SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, May 27, 2014

UMNO Online - “Pemilihan PKR Cacamarba, Anwar Patut Malu Dan Letak Jawatan” plus 9 more

UMNO Online - “Pemilihan PKR Cacamarba, Anwar Patut Malu Dan Letak Jawatan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pemilihan PKR Cacamarba, Anwar Patut Malu Dan Letak Jawatan

Posted: 26 May 2014 02:42 AM PDT

TASEK GELUGOR, 26 Mei – Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya berasa malu dan mengundur diri dalam dunia politik kerana kegagalannya membuktikan kewibawaan diri sebagai pemimpin sepanjang berlangsungnya pemilihan PKR.

Jelasnya, sepanjang berlangsungnya pemilihan PKR, terlalu banyak kacau-bilau, kecelaruan dan perkara pelik yang berlaku seperti pengiraan undi dalam bilik hotel atas alasan berlakunya 'blackout', pergaduhan sesama ahli ditempat pengundian malah ada ahli parti yang namanya ada di dalam daftar pemilih dilarang untuk mengundi.

anwar-berlakon-patah-tangan-diserang-ahli-ibu-pejabat-pkr-bantah-demo-pemilihan-tipu-bohong-batal-semula-aduan

"Banyak sangat 'magik' yang terjadi dalam proses pemilihan PKR. Anwar sepatutnya malu kerana dia gagal sebagai ketua pembangkang sedangkan sebelum ini dialah yang begitu lantang mengkritik kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Dia menggunakan penyokongnya untuk mengadakan demonstrasi bagi meluahkan ketidakpuasan hati terhadap Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang kononnya tidak adil. Dia juga mendesak pemimpin negara meletak jawatan. Sikit-sikit desak letak jawatan tapi kini bila terkena batang hidung sendiri mengapa dia senyap seribu bahasa.

"Mengapa dia tidak meletak jawatan. Seharusnya sebagai seorang yang begitu lantang bersuara dan membantah, dia harus membuktikan setiap apa yang dicakapkannya. Apabila dia sendiri gagal maka letaklah jawatan," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Shabudin, Anwar sehingga kini diam tidak memberi sebarang kenyataan terhadap kucar-kacir yang terjadi pada pemilihan PKR malahan ahli-ahli PKR juga turut diam tidak langsung mendesak Anwar meletak jawatan walaupun terang-terangan Anwar gagal sebagai pemimpin.

"Tapi ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana bagi saya, pengikut Anwar seakan menghidap sejenis penyakit kecelaruan iaitu mereka keliru dan celaru dalam mencari tapak untuk berdiri dalam arena politik.

"Sebab itu penyokong Anwar ramai orang muda kerana orang muda kerana golongan tersebut mudah dikeliru dan dipergunakan.

"Selepas ini Anwar perlu menilik diri di cermin. Jangan hanya pandai bercakap dan menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri lebih teruk lagi, tetapi bukanlah sesuatu yang menghairankan jika selepas ini Anwar akan terus menuding jari terhadap kegagalannya kerana Anwar bukan jenis yang tahu malu," jelasnya lagi. – MediaUMNO

pru-prk-tidak-ngo-bersih-pemilihan-pembangkang-dap-pkr-pas-ok-telus-bukti-fakta-tipu-bohong-pusing-ambiga-anwar

pemilihan-pkr-2014-blackout-batal-calon-pengundi-hantu-salah-tipu-kira-undi-curiga-mana-tak-demokrasi

Calon BN Janji Transformasi Ekonomi Teluk Intan

Posted: 26 May 2014 02:41 AM PDT

TELUK INTAN, 26 Mei – Teluk Intan akan dijadikan pusat pertanian moden di daerah Hilir Perak, antara janji calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dalam mentransformasi ekonomi kawasan Parlimen itu.

Mah berkata kedudukan strategik kawasan itu, yang terletak di tengah-tengah kawasan Pasir Salak, Bagan Datoh, Tapah dan Tanjong Malim, memberikan Teluk Intan kelebihan semula jadi yang dapat dimanfaatkan untuk pertanian moden.

Beliau turut berjanji untuk terus memajukan kawasan Teluk Intan menjadi sebuah pusat ekonomi di Hilir Perak, memandangkan ia mempunyai potensi besar untuk dibangunkan, selain berusaha menarik lebih banyak pelaburan, khasnya dalam bidang perkilangan dan pembuatan.

mah-siew-keong-calon-bn-teluk-intan-ahli-gerakan-pgrm-lancar-manifesto-transformasi-perak

Mah dicabar calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam PRK 31 Mei ini.

Usaha ini secara tidak langsung mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan, terutama generasi muda, katanya dalam manifesto yang dilancarkan di sini untuk PRK Teluk Intan.

Mah berkata sepanjang enam tahun lepas apabila kerusi Parlimen Teluk Intan dipegang anggota DAP, Teluk Intan telah ketinggalan dalam arus pembangunan, apabila infrastruktur asas seperti jalan raya dan kebersihan telah diabaikan akibat tiada kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan anggota Parlimen Teluk Intan.

“Jika saya dipilih, saya bertekad untuk menyambung segala rancangan saya membangunkan Teluk Intan yang terpaksa diketepikan selepas saya tewas dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008,” kata Mah, yang merupakan anggota Parlimen Teluk Intan selama dua penggal – PRU 1999 hingga PRU 2008.

Dari segi pembangunan komuniti, Mah berjanji untuk mewujudkan program rumah mampu milik di bawah Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta bekalan air, pengaliran dan saluran yang lebih mantap.

Dari segi pendidikan, calon BN itu berjanji untuk memastikan sebuah universiti dapat diwujudkan di Teluk Intan, selain memperluas pembinaan pusat komuniti di setiap kampung dan taman.

Sebelum ini, BN telah mewujudkan Teluk Intan Community College.

“Saya juga akan berusaha untuk membina lebih banyak zon Internet WiFi di Teluk Intan terutama untuk generasi muda yang mahir teknologi,” katanya.

Dari aspek pembangunan pelancongan, Mah berjanji untuk memastikan Menara Condong Teluk Intan disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (Unesco) bagi menarik lebih banyak pelancong, terutama pelancong luar negara.

Katanya Teluk Intan mempunyai potensi tinggi sebagai pusat pelancongan terutama ekopelancongan memandangkan kawasan itu kaya dengan biodiversiti dan alam semula jadi.

Mah berjanji untuk memastikan tebing sungai di Teluk Intan dibangunkan sebagai lokasi tarikan pelancong, sama seperti tempat pelancongan tebing sungai di Melaka dan Kuching, selain memajukan Teluk Intan sebagai pusat makanan, Hilir Perak, memandangkan kawasan itu mempunyai kepelbagaian makanan.

Mah berkata manifestonya yang memfokuskan tiga perkara utama iaitu transformasi ekonomi tempatan, pelancongan dan pembangunan komuniti, dibuat setelah dikaji ia mampu dilaksanakan.

“Kita memang boleh berjanji di atas kertas untuk bina lapangan terbang atau menara berkembar di sini tetapi adakah itu boleh dilaksanakan. Saya tidak mahu ada janji-janji kosong dalam manifesto saya,” katanya.

mah-siew-keong-calon-bn-orang-untuk-teluk-intan-perak

Mah Janji Teruskan Program Tebatan Banjir Di Teluk Intan

Posted: 26 May 2014 02:38 AM PDT

TELUK INTAN, 26 Mei – Pengalaman Datuk Mah Siew Keong melihat kesengsaraan penduduk Pasir Bedamar berdepan bencana banjir kilat, terutama pada satu upacara kematian, membuatkan beliau bertekad mengatasi masalah itu.

“Saya masih ingat ketika saya menjadi anggota Parlimen Teluk Intan, banjir besar melanda kawasan pekan. Saya ke Pasir Bedamar. Ada upacara pengebumian dan oleh kerana paras air begitu tinggi iaitu mencecah pinggang, amat sukar bagi mereka untuk mengusung keranda.

“Saya menyaksikan perkara itu dan ketika itu saya berjanji kepada diri saya sendiri untuk melakukan apa sahaja bagi memastikan masalah banjir selesai. Ia bukan sekadar janji sebaliknya perkara yang sudah saya lakukan dan bangga melakukannya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan manifesto Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan di sini hari ini.

Mah, calon BN untuk PRK itu, berdepan pertandingan satu lawan satu dengan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Beliau berkata Teluk Intan pada satu masa dahulu dikenali sebagai ‘bandar terapung’ berikutan sering dilanda banjir kilat.

Selepas pelaksanaan fasa pertama dan kedua program tebatan banjir membabitkan kos sebanyak RM30 juta semasa Mah menjadi Anggota Parlimen Teluk Intan pada 1999 hingga 2008, masalah itu dapat diatasi.

Mah berkata projek tebatan banjir yang dicadang itu mempunyai lima fasa membabitkan kos kira-kira RM100 juta namun hanya dua dapat dilaksana berikutan kekalahannya pada pilihan raya umum 2008.

Kedua-dua fasa projek itu yang sudah dilaksana membantu mengurangkan masalah banjir kilat di Teluk Intan sebanyak 80 hingga 90 peratus.

“Saya bangga dengannya. Saya rasa penduduk Teluk Intan menghargai apa yang telah saya lakukan,” katanya.

Mah berkata projek itu harus diteruskan memandangkan benteng lama perlu diperbaiki bagi mengelak kejadian banjir berulang kerana Teluk Intan terletak antara muara Sungai Perak di utara dan muara Sungai Bernam di selatan, serta Selat Melaka di sebelah barat.

Teluk Intan merupakan pekan terakhir di persisiran Sungai Perak sebelum ke Selat Melaka.

Fong Kam Chuen, 69, yang tinggal di Jalan Pasar, Kampung Pasir Bedamar amat mengingati jasa Mah dalam mengatasi masalah banjir kilat di kawasan itu.

Beliau berkata dahulu kampung itu sering dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat dan projek pembinaan benteng sepanjang Sungai Perak oleh kerajaan pusat banyak membantu mengurangkan masalah berkenaan.

“Kawasan kampung ini dikelilingi Sungai Perak, jadi setiap kali hujan, ia senang dimasuki air dan menyebabkan banjir kilat kerana kawasan tersebut rendah,” katanya kepada Bernama.

Fong berkata pada 1950-an, kawasan itu adalah tempat menanam limau namun oleh kerana sering dilanda banjir sehingga menjejaskan tanaman berkenaan selain banjir besar pada 1986, ada penduduk terpaksa berpindah.

“Jika tidak ada bantuan dan inisiatif oleh Mah sebagai wakil rakyat yang menggesa kerajaan pusat menjalankan projek tambakan, kami tidak tahulah nasib kami macam mana,” katanya.

Beliau amat berharap Mah dipilih semula sebagai wakil rakyat Teluk Intan bagi membolehkan projek tebatan banjir diteruskan demi pembangunan kawasan parlimen itu.

Lee Meng Chan, 85, pula berkata Mah turut membawa pembangunan ke kawasan itu yang sebelum ini tiada bekalan air dan elektrik.

“Mah juga seorang yang peka dan prihatin dengan masalah banjir di kampong kita,” katanya.

Bajet 2015 Dibentang Di Parlimen Pada 10 Okt, Kata Najib

Posted: 26 May 2014 02:30 AM PDT

PUTRAJAYA, 26 Mei – Bajet 2015 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 10 Okt, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Bajet 2015 penting memandangkan ia merupakan belanjawan akhir Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), yang menyediakan peruntukan untuk program dan projek berbaki dalam tempoh rancangan pembangunan terbabit.

“Ia juga akan membantu memastikan peralihan lancar kepada Rancangan Malaysia ke-11 yang menyediakan dorongan akhir dalam mentransformasikan negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan sebelum mempengerusikan mesyuarat perundingan Bajet 2015, di sini hari ini.

Tema perundingan bajet tahun ini ialah ‘Meningkatkan Pertumbuhan, Memastikan Kemampanan Fiskal dan Memakmurkan Rakyat’.

“Dalam meningkatkan usaha bagi memastikan ekonomi terus berkembang, kami juga komited melihat agenda reformasi fiskal tidak dipinggirkan.

“Saya akan terus menyediakan (belanjawan) pengembangan, namun tidak mengetepikan defisit negara.

“Kerajaan menjangkakan dapat mengurangkan defisit fiskal kepada 3.5 peratus tahun ini dan mencapai belanjawan seimbang pada 2020,” kata perdana menteri.

Najib juga berkata Jawatankuasa Dasar Fiskal yang juga memantau semua aspek pengurusan fiskal dalam negara, sudah bertemu beberapa kali sejak penubuhannya pada Jun 2013.

“Jawatankuasa itu sudah berbincang secara mendalam mengenai beberapa langkah fiskal, termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan dan rasionalisasi subsidi,” katanya.

Najib juga berkata jawatankuasa itu merancang menyediakan rangka kerja fiskal jangka sederhana yang akan mengetengahkan strategi bagi memastikan kemampanan fiskal jangka sederhana dan jangka panjang.

Selain itu, Najib berkata kerajaan memberi perhatian serius ke atas cadangan Ketua Audit Negara bagi menambah baik perbelanjaan kerajaan.

“Untuk itu, kami sedang mengambil pendekatan menyeluruh dalam memastikan pengurusan kewangan berhemat.

“Sebarang salah laku dan kelemahan pentadbiran kerajaan juga akan ditangani secara berkesan,” kata Perdana Menteri.

BN Tolak Politik Kotor Dan Berunsur Perkauman, Kempen Ikhlas Bantu Rakyat – Shahrizat

Posted: 26 May 2014 12:50 AM PDT

TELUK INTAN, 26 Mei – Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata BN tidak berminat dengan politik kotor termasuk politik berunsur perkauman dan lain-lain sebaliknya memberi tumpuan kepada kempen ikhlas khususnya membantu rakyat.

Menurut beliau kempen sebegitu tidak akan ke mana dan apa yang penting adalah segala yang diungkapkan perlu disusuli dengan bentuk tindakan demi menjaga serta mengutamakan kepentingan masyarakat setempat.

"Jentera Wanita berjalan dengan baik dan kempen kita ikhlas. Apa yang kita cakap kita buat, kita tidak banyak main politik khususnya yang berunsur perkauman dan lain-lain atau macam-macam taktik. Kita tidak minat.

"Kita ikhlas untuk bantu rakyat dan ingin melihat negara stabil. Kita tidak main politik kotor dengan pergi dekat kaum Melayu cakap begini, kaum India cakap begitu, Cina pula begini dan lain-lain lagi. Politik apa macam itu? Saya tidak setuju dengan politik sebegitu," katanya di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO turut mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menuding jari kepada parti itu apabila timbul sesuatu isu sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

"Janganlah semua nak tuding dan salahkan UMNO. Kena ingat, kadangkala musuh dalam selimut lagi bahaya daripada musuh lain. Jadi janganlah nak selalu sangat kata UMNO buat. Kita tidak minat pun," katanya. – MediaUMNO

shahrizat-lawat-mesra-sumbangan-kempen-pengundi-kampung-mak-intan-teluk-intan

shahrizat-lawat-mesra-sumbangan-kempen-pengundi-warga-emas-kampung-mak-intan-teluk-intan

Pembangunan Kampung Sungai Suli, Beri Keselesaan Kepada Penduduk

Posted: 26 May 2014 12:30 AM PDT

TELUK INTAN, 26 Mei – Kampung Sungai Suli, kawasan pedalaman, yang terletak kira-kira 15km dari sini, di kelilingi ladang kelapa sawit dan sebelum ini bukan sahaja sering dilanda banjir, tetapi jauh ketinggalan daripada segi pembangunan infrastruktur.

Penduduk juga terpaksa bergantung kepada pengangkutan air untuk ke bandar Teluk Intan, malah setiap kali banjir, pokok kelapa sawit yang diusahakan mereka akan digenangi air sekali gus menjejaskan pendapatan.

Namun, keadaan di kampung yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Tionghua itu berubah dan bertambah baik apabila Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dipilih sebagai wakil rakyat Teluk Intan pada 1999 hingga 2008.

Mah Pau Ho, 71, yang menetap di kampung itu sejak 60 tahun lepas berkata Mah telah berusaha mendapatkan peruntukan kerajaan pusat untuk membina benteng mengatasi masalah banjir yang sering menjejaskan pendapatan mereka.

“Dulu kawasan ini senang banjir ketika hujan lebat kerana ia dikelilingi Sungai Perak dan ini amat merugikan penduduk setempat yang kebanyakannya peladang kelapa sawit,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bagi Wang Sha, 61, jasa Mah yang tidak dapat beliau dilupakan ialah mendapatkan kelulusan kerajaan bagi 173 geran tanah pertanian bagi penduduk di situ.

“Dengan geran itu, kehidupan penduduk Kampung Sungai Suli lebih terjamin dan lebih senang mendapatkan pinjaman. Tanpa bantuan Mah, mungkin hari ini penduduk Kampung Sungai Suli masih tinggal dalam kerisauan mengenai status tanah pertanian yang mereka telah usahakan berdekad lamanya,” katanya.

Beliau berkata Mah tidak pernah memandang ringan akan rintihan penduduk setempat dan sejak Mah tewas dalam Pilihan Raya Umum 2008, mereka kehilangan tempat mengadu dan wakil rakyat yang dapat membantu.

Bagi Wang Sha, Mah adalah pemimpin yang berpegang pada janji dan akan memastikan janji yang dibuat mampu ditunaikan.

“Mah telah banyak berjasa kepada pembangunan Teluk Intan dan Kampung Sungai Suli,” katanya sambil membidas dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Mah tidak berkhidmat untuk rakyat Teluk Intan semasa beliau menjadi wakil rakyat.

Jiang Yi Chuan, 70 pula mengakui bahawa Mah turut membawa pembangunan infrastruktur kepada Kampung Sungai Suli.

Dulunya penduduk Kampung Sungai Suli hanya menggunakan pengangkutan air ke Durian Sebatang yang terletak di pekan Teluk Intan bagi urusan seharian kerana tiada jalan untuk keluar masuk ke kawasan tersebut, katanya.

“Kini, melalui usaha Mah, kerajaan pusat telah membina jalan menghubungkan kawasan itu dengan pekan Teluk Intan.

“Ini telah memberi keselesaan kepada penduduk setempat,” katanya.

Mah yang merupakan anggota Parlimen Teluk Intan untuk dua penggal iaitu dari 1999 hingga 2008 akan dicabar dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud untuk kerusi Parlimen itu pada pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan pada 31 Mei ini.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan wakil rakyatnya dari DAP Seah Leong Peng, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), 1 Mei lepas.

pengalaman-anak-tempatan-pilihan-teluk-intan-calon-bn-mah-siew-keong

Harness Latest Technology For Speedy Search Of Lost Flights, Says Ahmad Shabery

Posted: 26 May 2014 12:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 26 – Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek today suggested the harnessing of technological advances in communications in speeding up the search for lost flights instead of depending on what he said was the outdated black box.

He said the rapid development of communication technology enabled the use of the mobile telephone on flights to make calls or send text messages.

“When a flight goes missing, we look for the black box which only contains the last two hours of conversation in the cockpit.

“This is from the era of the tape recorder; technology of the 60s. Current technology enables us to send and receive data with the mobile telephone by using satellites. Why can’t we make use of this technology in aviation?” he said.

Ahmad Shabery spoke to reporters after opening the Expert Dialogue on Real-Time Monitoring of Flight Data, including the Black Box, here.

Also present at the event were the Director-General of the Department of Civil Aviation Datuk Azharuddin Abdul Rahman; Chairman of the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi; Director of the Telecommunication Standardisation Bureau of the International Telecommunication Union (ITU) Malcolm Johnson and Director of the Air Navigation Bureau of the International Civil Aviation Organisation (ICAO) Nancy Graham.

Ahmad Shabery said he hoped that the dialogue would seek ways to develop the data from the mobile telephone into technology that could detect aircraft when an incident such as a missing flight occurred.

“We may find various methods to harness this communications data and, if agreed to by countries, Malaysia can pioneer a new era in the history of aviation related to the search for aircraft,” he said.

The minister said it was hoped that the advances in telecommunications data could avert incidents such as the disappearance of the Kuala Lumpur-Beijing Malaysia Airlines (MAS) flight, MH370, on March 8.

“We are still looking for the aircraft, so as to give solace to the families of the passengers. Let us (Malaysia) be the last to shoulder such a burden and not any other country in the future,” he said.

Earlier, in his speech, Ahmad Shabery said the effort to implement real-time data monitoring was a ‘teamwork’, involving all parties in the aviation industry.

If real-time tracking were to be implemented, it was important for issues such as cost and bandwidth as well as confidentiality and privacy to be addressed, he said.

“Although there are concerns relating to confidentiality and ensuring appropriate use of data sent from the aircraft, from a consumer or passenger perspective, these concerns cannot match the peace of mind offered by real-time tracking,” he said.

He also expressed his gratitude to the more than 26 countries for their commitment in helping Malaysia in the search for the missing flight, MH370.

More than 50 aviation, communications and law experts are taking part in the two-day closed-door dialogue which began today.

Taib Mahmud Terima Gelaran Tun

Posted: 26 May 2014 12:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini dianugerahi darjah kebangsaan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.), yang membawa gelaran Tun.

Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Balairong Seri Istana Negara, Jalan Duta di sini.

Istiadat penganugerahan darjah tertinggi negara itu turut dihadiri Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi.

adenan-satem-muhyiddin-najib-tun-taib-mahmud-sarawak-anugerah-tuanku-agong-istana-negara

Pada 1 Mac lepas, Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Feb lalu.

Beliau memegang jawatan itu selama 33 tahun sejak 26 Mac 1981 bagi menggantikan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Ya’kub.

Anak sulung daripada 10 beradik kepada pasangan Mahmud Abang Yahya dan Hamidah Ya’kub itu dilahirkan pada 21 Mei 1936.

Taib berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak.

Beliau menceburi politik pada 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.

Beliau kemudian dilantik sebagai menteri perhubungan dan kerja raya negeri dari 1963 hingga 1966 dan selepas itu dilantik sebagai menteri pembangunan dan perhutanan.

Pemuda UMNO Kelantan Desak Rayer Mohon Maaf

Posted: 26 May 2014 12:14 AM PDT

KOTA BAHARU, 26 Mei – Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mendesak Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer memohon maaf kepada anggota Umno dan orang Melayu atas kebiadabannya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap parti itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua-Pemuda-Umno-Kelantan-Mohamad-Azam-Ismail-BN-Ketereh

Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohamad Azam Ismail berkata kata-kata kesat yang diungkapkan Rayer disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab, tidak beretika dan tidak bertamadun bagi seorang wakil rakyat.

“Sebagai Adun, beliau sewajarnya menunjukkan contoh yang baik dari segi perkataan mahupun perbuatan kerana kita sebagai rakyat Malaysia sangat terkenal dengan kesantunan dan kesopanan budi bahasa.

“Bagi sesiapa yang mendengar ungkapan yang dikeluarkan oleh beliau pasti akan berasa tersinggung dan terguris hati kerana ia sangat jelas menghina dan memancing kemarahan anggota Umno khasnya orang Melayu,” katanya kepada pemberita ketika program Sembang Santai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) Bersama Orang Muda di sini, malam tadi.

Mohamad Azam berkata Rayer perlu diberikan kaunseling supaya lebih berhati-hati semasa mengeluarkan sebarang kenyataan demi menjaga sensitivity orang ramai di negara ini.

“Adun berkenaan perlu diberi kaunseling di samping kursus etika dan kesusilaan supaya lebih beradab dan berbudaya,” katanya.

Asyraf Wajdi Dan Dr Sim Kui Hian Angkat Sumpah Jawatan Senator

Posted: 25 May 2014 11:06 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Prof Dr Sim Kui Hian hari ini mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara.

Upacara angkat sumpah dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

dr-sim-kui-hian-abu-zahar-ujang-senator-asyraf-wajdi-dusuki-dewan-rakyat-parlimen

Asyraf Wajdi, 38, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, merupakan lulusan Ijazah Kedoktoran (Kewangan dan Perbankan Islam) Universiti Loughborough, United Kindom.

Selain bertindak sebagai penyelaras akademik di Institut Perbankan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2006, Asyraf Wajdi juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah di Affin Islamic Bank hingga kini.

Ketika ditemui pemberita, anak kelahiran Kuala Lumpur itu berkata beliau akan memfokuskan isu berkaitan golongan muda dalam persidangan dewan.

“Apa sahaja isu yang menjadi tumpuan oleh golongan muda akan saya beri perhatian selain isu halal dan kewangan Islam,” katanya.

Sementara itu Dr Sim, 49, pula adalah Ahli Lembaga Pelawat Hospital Umum Sarawak dan pernah memegang beberapa jawatan dalam bidang kesihatan termasuk menjadi presiden Persatuan Jantung Kebangsaan pada 2008 dan pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (Sarawak) pada 2007.

Berkelulusan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan MBBS daripada Universiti Monash, Australia, Dr Sim berkata beliau akan turut memberi fokus kepada golongan muda terutama dari Sarawak.

Dalam pada itu Abu Zahar turut mengingatkan supaya kedua-dua mereka member fokus kepada budaya kerja cemerlang dan mentaliti kelas pertama.

Beliau turut berharap anggota Dewan Negara sebagai golongan profesional, dapat mengemukakan hujah tanpa rasa takut atau malu, dan komited demi kepentingan bangsa,agama dan negara.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT