SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, September 24, 2013

UMNO Online - “Senarai Penuh Calon Bertanding Pemilihan UMNO Diumum Hari Rabu – Abdul Rauf” plus 9 more

UMNO Online - “Senarai Penuh Calon Bertanding Pemilihan UMNO Diumum Hari Rabu – Abdul Rauf” plus 9 more

Link to UMNO Online

Senarai Penuh Calon Bertanding Pemilihan UMNO Diumum Hari Rabu – Abdul Rauf

Posted: 23 Sep 2013 04:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Senarai penuh calon yang akan bertanding pada Pemilihan UMNO 2013 bagi jawatan peringkat pusat akan diumum pada Rabu petang, kata Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh.

ab-rauf-yusoh-suk-setiausaha-umno-malaysia

Beliau berkata sebarang keputusan berkaitan pembatalan atau penarikan diri turut akan diketahui pada sidang akhbar khas pada hari berkenaan.

“Tempoh bertenang akan tamat pada hari Selasa dan kami masih dalam proses menyenaraikan nama individu yang layak bertanding…pengumuman akan dibuat pada Rabu, pukul 4 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pada proses pendaftaran calon Sabtu lepas, sebanyak 261 borang pencalonan pemilihan UMNO 2013 bagi peringkat pusat diserah sehingga tamat tempoh penyerahan borang itu pada pukul 5 petang hari berkenaan.

Setelah proses pendaftaran calon itu selesai, tempoh bertenang selama 72 jam atau tiga hari diadakan bagi membolehkan Jawatankuasa Pemilihan menyemak kelayakan mereka yang ingin bertanding itu sebelum senarai calon diumumkan.

Pandangan Majlis Syura Ulama Pas Hanya Bertaraf Kelas Kedua

Posted: 23 Sep 2013 04:44 AM PDT

PARIT, 23 Sept – Nampaknya Majlis Syura Ulama Pas ketika ini umpama “melukut di tepi gantang”. Pandangan yang disuarakan oleh golongan tersebut tidak lebih sekadar pandangan kelas dua kerana dalam apa jua keadaan kepimpinan Pas kini akan menjadikan rakan pakatan mereka iaitu DAP dan PKR sebagai rujukan utama.

pas-liberal-islam-sekular-dap-tolak-usul-saranan-ulama-syura-fatwa

Ini dapat dibuktikan apabila Majlis Syura Pas baru-baru ini menggesa Pas untuk  mengkaji semula kerjasama mereka bersama pakatan pembangkang namun malangnya pandangan tersebut seperti tidak diguna pakai kerana Pas teguh untuk terus bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Menurut Exco Kerajaan Negeri Perak, Haji Nizar Zakaria, Pas kini dilihat menghalalkan segala cara asalkan hajat mereka tercapai walaupun terpaksa 'menjual' agama.

"Majlis Syura adalah badan tertinggi di dalam parti Pas dan seharusnya menjadi tempat rujukan mereka namun sayangnya Pas sendiri seperti acuh tak acuh dengan pandangan Majlis Syura tersebut.

"Kepimpinan Pas terlalu menjaga hati rakan sekutu mereka khususnya DAP. Sekiranya DAP tidak merestui pandangan Majlis Syura maka Pas akan mengikut kata DAP. Mereka takut kepada bayang-bayang sendiri," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Nizar, seharusnya pandangan Majlis Syura yang mengatakan Pas harus mengkaji semula kerjasama mereka bersama pakatan pembangkang haruslah dikaji dan diperhalusi, bukannya sekadar melihatnya sebelah mata.

Jelas tegas beliau Pas kini  terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup mengetepikan apa sahaja sekiranya perkara tersebut tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka.

"Sehinggakan pandangan ulama luar yang tidak ada kena mengena dengan politik juga tidak mereka setuju sekiranya pandangan tersebut berpihak kepada kerajaan mahupun UMNO.

“Apa yang menghairankan kita, sekiranya pandangan DAP tidak betul, mereka sanggup ikut walaupun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan," jelasnya lagi.

Kerana itu jugalah jelas Nizar, telah semakin kelihatan wujudnya puak-puak di dalam kepimpinan Pas yang akhirnya bakal merugikan parti itu sendiri. - MediaUMNO

Parti Perpaduan Sokong Pendirian BN Berhubung Chin Peng

Posted: 23 Sep 2013 04:38 AM PDT

KOTA KINABALU, 23 Sept – Parti politik yang baharu didaftarkan Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah hari ini menyatakan sokongan terhadap keputusan tegas kerajaan Barisan Nasional untuk tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia.

Presiden protem Jack Giau berkata ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu itu harus disokong oleh semua rakyat Malaysia kerana negara ini berhabis berbilion ringgit dalam perang gerila menentang Chin Peng dan komradnya daripada Parti Komunis Malaya.

“Walaupun Sabah tidak pernah diancam secara langsung oleh komunis seperti Sarawak, apabila Sabah menyertai Malaya, Singapura dan Sarawak bagi membentuk Malaysia pada 1963, secara tidak langsung Sabah juga menyumbang kepada perjuangan menentang komunis,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya rakyat juga harus mengingati kematian ribuan anggota pasukan keselamatan termasuk anggota renjer dari Sarawak dalam serangan komunis di bawah Chin Peng.

“Kegemilangan komunis di bawah pimpinan Chin Peng diingati sebagai zaman gelap dalam sejarah kita. Kita sebagai generasi muda jangan sesekali ambil mudah akan kemerdekaan dan keamanan yang dikecapi,” katanya.

Pada masa sama beliau berkata parti itu tidak bersetuju dengan cadangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar nama Chin Peng dipadamkan terus daripada sejarah.

“Kita tidak boleh buat begitu. Kami mahu rakyat tahu sejarah sebenar mengenai Chin Peng,” katanya

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa, 90, dilapor meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok, Thailand pada 16 Sept lalu akibat sakit tua.

Pada hari sama, Najib mengumumkan pendirian kerajaan untuk tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke negara ini.

Menang Tanpa Bertanding, Bukti UMNO Bersatu Di Bawah Najib, Muhyiddin

Posted: 23 Sep 2013 02:59 AM PDT

Harapan Anwar Ibrahim untuk melihat UMNO berpecah belah dalam proses pemilihan yang akan datang, nampaknya berkecai lagi setelah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menang tanpa dicabar setelah tempoh akhir penyerahan borang pencalonan selesai sebentar tadi.

Berita ini sudah tentulah diterima dengan rasa syukur dan megah oleh semua ahli-ahli UMNO kerana sememangnya dibawah kepimpinan Najib, UMNO kembali menemui rentak berbanding keputusan pilihanraya umum 2008 dengan meningkatkan jumlah kerusi di Parlimen dan DUN, malah menawan kembali Kedah dalam PRU13 yang lalu.

NAJIB RAZAK / MUHYIDDIN MOHD YASSIN

Dalam bidang ketenteraan pun, mana-mana Jeneral yang berjaya merampas kawasan yang dulu dikuasai musuh dan dalam masa yang sama mengekalkan penguasaan di kawasan sedia ada, memang seorang yang pemimpin yang hebat.

Lagipun tak nampak keperluan menukar Presiden buat masa sekarang, walaupun pertandingan di peringkat tinggi seumpama itu, biasanya lebih mematangkan lagi pemimpin yang berkenaan. Seperti mana pertandingan jawatan Presiden UMNO 1987, mengubah Tun Dr. Mahathir menjadi pemimpin yang jauh lebih hebat.

Apa pun, masalah yang terbesar sudah selesai, persaingan sengit sekarang nampaknya berlaku diperingkat Naib Presiden dan ketua-ketua sayap.

Masing-masing pun nampaknya sudah membentuk pasukan sokongan sendiri. Cuma harapan penulis, semoga dalam proses itu rasanya tidak perlulah memperlekehkan calon berlawanan, biar perwakilan dalam pemilihan bulan depan yang tentukan.

Ini calon bertanding kata beliau tidak kisah dicabar malah mengalu-ngalukan cabaran, ada pulak menyokong sibuk memperlekehkan lawan yang turut mengintai peluang untuk jawatan yang sama. Ini semualah yang buat UMNO nampak buruk di mata rakyat, sebab 2 ke 3 orang yang tidak berakal macam ini.

Anyway, walaupun kedudukan masing-masing sudah selamat, Najib dan Mahyuddin belum lagi boleh senang duduk. Para wartawan dan pemerhati politik pasti menghujankan mereka dengan soalan berkaitan calon favorite masing-masing untuk jawatan-jawatan tertentu.

Jangan silap cakap, kerana sejarah membuktikan ada perwakilan yang menunggu signal dari Presiden dan Timbalannya sebelum membuat keputusan. Bagaimanapun penulis yakin Najib dan Mahyuddin sudah matang untuk menghadapi situasi yang sudah dijangka ini.

Penulis bagaimanapun mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Najib dan Mahyuddin atas kemenangan ini, dan semoga UMNO bertambah kuat lagi dalam menghadapi PRU14 yang akan datang.

Sementara UMNO menuju kestabilan hakiki selepas ini, kedua-dua pemimpin berkenaan perlulah memberikan lebih perhatian kepada parti-parti komponen BN, terutama yang menunjukkan prestasi buruk dalam PRU13 yang lepas.

mykmu.net

304 Anggota Kongsi Gelap Diberkas Sepanjang Ops Cantas Khas – Khalid Abu Bakar

Posted: 23 Sep 2013 02:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas 304 anggota kongsi gelap menerusi Ops Cantas Khas yang dilaksana sejak 17 Ogos lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata polis juga membuka 236 kertas siasatan mengenai pertubuhan kongsi gelap terbabit.

“Antara anggota kumpulan kongsi gelap yang ditahan ialah Geng 04 sebanyak 60 orang, Geng 08 (110 orang), Geng 18 (12 orang) dan Geng 36 (60 orang),” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya setakat hari ini, polis menahan 11,036 individu di bawah operasi itu selain merampas 23 laras senjata api, 14 pucuk senapang angin buatan sendiri, satu bom tangan, 1,238 butir peluru dan pelbagai senjata lain.

Katanya daripada jumlah yang ditahan itu, 47 disiasat mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA), manakala baki di bawah kesalahan-kesalahan lain.

“Walaupun kita dah tahan ramai tetapi kita tidak dapat meneruskan tindakan di bawah PCA kerana tidak diluluskan pihak pendakwa raya tapi mereka dituduh di bawah kesalahan lain di mahkamah,” katanya.

Ops Cantas Khas dilaksana oleh PDRM  bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan, rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi.

Mengulas lanjut, Khalid berkata polis kini giat memburu pesalah trafik terutama pemandu kenderaan komersial seperti lori dan bas yang tidak membayar saman tertunggak.

“Jadi mulai sekarang saya nasihatkan buat semakan dan mana ada saman tertunggak sila jelaskan segera, tak lama lagi bila kita akan ambil alih Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) nanti, lagi mudah kita mencari mereka ini,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMM KL), Datuk Daud Daros berkata pihaknya mengucapkan tahniah kepada PDRM kerana berjaya dalam usaha membanteras penjenayah tegar sejak pelancaran Ops Cantas Khas.

“Tindakan itu berkesan meningkatkan kepercayaan masyarakat perdagangan dan industri Malaysia dan telah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pasukan polis. DPMM KL harap pasukan polis meneruskan tindakan itu sehingga ke akar umbi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemilihan Parti Buktikan UMNO Bukan Elit, Tidak Bersikap Kroni

Posted: 23 Sep 2013 02:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Sept. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa perubahan yang dilaksanakan oleh UMNO melalui pindaan Perlembagaan parti yang kemudiannya diterjemah dalam pemilihan menjadi bukti bahawa UMNO bukan parti elitis, bukan parti untuk suku sakat, atau untuk kaum keluarga semata-mata.

Katanya, dengan adanya kaedah penamaan calon seperti yang telah dilaksanakan di seluruh negara dengan melibatkan Ibu Pejabat UMNO dan juga di peringkat negeri membabitkan anggota akar umbi maka ia memberi peluang kepada semua ahli terlibat.

"Kita ada sistem yang teratur sebagaimana pengambilan borang-borang penamaan dan pendaftaran calon untuk yang mahu menawarkan diri sebagai pemimpin dan dengan ini jelas menunjukkan bahawa UMNO sebuah parti yang inklusif," katanya dalam wawancara eksklusif bersama UMNO-Online.

Ujar beliau, melalui pengamatannya biarpun keterbukaan yang dilakukan dalam UMNO melalui pemilihan ini mempunyai keburukan dan kebaikan namun kaedah-kaedah yang dilaksanakan sebagaimana dalam pendaftaran calon boleh dipertingkat lagi.

"Saya meneliti dan melihat sepanjang hari pendaftaran calon dengan terdapat kaedah-kaedah yang perlu perbaiki kerana barangkali terlalu terbuka maka ada orang yang sengaja berniat memalukan parti dengan menghantar borang pencalonan untuk sengaja mencuba nasib dan mengambil risiko seperti ini biarpun ternyata kepimpinan UMNO berwibawa.

"Benar, demokrasi memberi kelonggaran tetapi ada juga orang yang ingin mengambil kesempatan atas apa yang kita berikan."

Lantaran itu beliau menasihatkan ahli-ahli UMNO agar menghayati perjuangan yang ditinggalkan oleh para pejuang terdahulu demi masa hadapan tanpa memikirkan matlamat peribadi.

"Jika nak bertanding ukurlah baju dibadan, boleh atau tidak tanpa perlu mencalarkan parti," tegasnya.

Pendaftaran calon untuk pemilihan UMNO berlangsung lancar Sabtu lalu dengan melibatkan jawatan peringkat pusat iaitu Majlis Tertinggi UMNO dan Exco pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dan di peringkat bahagian dengan calon-calon mempunyai tempoh selama 72 jam sekiranya mahu menarik diri.

"Kita telah buat pelbagai perubahan dalam Perlembagaan UMNO, sebelum ini berkali-kali telah diubah dan kali ini Presiden cukup berani dengan perubahan yang sangat drastik dan ketara. Jadi kita akan melaksanakan proses ini dan lihat mana yang ada kelonggaran atau yang perlu diperbaiki.

"Kaedah ini diharapkan sedikit sebanyak akan mengurangkan kekangan-kekangan negatif seperti politik wang, politik yang menyekat, politik yang tidak memberi peluang kerana apa yang penting terpulang kepada individu dengan memahami perjuangan UMNO dan menjadikan sejarah lampau sebagai pengajaran, kita perbaiki kekurangan dan kebaikan akan dilaksanakan terus menerus."

Katanya, walaupun parti ini telah berusia 67 tahun, namun ia masih perlu diperbaiki untuk diperteguh demi perjuangan masa hadapan.

"Kita lihat dan beri peluang kerana yang penting ahli parti mesti tahu nilai perjuangan dan UMNO dilihat sebagai satu wadah utama bukan hanya untuk UMNO tetapi untuk rakyat Malaysia dan bangsa-bangsa lain juga yang menjadikan UMNO sebagai satu payung kepada mereka," katanya yang juga Setiauasaha Agung Barisan Nasional (BN).

Melalui pencalonan Sabtu lalu, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO kekal tanpa sebarang pencabar sebagaimana cadangan daripada akar umbi yang mahukan dua jawatan tertuinggi tersebut tidak ditandingi dan hasilnya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing menang tanpa bertanding.

Sebanyak 261 pencalonan peringkat pusat diterima membabitkan enam Naib Presiden dan 64 Majlis Tertinggi selain pencalonan untuk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. Tempoh 72 jam masa untuk menarik diri kepada mana-mana calon akan berakhir Rabu ini. – MediaUMNO

Wanita BN Wujudkan JUWITA Untuk Jadi Perantara Ibu Tunggal

Posted: 23 Sep 2013 02:02 AM PDT

KUALA LUMPUR  23 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melulusakan penubuhan Sekretariat Juwita (Jaringan Untuk Ibu Tunggal Seluruh Malaysia) di Ibu Pejabat Wanita UMNO Malaysia dan seluruh pejabat Wanita UMNO di 191 bahagian di seluruh negara.

shahrizat-jaringan-wanita-ibu-tunggal-juwita-umno-bn-pwtc

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul jalil berkata penubuhan Juwita itu adalah untuk membantu ibu-ibu tunggal dari pelbagai peringkat dan kaum menyelesaikan apa jua permasalahn yang dihadapi oleh golongan berkenaan.

Menurutnya antara peranan Juwita itu termasuk membantu menangani masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal di Mahkamah Syariah yang memerlukan perkhidmatan bantuan guaman kerana isu berkenaan yang sering dihadapi oleh golongan berkenaan.

Juwita adalah satu pertubuhan yang dinaungi oleh Wanita Barisan Nasional dan diuruskan oleh Wanita UMNO dan telah dilancarkan pada 18 April lalu oleh Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan dihadiri kira-kira 15,000 ibu tunggal dari seluruh negara.

Selain itu, Juwita juga berperanan sebagai perantara anatara persatuan ibu tunggal dan gensi-agensi kerajaan yang berkaitan bagi membantu permasalahan yang dihadapi.

Ikuti laporan lanjut di UMNO-online youtube.

 

Good Teachers, Facilities Can Attract Non-Malays To National Schools – Rais

Posted: 23 Sep 2013 01:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, Sept 23 – National schools should have good teachers and facilities to entice non-Malay students, said government’s social and cultural affairs adviser Tan Sri Dr Rais Yatim.

He said the two factors were important in order to strengthen national reconciliation as nation building would be stifled if races did not get along with each other.

“Without good teachers and facilities, how can we attract Chinese and Indian students to go to national schools? If their schools are better equipped, they will think it is better to study at their schools,” he said.

He was speaking to reporters at the three-day 12th National Seminar of the Institutions of Higher Learning’s Deans Council 2013 themed ‘Driving Education Transformation Plan’ at International Islamic University Malaysia here today.

On criticism against the National Education Blueprint 2013-2025 hurled by United Chinese School Committees Association of Malaysia (Dong Zong), Rais said engaged them in discussions to hear their views.

On the seminar, Rais, who is also IIUM president, said it could be a conduit to fine-tune the National Education Blueprint by gathering ideas and proposals from deans of local universities.

Be Sincere And Dedicated, Local Entrepreneurs Urged

Posted: 23 Sep 2013 01:12 AM PDT

GEORGE TOWN, Sept 22 – Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Hasan Malek has urged local entrepreneurs to be sincere, responsible and dedicated, saying it would raise investor confidence.

“This is the confidence we need to retain, in order to improve our ranking,” he told reporters after officially opening an outlet of SAM’s Groceria, a wholly-owned subsidiary of Mydin Mohamed Holdings, at Gurney Paragon here today.

Also present was SAM’s Groceria Executive Director Datuk Wira Ameer Ali Mydin.

Hasan said the government is committed to enabling local entrepreneurs to compete globally, and would be approaching them to explain the opportunities available.

“They should be bold enough to take risks going into new markets and ventures,” he said.

He also urged other supermarkets to emulate the outlet’s use of self-scanning equipment to enable customers to keep track of their expenses.

The 30,000 sq. ft. (2,787 sq. m.) outlet offers 19,000 items, 60 per cent of which are imported from the US, Australia, Japan, India, Taiwan and Thailand.

Kenaikan Harga Minyak : Kerajaan Akan Perkenal Jaringan Keselamatan Sosial Komprehensif

Posted: 23 Sep 2013 12:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Sept  - Jaringan Keselamatan Sosial yang lebih komprehensif akan diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang terjejas dengan rasionalisasi subsidi bahan api.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata Unit Perancang Ekonomi akan dipertanggungjawab untuk menerajui kajian bagi mewujudkan system jaringan berkenaan yang lebih menyeluruh.

Beliau berkata langkah rasionalisasi subsidi dilakukan sesuai pada masanya dan dilaksanakan pada kadar berpatutan supaya kesan kos hidup rakyat adalah pada tahap minimum.

“Kadar inflasi yang diukur pada Indeks Harga Pengguna pada Januari hingga Ogos tahun ini adalah hanya 1.7 peratus dan ia memberi ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi ini,” kata beliau semasa menjawab soalan Shaharuddin Ismail (BN-Kangar) pada sesi soal jawab pada persidangan Parlimen di sini, hari ini.

Shaharuddin ingin mengetahui bentuk tindakan bagi meringankan beban golongan yang berpendapatan rendah selepas berlaku kenaikan harga minyak.

Ahmad Maslan berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM24.8 bilion bagi menampung subsidi bahan api tahun ini dan jumlah itu mencakupi 11.5 peratus perbelanjaan mengurus kerajaan.

Selain itu, katanya kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi kepada barangan keperluan asas seperti subsidi beras sebanyak RM528 juta, minyak masak (RM1.5 bilion), kadar elektrik bagi penggunaan RM20 ke bawah (RM150 juta), insentif hasil tangkapan nelayan (RM231 juta) dan insentif pengeluaran padi (RM563 juta).

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT