SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, May 28, 2014

UMNO Online - “Pemuda UMNO Dan NGO Di P.Pinang Buat Laporan Polis Terhadap Rayer” plus 9 more

UMNO Online - “Pemuda UMNO Dan NGO Di P.Pinang Buat Laporan Polis Terhadap Rayer” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pemuda UMNO Dan NGO Di P.Pinang Buat Laporan Polis Terhadap Rayer

Posted: 27 May 2014 06:04 AM PDT

NIBONG TEBAL, 27 Mei – Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pemuda UMNO di Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam beberapa ceramah kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, baru-baru ini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), di sini.

Antara yang membuat laporan polis itu ialah Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Pemuda UMNO Balik Pulau, Gabungan NGO Islam Pulau Pinang, Gerakan Belia 4B Balik Pulau dan Nibong Tebal, Majlis Belia Barat Daya, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Barat Daya dan Pekida Barat Daya.

Ketua Pemuda Nibong Tebal Norheisham Ismail berkata pihaknya mahu polis mengggunakan Akta Hasutan 1948 bagi menyiasat Rayer yang dalam ceramahnya semasa berkempen untuk calon DAP Ramkarpal Singh Deo berulang kali menghasut rakyat dengan menyebut ‘UMNO Celaka’.

“Ungkapan biadab dan kurang ajar Rayer itu menyebabkan 3 juta anggota UMNO di seluruh negara marah,” katanya selepas membuat laporan
polis itu.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau Hisham Abdul Hamid berkata pihaknya  mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap Adun berkenaan kerana kenyataannya itu boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara serta dengan sengaja membuat provokasi.

“Kami desak Rayer menarik balik kenyataannya dan memohon maaf…jika beliau gagal berbuat demikian, Pemuda UMNO sedia menghadapi apa sahaja untuk parti keramat milik orang Melayu ini,” katanya.

Pas Sokong Calon DAP Tolak Hudud Demi Desakan Politik – Muhyiddin

Posted: 27 May 2014 05:06 AM PDT

NUSAJAYA, 27 Mei – Tindakan Pas menyokong kempen calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di Perak adalah disebabkan desakan politik meskipun ternyata calon itu menolak hudud, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pakatan pembangkang tidak lagi berpegang kepada prinsip masing-masing.

hadi-awang-presiden-parti-pas-sokong-calon-melayu-dap-tolak-hudud-islam-negara-kebajikan-demi-politik-undi-pengaruh-kuasa-dunia-duniawi

“Ini satu desakan politik, walaupun banyak percanggahan bukan sahaja ketika PRK namun ia berlaku sebelum-sebelum ini dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat, bukan hanya dari segi percanggahan hukum, ia termasuk dasar-dasar lain.

“Ini perkongsian tidak teguh kerana pasal ada kepentingan politik dan bagi saya ia bukan sesuatu yang menghairankan. Walaupun calon itu menentang hudud, dia tetap disokong Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kerana soal prinsip bukan lagi menjadi satu pegangan utama, katanya  ketika berkunjung ke Kota Iskandar, pusat pentadbiran negeri Johor di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas tindakan Abdul Hadi yang turun padang menyokong kempen calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud meskipun wanita itu dengan secara terang-terangan menolak hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri mendengar taklimat lebih sejam daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar tentang pembangunan negeri Johor. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Selain itu, Muhyiddin turut menyelar pembangkang yang memutarbelitkan fakta kononnya calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong mahu menerima jawatan senator sekiranya dilantik.

“Saya menghormati pandangan Datuk Mah yang tidak mahu dilantik selaku senator kerana jika beliau mahu, sebelum ini sudah boleh dilantik.

“Namun, beliau lebih berminat bekerja untuk parti dan komuniti masyarakat Cina dan beliau tidak memikirkan soal perjawatannya. Kita mahukan beliau menang dan mana tahu akan dilantik oleh Perdana Menteri dalam barisan kabinet kelak,” katanya.

Mengulas tentang 56.04 peratus keluar mengundi pada PRK Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada Ahad lepas, Muhyiddin berkata ia mengejutkan kerana peratus keluar mengundi itu paling rendah dalam sejarah pilihan raya kecil negara ini.

Bagaimanapun, beliau berharap rakyat keluar beramai-ramai untuk mengundi pada PRK Teluk Intan 31 Mei ini yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mah dan Dyana Sofya.

hadi-presiden-pas-dap-berhak-tolak-hudud-fitnah-umno

dyana-sofya-calon-teluk-intan-ramkarpal-bukit-gelugor-dap-pakatan-tolak-hudud-hukum-islam

PRK Teluk Intan : 95.61 Peratus Pengundi Awal Mengundi Hari Ini – SPR

Posted: 27 May 2014 04:59 AM PDT

TELUK INTAN, 27 Mei  - Sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan mengundi di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini.

Pengarah SPR Negeri Perak Ahmad Adli Abdullah berkata proses pengundian awal yang bermula sejak 8 pagi hingga 5 petang berjalan lancar.

“Selain itu ejen calon, penyokong dan calon parti itu sendiri memberikan kerjasama yang baik,” katanya  selepas pusat pengundian awal itu ditutup.

Katanya peti undian awal yang dimeteri itu kemudiannya dibawa ke Majlis Perbandaran Teluk Intan untuk disimpan di dalam peti besi sebelum kiraan kertas undi dilakukan pada Sabtu ini bersama kertas undian pengundian biasa.

Beliau menggesa penyokong dan parti politik yang bertanding serta calon yang bertanding supaya sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang pilihan raya bagi memastikan keseluruhan perjalanan PRK Parlimen Teluk Intan berjalan dengan baik.

“Sekali lagi saya ingatkan supaya parti politik tidak mewujudkan ‘barung panas’ di kesemua pusat pengundian pada Sabtu ini kerana ia tidak dibenarkan. Mereka juga diminta untuk mengawal penyokong mereka pada hari berkenaan,” katanya.

Ahmad Adli berkata SPR akan membuat persiapan terakhir bagi proses pengundian biasa pada Jumaat ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib bermula pukul 8 pagi.

“Pada hari pengundian Sabtu ini, kita menjangkakan SPR akan mula menerima Borang 14 (yang mengandungi maklumat keputusan pengiraan undi) pada pukul 6.30 petang, selain itu bagi Parlimen Teluk Intan ini ada juga pusat pengundian yang jauh dari pusat penjumlahan rasmi undi yang dibuat di sekolah yang sama,” katanya.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mod Daud.

Kutipan Cukai Dikembalikan Kepada Rakyat Dalam Bentuk Pembangunan, Subsidi

Posted: 27 May 2014 04:51 AM PDT

TELUK INTAN, 27 Mei – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kutipan cukai yang dijangka meningkat tahun depan akan dikembalikan semula kepada rakyat melalui pembangunan dan dalam bentuk subsidi.

Kutipan cukai akan disalurkan semula kepada rakyat menerusi pembangunan pendidikan, kesihatan dan pembinaan hospital dan klinik serta
infrastruktur, katanya.

Beliau berkata dakwaan pembangkang yang menyatakan cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) satu bebanan baru kepada rakyat adalah tidak benar sama sekali kerana CBP bukannya cukai baharu.

“Dakwaan dia (pembangkang) CBP adalah satu bebanan baru tetapi mereka tidak menjelaskan bahawa selama ini rakyat dah bayar cukai jualan sejak 1972 yang dikutip di kilang-kilang,” katanya  selepas perjumpaan dengan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), di sini hari ini.

Beliau berkata CBP bukannya cukai baharu tetapi untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada dan rakyat masih tidak tahu mereka telah membayar cukai secara tidak langsung untuk barang-barang keperluan seperti pakaian, barangan elektrik dan perabot.

Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO seterusnya berkata pada tahun lepas, JKDM berjaya memungut hasil kira-kira RM33.127 bilion iaitu pencapaian sebanyak 98.14 peratus daripada unjuran yang ditetapkan.

Sasaran kutipan cukai JKSDM bagi tahun ini adalah sebanyak RM36 bilion yang dilihat akan memanfaatkan rakyat dengan lebih banyak pembinaan untuk kebajikan dan kemudahan rakyat, katanya.

1,296 Undocumented Foreigners Detained In ESSZone

Posted: 27 May 2014 02:47 AM PDT

LAHAD DATU, May 27 – A total of 1,296 people believed to be undocumented foreigners (PATI) were detained in 17 Ops Gasak operations carried out in the Eastern Sabah Security Zone (ESSZone) since Nov 24 last year.

Eastern Sabah Security Command (ESSCom) operations director Datuk Abdul Rashid Harun said the group were among 3,323 people screened during the integrated operations coordinated by the agency involving police, army, maritime, immigration and national registration department.

He said ESSCom would continue to carry out similar operations to flush the ESSZone of undocumented foreigners.

“It is also to show that the government through ESSCom is serius in curbing the presence of PATI and cross border crime, to safeguard the security of the people in Sabah,” he said in a statement here today.

Abdul Rashid said besides the island resorts and coastal villages, the cage-fish farms in the area were also included in the Ops Gasak.

This followed the abduction on May 6, of a cage-fish farm manager at Pulau Baik, near Lahad Datu town by five armed men who had arrived in a boat.

Meanwhile, Abdul Rashid said 62 PATI, including 31 women were detained at Kampung Lok Bikin, Pulau Sakar near here during a three-hour Ops Gasak yesterday which began at 3.30 pm.

Kaji Semula Pemberian Subsidi Diesel – SPRM

Posted: 27 May 2014 02:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerajaan mengkaji semula kaedah pemberian subsidi diesel kerana berlaku banyak ketirisan yang merugikan negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, saranan ini sebahagian daripada usaha untuk mencegah kegiatan penyeludupan diesel yang mengakibatkan kerugian wang kerajaan.

Beliau berkata, sejak lima tahun lalu SPRM sudah melakukan 90 tangkapan membabitkan penyelewengan diesel meliputi pihak berkuasa dan kumpulan tidak bertanggungjawab.

“Jika ketirisan ini dapat dikurangkan, lebihan peruntukan itu boleh disalurkan kerajaan kepada perkara membabitkan kepentingan rakyat,” katanya ketika ditemui selepas Bengkel Kewartawanan Bersama SPRM memerangi rasuah di sini.

Mengulas tentang kegiatan penyelewengan subsidi diesel baru-baru ini, Abu Kassim berkata, hasil siasatan mendapati mereka yang terbabit begitu mudah cuba merasuah pihak berkuasa dan ini menyebabkan penguatkuasa terpanggil untuk mengambil tindakan tegas terhadap perasuah.

Abu Kassim juga menggesa pihak berkuasa dan orang ramai tampil mengemukakan aduan berhubung kegiatan itu bagi membantu SPRM membendung penyelewengan diesel dan memberi jaminan mereka dilindungi mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Usah Berfikiran Sempit, Hubungan Malaysia-China Beri Ruang Dan Peluang Besar

Posted: 27 May 2014 02:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Hubungan antara Malaysia dan China bukanlah baru bermula tetapi ia telah berlaku sejak ratusan tahun lalu sebagaimana dalam sejarah namun diperbaharui melalui kunjungan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein kepada Presiden China Mai Tse Dong pada tahun 1974, kata penganalisis politik tempatan, Datuk Dr Zainal Abidin Borhan.

Jelasnya, hubungan antara Malaysia dan China bukanlah semata-mata ikatan diplomatik tetapi ia lebih istimewa lagi kerana melibatkan jalinan sosial antara masyarakat termasuklah kebudayaan dan pendidikan.

Prof-Madya-Dr-Zainal-Abidin-Borhan-GAPENA-UM-Penganalisis-Politik-Tempatan

"Tidak perlu ada cakap-cakap politik bila menyebut tentang Malaysia dan China kerana ruang dan peluang yang ada sangat luas dalam membawa negara kita kepada sebuah negara bertaraf antarabangsa dan kita boleh mempelajarinya dari China iaitu sebuah kuasa besar dunia," katanya kepada UMNO-Online.

Dalam hal ini, beliau menolak tanggapan segelintir pihak yang memandang rendah hubungan antara Malaysia dan China dengan melihat mereka sebagai berfikiran sempit.

"Suatu ketika ada pihak yang mengaitkan hubungan diplomasi yang terbentuk antara kerajaan Malaysia dengan kepimpinan parti politik di China iaitu Parti Komunis China (PKC) sebagai satu pengiktirafan ke atas komunis sedangkan mereka ini gagal memahami antara idealogi dan parti yang dibawa malahan PKC adalah berbeza dengan aliran komunisme yang dibawa oleh Chin Peng," jelasnya.

Tegasnya, apabila kerajaan Malaysia termasuklah UMNO membina hubungan politik yang akrab dengan PKC maka ia bukan bermakna wujudnya pengiktirafan kepada aliran komunisme kerana pendirian dan dasar negara kita adalah amat jelas.

"Banyak yang boleh diperoleh daripada hubungan antara Malaysia dengan China kerana apa yang paling jelas, pencapaian Kerajaan Republik Rakyat China itu mampu menjadi sebuah kuasa besar dunia biarpun memulakan dasar terbuka yang agak lewat berbanding kuasa di Barat dan Eropah."

Ujar beliau, hubungan yang berlangsung baik antara Malaysia dan China membawa kepada perkembangan dalam pendidikan dan kelangsungan bahasa Melayu itu sendiri di negara tembok besar berkenaan.

"Bahasa Melayu diajar secara meluas di enam buah pusat pengajian tinggi di China iaitu Beijing Foreign Studies University, malah di China Communication University terdapat saluran radio yang bersiaran dalam bahasa Melayu sepenuhnya selain empat buah universiti lain iaitu di Peking, Guangxi, Kunming dan akademi angkatan tentera lautnya.

sejarah-lawatan-hubungan-malaysia-pm-tun-abdul-razak-umno-bn-china-mao-tse-tung-china-parti-cpc-komunis

"Dengan apa yang berlaku ini menunjukkan ada minat yang mendalam terhadap peluasaan penggunaan bahasa Melayu dan di Malaysia pula kerajaan tidak pernah melarang penggunaan bahasa Mandarin sama ada di tempat-tempat awam atau di sekolah-sekolah juga yang secara tidak langsung menjukkan amalan demokrasi yang subur."

Dalam hal ini beliau yang juga Setiausaha Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) menolak dakwaan segelintir pihak kononnya kerajaan bersikap tidak adil dan melakukan diskriminasi terhadap kaum tertentu bersandarkan perkembangan penggunaan bahasa Mandarin yang meluas tanpa larangan walhal di beberapa negara jiran hal tersebut tidak berlaku.

"Ada sesuatu yang boleh dipelajari oleh rakyat Malaysia keseluruhannya bagaimana keterbukaan orang Melayu di Malaysia yang dapat berlapang dada dan bertolak ansur terhadap masyarakat Cina dari negara berkenaan dan bersama-sama membentuk sebuah negara Malaysia hari ini.

"Hubungan yang baik antara Malaysia dan China mewujudkan ruang yang besar kepada orang-orang Cina yang telah menjadi warganegara Malaysia untuk berkunjung ke negara terbabit sama ada untuk urusan keluarga iaitu menemui saudara mara mereka yang masih bermastautin di sana, atau mengembangkan ekonomi dan perniagaan yang sememangnya amat luas."

Jelas beliau yang juga bekas pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, keakraban hubungan antara Malaysia dan China juga perlu dijadikan peluang terbaik dalam proses mematangkan kepimpinan dan membawa negara ke pentas antarabangsa.

"Ini belum lagi dilihat dalam soal kebudayaan kerana kerajaan China amat menghargai kebudayaan mereka dan dalam masa yang sama mewujudkan satu ruang pelancongan untuk Malaysia yang secara tidak langsung membuka peluang ekonomi dan perusahaan yang amat besar untuk diambil peluang oleh rakyat Malaysia."

Hubungan Malaysia-China berkembang pesat sejak 40 tahun yang lalu dengan ulang tahun sambutannya dilakukan bulan ini melalui kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selama seminggu ke China. - MediaUMNO

MH370 : Data Mentah Satelit Didedah

Posted: 27 May 2014 02:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Mei -  Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada Selasa mendedahkan data satelit yang belum diproses daripada firma United Kingdom Inmarsat.

Data berkenaan digunakan untuk mengesan pola penerbangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

“Inmarsat dan DCA bekerjasama untuk mendedahkan data log komunikasi dan keterangan teknikal analisis,” kata jabatan itu menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu lagi, maklumat sebanyak 47 muka surat itu mengandungi data log komunikasi serta penjelasan dan jadual yang berkaitan itu dibebaskan mengikut arahan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 orang, hilang daripada imbasan radar ketika berada di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini pukul 12.41 tengah malam.

Pesawat Boeing 777-200ER itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

Pendedahan data belum diproses itu adalah bagi memenuhi permintaan anggota keluarga penumpang pesawat MH370.

Data itu juga boleh digunakan oleh pakar-pakar global untuk membuat analisis.

Tuntutan Insurans MH370 Diterima Tanpa Sijil Kematian, Kata PIAM

Posted: 27 May 2014 02:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Anggota Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah bersetuju bahawa sijil kematian tidak akan menjadi syarat semasa mengemukakan tuntutan berhubung penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, disebabkan oleh sifat kejadian itu.

“Kesemua 15 penanggung insurans yang telah memberi perlindungan insurans kepada penumpang dan anak kapal MH370 telah bersetuju untuk mempermudahkan proses dokumentasi dan tuntutan, dan tuntutan akan dibayar dengan cepat,” kata Pengerusi PIAM, Chua Seck Guan, dalam satu kenyataan hari ini.

“Industri ini komited menyediakan bantuan yang perlu kepada semua pihak yang terlibat dalam kejadian MH370. Kami ingin menegaskan bahawa syarikat anggota kami berada pada kedudukan yang baik untuk memberikan perkhidmatan dan membayar tuntutan itu dengan segera untuk membantu pihak-pihak yang terlibat menghadapi tempoh-tempoh yang sukar ini,” kata Chua.

Penerbangan MH370, berserta 239 orang penumpang dan anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 pagi 8 Mac dan hilang dari skrin radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di ruang udara Laut China Selatan.

Ia sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Kenyataan itu menyebut bahawa industri insurans am Malaysia akan juga memberikan keutamaan khas untuk mempercepat pembayaran tuntutan itu dan membolehkan keluarga pihak yang diinsuranskan menerima bayaran tuntutan mereka dengan segera.

Berdasarkan satu tinjauan yang dikendalikan oleh PIAM, sebilangan penanggung insurans menyelesaikan tuntutan demikian dalam masa dua hari bekerja selepas menerima dokumen-dokumen tuntutan yang diperlukan.

Menurut Chua, Persatuan itu juga menerima beberapa panggilan daripada keluarga yang terlibat dan PIAM telah mencuba sedaya upaya untuk member maklumat dan membantu dengan cara yang terbaik untuk membantu keluarga-keluarga ini mengharungi tempoh sukar ini dengan lebih mudah.

Untuk mengemukakan tuntutan, anggota keluarga yang terlibat hanya perlu menyerahkan borang tuntutan yang telah siap diisi dan dokumen-dokumen berkaitan lain.

PIAM ialah persatuan sekerja nasional semua syarikat insurans langsung dan insurans semula berlesen bagi insurans am di Malaysia dan kini mempunyai 29 syarikat anggota.

Nyawa Politik Pembangkang Bergantung Kepada Isu Perkauman

Posted: 27 May 2014 01:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Mei  – Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar menyelar pendekatan politik pembangkang yang menjadikan sentimen perkauman sebagai modal utama dalam mempertahankan survival politik mereka di negara ini.

Menurut beliau, semenjak dulu hingga kini, isu perkauman telah dijadikan  umpan utama pembangkang untuk menarik sokongan rakyat sehinggalah ianya menjadi penyebab dan pencetus kepada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.

"Pembangkang mendakwa UMNO rasis dan perkauman, sedangkan hakikat sebenarnya merekalah juara isu perkauman dengan membangkitkan isu-isu serta kenyataan yang boleh menyinggung perasaan bangsa lain, khususnya bangsa Melayu di negara ini.

Adun-Seri-Delima-Penang-Pulau-Pinang-R.S.N-RSN-Rayer-Celaka-Cilaka-Parti-Dap-Rasis-UMNO-BN

"Yang terbaru kita lihat bagaimana celuparnya mulut wakil rakyat dari DAP, RSN Rayer yang mengeluarkan kenyataan menghina UMNO dengan mengatakan 'UMNO Celaka' sehingga menyebabkan perasaan bukan saja ahli UMNO, tetapi bangsa Melayu secara keseluruhannya di negara ini terguris," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Ekoran daripada kenyataan Rayer itu, telah menjadi penyebab berlakunya kejadian di bangunan DUN Pulau Pinang, di Ibu Pejabat DAP Kuala Lumpur dan juga pejabat DAP di Kuantan baru-baru ini.

"Inilah yang dimahukan oleh pembangkang. Mereka mengeluarkan kenyataan provokasi dan gembira apabila melihatkan perkara seperti itu terjadi. Dengan berlakunya rusuhan, maka lebih mudah untuk mereka mempolitikkan perkara ini dengan menuding jari kepada UMNO yang kononnya bertindak ganas dan samseng. Sedangkan hakikatnya, merekalah yang memulakan terlebih dulu.

"Tindakan pembangkang yang menjadikan isu perkauman sebagai modal politik mereka amat bahaya kerana ini boleh merobek keharmonian  yang selama ini disemai antara kaum yang sekaligus boleh menjejaskan keamanan di negara ini," ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru kepada rakyat di seluruh negara, khususnya bangsa Melayu agar tidak termakan dengan strategi pembangkang yang cuba menghasut rakyat dengan membangkitkan isu sensitif dan sentimen perkauman di negara ini.

"UMNO bertalu-talu dituduh sebagai sebuah parti yang perkauman oleh pembangkang. Memang UMNO sebuah parti berasaskan kaum tetapi dalam masa yang sama, UMNO tidak pernah meminggirkan kaum lain untuk menikmati hasil pembangunan negara.

"Jika kerajaan hari ini, di bawah teraju BN yang ditunjangi oleh UMNO adalah kerajaan perkauman, maka golongan bukan Melayu tidak akan dapat mengecapi nikmat dan kemewahan seperti mana yang mereka nikmati hari ini.

"Hari ini bukti di depan mata, kaum bukan Melayu di negara ini bukan saja hidup dengan aman dan tenang, bahkan boleh jadi kaya raya dan menguasai ekonomi di bawah keadilan pentadbiran BN.  Jadi, isu-isu sensitif berhubung perkauman dan agama oleh pembangkang itu tidak lain hanyalah satu permainan politik kerana nyawa dan survival politik pembangkang sememangnya bergantung kepada isu perkauman untuk mendapat sokongan dan undi rakyat," akhiri beliau.-MediaUMNO

pas-dyana-melayu-sokong-pemimpin-parti-rasis-cauvinis-cina-india-lim-kit-siang-rsn-rayer-umno-celaka-islam

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT