SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, May 5, 2014

UMNO Online - “Muhyiddin Arrives In Uzbekistan” plus 2 more

UMNO Online - “Muhyiddin Arrives In Uzbekistan” plus 2 more

Link to UMNO Online

Muhyiddin Arrives In Uzbekistan

Posted: 04 May 2014 11:41 AM PDT

TASHKENT, May 4 – Malaysian Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin arrived here Sunday night to begin a four-day official visit to Uzbekistan aimed at strengthening ties with this Central Asian republic of about 30 million people.

The plane carrying Muhyiddin and his entourage touched down at the Tashkent International Airport about 7.10 pm local time (10.10 pm Malaysian time).  On hand to welcome Muhyiddin, who is making his maiden visit here, was Uzbekistan’s Deputy Prime Minister in Charge of Education and Social Issues Ikramov Adkham Ilkhamovich.

Also present at the airport was Malaysia’s ambassador to Uzbekistan, Abdul Aziz Harun.

Muhyiddin is accompanied on the trip by his wife Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

The Malaysian deputy prime minister is scheduled to hold talks with Uzbekistan leaders as well as preside over a roundtable session with the country’s business community.

His programme also includes launching the Malaysian Education Fair and Art Exhibition 2014 and visiting the Uzbekistan State University of World Languages.

Uzbekistan is Malaysia’s largest trading partner in the Central Asia region with total trade between the two countries recorded at about US$71 million last year. -MediaUMNO

Masyarakat Berbilang Kaum Di Sabah Perlu Buang Sifat Hasad Dengki – Tawfiq

Posted: 04 May 2014 11:36 AM PDT

TAWAU, 4 Mei – Masyarakat berbilang kaum di negeri ini diminta membuang sifat hasad dengki dan amarah membuta tuli untuk membentuk sebuah komuniti cemerlang menerusi kerjasama antara semua kaum, Kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

yb-datukhaji

Beliau berkata perbezaan siasah termasuk pendapat perlu diketepikan dengan mewujudkan sikap berganding bahu, toleransi dan kepakaran dalam membangunkan negeri Sabah.

“Konsep permuafakatan dan menghormati kepelbagaian antara kaum haruslah dijadikan asas utama oleh semua rakyat berbilang kaum di negeri ini demi mencapai perpaduan dan kemajuan,” katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Iban Dayak Tawau, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Naib Ketua Umno Bahagian Tawau Nizam Abu Bakar Titingan.

Tawfiq, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas, berkata masyarakat berbilang kaum di negeri ini juga perlu menerima perbezaan yang ada pada setiap kaum serta berganding bahu untuk menjayakan program transformasi kerajaan.

“Bagaimanapun dalam permuafakatan harus ada kompromi, pengorbanan dan tolak ansur. Tetapi pada masa sama setiap kaum perlu mengekalkan jati diri mereka,” katanya.-MediaUMNO

Bangsa Melayu Perlu Ada Jati Diri Tinggi Pertahan Agama Dan Maruah – Raja Muda Perlis

Posted: 04 May 2014 11:30 AM PDT

SURABAYA, 4 Mei – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bangsa Melayu berpotensi tampil mempertahankan agama Islam, budaya dan maruah kaum itu jika mempunyai jati diri yang tinggi.

Baginda bertitah bangsa Melayu di Malaysia yang tidak boleh dipisahkan dengan Islam, juga perlu meningkatkan fahaman dan menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW agar mereka menjadi bangsa yang bermartabat.

“Apabila pegangan kuat maka jati diri akan diperkasa dan segalanya akan berada pada jalan yang benar…Insya-Allah,” titah baginda pada majlis santapan malam, bersempena Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) ketiga, di sini, Sabtu.

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat pada majlis itu. Turut hadir, Menteri Badan Usaha Milik Negara Indonesia, Dahlan Iskan.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah pelajar Melayu secara khususnya perlu dibekalkan ilmu dan pendedahan yang secukupnya untuk membentuk disiplin dan sebagai pandu arah kepada tindakan serta sikap rasional mereka.

“Misalnya, jika diimbas kembali, dahulu anak-anak diajar ilmu persilatan bukan bertujuan menjadi samseng, perusuh di jalanan dan sebagainya. Tetapi yang nyata ialah mampu membangkitkan semangat jati diri, patriotisme dan kecintaan terhadap bangsa yang tinggi,” kata baginda.

Di majlis itu, baginda turut melancarkan Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Surabaya serta World Intellectual Network (WIN).

Baginda berdua turut berkenan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara UniMAP dan tujuh rakan dalam kalangan universiti dan institusi pengajian tinggi serta organisasi di Jawa Timur dan Malaysia.

SePMA ketiga anjuran UniMAP dengan tema “Bersatu Mendepani Survival Melayu” itu, dirasmikan Presiden DMDI Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini (Ahad). Turut hadir, Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin.

Sementara itu, dalam kunjungan baginda ke syarikat akhbar terbesar di Indonesia, Jawa Pos, Tuanku Syed Faizuddin bertitah UniMAP akan memperkenalkan program Komunikasi Media Baharu di bawah Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM) bermula 1 Sept depan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Canselor UniMAP, berharap menerusi penguasaan ilmu baharu yang diwujudkan di UniMAP itu, ia akan dapat melahirkan graduan yang lebih kompetitif, mampu bertindak dengan lebih cekap dan pantas serta membuat keputusan yang tepat.

Jawa POS merupakan syarikat akhbar yang diasaskan oleh Dahlan sebelum beliau dilantik sebagai menteri kabinet Indonesia.-MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT