SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, May 1, 2014

UMNO Online - ““Blackout”, Tipu Undi…. Pemilihan Parti Bogelkan Amalan Politik Kotor PKR” plus 9 more

UMNO Online - ““Blackout”, Tipu Undi…. Pemilihan Parti Bogelkan Amalan Politik Kotor PKR” plus 9 more

Link to UMNO Online

“Blackout”, Tipu Undi…. Pemilihan Parti Bogelkan Amalan Politik Kotor PKR

Posted: 30 Apr 2014 05:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 April – Bekas Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan, Lokman Noor Adam menyifatkan apa yang berlaku dalam pemilihan pimpinan PKR yang sedang berlangsung sekarang sebagai "paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih".

Tegasnya jika selama ini mereka (Pakatan Pembangkang) mengatakan pihak Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR) tidak telus, SPR menipu dan membantu BN menang Pilihan Raya Umum, tetapi hari ini jelas membuktikan bahawa tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan itu sebenarnya berlaku dalam diri mereka sendiri.

"Semasa PRU13, mereka telah menuduh bahawa BN membawa masuk pengundi dari Bangladesh berjumlah lebih 40,000 orang, dan mereka juga menuduh seolah-olah berlaku apa yang dinamakan 'blackout' ketika proses pengiraan undi yang menyebabkan banyak tong-tong undi kononnya telah ditukar.

Bekas-Majlis-Tertinggi-Pkr-Keadilan-Anwar-Gerakan-Reformasi-Lokman-Noor-Adam

"Kalau kita lihat dari segi tuduhan ini, hari ini telah terbongkar cerita bagaimana kertas-kertas undi palsu telah pun tersedia oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan insiden serbuan ke atas sebuah hotel dan terjumpanya kertas-kertas undi tersebut bukan didedahkan oleh UMNO tetapi didedahkan oleh ahli PKR itu sendiri," ujarnya yang juga Bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambah belaiu lagi begitu juga dengan pemilihan CEC DAP, kalau dilihat pada pemilihan DAP peringkat awal, Zairil telah diistiharkan kalah tetapi akhirnya demi nak menunjukkan bahawa DAP tidak anti Melayu, dan DAP sebuah parti yang tidak mengamalkan cauvinis, maka keputusan itu boleh berubah

"Malah dalam pemilihan UMNO dulu, mereka mengatakan bahawa UMNO mengamalkan politik wang, tetapi hari ini kita lihat bahawa amalan politik wang itu bermaharajalela dalam PKR khususnya selepas mereka memenangi kerajaan negeri Selangor di mana mereka mempunyai sumber kewangan dari sumber-sumber yang haram.

"Sebagai contoh di Bahagian Subang, sahabat-sahabat lama saya di Subang mengatakan bahawa pimpinan PKR Subang mendapat dana daripada rumah-rumah urut dan juga kedai-kedai kuda haram yang tumbuh `bak cendawan tumbuh selepas hujan' di sana", katanya.

Justeru jelas beliau lagi dengan sumber kewangan yang datang dari pelbagai sumber, PKR hari ini antara parti politik di kalangan pakatan pembangkang yang cukup hebat menggunakan politik wang dalam partinya.

"Selepas PRU yang lalu, pakatan pembangkang menuntut supaya Pengerusi SPR meletakkan jawatan hanya bersandarkan tuduhan-tuduhan palsu yang dilemparkan kepada SPR, maka saya juga mencabar pimpinan-pimpinan PKR menuntut supaya pimpinan PKR yang terlibat ini meletakkan jawatan mereka.

"Segala perkembangan ini wajar dijadikan pengajaran dan diambil kira dalam memilih kerajaan. Tanyalah kepada diri sendiri, sanggupkah kita mempunyai kerajaan seperti PKR? Bayangkan, jika ahli-ahli sendiri pun boleh dipijak-pijak dan disepak-sepak, apatah lagi rakyat? Dan apatah lagi kaum lain, terutamanya kaum Melayu?", katanya.

Dalam keadaan ini beliau mempersoalkan di manakah kredibiliti PKR, mahupun pakatan pembangkang untuk mempersoal integriti sesiapa terutama SPR?

"Jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan mereka untuk mempertikai SPR?

"Berdasarkan apa yang berlaku, terbuktilah bahawa segala demonstrasi BERSIH yang dipromosi pakatan pembangkang sehingga menyebabkan kecederaan, kemusnahan dan kerugian sebenarnya tidak mempunyai makna sama sekali," katanya. -MediaUMNO

pemilihan-parti-pkr-2014-pangkah-undi-dalam-bilik-hotel-telus-integriti-amanah-anwar

Laporan Awal Tentang MH370 Dikeluarkan Esok – Hishammuddin

Posted: 30 Apr 2014 04:34 AM PDT

SEPANG, 30 April – Laporan awal tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 akan dikeluarkan esok, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata laporan itu adalah serupa seperti yang dikemukakan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) oleh Jabatan Penerbangan Awam  (DCA).

“Saya rasa tiada apa-apa masalah untuk mengeluarkan laporan itu. Tetapi kami telah memutuskan sebagai satu pasukan, bahawa ia akan dikeluarkan esok.

“Persetujuan itu saya minta dalam perbincangan saya dengan Australia dan pihak berkepentingan lain dalam misi pencarian, saya telah membentangkan  dan melaporkannya kepada Kabinet pagi ini dan saya mendapat mandat yang perlu,” katanya selepas merasmikan Stesen Express Rail Link (ERL) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 11 (klia2) di sini, hari ini.

Komitmen kerajaan untuk mengeluarkan laporan itu disuarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata beliau akan berlepas ke Australia minggu depan untuk berbincang tentang fasa baharu misi mencari MH370 yang sekarang tertumpu di kawasan laut dalam dan termasuk aspek kewangan.

Beliau berkata sebarang pengumuman berhubung kos operasi bagi fasa baharu juga akan dibuat minggu depan jika pihak-pihak berkaitan mencapai kata sepakat dan persetujuan mengenainya.

“Tetapi kami tidak tahu tentang kosnya sehingga kami memutuskan di mana hendak memulakan pencarian, apakah aset yang akan digunakan dan siapa yang akan membekalkan aset-aset itu,” katanya dan menambah tiga jawatankuasa peringkat kementerian sedang meneliti perkara itu.

Dalam sidang media di Canberra pada Isnin, Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata operasi mencari sekarang memasuki fasa baharu dengan tumpuan kepada pencarian di dasar laut membabitkan kawasan lebih luas.

Beliau berkata fasa baharu membabitkan khidmat kontraktor komersial yang memiliki kepakaran tinggi dalam operasi pencarian di laut dalam dengan kosnya dianggarkan AUD60 juta (RM184 juta).

Abbott berkata Australia akan akan memohon “sumbangan berpatutan” daripada negara-negara lain yang menyertai operasi mencari.

Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudiannya difahamkan ia telah melencong daripada laluan asalnya dan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Pemuda UMNO Sedia Bantu Pas Kelantan Beri Penerangan Berkaitan Hudud

Posted: 30 Apr 2014 04:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 April – Pergerakan Pemuda UMNO sedia membantu Pas Kelantan untuk memberi penerangan dan perincian berkaitan hukum hudud kepada golongan muda bukan Islam.

Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun berharap kerajaan negeri Kelantan dapat menerima pelawaan Pemuda UMNO dan mengadakan perbincangan bersama untuk menerangkan versi hukum hudud.

“Pemuda bersifat positif dan gembira sekiranya Pemuda Pas boleh bersama-sama dengan pergerakan Pemuda UMNO bergabung untuk kita turun padang dan perjelaskan kepada masyarakat terutama generasi muda apakah hudud yang sebenarnya.

fathul-bari-khairul-azwan-naib-ketua-pemuda-umno-exco-majlis-ulama

“Kita tidak ada niat politik, tidak langsung ada agenda untuk menjadi juara terhadap hukum hudud ini tetapi lebih penting adalah pemahaman yang sebenar dapat diberi kepada masyarakat umum,” katanya dalam temu bual bersama Bernama di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Pergerakan Pemuda UMNO Dr Fathul Bari Mat Jahya dan Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Azmir Yuzaimi Mohd Yunos.

Khairul Azwan mencadangkan pelbagai pendekatan termasuk program dialog di universiti-universiti tempatan, memperkenalkan video klip pendek tentang hokum hudud dan ceramah yang dimuat naik di laman sosial.

Mengulas tentangan terhadap hukum hudud daripada parti komponen Barisan Nasional (BN), beliau berkata tentangan itu adalah kerana mereka risau serta tidak jelas dengan hukum hudud.

“Tetapi kepimpinan Pemuda MIC dan Gerakan dalam semangat setia kawan BN bersetuju untuk menerima penjelasan dan penerangan daripada biro agama untuk lebih memahami hukum ini,” katanya.

Sementara itu, Azmir berkata Pas Kelantan perlu berhati-hati dalam melaksanakan hukum hudud kerana sekiranya pelaksanaan hukum itu gagal dan tidak adil, ia hanya akan membawa cemuhan daripada golongan bukan Islam.

Fathul Bari pula berkata fokus utama Pemuda adalah bagi membetulkan persepsi negatif berkaitan hukum hudud dan berharap kali ini Pas ikhlas untuk melaksanakan hukum tersebut di Kelantan.

Dewan Negara Lulus Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2014

Posted: 30 Apr 2014 03:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 April – Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2013 bagi tujuan perbelanjaan selepas dibahaskan selama tujuh jam sejak tengah hari tadi.

Rang undang-undang mengandungi permohonan perbelanjaan tambahan sebanyak RM2.392 bilion (RM2,392,077,572) itu diluluskan selepas dibacakan buat kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Dua belas kementerian, jabatan dan agensi yang memohon perbelanjaan tambahan itu iaitu peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun sebanyak RM2,099,876,700; Jabatan Perkhidmatan Awam (RM55.6 juta); Jabatan Perdana Menteri (RM53.4 juta) dan Kementerian Kerja Raya (RM50 juta).

Selain itu, perbelanjaan tambahan itu turut melibatkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Kementerian Luar; Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Kementerian lain termasuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Terdahulu, Ahmad ketika menggulung perbahasan menolak andaian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih cemerlang ketika menjadi Menteri Kewangan berbanding Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kurang mengemukakan bajet tambahan.

Berdasarkan perbandingan, beliau berkata bilangan bajet tambahan yang dibentangkan Najib adalah jauh lebih rendah iaitu hanya dua kali setahun sejak memegang jawatan itu pada 2008, berbanding 30 kali, dengan purata empat kali setahun yang dilakukan Anwar dalam tempoh lapan tahun.

“Anwar ketika jadi menteri kewangan buat lebih banyak, pada 1991 beliau kemukakan empat kali bajet tambahan, diikuti 1992 (4), 1993 (5), 1994 (4), 1995 (4), 1996 (3), 1997 (4) dan 1998 (2), ini yang orang tidak tahu,” katanya.

Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin.

Siapa Bohong? DAP Kata Pas Terpaksa Buat Hudud Sebab Takut Hilang Undi

Posted: 30 Apr 2014 03:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 April – Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali mengingatkan kepimpinan Pas agar jangan menjadikan hukum Allah sebagai permainan dan senjata politik mereka untuk meraih semula sokongan bangsa Melayu dan umat Islam di negara terhadap parti tersebut.

Menurut beliau, ini berdasarkan kenyataan ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok yang dilaporkan di dalam sebuah portal berita pro pembangkang, Pas mengambil inisiatif untuk melaksanakan hudud hanyalah semata-mata bagi mengelakkan kehilangan sokongan Melayu di dalam satu pertemuan antara Pas dan wakil DAP serta PKR semalam.

"Jika benar apa yang dikatakan oleh Teresa itu, Pas ternyata tidak benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hukum Allah. Malah, Pas mempergunakan pula hukum Allah itu sebagai umpan untuk menarik sokongan orang Melayu demi kepentingan politik mereka dan bukannya kerana Allah semata-mata.

"Jika inilah yang diterangkan oleh Pas dalam pertemuan mereka dengan wakil-wakil kepimpinan DAP dan PKR baru-baru ini, ternyata Pas masih lagi tetap menjadikan agama sebagai modal politik untuk meraih sokongan bangsa Melayu. Macam mana Pas mahu dapat redha Allah jika inilah niat mereka yang sebenar di sebalik isu hudud yang mereka uar-uarkan kepada rakyat di negara ini," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelas beliau lagi, sikap Pas yang menggunakan agama sebagai perbuatan politik merupakan perbuatan tercela dan sikap mereka ini memperlihatkan dakwaan dan kenyataan di mana Pas menggunakan agama sebagai umpan politik mereka ternyata benar.

"Bagi saya, pendedahan Teresa Kok itu merupakan satu bukti bahawa selama ini, Pas mempermain-mainkan agama dengan meletakkan hukum Allah itu hanyalah sekadar satu modal retorik politik untuk meraih sokongan rakyat.

"Pas sememangnya sudah lama berselindung disebalik jubah agama mereka dengan menjual ayat-ayat Quran serta hukum Allah untuk mendapatkan kuasa politik. Kononnya dengan adanya kuasa, barulah boleh menegakkan hukum Allah.

"Tetapi di Kelantan, rang udang-undang Hudud telah pun di luluskan oleh Dewan Rakyat negeri Kelantan sejak tahun 1990-an lagi, namun sehingga ke hari ini, tidak ada sebarang usaha Pas untuk melaksanakan hudud di negeri tersebut," ujarnya.

Pas seringkal  memberikan alasan kononnya usaha mereka untuk melaksanakan hudud itu dikekang oleh kerajaan pusat, sedangkan semua orang tahu bahawa kuasa dalam bidang agama terletak pada kerajaan negeri.

"Kenapa baru sekarang, isu hudud ini ditimbulkan kembali setelah 22 tahun berlalu? Apakah Pas sengaja menimbulkan semula isu hudud ini sebagai satu strategi politik mereka untuk meraih sokongan umat Islam, apabila menyedari sokongan umat Islam di negara ini terhadap mereka semakin berkurangan ekoran kerjasama mereka bersama Dap yang cauvinis dan PKR yang liberal?

"Sekali lagi saya nak nasihatkan pada kepimpinan Pas, agar jangan menjadikan hukum Allah ini hanya sebagai umpan untuk meraih undi. Jangan jual agama untuk kepentingan peribadi. Jika benar-benar mahu laksanakan hudud, laksanakanlah kerana Allah, bukan kerana dicabar oleh UMNO atau kerana mahu meraih sokongan dan undi demi kuasa politik," tegasnya.

Hari ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dilaporkan berkata di dalam pertemuan tersebut, pemimpin Pas memberitahu wakil DAP dan PKR tentang kesukaran mereka dalam berdepan masyarakat kampung Melayu kerana  UMNO menguar-uarkan dakwaan mereka dikawal DAP.

Teresa juga dilaporkan berkata bahawa pimpinan Pas turut memberitahu wakil DAP dan PKR di mana mereka  tidak boleh berdiam diri setelah menerima cabaran yang diberikan oleh UMNO dalam isu hudud dan sekiranya  mereka tidak memberikan respon dalam keadaan ini, Pas akan hilang lebih banyak sokongan daripada orang Melayu.

Selain daripada Teresa Kok, turut hadir dalam perbincangan bersama Menteri Besar Kelantan yang mewakili Pas ialah Naib Presiden PKR Tian Chua dan Sivarasa Rasiah. Wakil DAP pula Timbalan Setiausaha Agung Datuk Ngeh Khoo Ham dan Ahli Parlimen Kluang Liew Ching Tong. -MediaUMNO

hadi-pas-pakatan-sokong-hudud-dap-pkr-tolak-tak-pernah-guan-eng-anwar-bukti

gobind-singh-deo-karpal-pas-putar-belit-guna-hudud-agama-islam-kebenaran-demi-sokongan-undi-syurga

Obama’s Visit Should Not Be Politicised – Senators Council

Posted: 30 Apr 2014 02:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 30 – The Malaysian Senators Council (MSM) today expressed regret that certain quarters had taken the opportunity to politicise United States President Barack Obama’s recent visit to Malaysia.

Council president, Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman said these individuals had made various claims such as the government had prevented Obama from meeting the opposition leader (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

He said the allegation was not only ridiculous but also baseless and irresponsible as there was no reason for the government to do that to its guest, what more to a leader of a world superpower.

“However, MSM is pleased with Obama’s gesture of respecting his host. We believe that as a leader who once lived in Indonesia and was exposed to eastern culture, he understand our customs,” he said in a statement today.

Abdul Rahim said the council also regarded Obama’s visit as an honour for the country and its people, and proved that Malaysia managed to draw the attention of Obama and his administration.

“We believe this is also because Malaysia is well known as a country that takes an approach of moderation in its relations with other countries and in tackling issues, whether with its neighbours, or regionally and internationally,” he added.

Obama’s three-day visit to Malaysia took place 48 years after President Lyndon B. Johnson’s visit to this country in 1966.

Jadikan Ulangtahun UMNO Ke-68 Medan Pengukuhan Parti, Utamakan Khidmat Untuk Rakyat

Posted: 30 Apr 2014 02:32 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahthir berkata mempertahan kemenangan merupakan sesuatu yang sukar dan bukannya perkara yang cukup mudah untuk dilakukan.

Justeru beliau menyeru kepada seluruh kepimpinan dan ahli serta pendokong UMNO di negeri terbabit menjadikan ulangtahun UMNO yang ke-68 pada tahun ini untuk sama-sama memperkukuh dan meningkatkan lagi keupayaan parti sebagai pembela masyarakat.

"Kalau dulunya tumpuan kita adalah untuk menawan semula hati rakyat agar memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU-13, sekarang ini pula adalah soal nak mempertahankan kemenangan dan ianya bukan perkara yang mudah.

Naib Presiden UMNO

"Justeru segala pergeseran yang timbul apabila masing-masing sibuk menjaga kebajikan rakyat ianya perlulah diketepikan dan ditumpukan kepada kerja-kerja yang kita ada sekarang. Jadi apabila ini dilakukan rakyat akan nampak perpaduan yang ada pada UMNO.

"Dan mereka juga akan nampak kesungguhan kita dan sekaligus memperkukuhkan lagi kekuatan parti. Kesatuan bukan sahaja perlu dipertahankan malah perlu diperkukuhkan. Inilah harapan saya dan UMNO Kedah," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Mukhriz seterusnya menambah rakyat telah memberikan peluang kedua kepada UMNO menerusi BN mentadbir serta menguruskan negeri itu setelah sepenggal berada dibawah pemerintahan Pas.

"Itu menujukkan bahawa bila-bila masa rakyat boleh tukar. Kita tidak mahu perubahan berlaku lagi. Utamakan perpaduan sesama kita adalah kunci segala-galanya dan rakyat memerhatikan kita samada melaksanakan kepercayaan yang diberikan pada pilihan raya umum yang lalu.

"Bila kita berkhidmat untuk mereka, saya rasa tidak ada masa untuk kita bertelingkah sesama sendiri dan itu saya ingat akan menguatkan UMNO itu sendiri.

"Kepada seluruh kepimpinan dan ahli serta pendokong, marilah kita sama-sama menghayati perjuangan agama, bangsa dan tanah air yang wujud sekian lama dan menterjemahkannya dalam bentuk aktiviti yang menepati citarasa rakyat.

"Kita kena tahu dan kena faham kerja kita adalah untuk meningkatkan syiar Islam, memajukan tanah air dan memartabatkan bangsa kita," ujarnya. -MediaUMNO

Konsep 1Malaysia Tutup Istilah Minoriti dan Majoriti, Usah Manipulasi Isu

Posted: 30 Apr 2014 02:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 April – Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan petikan ucapan Presiden Barack Obama berkaitan isu layanan ke atas golongan minoriti sebagai bahan manipulasi sememangnya menjurus kepada agenda politik tanpa mengambil kira kepentingan umum.

Penganalisis politik tempatan, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad menganggap bahawa tindakan Anwar yang memetik kenyataan terbabit lebih kepada niat untuk dimanipulasikan agar segelintir masyarakat yang tidak matang dalam politik dapat dipengaruhi dengan memburuk-burukkan dasar dan prinsip kerajaan selama ini.

"Sebagai pemimpin negara maju, Obama tentunya bercakap berdasarkan kepada pemahamannya berkaitan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan, agama Islam sebagai agama rasmi dan orang Melayu mempunyai hak keistimewaan namun malangnya, sebagai pemimpin tempatan, Anwar lebih melihat kepada agenda politik walhal beliau sendiri memahami dasar dan pendirian negara kita," katanya kepada UMNO-Online.

anwar-pembangkang-manipulasi-ayat-ucapan-obama-diskriminasi-minoriti-agenda-niat-jahat

Jelas beliau, jika dilihat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan sememangnya termaktub fasal-fasal berkaitan agama Islam, bangsa Melayu dan kaum bumiputera tetapi dalam masa yang sama kaum lain tidak pernah diketepikan.

"Kedudukan yang diputuskan dalam Perlembagaan Persekutuan ini adalah persetujuan bersama yang terbentuk sebelum merdeka dan digunapakai sehingga ke hari ini dengan keseluruhan rakyat memahami tanggungjawab yang termaktub di dalamnya malah berdasarkan Perlembagaan inilah negara kita dapat mencapai kemajuan sebagaimana hari ini."

Sebelum ini, Obama menyifatkan Malaysia tidak berlaku adil dalam konteks agama kepada semua kaum.

"Dalam konteks Malaysia hari ini sebenarnya tidak wujud istilah golongan minoriti atau majoriti kerana hak dan kebebasan diberikan sama rata iaitu semua warganegara mempunyai hak untuk memiliki harta, mempunyai hak untuk mendapat pendidikan, peluang memasuki universiti tanpa berdasarkan merit lagi, peluang pekerjaan dan kebebasan dalam mengamalkan agama atau budaya masing-masing.

"Barangkali ada orang luar yang melihat wujudnya minoriti dan majoriti ini kerana di barat penindasan sedemikian adalah perkara biasa lantas kerana itu ada macam-macam hak asasi atau kebebasan yang wujud sedangkan di negara ini, kelangsungan dalam pentadbiran kerajaan memberikan peluang sama rata kepada semua pihak."

Jelasnya yang juga pensyarah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, pemahaman orang luar tidak sama dengan apa yang telah dilalui oleh rakyat Malaysia namun dalam masa yang sama ada segelintir pihak yang sengaja memanipulasikannya dengan cubaan untuk 'mencuit' golongan yang tidak matang dalam politik.

"Ada pihak yang sengaja mahu menjadikannya sebagai bahan bagi mencabar dasar dan prinsip negara ini dengan menggangu gugat kesejahteraan iaitu membabitkan agama misalnya yang sememangnya amat sensitif jika diperbesar-besarkan dan boleh menjadikan negara ini huru-hara.

"Konteks yang dibawa oleh pihak terbabit jika diteliti seakan berniat negatif apabila Islam yang tentunya Melayu melupakan bangsa lain dalam soal pentadbiran dan keadilan sedangkan semua perkara tersebut tidak wujud," katanya.

Anwar mendakwa, pandangan Obama berhubung isu tersebut terbentuk melalui pertemuan dengan kumpulan masyarakat sivil semasa kunjungan singkat presiden Amerika Syarikat itu ke Malaysia, hujung minggu lalu.

Beliau seterusnya menyatakan bahawa golongan miskin di Malaysia yang dipinggirkan itu sebahagian besarnya terdiri daripada golongan Melayu bumiputera dan Orang Asal Sabah dan Sarawak.

"Kenyataan ini dipergunakan bagi menggambarkan kepada rakyat kononnya kerajaan kita mempunyai pentadbiran yang tidak adil sedangkan dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib sebagai Perdana Menteri, kelonggaran berlaku iaitu semua bangsa mempunyai kebebasan namun cara bagaimana nak merebut peluang itu yang wajar diambil kira," jelasnya lagi.

Dalam hal ini, beliau meminta mana-mana pihak membuat penilaian terlebih dahulu sebelum mengambil bulat-bulat kenyataan yang diberikan oleh mana-mana individu khususnya orang luar.

"Jika benar berlaku diskriminasi dan ketidakadilan mengapa pula kedudukan ekonomi dimonopoli oleh bangsa tertentu namun dalam masa yang sama bangsa lain tidak terbatas untuk bersaing." - MediaUMNO

ambiga-ngo-pembangkang-manipulasi-ayat-ucapan-obama-diskriminasi-minoriti-agenda-niat-jahat

Setiausaha Agung Pas Diarah Bayar Ganti Rugi Kepada Felda RM100,000

Posted: 30 Apr 2014 02:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 April – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan empat lagi defendan supaya membayar ganti rugi RM100,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) selepas mereka didapati bertanggungjawab memfitnah Felda berkaitan artikel bahawa agensi itu menjual minyak sawit mentah kepada Israel.

Hakim Lee Heng Cheong turut memerintahkan Mustafa dan empat lagi defendan — Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Taufek Yahya, penulis  artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd — membayar kos berjumlah RM30,000 kepada Felda.

Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan Felda terhadap defendan pertama, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan memerintahkan Felda membayar RM30,000 kos perundangan kepada Mazlan.

“Defendan pertama membuktikan pembelaannya berhubung perlindungan bersyarat dan komen berpatutan,” katanya.

Ketika membenarkan saman Felda terhadap lima defendan itu, Lee mendapati kedua-dua artikel yang disiarkan Mustafa dalam Harakah mampu menimbulkan fitnah terhadap plaintif (Felda).

lagi-fitnah-pembangkang-pkr-suara-keadilan-najib-felda-jual-minyak-sawit-israel

Hakim itu turut mendapati Felda membuktikan dengan jelas bahawa agensi berkenaan tidak menjual minyak sawit mentah kepada Israel dan lima defendan itu juga gagal membuktikan pembelaan mereka berhubung perlindungan bersyarat dan komen berpatutan.

Lee dalam keputusannya berkata Felda ialah entiti sah yang berasingan daripada Felda IFFCO Oil Products Sdn Bhd dan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dan selain itu tiada penjualan minyak sawit mentah dilakukan kepada Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, sebuah syarikat berpusat di Singapura.

“Bunge Agribusiness bukanlah sebuah syarikat Israel,” kata hakim itu yang membuat keputusan selepas mendengar keterangan daripada enam saksi.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Felda manakala Azhana Mohd Khairuddin mewakili keenam-enam defendan.

Mohd Hafarizam memberitahu pemberita kemudian bahawa beliau akan mendapatkan arahan anak guamnya sama ada akan merayu berhubung keputusan mahkamah menolak saman Felda terhadap Mazlan.

Pada 7 Jan tahun lepas, Felda menyaman keenam-enam mereka dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berhubung beberapa artikel bertajuk ’2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel’ dan ‘BN Jangan Tipu Rakyat, bertarikh 27 Nov 2012, yang disiarkan dalam Suara Keadilan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Felda berkata Mazlan memuat naik dalam laman Facebook beliau pada 19 Nov 2012, gambar invois dan kapsyen yang berbaur fitnah terhadap Felda selain turut membuat kenyataan yang sama semasa perhimpunan di hadapan pejabat Felda empat hari kemudian (23 Nov 2012).

Felda mendakwa kenyataan itu diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam dalam beberapa artikel akhbar Harakah antara 26 Nov dan 29 Nov, 2012.

Ia menegaskan kenyataan itu menjejaskan reputasi Felda dan mendakwa defendan berbuat demikian dengan niat mencapai agenda peribadi mereka untuk memusnahkan kepercayaan orang ramai terhadap Felda.

Bagaimanapun, pada 21 April kes saman fitnah Felda terhadap Saifuddin itu diselesaikan secara baik.

Saifuddin juga bersetuju untuk menerima dan mengakui bahawa Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd membuat penghantaran ke Palestin dan bukan Israel pada Mac 2010, dan Felda tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.

Beliau turut mengakui Felda dan Felda IFFCO Oil Products Sdn Bhd adalah dua entiti berasingan yang sah di sisi undang-undang.

fitnah-pembangkang-pkr-suara-keadilan-najib-felda-jual-minyak-sawit-israel

Proton Could Be Crippled Without Measures To Protect Automotive Industry

Posted: 30 Apr 2014 01:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 30 – Proton Holdings Bhd (Proton), could be crippled if steps are not taken to protect the local automotive industry in the same way the United States does for its soya bean sector, says former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

He said Proton at present faced strong competition due to foreign brands introducing new models on almost a daily basis.

” They (the foreign companies) can sell the cars in Malaysia, even at a loss, as profits can be made elsewhere. Malaysia is still small and there needs to be protection for our local automotive industry,” he added.

Dr Mahathir told reporters this when asked to comment on a statement by Minister of International Trade and Industry Datuk Seri Mustapa Mohamed in the Dewan Negara on Monday that Proton was facing a slight setback in respect of the export of its models overseas.

He was quoted as saying that the export trend for Proton’s models was registering a decline from year to year.

In 2011, the national car manufacturer exported 16,189 units, 13,311 units (2012) and last year, just 5,937 units.

Dr Mahathir was speaking after the launch of a book,” A UN Chronicle” at the Institute of Diplomacy and Foreign Relations, here today. The book was authored by Malaysia’s former permanent representative to the United Nations, Tan Sri Razali Ismail.

He said Malaysia practiced an open policy, whereby, “anyone who wants to enter, can do so”.

“Malaysia’s policy now does not just focus on the development of the local automotive industry but also prioritises the consumer (user).

“The consumer does not care what happens to the country, as they only want a low price and best product. As such, we (Proton)) find it difficult to compete, particularly with Perodua.

“Perodua does not manufacture a local but Japanese car assembled in Malaysia. But for Proton, from A to Z, everything in Malaysia is aimed at developing the local industry,” he added.

Dr Mahathir said consumers did not care if the local automotive industry died off or that 250,000 people would suffer.

“Consumers are only concerned about famous and foreign brands. As such, we will continue trying to overcome this,” he added.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT