SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, September 22, 2013

UMNO Online - “Lima Termasuk Khairy Rebut Jawatan Ketua Pemuda UMNO” plus 9 more

UMNO Online - “Lima Termasuk Khairy Rebut Jawatan Ketua Pemuda UMNO” plus 9 more

Link to UMNO Online

Lima Termasuk Khairy Rebut Jawatan Ketua Pemuda UMNO

Posted: 21 Sep 2013 04:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 September – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin bakal berdepan empat pencabar dalam persaingan merebut jawatan utama sayap itu pada pemilihan parti Oktober ini.

Selain Khairy yang mempertahankan jawatan Ketua Pemuda, empat lain yang menawarkan diri merebut jawatan itu ialah Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan Syed Rosli Syed Harman Jamallulail, Ketua Pemuda Cawangan Bendang Baru, Langkawi Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok Abd Karim Ali serta Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bukit Setiawangsa Irwan Ambak Khalid Izhar.

Pengumuman mengenainya dibuat Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas tempoh penyerahan borang pencalonan tamat 5 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Pada pemilihan UMNO 2009, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berdepan saingan tiga penjuru dengan Datuk Mukhriz Mahathir yang kini Menteri Besar Kedah dan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo untuk jawatan utama pergerakan itu.

Syed Rosli berkata beliau menawarkan diri bertanding jawatan itu bagi memperjuangkan nasib masyarakat.

“Kita juga akan pastikan komunikasi golongan muda dengan kepimpinan teratas dapat didengari dan diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Akhramsyah pula berjanji membawa perubahan dari segi gerak kerja sayap bagi memastikan golongan muda dibela, jika dipilih sebagai ketua pergerakan itu.

Karim pula berkata beliau menawarkan diri bertanding berikutan jurang antara pimpinan atas pergerakan dan akar umbi semakin ketara.

“Jadi, misi utama saya ialah untuk kembalikan keyakinan akar umbi generasi muda dan orang Melayu kepada Pemuda selain perkasakan UMNO menjadi ejen pendesak dan memastikan apa jua keputusan kerajaan mesti diatur supaya orang Melayu dan Bumiputera tidak ketinggalan,” katanya.

pemuda-exco-calon-wakil-serah-borang-pemilihan-pusat-umno-2013

Irwan Ambak pula akan memberikan kenyataannya pada Selasa depan selepas pengumuman senarai rasmi calon bertanding.

Jawatan Naib Ketua Pemuda pula juga menyaksikan empat pemimpin dalam kalangan exco sayap iaitu Lokman Noor Adam, Khairul Azwan Harun, Jamawi Jaafar dan Mohd Iruan Zulkefli menawar diri bersaing dalam pemilihan parti kali ini.

Jamawi ketika ditemui yakin dipilih perwakilan dengan alasan banyaknya pemimpin Sabah berjaya diberikan jawatan penting dalam kerajaan pusat, manakala Lokman pula berwawasan mahu membawa sayap itu lebih proaktif sebagai lidah generasi muda dan orang Melayu.

Mohd Iruan pula mahu mewakili suara akar umbi selain mahu parti kembali kuat manakala Khairul Azwan pula mahu melonjakkan nama Pemuda Umno ke tahap lebih tinggi selain mahu menjadi pelengkap kepada Khairy.

Pada sesi penyerahan borang pencalonan hari ini, sebanyak 94 individu menawar diri untuk bertanding kesemua 24 jawatan yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan 20 Exco dalam pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

Jawatan Pengerusi Tetap Pemuda menyaksikan tiga individu menawar diri bertanding, Timbalan Pengerusi Tetap (lima) dan Exco (77).

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan bagi jawatan Exco pusat bagi ketiga-tiga sayap parti itu akan diadakan serentak pada 12 Okt.

Najib Leaves For UN General Assembly

Posted: 21 Sep 2013 04:40 AM PDT

SEPANG, Sept 21 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who retained his UMNO presidency uncontested today, left for New York to lead Malaysia’s delegation to the 68th session of the United Nations General Assembly (UNGA) from Sept 25 to 29.

The special flight carrying Najib, his wife Datin Seri Rosmah Mansor and the delegation departed from the Kuala Lumpur International Airport, Sepang here at 5.45 pm.

They were seen off by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, government officials and supporters from UMNO.

On Sept 26, the prime minister is scheduled to deliver a statement at the High Level Meeting of the General Assembly on Nuclear Disarmament and on Sept 28, Malaysia’s statement during the General Debate.

Also on Sept 28, Najib is scheduled to deliver a keynote address at an Asia Society event and meet with key industry players from Asean countries and the United States (US) during a luncheon with the US-Asean Business Council and the US Chamber of Commerce.

Apart from that, he will host a dinner for the Malaysian community in New York later that night.

Prior to New York, Najib will make a working visit to San Francisco to attend the 3rd Global Science and Innovation Advisory Council (GSIAC) meeting from Sept 22 to 24.

He will also officiate at the high level Forum on Green Future and Green Energy which will be participated by international and national council members who are global experts on science and innovation.

The GSIAC was initiated by the prime minister in 2010 as part of his ongoing efforts to transform Malaysia into a high-income economy through enhancing Malaysia’s capabilities in science and innovation.

The Prime Minister will also attend the 7th BIO-International Advisory Panel meeting and visit Silicon Valley, which includes a tour of the headquarters of Twitter and Google.

Najib Ingatkan Tiada Penyalahgunaan Kuasa, Politik Wang Dalam Pemilihan UMNO

Posted: 21 Sep 2013 04:29 AM PDT

SEPANG, 21 September – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menasihatkan semua anggota UMNO supaya tidak menyalahgunakan kuasa, mengamalkan politik wang atau menyerang secara peribadi dalam usaha mendapatkan mana-mana jawatan dalam pemilihan UMNO tahun ini.

kesungguhan-semangat-najib-ucapan-perhimpunan-agung-umno-transformasi-parti-relevan

Perdana menteri mengingatkan mereka supaya mengekalkan demokrasi dengan menjaga tata tertib dan kesopanan sepanjang masa berkempen.

“Nasihat saya bukan untuk jawatan naib presiden sahaja tetapi untuk semua jawatan, maknanya kita mesti jaga ketertiban, kesopanan dalam kempen- kempen secara beradab.

“Jangan guna wang dan juga salahguna kuasa, jangan menyerang peribadi dan sebagainya, ini semua kita akan tentukan garis panduan yang sesuai dan jawatankuasa disiplin akan meneliti perjalanan kempen kita,” katanya pada sidang media sebelum berlepas ke Amerika Syarikat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Najib berkata tindakan tidak beretika oleh mana-mana pihak pastinya akan menjejaskan imej dan nama baik parti terbesar di negara ini yang juga merupakan parti keramat bagi orang Melayu.

“Saya berharap semuanya dapat berjalan dengan penuh adab, ketertiban dan menjaga imej parti kita supaya tidak tercalar dengan apa juga tindakan, perbuatan, pertuturan ataupun risalah kempen yang dilakukan mana-mana pihak sama ada dari calon sendiri ataupun penyokong calon,” katanya.

Tegas beliau semua pihak perlu menghormati garis panduan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa pengurusan dan jawatankuasa disiplin parti itu mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

“Kita meminda perlembagaan dengan tujuan tersebut (demokrasi) kalau tidak kita tidak menjadikan parti kita lebih terbuka seperti yang kita lihat hari ini berdasarkan perlembagaan baharu.

Katanya tindakan tanpa batas boleh merosakkan kepentingn parti, justeru beliau mengingatkan semua pihak supaya mengikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan, bagi menyuburkan amalan demokrasi.

“Melalui demokrasi, parti kita akan lebih disanjung tinggi oleh rakyat yang sentiasa memandang kepada perjalanan pertandingan dalam UMNO. Sebagai parti terbesar dalam negara, sudah tentu ia akan menjadi penelitian rakyat jelata sepanjang kempen yang akan berlangsung selepas ini,” katanya.

Pendaftaran bagi calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO bulan depan diadakan secara serentak hari ini di seluruh negara kecuali Sarawak yang tiada UMNO.

Najib Hargai Sokongan Anggota Parti Kekalkan Beliau Jawatan Presiden UMNO

Posted: 21 Sep 2013 04:21 AM PDT

SEPANG, 21 September – Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan penghargaan kepada kesemua anggota UMNO yang terus menyokong kepimpinan beliau sebagai Presiden UMNO dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus menerajui parti itu.

Perdana Menteri berkata beliau dan Muhyiddin yang menang tanpa bertanding bertekad untuk menumpukan sepenuhnya kepada usaha-usaha mengukuhkan parti.

Selain itu mereka juga berhasrat meneruskan dasar-dasar perjuangan parti dan pentadbiran kerajaan tanpa diganggu soal pertandingan dan asakan daripada mana-mana pihak.

“Ini menunjukkan sikap bertanggungjawab keseluruhan anggota parti dalam meletakkan jawatan presiden dan timbalan presiden sebagai tonggak kekuatan parti,” katanya.

najib-malaysia-pbb-bangsa-bersatu-un-united-nation-world-dunia

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebelum berlepas ke Amerika Syarikat bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-68 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu Muhyiddin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan bekas menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Najib berkata meskipun perlembagaan Umno telah dipinda yang sekaligus menjadikan parti itu lebih terbuka dan memudahkan sesiapa mencabar kedua-dua jawatan itu, anggota UMNO bertindak matang dengan meletakkan jawatan presiden dan timbalan presiden sebagai tonggak kekuatan parti.

Menurutnya anggota-anggota parti berpendapat kedua-dua jawatan itu amat penting diberi sokongan sepenuhnya agar kekuatan parti terus dipelihara dan tidak terjejas.

“Saya ingin mengucapkan setingggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua anggota UMNO di semua peringkat yang telah memberi sokongan yang begitu menyeluruh sehingga sehingga proses demokrasi terbuka dalam parti kita berjalan dengan begitu baik dan sungguh terkawal,” kata Najib.

Beliau juga berharap bagi jawatan-jawatan lain, pertandingan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini.

Pemilihan UMNO Pusat : 261 Borang Pencalonan Diterima

Posted: 21 Sep 2013 04:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Pengurusan Ibu Pejabat UMNO hari ini mengesahkan telah menerima sebanyak 261 borang pencalonan termasuk dari sayap wanita, pemuda dan puteri dalam pemilihan UMNO kali ini, setelah tamat tempoh penyerahan borang pencalonan di Putra World Trade Center (PWTC) pada pukul 5 petang tadi.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, pengurusan ibu pejabat telah pun menerima sebanyak 76 borang pencalonan termasuk untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang turut dipertandingkan telah menyaksikan tiada pencalonan lain di mana Datuk Seri Najib Tun Razak dan  Tan Sri Mahyuddin Yasin kekal menjawat dua jawatan tertinggi di dalam parti, apabila diumumkan menang tanpa bertanding.

Bagi jawatan Naib Presiden UMNO pula menyaksikan pertandingan enam penjuru manakala bagi jawatan Majlis Tertinggi UMNO pula menerima sebanyak 64 borang pencalonan.

rauf-yusoh-tajol-rosli-tengku-adnan-setiausaha-agung-umno-borang-pencalonan-pemilihan-umno-pusat-2013

Sebanyak 53 borang pencalonan telah diterima bagi pemilihan sayap Pergerakan Wanita UMNO yang turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO. Bagi jawatan Naib Ketua Wanita pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru dan bagi jawatan exco  sebanyak  44 borang pencalonan telah diterima.

Manakala bagi pemilihan sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pula memperlihatkan jumlah pencalonan paling tinggi iaitu sebanyak 94 borang pencalonan bagi kesemua jawatan di dalam pergerakan sayap tersebut.

Bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia menyaksikan pertandingan lima penjuru dan sebanyak empat pencalonan pula telah diterima bagi jawatan Naib Ketua. Manakala bagi jawatan exco Pemuda UMNO Malaysia pula, sebanyak 77 borang pencalonan telah diterima bagi jawatan tersebut.

Sementara itu, bagi Pergerakan Puteri UMNO Malaysia pula, sebanyak 38 borang pencalonan telah dihantar untuk pemilihan kepimpinan sayap tersebut. Jawatan Ketua Puteri menyaksikan pertandingan dua penjuru, manakala bagi jawatan Naib Ketua Puteri pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Bagi jawatan exco Puteri, sebanyak 30 borang pencalonan telah diterima.

Senarai penuh bagi pencalonan bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO,  pergerakan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO dan Pergerakan Puteri UMNO akan diumumkan selewat-lewatnya pada hari Rabu ini.

Kamera AES Akan Digunakan Untuk Kesan Penjenayah – Polis

Posted: 21 Sep 2013 03:20 AM PDT

SABAK BERNAM, 21 September – Selain mengesan pesalah trafik, polis akan menggunakan kamera-kamera di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di beberapa jalan di negara ini untuk mengesan kegiatan jenayah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia mampu dilakukan kerana kamera AES itu diletakkan di kawasan strategik seperti di lampu isyarat dan beberapa tempat di jalan raya dan lebuh raya tertentu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai peranan PDRM dalam penguatkuasaan AES yang sebelum ini di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan.

Mengenai saman trafik, Khalid mengingatkan mereka yang mempunyai saman tertunggak atau sudah dikeluarkan waran tangkap supaya menyelesaikan tunggakan saman masing-masing.

“Bila kami buat operasi di jalan raya dan kami kesan ada waran tangkap, kami tangkap di situ juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesedaran Jenayah Amanita Peringkat Kontinjen Selangor di Sungai Besar dekat sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan syarikat-syarikat pengangkutan dan bas untuk menyemak saman pemandu kenderaan mereka bagi mengelakkan perkhidmatan mereka terjejas jika pemandu telah dikenakan waran tangkap.

Mengenai Ops Cantas yang sehingga kini telah menahan lebih 10,000 orang untuk siasatan bagi pelbagai kegiatan jenayah terutama melibatkan kongsi gelap, Khalid berkata ia akan diteruskan.

“Tikus (penjenayah) mungkin lupakan jerat tapi jerat tak pernah lupakan tikus,” katanya.

Mengenai program Amanita PDRM, beliau berkata sejak dilancarkan 14 Sept lepas, pihaknya mendapat maklum balas yang baik daripada badan-badan bukan kerajaan terutama yang mewakili kaum wanita, yang ingin mengadakan kerjasama dengan polis.

Amanita atau ‘Peace Lady’ yang merupakan satu daripada program di bawah stretegi Lautan Biru kerajaan telah melantik pegawai-pegawai polis wanita untuk berdamping dengan golongan wanita, termasuk suri rumah, dalam usaha membanteras jenayah sehingga ke peringkat akar umbi.

Khalid berkata Amanita akan menjelajah ke kampung-kampung untuk memberi penjelasan kepada wanita mengenai peranan mereka membantu golongan itu, di samping mendapatkan kerjasama mereka dalam menangani jenayah.

Najib, Muhyiddin Kekal Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden

Posted: 21 Sep 2013 03:15 AM PDT

muhyiddin-najib-umno-parti-terkuat-pru13-mesyuarat-majlis-tertinggi-mei-2013

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing mengekalkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO apabila diumum menang tanpa bertanding hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli mengumumkan tiada borang pencalonan lain diserahkan selain yang dikemukakan kedua-dua pemimpin itu apabila proses penyerahan borang pencalonan tamat 5 petang ini.

Najib memegang jawatan itu sejak 2009 setelah menang tanpa bertanding ketika itu, manakala Muhyiddin juga memenangi jawatan itu sejak 2009 setelah menewaskan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Uniknya pada proses pendaftaran calon hari ini, kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu merupakan pencadang bagi pencalonan sesama mereka.

Muhyiddin merupakan pencadang Najib bagi jawatan Presiden, manakala Najib pula menjadi pencadang Muhyiddin untuk jawatan Timbalan Presiden.

Muhyiddin Sends Form To Defend Pagoh UMNO Chief’s Post

Posted: 21 Sep 2013 12:39 AM PDT

JOHOR BAHARU, Sept 21 – In addition to defending the UMNO deputy president’s post, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin will also defend the Pagoh UMNO division chief’s post.

His nomination form for the post was sent in by Pagoh UMNO division secretary Datuk Abdul Aziz Hashim at 8am today, shortly after the nomination form centre at a hotel here opened.

Abdul Aziz said the Pagoh UMNO division leadership fully supports Muhyiddin’s nomination to defend the Pagoh Umno division chief’s post which he held since 1986.

“We give one hundred percent support to the nomination of Tan Sri Muhyiddin Yassin as Pagoh UMNO division chief and expect no contest for the post.”

Pagoh UMNO division also expects no contest for the Pagoh Umno deputy chief’s post and Pagoh UMNO vice-chief’s post.

MB, KM Serah Borang Pencalonan Bagi Pemilihan UMNO Bahagian

Posted: 21 Sep 2013 12:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 September – Setakat pukul 1.30 tengah hari ini, beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri Sabah telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing bagi pemilihan UMNO 2013 yang akan berlangsung bulan depan.

Antara yang menarik perhatian ialah Menteri Besar Perlis Azlan Man, yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerlun.

pwtc-pemilihan-umno-pusat-serah-borang-calon-wakil-2013

Mereka yang mempertahan jawatan ketua bahagian ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (Libaran), Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan (Rembau), Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said (Kemaman), Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Lumut.

Di PERLIS, Azlan akan berhadapan dengan Anggota Parlimen Kangar Ir Shaharuddin Ismail dan bekas timbalan ketua UMNO bahagian itu Datuk Hashim Suboh.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Arau.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Perlis, Datuk Abdul Azib Saad berkata 453 borang telah diserahkan di Dewan Residensi setakat ini.

Di NEGERI SEMBILAN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang manakala Khairy Jamaluddin pula bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau.

Selain itu, Setiausaha Sulit Kanan kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal iaitu Datuk Abdul Karim Mustafa menghantar borang pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Rasah.

Di SABAH, Mohd Shafie menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Semporna yang disandangnya sejak 1996, menerusi wakilnya, Hisham Abd Fattah.

Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Keruak pula diwakili Bendahari UMNO Bahagian Kota Belud Zainal Abidin Soud bagi mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud.

Lebih 500 borang pencalonan diterima sehingga 11.30 pagi ini, kata jurucakap urusetia UMNO Sabah.

Di MELAKA, Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh akan bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah. Borang pencalonan diserahkan wakilnya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Beliau akan berhadapan Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) Tan Sri Rahim Thamby Chik dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Datuk Ismail Othman. Penyandangnya Datuk Abu Seman Yusop tidak mempertahankan jawatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Melaka Tan Sri Ahmad Nordin Md Amin berkata 703 pencalonan diterima setakat 12 tengah hari termasuk 460 borang pencalonan dari peringkat Bahagian.

Di KEDAH, pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Peringkat Negeri, Tan Sri Osman Aroff berkata tiada masalah dihadapi dan anggota UMNO dapat mematuhi peraturan walaupun sistem itu pertama kali dilaksanakan.

Mengenai Langkawi, beliau berkata bahagian itu diberi pelepasan oleh ibu pejabat parti untuk menjalankan proses penyerahan borang di pulau peranginan itu atas sebab logistik dan untuk memudahkan anggota parti hadir.

Di PULAU PINANG, bekas calon Barisan Nasional Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13, Dr Mazlan Ismail menyerahkan sendiri borang pencalonan bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian Permatang Pauh. Penyandangnya Datuk Mohd Nasir Abdullah akan mempertahan jawatan itu.

Suami kepada pelakon Datin Paduka Umi Aida, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pula akan bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian Batu Kawan.

Di KELANTAN, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed melalui setiausaha politiknya Mohd Nasir Mohd Nor, menyerahkan borang pencalonan bagi mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jeli yang disandang sejak 1994.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Setiausaha badan perhubungan itu Datuk Noor Zahidi Omar, masing-masing akan mempertahan jawatan ketua bahagian Bachok dan Tumpat.

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah melalui wakilnya Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang Abdul Aziz Yusof, menyerahkan borang pencalonan bagi mempertahan jawatan Ketua Umno bahagian itu.

Di SELANGOR, penyandang jawatan Ketua Umno bahagian Sepang Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berhadapan muka baharu Datuk Marsum Paing.

Bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, selain penyandang Datuk Ahmad Nawawi M. Zin, Ketua Pemuda Shah Alam Azahari Saari dan Ketua Cawangan UMNO Taman Bukit Saga Basharuddin Nordin turut bertanding jawatan itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar berkata sehingga kini, 2,500 borang pencalonan diterima dengan 40 daripadanya adalah bagi jawatan Ketua Bahagian.

Di JOHOR, mereka yang telah menghantar borang pencalonan masing-masing ialah Dr Mohd Puad Zarkashi bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat; Datuk Seri Azalina Othman Said (ketua bahagian Pengerang); Tan Sri Shahrir Abdul Samad (ketua bahagian Johor Baharu); dan Datuk Noraini Ahmad (ketua wanita Parit Sulong) serta Datuk Ahmad Maslan bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Pontian.

Ketua Penerangan UMNO Johor Datuk Samsol Bari Jamali berkata sehingga 12 tengah hari ini 7,800 daripada 13,000 borang telah diterima.

Najib Submits Forms To Defend Pekan Umno Head’s Post

Posted: 20 Sep 2013 10:58 PM PDT

PEKAN, Sept 21 – Besides defending his post as Umno president, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will also defend the post of Pekan Umno division head in the party election next month.

His nomination forms for the divisional head post was submitted through his representative, Pekan Umno division secretary Datuk Zainal Abidin Pa’ Wan, at the Pekan Umno building, here shortly after 10am.

It was submitted to the chairman of the Pahang Umno Special Election Committee, Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim.

Najib, 60, has been holding the post of Pekan Umno division head since 1982.

Zainal Abidin, when met by reporters after submitting the forms, said the Pekan Umno division fully supported Najib’s nomination at the divisional and central levels.

Meanwhile, Najib’s nomination forms for the Umno president’s post in the party elections were submitted by his representative at the Putra World Trade Centre (PWTC) in Kuala Lumpur at 8 this morning.

Last Thursday, when announcing his intention to defend the president’s post, he said the decision was made based on the wide support and trust voiced by party members including at the grassroots level.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT