SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, May 8, 2014

UMNO Online - “Malaysia’s Trade In March Rose 4.6 Pct To RM120.46 Billion, Says Mustapa” plus 9 more

UMNO Online - “Malaysia’s Trade In March Rose 4.6 Pct To RM120.46 Billion, Says Mustapa” plus 9 more

Link to UMNO Online

Malaysia’s Trade In March Rose 4.6 Pct To RM120.46 Billion, Says Mustapa

Posted: 07 May 2014 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 7  - Malaysia’s trade in March rose by 4.6 per cent to RM120.46 billion from the same month last year, boosted by higher exports versus imports, International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed said today.

Mustapa said higher trade was recorded with Singapore, which increased RM2.21 billion, Taiwan (RM1.64 billion), Australia (RM1.06 billion), the Netherlands (RM854.7 million), Hong Kong (RM391.6 million) and New Zealand (RM366.3 million).

Exports in March expanded by 8.4 per cent year-on-year to RM65.03 billion and imports increased by 0.5 per cent to RM55.43 billion from March 2013.

Trade surplus surged by 96.8 per cent to RM9.59 billion in March 2014.

Among the major exports were electrical and electronic products worth RM20.95 billion, with a 32.2 per cent share of total exports, up by 6.2 per cent from March 2013.

Exports to Asean countries expanded by 10.9 per cent to RM18.47 billion, accounting for 28.4 per cent of Malaysia's total exports in March 2014.

“The expansion was contributed by higher exports of refined petroleum products, palm oil, electrical and electronic products, optical and scientific equipment as well as chemicals and chemical products,” he said in a statement.

Overall, Mustapa said, exports to the European Union (EU) rose by 14.1 per cent to RM6.04 billion in March 2014, contributed mainly by increases in exports to the Netherlands, Germany and the United Kingdom.

Total imports in March 2014 increased by 0.5 per cent to RM55.43 billion from March 2013.

Between January and March, Malaysia’s trade was valued at RM349.44 billion, an increase of 8.3 per cent from the corresponding period in 2013.

Exports rose by 10.9 per cent to RM187.91 billion while imports expanded by 5.5 per cent to RM161.53 billion while trade surplus of RM26.39 billion was recorded for the period.

Significant expansion in trade was recorded over the past three months of the year with China, an increase of 8.7 per cent, Asean rose 4.0 per cent, Japan (6.0 per cent), the European Union (4.3 per cent) and the United States (5.1 per cent).

Other countries which registered expansion in trade with Malaysia were Australia (up 29.8 per cent), Taiwan (27.3 per cent), Hong Kong (25.2 per cent), South Korea (9.7 per cent) and the United Arab Emirates (18.3 per cent).

Trade with the United States increased by 5.1 per cent to RM27.39 billion in the first quarter of 2014, mainly due to increased exports of E&E products by 3.0 per cent.

Total imports during January-March 2014 period increased by 5.5 per cent to RM161.53 billion.

Mustapa said the three main categories of imports by end-use were intermediate goods, capital goods and consumption goods.

Intermediate goods worth RM32.24 billion or 58.2 per cent of total imports dwindled by 3.4 per cent.

Capital goods valued at RM8.3 billion or 15 per cent of total imports fell  by 8.8 per cent and consumption goods, which accounted for RM4.36 billion or 7.9 per cent of total imports, increased by 19.6 per cent, the ministry added.

DAP… Si Pencuri Yang Sentiasa Menjerit Orang Lain Mencuri

Posted: 07 May 2014 05:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique menyelarkan sikap kepimpinan DAP  yang gemar menuduh UMNO mengamalkan nepotisme, kronisme dan pentadbiran ala diktator di mana hakikat sebenarnya,  parti tersebutlah yang menjadi pengamal tegar kepada amalan nepotisme, kronisme dan diktator di dalam pentadbiran mereka.

DAP katanya boleh diibaratkan seperti si pencuri yang sentiasa menjerit orang lain mencuri.

Menurut beliau, pendekatan politik songsang seperti itu yang menjadi amalan di dalam DAP tidak dapat disembunyikan lagi, dan terbukti apabila jawatan di dalam kepimpinan parti tersebut hanya dikuasai oleh anak beranak dan kaum kerabat dari golongan tertentu di dalam parti tersebut.

dap-no-justice-family-only-crony-nepotism-bias-racist-anti-discrimination-non-democratic-fraud

"Sebagai contoh, DAP yang dikuasai oleh dinasti Lim dan Karpal ternyata sudah menidakkan lebih 800 hak ahli DAP dalam pengundian CEC baru-baru ini. Sehingga ke hari ini, isu pemilihan CEC masih lagi tidak selesai dan suara lebih 800 ahli DAP yang dinafikan hak mereka sehingga ke hari ini lagi tergantung.

"Begitu juga dengan isu pilihanraya kecil di Bukit Gelugor. Antara nama calon yang disenaraikan ialah salah seorang anak mendiang karpal, Ram Karpal. Mengapa ianya tidak diberikan kepada orang lain? Kerusi Parlimen Bukit Gelugor bukan kerusi warisan keturunan keluarga tertentu. Ini jelas memperlihatkan sikap nepotisme di dalam kepimpinan DAP hari ini," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau meminta agar kepimpinan DAP agar melihat dan menyelesaikan kepincangan pentadbiran di dalam parti mereka sendiri terlebih dulu, sebelum memperlekehkan parti-parti lain, khususnya UMNO dan juga kerajaan.

"DAP kalau bab mengkritik, nombor satu. Dalam isu kehilangan MH370 baru-baru ini, bukan main lantang kepimpinan DAP memperlekehkan usaha kerajaan. Kononnya kalau dibenarkan DAP mencari MH370 itu, sekejap saja mereka akan jumpa. Mereka hanya tahu kritik, tetapi tidak tahu dan tidak ada idea untuk membantu.

"Begitu juga dengan UMNO. Apa yang DAP tidak kata pada UMNO? Kononnya pemilihan UMNO tidak telus, wujudnya amalan kronisme, diktatorship, rasuah dan sebagainya di dalam UMNO. Hakikatnya mereka yang bersikap begitu. Mereka kata UMNO untuk mengalih pandangan rakyat dari sikap buruk mereka itu.

umno-dap-parti-sejak-1969-ubah-lim-kit-siang-kekal-pupus-kroni-nepotisme-kuasa-dinasti-keluarga

"Pemilihan CEC merupakan satu bukti yang paling jelas di mana kepimpinan DAP yang sedia ada takut untuk bertanding secara gentleman, dengan itu maka 800 lebih ahli DAP yang berhak mengundi dinafikan haknya. Bahkan pendedahan Tunku Aziz, bekas Naib Presiden tentang amalan rasuah kepimpinan DAP sudah cukup untuk membuktikan amalan songsang kepimpinan tertinggi parti tersebut," ujarnya.

Justeru itu kata beliau, rakyat perlu menilai dan meneliti bagaimana pemimpin yang tidak mampu untuk memimpin partinya dengan baik, serta mengamalkan amalan kronisme, nepotisme dan diktator mampu untuk mentadbir negara dengan baik.

"Kita mesti menilai dan mengkaji terlebih dulu apa yang disampaikan oleh pembangkang. Jangan terus percaya dan kemudiannya kita sebarkan pula berita tidak sahih itu. Sikap mereka yang suka menabur fitnah, serta melaga-lagakan antara orang Melayu dan kaum-kaum lain, sudah cukup terbukti hari ini.

"Cara berpolitik DAP bukanlah satu cara dan pendekatan yang boleh kita terima di dalam negara ini. Sikap mereka yang suka menghasut, membuat propaganda dan fitnah ini hanya akan mendatangkan mudarat kepada negara yang berbilang bangsa dan kaum seperti di Malaysia," ujarnya. -MediaUMNO

AWER Selar Kerajaan Selangor Dan Dr Ahmad Yunus

Posted: 07 May 2014 05:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Kredibiliti Kerajaan Selangor yang secara aktif memutarbelitkan isu dan fakta sebenar berkaitan krisis air sejak dari awal yang seharusnya dipersoalkan, menurut Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).

Presiden AWER S. Piarapakaran berkata demikian semasa menyelar kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi yang mempersoalkan kredibiliti persatuan itu berhubung satu kenyataan AWER.

Menurut AWER pada minggu lepas, keputusan kerajaan negeri menghentikan catuan air di zon dibekalkan oleh Empangan Sungai Selangor menimbulkan risiko besar memandangkan empangan itu membekalkan hampir 60 peratus bekalan air mentah yang diperlukan oleh Selangor dan Kuala Lumpur.

Dengan paras air semasa empangan berada di sekitar 40 peratus dan ramalan Jabatan Meteorologi bahawa Monsun Barat Daya bermula akhir Mei hingga September tahun ini mungkin lebih kering, sebarang langkah untuk menghentikan air catuan sangat berisiko.

AWER menegaskan langkah kerajaan negeri itu juga bertentangan dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bahawa tahap Empangan Sungai Selangor perlu mencapai 55 peratus sebelum catuan dihentikan.

Piarapakaran berkata langkah dan usaha yang diambil oleh kerajaan negeri seperti mengepam air bekas lombong di sekitar Bestari Jaya, melakukan pembenihan awan yang menggunakan teknologi dari Thailand, pengambilan air bawah tanah dan projek ‘Hybrid Off River Augmentation System’ (Horas) untuk mengimbangi paras air yang semakin berkurangan, turut mempunyai risiko tersendiri.

“Kerajaan negeri masih belum mengeluarkan keputusan analisis bagi kandungan logam di dalam sumber air bekas lombong dan keputusan ini harus merangkumi kekerapan persampelan, lokasi persampelan, prosedur yang digunakan dan parameter yang diuji.

“Air bekas lombong telah dipam selama hampir dua minggu dan berapa banyak data telah diterbitkan atau dilaporkan oleh kerajaan negeri untuk pengetahuan semua pihak?,” soalnya.

Selain itu, kata beliau kebanyakan teknologi rawatan air yang digunakan tidak akan membuang sepenuhnya kandungan logam yang boleh memberi kesan kepada bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan warga tua.

Oleh yang demikian, kata Piarapakaran jelas sekali kredibiliti Dr Ahmad Yunus dan Kerajaan Selangor boleh dipersoalkan.

Hudud : Tindakan UMNO Selama Ini Ternyata Tepat

Posted: 07 May 2014 03:26 AM PDT

PULAU PINANG  7 Mei  – Penelitian yang mendalam oleh kerajaan berhubung hukum hudud jelas satu keputusan yang tepat dan tindakan yang betul sekaligus merungkai segala tohmahan liar sebelum ini bahawa UMNO menentang atau menolak hukum Allah s.w.t.

Malah kenyataan beberapa pimpinan pembangkang yang mengatakan bahawa ianya perlu diteliti dan diperhalusi sebaik mungkin sebelum dilaksanakan memperlihatkan tindakan kerajaan sebelum ini adalah betul.

kerajaan-malaysia-umno-bn-tidak-pernah-menolak-hudud-hukum-islam-muslim-pm-najib

Mengulas mengenainya Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya sekali lagi menegaskan cakap-cakap di luar sana yang masih menggunakan tohmahan sebelum ini bahawa UMNO menolak hudud adalah tidak benar.

"Saya cukup pelik dengan beberapa pihak yang masih lagi menggunakan tohmahan liar seumpama ini. Mana ada UMNO menolak serta menentang hukum Allah s.w.t itu.

"Masih gunakan ungkapan yang sama sedangkan hakikat serta realitinya adalah tidak sebegitu rupa. Ini adalah golongan penabur fitnah yang suka menimbulkan isu semata-mata. Tidak lebih daripada itu," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah fitnah yang dilemparkan golongan penabur fitnah ini harus dibiarkan berlalu dan tidak perlu dipedulikan.

"Lagi pun bukankah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pun dah sebut bahawa Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan.

"Jangan jadi batu api dalam isu sebegini. Malah tidak perlu cakap soal ikhlas dan tidak ikhlas serta janganlah timbulkan prejudis. Realitinya UMNO tidak pernah menolak hukum Allah s.w.t," ujarnya. -MediaUMNO

pas_doa_hancur_umno_bn_kafir_laknat_hukum_hudud_seleweng_peralat_ayat_quran_fatwa_sesat_songsang

Malaysia Best Halal Destination For Tourists

Posted: 07 May 2014 02:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 7 – Malaysia occupies the top spot in the world out of 10 top halal tourism destination, according to a Muslim tourism portal report, "Crescentrating" Travel and Tourism guides.

The report said the selection was made based on the suitability of the tourist destination and the needs of family vacation, facilities and services for Muslim tourists, besides the marketing initiatives and promotions for family holiday destinations.

In second spot was the United Arab Emirates, followed by Turkey in third place, while Indonesia was fourth.

Saudi Arabia was in fifth spot followed by Morocco in sixth place and Jordan in seventh, while Qatar, Tunisia and Egypt were in eighth, ninth and tenth placings respectively.

bn-malaysia-crescentrating-paling-mesra-muslim-islam-pelancong-terkini

Pemilihan PKR Masa Terbaik Pemburu Pengundi Hantu Laksanakan Tugas

Posted: 06 May 2014 11:41 PM PDT

KUALA LUMPUR 7 Mei – Pemburu pengundi hantu pakatan pembangkang yang sebelum ini begitu ghairah sewaktu pilihan raya umum ke-13 yang lalu disaran menjenguk pemilihan PKR yang hari ini terpalit dengan dakwaan tersebut.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata apa salahnya mereka meluangkan masa dan mengambil sedikit ruang untuk melihat dakwaan berkenaan kerana ianya kontroversi yang memalukan parti yang melaung-laungkan demokrasi.

anuar_shaari_bekas_pkr_dedah_anwar_keluarga_kroni

Menurut beliau jangan hanya gah dan garang ketika berdepan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi kaku untuk memburu pengundi hantu yang kini dikatakan menjelma pada pemilihan PKR sehingga menimbulkan kekecohan dan ketidakpuasan hati ahli parti berkenaan.

"Inilah masa terbaik untuk mereka praktiskan segala langkah dan segala tindakan yang diambil sebelum ini. Rasanya tidak salah malah satu tindakan yang cukup baik pemburu-pemburu pengundi hantu dalam pilihan raya sebelum ini meluangkan sedikit masa untuk melihat perkara berkenaan.

"Saya yakin dan percaya mungkin mereka boleh menggunakan segala langkah yang ada untuk membantu melicinkan pemilihan PKR sekaligus membersihkan pemilihan parti berkenaan daripada segala dakwaan hari ini," katanya kepada UMNO-Online.

Mengambil kata-kata perumpamaan paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih, Anuar seterusnya menambah kekecohan yang berlaku hari ini di dalam pemilihan PKR sudah dijangka.

"Memang saya sudah jangka sejak daripada awal lagi… Akan ada kekecohan dan akan ada pelbagai kontroversi, namun sejauh mana kontroversi tersebut, sejauh mana dakwaaan oleh ahli PKR mendapat layanan pihak atasan tidak tahulah pula.

"Cumanya satu kesimpulan yang boleh kita buat adalah PKR tidak sepertimana yang mereka war-warkan…tidak seperti mana yang mereka laung-laungkan…Hanya indah berkata-kata tetapi hari ini terlondeh segala-galanya. Daripada soal pengundi hantu, ketelusan, 'blackout' dan macam-macam lagi," ujarnya. -MediaUMNO

pemilihan-pkr-2014-kecoh-haru-biru-huru-hara-gaduh-rebut-lobi-calon-kroni-nibong-tebal-penang-pulau-pinang

pemilihan-kroni-tipu-bohong-tak-telus-pkr-sabak-bernam-selangor-ganas-kasar-baling-kerusi

pemilihan-pkr-kecoh-tak-telus-tipu-bohong-undi-ganas-gaduh-baling-kerusi

pemilihan-parti-pkr-2014-pangkah-undi-dalam-bilik-hotel-telus-integriti-amanah-anwar

kepercayaan-pilih-pemimpin-negara-pemilihan-pkr-pengundi-hantu-penipuan-tipu-ketakadilan-masa-depan

Kualiti Ahli Akan Menyumbang Kepada Pengukuhan UMNO – Khaled Nordin

Posted: 06 May 2014 09:32 PM PDT

JOHOR BAHRU, 7  Mei – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap sambutan hari UMNO ke-68 ini dapat meningkatkan semangat dan daya juang semua ahli UMNO di dalam usaha memperkukuhkan parti mengikut peredaran zaman.

Ujarnya, semua ahli UMNO perlu mempunyai  semula iltizam untuk sama-sama memperkukuhkan kedudukan parti dan memantapkan lagi misi perjuangan dalam menentukan parti UMNO mampu serta berjaya berhadapan dengan cabaran-cabaran yang mendatang.

"Ada beberapa perkara yang perlu kita beri perhatian dan antara yang mungkin perlu lihat adalah dari segi penekananan kualiti ahli dalam parti.

md-jais-sarday-shahrir-samad-khaled-nordin-joho-johor-umno-bn

"Kita berada di dalam zaman maklumat dan pengetahuan iaitu teknologi. Bagi mana-mana organisasi, untuk berjaya dan menyesuaikan diri dalam zaman pengetahuan perlu di eri perhatian kepada soal modal insan yang terdapat dalam sesebuah parti.

"Kalau organisasi kita ingin berjaya dan kekal relevan dalam zaman pengetahuan dan maklumat ini maka kita perlu menentukan kita mempunyai ahli yang mampu untuk membuatkan parti ini terus relevan dan sesuai dengan zaman sediada.

"Dalam zaman ini maknanya kita memerlukan ahli yang kualitinya berasaskan soal mereka merupakan golongan yang berpengetahuan, mempunyai idea dan mampu berfikir bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah dan berhadapan dengan cabaran tetapi mereka mempunyai idea dan pendekatan untuk membawa dan memperjuangkan parti supaya di terima oleh rakyat," jelasnya kepada UMNO-Online.

Tegas beliau sekiranya perkara ini tidak ditekankan maka tidak mustahil zaman teknologi ini akan 'menelan' parti UMNO.

Ketika ditanya berkenaan negeri Johor yang menjadi idaman pembangkang untuk ditakluki beliau menjelaskan, tidak nafikan usaha pembangkang untuk berjaya menawan peringkat pusat maka mereka perlu menawan negeri Johor.

"Di dalam soal ini tidak bermakna UMNO di Johor akan berdiam diri. Kita akan melihat kepada semua usaha-usaha yang boleh memperkuatkan parti dan mendapatkan sokongan yang banyak dan majoriti dari rakyat.

"Sudah tentu kita perlu berusaha untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kita perlu menunjukkan kerajaan sedia ada berkemampuan untuk mengatur dan membawa kemajuan kepada negeri dan rakyat.

"Tetapi kita tidak terima bahawa kemenangan parti hanya kerana Johor kubu kuat parti. Itu bukan asas kemenangan tetapi asas mencapai kemenangan adalah rakyat terus bersama memberi sokongan kepada kita kerana mereka nampak parti UMNO bersungguh-sungguh memperjuangkan rakyat dan berkeupayaan menyelesaikan masalah rakyat," ujarnya lagi.

Oleh itu jelas beliau, semua ahli di semua peringkat perlu bersama-sama berganding bahu bekerja keras memastikan UMNO terus relevan di hati rakyat. - MediaUMNO

Three Enforcement Teams Monitor Bukit Gelugor By-Election – EC

Posted: 06 May 2014 09:11 PM PDT

GEORGE TOWN, May 7 – Three enforcement teams which will also include representatives of the parties contesting will assist in monitoring the flow of the by-election process for the Bukit Gelugor parliamentary seat scheduled for May 25.

Penang acting director of the Election Commission (EC) Azizal Ahmad said the team would also include a police officer with the rank of Inspector or higher and a representative of the Penang Municipal Council (MPPP).

He said a team would be deployed in each of the three State constituency seats namely Paya Terubung, Ayer Itam and Seri Delima.

“Their tasks begin after the nomination day. They will monitor the campaign materials, ceramah…they will take action if the contesting parties do not comply with the regulations specified by the EC,” he told Bernama, here.

He advised political parties contesting in the by-election to obtain the pass from the returning officer to enable their representatives to participate in the nomination process on Monday (May 12).

Azizal said the EC would provide three tents for party supporters at the grounds of the Dewan Sri Pinang, here and each candidate wishing to contest would only be allowed to bring in 100 supporters to the grounds of the Dewan Sri Pinang.

He said 1,095 personnel would be deployed throughout the by-election comprising the returning officer right up to the driver.

A total of 17 polling districts would be opened during the by-election with 139 channels for ordinary voting and four channels for early voting, he said.

Members of the public wishing to obtain a copy of the Electoral Roll for the Bukit Gelugor parliamentary by-election could purchase the book at the state EC office at a price of RM331.80.

A Bernama check at the state EC office yesterday found the staff busily preparing the ballot boxes and making preparation for the nomination process on Monday.

The Bukit Gelugor parliamentary seat covering 28sq km has a total of 82,431 registered voters as at April 17.

The Bukit Gelugor parliamentary seat fell vacant following the death of incumbent Karpal Singh from the DAP, after a road accident at Kilometer 306.1 of the North-South Highway near Gua Tempurung in Kampar, Perak on April 17.

The DAP chairman won the seat in the 13th general election with a majority of 42,706 votes by beating Barisan Nasional candidate Teh Beng Yeam who garnered 13,597 votes.

Kefahaman Isu CBP Dapat Bantu Rakyat Dari Terus Diperdaya Pembangkang

Posted: 06 May 2014 09:05 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak perlu mengambil endah sikap pembangkang yang sekarang ini menjadikan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) sebagai bahan politik mereka dengan macam-macam manipulasi sebaliknya menjadi tugas dan tanggungjawab BN/UMNO memberi penerangan kepada rakyat dengan cara yang berkesan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad.

Katanya, sememangnya sikap pembangkang telah kita sedia maklum iaitu akan memburukkan apa-apa sahaja perkara yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan biarpun niat kerajaan adalah untuk mengurangkan beban cukai yang ditanggung oleh rakyat.

agenda-peribadi-sokong-keluarga-anwar-perhimpunan-bantah-anti-gst-dataran-merdeka

"Pakatan pembangkang telah berjaya mengheret rakyat ke medan himpunan jalanan dengan menggunakan isu CBP iaitu dengan memanipulasikan pelbagai perkara berkaitan percukaian walhal dalam masa yang sama, para demonstran ini tidak memahami CBP yang sebenar," katanya kepada UMNO-Online.

Lantaran itu, kata beliau adalah menjadi tugas pemimpin dan ahli-ahli UMNO di akar umbi untuk menyampaikan maklumat yang sebenar dengan pendekatan yang lebih mudah, lebih mesra dan rakyat dapat memahaminya.

"Rakyat telah dipergunakan oleh pakatan pembangkang dan menjadikan CBP sebagai alat manipulasi bagi menyentuh jiwa mereka sedangkan realitinya banyak fakta yang ditaburkan pembangkang tidak benar dan ditokok tambah."

Katanya, berdasarkan kepada maklumbalas berkaitan himpunan membantah CBP yang berlangsung Khamis lalu, boleh dikatakan kebanyakan para peserta tidak tahu agenda sebenar berhimpun apatah lagi untuk memahami pelaksanaan CBP yang bakal dilakukan oleh kerajaan.

anwar-pembangkang-media-parlimen-gimik-sensasi-cukai-gst-harga-barang-naik-bn-politik-rakyat-janji

"Tugas ahli-ahli politik bukan hanya berpolitik semata-mata atau menjawab pelbagai isu yang ditohmah oleh pembangkang kerana pembangkang tentunya sengaja mahu melengah-lengahkan usaha kerajaan sebaliknya apa yang lebih penting adalah penyampaian maklumat secara tepat, jelas dan mudah.

"Kefahaman yang diberikan kepada rakyat akan menyebabkan mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan tindak-tanduk pembangkang yang sering memanipulasi isu dan menyalahkan kerajaan semata-mata."

Jelasnya, cadangan pelaksanaan CBP telah dibincangkan sejak lebih satu tahun lalu dan jangka masa tersebut menunjukkan kerajaan amat prihatin dengan rakyat dan meminta buah pandangan dari semua pihak termasuk perbahasan di Parlimen.

"Dengan himpunan dan macam-macam bantahan yang dibuat oleh pihak pembangkang namun setakat ini, mereka tidak mengemukakan sebarang alternatif konkrit dalam menggantikan pelaksanaan cukai berkenaan atau apa-apa cadangan yang lebih baik."

Sehubungan itu katanya, langkah paling relevan perlu dilakukan kerajaan adalah dengan sentiasa memantau pelaksanaan CBP bagi membendung pihak yang mengambil kesempatan.

“Pada masa sama, menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjamin pelaksanaan GST berjaya,” katanya lagi. - MediaUMNO

Pembohong Yang Pergunakan Nama Rakyat Untuk Berbohong Kepada Rakyat

Posted: 06 May 2014 08:55 PM PDT

Tanpa sedar, sudah sekian lama rakyat di negara ini terpengaruh dengan pembohongan demi pembohongan yang dicipta oleh PKR, DAP dan Pas yang bergabung membentuk satu kerjasama yang kemudiannya digelar sebagai pakatan rakyat, kononnya sebagai satu deklarasi bahawa merekalah parti yang membawa suara rakyat di negara ini.

Namun, apa yang perlu di sedari oleh rakyat di negara ini, mereka ini hanya mempergunakan nama rakyat, untuk menghalalkan siri-siri pembohongan dan penipuan mereka dalam usaha untuk memanipulasi pemikiran, serta menimbulkan persepsi yang kotor dan jahat terhadap musuh tradisi mereka iaitu UMNO dan juga Barisan Nasional.

anwar-geng-pakatan-pembangkang-penipu-pembohong-pembelit-peralat-guna-nama-rakyat-parlimen

PKR sebagai contohnya, apabila dipilih rakyat menjadi pentadbir kerajaan Selangor, mereka lupa segala janji dan manifesto yang dijanjikan ketika PRU. Segala janji mereka tinggal janji. Janji mereka memang terlalu banyak, mereka kata nak buat pelbagai perkara. Tiga puluh perkara lebih yang mereka keluarkan dalam manifesto, hanya satu sahaja yang dibuat, air percuma itupun tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Manakala dari sudut nasional pula, daripada isu Scorpene, PKFZ, SPR, SPRM, dakwat kekal, NFC sehingga kepada fitnah pengundi hantu Bangladesh, semuanya ini adalah peranan PKR yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Hari ini terbukti, tiada undi hantu, tiada blackout yang berlaku ketika PRU 13, tiada penyelewengan kuasa yang berlaku oleh SPR, dan isu Scorpene yang diuar-uarkan melibatkan pembunuhan Altantuya juga hanya pembohongan dan fitnah semata-mata.

Manakala DAP pula, yang seringkali menuduh UMNO sebagai sebuah parti rasis, sebuah parti yang korup,  menggunakan kaedah reverse psikologi bagi menutup kekotoran ideologi mereka cauvinis, rasis dan penuh dengan korupsi.

Fitnah? Sudah tentu tidak. Bukti bahawa DAP sebuah parti cauvinis dan rasis tegar terbukti apabila parti ini seringkali mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Hakikatnya, DAP bukan saja memusuhi UMNO, tetapi turut memusuhi orang Melayu yang menyokong dan membela hak-hak istimewa orang Melayu di negara ini.

Padahal, DAP juga mengetahui bahawa kaum lain, termasuk orang Cina juga diberikan hak keistimewaan mereka ketika berlakunya perundingan yang dipanggil sosial kontrak antara kepimpinan kaum Cina, dan India bersama pemimpin Melayu.

Kaum Cina boleh bertutur, berbudaya, bersekolah jenis kebangsaan dan juga mengekal nama keturunan Cina mereka, merupakan salah satu hak istimewa mereka yang dipersetujui bersama oleh pemimpin Melayu dalam perundingan tersebut. Begitu juga dengan hak istimewa kaum India.

khalid-ibrahim-anwar-pakatan-pkr-selangor-manifesto-bukan-janji-tunai-hak-bela-rakyat

Namun apa yang jelas, DAP cuba meleraikan dan menghancurkan hak istimewa Melayu, tetapi dalam masa yang sama mereka cuba menyembunyikan hak istimewa yang telah diberikan kepada kaum Cina oleh pemimpin Melayu terdahulu daripada pengetahuan umum, agar ia tidak dipertikaikan dan dapat terus dikekalkan.

Pas pula tidak kurang pembohongnya. Tujuh janji besar mereka di Kelantan yang disebut dalam tujuh kali pilihanraya umum masih tidak ditunaikan sehingga ke hari ini. Contohnya, batu-batu asas yang dipacak menandakan bermula projek lebuh raya, kini ditutupi lumut.

Bandar Baru Pengkalan Kubor, Perlabuhan Tok Bali, perkhidmatan air bersih, jambatan penambang, penternakan kambing rakyat, dinar, Ladang Rakyat, Stadium Bukit Merbau adalah janji-janji Pas yang tinggal angan-angan bagi rakyat Kelantan.

Begitu juga hudud, di mana isu hudud dibangkitkan semula oleh kepimpinan Pas, apabila melihatkan sokongan rakyat sudah mula menurun kepada parti tersebut, biarpun rang undang-undang hudud sudah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan lebih 22 tahun dulu.

Ini merupakan siri-siri pembohongan ringkas Dap, PKR dan Pas. Sudah puluhan tahun sebahagian rakyat di negara kita, khususnya orang Melayu dan terkini masyarakat Cina, tertipu dengan propaganda jahat dan kotor mereka, sehingga terpedaya memberikan undi yang akhirnya memberikan pakatan berkuasa di beberapa buah negeri.

Kita tahu apa yang sudah terjadi di negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan. Janji tinggal janji. Di Selangor, krisis air menyebabkan rakyat jadi sengsara, ekonomi jadi caca merba. Di Pulau Pinang, rakyat bawahan diketepikan, penjaja jalanan dihalau dan dirobohkan gerai, rakyat miskin melopong melihat rumah-rumah mewah dijual kepada rakyat luar negara, sedangkan mereka masih menumpang di rumah papan.

Inilah akibatnya apabila menjadikan pembohong profesional untuk menjadi pemimpin kita.

Fikir-fikirkanlah…

Ibnu Hamzah

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT