SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, May 9, 2014

UMNO Online - “Pemilihan PKR Sudah Jadi Bahan Jenaka Umum… Ini Semua Salah UMNO?” plus 9 more

UMNO Online - “Pemilihan PKR Sudah Jadi Bahan Jenaka Umum… Ini Semua Salah UMNO?” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pemilihan PKR Sudah Jadi Bahan Jenaka Umum… Ini Semua Salah UMNO?

Posted: 08 May 2014 05:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyifatkan Pemilihan PKR yang sedang berlangsung sekarang bukan saja kotor malah melucukan serta memaparkan politik hipokrit sebenar parti itu..

Ketuanya, Mas Ermieyati Shamsuddin berkata pemilihan PKR turut menjadi bahan jenaka umum apabila semua tuduhan yang dilontarkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini terpalit ke muka pembangkang sendiri.

"….dan juga jumlah undi melebihi jumlah perwakilan menunjukkan bahawa mereka sendiri tidak bersikap adil sebagaimana nama parti dan asas perjuangan yang kononnya mereka laung-laungkan selama ini.

pemilihan-kroni-tipu-bohong-tak-telus-pkr-sabak-bernam-selangor-ganas-kasar-baling-kerusi

"Jadi, bagaimana mungkin mereka boleh membuat desakan kepada Pengerusi SPR sebelum ini untuk meletakkan jawatan kerana kononnya Pilihan Raya Umum ke13 lalu tidak telus dan menyeleweng untuk memihak kepada BN, sedangkan pemilihan parti mereka sendiri pun tidak telus," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah.

Justeru tambah beliau buat ahli-ahli PKR di peringkat akar umbi, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyarankan agar mereka membuat demonstrasi 'BlackOut' dan Bersih PKR sebagai tindakan terhadap penyelewengan dalam proses pemilihan parti mereka.

"Jika mereka boleh menganjurkan berbagai-bagai protes dan demostrasi Bersih dan BlackOut, tak salah juga mereka akan protes ini dalam membersihkan parti mereka daripada penyewengan dan menuntut keadilan undi sebagaimana mereka buat sebelum ini.

"Seeloknya mereka juga perlu menjemput negara luar untuk melihat bagaimana mereka menjalankan pemilihan parti sebagaimana mereka menjemput delegasi luar untuk melihat proses pilihanraya umum dijalankan di Malaysia", katanya.

Hakikatnya jelas beliau lagi manipulasi yang berlaku dalam Pemilihan Parti PKR didedahkan dan diperakui oleh pemimpin mereka sendiri, bukannya didedahkan oleh mana-mana ahli atau pemimpin dalam UMNO dan Barisan Nasional.

"Jadi jangan pula ada pemimpin mereka nak kaitkan atau melabelkan pendedahan dan perakuan proses jijik Pemilihan PKR ini sebagai sandiwara UMNO ataupun Sandiwara BN," ujarnya lagi. -MediaUMNO

pemilihan-pkr-2014-kecoh-haru-biru-huru-hara-gaduh-rebut-lobi-calon-kroni-nibong-tebal-penang-pulau-pinang

pemilihan-pkr-kecoh-tak-telus-tipu-bohong-undi-ganas-gaduh-baling-kerusi

pemilihan-parti-pkr-2014-pangkah-undi-dalam-bilik-hotel-telus-integriti-amanah-anwar

kepercayaan-pilih-pemimpin-negara-pemilihan-pkr-pengundi-hantu-penipuan-tipu-ketakadilan-masa-depan

UMNO Selangor Bidas Tindakan Kerajaan Negeri ‘Rampas’ Tanah

Posted: 08 May 2014 04:12 AM PDT

KUALA LANGAT, 8 Mei – Badan Perhubungan UMNO Selangor hari ini membidas tindakan kerajaan negeri yang rakus ‘merampas’ tanah miliknya yang diduduki rakyat.

Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai tindakan kerajaan negeri yang mengeluarkan notis pengosongan kepada peneroka serta rakyat yang memiliki tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL).

“Ada tanah yang diteroka dan duduk tanpa geran malah ada yang telah menetap selama 40 tahun tetapi sekarang kerajaan negeri sudah mula beri notis supaya mereka kosongkan tanah. Ada juga rakyat yang sebelum ini diberi kebenaran mengusahakan tanah terbiar selama berpuluh tahun mendakwa hasil tanamannya sudah ditebang.

bantah-demo-himpun-aman-rakyat-penduduk-sungai-panjang-kerajaan-selangor-rampas-tanah

“Kenapa kerajaan negeri hari ini mengganas untuk mengusir rakyat yang mendiami tanah kerajaan? Kita tidak nafikan dari segi perundangan apabila menduduki tanah kerajaan memang kena keluar bila diminta kerajaan tetapi kena lihat tujuan notis itu dikeluarkan,” katanya selepas merasmikan Majlis Penuaian Rock Melon Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat di sini hari ini.

Noh berkata demikian ketika mengulas bantahan aman oleh peneroka tanah dari Parit 14 dan Parit 15, Sungai Panjang, Sabak Bernam semalam yang mendakwa kerajaan negeri ingin ‘merampas’ tanah hutan simpan Sungai Karang yang diusahakan mereka sejak hampir 70 tahun lepas.

Peneroka berkenaan menuntut kerajaan negeri menarik balik keputusan mengambil alih tanah itu selain membenarkan mereka terus mengusahakan aktiviti tanaman kelapa sawit, sawah padi dan koko di atas tanah tersebut.

Sehubungan itu, Noh berkata UMNO Selangor telah menubuhkan secretariat dipengerusikan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi serta melantik syarikat guaman untuk memberi khidmat nasihat kepada secretariat berhubung tindakan selanjutnya.

“Sekretariat sekarang sedang kumpul maklumat lebih terperinci dan saya harap mana-mana rakyat yang rasa tertekan kerana telah dapat notis pengosongan tanah yang telah diusahakan supaya menghubungi UMNO Selangor.

“Kita akan beri nasihat dari segi perundangan dan kalau patut bawa kes ke mahkamah kita akan bawa ke mahkamah. Kita akan cuba bantu rakyat yang ditekan kerajaan negeri,” katanya.

Selain itu, Noh berkata sekretariat berkenaan juga akan mengkaji premium yang dikenakan kerajaan negeri sekiranya menyerahkan tanah itu semula kepada rakyat.

Beliau berkata ia adalah bagi mengelak rakyat daripada terpaksa membayar premium mengikut harga pasaran yang ternyata tinggi.

Pembangkang Tidak Mempunyai Matlamat Jelas Dalam Perjuangan Membela Rakyat

Posted: 08 May 2014 03:38 AM PDT

BATU KAWAN, 8 Mei – Pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor diingatkan bahawa pakatan DAP, PKR dan PAS tidak mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas dalam perjuangan mereka, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO,  Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata keadaan itu semakin nyata apabila DAP dan PKR tidak sehaluan berhubung cadangan Pas melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

“Pas ingin melaksanakan hukum hudud dan DAP membantah. Apa masa depan pakatan pembangkang kalau dasar sudah bercanggah antara satu sama lain yang boleh menimbulkan perbalahan serta membawa ketidakstabilan dalam politik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Kompleks Jeruk Madu Pak Ali dan majlis pecah tanah tapak kilang baharu memproses jeruk di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff dengan menanam pokok buah pala sebagai simbolik perasmian.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata apabila wujud ketidakstabilan politik, pelabur akan berkurangan sehingga perkembangan ekonomi terbantut dan keadaan itu memberi kesan kepada kehidupan rakyat berikutan tiada peluang pekerjaan.

Sehubungan itu, beliau berpendapat Barisan Nasional (BN) harus bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei ini.

“Lawan mesti lawan…menang atau kalah adalah perkara berbeza. Kita tahu ada juga yang menyokong BN (di kawasan Bukit Gelugor) dan bukan 100 peratus menyokong DAP,” katanya.

Joseph Entulu Mohon Maaf Kekeliruan Laporan Mansuh Ruangan Kaum Dalam Borang Rasmi

Posted: 08 May 2014 03:30 AM PDT

PUTRAJAYA, 8 Mei  - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun hari ini memohon maaf atas kekeliruan yang timbul berikutan laporan tentang pengguguran ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tidak memberi nilai tambah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata perkara itu ada dibincangkan dalam Kabinet namun tiada sebarang keputusan dibuat.

Joseph-Entulu-Belaun-Selangau-Sarawak-Menteri-JPM-PRS-BN

Beliau berkata laporan akhbar yang menyiarkan berita berkenaan tidak mencerminkan kenyataan sebenar yang dibuat olehnya semalam.

“Laporan yang tidak tepat ini telah menimbulkan keresahan dalam masyarakat,” kata Entulu dalam kenyataan ringkasnya itu.

Dalam sidang media di sini semalam, Entulu dilaporkan berkata Kabinet memutuskan untuk menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas laporan itu di Taiping, Perak hari ini menjelaskan Kabinet tiada membuat keputusan untuk memansuhkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.

Perdana Menteri juga dilaporkan berkata tiada perubahan dasar kerajaan berhubung borang itu.

Kerajaan Selangor Boleh Beri Beribu Jaminan Tapi Bolehkah Rakyat Percaya Lagi?

Posted: 08 May 2014 02:55 AM PDT

KUALA LUMPUR 8 Mei – Kerajaan Selangor boleh beri pelbagai jaminan atau beribu janji namun bagi Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Abd Shukor Idrus percaya rakyat di negeri ini sudah serik untuk mempercayainya sebagaimana jaminan yang diberikan sebelum ini bahawa air di Selangor cukup sehingga tahun 2019.

kerajaan-khalid-ibrahim-mb-selangor-tipu-bohong-bekalan-krisis-air-cukup-hingga-2019

Menurut beliau jaminan berkenaan akhirnya sekadar jaminan apabila beberapa bulan yang lalu menyaksikan proses catuan air dilaksanakan hingga menimbulkan pelbagai rungutan dan kesulitan di kalangan rakyat.

"Berapa kali lagi rakyat Selangor dijanjikan dengan janji-janji manis sepertimana jaminan sebelum ini yang akhirnya tempias krisis bekalan air menyelubungi negeri Selangor hingga terpaksa dicatu.

"Saya kurang yakin dengan jaminan tersebut memandangkan benda yang sama pernah berlaku sebelum ini. Justeru lakukan dan laksanakanlah yang terbaik khususnya projek Langat 2 agar masalah yang sama tidak akan berulang.

"Ini adalah untuk kebaikan dan manfaat rakyat Selangor serta pengguna bekalan air di Kuala Lumpur serta Putrajaya. Takkan masalah yang sama terus berlaku dan berlaku," katanya kepada UMNO-Online sebagai mengulas kenyataan terkini dari Exco Belia Dan Sukan, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dalam kenyataan terbaru Dr Ahmad Yunus Hairi menyatakan rakyat Selangor jangan bimbang dengan masalah air di Selangor kerana tidak ada masalah bekalan air bagi pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya .

khalid-ibrahim-anwar-pakatan-pkr-selangor-manifesto-bukan-janji-tunai-hak-bela-rakyat

Sebelum ini juga, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pernah dilaporkan berkata bahawa bekalan air di negeri itu mencukupi sehingga 2019 ketika projek Langat 2 hangat dibincangkan.

Abd Shukor seterusnya menimbulkan kekhuatiran terhadap tindakan penggunaan air mentah dari bekas lombong untuk menampung keperluan bekalan air pengguna di Lembah Klang .

Katanya status air berkenaan dari status kualiti serta tahap keselamatannya memerlukan kajian lanjut kerana ianya melibatkan soal kesihatan pengguna bekalan air berkenaan.

"Jangan ambil mudah dalam soal ini kerana ini adalah masalah yang cukup besar dihadapi oleh rakyat.

"Lagi satu percepatkanlah projek pembinaan langat 2 kerana sekurang-kurang sebagai persediaan untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air. Jangan lagi tangguh-tangguh untuk manfaat bersama," ujarnya. -MediaUMNO

Concession Companies Submit Proposals On Toll Structure – Fadillah

Posted: 08 May 2014 01:23 AM PDT

PETALING JAYA, May 8  - Several highway concessionaires have submitted feedback to the government regarding issues on the toll, said Works Minister Datuk Fadillah Yusof.

He said the feedback, which were obtained following several meetings between him and the concession companies earlier, would be discussed further at a meeting with the parties concerned.

“We will table the feedback from the concessionaires at the meeting on May 12 between (Minister in the Prime Minister’s Department) Datuk Seri Abdul Wahid Omar who is responsible for the Economic Planning Unit, the Public-Private Sectors Cooperation Unit (UKAS), Finance Ministry and other ministries involved.

“The meeting is to study the counter proposals from the concessionaires. That is the only development that I can disclose at the moment,” he told reporters after participating in the integrated enforcement operation at the UniKL Campus construction project site, in Subang, here today.

He was asked to comment on developments regarding issues on the toll rates in the country.

Asked on developments concerning the offer by a private company that was keen to take over the concession on the North-South Highway Project (PLUS), Fadillah said the matter was not under the jurisdiction of his ministry.

“This matter was not discussed at our (Ministry of Works) level, we only act as the regulatory body,” he said.

Meanwhile, he said 164 accident cases at construction sites had been reported last year of which 69 were fatal accidents.

He said although the figure was small compared to the number of construction project sites and the total work force, these must be overcome to ensure the safety of workers and the public.

“Thus, we and several other relevant agencies have carried out enforcement operations at project sites to ensure that the contractors and developers followed the regulations and guidelines that had been drawn up to prevent accidents,” he said.

The integrated operation was also participated by the Selangor State Immigration Department, State Health Office, Works Department and the Department of Occupational Safety and Health.

Semua Elemen Keselamatan Esszone Dikuat Kuasa – Zahid

Posted: 08 May 2014 12:47 AM PDT

KOTA KINABALU, 8 Mei  - Tumpuan utama Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan negeri Sabah kini ialah menguatkuasakan semua elemen keselamatan yang telah diputuskan untuk Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri itu berkata elemen tersebut termasuk yang sedia ada, sembilan langkah yang diumum Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta lima langkah tambahan yang diumum beliau sendiri di Lahad Datu semalam.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim untuk membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan  pasukan keselamatan di Sabah bagi memperketat kawalan keselamatan di Esszone.

Ahmad Zahid ditemui pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan Musa di kediaman rasmi Ketua Menteri di sini hari ini. Pertemuan disertai Shahidan; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, Setiausaha Majlis  Keselamatan Negara Datuk Mohamed Tajudeen Wahab, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dan Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek.

“Kita akan membahagikan kuasa antara polis, Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri dan akan melakukan  penyelarasan pelaksanaan kuasa ini bagi kawasan yang menjadi tanggungjawab Esscom di sekitar pantai timur Sabah untuk tindakan segera,” kata Ahmad Zahid.

Selasa lalu, Musa  mengumumkan sembilan langkah drastik bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan pantai  timur Sabah termasuk mewujudkan laluan khusus untuk kapal dan bot asing serta melaksanakan perintah  berkurung untuk tempat tertentu yang dianggap berisiko tinggi.

Semalam, Ahmad Zahid mengumumkan lima langkah tambahan bagi tujuan itu termasuk mewajibkan semua kapal, bot dan  sampan sama ada kecil atau besar didaftarkan bagi membezakannya dengan bot yang digunakan pihak penjenayah rentas  sempadan.

Langkah terbabit diambil susulan insiden penculikan seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar  rakyat China dari Guangzhao, dikenali sebagai Yang Zai Lin,34, di Pulau Baik, Lahad Datu, kira-kira jam 2.45 pagi pada 6  Mei lalu oleh sekumpulan lima lelaki bersenjata.

Ditanya mengenai kemungkinan pembabitan bekas pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nor Misuari dalam insiden itu, Ahmad Zahid berkata pihaknya sedang meneliti semua kemungkinan termasuk individu yang disyaki terbabit.

Pihak perisikan Malaysia dan Filipina bekerjasama rapat untuk tujuan ini, manakala bagi pihak keselamatan Filipina pula mereka mengetatkan pemeriksaan terhadap bot yang mahu keluar dari negara itu, katanya.

Raikan 11 Mei Sebagai Lambang Kekuatan Orang UMNO – Idris Haron

Posted: 08 May 2014 12:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Idris Haron mengajak orang-orang UMNO untuk merayakan 11 Mei ini sebagai perayaan kekuatan UMNO yang telah menjangkau usia ke 68 tahun.

"Perayaan untuk kekuatan kita dalam erti kata kesetiaan kepada parti, kesatuan dan kesepaduan dalam mencari kesamaan dan mengecilkan perbezaan.

"Kita perlu menunjukkan bahawa UMNOlah satu-satunya parti yang berupaya membela nasib agama Islam, bangsa dan tanahair kita yang tercinta ini," ujarnya yang juga Ketua Menteri Melaka.

ketua-menteri-km-idris-haron-sungai-udang-tangga-batu-melaka-umno-bn

Beliau yakin dengan semangat ahli-ahli UMNO yang sentiasa Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat semenjak hari pertama UMNO ditubuhkan sehingga ke hari ini, UMNO akan terus menjadi teraju utama dalam mengangkat kemajuan agama, bangsa dan tanah air.

"Jika kita insaf dan benar-benar mahu menjaga kedudukan orang Melayu dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, maka keinsafan itu kita terjemahkan dalam sokongan yang tidak berbelah bagi kepada UMNO kerana parti lain yang kononnya mampu menaungi orang Melayu dan bangsa Islam, jelas tidak boleh diharapkan", ujarnya.

Oleh itu, beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyeru agar semua ahli UMNO menjadikan hari ulang tahun UMNO ini untuk memupuk iltizam tinggi bagi memastikan UMNO dan BN sekali lagi dipilih rakyat dengan keputusan cemerlang pada pilihanraya umum akan datang. -MediaUMNO

PM Calls For Tighter Enforcement Of Security In ESSCom Area

Posted: 08 May 2014 12:05 AM PDT

TAIPING, May 8 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today spoke of the need for tighter enforcement of security in the Eastern Sabah Security Command (ESSCom) and the provision of a monitored passage for entry and exit in the waters off Sabah.

He said people using the passage would have to be required to pass through a checkpoint.

“Those entering or leaving outside the passage will be subjected to action from the authorities,” he told reporters after opening the Taiping UMNO building here.

Najib was asked to comment on the abduction of a Chinese national manager of a cage fish breeding company in Pulau Baik off Lahad Datu last Tuesday.

He said tighter control would have to be enforced in all areas, including the 11 hotels as well as the places where Chinese nationals ran their enterprises.

Expressing regret over the abduction, Najib said the kidnappers went for Chinese nationals because of the commercial value in terms of ransom.

“Their motive is to secure a value. If they get victims with commercial value, they can demand a huge ransom. It is for this reason that they are targeting Chinese nationals or tourists,” he said.

Tuesday’s abduction was carried out by five men, two of them in military fatigues and two of them armed with M16 rifles.

Their victim was Yang Zai Lin, 34, of Guangzhao, a manager for three years with the fish farming company Wonderful Terrace Sdn Bhd owned by a Chinese national from Hongkong that has been operating there since 2006.

UMNO Parti Dinamik, Mampu Lakukan Adaptasi Dan Transformasi – Najib

Posted: 07 May 2014 11:39 PM PDT

TAIPING, 8 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO adalah sebuah parti dinamik yang mampu melakukan adaptasi dan transformasi mengikut peredaran masa dan persekitaran baharu.

Presiden UMNO itu berkata dalam usia yang menjangkau 68 tahun, UMNO masih relevan, unggul dan gagah.

“Buktinya kekuatan UMNO menyerlah dalam pilihan raya umum lepas yang mana kerusi (Parlimen) bertambah kepada  88.  (Kerjasama) DAP, Pas dan PKR hanya memperoleh 89 kerusi namun (UMNO) satu sahaja boleh memenangi 88 kerusi,” katanya ketika berucap semasa merasmikan Rumah UMNO Taiping di sini, hari ini.

Sebagai sebuah parti yang telah lama ditubuhkan, Najib berkata UMNO juga tidak terlepas daripada berdepan dengan cabaran dan permasalahan.

najib-razak-tiba-sambut-ajk-bahagian-rasmi-rumah-umno-taiping-dataran-perak

“Kita perlu sedar proses pembaharuan, penambahbaikan, muhasabah kepada diri kita perlu dilakukan sepanjang masa supaya UMNO tetap relevan pada setiap  zaman,” katanya.

Najib berkata prinsip perjuangan dan idealisme UMNO untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara tidak pernah berubah sejak ditubuhkan.

Mengenai Rumah UMNO Taiping, Najib berkata beliau berharap bangunan yang diimpikan sejak 40 tahun lepas itu digunakan sebaik-baiknya untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan di kalangan anggota parti sesuai dengan nama yang diberikan iaitu “Rumah UMNO”.

Beliau mahu bangunan empat tingkat yang terletak di Jalan Kota, di sini bukan sahaja digunakan sebagai pejabat UMNO sebaliknya turut dimanfaatkan  sebagai tempat percambahan fikiran.

Najib berkata bangunan baharu itu diharap memberi inspirasi kepada anggota parti untuk bekerja lebih kuat bagi menjamin kejayaan UMNO pada masa akan datang.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua UMNO bahagian Taiping Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie.

zambry-shalimin-najib-razak-lancar-rasmi-rumah-umno-taiping-baru-dataran-perak

rumah-umno-taiping-baru-dataran-rasmi-najib-razak-perak

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT