaan pelaksanaan hudud tapi ia tidak mahu dilihat sebagai puncanya.”

Jelasnya, inilah permainan politik Pas sebenarnya.

"Dalam hal ini, keputusan Pas membatalkan hasrat membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen adalah satu percubaan untuk memerangkap UMNO. Umum mengetahui bahawa Pas sebenarnya sudah akur dengan telunjuk Dap kerana terhutang budi dengan parti itu yang menyokong ramai calon Pas dalam PRU-13 sehingga jumlah ahli Parlimennya bertambah.

"UMNO mesti melihat perkembangan terbaru ini dari pelbagai sudut, bukan dari hadapan saja, tapi juga dari sisi lain. Hudud adalah hukum Allah dan persoalan yang biasa dibahaskan ialah sama ada suasana sudah kondusif untuk melaksanakannya di sesebuah negara. Ini pertimbangan utama, jauh mengatasi pertimbangan politik atau sandiwara yang diulang tayang oleh Pas," akhiri beliau. – MediaUMNO

Shafie Apdal Minta JKKK Jalin Kerjasama Dengan Pihak Keselamatan Di Sabah

Posted: 12 May 2014 03:13 AM PDT

SEMPORNA, 12 Mei – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Sabah khusus di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) agar menjalin kerjasama dengan pihak keselamatan bagi memantap serta mempertingkatkan tahap keselamatan.

Beliau berkata kerjasama itu sangat penting untuk memastikan JKKK dapat mengetahui langkah yang perlu dilakukan dalam usaha membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan.

“Selaku pemimpin, kita perlu memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan di kawasan masing-masing terjamin. Oleh itu saya harap JKKK dapat memberi kerjasama sebaik mungkin kepada pihak keselamatan agar kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penerangan mengenai isu keselamatan bersama pihak JKKK, ketua kampung dan pemimpin masyarakat di sini hari ini.

JKKK di kawasan pantai timur Sabah perlu mengadakan perjumpaan lebih kerap dengan pihak keselamatan, katanya.

“Pertemuan itu perlu dilakukan agar JKKK dapat dimaklumkan dengan maklumat mengenai yang perlu mereka lakukan dalam membantu pihak keselamatan bagi menangani masalah penculikan, pencerobohan dan penyeludupan khususnya di ESSZone,” katanya.

Mohd Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna meminta semua pihak menyokong usaha untuk memantapkan tahap keselamatan khusus di 10 daerah ESSZone, seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid mengumumkan lima langkah drastik bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan pantai timur Sabah termasuk mewajibkan kapal dan bot memasuki ESSzone melalui laluan yang telah diwartakan.
Langkah terbabit diambil susulan insiden penculikan seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar dari Guangzhao di Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lepas oleh sekumpulan lima lelaki bersenjata.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang Datuk Seri Nasir Tun Sakaran dan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun.

Kajian Enrolmen Mahasiswa Dengan Kapasiti Asrama Perlu Dilakukan – Muhyiddin

Posted: 12 May 2014 03:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu analisis mengenai enrolmen mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dikaji bersama-sama dengan penyediaan asrama untuk mereka kerana dua perkara itu berkait rapat.

Beliau berkata kajian itu perlu untuk menentukan kapasiti penyediaan akses kepada pendidikan tinggi dan kemudahan asrama yang optimum bagi Malaysia yang akan mencapai status negara maju menjelang 2020.

Muhyiddin-Yassin-Pagoh-Johor-Menteri-UMNO-BN

“Pada masa ini, Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama Kementerian Pendidikan sedang meneliti unjuran enrolmen mahasiswa dalam pendidikan tinggi bagi IPT awam dan swasta sehingga 2020 yang akan diperhalusi dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11),” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh dan Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata enrolmen mahasiswa di IPTA telah meningkat daripada 462,780 orang pada 2010 kepada 521,793 orang pada 2012.

“Kapasiti asrama baharu yang dibina di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) di bawah RMK-10 pula sebanyak 75,184,” katanya.

Muhyiddin berkata daripada jumlah itu, sebanyak 7,184 telah siap dibina, 39,000 dalam pembinaan dan baki 29,000 masih dalam pelbagai peringkat perundingan.

Selain itu katanya, melalui inisiatif PFI, Kementerian Pendidikan membangunkan kolej-kolej kediaman mahasiswa yang dijangka dapat menampung lebih 54,000 mahasiswa.

Isu mengenai asrama mahasiswa adalah antara perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat MPPK tahun lepas.

Muhyiddin berkata semua pandangan bernas yang dikemukakan pada mesyuarat hari ini akan dijadikan input kepada kerajaan untuk pertimbangan selanjutnya.

Mesyuarat MPPK, yang memasuki tahun ke-16 pelaksanaannya sejak 1999, merupakan platform utama bagi barisan kepimpinan mahasiswa di IPT untuk menyuarakan isu-isu, memberi cadangan serta pandangan dalam menambahbaik dasar serta program pembangunan negara.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT