SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, September 5, 2013

UMNO Online - “Pemuda UMNO Umum Empat Calon Tanding Jawatan Majlis Tertinggi UMNO” plus 9 more

UMNO Online - “Pemuda UMNO Umum Empat Calon Tanding Jawatan Majlis Tertinggi UMNO” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pemuda UMNO Umum Empat Calon Tanding Jawatan Majlis Tertinggi UMNO

Posted: 04 Sep 2013 05:57 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Sept – Pemuda UMNO hari ini memutuskan bahawa empat calon daripada pergerakan itu akan bertanding untuk mengisi jawatan di peringkat Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Ketuanya , Khairy Jamaluddin berkata empat calon tersebut adalah diketuai oleh Naibnya, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dua orang Exco iaitu Datuk Soohami Shahdan dan Tun Faisal Ismail Aziz.

"Kita telah buat ketetapan bahawa kita akan kemukakan empat calon daripada Pemuda UMNO yang akan bertanding bagi peringkat Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

"Dan kita telah sebulat suara memberi pengesahan serta sokongan kepada keempat-empat calon ini dan saya sendiri akan minta semua perwakilan Pemuda yang akan mengundi untuk MT di mesyuarat bahagian masing-masing memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada calon ini,' katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemdua UMNO, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama beliau turut memaklumkan empat calon akan menawarkan diri untuk bertanding di peringkat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO.

"Untuk Naib Ketua Pemuda UMNO kita ada empat calon yang tawarkan diri iaitu Sdr Jamawi Jaafar, Sdr Lokman Noor Adam, Sdr Iruan Zulkifli dan Khairul Azwan Harun.

"Mereka semua telah berikrar dan berjanji bahawa mereka akan bertanding dalam suasana kekeluargaan iaitu kita senitiasa akan jaga maruah dan juga perpaduan institusi Pemuda.

"Manakala Sdr Nazir Hussein Akhtar Hussein akan pertahankan jawatan Exco Pemuda manakala DatuK Zubir Zabidi akan bertanding Pengerusi Tetap dan saya sendiri sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO," katanya.

Pemuda Mahu Kerajaan Tumpu Golongan Pertengahan Dan Rendah Dalam Bajet 2014

Posted: 04 Sep 2013 05:55 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Sept – Pemuda UMNO hari ini mahu kerajaan memberikan tumpuan terhadap golongan pertengahan dan sederhana dalam pembentangan bajet 2014 akan datang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu mengambil berat keluhan rakyat
ekoran langkah pengurangan subsidi minyak dan pengurangan tersebut akan memberi kesan kepada golongan tersebut.

"Kami melihat bahawa peluang untuk diperkenalkan beberapa langkah untuk melindungi golongan ini seperti BR1M dan potongan cukai wajar diperkenalkan supaya dapat membantu golongan yang memerlukan bantuan ini dengan cara yang lebih 'targetted' atau khusus.

"Kita harap bahawa kerajaan juga akan mengambil serius tentang isu kenaikan harga barang dan kita gesa agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil tindakan yang cepat dan tegas kepada mana-mana syarikat atau pengusaha yang didapati menaikkan harga perkhidmatan dan juga barangan mereka secara tidak munasabah.

"Kita juga menggesa agar kerajaan mempercepatkan usaha yang telah diumumkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu untuk kita membuka dan memecah monopoli yang diberi kepada beberapa syarikat. Contohnya AP dan sebagianya yang menyebabkan harga barangan seperti makanan dan sebagainya berada di paras yang tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.

pemuda-umno-bn-khairy-kj-bajet-belanjawan-pertengahan-sederhana-rendah

Kata beliau lagi dengan memecah monopoli tersebut ianya diyakini akan dapat membantu dari segi pengurangan harga barang dan juga memberi kesan secara langsung kepada kos sara hidup rakyat.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah pergerakan itu juga meminta kerajaan sama-sama berkongsi beban untuk mengurangkan defisit fiskal kerajaan.

"Di samping kita minta rakyat menanggung subsidi, kerajaan juga mestilah buktikan melalui penjimatan dan juga melalui usaha untuk mengelak daripada ketirisan berlaku dalam perbelanjaan kerajaan.

"Ini akan memberi gambaran yang jelas kepada rakyat bahawa kerajaan juga serius dan secara langsung memikul tanggungjawab untuk mengurangkan defisit.

"Kita juga minta kerajaan kaji subsidi yang diberikan kepada syarikat –syarikat besar, contohnya subsidi gas yang diberi kepada kilang-kilang dan samaada subsidi tersebut juga dapat dikurangkan sekiranya kita nak kurangkan subsidi kepada rakyat.

"Sebab kita dapati bahawa program rasionalisasi subsidi ini mestilah ditanggung oleh semua pihak dan bukannya subsidi am kepada rakyat sahaja yang dikenakan oleh kerajaan," ujarnya.

Dalam perkembangan sama Khairy turut memberitahu pergerakan itu juga mahu beberapa isu yang 'non negotionable' berhubung TPPA.

"Hari ini kita juga setuju dan buat ketetapan bahawa ada beberapa isu bagi Pemuda UMNO yang 'non negotionable' iaitu yang berkenaan dengan syarikat milik kerajaan (GLC). Kita nak pastikan bahawa tidak ada apa-apa peruntukan dalam TPPA yang dipersetujui yang boleh mendedahkan syrikat-syarikat milik kerajaan ini kepada gelanggang yang kita rasa tidak sama rata.

"Kita juga tidak akan kompromi dari segi agenda ekonomi Bumiputera bahawa tidak boleh ada apa-apa peruntukan yang boleh menidakkan apa sahaja dasar yang boleh membantu usahawan bumiputera.

"Kita tegas bahawa soal perolehan kerajaan juga tidak dimasukkan dalam TPP dan keempat tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia oleh syarikat swasta daripada luar negara seperti mana ada peruntukan ISDS pun adalah perkara yang tidak boleh kita terima," katanya.

Tarif Elektrik Masih Kekal – Mahadzir Khalid

Posted: 04 Sep 2013 04:41 AM PDT

PORT DICKSON, 4 Sept - Tarif elektrik di negara ini masih kekal pada kadar sedia ada, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata sebarang kenaikan atau penurunan tarif elektrik perlu dilihat secara holistik.

“Ia tidak boleh dilihat dari satu sudut sahaja. Kita kena lihat pelbagai sudut, sebab kita ada golongan mereka yang berpendapatan rendah, kelas pertengahan, industri dan sebagainya. Jadi, bila nak tengok tarif elektrik, kita kena tengok secara holistik.

mahadzir-khalid-menteri-umno-bn-malaysia

“Maknanya, kajian mendalam perlu dijalankan jika ingin membuat sesuatu dengan tarif elektrik. Setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk menaik atau menurunkan tarif elektrik,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau ditemui selepas majlis penutup Bengkel Jurulatih Utama Kebangsaan Modul Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga 2013 serta pelancaran Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau di sini. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) kementerian Datuk Badaruddin Mahyudin, Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Hadri Haris serta Pengarah Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga (CETREE), Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Haslan Abu Hassan.

Walaupun harga gas dan sumber tenaga semula jadi lain naik, namun kerajaan masih mengekalkan kadar tarif elektrik sedia ada, katanya.

Mengenai kejadian tumpahan diesel di Sungai Selangor baru-baru ini, beliau berkata pengawasan dan penguatkuasaan perlu ditingkatkan di sungai utama di negara ini khususnya sungai yang membekalkan air bersih kepada penduduk dan industri.

Katanya langkah mewujudkan pasukan petugas secara bersepadu di kawasan berkenaan adalah salah satu langkah berkesan bagi membendung kejadian ini daripada berulang pada masa depan.

“Kita tengok sungai yang menjadi keutamaan kepada bekalan air bersih. Dalam hubungan ini, kita cuma cadangkan untuk wujudkan pasukan petugas sebab ia bukan bidang kuasa kementerian ini tapi bidang kuasa di kementerian lain. Kementerian ini lebih kepada pengatur untuk bekalan air bersih sahaja,” katanya. Bengkel tiga hari itu disertai 450 orang guru dari seluruh negara.

Program usaha sama kementerian, USM dan Kementerian Pendidikan itu bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru sekolah tentang Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga selaras dengan dasar Teknologi Hijau Negara.

Malaysia Against Military Strike Against Syria, Says Foreign Minister

Posted: 04 Sep 2013 03:59 AM PDT

PUTRAJAYA, Sept 4 – Malaysia stated today that it is against any military strike against Syria by outside powers.

Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman said military intervention could not solve the problem in Syria and would only result in the loss of innocent lives and damage to property.

anifah-aman-menteri-luar-malaysia-un-united-nation-pbb-bangsa-bersatu-diplomat-duta

“Political solution (is the best). We never believe military intervention will solve the problem. We have seen what’s happened in many countries; what’s happened in Libya, Iraq, Afghanistan. It has not solved any problem whatsoever.

“Our position is very clear, that we must give an opportunity to the warring factions to sit down together through a dialogue and consultations and find a solution which brings benefits to the people of that particular country,” he told a news conference here.

Anifah was commenting on the expressed desire of the United States to launch a military strike against Syria. The United States was reportedly planning to launch a limited military strike against Syria in response to a suspected chemical weapons attack by the Syrian government.

Commenting on the role of the Arab League to assist Syria to resolve the situation, Anifah said the best way to help was through negotiations and political discussion.

“We strongly hope that the Arab League will find a solution to this problem because they are the concerned countries in the particular region and they should decide what is best for Syria and also the region, so that stability and security are guaranteed,” he added.

Earlier, Anifah presented a cheque of US$200,000 (RM657,233) to the Sudanese Ambassador to Malaysia, Khalid Abdelgadir Shukri, to help Sudanese who had been suffering due to floods since early August.

Anifah, in his speech, said the donation was from the public through the ministry’s disaster fund established in 2006 to ease the burden of people outside Malaysia affected by disasters.

Fuel Price Hike For The Sake Of Country’s Financial Position – Taib

Posted: 04 Sep 2013 03:56 AM PDT

KUCHING, Sept 4  - The government’s decision to increase the price of petrol and diesel was made for the sake of the country’s financial position.

Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud said today the decision made by the prime minister was the correct priority to avoid financial problems.

“The government has no choice. Rather than having to face a big financial problem, it is better to reduce the subsidy.

“This decision may burden the people a little, but if the (country’s) financial position is affected, it will ruin the whole country,” he told reporters after attending the Aidilfitri open house of the state secretary at the old state assembly building in Petra Jaya.

Abdul Taib said this when commenting on the government’s decision to increase the price of RON 95 and diesel by 20 sen effective September 3 (yesterday).

Pemilihan UMNO Tolak Tohmahan Pembangkang Tidak Aplikasi Keterbukaan

Posted: 04 Sep 2013 02:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Sept. – Pemilihan UMNO yang berlangsung tahun ini adalah bukti jelas untuk ditunjukkan kepada rakyat dan menolak tohmahan pakatan pembangkang yang selama ini mengkritik kononnya UMNO tidak telus dan tidak terbuka, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim.

Katanya, pindaan Perlembagaan yang dibuat telah memberi peluang kepada ahli-ahli UMNO untuk terlibat secara langsung sama ada sebagai pemilih atau menawarkan diri untuk bertanding sekiranya layak.

pemilihan-umno-kotak-undi-mengundi-pemuda-cawangan-bahagian-pusat

"Tentunya ini berbeza dengan pakatan pembangkang sama ada Pas, PKR dan DAP kerana dalam pemilihan parti mereka tidak melaksanakan keterbukaan sebenar sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO malah ada pula jawatan-jawatan dalam parti terbabit yang khas untuk orang tertentu sahaja.

"Dalam UMNO semua jawatan adalah terbuka dan bebas untuk dipertandingkan termasuklah jawatan tertinggi parti namun ahli-ahli di akar umbi setakat ini sepakat agar Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segamat menjelaskan bahawa UMNO bergerak berteraskan kepada Perlembagaan yang ada dan memanfaatkannya untuk memperkukuh parti.

"Selama ini pakatan pembangkang membuat pelbagai tuduhan kepada UMNO kononnya tidak telus dan tidak terbuka dan pemilihan ini menolak tohmahan mereka sebaliknya mereka sendiri yang terpalit dengan apa yang dituduh.

"Jika dalam parti pembangkang ada jawatan-jawatan yang tidak dipertandingkan seakan jawatan tersebut telah ditetapkan kepada individu-individu tertentu maka bagaimana konsep ketelusan dan keterbukaan yang mereka laungkan itu diamalkan?"

Tegasnya, jika ada jawatan dalam parti yang sememangnya tidak dibuka kepada pertandingan untuk dipilih oleh perwakilan maka ia ibarat satu kompromi untuk meletakkan anggota tertentu sebagai penentu kuasa dalam parti.

"Perkara sedemikian tidak ada dalam UMNO malah UMNO memberi peluang seluas-luasnya untuk ahli-ahlinya termasuklah di akar umbi terlibat sama ada sebagai pemilih atau menjadi calon sekiranya berkelayakan, ada jawatankuasa pemantau dan ada organisasi yang teratur."

Tambah beliau lagi, keterbukaan dalam UMNO juga diaplikasi dengan pembaharuan dan penambahbaikan Perlembagaan parti yang terhasil daripada idea dan cadangan ahli-ahlinya disemua peringkat.

"UMNO melakukan transformasi berteraskan peredaran semasa untuk disesuaikan dengan generasi baru yang bakal mewarisi kepimpinan akan datang," katanya lagi.

Perhimpunan Agung Khas UMNO pada Oktober 2009 telah meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan UMNO dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.

Selain itu UMNO juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru UMNO dan mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian. – MediaUMNO

Selepas PRU 13… Pas Makin Dipasungkan Pakatan Pembangkang

Posted: 04 Sep 2013 02:40 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Sept – Tindak tanduk Pas ketika ini yang seperti orang segan silu atau takut-takut untuk membuat kenyataan dan pendirian terhadap beberapa isu memperjelaskan lagi kedudukan Pas yang telah dipasungkan dalam pakatan pembangkang.

Ini boleh diperhatikan dalam isu kalimah Allah, filem Tanda Putera, tindakan mengibar bendera Sang Saka Malaya dan beberapa isu lain lagi

pas-arah-calon-che-long-tutup-mulut-media-cakap-lepas

Mengulas perkara berkenaan Pengerusi Biro Perhubungan NGO Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Suffian Awang berkata tindak tanduk Pas itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dalam perjuangan negara Islam dan hudud yang sebelum ini Pas tidak berdaya pertahankan inikan pula isu-isu seumpama itu.

“Kalau soal maruah dan prinsip perjuangan parti pun Pas tak berani pertahankan inikan pula isu-isu terbaru. Kalau kita nak umpamakan Pas ini begitulah yang kita boleh katakan.

“Jadi dalam pakatan pembangkang yang pegang kunci pasung itu itu adalah PKR dan DAP”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menambah Pas sebenarnya sudah terperangkap dalam jerat yang dipasang rakan-rakan pakatannya hingga setiap tindak tanduk mereka dikawal sepenuhnya.

“Pas bukan saja takut-takut untuk membuat kenyataan atau pendirian malah mereka juga boleh pusing cakap sekiranya apa yang mereka nyatakan itu mendapat teguran PKR dan DAP.

“Apa yang sedang berlaku ketika ini termasuklah pencapaian Pas dalam pilihanraya umum lalu ternyata Pas tidak mendapat sebarang keuntungan dalam pakatan. Ini tidak jauh bezanya seperti kisah Lebai Malang”, ujarnya. -MediaUMNO

dap-tuan-besar-pas-pkr

Kerajaan Bakal Umum Kadar Baru Bagi Bantuan Golongan Pertengahan

Posted: 04 Sep 2013 01:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Kerajaan bakal mengumumkan kadar baharu bagi membantu golongan pertengahan setelah menjalankan kajian mengenainya, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata kerajaan mungkin menaikkan paras pendapatan bulanan antara  RM3,000 hingga RM4,000 sebulan, bagi melayakkan mereka untuk memperoleh bantuan berkenaan.

ahmad-maslan-menteri-kewangan-jpm-bajet-belanjawan-malaysia

“Namun, bentuk bantuan masih dikaji, dan keputusannya akan diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2014,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Sersol Bhd dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Belanjawan itu pada 25 Okt.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata selain itu, penduduk luar bandar merupakan antara focus kerajaan kali ini dengan pembangunan di kawasan tersebut akan dipercepat.

Selain itu, kerajaan juga merancang meningkatkan aktiviti untuk perusahaan kecil dan sederhana, katanya.

“Selain memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan fokus ini, kerajaan juga menggalakkan program satu daerah satu industri (SDSI),” katanya.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dilaporkan berkata kerajaan akan mengumumkan beberapa pendekatan atau inisiatif bagi mengurangkan bebanan golongan kelas pertengahan dalam Belanjawan 2014.

Menurutnya langkah itu diambil berikutan golongan kelas pertengahan sehingga kini masih belum menerima manfaat daripada pelbagai dasar kerajaan, berbanding golongan berpendapatan rendah.

“Golongan berpendapatan rendah, sebagai contoh, dijangka menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih tinggi tahun ini, yang jumlahnya akan diumumkan dalam Belanjawan  2014,” katanya.

Sementara itu, Ahmad meminta Sersol Bhd supaya merebut peluang untuk member perkhidmatannya dalam enam projek mega di Malaysia.

“Setakat ini syarikat pengeluar cat itu terlibat dalam dua projek mega di Malaysia, termasuk projek Naza TTDI Sdn Bhd di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

Antara projek besar lain di Malaysia ialah MRT Sg.Buloh-Kajang, Menara Warisan Merdeka PNB dan Tun Razak Exchange.

Kibar Bendera Asing Hasil Didikan Politik Sempit Pembangkang

Posted: 04 Sep 2013 12:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Pakatan Pembangkang tidak boleh lepas tangan dalam insiden pengibaran bendera Sang Saka Malaya di malam sambutan hari kemerdekaan yang disifatkan sebagai satu perbuatan biadap serta tidak menghormati sensitiviti majoriti  rakyat di negara ini.

hishamuddin-rais-adam-adli-a-samad-said-merdeka-dataran-sang-saka-malaya

Menurut Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, pihak pembangkang perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas perbuatan biadap tersebut yang turut dilakukan oleh Hishamuddin Rais, tokoh sastera, A. Samad Said dan aktivitis mahasiswa, Adam Adli.

"Pembangkang tidak boleh lepas tangan dalam insiden ini. Perbuatan ini adalah perbuatan yang tidak beradap serta jelas tidak menghormati institusi perlembagaan dan sensitiviti rakyat di negara ini dan ianya tidak patut dilakukan oleh seorang yang bergelar warganegara Malaysia.

"Apa yang jelas, sekiranya kepimpinan pembangkang menyokong dan membela kelompok yang mengibarkan bendera tersebut, maka jelaslah bahawa mereka juga tidak ada kesetiaan pada negara. Jika tidak ada kesetiaan pada negara, bagaimana mungkin mereka mahu menjadi pemerintah di negara ini?," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, isu mengibarkan bendera Sang Saka itu bukanlah baru tetapi sudah beberapa kali berlaku di dalam beberapa siri perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak pembangkang di negara ini.

"Tetapi apa yang kita tidak boleh terima ialah ianya dilakukan pada sambutan hari kemerdekaan negara. Kita sudah bebas merdeka, mengapa mahu kibarkan bendera selain bendera jalur gemilang? Inilah hasil didikan pembangkang kepada pengikutnya untuk tidak menghormati negara, serta tidak menghiraukan sentiviti rakyat lain di negara ini.

"Sepatutnya, biarpun kita berbeza dari segi pendekatan dan pendapat politik, namun isu kesetiaan dan rasa kasih pada negara sepatutnya tidak dijadikan isu politik. Perkara seperti ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak bersyukur tinggal di sebuah negara aman seperti Malaysia dan mengajar rakyat untuk tidak setia kepada negara,"tegasnya.

Beliau seterusnya menyeru kepada rakyat di negara ini agar menolak kempen politik pembangkang yang lebih gemar memburukkan negara sendiri, serta tidak mempunyai jati diri dan tidak mempunyai kesetiaan terhadap negara sendiri.

"Kerana survival politik kepartian mereka yang sempit, kepimpinan pembangkang sanggup meminta bantuan kuasa luar untuk membantu mereka menjatuhkan kerajaan. Mereka menerima dana, membawa fahaman dan ideologi kuasa luar untuk mempengaruhi penyokong dan rakyat di negara ini.

"Sekiranya mereka diberikan kuasa, maka kesannya akan lebih ketara apabila kerajaan di bawah pemerintahan mereka kelak berkemungkinan akan tunduk kepada tekanan kuasa luar yang pernah membantu mereka.

"Kita bimbangi kemerdekaan negara hanya akan tinggal pada nama saja kerana jelas, apa yang mereka lakukan hari ini langsung tidak memperlihatkan sikap setia dan kasih pada negara mereka sendiri kerana terpengaruh dengan fahaman dan ideologi yang dibawa oleh kuasa luar yang menjadi tempat bergantung golongan ini," ujarnya. -MediaUMNO

NGO Berhimpun Depan Kedutaan Amerika Bantah Serangan Ke Atas Syria

Posted: 04 Sep 2013 12:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Sept -  Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pada Rabu mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di sini bagi membantah rancangan negara itu melaksanakan tindakan ketenteraan terhadap Syria.

Perhimpunan selama kira-kira satu jam itu antaranya dihadiri anggota Kelab Yayasan Aman Global Perdana (PGPF), Kelab Putera 1Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat dan Pertubuhan Permata Angkatan Perpaduan Islam.

Mereka mula berkumpul pada pukul 11 pagi di hadapan kedutaan itu bersama kain rentang dan sepanduk, antaranya bertulis ‘Save Syria’, ‘War is a Crime’, ‘The Killings Must Stop’ dan ‘Say No To War’, sebelum akur bergerak dan berhimpun ke seberang jalan setelah diarah pihak berkuasa.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bersama Naib Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Mohd Farid Hassan dan diketuai Setiausaha Agung Kelab PGPF Muhammad Radzilah Abdullah kemudiannya menyerahkan memorandum bantahan kepada seorang wakil kedutaan pada kira-kira pukul 12 tengah hari.

Ibrahim berkata mereka mengutuk sekeras-kerasnya hasrat kerajaan Amerika untuk melancarkan serangan ketenteraan ke atas Syria kerana ia akan menyebabkan kematian penduduk yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak dan kerosakan harta benda.

Beliau turut menyeru Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk memanggil Duta Amerika Syarikat ke Wisma Putra bagi menyampaikan pendirian kerajaan dan rakyat Malaysia yang tidak mahu peperangan berlaku di Syria.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata perhimpunan bersurai secara aman dan tiada sebarang insiden dilaporkan hasil kawalan rapi pihak polis.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT