SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, May 30, 2014

UMNO Online - “Najib Holds Bilateral Meeting With Chinese Counterpart” plus 9 more

UMNO Online - “Najib Holds Bilateral Meeting With Chinese Counterpart” plus 9 more

Link to UMNO Online

Najib Holds Bilateral Meeting With Chinese Counterpart

Posted: 29 May 2014 04:52 AM PDT

BEIJING, May 29 – Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was accorded a grand welcome at the Great Hall of the People here Thursday, the same venue where his father and second Prime Minister Tun Abdul Razak Hussein created history by establishing diplomatic ties with China 40 years ago.

Chinese Premier Li Keqiang welcomed Najib at the Great Hall of the People which houses the National People's Congress, the highest legislative body of the People's Republic of China.

A 19-gun salute was fired before the national anthems of both countries were played. Accompanied by Li, Najib inspected a guard-of-honour mounted by several officers and men from the country’s three military services.

Najib had flown to the Chinese capital about an hour earlier from Penang after having interrupted his six-day official visit to China to return to Malaysia Wednesday night to pay his last respects to the late Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, in Kuala Kangsar Thursday morning.

Najib and Li Keqiang held their bilateral meeting at the Hebi Room in the East Hall.

Najib is leading a 15-member delegation that includes Defence Minister and acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman; Prime Minister’s Special Envoy to China Tan Sri Ong Ka Ting; International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob; Melaka Chief Minister Datuk Idris Haron and Malaysian Ambassador to China Datuk Iskandar Sarudin.

The leaders then witnessed the signing of six memorandums of understanding (MOU) at the government-to-government level, namely Defence Science, Technology and Industry for National Defence; Executive Programme for Cultural Cooperation and Exchange of Instrument on the Establishment of new Chinese consulates in Kota Kinabalu and Penang, and a new Malaysian consulate in Nanning.

Also signed today were the Minutes on Strengthening Economic and Trade Cooperation between China’s Ministry of Commerce (Mofcom) and Malaysia’s Ministry of International Trade and Industry (Miti); an MOU between the China Post Group and Pos Malaysia and an MOU on promoting industrial cooperation among China’s investment promotion agency of the Ministry of Commerce; the Malaysia External Trade Development Corporation, Mida, ECER and China-Malaysia Qinzhou Industrial Park.

The Chinese Premier then hosted a dinner for the Malaysian delegation. It was in the same building that Tun Abdul Razak signed a joint communique with the late Chinese Premier Zhou Enlai on establishing diplomatic relations between Malaysia and China in 1974.

Malaysia was the first among the Asean countries which initiated diplomatic ties with the world’s second largest economy.

China, with a population of 1.36 billion, has been Malaysia’s largest trading partner since 2009, while Malaysia continued to be China’s top trading partner in Asean since 2008.

Last year, bilateral trade between the two nations amounted to US$106 billion (RM339 billion), and both Malaysia and China have agreed to boost the two-way trade to US$160 billion (RM511 billion) by 2017.

Najib, who arrived in China on Tuesday with a stopover in the ancient city of Xian, is scheduled to pay a courtesy call on Chinese President Xi Jinping on Friday.

While in Beijing, he is also scheduled to witness the signing of inter-governmental memorandums of understanding involving bilateral trade and political cooperation; visit the Beijing Foreign Studies University and Huawei Research and Development Centre and perform Friday prayers at the Niujie Mosque.

He is also scheduled to attend an economic summit with Chinese entrepreneurs in Beijing, while the highlight of the visit is the Malaysia-China 40th anniversary celebrations to commemorate the establishment of diplomatic ties between the two countries, on Saturday, at the Great Hall of People.

Jenazah Almarhum Sultan Perak Selamat Dimakamkan

Posted: 29 May 2014 04:48 AM PDT

KUALA KANGSAR,  29  Mei  - Jenazah Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar di sini pada 6.40 petang.

Jenazah baginda disemadi di antara makam Sultan Idris II dan Raja Ashman Shah.

Keadaan cuaca mendung dan suasana sedih menyelubungi kerabat Diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata yang mula membanjiri pekarangan masjid seawal 1.30 tengah hari.

Jenazah Almarhum tiba di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini dengan pedati khas ‘Seraja Diraja’ berwarna kuning pada 4.30 petang untuk disembahyangkan.

Pedati khas itu diusung 40 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia secara bergilir-gilir sejauh kira-kira dua kilometer dari Istana Iskandariah.

Sebanyak 86 das tembakan dilepaskan ke udara daripada dua meriam oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja sepanjang tempoh jenazah Almarhum dibawa ke masjid.

Ribuan rakyat jelata beratur di sepanjang jalan ke masjid berkenaan bagi melihat jenazah Sultan yang dikasihi buat kali terakhir.

Selepas disembahyangkan, jenazah Almarhum dibawa ke Makam Diraja yang terletak bersebelahan masjid berkenaan untuk istiadat pemakaman.

Solat jenazah diimamkan oleh Imam masjid berkenaan iaitu Ustaz Mohd Helmi Ibrahim manakala talkin dibaca oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Doa pula dibaca oleh Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti.

Permaisuri Tuanku Bainun mendahului keluarga Diraja menjirus air mawar dan menabur bunga di makam Almarhum dengan diiringi bacaan selawat.

Ini diikuti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Tuanku Zara Salim, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Normahani Shahar Shah.

Ia seterusnya diikuti Raja Kecil Besar Perak Raja Iskandar Zulkarnain dan isteri Datuk Seri Diraja Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah serta kerabat Diraja dan pembesar-pembesar.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menjirus air mawar dan menabur bunga di makam baginda.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Puhat Mat Nayan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak Datuk Mohd Yusop Husin, pemimpin kerajaan, kerabat diraja serta pembesar-pembesar.

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada 1.30 tengah hari semalam.

Taksub Politik Tolak Kebenaran Fakta Hubungan Malaysia-China

Posted: 29 May 2014 04:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Politik negatif yang telah menjadi sebahagian dalam rencah hidup pembangkang perlu ditolak lantaran sikap mereka yang menyemai rasa taksub sehinggakan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan dianggap buruk termasuklah jalinan hubungan akrab antara Malaysia dan China, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah.

Katanya, pelbagai perkara, dasar dan perancangan kerajaan yang sebelum ini dilaksana bukan saja dipandang sepi tetapi dijadikan bahan manipulasi dan persepsi buruk sehinggakan ada segelintir rakyat yang turut keliru dengan tindakan mereka.

prof-dr-ibrahim-abu-shah-ahli-majlis-tertinggi-umno

"Apabila kerajaan China meminjamkan pasangan pandanya kepada Malaysia, sekali lagi macam-macam tohmahan dibuat oleh pihak pembangkang, mereka lakukan serangan dengan fakta yang tidak betul, tuduh kerajaan membazir dan macam-macam lagi sedangkan keuntungan jangka panjang yang bakal kita peroleh tidak pula mereka nyatakan," katanya kepada UMNO-Online.

Tegasnya, sewajarnya para pemimpin politik termasuklah pembangkang berlaku jujur apabila bercakap soal fakta berkaitan hubungan antara Malaysia dan China kerana sekarang ini negara tembok besar tersebut telah menjadi 'super power' dunia dan sangat dihormati.

"Pemimpin pembangkang sebenarnya faham tentang apa yang berlaku namun mereka sengaja mewujudkan pelbagai manipulasi dan persepsi agar rakyat menolak kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN).

"Sebab itulah semua hal termasuklah kos pemeliharaan panda pun dijadikan bahan politik kerana mereka tidak ada isu untuk memburukkan kerajaan.

"Apabila kerajaan China meminjamkan pandanya, maka seharusnya kita berasa bangga kerana binatang terbabit adalah simbolik penghormatan kuasa besar dunia itu kepada negara kita iaitu sebuah negara yang kecil dan sedang membangunapatah lagi bukan semua negara yang dapat keistimewaan tersebut," katanya.

Ujarnya, kesanggupan China mengadakan hubungan secara akrab dan amat istimewa memberi banyak makna tersirat yang boleh dinilai dari segi jalinan yang berlaku khususnya untuk jangka masa panjang.

"Kita bukan sahaja mendapat rakan dalam hubungan diplomatik tetapi kita juga mempunyai jaminan dalam bidang ekonomi, perusahaan dan perdagangan memandangkan China mempunyai pasaran yang amat luas namun apa yang lebih penting adalah jaminan dari aspek keselamatan dan kesejahteraan di rantau ini."

Katanya, telah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mempunyai hubungan yang rapat dengan negara-negara lain di peringkat global apatah lagi China adalah antara negara yang mempunyai kedudukan dan amat disegani di peringkat antarabangsa.

"Walaupun kita mempunyai hubungan yang baik dengan negara-negara Barat lain termasuklah Amerika Syarikat sendiri tetapi dalam masa yang sama kita masih boleh menjalinkan hubungan akrab dengan China walhal dalam soal politik tidak banyak negara yang mempunyai kaitan dengan kedua-duanya secara serentak namun Malaysia telah membuktikannya."

Tambahnya, jika perbelanjaan panda yang bernilai RM25 juta dijadikan isu maka ia amat tidak wajar memandangkan pelbagai keuntungan yang dapat dihasilkan antara kedua-dua negara malahan kedudukan Malaysia di persada global juga akan turut diiktiraf.

"Tindakan kerajaan amat bijak, apa yang dilakukan adalah betul dan pemimpin kita tidak pernah ambil kisah dengan sikap pakatan pembangkang yang sering saja memandang negatif kepada usaha berterusan kerajaan."

Dalam meraikan hubungan persahabatan selama 40 tahun antara Malaysia dan China, pasangan panda gergasi China yang dinamakan Fu Wa dan Feng Yi tiba di Malaysia sementara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengulangi kunjungan ke China sebagaimana yang dilakukan oleh bapanya, Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1974. - MediaUMNO

sejarah-lawatan-hubungan-malaysia-pm-tun-abdul-razak-umno-bn-china-mao-tse-tung-china-parti-cpc-komunis

china-cpc-presiden-xi-jinping-malaysia-umno-bn-najib-razak-mou-kerjasama-sejarah-hubungan

Be Firm Against Those Who Spread False Info Online – Ex IGP

Posted: 29 May 2014 04:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 29  - The government must be firm in dealing with those who spread false information online, said a former inspector-general of police.

Tan Sri Musa Hassan said laws on the dissemination of false information and control of the internet in this country are good but implementation is unsatisfactory.

“The Police, Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) and the Attorney General’s Chamber must be firm in dealing with those responsible for spreading false information.

“They must also cooperate in technical aspects, investigation and prosecution so that the implementation of laws can be done more effectively,”  he said at a dialogue titled ‘Social Media-Between Lies and Reality’, here today.

Musa said free speech should be limited for fear it would be misused to raise issues that are sensitive to the people and country such as race, religion and unity.

“Freedom of speech has no meaning at all if our country is not peaceful and in disarrray,” said the retired police chief.

Meanwhile, MCMC Head of Monitoring and Enforcement Division, Zaini Hassan said it was time for the people to practice self censorship when surfing the internet.

“The people must screen information on the internet to check whether it is from valid and reliable sourcesor not,” he added.

Hukum Produk Cadbury Tercemar DNA Babi ‘Halal Dimakan’ – Fatwa Majlis Kebangsaan

Posted: 29 May 2014 04:22 AM PDT

PUTRAJAYA, 29 Mei  - Hukum produk Cadbury yang disahkann halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu ‘halal dimakan’, demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan ‘Umum al-Balwa’, iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

“Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai ‘Umum al-Balwa’.

Prof-Dr-Abdul-Shukor-Husin-Pengerusi-Hal-Ehwal-Islam-Muzakarah-Majlis-Fatwa-Kebangsaan-Negara-Malaysia

“Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

“Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.

Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.

“Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia,” katanya.

Abdul Shukor berkata hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal.

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.

Beliau berkata hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.

Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.

“Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal,” katanya.

Abdul Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.

“Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya,” katanya.

Isu Rasuah, Samseng…. Pembangkang Diminta Cermin Diri Dahulu

Posted: 29 May 2014 03:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata pakatan pembangkang patut mencermin muka mereka terlebih dahulu sebelum layak menggunakan modal isu rasuah dan samseng untuk menyerang Barisan Nasional (BN) ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Tegasnya pakatan pembangkang patut berasa malu untuk menuduh pihak lain sedangkan mereka sendiri terpalit dengan pelbagai isu penyelewengan, budaya samseng dan kurang ajar.

"Mereka sering menuduh UMNO dan kerajaan rasuah tetapi adakah mereka cermin diri mereka sendiri. Negara kita mempunyai sistem yang baik jadi mengapa menuduh di pentas politik. Kalau ada bukti laporkanlah kepada pihak berwajib kerana kalau sekadar tuduhan kosong maka ianya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk meraih undi semata-mata.

"Mereka juga tuduh UMNO samseng  tapi tidakkah mereka lihat sepanjang berlangsung Pemilihan PKR, DAP  baik yang dahulu mahupun yang terkini. Parti mana yang sebenarnya samseng?

"Begitu juga ketika mereka berdemonstrasi. Ianya penuh dengan unsur gengsterism. Ianya terbukti apabila banyak berlakunya kerosakan harga benda awam termasuk nyawa pihak berkuasa.  Jadi mereka tidak layak untuk tuduh parti lain kerana sebenarnya mereka yang lakukan," ujarnya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau lagi pembangkang umpama meludah ke langit akhirnya kena ke muka sendiri.

Tambahnya jika dilihat bagaimana pentadbiran negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, mereka juga sebenarnya tidak terlepas daripada isu rasuah malah beberapa kali telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Ini bermaknsa mereka juga sebenarnya tidak lekang daripada isu rasuah. Jadi jangan tuduh orang lain kerana mereka juga tidak sempurna. Bersihkan parti sendiri baru hendak menuding jari kepada orang lain.

"Kita lihat bagaimana celarunya sistem pemilihan PKR apabila terjadinya skandal rasuah, pembelian undi, baling kerusi dan sebagainya. Bagi saya pembangkang yang ada di negara ini tidak berkualiti dan mereka hanya bertujuan mahu menjatuhkan pemimpin negara atas alasan peribadi dan sama sekali tidak mempedulikan kebajikan rakyat mahukan pembangunan negara," ujarnya lagi. - MediaUMNO

pas-dyana-melayu-sokong-pemimpin-parti-rasis-cauvinis-cina-india-lim-kit-siang-rsn-rayer-umno-celaka-islam

pru-prk-tidak-ngo-bersih-pemilihan-pembangkang-dap-pkr-pas-ok-telus-bukti-fakta-tipu-bohong-pusing-ambiga-anwar

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah – Sultan Perak Yang Baharu

Posted: 29 May 2014 02:25 AM PDT

IPOH, 29 Mei  - Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, 58, putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah yang dilantik sebagai Sultan Perak yang baharu, adalah seorang yang bijaksana dan berjiwa rakyat.

Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Ekonomi, Politik dan Kerajaan daripada Harvard University, baginda diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah sebelum istiadat pemakaman ayahanda baginda.

Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang semalam yang dipengerusikan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berikutan kemangkatan Sultan Azlan Shah semalam.

keluarga-raja-nazrin-sultan-perak-baharu-daulat-tuanku

Sultan Nazrin Shah, yang berkahwin dengan Tuanku Zara dan mempunyai seorang putera Raja Azlan Muzaffar Shah, empat tahun, dan seorang puteri Raja Nazira Safya, dua tahun, dilantik sebagai Raja Kecil Besar Perak berikutan pelantikan ayahanda baginda sebagai Sultan Perak ke-34 pada 16 Feb 1984.

Mengikut hirarki sistem penggiliran Kesultanan Perak, kedudukan Raja Kecil Besar adalah di tempat ketiga selepas Raja Di-Hilir dan Raja Muda sebelum dilantik sebagai Sultan.

Sementara itu, kedudukan di bawah Raja Kecil Besar adalah Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Tengah dan Raja Kechil Bongsu.

Pada 1987 apabila Raja Muda Raja Ahmad Saifuddin Almarhum Sultan Iskandar Shah mangkat, Raja Ahmad Hisham Raja Abdul Malik, 80, Raja Di-Hilir pada masa itu telah memberi laluan kepada Sultan Nazrin Shah untuk naik menjadi Raja Muda atas faktor usia.

Semasa ayahanda baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah telah dilantik sebagai Pemangku Raja Perak mulai April 1989 hingga 1994.

Sultan Nazrin Shah yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur, telah melanjutkan pelajaran menengah di St. John Institution.

Baginda memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Falsafah, Politik dan Ekonomi daripada Oxford University.

Sekembalinya dari luar negara, baginda bertugas sebagai Pegawai Eksekutif Petronas dari 1979 hingga 1983.

Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Awam di Kennedy School of Government, Harvard University.

Sultan Nazrin Shah yang merupakan Pro-Canselor Universiti Malaya adalah juga Felo Kehormat Kolej Worcester, Oxford University.

Pada tahun lepas, baginda dilantik sebagai Ahli Canselor Court of Benefectors, Oxford University serta Ahli Pemegang Amanah Pusat Kajian Islam Oxford University.

Selain itu, Sultan Nazrin Shah merupakan Felo ISIS (Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia) Terbilang.

Baginda juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak serta Duta Kewangan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (MIFC).

Mengikuti jejak ayahandanya, Sultan Nazrin Shah pernah memegang jawatan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia selain menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Perak.

Baginda pernah menerima Anugerah Melvin Jones Fellowship daripada Lions International Foundation berpangkalan di Chicago, anugerah tertinggi yang diberi kepada individu untuk khidmat kemanusiaan, selain menerima Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global 2012.

Terkenal dengan sifat merendah diri dan berjiwa rakyat, baginda turut mengejutkan banyak pihak apabila menolak dengan hormat peruntukan kerajaan negeri untuk urusan perkahwinan pada 2007.

Raja-Dr-Nazrin-Shah-Sultan-Perak-Baharu-Tabal

Pembangkang DUN P.Pinang Mahu Rayer Dikenakan Tindakan Kerana Menghasut

Posted: 29 May 2014 01:58 AM PDT

GEORGE TOWN, 29 Mei – Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid berkata insiden pencerobohan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 21 Mei lepas berlaku disebabkan provokasi melampau oleh wakil rakyat kerajaan negeri.

Sehubungan itu kata beliau seharusnya wakil rakyat berkenaan terlebih dahulu dikenakan tindakan menurut Seksyen 31(e) Akta Hasutan sebelum Ketua Menteri Lim Guan Eng boleh menggesa penceroboh DUN diambil tindakan keras.

ketua-pembangkang-pulau-pinang-adun-teluk-air-tawar-jahara-hamid-umno-bn

“Beliau (Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S.N Rayer) bukan sahaja menyebut perkataan ‘UMNO celaka’ di dalam DUN tetapi juga semasa berkempen untuk pilihan raya kecil Bukit Gelugor dalam khalayak ramai.

“Kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap pemimpin UMNO itu dibuat dengan tujuan politik,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Jahara mengulas kenyataan Lim yang dilapor akhbar hari ini sebagai menggesa Peguam Negara menjalankan siasatan menurut Seksyen 121(b) dan 124(B) Kanun Jenayah terhadap kumpulan yang menceroboh DUN tersebut.

Mengulas lanjut, Jahara berkata kumpulan itu tidak bertujuan mewujudkan huru-hara atau mengganggu persidangan DUN sebaliknya mahu mencari Rayer dan menuntutnya memohon maaf.

“Mereka tidak berniat untuk buat jenayah pun kerana tidak membawa apa-apa  senjata, lagipun mereka datang ketika dewan sedang berhenti rehat dan saya sendiri telah memohon maaf secara terbuka pada keesokan harinya,” katanya.

Dalam insiden itu, sekumpulan 100 lelaki yang mengaku anggota UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan merempuh pagar utama DUN Pulau Pinang untuk  mencari Rayer dan mendesak wakil rakyat DAP itu memohon maaf kerana mengeluarkan perkataan  kesat.

Rayer dalam perbahasannya mendakwa beberapa pemimpin UMNO di negeri ini  cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969.

pas-dyana-melayu-sokong-pemimpin-parti-rasis-cauvinis-cina-india-lim-kit-siang-rsn-rayer-umno-celaka-islam

Batu Puteh : Sultan Johor Titah Tubuh Pasukan Khas Kaji Untuk Merayu

Posted: 29 May 2014 12:34 AM PDT

JOHOR BAHARU, 29 Mei – Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini menitahkan kerajaan negeri Johor supaya menubuhkan sebuah pasukan khas supaya mengkaji untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan Pulau Batu Puteh.

Sultan Ibrahim bertitah langkah itu sejajar dengan pesanan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Johor dan pulau berkenaan mesti kekal menjadi sebahagian daripada negeri Johor.

sultan-ibrahim-negeri-johor-malaysia

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di Bukit Timbalan sini hari ini.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah baginda mahu kontraktor tempatan turut mendapat faedah daripada pelaksanaan pembangunan kompleks petroleum Pengerang dekat Kota Tinggi.

Baginda bertitah pembangunan itu yang akan memberikan impak besar terhadap ekonomi Johor sepatutnya turut memberi faedah kepada rakyat Johor.

Mengenai kebanjiran pelabur dari China terutamanya dalam sektor hartanah di negeri ini, Sultan Ibrahim bertitah pelaburan seumpama itu amat diperlukan bagi mengekalkan pembangunan ekonomi kerana Johor tidak boleh hanya bergantung kepada pelabur tempatan sahaja.

“Kebetulan pada masa ini hanya pelabur dari China yang dilihat lebih berminat untuk datang ke Johor kerana mereka percaya dengan potensi yang dimiliki negeri ini serta dasar kerajaan yang mesra pelabur,” titah baginda.

Sultan Ibrahim dalam pada itu mahu sebuah Perbadanan Alam Sekitar Negeri Johor diwujudkan di bawah Enakmen Negeri Johor seperti yang sudah ditubuhkan di Melaka, Sabah dan Sarawak bagi menjaga dan memelihara alam sekitar negeri Johor.

Mengenai cuti mingguan negeri ini, Sultan Ibrahim mahu kerajaan negeri Johor menyelaraskan cuti mingguan bagi semua sektor di negeri ini kepada hari Jumaat dan Sabtu seperti yang diisytiharkan.

Baginda bertitah terdapat rungutan ibu bapa yang bekerja di sektor swasta bahawa mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak disebabkan terpaksa bekerja pada hari Jumaat.

Sambil melafazkan syukur kerana negeri Johor bertambah makmur, Sultan Ibrahim mengingatkan semua anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan politik masing-masing.

Baginda juga mahu semua anggota DUN supaya memelihara kesopanan dan kesusilaan semasa berbahas.

“Saya ingatkan pikullah amanah yang diberikan rakyat dengan penuh tanggungjawab tanpa mengira latar belakang agama, bangsa atau parti politik,” titah baginda.

Raja Dr Nazrin Shah Diisytihar Sebagai Sultan Perak Yang Baharu

Posted: 29 May 2014 12:27 AM PDT

pm-najib-rosmah-penghormatan-terakhir-doa-almarhum-sultan-azlan-shah-mangkat-raja-nazrin-baharu

KUALA KANGSAR, 29 Mei – Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, 58, diisytihar sebagai Sultan Perak yang baharu.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumuman itu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum istiadat pengkebumian Almarhum Sultan Azlan Shah.

Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang semalam.

Raja Nazrin, 58, kini dikenali sebagai Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sultan Nazrin, yang merupakan putera sulung Sultan Azlan Shah, menggantikan ayahanda bagindanya yang mangkat semalam.

Sultan Nazrin kemudian melafazkan sumpah yang berbunyi: “Adalah kita Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi, bahawa kita mengaku memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian takluk jajahannya menurut Perlembagaan Perak dengan adil mengikut hokum Allah.”

Setelah melafazkan sumpah, baginda menurunkan tandatangan di atas surat sumpah disusuli laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali oleh para hadrin.

Istiadat diteruskan dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, sebelum Sultan Nazrin meletakkan tangan dan mengucup keranda  Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai syarat supaya disempurnakan pemakaman jenazah.

Istiadat pengisytiharan pelantikan Sultan Perak yang baharu disempurnakan sejurus selesai sesi penghormatan terakhir pada pukul 3 petang.

Dewan Negara Perak yang bersidang semalam telah memperkenankan pelantikan Sultan Perak yang baharu.

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari semalam dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar hari ini.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT