SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, September 13, 2013

UMNO Online - “Bank Negara Tidak Jangka Inflasi Meningkat Setelah Harga Bahan Api Naik” plus 9 more

UMNO Online - “Bank Negara Tidak Jangka Inflasi Meningkat Setelah Harga Bahan Api Naik” plus 9 more

Link to UMNO Online

Bank Negara Tidak Jangka Inflasi Meningkat Setelah Harga Bahan Api Naik

Posted: 12 Sep 2013 05:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Bank Negara tidak menjangkakan kadar inflasi yang lebih tinggi berikutan kenaikan harga bahan api, memandangkan ekonomi global masih berkembang dengan sederhana, kata Gabenornya Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini.

“Jika harga komoditi global, termasuk harga bahan api, meningkat dengan ketara, sudah tentu akan menyumbang kepada inflasi yang lebih tinggi, dan apabila harga bahan api meningkat, ia adalah harga global yang di luar kawalan kita.

“Terdapat had kepada apa yang kerajaan boleh bantu. Mana-mana kerajaan di dunia yang cuba untuk mengawal kenaikan harga tersebut melalui subsidi akan akhirnya mengalami beban kewangan yang tidak mampan,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis Forum Dasar Global (GPF) Perikatan bagi Rangkuman Kewangan (AFI) 2013 hari ini.

Bagi tempoh Januari hingga Julai, inflasi kekal rendah pada 1.7 peratus.

Forum tiga hari itu, yang dianjurkan bersama oleh AFI dan bank pusat, tamat hari ini dengan komitmen AFI Network untuk Perjanjian Sasana.

Melalui perjanjian itu, strategi dan penggubalan dasar rangkuman kewangan akan melihat bukti dan hasil berasaskan data keputusan yang boleh menyumbang kepada usaha mempercepatkan kemajuan dan ukuran terhadap kesan.

Cuepacs Yakin 1.4 Juta Penjawat Awam Dapat Faedah Belanjawan 2014

Posted: 12 Sep 2013 05:09 AM PDT

MACHANG, 12 Sept – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin 1.4 juta penjawat awam akan mendapat faedah daripada Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan, Oktober depan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata Cuepacs mengemukakan empat cadangan kepada kerajaan iaitu berkaitan pinjaman perumahan, Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Imbuhan Tahunan dan Elaun Sara Hidup (Cola).

“Kita penuh yakin kerajaan akan mempertimbangkan berasaskan ekonomi Negara masih kukuh,” katanya selepas majlis sesi dialog dengan staf Universiti Terknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, hari ini.

Omar berkata cadangan itu dikemukakan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Mengenai Elaun Sara Hidup (Cola), kerajaan perlu menyelaraskan tanpa  membezakan antara mereka yang tinggal di bandar (mendapat bayaran tinggi) dan mereka yang tinggal di luar bandar (mendapat bayaran rendah),” katanya.

Omar berkata cadangan itu bukan ‘pendesak’ sebaliknya mengikut keperluan kerajaan memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga petrol dan diesel.

Ditanya pengumuman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang akan mengisi 60,000 kekosongan jawatan peringkat persekutuan di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, Omar berkata SPA perlu memberi keutamaan kepada lebih 45,000 pekerja kontrak yang kini sedang berkhidmat di pelbagai sektor awam.

Beliau berkata, terdapat dalam kalangan pekerja kontrak terbabit sudah melalui enam sesi temu duga, namun masih gagal berbanding mereka yang mudah mendapat pekerjaan tanpa melalui temu duga.

Najib Asks Malaysians To Redouble Efforts For Wider Access To Financial Literacy

Posted: 12 Sep 2013 05:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, Sept 12 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has asked Malaysians to redouble efforts for a much wider access to financing and greater financial literacy.

He said while Malaysia had achieved significant progress in terms of access to credit and financial literacy, there was still much more to be done.

“Our vision is to equip all Malaysians with an essential understanding of sound financial management, provide them with the means and the opportunity to improve their financial position and assure them of the right to fair treatment as financial consumers,” he said when closing the Global Policy Forum (GPS) today.

In realising this vision, Najib said responsibility must be shared with the government through appropriate education and development responsibility, regulators via a facilitative regulatory framework and strong consumer protection standards, financial industry, through responsible innovation and financial practices and individual consumers through the appropriate exercise of choice and prudent financial management.

Meanwhile, the three-days GPS concluded with the declaration of the Sasana Accord, further strengthening the Alliance for Financial Inclusion (AFI) network’s commitment to the Maya Declaration, taking it to the next level through the adoption of systematic assessment of impact to ensure quantifiable and measureable targets for financial inclusion.

Through the Sasana Accord, financial inclusion policy-making and strategies would see evidence and data-based results that contribute to accelerate the progress and measurement of the impact, he said.

Najib said the ability to share common challenges, ideas and experiences among policymakers worldwide can help in making better decisions.

He said the GPF was a testament to the enormous potential that the collaboration can unlock.

“Over the course of this conference, I am sure policymakers here have bsorbed some of the successes in the struggle for a more inclusive global economy.

“And it’s my hope that, in turn, Malaysia’s development journey may prove equally instructive,” added Najib, who is also the Finance Minister.

People Who Understand “Addin” Will Stand To Be More Resilient, Competitive – Mukhriz

Posted: 12 Sep 2013 04:15 AM PDT

JITRA, Sept 12 – The young generation, as an important asset of the nation, could strengthen their understanding of Addin or the way of life to boost their resilience, intellectual capacity and competitiveness to become human capital that could fulfil the nation’s goals by 2020.

Kedah Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir said human capital development in the young generation could help determine the country’s competitiveness and productivity.

He said human capital development needed to be properly planned so that, equipped with the right skills and competitive spirit, the young generation would be capable of meeting the needs of the industries and markets.

“I believe our graduands are capable of effecting progressive transformation in the interest of society, their religion and the nation.”

Mukhriz said this in his speech at the 27th convocation ceremony of Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas) at Dewan Wawasan, here, today.

At the ceremony, 1,959 graduands received their diplomas and 16, their certificates, in the fields of civil, mechanical and electrical engineering, information technology and commerce.

Mukhriz reminded the graduands not to be poor in spirit and have bad traits like laziness, greed and arrogance, but instead be strong, diligent, honest and sincere in shouldering the trust and responsibilities given.

“As the hope of the nation, you must step into the working world and serve with integrity and high morals. Never get involved in corruption, criminal breach of trust, cheating and vice.

“The nation’s requires balanced individuals in the physical, emotional, spiritual and intellectual aspects to realise society and the nation’s vision.”

Mukhriz also said that technical education and vocational training needed to be mainstreamed in order to increase the proportion of highly skilled workers from 23 per cent to 37 per cent by 2015.

The opening of the two-day convocation was officiated by member of the Kedah Council of Regency, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yesterday.

42 NGOs Hand Memo To U.S. Over Egypt

Posted: 12 Sep 2013 04:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, Sept 12 – Forty-two NGOs today handed over a memorandum to the United States embassy calling on the US not to recognise the new government in Egypt.

They claimed that the government had come to power through a coup.

The president of the Consultative Council for Malaysian Islamic Organisations (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, led representatives of 10 NGOs in handing over the memorandum to an official at the embassy at 11.15 am.

The NGOs had also called on the US to cease providing military aid to Egypt and to get the new government there to stop the exploitation and killing of demonstrators.

Mohd Azmi told Bernama the NGOs also urged the US to restore democracy in Egypt and to ensure that the ousted democratically-elected Mohammed Morsi was returned as the Egyptian president.

Pembangkang Seleweng Fakta Asas Kenaikan Harga Minyak

Posted: 12 Sep 2013 04:07 AM PDT

Pembangkang sekarang mengambil kesempatan untuk menyerang kerajaan berhubung tindakan menaikkan harga minyak petrol RON95 dan disel sebanyak 20 sen.

Mereka mendakwa kerajaan zalim dan tidak prihatin terhadap masalah bebanan kos kehidupan rakyat di peringkat bawahan yang semakin mendesak.

Seperti biasa pembangkang hanya bercerita setengah fakta sahaja tetapi setengah lagi fakta yang lebih penting yang perlu diketahui oleh rakyat disorokkan.

Tujuannya ialah mengapi-apikan kemarahan rakyat supaya kerajaan dapat ditumbangkan.

Itu sahaja tujuan utama pembangkang dengan berbuat demikian iaitu untuk mendapatkan kuasa politik.

Maklumat yang seimbang dan menyeluruh amat penting bagi memberi pemahaman rakyat supaya mereka dapat menyedari logik segala keputusan kerajaan berhubung dengan keadaan ekonomi negara.

perang-ekonomi-dunia-harga-minyak-mentah-petroleum-nilai-matawang-spekulasi-global

Jika rakyat sudah memahami mereka juga akan turut memberi sokongan dan membuat penyesuaian kepada perubahan iklim ekonomi negara yang berkait langsung dengan suasana ekonomi global.

Antara modal pembangkang untuk menghentam kerajaan ialah tindakan agensi penarafan antarabangsa, Fitch, yang menuruntarafkan unjuran mengenai Malaysia daripada stabil kepada negatif.

Dalam erti kata lain, agensi tersebut menganggap usaha Malaysia mengurus serta menangani masalah bebanan hutangnya masih belum mencukupi.

Ini yang dimaksudkan dengan istilah ‘budgetary reforms’ dan ‘fiscal consolidation’.

Susulan daripada itu, dalam bukan Ogos lalu, pasaran saham melihat pengaliran keluar pelaburan oleh pelabur asing daripada pasaran bon kerajaan dan juga saham.

Pasaran bon menunjukkan pengaliran keluar pelaburan sebanyak RM12 bilion sementara saham pula RM3 bilion ke RM4 bilion.

Kesan kepada fenomena ialah kelemahan kepada kedudukan matawang Ringgit yang jatuh pada tahap terendah sejak tahun 2010.

Kali terakhir pengaliran keluar pelaburan sebesar ini daripada pasaran bon dan saham ialah ketika berlakunya krisis subprima di Amerika Syarikat pada 2009.

Ini adalah fakta yang tidask boleh disanggah tetapi pada masa yang sama rakyat tidak perlu panik kerana ini adalah kitaran biasa pada sistem ekonomi mana-mana negara di dalam dunia.

Jika rakyat masih ingat, keadaan ekonomi negara jauh lebih parah dan tertekan semasa krisis kewangan Asia yang disebabkan oleh serangan terhadap Ringgit dan juga matawang negara-negara rantau ini.

Pada ketika itu kerajaan mampu mengharungi badai krisis ekonomi yang hampir membankrapkan negara-negara jiran tetapi berkat ketokohan dan kecekapan pemimpin negara, kestabilkan ekonomi Malaysia mampu dipertahan malah diperkukuhkan melalui beberapa langkah drastik.

Apa yang disembunyikan oleh pembangkang adalah tatkala negara terkesan daripada pengaliran keluar modal asing, negara-negara lain juga mengalami keadaan yang sama.

Filipina, Indonesia dan India menghadapi pengaliran keluar pelaburan asing yang besar sejak beberapa minggu lalu.

Malah masalah India lebih besar dan kritikal sehingga nilai matawang Rupee berbanding Dolar Amerika mengalami kejatuhan paling teruk dalam sejarah negara itu!

Ini kerana kebanyakan pelabur asing mempunyai ‘herd mentality’ iaitu apabila terjadi suasana ketidakyakinan terhadap satu negara Asia, negara-negara lain di Asia termasuk Malaysia dirangkumi sekali dalam penilaian mereka.

Kemelut kemungkinan terjadi serangan tentera Amerika ke atas Syria juga menyumbang kepada suasa ketidaktentuan di kalangan pelabur asing.

Mereka kini lebih yakin untuk membuat pelaburan dalam emas dan juga bon Amerika.

Pelabur adalah seperti sekumpulan ternakan lembu atau biri-biri yang bergerak secara berkumpulan dan bukannya bersendirian.

Namun hakikatnya Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil mahsul yang melimpah ruah dari emas, bijih timah, bijih besi hingga kepada kesuburan tanah yang menghasilkan tanaman getah, kelapa sawit, koko dan sebagainya di samping keluasan dan khazanah maritim yang begitu besar.

Kekuatan semulajadi Malaysia inilah disamping mempunyai pentadbiran kerajaan yang efisien dan mampu membangunkan ekonomi negara dengan dasar dan program yang dinamik dan berdaya saing meletakkan negara pada tahap yang diyakini dunia.

Apa yang berlaku sekarang ialah kesan krisis ekonomi luar yang terpaksa juga ditanggung bersama kerana Malaysia mengamalkan dasar pasaran terbuka atau ‘free market economy’.

Langkah menaikkan harga minyak dengan tujuan untuk mengurangkan subsidi dan menjimatkan perbelanjaasn kerajaan adalah tindakan mengurus ekonomi secara berhemah.

Tidak perlu dipolitikkan kerana jika kerajaan terus memberi subsidi yang besar kepada bahan api, itu adalah lebih tidak bertanggungjawab dan menjurus negara kepada keadaan yang lebih parah dan merbahaya.

isuhot.com

16 Sept : Memperingati Pembohongan Terbesar Dalam Sejarah Politik Negara

Posted: 12 Sep 2013 03:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Sept –   Tarikh 16 September bukan sahaja akan diingati oleh rakyat Malaysia sebagai tarikh bersejarah penubuhan Malaysia, tetapi tarikh ini juga akan  diingati oleh seluruh rakyat di negara ini, di mana pada tarikh tersebutlah berlakunya satu pembohongan politik terbesar dalam sejarah politik negara, demikian jelas Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Puad Zarkashi.

penipuan_anwar_16_september

Menurut beliau, pembohongan yang dilakukan oleh Anwar itu mana mungkin dapat dilupakan oleh rakyat di negara ini, memandangkan pembohongan seperti itu  merupakan satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana ahli politik dalam sejarah politik tanahair.

"Secara tidak langsung, tindakan Anwar itu juga sebenarnya mencemar keharmonian politik tanahair selama ini dengan pembohongannya yang amat dahsyat itu, malah turut mencalarkan tarikh 16 September yang menjadi tarikh penubuhan negara ini.

"Anwar bukan saja sekadar berbohong kepada rakyat, tetapi  beliau juga sanggup menjual nama yang DiPertuan Agong kononnya telah memberikan restu kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri, sekiranya beliau berjaya 'membeli' 30 Ahli Parlimen BN untuk menyebelahi beliau," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya, sikap Anwar yang tergamak membohongi rakyat serta sanggup menjual nama Yang DiPertuan Agong demi kepentingan politik peribadinya merupakan satu tindakan yang tidak bermaruah yang menjejaskan keharmonian berpolitik di negara ini.

"Ketika itu saya lihat, sebahagian rakyat sudah terpengaruh dengan lagu yang didendangkan oleh Anwar dengan mengatakan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri kerana 30 ahli parlimen BN akan menyebelahi pihak pembangkang.

"Namun ternyata, rancangan yang digembar gemburkannya kepada rakyat itu tidak menjadi dan buktinya tidak ada seorang pun ahli parlimen BN yang melompat pergi ke pembangkang,"ujarnya.

pakatan-15-peratus-pembangkang-pemimpin-hantu-pilihanraya

Katanya lagi, ini membuktikan secara jelas bahawa cara permainan politik yang diamalkan oleh Ketua Pembangkang itu amat kotor dan sanggup berbuat apa saja demi untuk mendapatkan kerusi Perdana Menteri di negara ini.

"Kini setelah lima tahun berlalu, saya yakin rakyat di negara ini tidak akan lupa segala kata-kata beliau tentang pengambilahan kuasa 16 September ini.

"Saya juga yakin, bahawa rakyat hari ini sudah tahu siapa dan bagaimana caranya Anwar Ibrahim berpolitik. Saya yakin, rakyat tidak  lagi mudah terpengaruh dengan menelan bulat-bulat segala kata-kata Anwar.

"Ini kerana sudah terbukti, bahawa apa saja agenda politik yang keluar dari mulut beliau hanyalah satu pembohongan semata-mata yang sebenarnya tidak mendatangkan sebarang faedah bagi rakyat dan negara, kecuali terhadap survival politik beliau semata-mata," akhiri beliau. -MediaUMNO

Ahli UMNO Burukkan Parti Berdepan Tindakan Tegas Dan Gantung Keahlian

Posted: 12 Sep 2013 03:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan mana-mana pihak khususnya ahli UMNO yang melakukan tindakan negatif dan memburuk-burukkan parti akan dikenakan tindakan tegas.

tengku-adnan-mansor-setiausaha-agung-umno

Beliau berkata demikian ekoran maklumat di peringkat UMNO Bahagian yang diterima Ibu Pejabat UMNO bahawa terdapat pihak yang bertindak negatif termasuklah mengoyak, membakar dan cubaan melakukan politik wang.

"Saya ingin mengingatkan semua pihak khususnya ahli-ahli UMNO agar tidak mengambil kesempatan terhadap mana-mana persidangan sama ada untuk kepentingan peribadi atau atas agenda lain termasuklah membatalkan persidangan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ini kerana katanya, kuasa pemutus adalah ditentukan oleh Majlis Tertinggi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan dan peraturan parti.

"Mana-mana ahli UMNO yang secara jelas terlibat dalam anasir-anasir sedemikian dan melanggar tataetika ahli UMNO maka mereka akan diambil tindakan keras termasuklah digantung keahliannya."

Katanya, Pemilihan UMNO yang bakal berlangsung dengan dikawalselia oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan UMNO 2013, dilaporkan bahawa Jawatankuasa terbabit menerima pelbagai aduan.

"Jawatankuasa tersebut bersidang tiap-tiap hari di Ibu Pejabat bagi membincang, menyelaras, menyelia dan memastikan setiap aduan berkaitan permasalahan yang timbul dapat ditangani dengan adil dan telus seterusnya memberi kaedah penyelesaian terbaik.

"Antara aduan-aduan yang diterima oleh Jawatankuasa terbabit adalah bersifat dengan sengaja berniat untuk memburukkan anggota, cawangan, bahagian atau berniat untuk membatalkan mesyuarat yang dijalankan dan aduan yang tidak munasabah."

Jelas beliau lagi, Ibu Pejabat juga telah mengenalpasti beberapa UMNO Bahagian yang bermasalah seperti di Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan beberapa negeri yang lain dan Ibu Pejabat sedang meneliti dan memperhalusi kaedah terbaik agar setiap masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Dalam masa yang sama beliau turut menyarankan mana-mana anggota, cawangan dan bahagian yang akan bermesyuarat agar membuat semakan keahlian bagi mengelakkan sebarang kerumitan dan permasalahan berlaku.

"Persidangan cawangan yang berlangsung pada tahun 2010, 2011 dan 2012, Ibu Pejabat tidak menerima sebarang aduan berkaitan keahlian di mana-mana cawangan namun demikian, dalam persidangan cawangan 2013 terdapat pelbagai masalah yang timbul barangkali ekoran kelalaian atau kelekaan daripada membuat semakan keahlian masing-masing."

Pemutihan ahli UMNO telah dibuat pada tahun 2010, 2011 dan 2012 ekoran daripada pindaan Perlembagaan UMNO pada 15 Oktober 2009 yang menetapkan agar senarai ahli yang ada di setiap bahagian adalah mengikut daftar yang terkini setelah penghapusan yuran tahunan ahli selain pentingnya untuk memastikan kesahihan senarai ahli UMNO antara bahagian dan Ibu Pejabat.

Sehingga hari ini, dilaporkan jumlah perwakilan yang telah selesai melaksanakan tanggungjawabnya melalui persidangan cawangan ialah sekitar 53 peratus.

Sebarang permasalahan berkaitan keahlian dan semakan boleh dibuat dengan menghubungi talian bebas tol Ibu Pejabat UMNO 1-800-22-8666.

Berikut adalah Siaran Media oleh Setiausaha Agung UMNO.

12 SEPTEMBER 2013
KENYATAAN MEDIA

Pemutihan ahli UMNO telah dibuat pada tahun 2010, 2011 dan 2012 ekoran daripada pindaan Perlembagaan UMNO pada 15 Oktober 2009. Pemutihan ahli UMNO ini dibuat mengikut pindaan Perlembagaan parti agar senarai ahli yang ada di setiap bahagian adalah mengikut daftar yang terkini setelah penghapusan yuran tahunan ahli selain pentingnya untuk memastikan kesahihan senarai ahli UMNO antara bahagian dan Ibu Pejabat.

Sehubungan itu, saya menyarankan mana-mana anggota, cawangan dan bahagian yang akan bermesyuarat agar membuat semakan keahlian bagi mengelakkan sebarang kerumitan dan permasalahan berlaku. Berkaitan dengan ini, dimaklumkan bahawa persidangan cawangan yang berlangsung pada tahun 2010, 2011 dan 2012, Ibu Pejabat tidak menerima sebarang aduan berkaitan keahlian di mana-mana cawangan namun demikian, dalam persidangan cawangan 2013 terdapat pelbagai masalah yang timbul barangkali ekoran kelalaian atau kelekaan daripada membuat semakan keahlian masing-masing.

Berhubung Pemilihan UMNO yang bakal berlangsung dengan dikawalselia oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan UMNO 2013, dilaporkan bahawa Jawatankuasa terbabit menerima pelbagai aduan. Dimaklumkan, Jawatankuasa tersebut bersidang tiap-tiap hari di Ibu Pejabat bagi membincang, menyelaras, menyelia dan memastikan setiap aduan berkaitan permasalahan yang timbul dapat ditangani dengan adil dan telus seterusnya memberi kaedah penyelesaian terbaik. Namun demikian, ianya hendaklah disahkan oleh Ketua Bahagian dan Setiausaha Bahagian UMNO dan sebarang siasatan berkaitan aduan dibuat oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Antara aduan-aduan yang diterima oleh Jawatankuasa terbabit adalah bersifat:
i. dengan sengaja berniat untuk memburukkan anggota/cawangan/bahagian;
ii. dengan sengaja berniat untuk membatalkan mesyuarat yang dijalankan;
iii. aduan yang tidak munasabah.

Oleh yang demikian, saya ingin mengingatkan semua pihak khususnya ahli-ahli UMNO agar tidak mengambil kesempatan terhadap mana-mana persidangan sama ada untuk kepentingan peribadi atau atas agenda lain termasuklah membatalkan persidangan. Ini kerana kuasa pemutus adalah ditentukan oleh Majlis Tertinggi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan dan peraturan parti.

Ibu Pejabat juga telah mengenalpasti beberapa UMNO Bahagian yang bermasalah seperti di Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan beberapa negeri yang lain dan Ibu Pejabat sedang meneliti dan memperhalusi kaedah terbaik agar setiap masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Selain itu, Ibu Pejabat juga turut mendapat maklumat di peringkat UMNO Bahagian bahawa terdapat pihak yang bertindak negatif termasuklah mengoyak, membakar dan melakukan politik wang. Sehubungan itu, saya ingatkan mana-mana ahli UMNO yang secara jelas terlibat dalam anasir-anasir sedemikian dan melanggar tataetika ahli UMNO maka mereka akan diambil tindakan keras termasuklah digantung keahliannya. Sebarang bantahan yang dibuat perlulah melalui Ketua Bahagian dan Setiausaha Bahagian UMNO.

Sehingga hari ini, jumlah perwakilan yang telah selesai melaksanakan tanggungjawabnya melalui persidangan cawangan ialah sekitar 53 peratus.

Sebarang permasalahan berkaitan keahlian dan semakan boleh dibuat dengan menghubungi talian bebas tol Ibu Pejabat UMNO 1-800-22-8666.

Sekian, Terima Kasih.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR

Inisiatif Penubuhan TEKUN Membawa Rahmat Kepada Bumiputera

Posted: 12 Sep 2013 02:09 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Sept – Penubuhan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)  antara inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu golongan peniaga dan usahawan kecil Bumiputera sama ada untuk mendapatkan modal atau bantuan kewangan bagi menjalankan perniagaan atau perusahaan masing-masing.

logo-tekun-nasional-usahawan-bumiputera-melayu-malaysia

Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Hamidah Osman berkata penubuhan TEKUN adalah hasil daripada resolusi Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang pada tahun 1994 yang mencadangkan supaya adanya satu badan yang dapat membantu peniaga dan usahawan kecil terbabit yang sering berhadapan dengan masalah kewangan.

"Kekurangan modal sering menjadi kekangan kepada peniaga dan usahawan kecil untuk menjalan perniagaan atau perusahaan yang dirancang, untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi pinjaman terpaksa melalui beberapa proses serta syarat yang ditetapkan dan sering berlaku mereka ini tidak dapat memenuhi yang menyebabkan pinjaman atau bantuan yang dipohon tidak dapat diluluskan.

"Dengan adanya TEKUN, mereka yang berhadapan dengan masalah pembiayaan dapat diselesaikan kerana proses untuk mendapatkan bantuan adalah mudah tanpa memerlukan dokumentasi yang rumit seperti mana dikehendaki oleh institusi kewangan, apa yang penting pemohon itu mempunyai perniagaan atau perusahaan yang sah bagi membolehkan bantuan kewangan disalurkan kepada mereka," katanya UMNO-Online di sini.

Beliau berkata, bantuan yang disediakan TEKUN telah berjaya menghasilkan ramai peniaga serta usahawan keciluntuk membabitkan diri dalam bidang ekonomi, malah ada di kalangan mereka yang menerima bantuan daripada TEKUN telah berjaya mengembangkan perniagaan masing-masing sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Hasil pembiayaan TEKUN, ia telah berjaya melahirkan ramai usahawan baru, dengan bantuan yang diberi mereka sudah melangkah jauh sehingga ke peringkat antarabangsa, ia adalah satu pencapaian yang baik walaupun mungkin ketika memulakan perniagaan dahulu hanya beroperasi di rumah, kini sudah mempunyai bangunan sendiri.

"TEKUN bukan sahaja sekadar agensi yang ditubuhkan untuk menyalurkan pembiayaan kewangan, malah menyediakan latihan dan kursus bagi membantu mereka dalam menguruskan perniagaan dan perusahaan dengan betul berbanding dengan apa yang dilakukan sebelum ini," katanya.

Hamidah berkata, penubuhan TEKUN adalah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berkenaan kerana perkhidmatan sokongan dan pembangunan keusahawanan turut  diberikan bagi memastikan mereka benar-benar berjaya terutama untuk bersaing dengan kaum lain. -MediaUMNO

Malaysian Students To Start New Session In Egypt On Oct 19 – Idris Jusoh

Posted: 12 Sep 2013 01:07 AM PDT

PUTRAJAYA, Sept 12 – Malaysian students in Egypt will begin their new academic session on Oct 19 and their examinations will begin on Sept 21 involving all universities there.

Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh said the dates were fixed following discussions between a Malaysian Education Ministry delegation and the Egyptian Higher Education Ministry held in Egypt recently.

However, the dates depended on the situation in Egypt whether there was stability and the situation was conducive for Malaysian students to continue their studies there, he said.

Idris said 121 Malaysian students studying in the University of Cairo, Egypt were now undergoing a repeat examination beginning last Sept 10 until Sept 16 at Universiti Putra Malaysia (UPM).

“The ministry advises students to be careful and not participate in any assembly or demonstration and to always get in touch with the Malaysian Embassy and Education Malaysia Egypt because Wisma Putra has issued a statement to postpone any trip to Egypt except for important business there,” he said.

The minister said this at a media conference after attending a Briefing Session and meeting with Malaysian students pursuing higher studies in Egypt together with the institutions of higher learning and professional bodies organised by the Higher Education Sector, Education Ministry, here today.

In addition, Idris said the ministry had also decided that no new Malaysian students would be sent to Egypt for the moment until the National Security Council and Wisma Putra gave the green light to make the journey to Egypt.

“The new students involve those who had made applications to further their studies for the 2013 and 2014 sessions in the fields of medicine, dentistry, pharmacy and Islamic studies,” he said.

In this context, the ministry was reviewing the policy on sending Malaysian students to Egypt and a study would be made in the near future to look at the opportunities for studies in these fields offered by local and foreign universities, he said

Up to Aug 30, a total of 2,791 Malaysian students had been brought back from Egypt voluntarily and only Malaysian students who wanted to return to Malaysia would be brought back, he said.

“The ministry does not encourage students to return to Egypt for several reasons, including the curfew that is still being enforced by the Egyptian government, the new Egyptian government has yet to be formed, nationals of other countries who left Egypt in the evacuation operations previously had yet to be allowed to re-enter Egypt and the advice from Wisma Putra to Malaysians not to visit Egypt is still in force,” he said.

Idris also gave an assurance the Majlis Amanah Rakyat (MARA) and the Public Service Department would continue to sponsor Malaysian students in Egypt.

On the installation of a closed-circuit TV camera (CCTV) in a toilet in a secondary school in Kuala Lumpur, Idris said his ministry had directed the school to remove the CCTV immediately.

The media recently reported that the installation of the CCTV had angered parents of students at the school.

1 comment:

  1. Nama saya Yusri aisyah, saya dari malaysia, sila mendengar, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang yang diperolehi keras anda. Suami saya dan saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita tanpa mendapat pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
    Kami juga meminjam wang untuk membayar untuk pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kita mendapat apa-apa.
    Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar sebanyak $ 150,000 tanpa cagaran.
    Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
    Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Maha Suci: gloryloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT