SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, September 19, 2013

UMNO Online - “Cabinet To Approve AES Fine At RM150 – Hishammuddin” plus 9 more

UMNO Online - “Cabinet To Approve AES Fine At RM150 – Hishammuddin” plus 9 more

Link to UMNO Online

Cabinet To Approve AES Fine At RM150 – Hishammuddin

Posted: 18 Sep 2013 05:35 AM PDT

PUTRAJAYA, Sept 18  - The fine for the Automated Enforcement System (AES) has been set at RM150 instead of RM300 and will be presented to the cabinet for approval, acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said today.

However, offenders would incur a maximum of RM300 if the summons was settled late and the recorded speed limit was very high, he said.

“As for the unsettled AES summons so far, the Performance Management & Delivery Unit (PEMANDU) has agreed that the issue be raised at the cabinet as well,” he said after chairing the Unit’s committee meeting on AES at the Ministry of Transport here today.

Also present were Minister in Prime Minister’s Department and PEMANDU chief executive officer Datuk Seri Idris Jala and Attorney General Tan Sri Abdul Gani Patail.

The AES legal, finance and operations sub-committees presented their reports to Hishammuddin at the meeting.

Hishammuddin also informed that the attorney-general had suspended the enforcement of the AES until further notice.

He said the enforcement date will be announced later and a wholly owned government company AES Solutions Sdn Bhd would take over its management from the previous companies, ATES Sdn Bhd and Beta Tegap Sdn Bhd.

The take over would be handled by an independent audit firm to ensure transparency and fairness, he added.

He said the police would manage the enforcement, operations and issuing of summons while the Road Transport Department would be responsible for the demerit system which enabled the suspension of drivers licence for failure to settle fines or for multiple offences.

The police have also agreed to place warning signs as required by the Road Transport Act 1987 at all camera speed trap locations starting today, he added.

He said the AES was meant for the safety of all road users and its main aim was to reduce the rate of accidents due to speeding.

PAC Wants Bigger Allocation For Home Ministry In Budget 2014

Posted: 18 Sep 2013 05:28 AM PDT

JOHOR BAHARU, Sept 18  - The Public Accounts Committee (PAC) wants the government to set aside a bigger allocation for the Home Ministry in the 2014 Budget, to be tabled in parliament next month.

PAC chairman Datuk Nur Jazlan Mohamed said the Royal Malaysia Police (PDRM)was allocated about RM90 million in last year’s budget and the amount was not enough.

“PDRM needs bigger financial allocation from the government,” he said in a statement issued here today.

Nur Jazlan, who is Pulai Member of Parliament, said security issues had to be address by the government promptly as they not only affected the people’s well-being, but also foreign investment.

He praised PDRM for launching the Special Ops Cantas to eliminate secret societies in the country.

“At the same time, I also want the Home Ministry to step up checks at all entry points into the country to prevent smuggling of firearms,” he added.

He said it was also important to equip PDRM with state of the art security equipment and infrastructure, like those used by the police force in the developed countries.

Nur Jazlan said he would visit Bukit Aman soon to look into the actual needs of PDRM.

He said he was informed that PDRM had requested for an allocation of RM1.5 billion under the 10th Malaysia Plan to expand and upgrade the use of the Command, Control, Communications, Computers and Integration (C4I) system.

“I want to know the extent of the implementation of the C4I system, whether the allocations has been given and how is the implementation process,” he added.

Malaysia Bertuah Kerana Berjaya Tolak Fahaman Komunis – Shabery Cheek

Posted: 18 Sep 2013 05:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Sept -  Malaysia mampu menjadi negara yang aman dan makmur seperti hari ini kerana pemimpin kemerdekaan terdahulu berjaya menolak fahaman komunis, kata Menteri Komunikasi dan Mutimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata fahaman komunisme telah cuba diterapkan sebagai pengisian zaman selepas kemerdekaan tetapi gagal membentuk sebuah negara bangsa berteraskan fahaman itu.

Katanya rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada negara-negara yang mengamalkan fahaman komunisme seperti Vietnam, Rusia dan China yang terbukti mengalami penderitaan, sehinggakan ada yang menolak dan meninggalkan fahaman itu.

“Kita bertuah kerana berjaya menolak fahaman komunis. 16 Sept perlu dilihat dari aspek cahaya dan kegelapan, kebenaran melawan kepalsuan, kebaikan menentang keburukan,” katanya pada pelancaran Setem 50 Tahun Malaysia dan Sampul Surat Hari Pertama di Ibu Pejabat Pos Malaysia di sini Rabu.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad Datuk Iskandar Mizal Mahmood, Pengerusi Pos Malaysia Berhad Tan Sri Mohd Khamil Jamil serta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Shahril Tarmizi.

Ahmad Shabery berkata pengalaman pahit yang mengganggu pertumbuhan ekonomi, sosial, adat resam dan agama seperti dialami negara-negara yang pernah mengamalkan fahaman komunis tidak mustahil berlaku di negara ini.

Tambahnya, sejarah membuktikan Malaysia mampu berkembang selepas kemerdekaan, walaupun menjadi rebutan pelbagai pihak untuk mengembangkan ideologi masing-masing.

“Negara menjadi besar bukan melalui penaklukan tetapi melalui satu perundingan sehinggakan Semenanjung, Sabah dan Sarawak duduk bersama membentuk entiti baharu bernama Malaysia.

“Kehebatan skil Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia pertama)menjadikan kita sebuah negara besar berdasarkan perundingan, persahabatan, keharmonian dan lain-lain,” tegasnya.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery memuji Pos Malaysia yang mengambil inisiatif mengeluarkan setem kenang-kenangan dengan gambar Tunku Abdul Rahman sempena sambutan 50 tahun penubuhan Malaysia pada 16 September.

“Apabila Pos Malaysia mengabadikan gambar beliau pada setem, saya katakan pencipta dan pereka grafik setem ini mempunyai pengertian dan pengamatan yang mendalam tentang erti sebenar Malaysia dan kemerdekaan. Tahniah kepada Pos Malaysia,” katanya.

Ahmad Shabery juga berkata Pos Malaysia mampu menjadi sebuah institusi yang bukan sahaja maju, malah boleh melengkapi kaedah perhubungan komunikasi yang lain dengan komitmen dan kesungguhan oleh pemimpin dan kakitangannya.

Tambah beliau, kerajaan akan terus membantu organisasi itu yang mempunyai kira-kira 17,000 tenaga kerja dan majoritinya anak tempatan, untuk terus berjaya seiring perkembangan teknologi.

24 Buah Sekolah Lagi Diiktiraf SBT

Posted: 18 Sep 2013 05:19 AM PDT

PUTRAJAYA, 18 Sept - Sejumlah 24 lagi sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), membabitkan 14 sekolah rendah dan sepuluh sekolah menengah di bawah kohort keempat tahun ini.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan SBT di seluruh negara sebanyak 115.

“Sehubungan itu, sasaran kementerian bagi membangunkan dan mewujudkan sepuluh buah SBT setiap tahun dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 telah tercapai serta melepasi sasaran,” katanya pada majlis penyerahan sijil pengiktirafan SBT di sini Rabu.

Beliau berkata pengiktirafan itu membolehkan setiap sekolah berkenaan menerima peruntukan khas berjumlah RM700,000 untuk tahun pertama, RM500,000 tahun kedua dan RM3000,000 tahun ketiga.

Senarai kali ini katanya, turut menyaksikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Ladang Rem, Kota Tinggi Johor menjadi SKJT pertama menerima pengiktirafan sebagai SBT.

Sekolah-sekolah lain yang terpilih ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Mariam dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Barat di Johor; Sekolah Menengah (SM) Sains Kubang Pasu Kedah, SM Sains Machang Kelantan; SK Convent Pahang, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Jempol Negeri Sembilan; dan SK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya.

SK Convent Of The Infant Jesus 1 (M) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah di Melaka; SK Sultan Idris II, SK Marian Convent, SM Sains Raja Tun Azlan Shah dan SBP Integrasi Gopeng di Perak; dan SK Convent Green Lane, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Han Chiang dan SMKA Al-Irshad di Pulau Pinang.

SK Taman Megah, SK Bukit Jelutong, SK Sri Petaling, Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Kajang dan SBP Integrasi Rawang di Selangor; serta SK Convent Bukit Nanas (1) dan SJKC Kuen Cheng 2 di Kuala Lumpur.

Menurut Idris lagi, kementerian sangat berpuas hati dengan pelaksanaan dan pencapaian cemerlang 91 SBT terdahulu yang telah diiktiraf pada tahun 2010, sehubungan itu kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan SBT sehingga 2015.

Selain itu katanya, dalam usaha merapatkan jurang antara sekolah, SBT perlu menjadi aspirasi dan rujukan kepada sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi melalui penanda aras, bimbingan dan jaringan dengan SBT.

“Bagi merealisasikan hasrat tersebut semua SBT dikehendaki menjadi pembimbing kepada sekolah-sekolah angkat yang bukan SBT untuk meningkatkan prestasi sekolah angkat,” katanya.

Shahrizat Yakin Kredibiliti SPRM Siasat Projek 1Azam

Posted: 18 Sep 2013 05:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Sept -  Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yakin dengan kewibawaan dan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap projek penyelewengan dana Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) yang dilaporkan media pada Selasa.

Bekas menteri pembanguan wanita, keluarga dan masyarakat itu dalam satu kenyataan dua perenggannya di sini pada Rabu berkata siasatan itu menunjukkan bahawa SPRM telus menjalankan tugasnya sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali.

Menurut laporan, SPRM menahan seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kabinet Jumaat lepas bagi membantu siasatan berkaitan satu projek di bawah program berkenaan.

Individu itu bagaimanapun dibebaskan pada Selasa setelah diambil keterangan.

Agenda Ekonomi Tidak Adil Tuduhan Orang Kemaruk Main Politik Sempit

Posted: 18 Sep 2013 05:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Kenyataan kepimpinan Pas yang mendakwa bahawa pelan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera itu tidak adil dan hanya menguntungkan satu pihak saja hanyalah kenyataan berbaur politik untuk menarik sokongan bukan Melayu kepada parti tersebut, demikian jelas Ahli Parlimen Merbok, Prof Dr. Ismail Daut.

Katanya, beliau tidak tahu samada kepimpinan Pas  faham atau tidak bahawa pelan pemerkasaan tersebut yang dijadikan alat atau landasan untuk memacu kekuatan ekonomi Melayu dan Bumiputera, di mana ahli dan penyokong Pas juga akan turut menerima faedah daripada perlaksanaan pelan tersebut.

"Bagi saya, itu kenyataan politik yang agak sempit dan tertutup serta berbaur perkauman untuk menarik sokongan kaum lain dan memperlihatkan konon-kononnya, Pas turut memperjuangkan nasib mereka.

pas-pusat-pemimpin-anti-tolak-agenda-ekonomi-bumiputera-melayu-islam-rasis-sempit-gimik-politik-deb-meb

"Sedangkan hakikatnya, perlaksanaan pelan ini sekiranya berjaya akan memberikan impak yang besar kepada ekonomi negara khususnya kepada bangsa Melayu dan Bumiputera yang merupakan majoriti rakyat di negara ini, dan secara tidak langsung ianya turut akan dirasai oleh kaum-kaum lain di negara ini,"ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelasnya lagi, kenyataan sebegini  cukup untuk memperlihatkan corak pendekatan serta pemikiran politik sempit yang diamalkan oleh kepimpinan Pas yang sentiasa cuba menidakkan segala usaha kerajaan untuk kebaikan rakyat di negara ini.

"Mereka cuba untuk menimbulkan persepsi negatif  di kalangan kaum lain berhubung  isu perlaksaan pelan pemerkasaan ekonomi Bumiputera ini agar masyarakat non bumi di negara ini akan menganggap pelan ini  tidak adil dan rasis.

"Sekiranya mereka berjaya mempengaruhi rakyat terpengaruh dengan  persepsi yang mereka wujudkan itu, maka Pas dan parti-parti pembangkang yang lain akan memperolehi keuntungan politik melalui sokongan segelintir orang Melayu dan sebahagian besar kaum lain yang berjaya mereka pengaruhi,"jelasnya.

Walhal tambahnya lagi,  sekiranya pelan ini berjaya dilaksanakan dan kekuatan ekonomi Melayu dan Bumiputera di negara ini berjaya diperkukuhkan, maka hasil peningkatan ekonomi itu juga akan dirasai oleh usahawan dan peniaga yang bukan di kalangan Melayu dan Bumiputera.

"Saya pun pelik melihat cara berfikir kepimpinan Melayu di dalam Pakatan khususnya Pas dan PKR. Mereka tidak memandang jauh di mana, sekiranya ekonomi Melayu dan Bumiputera berjaya diperkukuhkan, maka hasilnya dapat dinikmati oleh semua rakyat di negara ini.

"Apakah mereka tidak nampak bahawa pelan ini akan mewujudkan peluang pekerjaaan yang lebih banyak, apabila lebih banyak syarikat dan perniagaan Melayu dan Bumiputera mampu untuk berdaya saing dalam pembahagian kek ekonomi di negara ini.

"Bahkan saya yakin, bahawa kitaran dan rantaian perniagaan yang terhasil daripada pelan pemerkasaan ini akan turut sama melibatkan usahawan dan peniaga bukan bumiputera yang dapat memberikan keuntungan serta mampu untuk  melonjakkan pendapatan mereka dalam bidang perniagaan," jelasnya. -MediaUMNO

Sebanyak 235 Borang Pemilihan Telah Diambil Sejak 14 September Lalu

Posted: 18 Sep 2013 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Rauf Ab Yusoh berkata  jumlah borang permohonan pemilihan UMNO yang telah diambil setakat pada pukul 5 petang pada hari ini berjumlah 235 borang di mana pecahannya untuk Majlis Tertinggi sebanyak 76, Pergerakan Wanita 44, Pemuda 86 dan Puteri sebanyak 29.

ab-rauf-yusoh-suk-setiausaha-umno-malaysia

Sementara itu beliau memberitau daripada 21,078  jumlah keseluruhan cawangan sebanyak 15,153 cawangan telah berjaya menjalankan mesyuarat masing-masing dan yang tidak bersidang berjumlah 5,925 cawangan yang disebabkan beberapa faktor yang akan diperincikan.

“Keseluruhan perjalanan mesyuarat masih dipantau. Selain itu perjalanan mesyuarat kali ini telah telah berjaya mengurangkan kadar bantahan berbanding yang diterima di peringkat bahagian pada tahun 2008 sebanyak 27 ribu bantahan manakala tahun ini hanya menerima 150 bantahan”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan pemilihan UMNO ujar Rauf, borang-borang yang diambil dan tertera nama calon sahaja harus dipulangkan pada hari penamaan calon dan sekiranya ada mana-mana nombor siri yang tidak selari maka borang tersebut akan ditolak kerana semua borang yang dikeluarkan adalah berdasarkan nombor siri yang berurutan.

"Ini adalah peringatan awal kepada calon-calon yang bertanding di semua peringkat. Hanya borang yang telah diambil dan didaftarkan dengan nama calon sahaja boleh diserahkan pada jawatankuasa pemilihan pada hari Sabtu ini iaitu 21 September.

"Sekiranya di dapati mana-mana borang yang telah diambil oleh orang lain dan diserahkan oleh calon lain maka pencalonan dan calon tersebut itu sendiri akan terbatal," ujarnya.

Selain itu beliau menjelaskan Ibu Pejabat telah memutuskan bahawa penyerahan borang pendaftaran bagi calon-calon peringkat jawatankuasa bahagian termasuk pergerakan sayap boleh diterima di pejabat bahagian masing-masing tetapi pejabat bahagian dikehendaki menghantar borang penamaan tersebut pada 21hb September ke Pejabat Perhubungan masing-masing.

"Oleh itu dinasihatkan kepada semua calon-calon, hendaklah menghantar borang lebih awal iaitu pada 20hb di peringkat bahagian masing-masing kerana pada 21 September bahagian dikehendaki menghantar borang pencalonan ke pejabat perhubungan masing-masing untuk didaftarkan dan mendapat nombor giliran pada hari penamaan calon.

"Nombor giliran hanya dikeluarkan di pejabat perhubungan dan tidak di pejabat bahagian. Tetapi calon boleh juga menghantar borang terus pada hari penamaan calon di pusat-pusat penamaan di pejabat perhubungan masing-masing," jelasnya lagi.

Bagi memastikan perjalanan pemilihan berjalan lancar maka jelas Rauf, Ibu Pejabat telah bersedia dari segala segi termasuklah dari segi logistik.

Ini katanya amat penting kerana pemilihan kali ini adalah julung-julang kalinya selepas pindaan pada tahun 2009 dibuat.

“Daripada sudut tempat persediaan menjalankan mesyuarat dan pengundian akan diputuskan oleh perhubungan dan bahagian masing-masing tetapi kaedah dan garis panduannya akan diberi oleh jawatankuasa pemilihan ibu pejabat.

“Selain itu, satu simulasi pemilihan akan diadakan pada 27, 28 dan 29 September ini dan ianya akan diperhalusi selepas segala maklum balas yang baik diterima untuk dijadikan terma dan rujukan pada hari pengundian nanti”, ujarnya.

Beliau turut memberitahu kertas undi hanya akan dicetak selepas sahaja tempoh penarikan diri yang diberikan selama 72 jam tamat.

"Sebarang penarikan diri selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan. Keseluruhan kertas undi akan dicetak di ibu pejabat dan kita tidak ada tempoh bantahan.

"Apa jua permasalahan yang timbul semasa pemilihan UMNO harus diambil kira bahawa pemilihan ini dilihat dan menarik perhatian masyarakat umum. Saya menasihatkan semua ahli yang bertanding agar bertanding dengan sihat dan patuhilah tata etika parti supaya ianya dapat mencerminkan sebuah parti yang baik di dalam mengurus tadbir partinya sendiri.

"Kita juga yakin dengan adanya simulasi yang bakal diadakan minggu hadapan ianya akan mencetuskan kaedah yang terbaik bagi melihat pemilihan UMNO kali ini adalah satu pemilihan yang telus dan boleh dipercayai.

"Parti UMNO adalah sebuah parti yang diberikan kepercayaan oleh BN untuk mentadbir negara dan saya yakin dengan semangat yang ada ini maka ahli-ahli UMNO akan dapat menjaga maruah dan martabat parti yang kita sayangi ini.

"Oleh itu Ibu pejabat UMNO mengucapkan tahniah kepada semua urusetia yang terlibat terutama kepada jawatankuasa pemantau dan jawatankuasa pemilihan UMNO yang telah dapat mengawalselia perjalanan mesyuarat seperti yang termaktub dalam perlembagaan UMNO dengan jayanya," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Nilai Suara Ulama Dalam Pas Dan Terompah Kayu

Posted: 18 Sep 2013 03:25 AM PDT

Setelah selesai Multaqa Ulama Pas di Kota Sarang Semut baru-baru ini, banyak sungguh cakap-cakap yang timbul mengenai resolusi program tersebut khususnya kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Harun Taib, yang mahu partinya mengkaji semula "tahaluf siyasi" dengan PKR dan DAP.

Kenyataan itu menimbulkan spekulasi yang memungkinkan Pas keluar dari Pakatan Haram dan program yang menghimpunkan lebih 1,000 ulama Pas itu jelas bersemangat apabila majoriti mereka yang hadir mahu Pas kembalikan kepimpinan parti itu pada golongan ulama.

Persoalannya, mengapa perlu dikaji semula "tahaluf siyasi" dengan PKR dan DAP? Sejak berpeluk dengan dua parti tersebut, apakah pakatan pembangkang itu membawa kemudaratan pada Pas?  Pas baru nak sedar tentang perkara itu?

syura-ulama-pas-terompah-selipar-erdogan-anwarista

Sebenarnya sudah berkali-kali Pas diberitahu bahawa "tahaluf siyasi"nya dengan PKR dan DAP membawa kerugian besar pada parti itu. Dasar Pas langsung tidak dipandang sahabat "syaitan"nya, malah dasar perjuangan utamanya selamba dicantas.

Kalau diteliti kandungan intipati buku "jinggay" karangan Anwar dan DAP, kita dengan jelas boleh melihat bagaimana dasar Pas dinafikan. Malah beberapa dasar kecil Pas hanya dinyatakan secara liberal dan umum di dalam "kitab suci" Pakatan Haram itu.

Mungkin risau hilang undi golongan bukan Islam, Pas hanya mampu menganggukkan kepala.  Mungkin pada Pas, biarlah mereka hilang perjuangan dan tercemar maruah Islam asalkan mereka dapat kerusi di Parlimen dan DUN?

Mungkin risau hilang undi golongan bukan Islam, Pas hanya mampu menganggukkan kepala.  Mungkin pada Pas, biarlah mereka hilang perjuangan dan tercemar maruah Islam asalkan mereka dapat kerusi di Parlimen dan DUN?

Antara "tahaluf siyasi" Pas yang terhebat ialah mengenai kalimah "Allah", perjuangan menubuhkan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud. Kalimah "Allah" telah digadaikan dan Pas hanya buat "U-turn" ketika PRU ke-13 begitu hampir diadakan. Nampak sangat tidak ikhlas!

"Negara Islam" berkubur lebih awal. Nik Aziz cuba menjustifakasikan kononnya Negera Islam terkandung di dalam Negara Kebajikan yang diwar-warkan Pakatan Haram. Pelik! Setahu penulis, "kebajikan" itu yang terkandung di dalam Islam dan bukan sebaliknya!

Bukankah Islam itu syumul dan segala-gala di dunia ini semuanya terkandung di dalamnya, termasuk "kebajikan". Tapi mungkin Nik Aziz "terlebih ulama", maka dia letakkan Islam di dalam kebajikan! Entah dari Tok Guru mana dia belajar, penulis kurang pasti…

Hukum Hudud? Bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin sendiri menegaskan bahawa dia akan membuat laporan polis terhadap sesiapa yang mengatakan Pas mahu melaksanakan hukum hudud. Katanya, Pas sejak dari awal penubuhannya "tidak pernah memperjuangkan hudud" di dalam perlembagaannya!

Itulah "harga" yang perlu dibayar Pas bila bertahaluf siyasi dengan PKR dan DAP. Harun Taib tahu dan sedar hakikat itu. Namun apakan daya, Mustapha Ali lebih besar kuasa dan pengaruhnya sehingga mampu memansuhkan kenyataan Dewan Ulama Pas.

Penulis yakin, walaupun semua golongan ulama di dalam Pas mahu parti itu keluar dari Pakatan Haram, Pas takkan berbuat demikian. Pas mungkin akan terus kekal bersama PKR dan DAP.

Kenapa? Kerana Pas memang tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri. Itu kata penganalisis politik, Prof Agus, bukan penulis.

Penulis setuju dengan Prof Agus. Tapi pada penulis, Pas akan hilang identitinya sekiranya bersama PKR dan DAP kerana kedua parti itu jelas mempunyai dasar yang sangat bertentangan dengan Pas. Itu jelas telah berlaku, bukan?

Apa pun, terbukti kini bahawa suara ulama di dalam Pas sememangnya sudah tidak laku lagi. Ketua Dewan Ulama? Jawatan itu hanyalah tinggal nama sahaja. Tiada fungsi jelas dan tidak lagi mendapat tempat di dalam parti itu.

Biarlah Pas terjun dengan "labu-labu"nya. Kalau ditegur, nanti mereka menuduh kita cemburu pada Pakatan Haram pula, bukan? UMNO tidak pernah menutup pintunya pada Pas, tapi memandangkan Pas suka sangat berpeluk dengan kafir harbi, apa kita boleh buat, kan?

dukeofmontecristo

Gunakan Ruang Demokrasi Untuk Kestabilan Dan Kekuatan Parti

Posted: 18 Sep 2013 03:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis hari ini sekali lagi mengulangi pendirian agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak ditandingi pada pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti Oktober ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pendirian agar kedua jawatan tertinggi parti tidak ditandingi ini bukanlah bermakna tidak ada demokrasi dalam UMNO sebaliknya ia adalah untuk kebaikan dan menambah kekuatan UMNO secara keseluruhannya.

amaran-shahidan-kassim-ngo-persatuan-parti-parlimen

"Kita mahu UMNO kuat dan wujud kestabilan politik. Jika ada pertandingan, namun pertandingan yang akan menyebabkan UMNO lemah, maka pertandingan itu akan merugikan. Demokrasi adalah untuk kestabilan dan kekuatan, bukan sekadar bersuara sahaja," ujarnya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau maklumkan dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang, beberapa isu besar akan dibahaskan seperti isu SPR dan dakwaan pembangkang konon wujud 40,000 orang pengundi hantu warga Bangladesh telah mengundi untuk BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

"Kita dah semak semua, didapati tidak ada satu pun laporan polis dan petisyen mahkamah bahawa kononnya 40,000 warga Bangladesh datang mengundi, termasuk kes yang kononnya berlaku 'blackout'.

"Rakyat sepatutnya tidak dibebankan dengan pembohongan-pembohongan fakta sedemikian rupa dan fakta itu tidak berani mereka bawa ke Parlimen walaupun di luar, mereka melaung dan menuduh dakwaan jahat itu.

“Sampai hari ini, mereka tidak dapat membuktikan dakwaan tersebut walaupun satu orang. Jika tidak dapat tunjukkan bukti, ia merupakan satu dosa dan mereka patut minta maaf kepada rakyat secara terbuka bahawa itu satu pembohongan yang sengaja yang diada-adakan," ujarnya lagi. -MediaUMNO

MCC Delivers Memorandum Of Support For Bumiputera Economic Empowerment To Najib

Posted: 18 Sep 2013 02:50 AM PDT

PUTRAJAYA, Sept 18 – The Malay Consultative Council (MCC) today handed over a memorandum of support and proposed improvements to the Bumiputera Economic Empowerment Plan to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

MCC secretary Dr Hasan Mad said 21 representatives from the MCC and members of affiliated Malay NGOs (non-governmental organisations) attended the handing over ceremony to show their full support for the plan launched by the Prime Minister .

“Among the proposals for the Bumiputera Economic Empowerment Plan (PPEB) by the MCC and members of its affiliated NGOs to the Prime Minister is firstly, the PPEB must be based on the principles of Syariah according to Islamic economic model; secondly, the PPEB  must not have any time limit; thirdly, ensuring that the PPEB delivery system runs smoothly; fourthly, creating special initiatives that is to increase the number of government-linked companies (GLCs).

“Empowering the ‘wakaf’ agenda, empowering the cooperative movements, to make Malaysia as a global trading nation,” he said at a media conference at the Prime Minister’s office after handing over the memorandum of support and list of proposals, here.

Hasan said the PPEB was a continuation of the New Economic Policy (NEP) introduced by the government in 1970 in an effort to develop the bumiputera economy then.

In a brief meeting between the Prime Minister and the MCC members and the other Malay NGO representatives, he (Najib) welcomed and gave a positive response to the proposals submitted and accepted the idea and would consider the proposals, Hasan said.

He said the Bumiputeras were now ready to become global players and hoped the government would assist Bumiputera entrepreneurs to be successful at the international level in future.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT