SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, May 2, 2014

UMNO Online - “Syarikat Swasta Adakan Perbincangan Ambil Alih Pemilikan Konsesi PLUS, Kata Fadillah” plus 5 more

UMNO Online - “Syarikat Swasta Adakan Perbincangan Ambil Alih Pemilikan Konsesi PLUS, Kata Fadillah” plus 5 more

Link to UMNO Online

Syarikat Swasta Adakan Perbincangan Ambil Alih Pemilikan Konsesi PLUS, Kata Fadillah

Posted: 01 May 2014 06:24 AM PDT

KUCHING, 1 Mei – Kementerian Kerja Raya mengesahkan ada syarikat swasta telah mengadakan perbincangan mengenai cadangan untuk mengambil alih pemilikan konsesi lebuh raya paling menguntungkan di negara ini, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Menterinya Datuk Fadillah Yusof berkata perbincangan itu turut melibatkan Unit Perancang Ekonomi (UPE), kerana setiap perbincangan melibatkan kewangan negara akan ditentukan oleh unit tersebut.

“Memang ada syarikat swasta hendak membeli pemilikan konsesi lebuh raya Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), tetapi apa pun cadangannya mestilah berasaskan kepada ‘perniagaan kepada perniagaan’ dan terserah kepada mereka untuk berbincang,” katanya selepas menghadiri Program Sehari Bersama Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Kemas, di sini, hari ini.

Kerajaan akan menjadi pemudah cara untuk memastikan bahawa mereka berbincang dengan kaedah yang baik manakala keputusan hasil pembentangan tersebut akan ditentukan oleh UPE, kata beliau sambil menambah kementeriannya hanya memantau dari segi teknikal dan pelaksanaan.

Lebuh raya PLUS sepanjang 772km diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan melalui dua agensi – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM Group Bhd, milik Khazanah, namun baru-baru ini ada sebuah syarikat swasta, Idaman Saga Sdn Bhd berminat untuk mengambil alih pemilikan konsesi tersebut.

Sementara itu, Fadillah berkata ketika ini semua syarikat konsesi lebuh raya sedang mengadakan perbincangan dengan UPE mengenai penstrukturan kenaikan tol.

“Hasil perbincangan itu akan dibawa dalam perbincangan antara kementerian bersama UPE yang dijangka diadakan pertengahan bulan ini,” katanya.

Street Protests Run Contrary To Democracy Practice – Tun Mahathir

Posted: 01 May 2014 06:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 1 — Street protests aimed at toppling the government run contrary to democracy practice, said former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

He said the action also portrayed that those involved did not understand the parameters of freedom in expressing dissatisfaction.

Many countries, especially new countries which are still familiarising with democratic practice, failed to develop and thrive due to misuse of democracy, he added.

“In old democracies like in Europe or America, if people are dissatisfied with the government that was elected by the majority, they wait until the general election again to topple it.

“That’s why their countries are peaceful, quiet and well-developed,” he told reporters after delivering a keynote address at the International Federation of Interior Architects/Designers XXVI General Assembly and REKA Congress 2014 here today.

He was commenting on the Anti-Goods and Service Tax (GST) rally in the capital today.

Mahathir asked the people whether they wanted to live in peace and harmony or in upheaval due to predilections of a few. 

In his keynote address, Mahathir urged industry players to be more creative in producing works that reflected the Malaysian identity and world heritage while their designs should take into account local climate so as not to cause problems in future.

Civil Servants Involved In GST Protest Gathering Considered As Traitors – Cuepacs

Posted: 01 May 2014 05:06 AM PDT

JITRA, May 1 – Public servants involved in the protest gathering against the Goods and Services Tax (GST) at Dataran Merdeka in Kuala Lumpur today could be considered as traitors to the government and do not deserve to be called civil servants.

Cuepacs president Azih Muda said civil servants involved in the gathering had violated the "Akujanji" and Service Pledge that they had made.

khalid-ibrahim-hari-buruh-mb-selangor-pekerja-mtuc-tak-sokong-perhimpunan-haram-pembangkang-anti-gst-dataran-merdeka-kl

"I have stated before that civil servants must not get involved in any gathering against the government as they had taken the oaths…so whether they like it or not, they must abide by the rules.

"If they are dissatisfied and wish to take part in such a gathering, they should leave the public sector.

"We aim to make Malaysia a developed nation but such protest gatherings can derail the plan," he told reporters after the Civil Servants Workers Day celebration at Dewan Wawasan, here, today.

It was launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azih said action could be taken against civil servants found to have taken part in today's anti-GST gathering.

"They must not say they are victimised if disciplinary action is taken against them. It's their own fault if they join the protest gathering as I had issued an early statement for civil servants not to get involved.

"The prime minister has always opened doors for Cuepacs to voice our needs and woes and there have been solutions to help us cope with rising costs and to see what more needs to be done in the public sector. So there is no need to participate in the protest gathering."

Azih said at the Workers Day celebration, Najib urged public servants to carry out their tasks with full dedication and most importantly, the prime minister hoped they could help boost national income to mitigate the rising cost living through greater work productivity.

Perbincangan Hudud Secara Ikhlas, Rasional Boleh Mantapkan Perpaduan Umat

Posted: 01 May 2014 04:59 AM PDT

KOTA BAHARU, 1 Mei – Pelaksanaan hukum hudud yang dibincangkan secara ikhlas dan rasional boleh mewujudkan perpaduan Islam yang lebih mantap di negara ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pendekatan itu boleh mengurangkan ketegangan perbezaan pendapat dalam masyarakat mengenai pelaksanaan hukum Islam itu.

pm-najib-mb-kelantan-ahmad-yakob-muzakarah-umno-pas-bn-hudud-maqasid-syariah-maslahat-ummah-malaysia

"Apabila isu hudud ini dibincangkan secara ikhlas dan rasional, kita dapati suhu ketegangan di kampung-kampung turun sedikit, ini baik untuk perpaduan Islam," katanya selepas merasmikan Pesta Unggas Antarabangsa Kelantan 2014 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di sini, hari ini.

Mustapa berkata program penerangan anjuran UMNO Kelantan mengenai pelaksanaan hukum hudud yang diadakan di seluruh negeri kini, mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Sebelum ini dilaporkan, kerajaan Pas Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini berkata kerajaan Persekutuan tidak pernah menolak hukum hudud sebagai hukum yang ditetapkan Allah SWT, namun banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diperhalusi sebelum dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum itu.

CBP Jamin Masa Depan Negara Dengan Hasil Yang Mantap – Najib

Posted: 01 May 2014 04:55 AM PDT

JITRA, 1 Mei – Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) yang akan dilaksanakan mulai April tahun depan mampu menjamin masa depan Negara dengan hasil yang lebih mantap, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya walaupun ada pihak bercadang untuk membuat bantahan di Kuala Lumpur terhadap CBP tetapi hakikatnya apabila sistem cukai itu diperkenalkan, masa depan negara terjamin.

najib-umno-bn-semangat-janji-ditepati-manifesto-pilihanraya-pengundi-rakyat

" Kalau kita fikir secara rasional.. Kita faham setiap dasar kerajaan bertujuan untuk kebaikan rakyat. Jangan tengok sehari dua. Hari ini tanam benih, esok nak buah," katanya ketika merasmikan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini hari ini.

Najib meminta rakyat memahami nawaitu kerajaan dalam melakukan perubahan dan transformasi kerana kerajaan mempunyai rasional yang kukuh.

" Ini pengertian yang harus disedari..tak boleh hentikan perubahan.. Kena diteruskan..kalau tak berubah maka kita akan berdepan himpitan ekonomi dan membawa kesusahan dan derita pada rakyat. Kerajaan mahu lakukan perubahan dan transformasi walaupun dipandang sebagai sesuatu yang tak patut dan tak perlu dilakukan," katanya.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda.

Tema tahun ini bertemakan "Penjawat Awam Tiang Seri Negara".

Najib berkata kerajaan yang ada tidak menjanjikan sesuatu perkara yang tidak mungkin dapat ditunaikan dan bukan hanya untuk meraih sokongan atau populariti, tanpa memikirkan kemudaratan.

"Bila nak buat sesuatu kita timbang dengan teliti dan gunakan pertimbangan adil. Kalaulah Presiden Cuepacs hendak elaun diperbaiki, gaji ditambah maknanya kita perlu kepada hasil bertambah.. Dari mana nak mencari dananya kalau tak ada hasil kalau nak biaya pertimbangan ini?," katanya.

Katanya berdasarkan pertimbangan kerajaan, ia telah membawa kejayaan kepada negara walaupun dunia kini berhadapan krisis ekonomi.

Najib berkata peningkatan ekonomi Malaysia adalah sederhana tinggi iaitu 4.7 peratus pada 2013 dan tahun ini mungkin lebih tinggi sedikit berbanding tahun lepas.

Kerajaan Tetap Laksanakan GST – Ahmad Maslan

Posted: 01 May 2014 04:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 meskipun mendapat bantahan dari sesetengah pihak, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Katanya, ini kerana kerajaan sudah hampir 30 tahun membuat persiapan bagi tujuan itu.

Sambil menyifatkan perhimpunan membantah GST sebagai tidak wajar, Ahmad yang juga Ketua Penerantan UMNO berkata penganjur perhimpunan seharusnya menggunakan pendekatan lebih baik untuk menyuarakan pendapat mereka.

ahmad-maslan-penerangan-umno-bn-menteri-jpm-kewangan-pontian-johor

“Mereka sepatutnya mengemukakan memorandum berhubung perkara itu, ini (bantahan) hanya bertujuan untuk mempolitikkan segala perkara baik yang kerajaan mahu laksanakan”, katanya di sini hari ini.

GST yang dikenakan pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan dikecualikan ke atas barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan minyak masak.

Barangan dan perkhidmatan lain yang turut dikecualikan ialah perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen dan perkhidmatan kesihatan.

Ahmad Maslan berkata GST bukan perkara baharu, malah 90 peratus penduduk dunia berada dalam negara yang telah mengamalkannya.

Kadar GST yang bakal dikenakan juga adalah antara yang terendah dalam dunia, katanya.

“Prinsip yang perlu semua fahami adalah cukai itu diproses daripada rakyat dan dikembalikan semula kepada rakyat untuk tujuan pembangunan sosial dan ekonomi mereka.

“Kerajaan tak simpan duit itu kerana kita akan kembalikan kepada rakyat melalui bajet tahunan”, katanya.

Terdahulu Ahmad menyampaikan cek contoh bernilai RM750,000 oleh Bank Simpanan Malaysia (BSN) selaku penganjur utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 kepada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

 

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT