SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, September 27, 2013

UMNO Online - “SPR Akan Adakan Mesyuarat Khas Bincang Kekosongan Kerusi DUN Sungai Limau” plus 9 more

UMNO Online - “SPR Akan Adakan Mesyuarat Khas Bincang Kekosongan Kerusi DUN Sungai Limau” plus 9 more

Link to UMNO Online

SPR Akan Adakan Mesyuarat Khas Bincang Kekosongan Kerusi DUN Sungai Limau

Posted: 26 Sep 2013 03:03 AM PDT

PUTRAJAYA, 26 Sept – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas sebaik menerima notis rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah berhubung kekosongan kerusi DUN Sungai Limau berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata selepas menerima notis itu, yang dijangka esok atau lusa, pihaknya mempunyai tempoh masa 60 hari untuk mengadakan pilihan raya kecil.

“… bila dapat (notis) kami akan adakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk hari penamaan calon dan hari mengundi bagi pilihan raya kecil,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya beliau mengenali Allahyarham secara peribadi sebagai seorang yang berperwatakan baik dan suka berjenaka.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Allahyarham mempertahan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, selepas menewaskan sepupunya Fazillah Mohd Ali dari Barisan Nasional (BN), dengan majoriti 2,774 undi.

Bekas menteri besar Kedah itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar pukul 11.05 pagi berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Pangkalan Data Dicadang Diwujud Di Setiap Kawasan Parlimen

Posted: 26 Sep 2013 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Pangkalan data mengenai status penduduk miskin dan kawasan pedalaman yang belum menerima sebarang kemudahan asas dicadang diwujudkan di setiap kawasan Parlimen.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata langkah itu akan membolehkan kerajaan memperoleh maklumat terkini berikutan masih terdapat penduduk yang miskin dan kawasan pedalaman yang belum menerima kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih.

“Satu kawasan Parlimen adalah berbeza dengan satu kawasan Parlimen yang lain. Kita tidak boleh membandingkan penduduk di Kota Kinabalu dengan penduduk di kawasan saya. Taraf kehidupan mereka berbeza.

“Sebab itu, kita memerlukan satu bank data bagi membolehkan kerajaan mendapat maklumat terkini sekaligus memudahkan usaha menyalurkan bantuan kepada penduduk miskin serta menyegerakan penyediaan kemudahan-kemudahan asas di kawasan mereka,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) di Dewan Rakyat, di sini.

Bung Moktar berkata beliau juga mahu kerajaan membina pos-pos keselamatan di kawasan rumah air di Sabah untuk membolehkan anggota keselamatan berkawal di lokasi berkenaan bagi menghadapi kemungkinan ancaman lanun.

Muhyiddin Wakili Kerajaan, UMNO, BN Ucap Takziah Kepada Keluarga Azizan

Posted: 26 Sep 2013 02:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili kerajaan Malaysia, parti Umno dan Barisan Nasional (BN) mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia pagi ini.

Timbalan perdana menteri turut menyifatkan pemergian Azizan sebagai satu kehilangan kerana Allahyarham banyak menyumbang kepada pembangunan terutama di Kedah.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, parti Umno dan BN, kami hendak merakamkan rasa sedih kerana Allahyarham sewaktu hayatnya telah beri banyak sumbangan kepada pembangunan di Kedah khususnya sewaktu menjadi menteri besar.

pm-najib-tpm-muhyiddin-kerajaan-doa-negara-rakyat-malaysia

“Atas dasar itu, kami rasa pemergian itu satu kehilangan sebagai sahabat dan pemimpin. Kita ketepikan soal politik kerana kami yakin pemergian beliau adalah satu kehilangan bagi kita juga,” katanya kepada pemberita di Parlimen di sini.

Muhyiddin berkata beliau mengenali Azizan secara peribadi dan pernah melawat pemimpin PAS itu di hospital sebelum ini.

Timbalan perdana menteri turut mendoakan agar roh Azizan dihimpunkan bersama-sama golongan yang soleh.

Azizan, 69, menghembus nafas terakhir di sisi keluarganya di wad Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pagi ini, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Alor Setar pukul 5.30 petang.

Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa kira-kira 30 minit menerima kunjungan delegasi Myanmar yang diketuai Speaker Parlimen negara itu Thura U Shwe Mann di pejabatnya di sini.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee.

Kerajaan Negeri Kedah Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Azizan

Posted: 26 Sep 2013 02:52 AM PDT

ALOR SETAR, 26 Sept – Kerajaan Negeri Kedah mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pagi ini.

mukhriz-kerajaan-kedah-mb-bekas-lawat-hospital-azizan-abdul-razak-meninggal-dunia

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam soal pengurusan pengebumian jenazah allahyarham Azizan yang akan dilakukan selepas solat Asar nanti.

“Ini satu kehilangan besar kepada negeri Kedah. Allahyarham Ustaz Azizan adalah Menteri Besar yang begitu prihatin kepada keperluan rakyat. Walaupun kami berbeza ideologi politik, sifat hormat-menghormati antara pemimpin tetap diamalkan lebih-lebih lagi ketika beliau menerajui kerajaan negeri.

“Saya sendiri mengambil pendekatan kerap menziarahi beliau (ketika menerima rawatan) di Hospital Pulau Pinang dan di sini (HSB). Setiap antara kita sedih atas kehilangan ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HSB hari ini.

Azizan, 69, bekas Pesuruhjaya PAS Kedah meninggal dunia pada 11.05 pagi ini akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Azizan memegang jawatan Menteri Besar Kedah selepas pilihan raya umum ke-12 (PRU12) pada Mac 2008 hingga Mei 2013 apabila Barisan Nasional (BN) kembali merampas negeri Kedah pada PRU13.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Melaka turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata pemergian Allahyarham merupakan kehilangan seorang tokoh yang memainkan peranan besar dalam arena politik negara.

“Mengenali dirinya, Allahyarham mempunyai gaya dan cara pentadbiran disenangi ramai pihak, dalam berseloroh ada ketegasannya.

“Saya bersama rakyat Melaka mengucapkan sedalam takziah kepada keluarga Allahyarham,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat loji penapisan minyak Petronas di Sungai Udang di Alor Gajah hari ini.

Katanya beliau dan seluruh rakyat Melaka mendoakan roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat.

Di GEORGE TOWN, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata pemergian Allahyarham Azizan merupakan satu kehilangan besar.

Katanya Allahyarham merupakan seorang tokoh politik yang disegani dan banyak berjasa terutama kepada negeri Kedah.

“Saya bagi pihak Badan Perhubungan Umno dan anggota parti di Pulau Pinang mengucapkan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Agong, Permaisuri Agong Pay Last Respects On Late Azizan

Posted: 26 Sep 2013 02:45 AM PDT

ALOR SETAR, Sept 26 – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah and Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah today paid their last respects on the late former Kedah Menteri Besar Tan Sri Azizan Abdul Razak at Nurul Ihsan Mosque in Jalan Langgar, here.

The royal couple arrived at the mosque at 3.50pm, accompanied by the chairman of the Kedah Council of Regency, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

The King and Queen spent about 10 minutes at the mosque and met with Azizan’s family.

Azizan, 69, who was menteri besar from March 2008 until the 13th General Election in May this year, passed away at 11.05am today due to sepsis and multi-organ failure, after four years of experiencing serious health problems.

Program Kerajaan BN Bantu Turunkan Akdar Kemiskinan Di Kelantan – Shahidan

Posted: 26 Sep 2013 02:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membantu menurunkan kadar kemiskinan di Kelantan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata kadar kemiskinan di Kelantan sebanyak 17.8 peratus pada 2002 telah menurun kepada 2.7 peratus pada tahun lepas.

Penurunan ketara kadar kemiskinan di negeri itu adalah hasil program-program pembasmian kemiskinan yang dijalankan kerajaan BN, katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS-Kuala Terengganu) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai mekanisme untuk mengukur keberkesanan belanjawan tahunan setiap tahun untuk menaikkan taraf hidup serta menghapuskan kemiskinan di negeri-negeri tertentu di negara ini.

Shahidan berkata selain itu kadar kemiskinan di lima negeri lagi Berjaya dikurangkan pada tahap yang boleh dianggap luar biasa iaitu Melaka 1.8 peratus (2002) kepada 0.1 peratus (2012), Pahang 9.4 peratus (2002) kepada 1.3 peratus (2012), Sarawak 11.3 peratus (2002) kepada 2.4 peratus (2012), Terengganu 14.9 peratus (2002) kepada 1.7 peratus (2012) dan Perlis 8.9 peratus (2002) kepada 1.5 peratus (2012).

Shahidan berkata mulai tahun 2008, kerajaan menggunakan sistem E-kasih sebagai satu daripada mekanisme untuk mengukur dan memantau keberkesanan pembasmian kemiskinan di negara ini.

Melalui Jabatan Perdana Menteri (JPM), penyiasatan pendapatan isi rumah dibuat setiap 30 bulan bagi mengumpul maklumat taburan pendapatan isi rumah berdasarkan sosioekonomi untuk pengemaskinian garis pendapatan kemiskinan semasa, katanya.

“Sistem e-kasih diguna bagi mengintergtrasikan data garis kemiskinan tanpa mengira kaum dan strata dan dikategorikan dengan empat kategori kemiskinan iaitu Miskin Tegar, Miskin, Mudah Miskin dan Terkeluar.

“Berdasarkan ini, rancangan program pembasmian kemiskinan dan bajet akan disediakan kepada kementerian dan agensi yang melaksanakan program-program ini,” katanya.

Shahidan berkata program pembasmian kemiskinan (e-kasih) di negara ini merupakan antara program terbaik di dunia dengan pencapaian luar biasa.

Dakwaan 1.4 Juta Pekerja Bangladesh Akan Dibawa Masuk Tidak Tepat

Posted: 26 Sep 2013 02:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Dakwaan yang menyatakan 1.4 juta pekerja Bangladesh akan dibawa masuk ke negara ini untuk menampung kekurangan pekerja adalah tidak tepat, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib berkata sebaliknya angka itu merujuk kepada jumlah pencari kerja Bangladesh yang telah mendaftar dengan kerajaan negara itu untuk menawarkan diri bekerja di Malaysia.

Beliau berkata dasar kemasukan pekerja Bangladesh berdasarkan perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan negara itu dengan Malaysia yang ditandatangani tahun lepas.

“MoU itu menetapkan kemasukan pekerja Bangladesh hanya dibenarkan melalui mekanisme kerajaan kepada kerajaan (G2G) dan proses kemasukan diuruskan agensi kerajaan yang berkaitan di kedua-dua negara terlibat.

“Ia tidak melibatkan ejen atau pihak ketiga,” katanya menjawab soalan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) yang ingin tahu perkembangan mengenai perkara itu.

Ismail berkata selain perlu mematuhi beberapa syarat khusus yang ditetapkan kerajaan Malaysia seperti menjalani pemeriksaan kesihatan dan latihan induksi, data-data pencari kerja dari Bangladesh juga akan ditapis Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.

Sehingga 23 Sept, 8,703 dokumen pekerja telah dihantar untuk proses tapisan dan 2,288 telah ditapis PDRM dengan 75 pemohon dikesan memiliki rekod jenayah, katanya.

Beliau memaklumkan Dewan Rakyat terdapat 11 syarikat perladangan yang memohon 1,640 pekerja Bangladesh melalui mekanisme G2G tetapi hanya tiga syarikat dibenarkan berbuat demikian iaitu Sime Darby, UP Plantation dan Kulim Plantation melibatkan 1,145 pekerja yang diluluskan.

Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan prosedur pengambilan, hanya majikan yang benar-benar layak akan diberi kelulusan memohon pekerja Bangladesh selain mengenakan bon jaminan untuk mewajibkan mereka hadir mengambil pekerja pada masa yang ditetapkan.

“Pekerja yang tidak dituntut akan ditempatkan sementara di ‘processing house’ sehingga proses penggantian majikan dilaksanakan dengan kosnya ditanggung oleh bon jaminan yang dikenakan kepada majikan,” jelasnya.

Menjawab soalan Abdul Manan mengenai langkah mengurangkan jumlah pekerja asing di negara ini, Ismail berkata strategi Lautan Biru Kebangsaan yang dilaksanakan merentas pelbagai kementerian telah menunjukkan hasil.

Katanya, jumlah pekerja asing dalam sektor awam telah dapat dikurangkan kepada 2.1 juta pada masa ini berbanding 2.2 juta pada Jun lepas.

Beliau berkata majikan digalak menawarkan pekerjaan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu sebelum memohon untuk mengambil pekerja asing bagi menampung kekosongan jawatan.

Pelan Pembangunan Belia 2020 Dalam Proses Pelaksanaan – Khairy

Posted: 26 Sep 2013 02:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Kementerian Belia dan Sukan sedang dalam proses melaksanakan Pelan Pembangunan Belia Kebangsaan 2020 dalam usaha mempertingkat peranan, sumbangan dan potensi belia dalam pembangunan negara.

Menteri berkenaan Khairy Jamaludin berkata pelan pembanguan itu akan menjadi landasan utama kerajaan mesra belia.

“Ia akan memberi fokus dan penekanan khusus kepada orang muda daripada segala aspek pendidikan, pembangunan diri, pengenalpastian trend dan system nilai orang muda, isu utama mereka dan sistem penyampaian kerajaan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mas Ermiyati Shamsudin (BN-Masjid Tanah) mengenai jumlah peruntukan yang telah disalur untuk pembiayaan kebajikan belia dan langkah yang diambil kementerian itu.

Khairy berkata peruntukan telah ditambah dari RM46.2 juta pada tahun 2009 kepada RM69.6 juta tahun ini, selain RM34.3 juta peruntukan pentadbiran untuk persatuan belia.

Menjawab soalan Azmin Ali (PKR-Gombak), Khairy berkata kementerian itu sedang berusaha menambah pengambilan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) daripada 10,000 pada masa ini kepada 15,000 setahun mulai tahun depan.

Ia adalah sebagai usaha membantu belia lepasan sekolah menengah yang gagal melanjutkan pelajaran akademik mendapat latihan dalam bidang kemahiran di IKBN, katanya.

Azmin ingin tahu mengenai perancangan kementerian itu untuk membantu pelajar lepasan menengah yang tercicir daripada arus perdana akademik dengan menggilap kemahiran diri mereka.

Khairy berkata pada masa ini, kementerian sedang mengkaji untuk mengeluarkan kos tertentu kepada 20 IKBN yang ada untuk membolehkan institut itu beroperasi secara optimum.

IKBN juga sentiasa menjalin hubungan dengan pihak industri bagi memastikan kurikulum kemahirannya sentiasa relevan bagi memastikan lepasan IKBN mempunyai kemahiran kebolehpasaran yang tinggi, katanya.

Pemilihan UMNO : Tujuh Individu Di P.Pinang Ditolak Pencalonan

Posted: 25 Sep 2013 11:04 PM PDT

GEORGE TOWN, 26 Sept -  Tujuh individu di Pulau Pinang, yang menghantar borang untuk bertanding beberapa jawatan pada pemilihan UMNO Oktober ini, ditolak borang pencalonan kerana status keanggotaan mereka.

Keanggotaan mereka digantung atas beberapa sebab antaranya dakwaan mensabotaj parti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir, Khamis.

“Kami terima surat penggantungan keahlian tujuh calon yang ingin bertanding itu pada pukul 4.45 petang 21 Sept 2013 iaitu pada hari penyerahan borang pencalonan untuk bertanding.

“Ini adalah keputusan UMNO Pusat dan bukan dari UMNO Pulau Pinang,” katanya dalam sidang media di sini.

musa sheikh fadzir

Musa berkata tujuh pencalonan yang ditolak itu ialah bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Abd Rashid Abdullah yang mahu bertanding jawatan ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal dan bekas anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Dua Datuk Jasmin Mohamed yang berhasrat bertanding jawatan ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor.

Lima pencalonan lain yang ditolak ialah Dr Md Rozi Yusof untuk timbalan ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Mahamad Tahir Yusof (pengerusi tetap bahagian Tasek Gelugor), dan Salmah Ahmad, Azmidy Mohamad serta Rahim Che Noor, ketiga-tiga mereka bertanding untuk jawatan anggota Jawatankuasa Bahagian Tasek Gelugor.

Musa berkata sebanyak 32 calon di negeri ini, yang menyerahkan borang pencalonan pada Sabtu untuk bertanding, disahkan menarik diri selepas tempoh bertenang selama 72 jam tamat.

Katanya penarikan diri itu menjadikan jumlah keseluruhan calon yang akan bertanding pada pemilihan UMNO di negeri ini seramai 1,924 orang.

“Bagaimanapun itu bukanlah keputusan akhir kerana calon-calon akan melalui satu lagi saringan di peringkat pusat, yang akan tentukan sama ada calon ada terlibat dengan kegiatan jenayah ataupun diisytiharkan bankrup,” jelas beliau.

Yang turut hadir pada sidang media itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pulau Pinang Datuk Daud Taha.

Pada pemilihan kali ini, Musa berkata terdapat tiga bahagian menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi merebut jawatan ketua UMNO Bahagian iaitu di Permatang Pauh, Jelutong dan Bukit Bendera.

Selain itu terdapat satu bahagian menyaksikan pertandingan tiga penjuru untuk jawatan ketua UMNO bahagian iaitu Bagan, manakala empat bahagian menyaksikan pertandingan satu lawan satu untuk jawatan yang sama iaitu Kepala Batas, Batu Kawan, Tasek Gelugor dan Bayan Baru.

Sementara itu, Daud berkata Lembaga Disiplin UMNO masih menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang dikenakan kepada tujuh orang yang ditolak pencalonan mereka itu.

“(Bagaimanapun) menurut surat yang dikeluarkan pada 20 Sept yang saya terima sehari selepas itu menyatakan bahawa mereka hilang kelayakan sebagai ahli UMNO, tidak boleh dipilih dan memilih (untuk mana-mana jawatan) sehingga kes mereka selesai,” katanya.

Slogan ‘Ubah’ Patut Dipraktikkan Ahli Dalam DAP

Posted: 25 Sep 2013 10:09 PM PDT

PULAU PINANG, 26 Sept – Sekiranya sebelum ini DAP sering melaung-laungkan bahawa mereka sebuah parti yang demokrasi dan mengamalkan ketelusan sehinggakan sering memburuk-burukkan UMNO, namun sebenarnya DAP adalah sebuah yang hipokrit dan cakap tidak serupa bikin.

DAP bukanlah sebuah parti demokrasi tetapi adalah sebuah parti ‘anak beranak’ yang tidak membuka ruang kepada ahli mereka untuk 'naik' dan cuba memimpin parti tersebut.

keluarga-dinasti-kroni-empayar-kuasa-kuku-besi-lim-kit-siang-guan-eng-dap-rasis

Menurut Exco Wanita UMNO Malaysia, Senator Norliza Abdul Rahim, kerana bimbang parti keluarga ini menjadi 'cacat' dan diganggu gugat maka seboleh-bolehnya mereka cuba untuk mengatur pemilihan Jawatankuasa Kerja Eksekutif (CEC) sehinggakan akhirnya tembelang mereka pecah.

"Ahli mereka sendiri tidak berpuas hati… kelayakan mengundi mereka diketepikan mungkin kerana mereka tidak menyokong dan bakal merosakkan dominasi kekeluargaan Lim di dalam DAP.

"Saya rasa, sekiranya sebelum ini mereka sering menggunakan slogan 'ubah' untuk menentang kerajaan kini mereka harus mengunakan 'ubah' untuk parti mereka sendiri. Slogan ini harus diterapkan oleh DAP agar kepimpinan bersifat kekeluargaan dalam parti ini dapat dipecahkan," jelasnya kepada UMNO-Online.

raja-dap-karpal-lim-parti-dinasti-rasis

Perkara ini sebenarnya juga disuarakan oleh Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor yang mahu perwakilan parti menolak 'parti kekeluargaan' pada pemilihan semula CEC.

Ini secara tidak langsung jelas Norliza menunjukkan bahawa DAP bukanlah sebuah parti yang demokrasi tetapi adalah parti yang mengamalkan nepotisme.

"Apa yang mereka laungkan hanyalah sebuah manisan mulut untuk mengaburi mata rakyat. Kerana itu jugalah mereka cuba untuk mengekalkan senarai yang telah terpilih pada CEC yang lalu. Walaupun pemilihan bakal diadakan semula namun mereka akan cuba pertahankan senarai lama kerana itulah DAP.

"Parti keluarga dan hanya mereka yang boleh dicucuk hidung sahaja akan dinaikkan manakala yang tidak menyokong akan cuba disingkirkan," jelasnya lagi. - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT