SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, May 25, 2014

UMNO Online - “Jentera BN Jangan Terperangkap Taktik Provokasi Murahan Pembangkang” plus 9 more

UMNO Online - “Jentera BN Jangan Terperangkap Taktik Provokasi Murahan Pembangkang” plus 9 more

Link to UMNO Online

Jentera BN Jangan Terperangkap Taktik Provokasi Murahan Pembangkang

Posted: 24 May 2014 09:06 AM PDT

TELUK INTAN, 25 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan provokasi dari DAP sebagai tindakan yang ada niat dan tujuan tertentu.

Beliau turut menasihatkan jentera dan masyarakat agar jangan menari ikut rentak mereka, jangan melatah kerana perkara-perkara sebegini dibangkit pada masa-masa tertentu sepertimana yang berlaku kali ini.

“Ini bukan 'template-template' baru, kita dah harungi puluhan pilihanraya kecil, apa sebab dalam keadaan begini sahaja perkara-perkara sebegini ditimbulkan.

"Mungkin untuk menimbulkan emosi, menimbulkan kemarahan tetapi saya yakin dengan kewarasan dan kebijaksanaan kepimpinan BN, kita dapat tangani tetapi saya harap parti-parti kompenan BN dapat bekerjasama rapat kerana yang akan menentukan kemenangan calon ialah orang tempatan," katanya di sini Sabtu.

Tambah beliau lagi pengundi akan membuat pertimbangan sewajarnya dan perjuangan BN selama ini adalah bersandarkan kepada kewarasan, kebijaksaan dan juga kewibawaan untuk mengharungi apa juga cabaran untuk masa depan negara selain kestabilan serantau.

"kalau kita porak-perandakan Teluk Intan ini, siapa menang pun tapi kalau dah timbul kebencian, dah timbul masalah, akhirnya siapa menang pun tak berbaloi kerana susana dah berpecah-belah, nilai-nilai budaya dah terpesong, had batasan untuk kita berpolitik dah ditanam kebencian di mana ada pihak-pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan untuk mengeksploitasikannya.

“Kita boleh tengok di beberapa negara jiran, di rantau-rantau tertentu di mana bila mereka berhadapan dengan ujian itu, mereka tidak berjaya. Alhamdulillah di dalam negara kita ini, di atas kebijaksanaan kepimpinan Barisan Nasional, kita telah pun membuktikan walau apa juga pun ujian yang kita lalui, kita laluinya dengan satu pasukan," katanya.

Beliau seterusnya turut melihat calon BN, Datuk Mah Siew Keong jika diberikan peluang mampu berkhidmat kepada penduduk dan masyarakat di Teluk Intan kelak.

"Saya cukup yakin kalau Mah Siew Keong diberikan peluang untuk terus memimpin di sini, saya percaya bukan dari dirinya sendiri tetapi sokongan dari pusat dan dari diri saya sendiri akan berterusan dan membantu kawasan Parlimen Teluk Intan ini,” ujarnya lagi.

PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini manakala pengundian ditetapkan pada 31 Mei. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Pengundi Luar Perlu Prihatin Terhadap Kehendak Penduduk Tetap – Chang Ko Youn

Posted: 24 May 2014 05:52 AM PDT

TELUK INTAN, 24 Mei – Pengundi dari luar Teluk Intan perlu memikirkan kesan dan kepentingan masa depan penduduk setempat apabila mereka memutuskan wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan, 31 Me ini.

Penasihat Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata kira-kira 5,000 daripada 60,349 pengundi Teluk Intan yang tinggal di luar perlu ‘lebih belas kasihan’ dalam mengambil kira masalah yang dihadapi oleh penduduk tetap di sini.

Chang-Ko-Youn-Penasihat-Gerakan-PGRM-Komponen-BN

“Ada daripada pengundi luar jarang balik ke kampung dan tidak memahami isu yang dihadapi oleh penduduk Teluk Intan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata malah mereka tidak boleh berpegang kepada konsep ‘ubah’ yang dipromosikan oleh parti pembangkang kerana ini bukan pilihan raya umum yang boleh memberi kesan kepada tampuk pentadbiran negara.

Ini hanya pilihan raya kecil yang tidak akan mengubah kerajaan tetapi mampu mengubah masa depan penduduk Teluk Intan, katanya.

Chang berkata pengundi Teluk perlu mengambil iktibar daripada wakil rakyat DAP dari luar kawasan iaitu M. Kulasegaran yang menang pilihan raya kecil kerusi itu pada 1997 dan M.Manogaran dari Kuala Lumpur, pada pilihan raya umum 2008, yang jarang kelihatan di Teluk Intan selepas memenangi kerusi itu.

“Jangan berikan pengalaman sedemikian berulang kembali,” katanya.

Beliau berkata calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong iaitu Presiden Gerakan tidak akan mengabaikan kawasan itu kerana keluarga, rakan dan rumahnya adalah di sini.

Ditanya sama ada insiden sekumpulan kecil ahli Pemuda UMNO menyerbu masuk sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Rabu lepas, akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya kecil Teluk Intan, beliau berkata:

“Kami mengambil berat tetapi pengundi Teluk Intan adalah berbeza kerana mereka lebih mementingkan tokoh yang bertanding dan masa depan Teluk Intan dan bukan isu-isu seperti itu.”

Insiden di DUN Pulau Pinang tercetus selpas ADUN Seri Delima dari DAP, R.S.N Rayer didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin UMNO ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Selasa lepas.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Teluk Intan akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mah dan calon DAP Dyna Sofya Mohd Daud.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, daripada DAP, pada 1 Mei lepas.

Govt Never Neglect Rural Areas – Rahman Dahlan

Posted: 24 May 2014 05:29 AM PDT

TELUK INTAN, May 24 – An allegation that the government has neglected the development of rural areas is a lie, said Urban Well-being, Housing and Local Government Minister Datuk Abdul Rahman Dahlan.

He said the government had been providing allocation through the budget to develop rural and remote areas.

“In fact, more money is being spent to develop rural areas than urban areas.

“The problem with certain quarters and the opposition is that that they harp on isolated areas and claim that the government has failed to bring development to rural and remote areas,” he told reporters after opening the Langkap Volunteer Fire Station near here, today.

He also said the ministry had approved the setting up of auxiliary fire brigade like auxiliary police as it more formal than fire volunteers.

SPR Jangka 78 Peratus Keluar Mengundi Di Bukit Gelugor Esok

Posted: 24 May 2014 05:11 AM PDT

GEORGE TOWN, 24 Mei – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka peratusan yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor esok sekitar 78 peratus.

Pemangku Pengarah SPR Pulau Pinang Azizal Ahmad berkata jangkaan itu berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi pada pilihan raya terdahulu.

“Kebiasaannya kalau pilihan raya kecil ini jumlah pengundi yang akan keluar mengundi tidak seramai pilihan raya umum. Jadi, kami anggarkan 76 ke 78 peratus pengundi akan keluar mengundi esok,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 68 undi pos sudah diterima.
Rabu lepas, 83.1 peratus atau 123 daripada 148 pengundi awal di Parlimen itu melaksanakan tanggungjawab mereka.

Ditanya mengenai persiapan akhir untuk hari pengundian esok, Azizal berkata kerja-kerja pemeriksaan peti undi di Dewan Sri Pinang yang bermula 9 pagi tadi sehingga 1 tengah hari ini berjalan lancar.

“Esok, seawal pukul 6 pagi setiap ketua pusat mengundi akan datang semula ke Dewan Sri Pinang untuk mengambil semua peralatan yang mereka sediakan dan bergerak bersama polis pengiring peti undi ke pusat mengundi masing-masing,” katanya.

Sebanyak 17 pusat daerah mengundi akan dibuka pada pilihan raya kecil itu dengan 139 saluran untuk undi biasa.

Keputusan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor dijangka diketahui seawal pukul 9 malam esok.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP akibat kemalangan jalan raya di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak, 17 April lepas.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon DAP Ramkarpal Singh Deo, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar serta Abu Backer Sidek Mohammad Zan.

Kesemua calon yang bertanding bukan pengundi di kawasan parlimen berkenaan, kata Azizal.

Tengku Adnan Akan Usul Kadar Elektrik Dikecualikan Tarif Baharu, Dinaikkan

Posted: 24 May 2014 05:07 AM PDT

PUTRAJAYA, 24 Mei – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri TengkuAdnan Tengku Mansor berkata beliau akan mengusulkan kepada kabinet agar kadar penggunaan bulanan elektrik yang dikecualikan tarif baharu dinaikkan daripada 300kWj kepada 500kWj.

tengku-adnan-menteri-wilayah-cabut-undi-unit-baru-sungai-besi-penduduk

“Saya akan membawa perkara ini kepada kabinet dan akan mencuba sekali lagi agar kadar tarif baharu elektrik dikecualikan kepada penggunaan sehingga 500kWj/sebulan,” katanya ketika sesi soal jawab dalam Program Bersama Komuniti anjuran Tenaga Nasional Bhd (TNB) peringkat wilayah Persekutuan Putrajaya.

Bermula 1 Jan lalu, tarif baharu elektrik dilaksana sejajar dengan langkah kerajaan melalui Program Rasionalisasi Subsidi, namun TNB menjangka 70.7 peratus atau 4.6 juta pelanggan domestik tidak akan terjejas dengan tarif baharu itu.

Kerajaan juga akan terus memberi subsidi sebanyak 16.2 sen/kWj kepada pengguna domestik dalam lingkungan penggunaan 0-200 kWj/sebulan.

Kerajaan juga akan memberi subsidi sebanyak 14.1 sen/kWj kepada pengguna domestik dalam lingkungan 201-300kWj/sebulan.

Kempen BN Utamakan Kehendak Dan Minat Pengundi Teluk Intan

Posted: 24 May 2014 05:02 AM PDT

TELUK INTAN, 21 Mei – Pendekatan jentera Barisan Nasional (BN) dalam meraih sokongan masyarakat di Teluk Intan bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen kawasan itu kali ini berbeza berbanding pilihan raya sebelum ini apabila lebih mengutamakan kehendak dan minat kumpulan sasaran.

Ketua Umno Bahagian Sungai Siput Datuk Mohd Zolkafly berkata program kempen di Sungai Bugis di sini disusun mengikut cita rasa penduduk yang tidak mahu sesuatu program berskala besar.

Mohd-Zolkafly-Harun-UMNO-BN-Sungai-Siput

“Peti Daerah Mengundi (PDM) di Sungai Bugis majoritinya masyarakat berketurunan Jawa yang mementingkan aspek keagamaan. Selain program ziarah rumah ke rumah, kita juga mendapatkan kerjasama mereka untuk mengadakan kenduri doa selamat, bacaan Yassin, minum petang dan aktiviti santai, ia suatu pendekatan baharu yang kita buat untuk PRK ini,” katanya di sini.

Beliau berkata sepanjang seminggu berada di sana, penduduk di Sungai Bugis yang kebanyakannya bekerja di ladang kelapa sawit milik syarikat konglomerat serta persendirian memberi respons yang sangat baik kepada pendekatan seperti itu.

Selain itu, katanya, apa sahaja masalah yang dihadapi penduduk seperti masalah jalan yang masih tidak baik dan belum dibina yang dibangkitkan juga terus disampaikan kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut tanpa menunggu kempen PRK selesai.

“Kali ini juga kita membawa agensi yang kita rasa boleh membantu untuk keselesaan penduduk Sungai Bugis serta-merta seperti Perpustakaan Negara untuk galakkan sikap suka membaca serta Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk pemeriksaan mata dan pemberian cermin mata,” katanya.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kampar Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata PDM Nova Scotia menjadi kawasan angkat bahagian itu sepanjang tempoh kempen PRK Teluk Intan dan pelbagai program disusun Wanita khusus untuk pengundi di situ yang majoritinya kaum India.

Nolee-Ashilin-Mohammed-Radzi-UMNO-BN-Kampar

“Kita menggunakan konsep menyusur akar pada PRK Parlimen Teluk Intan ini, tanpa program bersifat besar-besaran. Kita berjumpa setiap pengundi serta kumpulan kecil-kecil sahaja, program yang disusun juga lebih spesifik kepada sasaran seperti gologan wanita dengan aktiviti demonstrasi masakan dan kraftangan, kesihatan, kecantikan serta kebajikan,” kata Nolee Ashilin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Perak.

Beliau berkata pendekatan seperti itu sebenarnya lebih memberi kesan kepada para pengundi untuk berada lebih dekat dan lebih mengenali siapa parti Barisan Nasional.

“Kita juga bertanya isu serta masalah yang dihadapi mereka, kita telah senaraikan untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk tindakan. Setakat ini penerimaan mereka terhadap BN adalah baik,” katanya.

PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini manakala pengundian ditetapkan pada 31 Mei. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Wakil Rakyat DAP Biadap Keluarkan Kata-Kata Kesat, Kata Najib

Posted: 24 May 2014 04:53 AM PDT

ASTANA (KAZAKHSTAN), 24 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengecam tindakan seorang wakil rakyat DAP yang mengeluarkan kata-kata kesat dalam kritikannya terhadap pemimpin UMNO dan menganggap perbuatan itu sebagai biadab.

“Kita dalam sistem demokrasi, kita boleh mempunyai pendirian yang berbeza, dan kita boleh mengeluarkan kritikan antara satu sama lain tetapi kata-kata kesat, kata-kata yang hina ini tidak boleh dan tidak patut dikeluarkan oleh mana-mana wakil rakyat ataupun pemimpin politik.

najib-pm-malaysia-presiden-kazakhstan-nursultan-nazarbayev-forum-ekonomi-astana-2014-lawatan-rasmi

“Saya anggap ini sebagai suatu yang keterlaluan, sesuatu yang bersifat biadab dan tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia yang bersikap rasional dan waras,” katanya kepada wartawan Malaysia ketika diminta mengulas kenyataan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S.N Rayer baru-baru ini.

Rayer mengeluarkan kata-kata kesat itu kepada pemimpin Umno pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Selasa lepas sehingga menimbulkan kemarahan anggota UMNO.

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia mesti menunjukkan bahawa mereka menghormati amalan demokrasi yang sihat dan matang.

Najib, yang juga Presiden UMNO bagaimanapun menasihatkan anggota UMNO supaya tidak keterlaluan dalam tindakan balas mereka.

“Kita mesti menghormati undang-undang dan tata susila dalam negara kita, jadi saya harap semua pihak akan mengambil apa-apa respons yang sewajarnya dan tidaklah membuat sesuatu yang boleh menjejaskan imej parti kita,” katanya.

Najib berada di sini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Kazakhstan.

Pemuda UMNO Tuntut Permohonan Maaf Daripada Rayer

Posted: 23 May 2014 11:20 PM PDT

PUTRAJAYA, 23 Mei – Pemuda UMNO masih menuntut permohonan maaf daripada Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S.N. Rayer kerana membuat kenyataan provokasi terhadap parti itu dan pemimpinnya di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata mengenai kenyataan yang menghina itu, mereka masih melihat kenyataan Rayer sebagai satu provokasi dan menuntut ADUN DAP itu memohon maaf.

Justeru, beliau melihat perhimpunan yang dilakukan oleh Pemuda Umno Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan adalah berasas tetapi terdapat beberapa aspek dalam perhimpunan ini yang tidak sepatutnya berlaku.

“Saya telah berpesan kepada anak buah saya supaya bertenang” katanya ketika ditemui wartawan selepas melancarkan Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas Peringkat Kebangsaan 2014 di sini hari ini.

Dalam insiden di hadapan ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam, Khairy berkata beliau menyokong dan memahami tindakan mereka membuat demonstrasi semalam.

“Itu sejajar dengan pandangan saya sendiri bahawa provokasi ekstrem oleh Rayer dengan membuat kenyataan menghina UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO dan saya berfikir apa yang dikatakan beliau telah dirancang dan dipertimbangkan dengan tujuan memprovokasi anggota-anggota UMNO,” katanya.

Khairy berkata beliau telah menghantar pesanan kepada Anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming yang berada di sana semalam menerusi twitter berkaitan insiden itu.

“…adalah hak kami untuk pergi ke sana tetapi mengenai kemusnahan harta benda DAP, di mana papan tanda telah rosak, saya meminta maaf di atas kerosakan itu dan bersedia menggantikan papan tanda itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata DAP sepatutnya faham daripada mana puncanya insiden itu.
“Demonstrasi itu tidak berlaku dalam keadaan terasing, ia berlaku kerana penghinaan yang dilakukan oleh ADUN mereka, katanya.

Terdahulu, Khairy menyampaikan anugerah tahap emas kepada 111 orang peserta pada Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Kebangsaan.

Program Anugerah Remaja Perdana itu merupakan program pengiktirafan bertaraf antarabangsa yang diadaptasi daripada Program Anugerah Antarabangsa Duke of Edinburgh.

Piawaian antarabangsa bagi program anugerah itu mewajibkan peserta menjalani empat komponen iaitu khidmat masyarakat, rekreasi fizikal, kemahiran dan penjelajahan lasak dan penempatan khas bagi tempoh tertentu bagi setiap tahap anugerah yang disertai bagi melayakkan peserta diberikan pengiktirafan.

Slogan ‘Inilkalilah’ Tidak Laku Lagi Untuk Dijaja Di Teluk Intan

Posted: 23 May 2014 11:06 PM PDT

TELUK INTAN, 24 Mei – Slogan ‘inikalilah’ yang digula-gulakan oleh pembangkang pada pilihanraya umum lalu nampaknya  tidak akan laku lagi  untuk dijaja pada pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini.

Justeru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan Yb Shaari Mohamad yakin pilihan raya kecil kali ini akan membawa perubahan setelah pengundi sendiri menyatakan kekesalan mereka yang tersilap pada pilihan raya umum yang lalu.

calon-bn-teluk-intan-mah-siew-keong-lawat-masyarakat-rakyat-pengundi-kaum-india-ladang-nova-scotia-kempen

Menurut beliau inilah masa yang terbaik dan pada waktu inilah pengundi boleh memperbetulkan kesilapan mereka dahulu itu dengan mengundi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keng.

“Masing-masing mempunyai strategi sendiri…kita ada fokus kita dan kenalpasti pengundi yang dulunya tak  keluar mengundi, pengundi ada di mana dan sebagainya. Dan  rata-rata pengundi yang kita temui pula apabila ditanya dulu mengundi siapa mengaku dulu mengundi DAP  sebab dulu pembangkang  menceritakan akan jadi kerajaan.

“Sekarang ini mereka dah tahu dan sekarang ini mereka ingin membuat pembetulan kerana kali ini mereka sedar bahawa pilihanraya kali ini bukannya untuk tentukan sebuah kerajaan tetapi untuk pilih wakil rakyat.

“Pengundi di sini ingin menebus kesilapan sebab mereka tertipu dan terpedaya. Kawasan ini  kita pernah menang…malah calon yang sama pernah menang di Pasir Bedamar…tapi sebab inikalilah..inikalilah..rupanya tidak menjadi.

“Nampaknya kali ini pengundi berhati-hati kerana kali ini untuk pilih wakil rakyat dan bukannya kerajaan,” katanya.

Beliau seterusnya menambah persoalan calon lama dan sebagainya tidak seharusnya menjadi pertimbangan utama.

“Bagi saya calon kita Datuk Mah Siew Keong berasaskan kepada kriteria yang kita fahami. Usia calon contohnya adalah usia matang bagi seorang ahli politik.Yang utama boleh buat kerja dan ada kewibawaan serta kemampuan,” katanya.

DAP Jangan Megah Tuduh Orang Lain Rasis Hanya Kerana Letak Calon Melayu

Posted: 23 May 2014 11:03 PM PDT

TELUK INTAN, 24 Mei – Parti DAP hari ini ditemplak kerana mendakwa UMNO parti rasis, parti yang mengamalkan diskrimanikasi kaum sebagaimana yang didakwa Lim Guan Eng.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rahman Dahlan berkata, DAP jangan bermegah dengan meletakkan seorang calon anak muda Melayu sebagai calon di Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan bagi membuktikan mereka parti multiracial kerana BN telah lama mengamalkan bersatu dalam parti berbilang kaum dan agama di bawah bumbung BN sejak merdeka lagi.

menteri-kesejahteraan-bandar-kerajaan-tempatan-abdul-rahman-dahlan-langkap-teluk-intan-bomba-umno-bn

"Saya sebagai pemimpin Islam dan pemimpin Melayu Bumiputera, yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, hari ini datang untuk apa, datang untuk menyokong siapa? Saya datang sini untuk sama-sama membantu dan menyokong Datuk Mah Siew Keong, seorang pemimpin berbangsa Cina, pemimpin utama parti Gerakan.

Kalaulah saya rasis lebih baik saya tidur sahaja di rumah, namun atas dasar semangat setiakawan, walaupun parti Gerakan dianggap dan dilihat parti yang lemah, tetapi masa inilah rakan-rakan lain tidak kira agama dan bangsa, sanggup datang ke sini untuk membantu Datuk Mah dan mengangkat martabat parti gerakan. Rasiskah itu?," ujarnya ketika berucap merasmikan Gerai Rakyat 1Malaysia di Pekan Teluk Intan, sebentar tadi.

Tambahnya, buat DAP yang menggunakan pentas ceramah untuk berbohong dan mengaburi mata rakyat, Rahman menjelaskan bahawa kepimpinan dan jentera UMNO datang ke Teluk Intan untuk membantu calon BN yang bukan beragama Islam dan bukan berbangsa Melayu untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan ini.

"BN konsisten dalam perjuangan, perkara ini bukan baru berlaku setahun dua ini, inilah BN yang oririnal sejak 1957, dari parti Perikatan kepada BN, inilah acuan yang membuatkan negara kita amat kukuh, maju dan sentiasa bersatu padu kerana asas dan prinsip perjuangan BN tidak pernah berubah.

Kita akan tetap bantu Datuk Mah dari Gerakan, bukan pemimpin islam atau berbangsa Melayu untuk menang di Teluk Intan. Jadi, janganlah kata UMNO itu rasis, dan menzalimi agama lain.

Kita nak pastikan Datuk Mah dan warga Teluk Intan berada dalam kapal Barisan Nasional yang merupakan kapal yang besar, teguh dan berwawasan, apa yang nak kita pastikan adakah kapal BN ini akan disertai oleh warga Teluk Intan atau tidak? Biarlah kapal besar BN belayar menuju kejayaan bersama dengan warga dan penduduk dari Teluk Intan untuk sama-sama berjuang membangunkan negara. jadi, jangan sia-siakan peluang terbaik, sokonglah dan undilah Datuk Mah pada 31 Mei ini untuk diletakkan sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan," tambahnya yang juga Ahli Parlimen Kota Belud.

pas-dyana-melayu-sokong-pemimpin-parti-rasis-cauvinis-cina-india-lim-kit-siang-rsn-rayer-umno-celaka-islam

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT