SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, September 23, 2013

UMNO Online - “TNB Allocates RM595,000 For “Baiti Jannati” Programme” plus 2 more

UMNO Online - “TNB Allocates RM595,000 For “Baiti Jannati” Programme” plus 2 more

Link to UMNO Online

TNB Allocates RM595,000 For “Baiti Jannati” Programme

Posted: 22 Sep 2013 09:26 AM PDT

KUALA NERANG, Sept 22 – Tenaga Nasional Berhad (TNB) has allocated RM595,000 to fulfil its corporate social responsibility (CSR) to build and refurbish 30 houses for the poor in rural areas this year.

Its senior general manager (Corporate Affairs and Communications), Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin said the CSR programme, ‘Baiti Jannati’ (My House My Heaven), was only implemented in Peninsular Malaysia.

“Almost half of the ‘Baiti Jannati’ projects have been implemented including six in Kedah which are expected to be completed before the year-end.”
He said this after the handing-over of a house under the programme by Energy, Green Technology and Water Deputy Minister Datuk Seri Mahdzir Khalid to villager Saadiah Ismail, 96, in Kampung Kubang Palas, near here, today.

The 630-sq ft house which has two bedrooms and a bathroom and costing RM35,000, was completed two weeks ago.

“Since the programme began in 2007, TNB has built and refurbished 137 houses at a total cost of RM2.6 million,” Aminuddin said.

Presiden, Timbalan Menang Tanpa Bertanding Tanda Amalan Demokrasi Subur Dalam UMNO

Posted: 22 Sep 2013 02:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Pengekalan jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO setelah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing menang tanpa bertanding menunjukkan amalan demokrasi terus subur dalam parti itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jika berlaku pertandingan, ia akan menimbulkan pembahagian pengaruh yang pasti akan menyukarkan Umno untuk mencapai agenda parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14.

NAJIB RAZAK / MUHYIDDIN MOHD YASSIN

Katanya tanpa ada pertandingan dua jawatan tertinggi Umno itu, ia menterjemahkan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap gandingan kepimpinan Najib dan Muhyiddin.

“Saya bersyukur kerana anggota UMNO di peringkat akar umbi percaya kepada presiden dan timbalan presiden.

“Kemenangan ini juga adalah manifestasi kepada kepedulian yang mereka berdua lakukan untuk mengukuhkan UMNO,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Pegawai Eksekutif Putrade Property Management Sdn. Bhd (Putrade) Datuk Maxson Abdullah H. Jaafar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Ketika ditanya mengenai pertandingan di peringkat bahagian, Ahmad Zahid berkata walaupun ada persaingan tetapi setiap anggota dan pemimpin tidak harus mengabaikan semangat kesatuan dalam kalangan mereka.

“Saya harap penyuburan demokrasi tidak akan menimbulkan petak pembahagian yang tidak dapat disatukan terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14,” katanya

Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata persaingan di beberapa bahagian yang sudah lama tidak ditandingi menunjukkan keinginan peringkat akar umbi untuk melakukan transformasi di dalam parti.

Beliau berkata bila ada pertandingan, ini memberi peluang kepada akar umbi untuk membuat pilihan yang calon-calonnya bukan calang-calang orang.
Mengenai jawatan presiden dan timbalan presiden yang menang tanpa bertanding semalam, beliau berkata: “Itu satu amalan demokrasi yang sihat, jadi tidak boleh tuduh seperti pemilihan jawatankuasa pusat DAP (CEC) yang kononnya Umno kurang demokrasi.”

Ahmad Zahid yang juga anggota parlimen Bagan Datoh dan Mukhriz masing-masing menyerahkan borang pencalonan merebut jawatan naib presiden pada pemilihan UMNO 2013 pada 19 Okt depan.

Di RANAU, Sabah, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kemenangan dua pemimpin tertinggi parti tanpa dicabar menunjukkan kestabilan politik di negara ini.

Katanya keadaan itu akan membolehkan Najib sebagai perdana menteri dan Muhyiddin selaku timbalan perdana menteri menumpukan masa mengurus tadbir agenda transformasi dan pembaharuan negara.

“Ini kematangan ahli UMNO sebagai tulang belakang parti pemerintahan yang menginginkan kestabilan parti (pemimpin) dapat kekal, jadi kematangan ini diterjemahkan untuk mengekalkan presiden dan timbalan presiden,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Jalan Luar Bandar Kibbas-Mohimboyon sepanjang 15km yang siap Mei lepas.

Berhubung pertandingan di peringkat ketua bahagian, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Ketua UMNO Bahagian Semprona menyifatkan perkara itu lumrah dalam politik.

“Pertandingan ini biasa dalam keadaan politik, menampakkan demokrasi Umno subur tiada halangan dan sekatan…tetapi jangan guna ruang ini untuk melemahkan parti,” katanya

Di KOTA KINABALU, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kemenangan Najib dan Muhyiddin menunjukkan keyakinan anggota parti terhadap kewibawaan kedua-dua pemimpin untuk terus menerajui UMNO yang merupakan tunjang Barisan Nasional (BN).

Musa yang juga Ketua Menteri Sabah berkata ia juga menunjukkan sokongan padu anggota akar umbi parti terhadap mereka. “Bagi pihak UMNO Sabah, saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin yang sekali lagi diberikan mandat untuk menerajui parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Musa berkata keputusan kolektif untuk mengekalkan presiden dan timbalan presiden tanpa bertanding menunjukkan perpaduan dan kematangan anggota parti yang akan mengukuhkan lagi Umno.

Sementara itu, UMNO Pulau Pinang percaya kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti membuktikan kepimpinan dua pemimpin berkenaan masih diperlukan.

Chin Peng Berbeza Dengan Dr Azahari Dan Nordin Mohamad Top, Kata Razali Ibrahim

Posted: 21 Sep 2013 10:07 PM PDT

MUAR, 21 Sept – Keputusan kerajaan tidak membenarkan mayat atau abu Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng dibawa pulang ke negara ini adalah tindakan tepat memandangkan dia bukan warganegara Malaysia.

Chin_Peng_Wanted_Malaya_Public-Enemy-Pengganas-Komunis-Kejam

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menegaskan ini berbeza dengan langkah kerajaan membenarkan jenazah dua suspek pengganas, Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dikebumikan di negara ini setelah ditembak mati pasukan keselamatan Indonesia.

Beliau berkata Allahyarham Azahari dan Nordin adalah rakyat Malaysia, sebab itu kerajaan tidak membantah apabila keluarga mereka mengebumikannya di Melaka dan Pontian.

“Berbeza dengan Chin Peng, selain daripada bukan rakyat negara ini, dia juga adalah orang bertanggungjawab menyebabkan ribuan anggota pasukan keselamatan termasuk Askar Melayu Diraja terbunuh ketika darurat dahulu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Razali mengulas mengenai gesaan Naib Presiden MCA Gan Ping Siew yang mahukan kerajaan membenarkan mayat atau abu pemimpin komunis itu dibawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai.

Malah katanya semasa bersetuju meletakkan senjata dalam perjanjian di Selatan Thailand pada tahun 1989, pemimpin komunis itu tetap memperjuangkan ideologinya dan tidak segera mengemukakan permohonan untuk menjadi warganegara Malaysia.

“Ini menunjukkan Chin Peng tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengakui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT