SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, September 17, 2013

UMNO Online - Golongan Bumiputera Perlu Sedia Bangun Keupayaan Dan Bersaing – Khaled

UMNO Online - Golongan Bumiputera Perlu Sedia Bangun Keupayaan Dan Bersaing – Khaled

Link to UMNO Online

Golongan Bumiputera Perlu Sedia Bangun Keupayaan Dan Bersaing – Khaled

Posted: 15 Sep 2013 05:20 PM PDT

JOHOR BAHARU, 15 Sept — Golongan Bumiputera yang menerima manfaat di bawah agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera perlu bersedia membangunkan keupayaan mereka dan bersaing sesama sendiri, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

khaled-nordin-mb-menteri-besar-johor-takzim

Beliau berkata dengan cara itu mereka mampu mencapai kecemerlangan dan kejayaan serta akhirnya dapat membantu Bumiputera lain demi meningkatkan status ekonomi masyarakat itu keseluruhannya.

“Ini bukan bermakna masyarakat Bumiputera menerima bantuan itu tanpa melakukan apa-apa. It is not handouts (Ini bukan pemberian percuma),” katanya yang ditemui semasa lawatan kerja ke Taman Megah Ria di sini hari ini.

Mengulas mengenai agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri semalam, Mohamed Khaled berkata ia menunjukkan keberanian dan komitmen kerajaan untuk memenuhi kehendak dan hasrat golongan yang mewakili 67.9 peratus daripada penduduk dalam negara ini.

“Di peringkat kerajaan negeri kita akan menyediakan pelbagai usaha bagi menjayakan agenda ini termasuk meletakkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kepada pegawai dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) seperti JCorp (Johor Corporation), KPRJK (Kumpulan Prasarana Rakyat Johor) dan pihak berkuasa tempatan supaya mereka juga berusaha untuk menjayakan agenda ini,” katanya.

Di KUCHING, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menyeru golongan Bumiputera merebut peluang yang ditawarkan dalam agenda pemerkasaan itu sambil menyifatkan ia adalah perkara terbaik pernah dilakukan dan mampu merubah landskap ekonomi mereka.

“Masyarakat Bumiputera perlu ambil maklum, rebut peluang dan segera bertindak jika tidak mahu terus ketinggalan. Ini perkara terbaik pernah dilakukan…tidak perlu apologetik, rendah diri kerana kita adalah bangsa majoriti di negara ini,” katanya di sini.

Ketika diminta mengulas sama ada kaum lain akan rasa terpinggir dengan pengumuman Perdana Menteri itu, Ahmad berkata perkara itu tidak timbul kerana semua kaum di negara ini turut mendapat manfaat menerusi beberapa program sebelum ini.

Di SEREMBAN, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Sembilan (DPMMNS) menyokong sepenuhnya agenda itu dan akan menyebarkan maklumat berkenaan kepada anggota dan bukan anggota DPMMNS.

Pemangku Yang Dipertuanya Mohd Noh Jidin berkata DPMMNS akan membantu anggotanya mendapatkan skim yang ditawarkan dalam agenda itu.
“Program pembangunan usahawan melalui Tekun, AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia), Mara dan PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad) adalah penting dan DPMMNS akan menjemput mereka dalam masa terdekat untuk sesi taklimat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT