SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, May 20, 2014

UMNO Online - “Kisah Guan Eng Kata Dyana Alat Politik dan Analogi Teh Tarik” plus 9 more

UMNO Online - “Kisah Guan Eng Kata Dyana Alat Politik dan Analogi Teh Tarik” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kisah Guan Eng Kata Dyana Alat Politik dan Analogi Teh Tarik

Posted: 19 May 2014 05:29 AM PDT

Pengumuman Dyana Sofya Mohd Daud, 26, sebagai calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan bukan suatu kejutan besar kerana ia telah diuar-uarkan sejak dahulu lagi.

Namun alasan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa pemilihan tersebut bagi membuktikan membuktikan kepelbagaian DAP sebagai sebuah parti politik adalah satu yang sangat mengejutkan dan melucukan.

Rupanya sebuah parti yang memperjuangkan konsep kesamarataan dan meritokrasi akhirnya terpaksa mempergunakan budak Melayu berusia 26 tahun sebagai alat untuk membuang persepsi anti- Melayu parti tersebut.

dap-peralat-guna-calon-melayu-alat-politik-gimik-lim-guan-eng-kit-siang-dyana-sofya-teluk-intan-perak

Dyana menyertai parti itu pada tahun 2012 dan kemudian membantu kempen Kit Siang dalam pilihan raya umum ke-13 di Gelang Patah. Beliau secara terbuka diperkenalkan oleh Kit Siang pada konvensyen DAP sebagai setiausaha politiknya yang baru selepas PRU13.

Berusia 27 tahun dan menjadi ahli politik sepenuh masa, Dyana berasal dari Ipoh, tetapi kini bertugas di kawasan pilihan raya Kit Siang di Parlimen Gelang Patah.

Jika dari segi pencapaian dan meritokrasi politik, tentulah Dyana yang baru setahun jagung naik menjadi Setiausaha Politik Lim Kit Siang, sebenarnya tidak layak berada dalam senarai calon pun, apatah lagi menjadi calon.

Namun DAP memang terdesak untuk meyakinkan orang Melayu terutamanya ahli Pas bahawa mereka merupakan parti yang terbuka kepada orang Melayu dan Islam sungguhpun matlamat politik mereka jauh sekali. Justeru kenyataan Guan Eng kepada Malaysiakini.com baru-baru ini jelas menunjukkan niat sebenar DAP.

Malah Dyana juga dijangka dapat mengurangkan sebarang kemungkinan penentangan di kalangan pengundi Islam terhadap DAP yang kuat menentang undang-undang hudud.

lim-guan-eng-peralat-zairil-bukan-anak-khir-johari-pemilihan-cec-dap-rasis-diskriminasi-kaum-tak-sah

Sementara calon DAP, Dyana, dalam ucapannya menyentuhkan usaha memecahkan halangan kaum dan agama, dan mencari formula yang sesuai umpama "teh tarik' Malaysia yang digemari semua orang.

Katanya, teh tarik digemari semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama dan identiti seumpama itulah yang diperlukan oleh rakyat Malaysia.

Malangnya, apa yang Dyana tidak nyatakan kepada rakyat bahawa Teh Tarik merupakan antara penyebab utama diabetis (kencing manis) dan sakit jantung di Malaysia.

Malangnya, apa yang Dyana tidak nyatakan kepada rakyat bahawa Teh Tarik merupakan antara penyebab utama diabetis (kencing manis) dan sakit jantung di Malaysia.

Mungkin tanpa disedari atau dengan segaja, Dyana telah pun memberi maklum kepada umum bahawa mengundi DAP ini memang seronok dan sedap seketika, namun jangka masa panjang kita terpaksa menerima pelbagai jenis penyakit akibat kesukaan ini.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.

Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan pada 19 Mei.

Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi. Walaupun Teluk Intan merupakan kerusi majoriti Cina, ia mempunyai ramai penduduk Melayu. Kawasan ini terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, Melayu (38 peratus) dan India (19 peratus).

Jika Dyana menang, beliau akan menjadi ahli Parlimen Melayu ketiga dari DAP, selepas MP Bayan Baru Zairil Khir Johari dan MP Raub Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz.

Ab Jalil Becker

PAS Menyokong DAP Untuk Menolak Draf Hudud Di Parlimen

Posted: 19 May 2014 05:14 AM PDT

Bulan ini ada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) akan berlangsung, satu di Parlimen Bukit Gelugur, Pulau Pinang dan satu lagi di Parlimen Teluk Intan, Perak. Hari pengundian untuk PRK Bukit Gelugor akan berlangsung pada 25 Mei sementara tarikh membuang undi bagi PRK Teluk Intan pula ialah 31 Mei.

Kebetulannya, kedua-dua PRK ini membabitkan DAP dan menariknya pula kedua-dua calon DAP itu dalam PRK itu berkongsi pandangan sama.

hadi-presiden-pas-dap-berhak-tolak-hudud-fitnah-umno

Baik Ramkarpal Singh Deo di Bukit Gelugor mahupun calon DAP di Teluk Intan iaitu Dyana Sofya Mohd Daud, mereka bertegas menolak perlaksanaan hudud selaras dengan pendirian rasmi DAP mengenainya.

Kedua-dua calon DAP itu juga komited jika menang PRK ini mereka akan menyertai rakan PR yang lain untuk mengundi menentang usul draf hudud seandainya PAS masih meneruskan hasrat membawanya ke Parlimen.

Pendirian kedua-dua calon DAP itu jelas bercanggah dengan perjuangan PAS yang gah mengwar-warkan untuk melaksanakan hudud namun dilihat pada kehadiran pemimpin dan penyokong PAS pada hari penamaan calon di kedua-dua kawasan menunjukkan PAS tidak kisah menyokong pihak yang menolak perlaksanaan hudud.

Umum tahu semenjak lebih dua dekad lalu PAS tidak pernah berhenti meyakinkan penyokongnya bahawa permusuhan mereka terhadap UMNO disebabkan parti komponen utama BN itu dikatakan menolak dan menentang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan dan juga dalam pentadbiran negara.

Berdiri atas prinsip itulah menyebabkan ramai penyokong PAS beranggapan sesiapa yang menganggotai UMNO atau menyokongnya dengan lisan atau perbuatan, apatah lagi mengundi BN yang diterajui UMNO dalam mana-mana pilihan raya, maka hukumnya haram dan nerakalah habuannya.

Kini segala-galanya berubah. Prinsip tersebut entah ke mana menghilang bila mana PAS pula yang bersekongkol dengan pihak yang lantang menolak perlaksanaan hudud.

Mereka berasa megah menjulang bendera DAP dan berbangga menghantar jentera pilihan raya PAS untuk sama-sama memastikan kemenangan DAP.

Tanpa disedari, hakikatnya segala-gala bantuan dan sokongan terbuka oleh pimpinan dan penyokong PAS kepada kedua-dua calon DAP itu jika membuahkan hasil kejayaan pada DAP ia sebenarnya seumpama memperkuatkan undi dan suara untuk menolak draf hudud PAS di Parlimen kelak.

mykmu.net

gobind-singh-deo-karpal-pas-putar-belit-guna-hudud-agama-islam-kebenaran-demi-sokongan-undi-syurga

dyana-sofya-calon-melayu-islam-ambil-pendirian-polisi-parti-dap-tolak-sokong-hudud-teluk-intan-perak

Wealth Does Not Guarantee Malaysia Will Become A Developed Nation – Dr Mahathir

Posted: 19 May 2014 05:10 AM PDT

MELAKA, May 19  - Wealth alone will not ensure Malaysia will become a developed nation but on the other hand more people in the country must master knowledge to make the vision to become a developed nation a reality, said former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

He said without mastering knowledge, factors such as high income of the people, natural resources and many skyscrappers would be meaningless in Malaysia’s effort to become a developed nation.

He said Malaysia needed citizens who were capable of mastering knowledge in science, technology and mathematics, fields which were regarded as the backbone in the development of a nation, currently.

“We must look at countries like China, South Korea and Japan which were backward and isolated but were able to to develop their countries when many of their people mastered knowledge especially in science, technology and mathmetics,” he said.

Dr Mahathir said this at the Chancellor’s Talk progamme at Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) which was also attended by Melaka Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob, Melaka Chief Minister Datuk Seri Idris Haron and UTeM) Vice Chancellor Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan.

Dr Mahathir said mastery of knowledge would also produce more new knowledge and technology which were important catalysts in the development of a country.

He said the government had long realised the importance of mastery of knowledge when it allocated at least 25 percent of the national expenditure each year for the education sector, an in fact, 600,000 of the 1.4 million civil servants nationwide were teachers.

“The government’s realisation is not enough if there is no awareness among the people. Regardless, the current reality is that high level knowledge is controlled by the western nations and as such effort to get the knowledge from them must be done especially from among our populace,” he said.

As such, he said it was crucial that the people mastered the languages used by the western countries among which is the English Language to seek knowledge to develop the nation.

“Learning the English Language does not mean rejecting Bahasa Malaysia or turning us into westerners, only that the language is the gateway to knowledge. No use of us having gold no matter how much underneath our house if we lack the know-how to extract it,” he said.

Isu Pangkalan TUDM : Empat Wakil Rakyat Tasek Gelugor Mahu Dr Afif Mohon Maaf

Posted: 19 May 2014 05:03 AM PDT

GEORGE TOWN, 19 Mei – Empat wakil rakyat di kawasan Parlimen Tasek Gelugor memberi tempoh 14 hari kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya Dr Afif Bahardin untuk menarik balik dakwaan dan memohon maaf kepada mereka berhubung isu Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth.

Keempat-empat wakil rakyat terbabit ialah Adun Teluk Air Tawar Datuk Jahara Hamid, Adun Sungai Dua Muhamad Yusoff Mohd Noor, Adun Permatang Berangan Omar Abdul Hamid serta Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya.

“Jika gagal, kami akan mengambil tindakan undang-undang,” kata Jahara dalam sidang media, di sini hari ini.

dr-afif-taksub-anwar-pkr-kaki-hasad-fitnah-tipu-bohong-palsu-seberang-jaya-penang-pulau-pinang

Jahara yang juga Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang berkata notis tuntutan maaf itu sudah diserahkan kepada Dr Afif dan bertarikh Jumaat lepas.

Menurut Jahara Adun PKR itu mendakwa keempat-empat mereka terbabit dalam penyelewengan penjualan tanah tapak projek tersebut semasa perhimpunan reformasi  pada 17 April lepas di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Beliau berkata dakwaan itu amat tidak bertanggungjawab dan mencemarkan imej serta integriti keempat-empat wakil rakyat Umno berkenaan.

Tegas Jahara beliau sebelum ini mewakili semua Adun Barisan Nasional Pulau Pinang membantah cadangan pembangunan bersepadu di tapak TUDM Butterworth tersebut demi kepentingan rakyat di Pulau Pinang.

Pada 5 Feb lepas, Bernama melaporkan bahawa TSR Capital Bhd mendapat kelulusan kerajaan persekutuan untuk berunding mengenai terma yang dicadangkan bagi penempatan dan  pembinaan semula pangkalan tentera udara baharu di Pulau Pinang melalui pertukaran tanah.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia bulan lepas, TSR Capital Bhd menyebut cadangan berkenaan akan dibuat melalui syarikat usaha sama (JVC) dan JVC mencadangkan kepada kerajaan agar memindah dan membina semula sebuah pangkalan TUDM di Butterworth di satu lokasi yang akan dikenal pasti.

Pangkalan TUDM ketika ini di Teluk Air Tawar, Seberang Perai dengan keluasan lebih kurang 407 hektar, terletak kira-kira lapan kilometer dari Butterworth dan menghadap ke arah Pulau Pinang.

Calon Wanita : BN Sudah Lama Iktiraf, 70 Calon BN Pada PRU 13 Adalah Wanita

Posted: 19 May 2014 04:56 AM PDT

IPOH, 19 Mei – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin membidas DAP yang ghairah mencanangkan kononnya mengiktiraf golongan wanita apabila meletakkan Dyana Sofya Mohd. Daud sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan sedangkan Barisan Nasional (BN) telah lama mengangkat wanita sebaris dalam kepimpinan negara.

shahrizat-wanita-umno-bn-sambutan-hari-guru-2014-sekolah-st-george

Jelasnya, soal wanita menjadi calon pilihan raya bukanlah satu isu kerana dalam BN wanita sentiasa diiktiraf sebagaimana 70 calon BN yang bertanding pada PRU ke-13 lalu adalah wanita.

"Sifat keterbukaan DAP yang memilih Dyana Sofya adalah gimik politik mereka dalam meraih sokongan dan undi kaum wanita khususnya yang berbangsa Melayu."

Dalam PRU lalu, 70 calon wanita BN bertanding dengan 40 daripadanya berjaya memenangi kerusi masing-masing di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu UMNO memperoleh kejayaan besar apabila memenangi 32 daripada 42 kerusi yang ditandingi.

"Calon wanita ini adalah salah satu resepi dari DAP bagi mereka memancing sokongan masyarakat sedangkan dalam soal gender BN tidak pernah mengenepikan persoalan jantina kerana keutamaan adalah kepada mereka yang boleh berkhidmat, sedia bekerja dan mampu melaksanakan tanggungjawab," katanya kepada UMNO-Online.

Antara alasan DAP meletakkan Dyana Sofya sebagai calon PRK Teluk Intan ialah kononnya mengiktiraf golongan wanita muda dan profesional.

"Dalam BN dan UMNO, golongan wanita tidak pernah dipinggirkan malah kebolehan mereka sentiasa diakui, bukan setakat calon PRK, dalam PRU juga mereka turut dipilih, menjadi menteri, diangkat sebagai Senator dan pelbagai lagi jawatan yang bukan saja mengiktiraf kelayakan mereka tetapi secara tak langsung mengakui kebolehan dalam kepimpinan.

"Kalau dalam PRK ini isu gender diketangahkan persolannya mengapa tidak letakkan Dyana Sofya sebagai calon dalam PRU yang lalu dan kenapa pula membawa orang Ipoh untuk bertanding di Teluk Intan?"

Jelasnya, ternyata pembangkang inginkan populariti dalam politik tanpa mengambil kira kebolehan dan kebertanggujawaban mereka untuk melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

"Inilah taktik politik pembangkang, sedangkan dalam BN keutamaan untuk menjadi pemimpin mestilah mereka yang boleh membantu rakyat, mempunyai keupayaan dengan parti yang diwakilinya juga dapat membawa kemajuan kepada masyarakat keseluruhan."

Ujarnya lagi, dengan apa yang disajikan kepada rakyat sebagaimana gimik politik di Teluk Intan terbukti bahawa pakatan pembangkang tidak ikhlas untuk menyalurkan bantuan apatah lagi untuk membantu kaum wanita sendiri.

"BN melakukan pemilihan yang lengkap dengan melihat kepada kewibawaan calon untuk bertanding, bukan sahaja mengutamakan calon anak tempatan yang pastinya tahu susah senang masyarakatnya tetapi juga memilih mereka yang benar-benar bersedia berkhidmat."

Tambahnya, jika persoalan berkaitan gender dijadikan perbandingan maka tentunya BN yang menjadi pilihan kerana dalam PRU sebelum ini sahaja BN mencalonkan 70 calon wanita.

"Kenapa sebelum ini persoalan berkaitan gender tidak menjadi isu utama dalam pembangkang dan apabila Dyana Sofya dipilih barulah nak digembar-gemburkan pula?" - MediaUMNO

Govt Optimistic Of 4.5-5.5 Pct GDP Growth This Year

Posted: 19 May 2014 04:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 19  - The government is optimistic of achieving its initial forecast gross domestic product (GDP) growth this year of between 4.5 and 5.5 per cent, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Abdul Wahid Omar said.

Bank Negara Malaysia Governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz announced on Friday that Malaysia’s GDP expanded 6.2 per cent in the first quarter of 2014 from a growth of 4.2 per cent in the same period last year, anchored by domestic demand and a turnaround in net exports.

Abdul Wahid said it is important that Malaysia continues the momentum moving forward and be mindful of external uncertainties.

“We are also in the midst of developing the 11th Malaysia Plan, for the years from 2016 to 2020, in the hope that it will help boost our economic landscape and complement GDP growth, and we are looking ahead beyond 2020,” he told reporters at the “Beyond GDP: Transitioning into Sustainability” forum here today.

He said Malaysia will continue to seek other measures of economic and national growth beyond GDP, in response to the unprecedented opportunities and challenges the country faces in the 21st century.

“We realise that when talking about the prosperity of a nation, the focus has always been on economic growth and less attention is given to the people’s well-being,” Abdul Wahid said.

In order to measure improvements in our standard of living, the Malaysia Quality of Life Index and the new Malaysian Well-being Index have been introduced as indicators beyond national income, he said.

“Over time, with support from international bodies, we hope to be able to come up with an international benchmark,” he added.

Mah Ada Pengaruh Dalam Kerajaan Untuk Bantu Warga Teluk Intan – Khairy

Posted: 19 May 2014 04:12 AM PDT

TELUK INTAN, 19 Mei – Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan perlu membuat pertimbangan bijak dengan memilih calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong yang terbukti mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat kerana pengaruhnya dalam kerajaan.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata Mah, anak tempatan Teluk Intan, yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri itu dilihat mampu menyelesaikan isu tempatan.

semangat-barisan-bn-perak-penamaan-calon-perarakan-rombongan-penyokong-siew-keong-teluk-intan

“Walaupun berdepan calon pembangkang yang juga merupakan seorang beliawanis, namun kita yakin pertimbangan rakyat Teluk Intan akan memberi sokongan kepadanya yang berpengalaman sebagai Anggota Parlimen selama dua penggal serta Anggota Dewan Undangan Negeri selama satu penggal,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Pemuda BN di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis berasingan, beliau berkata PRK Teluk Intan bukan pertandingan ‘ratu cantik’ tetapi medan untuk rakyat memilih wakil mereka untuk memperjuangkan kemajuan dan pembangunan kawasan itu.

“Saya risau kalau pilih calon berdasarkan paras rupa yang tidak tahu mengenai Teluk Intan, apa akan jadi kepada kawasan ini. Bagaimana nasib rakyat di sini,” katanya.

Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata Pemuda BN akan menggerakkan seluruh jenteranya melalui pelbagai program seperti siri ceramah, program santai serta turun rumah ke rumah bagi meraih sokongan pengundi Teluk Intan terutamanya pemilih golongan muda yang merangkumi 20,905 orang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pemuda BN juga kini membentuk Jawatankuasa Khas Bertindak CBP (Cukai Barang dan Perkhidmatan) untuk member penerangan mengenai pelaksanaan cukai itu secara berterusan melalui siri ceramah serta platform media sosial.

Beliau berkata usaha penerangan ini digerakkan selepas mendapati saluran rasmi kerajaan bagi penjelasan CBP ini tidak mencukupi terutama untuk golongan muda.

“Kita dapati CBP perlu mempunyai penerangan ‘political treatment’ (yang mempunyai unsur-unsur politik) untuk menepis serangan dan tohmahan parti pembangkang yang memberi maklumat tidak tepat serta mengelirukan,” katanya.

Mengulas mengenai desakan Veteran UMNO supaya keanggotaan ibu kepada calon DAP, Yammy Samat dibatalkan, Khairy berkata ia bukan keutamaan parti pada masa sekarang.

“Kita ada proses tatatertib dalam parti dan prosedur yang telus, kita tidak boleh menggantung atau membatalkan keanggotaan seseorang begitu sahaja, ada prosesnya dan ia tidak perlu dilakukan secara terburu-buru,” katanya.

EC Urges All To Observe Campaign Ethics In Teluk Intan By-Election

Posted: 19 May 2014 03:55 AM PDT

TELUK INTAN, May 19 – The Election Commission (EC) wants members and supporters of the two political parties contesting in the Teluk Intan parliamentary by-election to show mutual respect.

EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said both parties should adhere to the ethics of campaigning until polling on May 31 to ensure a clean and smooth by-election.

The by-election is a straight fight between Datuk Mah Siew Keong, 53, of the Barisan Nasional (BN) and Dyana Sofya Mohd Daud, 27, of the DAP.

“The EC reminds both candidates and their supporters not to create any provocation, including victory processions in Teluk Intan, after the by-election to avoid any commotion or unrest,” he told reporters after the nomination of candidates for the by-election at Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak here today.

He also said that the EC was satisfied with the nomination of candidates which proceeded smoothly and peacefully.

Abdul Aziz complimented the candidates for coming early to submit their nomination form and deposit as well as their supporters for the trouble-free event.

He said the EC had also set up two election enforcement teams comprising representatives from the EC, the police, the Teluk Intan municipal council as well as the contesting parties, the BN and the DAP.

“The teams are empowered to bring down banners, posters or any campaign material found violating the Election Offences Act 1954,” he said.

On the DAP’s alleged early campaign in Teluk Intan, Abdul Aziz said the EC was not empowered to act on any election infringement before nomination day.

“The EC can only enforce the laws after nomination day today on matters such as conducting talks without permits and so on. Any offence outside the election period would be under the purview of other enforcement parties, maybe the police and the local authorities,” he said.

Early voting will be on May 27 while polling is on May 31.

In the 13th general election, Seah Leong Peng of the DAP obtained 27,399 votes to defeat the BN candidate, Datuk Mah Siew Keong, and independent candidate Moralingam Kannan by a 7,313-vote majority.

The by-election is being held following the death of Seah on May 1.

RCI Report On Sabah’s Illegal Immigrants Handed To PM, Agong

Posted: 19 May 2014 03:51 AM PDT

KOTA KINABALU, May 19 – The Royal Commission of Inquiry (RCI) on Illegal Immigrants in Sabah has submitted the outcome of its investigation to Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah and Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

RCI chairman Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, who is also former Chief Judge of Sabah and Sarawak, told reporters that it was up to the government to decide on the report which was completed early this year.

He declined to elaborate further.

“All I can say is, the public will know when the report is released,” he said after leading the RCI panel on a courtesy call to Yang DiPertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin at Istana Negeri here today.

The Commission set up on Sept 21, 2012, called 211 witnesses including former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim before closing the case on Sept 20 last year.

PRK Teluk Intan : Mah Dan Keluarganya Disegani, BN Mampu Menang

Posted: 19 May 2014 02:56 AM PDT

TELUK INTAN, 19 Mei – Tindakan Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Datuk Mah Siew Keong yang juga Presiden parti Gerakan untuk merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan yang pernah diwakilinya selama dua penggal bermula 1999 hingga 2008, merupakan satu tindakan yang wajar memandangkan pengalamannya yang luas khususnya di kawasan Teluk Intan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Datuk Yahya yakin kemampuan dan kewibawaan Datuk Mah malah sejarah membuktikan bahawa BN pernah memberikan khidmat terbaik dengan pembangunan terancang kepada rakyat, khususnya ketika diwakili Datuk Mah sendiri di sini.

mah-siew-keong-disegani-dihormati-keluarga-pengundi-teluk-intan-rakyat-perak

"Datuk Mah pernah beberapa penggal menjadi Ahli Parlimen di sini, malah kali pertama beliau menjadi wakil rakyat ialah sebagai Ahli Dewan Undangan negeri Pasir Bedamar, yang dikatakan kubu kuat parti DAP.

"Jadi terpulang kepada jentera kita (jentera BN), terpulang kepada kesepaduan kita di dalam kompenan BN untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk memenangi hati pengundi dan saya percaya, kalau ini yang dapat kita lakukan, BN mempunyai peluang yang cerah untuk menang," ujarnya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh.

Tambahbeliau lagi Datuk Mah juga bukanlah seorang yang asing di Teluk Intan, malah keluargannya juga sinonim dengan bandar Teluk Intan ini.

"Banyak kerja-kerja kebajikan yang telah dibuat oleh Datuk Mah dan keluarganya di sini, jadi ia memberikan keyakinan kepada saya, tidak ada sebab mengapa BN tidak boleh menang di Parlimen Teluk Intan ini," tambahnya yang juga Ahli Dewan Undangan Rungkup.

Pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP pada 1 Mei.

Suruhanjaya Pilihanraya menetapkan pengundian awal ialah pada 27 Mei dan hari pengundian 31 Mei ini.

Pada pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, Seah mengatasi calon BN Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 7,313 undi dalam pertandingan yang turut disertai calon Bebas K. Moralingam. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT