SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, September 25, 2013

UMNO Online - “BN Youth Job Fair’ 13 Bukan Hanya Sekadar Karnival Kerjaya” plus 9 more

UMNO Online - “BN Youth Job Fair’ 13 Bukan Hanya Sekadar Karnival Kerjaya” plus 9 more

Link to UMNO Online

BN Youth Job Fair’ 13 Bukan Hanya Sekadar Karnival Kerjaya

Posted: 24 Sep 2013 06:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Golongan anak muda diminta agar tidak melepaskan peluang untuk menghadiri karnival kerjaya BN Youth Job Fair yang akan diadakan bertempat di Dewan Tun Razak 1, Putra World Trade Center (PWTC)  bermula 27 September ini sehingga 29 September 2013.

Menurut Penasihat Undang-Undang BN Youth Job Fair, Zamri Idrus, anak-anak muda di sekitar Lembah Kelang tidak seharusnya melepaskan peluang ini untuk mengintai peluang pekerjaan yang lebih baik demi untuk masa depan mereka.

bn-youth-job-fair-karnival-kerjaya-logo

"BN Youth Job Fair ini bukan hanya untuk golongan anak-anak muda yang menganggur sahaja, tetapi ia juga membuka peluang untuk anak-anak muda yang sudah bekerja dan ingin mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dari pekerjaan mereka yang sedia ada.

"Melalui karnival ini, kami akan menghimpunkan lebih daripada 350 buah syarikat dan lebih daripada 30 ribu peluang pekerjaan akan ditawarkan melalui karnival ini,"ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Selain daripada itu, menurut beliau lagi  karnival ini juga akan turut menyediakan kaunter-kaunter pinjaman dan latihan 1 Malaysia bagi para graduan yang menawarkan skim latihan dan lebih 800 peluang pekerjaan bagi graduan yang masih menganggur.

"Di samping itu, kami juga turut menyediakan kaunter pengaduan bagi pekerja di mana, pekerja-pekerja yang menghadapi sebarang masalah dengan majikan mereka, boleh membuat aduan kepada kami tentang permasalahan yang mereka hadapi.

"Saya sendiri, sebagai penasihat undang-undang akan membantu untuk menyelesaikan sebarang masalah melalui kaunter aduan ini yang berlaku di tempat kerja mereka. Setakat ini pihak kami telah menerima tiga ribu aduan sepanjang tiga tahun ini dan lebih daripada 70 peratus permasalahan yang diadukan oleh pekerja telah kami salurkan kepada pihak yang terbabit untuk di selesaikan.

"Jadi, karnival kerjaya BN Youth Job Fair ini bukan sahaja hanya menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada mereka yang menganggur atau ingin bertukar kerja, tetapi juga turut menyediakan khidmat  khusus bagi golongan yang sedang bekerja untuk membuat aduan bagi sebarang masalah yang mereka hadapi ditempat kerja mereka," jelasnya.

Sebelum itu, Zamri bersama beberapa seketariat BN Youth Job Fair mengedarkan risalah berhubung karnival kerjaya ini kepada orang ramai bertempat di Stesen KL Central dan juga beberapa pusat membeli belah yang menjadi tumpuan orang ramai di sekitar lembah Kelang.-MediaUMNO

khairy-kj-nazir-bn-youth-job-fair-2013

Akar Umbi Bertanya Pas Nak Jaga Ulama Atau Pemimpin DAP, PKR? – Hafiz

Posted: 24 Sep 2013 05:40 AM PDT

PULAU PINANG, 24 Sept – Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin meluahkan rasa kesal apabila kepimpinan tertinggi Pas menolak usul Dewan Ulama Pas untuk mengkaji semula Tahaluf Siyasi parti tersebut bersama Pakatan Pembangkang tanpa membahaskan dan memperbincangkan terlebih dulu usul tersebut.

Menurut beliau, apa yang lebih dikesalkannya apabila kepimpinan tertinggi Pas menganggap usul yang dikemukakan itu sebagai isu remeh yang tidak perlu diperbincangkan.

"Kami ahli Pas di peringkat akar umbi menyokong usul Dewan Ulama Pas itu dan berpendapat bahawa perlunya ada satu perbincangan untuk mengkaji semula kedudukan Pas bersama Pakatan Pembangkang.

pas-liberal-islam-sekular-dap-tolak-usul-saranan-ulama-syura-fatwa

"Penolakan usul tersebut oleh presiden parti telah mengundang rasa kecewa di kalangan ahli peringkat akar umbi yang sebahagian besarnya mahukan penilaian semula tentang tahaluf siyasi Pas bersama PKR dan DAP di dalam Pakatan Pembangkang," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau turut menyatakan rasa tidak setujunya dengan tindakan  Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang yang  membuat kenyataan terbuka di media massa menolak usul  yang telah diputuskan oleh Dewan Ulama Pas di dalam Multaqa Dewan Ulama Pas SeMalaysia di Kedah baru-baru ini.

"Saya sememangnya tidak bersetuju apabila penolakan usul tersebut dibuat secara terang-terangan di media massa. Sepatutnya presiden mengambil sikap untuk memperbincangkan usul yang dibawa itu secara tertutup dengan Dewan Ulama Pas.

"Kesemua ahli-ahli Pas dididik untuk menghormati ulama tetapi apa yang berlaku hari ini memperlihatkan suara ulama seolah-olah tiada harga dan tidak dihormati oleh kepimpinan tertinggi Pas sendiri.

"Saya juga sebenarnya berasa agak pelik mengapa presiden Pas menolak usul tersebut tanpa mahu memperbincangkannya terlebih dulu. Siapa sebenarnya yang presiden Pas nak jaga? Ulama atau pemimpin DAP dan PKR?," soalnya.

Hafiz secara peribadi  menyatakan sokonganya terhadap usul yang dikemukakan oleh Dewan Ulama Pas itu agar tahaluf siyasi di antara Pas dan parti-parti di dalam Pakatan Pembangkang dikaji semula.

"Ya saya secara peribadi berpandangan bahawa adalah lebih baik Pas keluar dari Pakatan Pembangkang.  Saya yakin, sebahagian besar ahli Pas di peringkat akar umbi juga bersependapat dengan saya. Ini memandangkan kerjasama dengan parti-parti di dalam Pakatan, khususnya DAP adalah sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat untuk Islam, begitu juga dengan Pas.

"Mungkin Presiden Pas tidak tahu apa yang berlaku di akar umbi, tetapi hakikatnya hari ini masyarakat mahupun ahli Pas sendiri tidak bersetuju dengan kerjasama Pas dalam Pakatan Pembangkang khususnya dengan DAP.

"Keburukan tahaluf siyasi Pas dan pakatan pembangkang antaranya telah menyebabkan ada segelintir ahli-ahli Pas yang menganggap perjuangan DAP itu benar sedangkan kita tahu hakikatnya bahawa kepimpinan DAP begitu tegas dalam prinsip mereka menolak sebarang agenda pembentukan negara Islam sejak dari dulu lagi.

"Jadi di mana relevannya perjuangan Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangan Islam bergabung dengan sebuah parti yang terang-terang menolak Islam?," ujarnya.

anwar-pembangkang-lawan-dewan-ulama-syura-pas-pakatan

Justeru itu, beliau meminta agar Dewan Ulama Pas mempertahankan lapan resolusi yang diputuskan di dalam multaqa baru-baru ini serta meminta kepimpinan tertinggi Pas agar menghormati suara dan pandangan Dewan Ulama di dalam parti tersebut.

"Saya juga meminta agar kepimpinan tertinggi Pas agar lebih terbuka dan mendengar pendapat serta suara akar umbi yang mahukan agar Tahaluf Siyasi Pas bersama Pakatan dikaji semula. Saya yakin, Dewan Ulama Pas mengemukakan usul tersebut bukan berdasarkan penilaian politik semata-mata.

"Kewujudan Dewan Ulama Pas adalah untuk memberi memberi nasihat, menjadi tempat rujukan dan secara sebulat suara telah dianggap sebagai suara kepimpinan yang perlu diutamakan di dalam parti, biarpun ianya hanya salah satu sayap di dalam parti.

"Jadi saya minta agar kepimpinan tertinggi Pas menghormati suara Dewan Ulama dan lebih menghargai segala apa juga pendapat serta pandangan yang diberikan oleh mereka demi kepentingan Islam dan kebaikan untuk Pas itu sendiri,"akhirinya. -MediaUMNO

“Saya Mahu Jadikan Rasuah Perkara Berlalu, Bukan Amalan Masa Depan Bagi Malaysia” – Najib

Posted: 24 Sep 2013 05:26 AM PDT

SAN FRANCISCO, 24 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau ingin menjadikan rasuah sebagai sebahagian daripada perkara yang sudah berlalu bagi Malaysia, bukan suatu amalan pada masa akan datang.

Berucap pada Syarahan Kelab Komanwel di sini Isnin, Najib berkata langkah itu bermakna mengubah budaya organisasi dan perniagaan.

“Saya sudah mewujudkan peranan menteri tadbir urus dan integriti dalam Kabinet yang disandang bekas presiden Tranparency International cawangan Malaysia,” katanya.

najib-khazanah-america-usa-silicon-valley-office

Najib berkata kerajaan pimpinan beliau menaikkan kedudukan agensi pencegahan rasuah Malaysia – yang setiap tahun perlu menghadap jawatankuasa khas parlimen mengenai rasuah, sebuah lembaga penasihat bebas dan sebuah jawatankuasa aduan – ke taraf sebuah suruhanjaya bebas pengaturan kendiri.

“Kami berharap suruhanjaya ini boleh menjadi contoh untuk negara lain yang sedang berusaha untuk membina keupayaan institusi bagi memerangi rasuah,” katanya.

Sesungguhnya, kata beliau, mata wang paling penting bagi pentadbiran dan perniagaan ialah kepercayaan.

“Jika kita dapat menunaikan janji kita kepada rakyat – dalam hal ini, kesungguhan untuk memerangi rasuah – dan melaksanakannya dari semasa ke semasa, maka nilai mata wang itu akan dipandang tinggi.

“Ganjarannya bukan sekadar mempunyai persekitaran perniagaan yang lebih terbuka dan telus, dengan pasaran yang lebih bertenaga dan peluang yang lebih meluas, tetapi juga memperoleh kepercayaan baharu tentang kemampuan kerajaan mengubah keadaan menjadi kepada yang lebih baik,” katanya.

Najib berkata banyak ekonomi yang terjejas oleh rasuah dan menyebabkan usaha gigih seseorang individu menjadi punah-ranah dan merosakkan kesepaduan sosial.

Katanya rasuah bukan sahaja boleh meranapkan peluang meritokrasi, tetapi juga melenyapkan kepercayaan rakyat terhadap institusi dan kuasa sesebuah Negara dan oleh itu, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan apabila ia sering disebut sebagai faktor di sebalik munculnya ‘Arab Spring’.

Terdahulu, Najib berkata jurang antara penduduk bandar dan luar bandar kini semakin lebar.

Katanya akibat disekat daripada menikmati peluang ekonomi, terlalu ramai rakyat Asia tidak mempunyai capaian terhadap prasarana asas untuk kehidupan – sanitasi, penjagaan kesihatan dan perumahan.

“Sekiranya kita tidak memberi peluang kepada semua rakyat kita untuk memainkan peranan berhubung masa depan rantau itu, kita menghadapi risiko menggalakkan tercetusnya ketegangan etnik, pelampau agama dan ketidakstabilan politik.

“Ini seterusnya akan menyekat tercapainya objektif kita : sebuah Asia yang lebih makmur dan harmoni.

“Oleh itu, kita perlu pastikan pembangunan melahirkan peluang ekonomi untuk semua, bukan memberi kekayaan hanya untuk segelintir manusia; yang bukan sekadar meningkatkan angka nominal KDNK, tetapi juga infrastruktur sosial yang amat penting.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia kini menjadi medan strategik bagi pasaran kewangan Islam global.

Bagi pelabur yang menerima akibat daripada krisis kewangan di pasaran Barat, bon Islam menawarkan model pertumbuhan alternatif untuk mereka, katanya.

Beliau berkata tiada pelaburan yang tidak mempunyai risiko dan pasaran yang boleh dikatakan masih muda ini juga sudah tentu kadangkala turut mengalami masalah dalam pertumbuhannya.

“Tetapi, berdasarkan sifat semula jadinya, kewangan Islam tidak terdedah kepada pembaziran yang telah merosakkan ekonomi dunia kerana ia tidak membenarkan spekulasi dan melarang faedah, manakala pulangan hanya dikira berdasarkan perkongsian keuntungan,” katanya.

Oleh itu, tegas beliau, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan apabila sukuk muncul sebagai instrumen kewangan yang paling pesat berkembang di dunia.

Beliau berkata 10 tahun lepas, Malaysia menerbitkan sukuk kedaulatan atau bon pematuhan syariah pertama di dunia dan kini ia menguasai hampir tiga suku daripada keseluruhan pasaran global serta meningkatkan penyertaan orang ramai melalui penerbitan bon runcit.

“Ini adalah antara cara untuk meningkatkan penyertaan dalam ekonomi, mengukuhkan ekonomi kami secara menyeluruh dan memberi lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut mengecapi hasil daripada kejayaan Negara kami,” kata Najib.

Kaedah Baharu Pemilihan Jawatan Dalam UMNO Cegah Politik Wang – Tajul Urus

Posted: 24 Sep 2013 05:21 AM PDT

ALOR SETAR, 24 Sept – Ketua UMNO Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain yakin kaedah pencalonan terbuka yang digunakan dalam pemilihan parti kali ini telus dan dapat mencegah politik wang di peringkat bahagian dan tertinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah itu berkata sistem baharu yang diperkenalkan itu memberi peluang kepada anggota parti yang merasakan mereka layak menjadi pemimpin, menonjolkan diri.

“Sistem ini baik namun beberapa elemen perlu ditambah bagi memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja menawarkan diri bertanding bagi mencegah politik wang.

pemilihan-umno-kotak-undi-mengundi-pemuda-cawangan-bahagian-pusat

“Sistem ini juga memberi ruang kepada mereka yang berminat untuk berpolitik di peringkat lebih tinggi termasuk Majlis Tertinggi (MT),” kata Tajul Urus selepas jamuan tengah hari bersama agensi kerajaan di bawah portfolionya di sini hari ini.

“Calon-calon yang menawarkan diri kali ini mungkin tidak berupaya menjaga semua perwakilan dalam bahagian mereka. Saya dapat rasai kesan sistem baharu ini terhadap politik wang dan pemilihan dijangka telus dan bersih,” tambahnya.

Tajol Urus yang menyandang jawatan ketua bahagian selama sepenggal sejak 2011, berkata sistem demokratik yang diamalkan UMNO mewajarkan pemilihan pemimpin yang baik, bukan untuk menjatuhkan maruah seseorang calon yang bertanding.

“Kita bercakap soal memilih pemimpin yang berupaya membawa kebaikan kepada parti, ahli sehingga akar umbi dan yang tidak putus asa membela nasib rakyat,” katanya yang bakal menghadapi pertandingan tiga penjuru merebut jawatan ketua UMNO Bahagian Merbok pada pemilihan Oktober ini.

UMNO Terengganu Terima 15 Borang Permohonan Tarik Diri Bertanding

Posted: 24 Sep 2013 05:17 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 24 Sept – Badan Perhubungan UMNO Terengganu menerima 15 borang permohonan menarik diri daripada bertanding bagi pelbagai jawatan dalam pemilihan parti bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri Datuk Muda Mamat berkata permohonan itu diterima selepas tempoh bertenang tiga hari selepas penyerahan borang pencalonan Sabtu lepas tamat pukul 5 petang ini.

“Borang-borang ini akan dihantar ke ibu pejabat untuk pertimbangan dan senarai penuh pencalonan negeri ini yang bertanding akan saya umumkan esok di sini. Harap semua calon bersabar,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pada Sabtu, jawatankuasa pemilihan UMNO negeri menerima 1,567 borang pencalonan melibatkan pertandingan empat peringkat iaitu bahagian, pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Ia melibatkan 601 borang untuk pertandingan jawatankuasa bahagian, 311 untuk Wanita, Pemuda (399) dan Puteri (256).

UMNO Terengganu mempunyai lapan bahagian iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Jakim Lantik 222 Pegawai Sebagai Anggota Penguatkuasa Sijil Halal

Posted: 24 Sep 2013 05:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Sept - Bahagian penguatkuasaan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diperkukuh dengan pelantikan 222 penolong pegawai perihal dagangan untuk meningkatkan kredibiliti Jakim menguruskan persijilan halal di negara ini.

“Proses ini (penambahan anggota) akan berlaku dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan setiap negeri dalam melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan sijil halal,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Penguatkuasaan Halal Malaysia Peringkat Kebangsaan 2013 dan menyampaikan kad kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada 160 pegawai agama Islam kepada wakil Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)/ Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di sini Selasa.

Jamil Khir berkata dengan kad kuasa itu, pegawai Jakim dan JAIN/MAIN mempunyai kuasa yang sama dengan pegawai penguatkuasa KPDNKK dari aspek pensijilan halal setelah mengikuti kursus dikendalikan bahagian penguatkuasa kementerian itu.

Kad kuasa itu membolehkan penolong pegawai perihal dagangan dari Jakim dan JAIN/MAIN mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar kesalahan sijil halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Kajian Segera Prosedur Tangkap Penjenayah Elak Bahaya Ke Atas Anggota Polis

Posted: 24 Sep 2013 05:03 AM PDT

SHAH ALAM:, 24 Sept - Satu kajian terperinci mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) polis akan dijalankan dengan segera bagi mengelak anggota pasukan itu tercedera atau terbunuh ketika menangkap penjenayah.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata kajian itu perlu berikutan tugasan anggota dan pegawai polis sentiasa berisiko tinggi sehingga boleh mengancam nyawa mereka.

“Kita akan melakukan satu kajian semula SOP kita kerana tanggungjawab polis sentiasa berisiko berhadapan dengan bahaya,” katanya selepas mewakili Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar merasmikan Seminar Polis Wanita 2013 di sini Selasa.

Mengulas mengenai seorang anggota polis maut ketika bergelut untuk menahan seorang suspek dalam Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng, Melaka semalam, Mohd Bakri berkata polis akan meneliti prosedur itu terutamanya membabitkan kes berisiko tinggi.

Dalam pergelutan itu, Kpl Zal-Azri Abdul Somad, 31, daripada Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, cedera di kepala dan muka dipercayai dipukul dengan batu dan mati di tempat kejadian.

Sebelum itu dalam ucapannya, Khalid berkata polis akan menambah keanggotaan polis wanita mengikut keperluan dan kekosongan jawatan selain memantapkan lagi kekuatan polis wanita di negara ini setelah pengambilannya dihentikan tiga tahun lepas.

Teks ucapannya dibacakan Mohd Bakri.

“Pada ketika ini kekuatan polis wanita adalah seramai 11,523 orang atau 10.4 peratus daripada keseluruhan kekuatan beruniform Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Khalid berkata sasaran 30 peratus anggota wanita yang menyandang jawatan pembuat keputusan iaitu dari pangkat Supritendan dan ke atas juga akan dicapai dari semasa ke semasa dan ketika ini hanya 7.4 peratus sahaja wanita memegang jawatan berkenaan.

Seminar tiga hari yang akan berakhir Rabu disertai 150 Inspektor ke atas dari seluruh negara

124 Penjenayah Ditembak Mati Sejak 2009 – Ahmad Zahid

Posted: 24 Sep 2013 04:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Seramai 124 penjenayah ditembak mati sejak 2009 sehingga Ogos tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 56 orang adalah Melayu, 41 berbangsa India, 23 Cina dan empat orang Bumiputera.

Ahmad Zahid berkata dalam tempoh itu, sebanyak 898 senjata api tanpa lessen dirampas terdiri daripada 319 senjata api jenis semi-auto, revolver (120), rifle (22), senapang patah (84), bom tangan (31), air gun (105), pum gun (20), sub machine gun ‘smg’ (empat) dan senjata buatan sendiri (193).

Ahmad Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini, bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin tahu statistik terkini laporan kes tembak penjenayah dan bilangan senjata api yang dirampas.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga memaklumkan bahawa sebanyak 4,356 pendatang tanpa izin ditahan dalam Operasi 6P bersepadu yang bermula pada 1 Sept hingga 16 Sept lepas.

Rakyat Indonesia mencatat bilangan tangkapan paling tinggi iaitu 1,355 orang diikuti Myanmar (941), Bangladesh (597), Nepal (322) dan lain-lain warganegara (340).

Beliau juga memaklumkan proses penghantaran pulang pendatang tanpa izin ke negara asal akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Puteri Tandatangan MOU Dengan IIM, Budayakan Integriti Politik Di Kalangan Ahli

Posted: 24 Sep 2013 03:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Sept– Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Institut Integriti Malaysia (IIM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bertujuan membudayakan Integriti Politik di kalangan ahli dan sukarelawan.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin berkata, integriti di dalam sesebuah organisasi, badan sahsiah dan parti politik harus dijadikan agenda utama bagi memelihara kestabilan sesebuah negara.

Masyarakat, khususnya orang muda jelas beliau memandang serius isu integriti pemimpin.

“Maka, Puteri UMNO melalui Biro Sukarelawan yang diketuai oleh Puan Jamilah Hanim Othman, telah bekerjasama dengan IIM semenjak tahun 2010 dan usahasama ini berterusan sehingga ke hari ini.

“Sebagai sayap yang paling muda di dalam UMNO, Puteri UMNO ingin mengambil inisiatif membudayakan Integriti Politik di kalangan ahli dan sukarelawan yang terlibat di dalam organisasi ini.

“Kerjasama untuk membudayakan integriti di antara PPUM dan IIM akan diterjemahkan melalui program-program yang akan dijalankan mengikut zon seluruh Negara. Ini adalah sebahagian daripada usaha menyemai nilai murni dan memperkukuh jati diri para sukarelawan yang terdiri daripada ahli-ahli Puteri UMNO,” ujarnya kepada pemberita selepas sidang media di sini hari ini.

Tambahnya, program yang dirangka memberi fokus kepada Tekad Integriti ke-5 IIM iaitu Meningkatkan Kualiti Hidup dan Kesejahteraan Rakyat.

Ia kata beliau lagi selari dengan usaha-usaha meningkatkan kesedaran masyarakat yang diambil oleh Pergerakan Puteri UMNO selama ini seperti program  turun ke akar umbi melalui Kempen Banteras Ragut dan Rogol (B2R), 'Life is Precious', 'Go Green with VOGUE' dan Ziarah Kasih.

Di samping itu juga jelasnya  program ini akan memberi pendedahan kepada pemimpin muda mengenai kepentingan integriti dalam perjuangan selain memastikan pemimpin muda dapat menjadi agen penyebar luas mesej integriti kepada masyarakat.

“Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yakin dan percaya usahasama meningkatkan integriti atau jatidiri di kalangan sukarelawan yang juga terdiri daripada ahli-ahli politik akan membawa sesuatu yang baru dan inovatif.

S”elain mengeratkan silaturrahim, percambahan idea-idea baru dalam program-program sukarelawan juga dapat dilaksanakan. PPUM berharap program ini mendapat kerjasama dari semua pihak dalam merealisasikan usahasama ini,” tambahnya. -MediaUMNO

Tahaluf Siyasi Pas Bawa Keretakan Pakatan Pembangkang

Posted: 24 Sep 2013 02:28 AM PDT

Polemik tahaluf siyasi yang membelenggu Pas kebelakangan ini semakin panas dan menandakan parti itu akan melalui tempoh yang bergelora  dalam masa terdekat.

Tahaluf siyasi atau kerjasama politik adalah pendekatan Pas menjalinkan ikatan politik bersama PKR dan DAP pasca Pilihan Raya Umum 2008 di dalam gabungan Pakatan Rakyat.

hadi-lerai-pakatan-rapuh-rebut-kuasa-pm-anwar-kit-pru13

Kerjasama politik itu dimantapkan lagi setelah pakatan pembangkang berjaya mengurangkan kerusi yang diperolehi Barisan Nasional daripada 148 pada PRU12 kepada 133 pada PRU lalu.

Kalau dahulunya Pas, PKR dan DAP berjaya menafikan BN majoriti dua pertiganya di dalam Dewan Rakyat apabila merangkul 82 kerusi kini pembangkang menambah jumlah kerusi Parlimen kepada 89.

Daripada jumlah ini DAP mendapat habuan terbesar dengan 38 kerusi manakala Pas dan PKR masing-masing 21 dan 30.

Dalam PRU13 lalu, DAP bertanding 53 kerusi Parlimen, sementara Pas pula bertanding di 73 kawasan dan PKR di 99 kawasan.

Daripada statistik ini boleh dirumuskan DAP memenagi majoriti kerusi yang ditandinginya berbanding Pas dan PKR.

Ini bermakna kerjasama antara ketiga parti dalam pakatan pembangkang lebih menguntungkan DAP yang berjaya mendapat undi Melayu daripada Pas dan PKR.

Pas dan PKR pula tidak berjaya mengatasi jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi berbanding DAP kerana majoriti pengunbdi Melayu masih menyokong dan mempunyai keyakinan terhadap BN.

Ini juga bermakna pihak yang rugi di dalam gabungan pembangkang adalah Pas dan PKR.

Mungkin inilah sebabnya Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mengesyorkan supaya pendekatan tahaluf siyasi ang digunapakai parti itu dikaji semula.

Pelbagai pandangan sama ada pro atau kontra di lontarkan oleh pimpinan Pas berhubung isu ini.

Apa pun jelas polar atau trend penghujahan sama ada daripada pihak yang menyokong kaedah politik ini atau sebaliknya, memperlihatkan kewujudan dua kem yang ketara di dalam parti itu.

Sekiranya Pas tidak berjaya mengawal atau pimpinannya tidak mampu menghalusi keberkesanan dan impak tahaluf siyasi ke atas prestasi parti di masa depan, ia akan memberi kesan kepada polar pemilihan pada Muktamar Pas ke 59 bermula 22 November depan.

Sekiranya Pas tidak berjaya mengawal atau pimpinannya tidak mampu menghalusi keberkesanan dan impak tahaluf siyasi ke atas prestasi parti di masa depan, ia akan memberi kesan kepada polar pemilihan pada Muktamar Pas ke 59 bermula 22 November depan.

Kalau dulu pertelagahan dan percanggahan pendapat antara kumpulan ulama yang diketuai oleh pemimpin seperti Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Harun, serta Datuk Dr Harun Din dan kumpulan Erdogan atau Anwarinas berputar di sekeliling isu kerajaan perpaduan, kini polemik antara kedua kem sudah merebak kepada isu sama ada Pas kekal di dalam Pakatan Rakyat atau tidak.

Setakat ini Abdul Hadi berkata Pas akan kekal bersama PKR dan DAP dan ini disokong oleh Mursidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pimpinan lain.

Kem Anwarinas juga memberikan hujah bahawa tahaluf siyasi telah menguntungkan Pas di Selangor.

Hujah ini kurang tepat kerana Pas dan DAP masing-masing merangkul 15 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 14 bagi PKR.

Oleh kerana jawatan Menteri Besar sepatutnya diisi oleh calon Melayu, maka Pas lah yang selayaknya mendapat jawatan tersebut kerana jumlah kerusi DUN yang lebih besar.

Bagaimana sebaliknya yang berlaku di mana Menteri Besar terus disandang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR.

Jawatan kanan seperti Speaker diberikan kepada Dap pula PKR mengisi Timbalan Speaker.

Sebenarnya Pas telah dipermainkan oleh DAP dan PKR di Selangor dan ini telah menimbulkan rasa tidak puas di kalangan ahli di peringkat akar umbi.

Selain isu tahaluf siyasi yang semakin bercelaru, kem ulama dan juga Anwarinas berentap mengenai calon timbalan presiden.

Abdul Hadi mahukan calon daripada kumpulan ulama manakala kem liberal di dalam Pas mahukan calon daripada kalangan mereka.

Sesetengah pemerhati dan para analisis politik berpendapat Pas akan berdepan dengan risiko perpecahan di masa terdekat kerana gelombang untuk membawa parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat semakin kuat.

Pas dilihat akan menjadi bertambah berpengaruh dan mengembalikan kekuatan politiknya sekiranya bersendirian dan menjalin tahaluf siyasi dengan UMNO pula.

Mr Beruang Biru

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT