SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, May 18, 2014

UMNO Online - “Presiden Gerakan Calon BN Bagi PRK Teluk Intan – Muhyiddin” plus 3 more

UMNO Online - “Presiden Gerakan Calon BN Bagi PRK Teluk Intan – Muhyiddin” plus 3 more

Link to UMNO Online

Presiden Gerakan Calon BN Bagi PRK Teluk Intan – Muhyiddin

Posted: 17 May 2014 04:15 AM PDT

TELUK INTAN, 17 Mei – Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, 53, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengumumkan perkara tersebut berkata bekas ahli Parlimen Teluk Intan itu adalah pilihan yang sesuai kerana telah lama berkecimpung dalam politik dan mengenali hati pengundi di kawasan itu.

“Walaupun pada pilihan raya (umum) lepas beliau mengalami kekalahan, (dan) saya fikir ini adalah kebangkitan semula parti Gerakan,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon BN serta melancarkan jentera BN bagi PRK Parlimen Teluk Intan di sini, hari ini.

Mah-Siew-Keong-Presiden-Gerakan-PGRM-Calon-BN-PRK-Telok-Intan-Perak

Mah, anak jati Teluk Intan pernah menjadi anggota Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004.

Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu adalah lulusan ijazah sarjana muda sains dari London School of Economic dan sarjana dalam bidang pembuatan dari City University London, serta ijazah perundangan (LLB) dengan kepujian dari University of East, London.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Muhyiddin berharap lebih 60,000 pengundi di Parlimen Teluk Intan akan memberi peluang kepada Mah untuk menjadi wakil mereka kerana beliau adalah calon tempatan yang dikenali dan mengetahui isu dan permasalahan penduduk kawasan itu.

“Kita percaya di peringkat negeri di bawah pimpinan Menteri Besar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) adalah lebih mudah jika wakil rakyat daripada BN.

“(Jika) Mah di peringkat Parlimen, hubungan dengan kerajaan pusat akan akrab, ini akan memberi kelebihan kepada beliau untuk atasi masalah penduduk di sini,” katanya.

Ditanya mengenai peluang BN merampas kerusi Parlimen Teluk Intan daripada DAP yang menang dengan majoriti 7,313 undi pada Pilihan Raya Umum 2013, Muhyiddin berkata: “Saya rasa kalau semua anggota BN bergerak untuk menemui setiap pengundi, kita yakin boleh mencapai kemenangan.”

Beliau berkata BN mengetahui kekuatan serta kelemahan di setiap pusat daerah mengundi berdasarkan keputusan pilihan raya umum lepas.

“Kita letakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu sasaran realistik supaya jentera parti yang bergerak di setiap peringkat tahu apa matlamatnya dan berapa ramai pengundi harus mereka dapatkan di kawasan itu,” katanya.

Ditanya mengenai sokongan pengundi Cina, Muhyiddin berkata BN berharap akan berlaku berubahan yang ketara seperti PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

“(Di DUN Kajang) sudah ada anjakan positif dari sokongan masyarakat Cina kepada kepimpinan MCA yang baharu di bawah Liow (Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai), saya jangka hal yang sama akan berlaku di sini, walaupun tahu itu satu cabaran,” katanya.

Berhubung DAP yang meletakkan calon wanita, Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK Teluk Intan, Muhyiddin berkata: “Saya tidak mahu perkecilkan calon mereka. Nanti ada pihak kata kita menidakkan kaum wanita,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata PRK ini sekali lagi akan menjadi platform pembangkang untuk membuat tohmahan termasuk membangkitkan isu seperti ekonomi, kos sara hidup dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).

Muhyiddin berkata semua perkara yang akan dibangkitkan oleh pembangkang akan dijelaskan secara terperinci kepada rakyat supaya mereka tidak terpedaya dengan helah pembangkang.

Beliau berharap dalam tempoh yang singkat ini, jentera BN dapat bergerak sepanjang masa bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Seah, 48, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Penamaan calon bagi PRK Parlimen Teluk Intan ditetapkan pada 19 Mei ini dengan disusuli pengundian awal pada 27 Mei serta hari pengundian 31 Mei. – MediaUMNO

Ahmad Shabery Anggap Krisis Kukuhkan UMNO Terengganu

Posted: 17 May 2014 04:10 AM PDT

KEMAMAN, 17 Mei – Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melihat kontroversi susulan pertukaran Menteri Besar Terengganu baru-baru ini memperkukuh UMNO negeri.

Ini kerana katanya sikap yang dipamer pemimpin Umno negeri menunjukkan keikhlasan mereka untuk membuang yang keruh dan ambil yang jernih demi masa depan parti.

ahmad-shabery-cheek-menteri-umno-bn-kemaman-terengganu

“Ini penyatuan yang indah dan perlu diteruskan,” kata Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui ketika menghadiri majlis perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, turut meluahkan rasa hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadiri majlis itu, sekali gus mencerminkan keterbukaan Presiden Umno berkenaan.

Dapat dilihat setiap pemimpin Umno meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan diri, katanya.

Kemelut politik di Terengganu tercetus selepas Ahmad yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil Bebas setelah melepaskan jawatan Menteri Besar.

Langkah beliau disusuli oleh dua lagi Adun, namun kesemua mereka kembali ke pangkuan UMNO dalam tempoh 24 jam selepas mengumumkan berbuat demikian. – MediaUMNO

Wanita UMNO Distributes ‘Pulse Of Education’ Cards To Improve Teaching Profession

Posted: 17 May 2014 02:42 AM PDT

GEORGE TOWN, May 17 – The Wanita Umno movement, through its education secretariat, is distributing 65,000 “suara hati pendidikan” (pulse of education) cards for teachers and educationists to give suggestions towards improving the teaching profession.

Its chief, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, said the suggestions from the teachers would then be submitted to Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“The cards are distributed in conjunction with the Teachers’ Day celebration to symbolise our appreciation for teachers,” she told reporters after the launch of the card in conjunction with Wanita Umno Teachers’ Day at Sekolah Menengah Kebangsaan St George Penang here today.

She said the cards would be distributed to schools participating in the Teachers’ Day celebration organised by the movement.

On the naming of Dyana Sofya Mohd Daud, 27, the political secretary to Gelang Patah member of parliament, by DAP as its candidate for the Teluk Intan parliamentary by-election, Shahrizat said Dyana Sofya was just a puppet for DAP.

She said the movement would welcome and support anyone fielded by Barisan Nasional (BN) as its candidate for the Teluk Intan by-election.

“Wanita Umno has made early preparations and will go to the ground to continue with the house to house campaign to explain to the people what BN has done for the country’s development and economic progress,” she added.

The Teluk Intan by-election will be held following the death of its Member of Parliament, Seah Leong Peng, 58, of DAP from cancer on May 1.

The Election Commission has set May 19 for nomination, while polling is on May 31.

Seah won the seat in the 13th general election after defeating Datuk Mah Siew Keong of BN and an independent candidate, K. Moralingam, with a majority of 7,313 votes. – MediaUMNO

Raja Perlis Mahu Rakyat Lakukan Perubahan Sikap Dengan Menerapkan Mentaliti Kelas Pertama

Posted: 17 May 2014 02:32 AM PDT

ARAU, 17 Mei – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat Perlis fokus kepada perubahan sikap dan budaya kerja dengan menerapkan mentaliti kelas pertama untuk memajukan negeri seiring Wawasan 2020.

Raja-Perlis-Sultan-Tuanku-Syed-Sirajuddin-ibni-Tuanku-Syed-Putra-Jamalullail

Baginda bertitah cita-cita kerajaan negeri agar Perlis maju seiring dengan Wawasan Perlis Maju 2015 dan negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tidak akan menjadi kenyataan tanpa komitmen rakyat.

“Beta menyeru rakyat Perlis agar leibh fokus terhadap sikap, budaya kerja dan pemikiran. Janganlah menolak pembangunan kerana takut kehilangan rezeki secupak. Lihatlah implikasi baik pembangunan tersebut,” titah baginda pada sambutan ulang tahun ke-71 keputeraan baginda di Istana Arau di sini, hari ini.

Baginda berkenan menganugerah darjah kebesaran dan pingat negeri Perlis kepada 243 orang. Daripada jumlah itu, 30 orang menerima anugerah tersebut dalam satu istiadat di Balai Rong Seri Istana Arau hari ini.

Tuanku Syed Sirajuddin turut mengenang tragedi Malaysia Airlines MH370 dan meminta rakyat menerimanya sebagai pengajaran supaya leibh memahami erti kehilangan, kesabaran, kekuatan mental dan fizikal serta perpaduan.

“Tragedi ini tidak sekadar memperlihatkan kekuatan dalam negara malahan bantuan negara luar yang turut bersatu merungkai misteri tragedi tersebut.

“Di kesempatan ini beta menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada seluruh ahli keluarga para penumpang dan anak-anak kapal pesawat. Marilah kita terus berdoa agar segala persoalan terjawab. Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui,” titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah Perlis sanggup menggalas cabaran sebagai tuan rumah Sukan Malaysia ke-17 dari 24 Mei hingga 4 Jun ini walaupun Perlis cuma negeri kecil.

“Pencapaian 41 daripada 53 indikator atau 77.36 peratus ‘Wawasan Perlis Maju 2015′ menggambarkan usaha bersungguh-sungguh kerajaan kerana 53 indikator itu merangkumi tujuh elemen pembangunan holistik. Kini tinggal satu sahaja elemen pelangkap untuk memenuhi wawasan yang merupakan pencapaian membanggakan,” titah baginda.

Baginda turut berpesan supaya agensi kerajaan beroperasi dengan efisien, meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan sumber manakala rakyat memperkukuhkan perpaduan dan menunaikan tanggungjawab dengan mematuhi undang-undang, membayar cukai serta zakat kepada pihak berwajib. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT