SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, May 3, 2014

UMNO Online - “Pemilihan PKR : Daripada Slogan Reformasi, Kini Bertukar Jadi Slogan Mari Baling Kerusi” plus 9 more

UMNO Online - “Pemilihan PKR : Daripada Slogan Reformasi, Kini Bertukar Jadi Slogan Mari Baling Kerusi” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pemilihan PKR : Daripada Slogan Reformasi, Kini Bertukar Jadi Slogan Mari Baling Kerusi

Posted: 02 May 2014 03:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim menyifatkan kecelaruan, keganasan, huru hara dan tunggang langgang yang berlaku di dalam pemilihan parti tersebut menggambarkan bahawa budaya politik kasar dan ganas sedang subur dan mekar dalam PKR.

Menurut beliau, inilah agaknya budaya politik baru yang dikatakan oleh Anwar satu ketika dulu yang kemudiannya disemai namun hasilnya lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding budaya politik yang sedia ada di negara ini.

"PKR tidak pernah berubah. Daripada slogan reformasi dan kini dalam pemilihan PKR ianya bertukar kepada slogan baling kerusi. Kita dapat lihat, inilah budaya politik ganas, kasar yang ternyata tidak sihat sama sekali untuk iklim politik di Malaysia sedang tumbuh mekar di dalam PKR.

pemilihan-kroni-tipu-bohong-tak-telus-pkr-sabak-bernam-selangor-ganas-kasar-baling-kerusi

"Inilah akibatnya apabila sudah terbiasa dengan budaya demostrasi jalanan yang ganas maka apabila sudah terbiasa bertempur dengan pihak berkuasa, terjadilah sebagaimana yang boleh lihat menjadi budaya dalam PKR.

"Sesudah puas bertempur dan membuat huru hara di jalanan menentang pihak berkuasa, hari ini dalam pemilihan parti, mereka bertempur sesama sendiri pula. Slogan lawan tetap lawan kini telah bertukar menjadi slogan bergaduh dengan kawan-kawan," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya, budaya politik ganas dan kasar seperti yang diperlihatkan oleh ahli dan kepimpinan PKR ini merupakan budaya luar yang diimpot masuk, di mana ianya ternyata amat bercanggah sama sekali dengan budaya masyarakat Malaysia, khususnya budaya masyarakat Melayu di negara ini.

"Kita tidak mahu budaya politik ganas dan kasar seperti ini menular ke dalam budaya politik berhemah di negara kita ini. Budaya seperti inilah yang menyebabkan berlakunya kecelaruan dan tunggang-langgang pada setiap kali berlangsungnya pemilihan PKR.

"Bak kata seorang negarawan Indonesia, Bapak Mohd Nasir, bahawa inilah sikap dan kelemahan orang Melayu yang suka bergaduh dan berperang. Namun apabila musuh telah tiada, akhirnya mereka berperang sesama sendiri, di mana akhirnya menyebabkan bangsa Melayu menjadi berpecah belah dan hancur.

"Apa yang dikatakan oleh Bapak Mohd Nasir itu dapat dilihat dengan jelas dalam budaya politik baru yang di bawa oleh Anwar dan kuncu-kuncunya," tegas beliau.

Justeru itu, beliau menasihati agar Anwar dan juga PKR janganlah sibuk mengkritik parti-parti politik lain, khususnya UMNO sebaliknya perbetulkan dulu budaya politik kasar, caca merba dan tunggang-langgang yang berlaku di dalam partinya terlebih dulu.

"Saya minta Anwar dan juga kepimpinan PKR tidak payahlah nak kritik orang lain tak betul dan sebagainya. Tengok diri di cermin dulu. Budaya politik yang dibawa di dalam PKR adalah jauh lebih buruk daripada budaya politik yang sedia ada di negara kita.

"Bak kata pepatah, PKR seumpama ayam yang kokoknya berderai-derai tetapi ekor bergelumang dengan tahi. Mereka mengkritik parti lain kononnya tidak demokrasi, penuh penipuan dan penyelewengan tetapi kritikan mereka itu seumpama menepuk dulang terpercik air ke muka sendiri, bahkan mereka sendiri lebih teruk dari pihak yang dikritik itu," ujar Ruslan. – MediaUMNO

pemilihan-pkr-kecoh-tak-telus-tipu-bohong-undi-ganas-gaduh-baling-kerusi

pemilihan-parti-pkr-2014-pangkah-undi-dalam-bilik-hotel-telus-integriti-amanah-anwar

Perhimpunan GST Sekadar Bermotifkan Politik – Shamsul

Posted: 02 May 2014 03:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) anjuran pakatan pembangkang di Dataran Merdeka, semalam tidak lebih sekadar bermotifkan politik semata-mata.

Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata banyak cara lain yang lebih berkesan yang boleh dilakukan oleh pembangkang kerana kerajaan bersikap terbuka serta sedia mendengar sebarang pandangan.

Menurut beliau jika yang diutarakan itu melibatkan soal kepentingan rakyat sudah pasti kerajaan tidak akan meminggirkan segala pendapat yang berpaksikan kepada kebenaran.

"Banyak cara lain yang lebih berkesannya kalau mahu membuat bantahan atau meminta kerajaan membuat sesuatu mengenai GST kerana melakukannya melalui demonstrasi sebenarnya menyusahkan pihak yang lain terutama orang awam yang inginkan keselesaan dan ketenteraman.

"Namun saya fikir matlamat sebenar bukan saja bantahan tetapi mereka mempunyai agenda jauh daripada itu termasuklah untuk memberikan gambaran kononnya semua rakyat membantah dan perhimpunan yang dibuat itu akan tersebar seluruh dunia lantas boleh mencemarkan imej negara ini," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO seterusnya menambah banyak lagi ruang yang boleh digunakan dalam menyatakan hal-hal sedemikian dan bukannya menyusahkan rakyat semata-mata.

"Malah kita semua tahu bawa kerajaan bersikap terbuka dan sentiasa mendengar pandangan serta pendapat rakyat apatah lagi jika ianya baik untuk negara.

"Malah wakil rakyat pembangkang juga diberikan ruang untuk memberikan pandangan dalam Dewan Rakyat bagi tujuan yang dimaksudkan dan banyak forum-forum atau ruang lain boleh diadakan jika ingin menyalurkan input dan sebagainya," katanya. – MediaUMNO

agenda-peribadi-sokong-keluarga-anwar-perhimpunan-bantah-anti-gst-dataran-merdeka

Zakat Has Benefitted Pahang Muslims – Tengku Abdullah

Posted: 02 May 2014 02:57 AM PDT

KUANTAN, May 2 – The zakat (tithe) fund which is increasing each year has greatly benefitted Muslims in Pahang, said the Tengku Mahkota of Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

He said various types of zakat distribution had been made by the Pahang Malay and Islamic Customs Council (MUIP), especially to support the poor and students’ education at various stages of study.

“I received information that 71,000 people paid up their zakat last year, compared to 67,000 the year before.

“This year, I hope the number of people who pay their property tithes will increase to 75,000,” he said at the opening ceremony of the Muamalat dan Cinta Rasul Carnival, here today.

He also urged those who should pay the zakat but had not, to do so.

At the ceremony, he also received the business tithe payments from several corporations, including Bank Kerjasama Rakyat, totalling RM1,420,450 which was presented by Minister of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Datuk Seri Hasan Malek.

He also received the personal tithe payment from senior Pahang player Jalaluddin Jaafar who represented 18 players and seven officials.

Tengku Abdullah also expressed his thanks to the Pahang football players for paying their personal tithes and called upon other athletes to follow their example.

Pulau Nangka May Be Made Heritage Site If Treasure Is Found

Posted: 02 May 2014 02:55 AM PDT

MELAKA, May 2 – The Melaka government will apply to the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (Unesco) to recognise Pulau Nangka as a heritage site if the artifacts found is proven to be part of the treasure from the Melaka Sultanate.

Chief Minister Datuk Seri Idris Haron said Pulau Nangka will become a site for historians and archaeologists to collect information about the Melaka Malay sultanate.

However, it has yet to be proven that the two artifacts (coins) found on the uninhabited island on Wednesday is linked to the treasure said to be worth billions of ringgit.

“I am still not fully convinced that the coins came from there (Pulau Nangka) as they could have dropped off. We have to investigate on this,” he told reporters after receiving 60 participants from the Southeast Asian Youth programme at Seri Bendahara, here today.

The two yellowish coins with a diametre of six centimetres were found in different locations at 11.15 pm and 11.30 pm on Wednesday.

The first coin with five lines of inscription is believed to be from the Majapahit Kingdom while the second coin with a square hole in the middle has Jawi script around it.

Both the coins had been submitted to the National Heritage Department for laboratory tests to verify their origins.

The Melaka government had awarded Smart Partnership International (M) Sdn Bhd a contract to find treasure on Pulau Nangka.

The four month contract ended at midnight on Wednesday.

Another Suspected Militant Arrested

Posted: 02 May 2014 02:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 2 – Another individual believed to be involved in militant activities was detained in the federal capital yesterday, bringing to 11 the number of people arrested so far, Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said today.

He said the suspect was arrested while attempting to flee the country.

“We are tracking down the remnants of the group found in the Royal Malaysia Police’s (PDRM) list,” he told a media conference here.

Last April 28, nine individuals, aged between 22 and 55 and believed to be involved in militant activities, were arrested by the Counter Terrorism Division, Special Branch, Bukit Aman police.

Three of them were arrested in Kedah and six in Selangor. The following day, another individual was arrested in Kuala Lumpur.

Meanwhile, Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar, when contacted by Bernama, confirmed the arrest of an individual for allegedly being involved in militant activities, but declined to elaborate.

Ahmad Zahid said the government would not allow Malaysia to be used as a ‘launching pad’ for terrorists and the police would be firm in their action.

“We want to stop this militant group from recruiting more members through the social media, organisations or individuals,” he added.

Questioned whether there was any militant group which used a political party as a cover in the country, Ahmad Zahid said there was none so far.

Home Minister Calls For Stern Action In Cameramen Incident

Posted: 02 May 2014 02:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 2 – Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has called on the police to take stern action against the individuals who assaulted several cameramen covering the rally against the Goods and Services Tax (GST) at Dataran Merdeka here yesterday.

Expressing his sympathies to the police and media personnel, Ahmad Zahid told a press conference here today that the incident clearly showed that the organisers had breached the Peaceful Assembly Act 2012.

In the incident about 4.30pm yesterday, three cameramen were roughed up by a group of youths dressed in black, whose faces were hidden by cloth covering.

Two of them were punched and kicked, while the other was hit by a piece of wood hurled in his direction.

“The rally also disrupted the public and businesses in the vicinity.

“We will discuss the matter as long as they are rationale but if they refuse than they have no choice but to face the consequences of their own actions,” he said.

A Bernama survey of the rally which was attended by about 12,000 people yesterday found a number of children present, banners, flares and smoke bombs.

Najib Komited Kepada Keterbukaan Dan Ketelusan

Posted: 02 May 2014 02:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata laporan awal berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 diumumkan berasaskan kepada prinsip keterbukaan dan ketelusan.

Seiring dengan usaha pencarian yang dipertingkatkan, Najib berkata beliau turut melantik sepasukan pakar dalaman untuk menyemak semula segala maklumat yang diperoleh berkaitan pesawat Boeing 777-200ER yang hilang itu.

“Saya menetapkan, sebagai satu pegangan, peraturan bahawa selagi pendedahan maklumat itu tidak menghalang penyiasatan atau operasi pencarian, atas nama keterbukaan dan ketelusan,” katanya menerusi posting terkini Facebook beliau.

Laporan awal MH370, yang turut mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur serta senarai kargo, dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan semalam.

Laporan itu turut memuatkan peta laluan penerbangan, pelan tempat duduk penumpang selain dokumen tambahan yang memberi maklumat lanjut berkaitan tindakan yang diambil antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi pada 8 Mac, hari MH370 dilaporkan hilang.

Najib, ketika diwawancara oleh pakar penerbangan stesen penyiaran CNN, Richard Quest, berkata Malaysia bersedia mengeluarkan laporan awal MH370 minggu ini.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada paparan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Antara penumpangnya adalah tiga warga Amerika.

Operasi pencarian pesawat Boeing 777-200ER melibatkan pelbagai negara di perairan Perth, Australia, melibatkan penggunaan kenderaan Dalam Air Autonomi Bluefin-21, dilengkapi sonar, daripada Tentera Laut Amerika.

Polis Diminta Ambil Tindakan Tegas Individu Kasari Petugas Media

Posted: 02 May 2014 02:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Polis diminta mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengasari beberapa anggota media ketika membuat liputan perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kementerian dan polis bersimpati terhadap petugas media yang dikasari dan siasatan akan dilakukan polis untuk tindakan selanjutnya.

peserta-bantah-anti-gst-pembangkang-tumbuk-kasari-ganas-wartawan-jurukamera-petugas-media-dataran-merdeka

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata insiden itu jelas menunjukkan bahawa penganjur gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana telah menimbulkan kekecohan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, tiga jurukamera dikasari oleh sekumpulan peserta yang berpakaian serba hitam dan menutup muka.

Dua daripada mereka ditumbuk dan disepak, sementara seorang lagi terkena balingan kayu.

Beliau mendakwa ada juga kejadian apabila pasukan Amal PAS dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah bergaduh sesama sendiri atas beberapa faktor yang mereka ketahui.

Ahmad Zahid mendakwa perhimpunan itu turut mengganggu urusan harian masyarakat dan mengganggu perniagaan di sekitar kawasan berkenaan.

“Saya ingin nyatakan bahawa selagi kita boleh adakan rundingan untuk mereka ikuti garis panduan APA kita akan berunding, tetapi jika mereka mahu tindakan sebaliknya dilakukan mereka harus terima akibat dengan perbuatan mereka sendiri,” katanya.

Tinjauan Bernama pada perhimpunan itu yang dihadiri kira-kira 12,000 orang semalam mendapati ada segelintir daripada peserta membawa kanak-kanak, kain rentang, suar dan bom asap yang jelas melanggar syarat-syarat dalam APA 2012.

Sementara itu, pihak polis menerima laporan daripada tiga jurukamera yang dikasari peserta perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata mereka membuat laporan petang semalam yang mendakwa perbuatan itu dilakukan Solidariti Anak Muda Malaysia dan insiden ini akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

peserta-bantah-anti-gst-pembangkang-tumbuk-kasari-ganas-wartawan-jurukamera-petugas-media-dataran-merdeka-2

Umat Islam Perlu Bantu K’jaan Dalam Usaha Pelaksanaan CBP – Mufti Pahang

Posted: 02 May 2014 02:44 AM PDT

KUANTAN, 2 Mei – Umat Islam sepatutnya tidak menyalahkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP), sebaliknya perlu ada sikap membina dan membantu kerajaan dalam menyokong usaha tersebut.

Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman berkata Islam tidak melarang system percukaian dilaksanakan asalkan ia mengikut syarak dan tidak menzalimi rakyat.

“Kita meminta umat Islam tidak hanya menyalahkan tentang cara kerajaan mengutip cukai yang merupakan satu sistem dilakukan beberapa negara di dunia termasuk Malaysia.

“Kalau sistem (CBP) itu baik dan tidak menzalimi rakyat, maka perkara tersebut dibenarkan oleh syarak,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Karnival Muamalat dan Cinta Rasul yang disempurnakan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Beliau berkata sistem mengutip cukai bukan perkara baharu, malah ia telah dilaksanakan sejak zaman Saidina Omar lagi dengan segala hasil cukai dimasukkan ke dalam Baitulmal untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Katanya kerajaan juga telah dan sedang memberikan penerangan mengenai CBP kepada orang ramai supaya rakyat jelas mengenai sistem yang akan dilaksanakan pada 1 April tahun depan.

Menurutnya sesiapa sahaja yang mempunyai cadangan yang lebih baik daripada CBP, ia sepatutnya dikemukakan kepada kerajaan dan bukan mengadakan perhimpunan atau demonstrasi.

Malaysia, China, Australia Adakan Mesyuarat Tiga Pihak Berkaitan Operasi Pencarian MH370

Posted: 02 May 2014 02:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Malaysia, China dan Australia akan mengadakan mesyuarat tiga pihak di Canberra, Australia pada Isnin ini untuk membincangkan operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata mesyuarat itu akan membincangkan pendekatan dalam pengerahan aset, nasihat teknikal dan mengadakan hubungan dengan keluarga penumpang serta kru MH370.

Hishammuddin, yang akan berlepas ke Australia pada Ahad ini, berkata beliau yakin operasi pencarian MH370 “berada di landasan yang betul” namun mengakui cabaran yang bakal dihadapi amat besar.

“…dengan lebih banyak sahabat dan pakar turut serta, untuk memastikan kita terus fokus dalam apa yang kita lakukan, saya percaya lambat laun kita akan menjumpai MH370,” katanya pada sidang akhbar berhubung perkembangan operasi pencarian MH370 di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston, presiden Biro Siasatan Kemalangan Udara Perancis (sebelum ini mengetuai pasukan siasatan Air France 447) Jean-Paul Troadec, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Pada sidang akhbar sama, Houston berkata mesyuarat tiga pihak itu sangat penting memandangkan langkah seterusnya akan menjadi formal bagi memastikan pencarian diteruskan dilakukan dengan kadar segera dan tidak terhenti di mana-mana peringkat.

Berhubung pertemuan awal dengan Hishammuddin di sini hari ini sebelum berlangsungnya mesyuarat tiga pihak di Canberra, Houston berkata: “Kami membincangkan beberapa cabaran membabitkan pencarian di laut dalam.”

Beliau turut mengulangi bahawa kawasan tumpuan pencarian baharu di dalam air akan mengambil masa kira-kira lapan bulan dan berkemungkinan berlarutan sehingga 12 bulan bergantung kepada keadaan cuaca di kawasan pencarian serta isu lain.

“Kami sepenuhnya komited, sebagai tiga buah negara, untuk mencari MH370 dan saya yakin dengan adanya pencarian yang mengesankan, kami akhirnya akan menjumpai pesawat itu,” katanya.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 orang, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada paparan radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Operasi pencarian melibatkan pelbagai negara dijalankan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan, dan kemudiannya ke selatan Lautan Hindi, selepas dipercayai laluan pesawat itu dilencongkan.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT