SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, September 30, 2013

UMNO Online - “47 Sekolah Di Parlimen Kuala Krau Terima Peruntukan Khas RM1.4 Juta” plus 5 more

UMNO Online - “47 Sekolah Di Parlimen Kuala Krau Terima Peruntukan Khas RM1.4 Juta” plus 5 more

Link to UMNO Online

47 Sekolah Di Parlimen Kuala Krau Terima Peruntukan Khas RM1.4 Juta

Posted: 28 Sep 2013 11:23 PM PDT

TEMERLOH, 29 Sept  – Kerajaan meluluskan peruntukan RM1.4 juta di bawah peruntukan khas Menteri Pendidikan kepada 47 buah sekolah menengah dan rendah termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam kawasan Parlimen Kuala Krau tahun ini.

Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata, peruntukan itu membabitkan 11 sekolah menengah dan 36 sekolah rendah kebangsaan termasuk sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Katanya, peruntukan itu bagi membolehkan PIBG dan pengurusan sekolah menjalankan program masing-masing selain meningkatkan prasarana sekolah termasuk menaik taraf surau, padang futsal, tandas dan perhentian bas.

“Sebanyak RM3,000 diluluskan kepada setiap PIBG Sekolah Rendah dan RM5,000 kepada setiap PIBG Sekolah Menengah.

“Kerajaan akan terus memberikan bantuan kepada sekolah-sekolah terbabit termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina ataupun Tamil supaya tahap pembelajaran di sekolah berkenaan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyampaian bantuan kepada pengetua-pengetua dan wakil PIBG 47 buah sekolah di Kuala Krau semalam.

Malaysia Seru Dunia Guna Kesederhanaan Untuk Henti Keganasan

Posted: 28 Sep 2013 11:10 PM PDT

NEW YORK, 29 Sept  - Dalam seruan paling lantang beliau kepada dunia hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa seluruh umat Islam, yang kebanyakan mereka merupakan pencinta keamanan, supaya bersatu dalam menentang puak pelampau yang menggunakan agama sebagai alasan untuk melakukan keganasan.

Katanya di seluruh dunia, umat Islam hanya mampu melihat dengan perasaan hampa konflik yang meruntuhkan beberapa komuniti tertua mereka, manakala dalam sejarah mereka, umat Islam amat jarang menghadapi keganasan seperti ini.

Najib, yang menyuarakan seruan itu melalui Kenyataan Nasional pada Perbahasan Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-68 di sini, berkata banyak perkara sudah berubah sejak beliau menyuarakan saranan pada UNGA di sini pada 2010 tentang penubuhan Gerakan Kesederhanaan Global bagi menolak fahaman pelampau dalam segala bentuk.

najib-un-pbb-2013-moderates-gerakan-kesederhanaan-malaysia-reuters

Kata beliau sebenarnya, perpecahan yang berlaku bukanlah antara Timur dan Barat, antara dunia maju dan membangun atau antara umat Islam, Kristian dan Yahudi, tetapi antara golongan sederhana dan pelampau daripada semua agama.

Beliau berkata pembunuhan adalah beban yang tidak tertanggung lagi oleh umat Islam di seluruh dunia dan kini sudah tiba masanya perbuatan itu dihentikan dan tumpuan diberi terhadap usaha membina agenda bersama bagi keamanan dan kemakmuran melalui penggunaan antara alat paling kuat iaitu al-wasatiyyah atau amalan kesederhanaan.

Katanya berikutan bantahan dan pembaharuan yang muncul di Timur Tengah dan Afrika Utara serta daripada bahang ‘Arab Spring’, timbul pula persoalan baharu tentang kadar perubahan demokrasi, peranan Islam dalam politik dan perlunya pembangunan besifat lebih inklusif.

“Bagaimanapun, usaha mencari jawapan bagi persoalan itu telah tertangguh,” katanya.

Beliau berkata apabila regim autoritarian tersungkur, kerajaan pula runtuh akibat dilanda perubahan politik, maka puak pelampau cuba mengisi ruang yang mereka tinggalkan.

“Didorong oleh ideologi, politik dan agama, mereka cuba melarikan diri daripada pembangunan yang menuntut usaha keras dengan mengamalkan keganasan yang buruk padahnya,” katanya.

Najib berkata konflik yang berlaku merebak melepasi sempadan negara serta menyalakan kembali api ketegangan lampau dan menyalakan yang baharu manakala di seluruh dunia, fahaman pelampau meragut nyawa dan memusnahkan peluang.

“Ini menjejaskan kita semua. Bagiamanapun, terdapat suatu umat, daripada suatu agama, yang paling teruk menderita. Saya percaya ancaman paling besar bagi umat Islam hari ini, bukan datang dari dunia luar, tetapi dari dalam,” katanya.

Beliau berkata konflik antara puak Sunnah dan Syiah mengancam nyawa serta kehidupan berjuta-juta umat Islam dan agama Islam, yang berasaskan keamanan serta menganjurkan sifat toleransi, diputar belit oleh golongan pelampau, yang menggunakan hujah berbaur kepalsuan untuk menimbulkan perpecahan dan mewajarkan keganasan.

Katanya di dunia Islam, puak pelampau menyembunyikan agenda songsang mereka di dalam pakaian agama untuk memecah-belahkan keluarga, negara dan umat.

“Setiap kali berlaku kekejaman baharu, ketegangan akan meningkat, manakala keamanan pula menjadi semakin jauh. Pengaruh jahat pelampau memang tidak mudah untuk ditentang.

“Bagaimanapun, kita masih mempunyai kuasa untuk bertindak. Saya percaya kesederhanaan dalam beragama dan proses politik mampu menyekat kehilangan nyawa dan kebebasan di dunia Islam.

“Di sebalik setiap keganasan yang begitu tragis, terdapat usaha untuk membela masa depan Islam. Dengan memperkukuhkan kembali komitmen kita terhadap kesederhanaan – dan menyelesaikan masalah politik yang mengibatkan wujudnya keadaan tidak stabil – kita mampu untuk kembali berkuasa. Kita mampu pinggirkan puak pelampau dan memperjuangkan agenda keamanan, keharmonian serta keadilan,” katanya.

Beliau berkata konsep keseimbangan dan kesederhanaan serta keadilan social yang menjadi tonggak ajaran Islam, menggesa umatnya supaya berpegang pada prinsip yang diamalkan Nabi Muhammad (s.a.w) dalam Piagam Madinah.

Kata Perdana Menteri, umat Islam bertanggungjawab memulihara kesucian agama mereka dengan mempamerkan secara jelas ajaran sebenar Islam – agama keamanan, kesederhanaan dan toleransi.

“Kita perlu sebarkan mesej ini dengan jelas agar semua orang mendengarnya dan berdiri teguh dalam menentang kumpulan minoriti yang memperalatkan Islam untuk menganjurkan keganasan bagi tujuan jahat,” katanya.

Beliau berkata kesederhaan tidak patut disalah tafsir sebagai kelemahan, manakala perjuangan menentang mereka yang menganjurkan keganasan serta menyeru kepada kedamaian, bukan mempamerkan kelemahan, tetapi sebaliknya kekuatan kita.

Najib juga menyeru para pemimpin Islam supaya bersuara dan mengutuk keganasan sekiranya mereka tidak mahu sikap berdiam diri mereka disalah anggap sebagai merestui perbuatan itu.

Beliau berkata kesederhanaan boleh diamalkan di peringkat nasional, seperti yang dilakukan di Malaysia, dengan menganjurkan sifat saling menghormati dan inklusif serta mengeratkan hubungan antara masyarakat berbeza agama.

“Semua negara perlu memaperkukuhkan kembali komitmen mereka terhadap prinsip kesederhanaan, bukan sahaja berkaitan agama tetapi juga bagi pembangunan lestari dan kestabilan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Najib berkata kesederhanaan juga boleh mempengaruhi arah tuju dasar serantau seperti yang terbukti melalui usaha Malaysia membawa keamanan ke selatan Filipina dan wilayah selatan Thailand yang dilanda pergolakan.

Katanya ASEAN, yang menjadi penyokong Gerakan Kesederhaaan Global, komited terhadap usaha mencari penyelesaian secara aman dan tanpa menggunakan kekerasan dalam menangani pertikaian wilayah.

“Di peringkat antarabangsa pula, kesederhanaan mampu membimbing pendekatan kita untuk menghadapi cabaran besar global pada zaman ini iaitu pelampau yang melakukan keganasan, pembangunan lestari dan pertumbuhan sama rata,” katanya.

Sabah’s Media Urged To Set Up Bureau In Peninsula

Posted: 28 Sep 2013 11:02 PM PDT

KOTA KINABALU, Sept 29  - Sabah’s newspapers have been urged to set up a bureau in the peninsula to provide national coverage from the state’s perspective as well as to live up to the 1Malaysia aspirations.

Urban Well-being, Housing and Local Government Minister Datuk Abdul Rahman Dahlan said the bureau could be set up in Parliament to delve on issues expounded by federal ministries involving Sabah’s interests.

He said the bureau would supplement other news sources, including the Malaysian National News Agency (Bernama) which Sabah’s newspapers relied on.

“Over dependence on Bernama and other sources may stifle Sabah’s media effort to live up to Sabahans’ aspirations, especially on the implementation of federal government polices,” he said at a dinner with editors and bureau chiefs of print and electronic media here last night.

He commended Sabah’s media for their role in strengthening national unity and dissemination of information on government policies and programmes for the benefit of the people.

 

Simulasi Terbaik Bagi Menghadapi Pemilihan UMNO 2013 – Tajol Rosli

Posted: 28 Sep 2013 10:59 PM PDT

BENTONG, 29 Sept – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli berpuas hati dengan  proses simulasi pemilihan yang dijalankan  dan menyifatkannya ia sebagai simulasi terbaik sebelum berlangsungnya pemilihan yang sebenar yang akan dilaksanakan pada 12 bagi sayap dan 19 Oktober ini bagi pemilihan Majlis Tertinggi.

Menurut beliau, melalui program simulasi ini juga, beberapa cadangan bagi menyesuaikan sistem pemilihan UMNO ini berdasarkan situasi di  bahagian-bahagian UMNO di setiap negeri turut telah dicadangkan oleh para peserta.

"Saya memberi jaminan bahawa segala cadangan yang dikemukakan oleh wakil-wakil yang hadir akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa pemilihan pusat, bagi memastikan pemilihan menggunakan kaedah baru ini dapat dilaksanakan dengan lancar," katanya.

simulasi-pemilihan-undi-umno-bahagian-pusat-2013-janda-baik-ilmu-bentong-pahang

Beliau berkata demikian di dalam sidang media Simulasi Pemilihan UMNO 2013 bertempat di Pusat Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik di sini hari ini.

Selain itu, beliau turut meluahkan rasa kagum di atas komitmen dan semangat yang diperlihatkan oleh sukarelawan jawatankuasa pemilihan di peringkat bahagian yang hadir dalam memastikan proses pemilihan UMNO yang menggunakan kaedah baru ini dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

"Saya melihat semangat yang ditunjukkan oleh peserta-peserta, yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa pemilihan di bahagian masing-masing cukup hebat.

"Komitmen yang diberikan oleh mereka yang hadir serta cadangan dan maklum balas bagi menyesuaikan sistem pemilihan baru ini diperingkat bahagian di seluruh negara cukup baik.

"InsyaAllah, proses pemilihan UMNO melalui sistem baru ini dapat dilaksanakan dengan lancar sekiranya ia dilakukan mengikut proses yang telah kita laksana dan perbincangkan di dalam program simulasi ini,"ujarnya. -MediaUMNO

Speaker Kedah Serah Notis Kekosongan DUN Sungai Limau Kepada SPR

Posted: 28 Sep 2013 10:54 PM PDT

ALOR SETAR, 29 Sept - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Md Rozai Shafian pada Ahad menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Sungai Limau, Yan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan kematian penyandang, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lepas.

Notis bersama sijil kematian bekas Menteri Besar Kedah itu diserahkan kepada pengarah SPR Kedah, Juhari Abdul Rahman di pejabat Speaker DUN di Wisma Darul Aman di sini.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Azizan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan notis itu, Md Rozai berkatabeliau memberi masa kepada keluarga Allahyarham untuk mendapatkan sijil kematiankerana menghormati keluarganya yang bersedih.

Katanya, penyerahan notis itu adalah mengikut perkara 53 fasal kecil 5 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang perlu memaklumkan kekosongan kerusi DUN kepada SPR supaya pilihan raya kecil dapat diadakan dalam tempoh 60 hari.

Juhari pula berkata, beliau akan menyerahkan notis itu kepada pengerusiSPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada Ahad supaya suruhanjaya itu bolehmengadakan mesyuarat untuk menentukan tarikh pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.

Azizan yang memenangi kerusi berkenaan sejak 1995 mempertahankannya bagi penggal kelima pada 2008 dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi. 

UMNO Bersedia Adakan Proses Pemilihan Parti Terbesar Dalam Sejarah Negara

Posted: 28 Sep 2013 10:52 PM PDT

JANDA BAIK, 29 Sept – Ïbu Pejabat UMNO hari ini telah bersedia untuk mengadakan proses pemilihan kepimpinan UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan pusat yang terbesar di dalam sejarah negara dan yang pertama kali diadakan mengikut kaedah proses pemilihan terbaru yang melibatkan lebih 140 ribu perwakilan di setiap peringkat di seluruh negara.

Menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Jusuh menyatakan keyakinan beliau bahawa program simulasi yang diadakan ini telah menepati sasaran serta  memberikan keyakinan kepada jawatankuasa pemilihan parti serta pihak pengurusan parti untuk melaksanakan pemilihan pada 12 dan 19 Oktober ini.

"Ibu pejabat UMNO Malaysia beserta jawatankuasa pemilihan parti hari ini telah bersedia untuk menjalankan pemilihan yang terbesar di dalam sejarah negara dan di dalam sejarah UMNO itu sendiri," ujarnya di dalam sidang media Simulasi Pemilihan UMNO 2013 di Pusat Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik di sini hari ini.

simulasi-pemilihan-undi-umno-bahagian-pusat-2013-janda-baik-ilmu-bentong-pahang

Tambahnya lagi, pemilihan UMNO 2013 ini juga akan turut melibatkan lebih 35 ribu sukarelawan yang akan bertugas pada hari pemilihan pada peringkat bahagian UMNO di seluruh negara bagi membantu melancarkan proses pemilihan tersebut.

"Berdasarkan proses simulasi yang diadakan, insyaAllah proses pemilihan UMNO 2013 kali ini akan dapat berjalan lancar di setiap bahagian yang terlibat sekiranya segala perancangan dan susun atur ini dapat dilaksanakan dengan baik.

"Saya sememangnya amat berpuas hati dengan proses simulasi yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini serta berasa amat kagum melihat komitmen serta semangat yang diperlihatkan oleh oleh sukarelawan jawatankuasa pemilihan UMNO dari seluruh bahagian di seluruh negara yang hadir dalam kursus simulasi ini," jelasnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT